12
Teori Pemusatan Perorangan (Person/Client Centered Theory) 1.1.1 Pengenalan Teori Pemusatan Perorangan Pendekatan Teori Pemusatan Perorangan ini merupakan asas dalam konsep yang tergolong di dalam psikologi kemanusiaan (humanistic), dan kewujudan (existentialism). Ia dipelopori atau dimajukan oleh Carl ogers dalam tahun !" mana pada mulanya dinamakan kaunseling #ukan$arahan (1%!"an), kaunselin pusatan$klien (1%&") dan kemudian ditukarkan kepada terapi pemusatan peroranga pada 1%'"an di mana klien dapat mengaplikasikan apa yang diperolehi di dalam d di luar makmal serta klienyang menentukan hala tuju dan mneyelesaikan masalahnya dengan panduan daripada kaunselor (Corey, ""1). ogers menca#ar pendekatan$pendekatan teori yang mengandaikan #ahawa kaunselor mengetahui semua hal dan #oleh menolong kliennya di dalam semua #idang. Ia juga menca#ar teknik$teknik dan tatacara$tatacara yang #er#entuknasihat, saranan,pujukan, pengajaran, dianogsis dan penta siran oleh kaunselor (*mir *wang, 1%%+). uku ogers -Counseling and Psychotherapy- telah mengu#ah cara menolong di kalangan kaunselor dan psikoterapis di *merika yarikat pada tahun$tahun &"an. ogers telah mengemukakan konsep kemesraan dan pentingnya hu#ungan yang rapat antara kaunselor dengan kliennya. /ewujudan satu iklim intreraksi yang p dengan penerimaan (teraputik) daripada kedua pihak di mana kaunselor dan klien #oleh meluahkan perasaan yang terpendam secara mudah tanpa ada sekata /onsep peru#ahan seperti ini sangat digalakkan oleh ogers. eliau #erpendapa #ahawa manusia mempunyai desakan semulajadi untuk memajukan dirinya da sentiasa #ergerak ke arah kesajahteraan kendirinya (pem#enaran kendiri atau -s actuali0ation-). eorang indi idu juga #erupaya mem#eri penilaian positi kep pengalaman yang dirasakan se#agai positi dan nilaian negati #agi pengalaman yang dirasakan se#agai negati . eseorang indi idu dapat mengasingkan hasil d pengalaman positi atau negati dalam pertum#uhan hidupnya. eseorang indi id

NOTA KKP. edu docx

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Nota edu elektif

Citation preview

Teori Pemusatan Perorangan (Person/Client Centered Theory)

1.1.1 Pengenalan Teori Pemusatan Perorangan

Pendekatan Teori Pemusatan Perorangan ini merupakan asas dalam konsep yang tergolong di dalam psikologi kemanusiaan (humanistic), dan kewujudan (existentialism). Ia dipelopori atau dimajukan oleh Carl Rogers dalam tahun 40an di mana pada mulanya dinamakan kaunseling bukan-arahan (1940an), kaunseling pusatan-klien (1950) dan kemudian ditukarkan kepada terapi pemusatan perorangan pada 1980an di mana klien dapat mengaplikasikan apa yang diperolehi di dalam dan di luar makmal serta klien yang menentukan hala tuju dan mneyelesaikan masalahnya dengan panduan daripada kaunselor (Corey, 2001). Rogers mencabar pendekatan-pendekatan teori yang mengandaikan bahawa kaunselor mengetahui semua hal dan boleh menolong kliennya di dalam semua bidang. Ia juga mencabar teknik-teknik dan tatacara-tatacara yang berbentuk nasihat, saranan, pujukan, pengajaran, dianogsis dan pentafsiran oleh kaunselor (Amir Awang, 1997).

