12
47 Uni t 4 Reka Bentuk dan Teknologi ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK B A B Pengenalan 1 . Terdapat pelbagai perkakas dan peralatan elektrik dan elektronik yang digunakan dalam kehidupan sehari-harian seperti kipas, lampu, radio, televisyen, dan komputer. 2 . Kita perlu mengetahui tentang elektrik dan elektronik serta bagaimana peralatan elektrik dan elektronik itu berfungsi. 3 . Peralatan elektrik hanya akan berfungsi apabila terdapat arus elektrik melaluinya. Contoh peralatan elektrik 1 Penghasilan Projek Elektrik 1 . Terdapat beberapa aspek asas elektrik yang perlu kamu ketahui, iaitu: a. komponen asas elektrik dan elektronik. b. alatan tangan yang digunakan. c . litar siri dan litar selari. Pastikan kamu mendapat bimbingan daripada guru sebelum menggunakan sebarang alatan elektrik. Kecuaian semasa menggunakan alatan elektrik dapat mendatangkan bahaya seperti kecederaan dan mungkin juga kematian.

Nota Elektrik Dan Elektronik

  • Upload
    romeo

  • View
    387

  • Download
    13

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nota

Citation preview

47

Unit

4

Reka Bentuk dan Teknologi

ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

B

A

B

Pengenalan

1.

Terdapat pelbagai perkakas dan peralatan elektrik dan elektronik yang digunakan dalam kehidupan sehari-harian seperti kipas, lampu, radio, televisyen, dan komputer.

2.

Kita perlu mengetahui tentang elektrik dan elektronik serta bagaimana peralatan elektrik dan elektronik itu berfungsi.

3.

Peralatan elektrik hanya akan berfungsi apabila terdapat arus elektrik melaluinya.

Contoh peralatan elektrik1

Penghasilan Projek Elektrik

1.

Terdapat beberapa aspek asas elektrik yang perlu kamu ketahui, iaitu: a.

komponen asas elektrik dan elektronik.

b.

alatan tangan yang digunakan.

c.

litar siri dan litar selari.

Pastikan kamu mendapat bimbingan daripada guru sebelum menggunakan sebarang alatan elektrik. Kecuaian semasa menggunakan alatan elektrik dapat mendatangkan bahaya seperti kecederaan dan mungkin juga kematian.

48

Mengenal Pasti Nama, Fungsi, dan Simbol Komponen

Komponen

Simbol

Fungsi

M engeluarkan cahaya apabila arus mengalir melalui filamen mentol

Mentol

M enutup dan membuka litar

M elengkap dan memutuskan litar

Suis

M embekalkan voltan

Bateri

M enukar isyarat elektrik kepada isyarat bunyi

Buzer

Komponen/Alatan Tangan

Fungsi

Menanggalkan penebat wayar Memotong wayar

Penjalur wayar

Mencengkam batang silinder

Memotong dawai

M emegang dan membentuk dawai

Playar gabung

Mencengkam batang silinder

Memotong dawai

Memegang benda kerja yang kecil

Playar muncung tirus

49

Komponen

Fungsi

M engetat dan melonggarkan skru berlurah (mata rata)

Pemutar skru mata rata

M engetat dan melonggarkan skru mata Phillips

Pemutar skru Phillips

M embenarkan arus elektrik mengalir melaluinya

Wayar

M enghubungkan sambungan litar

antara wayar dengan wayar yang lain

Penyambung

M emutar skru kecil dan memeriksa sama ada terdapat arus elektrik melaluinya

Pena ujian

Tempat khas untuk meletakkan mentol

Pemegang mentol

Membuat lubang kecil

Gerimit

Tempat meletakkan bateri positif (+) atau negatif (-)

Pemegang bateri

Pastikan sambungan dilakukan dengan teliti dan sempurna. Ketatkan bahagian sambungan supaya tidak longgar. Sambungan yang tidak sempurna menyebabkan mentol tidak bernyala.

50

Contoh Memotong, Menjalur, dan Menyambung Wayar pada Mentol

1.Alatan dan bahan yang diperlukan: a.

wayar.

b.

penjalur wayar.

c.

mentol 3.8 V.

d.

pemutar skru.

e.

pemegang mentol.

2.

Lakukan langkah kerja yang berikut:

a.

Sediakan bahan dan alatan yang diperlukan.

b.

