10
Nota Pengajian Am 1 - Perlembaga an Pengenalan Perlembagaan • Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara • Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis. Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom. • Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara Perlembagaan Malaysia • Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. • Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan : “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang- undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat berlawanan dengan itu”. Perkara 4(1) • Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi dan kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini. • Selain itu ia menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

Nota Pengajian Am 1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Nota Pengajian Am 1

Nota Pengajian Am 1 - Perlembaga an

Pengenalan Perlembagaan 

• Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip

sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk

melaksanakan kuasa dan mentadbir negara 

• Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga tidak bertulis.

Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis. Contoh perlembagaan tidak

bertulis ialah perlembagaan United Kingdom. 

• Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan

kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta

menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara

Perlembagaan Malaysia 

• Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan satu

dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen

terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan

tahun 1957.

 • Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua

undang-undang. Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan

perlembagaan :

“Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang

yang 

 diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah 

 terbatal setakat berlawanan dengan itu”.

 

  Perkara 4(1)

• Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi dan kebebasan

rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini. 

• Selain itu ia menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

Page 2: Nota Pengajian Am 1

Sejarah Ringkas Perlembagaan Malaysia kembali

- Sejarah perlembagaan moden Malaysia bermula pada akhir abad ke 19, ketika kerajaan

British menguasai Tanah Melayu.

Kronologi ringkasnya adalah seperti berikut:

• 1905 – sebuah badan perundangan pusat yang dikenali sebagai Majlis Mesyuarat

Persekutuan (MMP) ditubuhkan. Semua undang-undang yang dibuat oleh mana-mana negeri

mestilah bersesuaian dan tidak bertentangan dengan undang-undang yang dibuat oleh

MMP. Sungguh pun begitu MMP tidak mempunyai kuasa ke atas hal ehwal agama Islam dan

kedudukan Raja-raja Melayu.

• 1927 – melalui pindaan Perjanjian Persekutuan bagi anggota-anggota MMP, MMP diberi

kuasa untuk membuat undang-undang bagi seluruh negeri-negeri Melayu Bersekutu. Raja-

raja Melayu tidak lagi mengambil bahagian dalam perbincangan MMP. Ini menjadikan kuasa

kerajaan pusat menjadi kuat. Sementara itu kedudukan Dewan Negeri diperkuat dan

beberapa kuasa yang dulunya dijalankan oleh Ketua Setiausaha (Pegawai British)

diserahkan kepada Dewan Negeri. Jawatan Ketua Setiausaha ditukar kepada Setiausaha

Persekutuan.

• Di bawah Malayan Union pula, segala kuasa terletak di tangan gabenor termasuk kuasa

memberi ampun pada orang salah. Gabenor boleh membatalkan segala keputusan yang

dibuat oleh Majlis Perundangan. Majlis Perundangan Negeri di setiap negeri pula hanya

boleh membuat undang-undang tentang perkara tempatan sahaja dan ia boleh dibatalkan

oleh Majlis Perundangan Malayan Union.

• 1948 – Malayan Union dimansuhkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 2

Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa

membuat undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk

menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.

Sementara itu Majlis Perundangan Negeri mempunyai kuasa yang terhad seperti yang

disebuat dalam Jadual Kedua bagi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Page 3: Nota Pengajian Am 1

• Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing-masing. Johor

dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing pada

tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian

Persekutaun 1948. 

• Jun 1955 – pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota Majlis

Perundangan Persekutuan – mengandungi 52 anggota yang dipilih, 34 anggota yang dilantik

dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan

persetujuan Raja-raja.

• Mac 1956 – Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk yang diketuai oleh Lord Reid.

Jawatankuasa ini diberi tugas merangka Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan

sebuah kerajaan pusat.Jawatankuasa ini mula menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan

telah menggemukakan laporannya pada Disember 1956. Laporan ini dikaji, diteliti dan

kemudiannya digubal menjadi Perlembagaan Persekutuan.

• Pembentukan perlembagaan telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan

pada 31 Ogos 1957.

• Julai 1963 – Perjanjian Malaysia ditandatangani di London oleh kerajaan British,

Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Mengikut perjanjian ini Parlimen

British akan meluluskan satu undang-undang untuk memberi kemerdekaan kepada

Singapura, Sabah dan Sarawak yang masing-masing akan mempunyai perlembagaan baru.