Buku Rogers Counseling and Psychotherapy telah mengubah cara menolong di kalangan kaunselor dan psikoterapis di Amerika Syarikat pada tahun-tahun 50an. Rogers telah mengemukakan konsep kemesraan dan pentingnya hubungan yang rapat antara kaunselor dengan kliennya. Kewujudan satu iklim intreraksi yang penuh dengan penerimaan (teraputik) daripada kedua pihak di mana kaunselor dan klien boleh meluahkan perasaan yang terpendam secara mudah tanpa ada sekatan. Konsep perubahan seperti ini sangat digalakkan oleh Rogers. Beliau berpendapat bahawa manusia mempunyai desakan semulajadi untuk memajukan dirinya dan sentiasa bergerak ke arah kesajahteraan kendirinya (pembenaran kendiri atau self actualization). Seorang individu juga berupaya memberi penilaian positif kepada pengalaman yang dirasakan sebagai positif dan nilaian negatif bagi pengalaman yang dirasakan sebagai negatif. Seseorang individu dapat mengasingkan hasil dari pengalaman positif atau negatif dalam pertumbuhan hidupnya. Seseorang individu juga boleh menerima atau menolak pengalaman tersebut dan memberikan erti yang bermakna dalam pembentukan konsep kendirinya.

1.1.2 Konsep-konsep Utama

A Pandangan terhadap manusia

Rogers mempunyai pendirian yang cukup teguh mengenai sifat tabii manusia. Baginya, manusia bersifat baik, boleh dipercayai, mempunyai keupayaan menentukan hala tuju yang baik dan boleh berkembang secara positif ke arah mencapai pembenaran kendiri (self actualization). Menurut Amir Awang (1997) dalam bukunya teori dan amalan psikoterapi, rogers menyatakan manusia boleh membina kesemua sifat tabii tersebut jika wujud perasaan saling percaya-mempercayai, hormat-menghormati yang boleh dirasai dan dialaminya. Rogers menolak sekuat-kuatnya anggapan bahawa manusia itu tidak boleh dipercayai dan pasif, dan menjadi mangsa sifat biologi atau persekitarannya. ia juga menolak anggapan dan kepercayaan bahawa manusia itu perlu diarah, didorong, diajar, didera, diberi ganjaran, dikawal dan kehidupannya diurus oleh orang lain. Rogers menyakini bahawa manusia memang dari mula lagi sudah mempunyai suatu kecenderungan dan keupayaan semulajadi untuk berkembang peringkat demi peringkat menuju ke arah nirwana kendiri (pembenaran kendiri) seandainya wujud keadaan-keadaan yang sesuai.

Oleh itu, bagi Rogers untuk membolehkan seseorang itu berkembang secara positif dan membina, mestilah wujud tiga suasana atau keadaan iaitu;a. amalan penerimaan tanpa syarat (unconditional positive regard),b. ketulenan, kongruen (congruence, genuineness) danc. empati (emphatic).Jika ketiga-tiga keadaan ini dapat dirasai dan dialami oleh klien di dalam hubungannya dengan kaunselor, ia akan mula menghayati sifat-sifat dan cirri-ciri dirinya dan seterusnya lebih bersedia untuk menerima apa jua pengalaman yang dilaluinya.

B Ciri-ciri atau sifat ( basic characteristic) Terapi

Menurut teori Pusatan Perorangan, Rogers (1966) mempercayai matlamat terapi digunakan adalah bertujuan untuk menolong klien supaya kongruen diri dan persekitarannya. Menerima dirinya secara sedar setiap satu-satu pengalaman yang dihadapi, individu akan menjadi lebih realistik dalam setiap persepsinya dan membolehkan klien berkembang mencapai self actualization atau pembenaran kendiri. Dalam hal ini, kaunselor menekankan aspek menggalakkan diri klien itu memahami persepsi tentang dirinya dengan alam sebenar. Bagi mencapai keadaan tersebut perlunya ada satu perhubungan yang terapeutik antara kaunselor dengan klien berasaskan konsep dan amalan:a. penerimaan tanpa syarat (unconditional positive regard),b. ketulenan, kongruen (congruence, genuineness) danc. empati (emphatic).

Empati, penerimaan tanpa syarat dan ketulenan merupakan tiga ciri terpenting bagi mewujudkan keadaan hubungan terapeutik dalam interaksi kaunselor dan kliennya. Empati bermaksud kaunselor benar-benar berada dalam ruang rujuk dalaman klien iaitu menjiwai keseluruhan perasaan dan pemikiran sebagaimana yang dirasai oleh klien. Empati juga adalah satu proses yang penting dalam mewujudkan hubungan terapeutik pada klien (Roger, 1975). Manakala penerimaan tanpa syarat membawa pengertian bahawa kaunselor tanpa ragu-ragu menerima apa sahaja yang ada pada diri klien. Ketulenan pula bermaksud bahawa kaunselor penuh dengan keikhlasan dan kejujuran menerima klien dalam keadaan yang kongruen di mana kaunselor begitu serasi dengan apa yang dirasai oleh klienya. Ketulenan juga memberi maksud kaunselor tidak berpura-pura dalam sesi yang dijalankan dan integrasi kongruen inilah sebenarnya membayangkan kaunselor berada dalam ruang lingkup yang serupa serasi seperti yang dialami oleh klien. Suasana inilah yang perlu dititikberatkan oleh kaunselor yang menerapkan teori Pemusatan Perorangan apabila melaksanankan proses kaunseling.