Potong dua utas wayar sepanjang 15 cm setiap satu.

c.

Jalurkan penebat getah pada hujung wayar dengan menggunakan penjalur wayar.

d.

Pintalkan hujung wayar.

e.

Pasang wayar pada pemegang mentol dengan melonggarkan skru, kenakan wayar pada skru, dan ketatkan skru menggunakan pena ujian.

51

Jenis-jenis Litar Elektrik dan Elektronik

1.

Litar merupakan suatu sambungan antara komponen elektrik dengan wayar yang membolehkan arus elektrik mengalir melaluinya.

2.

Terdapat dua jenis litar, iaitu:

a.

litar siri.

b.

litar selari.

Litar Siri

1.

Litar siri ialah sambungan komponen elektrik dan elektronik yang membolehkan arus mengalir dalam satu cabang atau saluran.

2.

Jika salah satu daripada komponen di dalam litar siri rosak, mentol tidak akan menyala dan tidak berfungsi.

3.

Pastikan setiap komponen berada dalam keadaan yang baik untuk menguji litar siri.

Sambungan litar siriContoh litar siri satu mentol dua bateri

Litar Selari

1.

Litar selari mempunyai sambungan peralatan atau komponen yang membenarkan arus melaluinya lebih daripada satu saluran atau cabang.

2.

Litar selari membenarkan arus elektrik melaluinya walaupun salah satu daripada mentol tidak berfungsi kerana terdapat cabang lain yang membenarkan arus melaluinya.

3.

Setiap rumah menggunakan litar selari sebagai penyambung litar perkakasan elektrik.

52

Sambungan litar selariContoh litar selari dua mentol dua bateriPerbezaan antara Litar Siri dan Litar Selari bagi Litar Dua Mentol

Situasi

Litar Siri

Litar Selari

Keadaan normal

Kedua-dua mentol

Cahaya mentol

malap

kurang terang

Tanggalkan satu mentol

Mentol tidak menyala

Mentol menyala

Tambahkan bateri

Kedua-dua mentol

Mentol menyala dengan

menyala sama terang

terang

Menyambung Litar Siri

1.

Bahan dan alatan yang diperlukan: a.

papan litar.

b.

pemegang mentol.

c.

wayar.

d.

suis pisau.

e.

dua biji mentol.

f.

penjalur wayar.

g.

pena ujian.

h.

pemutar skru mata rata.

53

2.

Lakukan langkah kerja seperti yang berikut:

a.

Perhati dan fahamkan lukisan projek litar siri.

b.

Susun dan atur komponen pada papan litar. Pasangkan pemegang bateri, pemegang mentol, dan suis pisau pada papan litar.

c.

Potong wayar mengikut panjang yang diperlukan antara komponen. Potong dan jalurkan wayar dengan penjalur wayar.

d.

Sambungkan wayar pada tamatan setiap komponen.

e.

Pasang kedua-dua mentol dan bateri.

f.

Sambung suis pisau dan perhatikan nyalaan mentol.

54

Menyambung Litar Selari

1.

Bahan dan alatan yang diperlukan: a.

papan litar

e.

dua biji mentol

b.

pemegang mentol

f.

penjalur wayar

c.

wayar

g.

pena ujian

d.

suis pisau

h.

pemutar skru mata rata

2.

Lakukan langkah kerja yang berikut:

a.

Perhati dan fahami lukisan projek litar selari.

b.

Susun dan atur komponen pada papan litar.

Pasang

pemegang

bateri, pemegang mentol, dan suis pisau pada papan litar.

c.

Potong wayar mengikut panjang yang diperlukan antara komponen. Potong dan jalurkan wayar dengan penjalur wayar.

d.

Sambungkan wayar pada tamatan setiap komponen.

e.

Pasang kedua-dua biji mentol dan bateri.

f.

Sambungkan suis pisau dan perhatikan nyalaan mentol.

55

Perbezaan antara Litar Siri dengan Litar Selari

1.

Litar siri dan litar selari berbeza dari segi: a.

cara sambungan litar dilakukan.

b.

jalan atau cabang aliran arus dalam litar.

c.

fungsi peralatan atau komponen dalam litar.

1

Berdasarkan penerangan tentang Menyambung Litar Siri dan Menyambung Litar Selari, rekodkan hasil uji kaji tersebut dengan melengkapkan jadual yang berikut.