Bagi Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan akan meluluskan satu undang-

undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta

Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963.

Kandungan Perlembagaan Persekutuan kembali

• Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 Perkara beserta dengan 13 Jadual. Bagi

setiap perkara terdapat beberapa Fasal yang dijelaskan dengan terperinci sebagai garis

panduan perundangan dan kepentingan rakyat.

Page 4: Nota Pengajian Am 1

• Perlembagaan Persekutuan juga mengandungi beberapa perkara yang tidak boleh

dipersoalkan seperti:

- agama Islam sebagai agama rasmi;

- kedududkan istemewa Raja-raja Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak;

- kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; dan,

- soal kerakyatan.

• Susunan Perkara-Perkara Dalam Perlembagaan:

  Perkara 1 hingga 4

  Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi Persekutuan

  Perkara 5 hingga 13 

  Kebebasan Asasi

  Perkara 14 hingga 22

  Kewarganegaraan (Bab 1 – Perolehan Kewarganegaraan)

  Perkara 23 hingga 28A

  Kewarganegaraan (Bab 2 – Penamatan Kewarganegraan)

  Perkara 29 hingga 31

  Kewarganegaraan (Bab 3 – Tambahan)

  Perkara 32 hingga 37  

  Persekutuan (Bab 1 – Ketua utama negara)

  Perkara 38

  Persekutuan (Bab 2 – Majlis Raja-Raja)

  Perkara 39 hingga 43C

  Persekutuan (Bab 3 – Pemerintah)

Page 5: Nota Pengajian Am 1

  Perkara 44 hingga 65

  Persekutuan (Bab 4 – Badan-badan Perundangan Persekutuan)

  Perkara 66 hingga 68

  Persekutuan (Bab 5 – Acara perundangan)

  Perkara 69 

  Persekutuan Bab 6 – Keupayaan terhadap harta, kontrak 

  Dan guaman )

  Perkara 70 hingga 72

  Negeri-negeri

  Perkara 73 hingga 79

  Perhubungan Antara persekutuan dengan Negeri-negeri

  (Bab 1 – Bahagian kuasa-kuasa perundangan)

  Perkara 80 hingga 81

  Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri

  (Bab 2 – Pembahagian antara kuasa-kusa pemerintah)

  Perkara 82

  Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri

  (Bab 3 – Pembahagian beban kewangan)

  Perkara 83 hingga 91

  Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri

  (Bab 4 – Tanah)

  Perkara 92

  Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri 

  (Bab 5 – Pembangunan negara)

Page 6: Nota Pengajian Am 1

 Perkara 93 hingga 95

 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri

 (Bab 6 – Tinjauan, nasihat Persekutuan kepada Negeri dan 

 pemeriksaan mengenai kegiatan Negeri)

 

 Perkara 95A hingga 95E

 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri

 (Bab 7 – Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan)

 Perkara 96 hingga 112

 Peruntukan-peruntukan Kewangan (Bab 1 – Am)

 Perkara 112A – 112D

 Peruntukan-peruntukan Kewangan (Bab 2 – Pemakaian

 Bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak)

 Perkara 113 hingga 120 

 Pilihanraya

 Perkara 121 hingga 131A 

 Perhakiman

 Perkara 132 hingga 148

 Perkhidmatan Awam

 Perkara 149 hingga 151

 Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan 

 Kuasa-kuasa Darurat

 Perkara 152 hingga 160B- Am dan Pelbagai

 Perkara 161 hingga 161H

 Perlindungan Tambahan bagi Sabah dan Sarawak

Page 7: Nota Pengajian Am 1

 Perkara 162 hingga 180

 Peruntukan Sementara dan Peralihan

 Perkara 181

 Pengecualian bagi Kedaulatan Raja-raja

 Perkara 183 hingga 183

 Prosiding Terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-raja

Beberapa Perkara Asas Perlembagaan kembali

• Kedudukan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA)

Perkara 32 menyatakan Ketua utama bagi Persekutaun ialah YDPA, iaitu seorang raja yang

dipilih daripada raja-raja sembilan buah negeri Melayu. Berdasarkan sistem Raja

Berpelembagaan, YDPA diberi kuasa memerintah Persekutuan. Namun begitu Perkara 39

dan 40 menyatakan bahawa baginda dikehendaki bertindak atas nasihat jemaah menteri

atau seorang menteri yang diberi kuasa dari jemaah menteri.