Menurut Rogers (1957 , 1959) kekuatan terapi pemusatan perorangan mempunyai enam (6) keperluan asas di dalam membawa perubahan psikoterapeutik atau personaliti klien iaitu:i. wujud kesan perhubungan psikologikal antara kaunselor dengan klien (psychological contact),ii. klien yang dibantu mestilah ada masalah atau ketidaksempurnaan dalam dirinya (incongruence),iii. kaunselor perlu mempunyai sikap kongruen dan tulen (congruence and genuineness) di dalam perhubungan terapeutik,iv. penerimaan tanpa syarat (unconditional positive regard or acceptance),v. empati (empathy),vi. tanggapan atau persepsi terhadap empati dan penerimaan tanpa syarat (perception of empathy and acceptance) dalam memahami diri kliennya.

C Konsep Kendiri

Rogers (1961), menyatakan pembentukan konsep kendiri terhasil daripada persepsi individu berhubung dengan pengalamannya yang positif atau negatif. Anggapan yang positif daripada interaksi memainkan peranan yang penting. Anggapan positif atau negatif dalam interaksi dapat diperolehi daripada masyarakat atau persekitarannya iaitu bagaimana individu itu diterima oleh orang lain maka ia akan mempelajari dan mengalami penerimaan terhadap dirinya. Namun jika sebaliknya berlaku, akan timbullah masalah ketengangan, ketidakpuasan dan kebimbangan pada konsep kendiri individu (klien).

Sehubungan dengan itu, menurut Rogers klien atau individu itu bermasalah adalah berpunca daripada konsep kendirinya. Oleh itu, bagi membantu klien celik akal pada dirinya dan persekitarannya kaunselor perlulah membantu klien meneroka diri dan masalahnya. Ini kerana, ciri utama dalam pemusatan perorangan menekankan tentang tanggungjawab untuk mendapatkan kesedaran diri individu dan bergerak ke arah satu keadaan yang boleh memberi kelegaan dan menguntungkan dirinya dalam keadaan yang sebenar. Justeru itu, untuk mencapai keadaan tersebut pendekatan pemusatan perorangan memberi fokus kepada fenomena dan dunia dalaman klien (Othman Muhd, 2000).

Dalam memberi fokus kepada fenomena dan dunia dalaman klien adalah merujuk kepada konsep kendiri iaitu dalam diri individu terdapat Ideal Self dan Real Self. Ideal Self merujuk kepada sesuatu personaliti yang unggul yang dimanefestasikan melalui nilai-nilai masyarakat dan pengalaman. Manakala Real Self merujuk kepada keseluruhan diri sebenar individu atau dengan kata lain individu selesa menjadi diri sendiri tanpa rasa takut dengan pandangan atau nilai yang diberikan oleh masyarakat dan sedikitpun tidak memberi kesan pada dirinya. Oleh itu, kaunselor perlu menjadi cermin kepada diri klien dengan mencari kekuatan yang ada pada diri klien supaya klien sedar dan menghayati sifat dan ciri yang ada padanya. Menurut Rogers, jika terdapat banyak persamaan di antara kendiri dengan pengalaman (merujuk kepada persekitaran), maka seseorang akan mengalami perasaan kongruen. Sebaliknya pula, bila terdapat banyak keadaan yang tidak sama di antara kendiri dan pengalaman maka akan wujudlah keadaan tidak kongruen seperti kerisauan, kekecewaan, kebimbangan dan ketegangan (Amir Awang, 1997).

1.1.3 Proses Terapeutik Terapi Pemusatan Perorangan

a. Matlamat Terapi

Matlamat yang ditujui di dalam kaunseling pusatan perorangan ini bukanlah sekadar menyelesaikan masalah yang dihadapi atau dialami pada masa itu, tetapi apa yang lebih diutamakan ialah untuk mencapai perasaan bebas dan sepadu bagi diri seseorang individu itu. Tujuan kaunseling adalah untuk membantu klien di dalam proses perkembangannya, agar ia dapat mengahadapi dan mengatasi masalah masa kini dan masalah-masalah di masa hadapan.