1.4 (a) Aras 2

Uji Kaji

Litar Siri Litar Selari

Cara litar disambung. Lukiskan.

Nyalaan mentol

Mentol 1 Mentol 2

Mentol 1 Mentol 2

Kefungsian litar: a. Tanggalkansatu mentol

b. Tambah satu mentol

Kedua-dua mentol tidak menyala

Mentol yang satu lagi tetap menyala

Kecerahan ketiga-tiga biji mentol adalah sama tetapi malap

Kecerahan ketiga-tiga biji mentol tetap sama

Kecerahan yang sama

Kecerahan yang sama

Kecerahan yang sama

Papan litar

Papan litar

Kecerahan yang sama

56

Pen ujian

Penjalur wayar

Playar kacip

Pemegang mentol

Suis pisau

Mentol

cahaya

Suis

penjalur wayar

selari

Pena ujian

bateri

siri

bateri

I

Namakan alatan tangan dan komponen di bawah.

1.

2.

3.

4.

5.

6.

II

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1.

Mentol menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga _______________ .

2.

_______________ digunakan untuk melengkap dan memutuskan litar elektrik.

3.

Penebat wayar perlu dikeluarkan dengan menggunakan _______________ .

4.

Dalam litar _______________, mentol-mentol yang lain tetap menyala walaupun terdapat satu mentol yang rosak.

5.

_______________ digunakan untuk menguji kewujudan arus elektrik.

6.

Tenaga elektrik dapat dibekalkan atau diperoleh daripada _______________ .

7.

Litar _______________ tidak sesuai digunakan untuk pendawaian di rumah.

8.

Pemegang _______________ digunakan untuk mengisi bateri dalam litar.

1.4 (a) Aras 1

1.4 (a) Aras 1

57

1

4

12345678901234567890123456789012123456789012345678901234567890121234567890123

III

Lukis satu hasil kerja projek elektrik berdasarkan bahan dan alatan yang berikut. Kemudian, namakan projek tersebut.

1.4 (a) aras 2

Bahan

Alatan

Mentol

Pemutar skru

Pemegang mentol

Penjalur wayar

Bateri

Tukul Warrington

Pemegang bateri

Penyedut minuman

Wayar

Paku dan gam kayu

Suis

Gergaji puting

Papan dan kayu beroti

Dawai

Nama projek: Lampu tidur

58

Jawab semua soalan.

1.

Simbol yang berikut digunakan untuk

A

suis.

C

bateri.

B

mentol.

D

wayar.

2.

Peralatan yang ditunjukkan dalam rajah di atas ialah

A

pemegang bateri.

B

penjalur wayar.

C

suis pisau.

D

pemegang mentol.

3.

Alatan tangan yang ditunjukkan di bawah ialah

A

playar gabung.

C

playar kacip.

B

pena ujian.

D

pemutar skru.

4.

Mentol yang manakah dapat menyala?

I. II.

III. IV.

A

I dan II

C

III dan IV

B

II dan III

D

I dan IV

5. Alatan yang berikut digunakanuntuk memotong wayar kecuali A

playar gabung.

B

pena ujian.

C

penjalur wayar.

D

playar kacip.

6.

Yang manakah gambar rajah litar selari?

A

C

B

D

7.

Pilih pernyataan yang benar. I

Suis pisau dapat digunakan

untuk memotong wayar.

II

Suis digunakan untuk

memutuskan litar.

III

Suis membenarkan arus

elektrik melaluinya jika

ditutup.

IV

Suis menghasilkan tenaga

cahaya.

A

I dan II

C

III dan IV

B

II dan III

D

I dan IV

8.

_______ digunakan untuk mengawal aliran arus elektrik dalam litar.

A

Bateri

C

Wayar

B

Suis

D

Mentol

9.

Apakah yang akan berlaku jika suis dibuka?

A

Litar akan terputus dan arus tidak dapat mengalir

B

Litar akan bersambung untuk membenarkan arus mengalir

C

Litar terputus tetapi arus tetap dapat mengalir

D

Litar bersambung tetapi arus tidak dapat mengalir

10.

Perkakas rumah yang berikut meng- gunakan kuasa elektrik kecualiA

kipas siling.

C

radio.

B

televisyen.

D

dapur gas.