Perkara 41 pula menyatakan YDPA juga adalah Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera

Persekutuan, sementara Perkara 42 pula meletakkan baginda mempunyai kusa untuk

mengampun dan menangguhkan hukuman terhadap orang yang telah disabitkan oleh

mahkamah tentera bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur.

Perkara 44 meletakkan baginda salah satu daripada tiga komponen badan perundangan

Persekutuan, iaitu Parlimen. Perkara 71 pula menyediakan peruntukan bagi menjamin hak

sesorang raja sesuatu negeri untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-

hak keistemewaan di sisi perlembagaan bagi sesorang raja di dalam negeri itu. 

Perkara153 telah mengamanahkan baginda tanggungjawab untuk memelihara kedudukan

istemewa orang-orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah

kaum lain.

Perkara 122B menjelaskan bahawa kuasa melantik semua hakim Mahkamah Persekutuan

dan Mahkamah Tinggi adalah ditangan baginda atas nasihat Perdana Menteri dan setelah

Page 8: Nota Pengajian Am 1

berunding dengan Majlis Raja-raja. 

• Kedudukan Agama Islam

Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa ugama Islam ialah ugama rasmi bagi

Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun

begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh

undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan,

jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam –

Perkara 11 (4).

• Kedudukan Bahasa Melayu

Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

Persekutuan. Bahasa ini secara automatisnya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan

dalam semua maksud rasmi. Maksud “rasmi” ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan

makna “apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerjaan negeri

dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.

• Kedudukan Istemewa Orang Melayu 

Perkara 153 Perlembagaan telah memaktubkan Hak Istemewa Orang Melayu dan

bumiputera Sabah dan Sarawak meliputi : 

- perkhidmatan awam : Perkara 153 (2,3 dan 4) 

- ekonomi : Perkara 153 (6) 

- pelajaran: Perkara 153 (2,3 dan 4)

- Kedudukan Istemewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 –

berhubung dengan tanah rizab Melayu.

- Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948

(Pindaan 1971).

• Kewarganegaraan 

Apabila Perlembagaan 1957 maka dengan sendirinya negara mempunyai undang-undang

kerakyatannya yang selaras.Kewarganegaraan dalam Perlembagaan boleh dibahagikan

kepada tiga bahagian iaitu:-

- Perolehan Kewarganegraan : 

  Bahagian 3 Perlembagaan (Bab 1)

Page 9: Nota Pengajian Am 1

- Penamatan Kewarganegaraqan

Bahagian 3 Perlembagaan (Bab 2)

-Peruntukan Tambahan 

Bahagian 3 Perlembgaan (Bab 3)

Dalam Perlembgaan ada dua cara menyebabkan sesorang itu boleh hilang

kewarganegarannya:

-Perkara 24 menyatakan bahawa kerakyatan akan dilucutkan sekiranya mendapat

kerakyatan  

 daripada negara lain

-Perkara 25 menyebut bahawa kerakyatan akan  dilucutkan sekiranya terbukti tidak setia

kepada negara.

• KEBEBASAN HAK ASASI

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang memberikan Kebebasan Hak Asasi kepada

seluruh warganegaranya sebagaimana yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hak-Hak Asasi ini meliputi :

Perkara 5 : Kebebasan Diri 

Perkara 6 : Kebebasan Ekonomi (hamba abdi dan 

 buruh paksa)

Perkara 7 : Perlindungan daripada undang-undang Jenayah

Perkara 8 : Hak Kesamarataan

Perkara 9 : Hak Kebebasbn Bergerak

Perkara 10 : Kebebasan Bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan

Perkara 11 : Kebebasan Beragama

Perkara 12 : Hak Mendapat Pendidikan 

Perkara 13 : Hak Terhadap Harta

Catatan : Untuk kepentingan, kebaikan dan keselamatan negara keseluruahannya haka-hak

tersebut boleh disekat melalui antaranya: 

• Perkara 149 – Perbuatan Subversif 

Page 10: Nota Pengajian Am 1

• Perkara 150 – Kuasa-kuasa Darurat 

• Perkara 159 – Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 

• Akta Universiti dan Kolej 1971 pindaan 1975 

• Dan beberapa akta lain.