Dengan berpandukan kepada matlamat yang ingin dicapai, maka klien haruslah bersedia untuk menghilangkan masalah yang membaluti dirinya selama ini bagi membolehkan dirinya berhadapan dengan realiti. Dalam hal ini, apa yang perlu kaunselor lakukan adalah mencari kekuatan klien dan perlu mewujudkan satu perhubungan terapeutik melalui penerapan sifat atau ciri iaitu penerimaan tanpa syarat, ketulenan dan kongruen dan kefahaman empati yang jitu. jika ciri-ciri berikut dapat diperhatikan dan dapat dirasai oleh klien , maka dapatlah disimpulakn bahawa matlamat yang ingin ditujui di dalam kaunseling itu telah tercapai;a. Kesediaan menerima, merasai dan mengalami realiti yang sebenar iaitu selesa menjadi dirinya sendiri tanpa rasa takut dengan pandangan atau nilai yang diberikan oleh masyarakat dan sedikitpun tidak memberi kesan pada dirinya.b. Yakin akan diri sendiri. Kebiasaan klien tidak yakin yang ia boleh mengarah hidupnya, sehinggakan ia sering minta untuk dibimbing dan diarah. Tetapi apabila ia sudah sedia menerima dirinya dan dapat berhadapan dengan apa jua kenyataan atau persekitarannya, maka ia akan mula mempunyai keyakinan kepada keupayaannya sendiri untuk mengawal dan mengarah hidupnya.c. Klien akan dipandu dan diarah oleh perasaan dan pemikirannya sendiri. Walaupun penting bagi seseorang untuk mmeberi perhatian kepada nilai-nilai dan norma-norma masyarakat, individu itu perlu juga mempunyai nilai-nilai sendiri untuk memandu dirinya. Ia harus bersifat inner directed dan tidak dikonkong olah outer directedness. Melalui inner directedness ini ia akan memperolehi kepuasan kerana ia dapat membuat keputusan berdasarkan pertimbangan sendiri (Amir Awang, 1997).d. Kesediaan untuk terus berkembang. Apabila wujud di adalam diri klien kesediaan untuk terus hidup, kesediaan mengalami peristiwa-peristiwa baru, cabaran-cabaran dan masalah-masalah baru, maka individu itu telah mencapai suatu tahap positif di dalam proses hidupnya. Dari sinilah ia kan bersedia membuat ketepatan-ketepatan baru untuk dirinya, bagi mencari matlamat-matlamat baru untuk hidupnya. Ia tidak lagi perlu bergantung kepada orang lain untuk mengarah atau mengawal hidupnya kerana ia sudah berupaya menuju ke arah matlamat baru dan perkara ini yang dikatakan oleh Rogers, bahawa individu telah mencapai self actualization (pembenaran kendiri) dalam hidupnya.

b. Proses Terapi

Rogers (1961), menjelaskan terdapat tujuh (7) peringkat perkembangan terapeutik yang mempengaruhi proses perhubungan menolong iaitu;i. Tahap pertama - perhubungan yang kurang mesra,ii. Tahap kedua - tidak bersedia untuk berkongsi pengalaman,iii. Tahap ketiga - kurang sedar terhadap diri,iv. Tahap keempat - berlaku pertentangan perasaan, pemikiran dan perlakuan,v. Tahap kelima wujud kemesraan meluahkan pengalamannya,vi. Tahap keenam berlaku kesedaran pada klien danvii. Tahap ketujuh penerimaan tanpa syarat.

Kesemua peringkat amat sukar disatukan dalam proses perkembangan terapeutik. Kata Rogers, individu mudah berkongsi secara terbuka pada masalah luaran tapi bukan pada masalah sebenarnya dan perhubungan kongruen hanya berlaku pada isu yang dibawa olah klien tetapi tidak kepada masalah yang sebenar. Aspek yang paling penting dalam proses terapeutik ialah apabila melibatkan atau berlakunya perubahan dalam perasaan, kesediaan atau kerelaan berhubung dalam perkongsian peluahan kedua pihak, kemesraan dalam perkongsian pengalaman dan kemesraan dan keakraban antara satu sama lain dalam perhubungan menolong.

