3
Nota terkumpul 2 ESTETIK Estetik adalah tanggapan dan kefahaman kita terhadap menilai seni. Estetik ini merangkumi penglibatan deria dalam konteks penghasilan & penghargaan objek seni. Estetik adalah proses memahami bagaimana sesuatu itu membuat pertimbangan tentang objek-objek seni (2D & 3D) Dari sudut estimologi estetika membawa erti bidang falsafah yang mengkaji atau menyelidik tentang keindahan. Estetika bergantung kepada 2 faktor iaitu bahasa dan objek seni. Jgn fikir estetika mengarah kpd menilai keindahan shj Ia adalah penilaian dan perkaitan dengan perkembangan semasa. Menilai seni 5 prinsip estetika kesenian Melayu- tradisi, bentuk, isi, prinsip guna & bersatu. Menurut Alexander Baumgarten (1714-1762), estetik iaitu dari perkataan Yunani aesthenesai membawa maksud menanggapi. Terdapat pendapat bahawa estetik berasal dari perkataan Yunani- Latin, aistheticos membawa maksud terlatih dalam penanggapan. John Dewey menjelaskan estetika sebagai system pengkajian seni yang dianggap sebahagian dari satu ekspresi yang mencakupi makna, di peringkat luar atau dalaman. Croce B. (1978) menjelaskan estetika merupakan satu institusi pemahaman terhadap sesuatu yang real. Estetika adalah dari pengalaman rasa yang total dan sempurna. Henri Bergson (1977) menyentuh

Nota2 Terkumpul Seni 4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BUKAN HAK MILIK

Citation preview

Nota terkumpul 2 ESTETIKEstetik adalah tanggapan dan kefahaman kita terhadap menilai seni.

Estetik ini merangkumi penglibatan deria dalam konteks penghasilan & penghargaan objek seni.

Estetik adalah proses memahami bagaimana sesuatu itu membuat pertimbangan tentang objek-objek seni (2D & 3D)

Dari sudut estimologi estetika membawa erti bidang falsafah yang mengkaji atau menyelidik tentang keindahan.

Estetika bergantung kepada 2 faktor iaitu bahasa dan objek seni.

Jgn fikir estetika mengarah kpd menilai keindahan shj

Ia adalah penilaian dan perkaitan dengan perkembangan semasa.

Menilai seni

5 prinsip estetika kesenian Melayu-

tradisi,bentuk,isi,prinsip guna& bersatu.

Menurut Alexander Baumgarten (1714-1762),

estetik iaitu dari perkataan Yunani aesthenesai membawa maksud menanggapi.

Terdapat pendapat bahawa estetik berasal dari perkataan Yunani-Latin, aistheticos membawa maksud terlatih dalam penanggapan.

John Dewey menjelaskan

estetika sebagai system pengkajian seni yang dianggap sebahagian dari satu ekspresiyang mencakupi makna, di peringkat luar atau dalaman.

Croce B. (1978) menjelaskan

estetika merupakan satu institusi pemahaman terhadap sesuatu yang real.

Estetika adalah dari pengalaman rasa yang total dan sempurna.

Henri Bergson (1977) menyentuh

intuiti dalam estetika sebagai tindakan dan penyertaan dalam pengalaman langsung seseorang.

Karya Volker - Antara imej sosial dan estetika arca

Oleh Azman Ismail

ENI adalah ungkapan perasaan. Ia merupakan kenyataan umum yang sering dilontarkan oleh penggiat dan khalayak dalam menikmati sesebuah karya seni.

Apa alasan yang mendasari kenyataan tersebut? Ungkapan yang paling mudah dan umumnya ialah sesebuah karya seni lahir daripada pengalaman-pengalaman batin dan luahan emosi yang paling dalam seseorang seniman.

Pengalaman itu kemudian dituangkan melalui berbagai medium seni, yang akhirnya kita nikmati sebagai sebuah karya. Dalam dunia seni tampak misalnya, medium ini terungkap menjadi lukisan, seni pahatan, instalasi dan juga arca.

Pengalaman batin tersebut seterusnya mewujudkan daya imaginasi. Akhirnya dengan daya indah yang ada pada seorang seniman, keindahan itu diintepretasikan melalui medium seni yang dipilihnya.

Karya-karya tersebutlah yang mengungkapkan pandangan, renungan dan bahkan penentangan terhadap sesuatu isu dalam sistem sosial, ekonomi dan politik atau sebarang gejala yang timbul.

Oleh itu sesebuah karya seni akhirnya mewakili unsur-unsur budaya dan pemikiran sesuatu masyarakat yang menaungi seseorang seniman. Selanjutnya dengan menggunakan berbagai ungkapan yang dipilih, lahirlah sebuah potret tentang kebudayaan.

Namun, persoalan yang biasa dipertanyakan ialah apakah yang ditampilkan oleh seseorang seniman, pelukis atau pengarca dalam mengungkapkan gelora budaya yang terjadi di sekitarnya.

Perbahasan yang sangat menarik oleh ahli analisis kejiwaan, Erich Fromm, dalam bukunya The Creative Attitude mengungkapkan bahawa kreativiti merupakan suatu kemampuan untuk melihat dan bertindakbalas terhadap sesuatu keadaan.

Pameran solo arca kayu oleh pengarca Jerman, Volker W. Hamann di Galeri The Art Commune, Kuala Lumpur hingga 15 November ini, mengungkapkan pemikiran, falsafah dan makna sesebuah karya seni seperti mana pendapat Fromm itu.

Hamann bertitik tolak pada pemahaman bahawa persekitaran dan alam semulajadi memberi makna yang besar pemikiran seseorang. Dengan demikian karya-karya yang bermula dari proses kreatif adalah juga hasil dari interaksi seseorang dengan alamlingkungannya.

Oleh itu, Hamann menggunakan kayu yang merupakan simbol kepada alam, kehidupan, pemikiran, keperibadian manusia dan kelangsungan dunia.

Arca-arcanya ditampilkan dengan pahatan dan sentuhan yang harmoni tetapi tetap memperlihatkan unsur-unsur eksperimental yang ketara.

Dalam ertikata lain, unsur-unsur eksperimental itu merupakan simbol bahawa kelasungan hidup seseorang tidak dapat dipisahkan daripada teknologi dan anjakan akibat pembangunan.

Begitu juga dalam proses berkarya. Keterampilan yang dimiliki oleh Hamann sebagai pengarca dalam aspek pembuatan dan penguasaan bahan akhirnya tetap ibantu