108
Oleh : NORDIN BIN TAHIR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

NORDIN BIN TAHIR - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/morfologi-bm.pdf · Penggolongan kata – proses menjeniskan perkataan ... KVK + KV + KVK - ceng + ke +

Embed Size (px)

Citation preview

Oleh :

NORDIN BIN TAHIR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

DEFINISI

Kajian pembentukan kata.

struktur kata;

bentuk kata; dan

penggolongan kata.

Bidang ilmu bahasa yang mengkaji :

6/30/2010 2NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

DEFINISI…

Struktur kata – susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan)

yang menjadi unit bahasa yang bermakna, iaitu morfem dan kata.

pengimbuhan;

pemajmukan; dan

penggandaan.

Bentuk kata – rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal

atau hasil daripada proses :

Penggolongan kata – proses menjeniskan perkataan

berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan

anggota lain dalam golongan yang sama.6/30/2010 3NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

MORFEM

Unit terkecil dalam bahasa yang bermakna dan menjalankan tugas

nahu.

ajar - satu morfem

mengajar - dua morfem [meN + ajar]

Kata dibentuk daripada satu morfem atau lebih.

Contohnya :

morfem bebas;

morfem terikat.

Morfem terbahagi kepada dua :

6/30/2010 4NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

MORFEM…

Morfem bebas :

ajar, lari, makan, tidur

setiausaha, jawatankuasa, matahari

Morfem yang dapat wujud bersendirian (boleh berdiri sendiri sebagai

satu kata).

Contohnya :

Morfem bebas ialah KATA.

Mara, Proton, Jawi, Kekwa, Kementah, Menlu

6/30/2010 5NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

MORFEM…

Morfem terikat :

tamu, juang, tawa

meN-, peN-, beR-, ter-

Morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain (tidak boleh

berdiri sendiri sebagai satu kata).

Contohnya :

ke-an, per-an, me-kan, di-i

-em-, -el-, -er-, -in-

Morfem terikat lebih kepada kata imbuhan.6/30/2010 6NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

MORFEM…

Morfem terikat...

tamu - tetamu

meN- - membaca

Contoh penggunaannya :

ke-an - kegunaan

-em- - gemuruh

tawa - tertawa/ketawa

beR- - berlari

per-an - perjuangan

-in- - sinambung6/30/2010 7NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

IMBUHAN

Unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain

yang menyebabkan perubahan makna nahunya.

awalan;

akhiran;

Imbuhan terdiri daripada :

sisipan; dan

apitan.

6/30/2010 8NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

IMBUHAN…

Awalan – imbuhan yang ditambah pada bahagian hadapan kata

dasar.

ber- dalam berlari

ter- dalam terangkat

Misalnya :

Akhiran – imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata

dasar.

-an dalam sukuan

-kan dalam pulangkan

Misalnya :

6/30/2010 9NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

IMBUHAN…

Sisipan – imbuhan yang diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar.

-er- dalam serabut (sabut)

-em- dalam gemilang (gilang)

Misalnya :

Apitan – imbuhan yang ditambahkan serentak pada bahagian

hadapan dan belakang kata dasar.

ke-an dalam keadaan

pe-an dalam pelaksanaan

Misalnya :

6/30/2010 10NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

KATA

Unit tatabahasa yang terkecil yang mempunyai makna dan boleh

berdiri sendiri serta tidak boleh dipecahkan lagi kepada unit-unit

bermakna yang lebih kecil dalam sesebuah ayat, klausa atau frasa.

Morfem atau kombinasi morfem yang oleh ahli linguistik dianggap

sebagai satu atau kesatuan (unit) terkecil yang dapat diujarkan

sebagai bentuk yang bebas atau satu unit bahasa yang dapat berdiri

sendiri.

sana, sini, pertama, kereta, rumah.

Sana! Sini? Pertama.

Contohnya :

6/30/2010 11NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

KATA…

a. Penjenisan Kata :

kata tunggal;

kata terbitan;

Ada empat, iaitu :

kata majmuk; dan

kata ganda.

6/30/2010 12NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

KATA…

1. Kata Tunggal :

Bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni

yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar

yang lain.

kata tunggal bebas;

Ada tiga jenis, iaitu :

kata tunggal tugas; dan

kata akronim

6/30/2010 13NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

KATA…

1.1 Kata Tunggal Bebas :

Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat.