Dalam keseluruhan proses terapeutik dari awal hingga akhir, individu yang datang kebanyakannya mempunyai masalah dalaman iaitu ketidakkongruen terhadap perasaannya, kognitifnya dan behaviornya. Sesetengah kaunselor mungkin sukar atau tidak dapat mewujudkan proses perhubungan menolong terapeutik. Ini kerana, mereka mempunyai satu pandangan yang rigid terhadap diri mereka dalam perhubungan dengan klien. Oleh itu, bagi mencapai keadaan tersebut perlunya ada satu perhubungan yang terapeutik antara kaunselor dengan klien berasaskan konsep dan amalan penerimaan tanpa syarat (unconditional positive regard), ketulenan, kongruen (congruence, genuineness) dan empati (emphatic). Keberjayaan satu-satu proses teraputik menolong bukan hanya terletak pada penyelesaian masalah klien tetapi berlakunya perkongsiaan perasaan ketakutan, kebimbangan dan malu kepada terapis dengan jujur dan ikhlas (Rogers, 1961).

c. Hubungan Kaunselor Dengan Klien

Rgers (1957), menyatakan formula untuk mewujudkan perubahan dan perkembangan pada klien, kaunselor perlulah berperanan seperti;a. Dengan sikap dan kebolehan berempati, kaunselor haruslah berfungsi sebagai pemudahcara bagi perkembangan pada diri klien.b. Kaunselor haruslah erusaha mewujudkan suasana yang sesuai dan yang menggalakkan klien untuk mengalami suatu perasaan rasa bebas untuk meneroka dirinya dan masalahnya.c. Kaunselor haruslah menolong kliennya agar tidak lagi bersifat membela diri atau defensif dan selalu mencari helah atau alasan tertentu bagi setiap tingkahlakunya.d. Kaunselor haruslah memperlihatkan kepada kliennya yang ia dianggap sebagai sama taraf dengan dirinya, dan secara bersama-sama mereka akan berusaha untuk mengenali masalah klien dan mengatasinyae. Kaunselor tidak akan mendiagnos masalah klien. Ia hanya menjadi cermin yang akan membantu klien melihat dirinya dan masalahnya dengan jelas.

Menurut Rogers (1957 , 1959) untuk memastikan tercapainya perkara-perkara di atas haruslah wujud:i. wujud kesan perhubungan psikologikal antara kaunselor dengan klien (psychological contact), iaitu wujud pertemuan baik secara langsung atau tidak langsung.ii. klien yang dibantu mestilah ada masalah atau ketidaksempurnaan dalam dirinya (incongruence), dan kaunselor perlulah di dalam keadaan kongruen,iii. kaunselor perlu mempunyai sikap kongruen dan tulen (congruence and genuineness) di dalam perhubungan terapeutik,iv. penerimaan tanpa syarat (unconditional positive regard or acceptance), iaitu kaunselor sedia menerima kliennya tanpa syarat, tanpa sebarang prasangka atau anggapan,v. empati (empathy), iaitu kaunselor boleh berempati bagi merasai dan mengalami apa yang dirasa dan dialami oleh klien.vi. tanggapan atau persepsi terhadap empati dan penerimaan tanpa syarat (perception of empathy and acceptance) dalam memahami diri kliennya.. di sini juga klien haruslah dapat melihat dan merasai sifat-sifat dan kebolehan-kebolehan yang ada pada diri kaunselornya ( berlakunya proses pembelajaran).(Richard S. Shart, 2004)

SWOT merupakan singkatan perkataanStrenghths(S),Weakness(W),Opportunities(O), danThreats(T). Analisis SWOT sendiri memiliki tujuan untuk memisahkan masalah pokok dan memudahkan pendekatan strategis dalam suatu organisasi. Saya mengkaji seorang murid yang bernama Muhammad Syamil Bin Azizam dari kelas 5 Sains. Murid ini mengalami masalah tingkahlaku seperti sering tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru. Selain itu, murid ini juga kebanyakan tidak memberi tumpuan semasa kelas dan enggan melakukan tugasan yang diberi semasa waktu pengajaran dan pembelajaran. Saya telah menjalankan satu kajian SWOT terhadap murid ini. Berikut adalah laporan mengenai kajian saya. Strenghts(kekuatan)adalah situasi atau kondisi yang merupakan kekuatan atau kelebihanyang dimiliki oleh individu, organisasi, atau sebuah program saat ini yang bisa berpengaruh positif di masa yang akan datang.Strenghtini bersifat internal dari individu, organisasi atau sebuah program. Kekuatan yang dimiliki oleh klien saya dalam kes yang saya kaji ialah murid ini berupaya dalam aktiviti sukan. Murid ini telah memberi penerangan kepada saya bahawa bahawa murid ini mempunyai minat dalam permainan bola sepak. Selain itu, saya telah menenalpasti bahawa murid ini telah mewakili sekolah untuk permainan bola sepak peringkat daerah Kubang Pasu. Apabila temu bual dengan guru kelas murid tersebut beliau telah menjelaskan bahawa murid ini giat dalam aktiviti seperti persembahan kumpulan dan mempunyai bakat yang tersendiri. Dengan ini saya telah memahami bahawa murid ini mempunyai bakat dalam aktitvti yang kinestetik dan sering memerlukan pergerakkan.Weaknesses(kelemahan)adalahadalah situasi atau kondisi yang merupakan kelemahan yang dimiliki oleh seseorang, organisasi, atau sebuah program saat ini yang bisa berpengaruh negative di masa yang akan datang. Kelemahan ini merupakankegiatan-kegiatan yang tidak berjalan dengan baik atau sumber daya yang dibutuhkan oleh organisasi tetapi tidak dimiliki oleh organisasi. Kelemahan itu terkadang lebih mudah dilihat daripada sebuah kekuatan, namun ada beberapa hal yang menjadikan kelemahan itu tidak diberikan solusi yang tepat dikarenakan tidak dimaksimalkan kekuatan yang sudah ada.Kelemahan yang saya kenalpasti dariapada murid saya iaitu Syamil adalah murid ini sering tidur dalam kelas dan kurang memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, murid ini tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi. Perkara ini telah dikenalpasti apabila saya merujuk buku rekod salah laku murid dalam bilik bilik darjah 5 Sains. Murid ini kerap tidak menyiapkan tugasan dan juga sentiasa lupa membawa buku teks dan buku latihan. Justeru, guru kelas 5 Sains telah meberitahu pada saya bahawa murid ini juga sentiasa mewujudkan masalah dalam bilik darjah seperti bergadur dengan murid-murid yang lain.

Opportunity(kesempatan)adalahadalah situasi atau kondisi yang merupakan peluang atau kesempatan di luar diri individu, organisasi, atau sebuah program dan memberikan peluang berkembang dimasa depan.Opportunitymerupakan faktor positif yang muncul dari lingkungan dan memberikan kesempatan bagi organisasi atau program individu untuk memanfaatkannya.Opportunitytidak hanya berupa kebijakan atau peluang dalam hal mendapatkan modal berupa uang, akan tetapi bisa juga berupa respon masyarakat atau isu yang sedang diangkat.Kesempatan atau peluang yang ada diantaranya. Dalam kes yang saya kaji didapati murid ini mempunyai minat dalam sukan. Oleh itu, pihak yang bertanggunjawab seperti pihak sekolah dan pihak keluarga semestinya memberi peluang kepada murid ini terus meluahkan bakat dalam sukan serta memberi dorongan kepadanya untuk menceburkan diri dalam aktiviti sukan supaya tidak terjebak dalam aktiviti yang kurang sihat.Threat(ancaman)adalahsituasi yang merupakan ancaman yang datang dari luar diri individu, organisasi, atau sebuah program dan dapat mengancam eksistensi dimasa depan. Ancaman dapat dikatakanfaktor negatif dari lingkungan yang memberikan ancaman bagi berkembangnya atau berjalannya sebuah organisasi dan program individu. Dalam kes yang saya kaji ancaman yang kemungkinan murid akan menepuh adalah murid ini kemungkinan besar mencapai pencapaian yang rendah dalam akedemik jika perkara ini tidak diatasi dengan kadar yang segera. Selain itu, tabiat murid ini menunjukan sikap malas dalam pelajaran ini mungkin akan lama-kelamaan akan membuatka dirinya membenci pelajaran dan terjebak dalam aktiviti yang kurang baik setelah menjejak kaki di alam persekolahan menengah.