Ini.

Misalnya :

Itu!

Siapa?

Saya.

Mana?6/30/2010 14NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

KATA…

1.2 Kata Tunggal Tugas :

Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-

kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas

nahunya.

untuk siapa?

Misalnya :

ke Ipoh.

di sana.

6/30/2010 15NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

KATA…

1.3 Kata Akronim :

Perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan

singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan

yang utuh.

Mara - Majlis Amanah Rakyat

Misalnya :

Kekwa - Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

UPSI - Universiti Pendidikan Sultan Idris

Bentuk singkatan dapat terdiri daripada suku kata atau huruf-

huruf tertentu.

6/30/2010 16NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

KATA…

2. Kata Terbitan :

Bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau

menerima imbuhan, sama ada awalan, akhiran, sisipan atau

apitan.

menilai - me + nilai;

Misalnya :

akhiran - akhir + an

keriting - k + er + iting

permainan - per + main + an6/30/2010 17NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

KATA…

3. Kata Majmuk :

Bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih

dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa

makna.

alat tulis

Contohnya :

urus setia

atur cara

matahari

tandatangan6/30/2010 18NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

KATA…

4. Kata Ganda :

Bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau

mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulang

secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan

dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

kanak-kanak

Contohnya :

lelaki

gunung-ganang

bertubi-tubi6/30/2010 19NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

KATA…

b. Pembentukan Kata :

Boleh terdiri daripada satu morfem atau susunan beberpa

morfem.

Proses pembentukan kata boleh menghasilkan bentuk-bentuk

yang berikut :

bentuk kata tunggal;

bentuk kata terbitan;

bentuk kata majmuk; dan

bentuk kata ganda.6/30/2010 20NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

KATA…

1. Bentuk Kata Tunggal

Boleh mengandungi satu atau lebih suku kata.

Sesuatu suku kata boleh dibentuk oleh satu vokal (V) sahaja atau

satu V disertai satu konsonan (K) atau beberapa K.

K boleh hadir di hadapan atau di belakang V atau hadir secara

serentak di hadapan dan di belakang V.

Kata tunggal bahasa Melayu mempunyai satu suku

kata [KV : yu] hingga empat suku kata

[KV+KV+KV+KV : maharaja].

6/30/2010 21NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

KATA…

1. Bentuk Kata Tunggal...

Kata tunggal yang mengandungi satu suku kata :

KV - yu, ru

KVK - roh, cat, bab, bah

KKVK - stor, skel, draf

KVKK - teks,

6/30/2010 22NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

KATA…

1. Bentuk Kata Tunggal...

Kata tunggal yang mengandungi dua suku kata :

V + KV - a + ku

V + KVK - a + las

KV + V - du + a

KV + KVK - ma + kan

KVK + KV - syah + du

KVK + KVK - sung + guh

KVK + KKVKK - kom + pleks6/30/2010 23NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

KATA…

1. Bentuk Kata Tunggal...

Kata tunggal yang mengandungi tiga suku kata :

KV + KV + KV - ba + ha + ya

KVK + KV + KVK - ceng + ke + rik

KV + KV + KVK - ge + la + gat

KV + V + KVK - bi + a + wak

Kata tunggal yang mengandungi empat suku kata :

V + KV + KV + KVK - a + nu + ge + rah

KV + KV + KV + KV - bi + da + da + ri

KV + KV + KV + KVK - ge + la + gat6/30/2010 24NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

KATA…

1.1 Bentuk Kata Tunggal Akronim :

Bentuk yang dihasilkan umumnya melalui percantuman bunyi-

bunyi pertama dalam sejumlah perkataan;

atau pencantuman bahagian-bahagian daripada beberapa

perkataan untuk membentuk satu perkataan baharu.

cer + pen : cerita pendek

Contohnya :

ber + di + ka + ri : berdiri di atas kaki sendiri

IPTA : Institusi Pengajian Tinggi Awam

ABIM : Angkatan Belia Islam Malaysia6/30/2010 25NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

KATA…

2. Bentuk Kata Terbitan :

Terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses yang

menambahkan atau menggandingkan imbuhan pada kata dasar

yang kemudiannya melahirkan kata terbitan.

Kebanyakan kata dasar yang menerima imbuhan adalah morfem

bebas sementara imbuhan merupakan morfem terikat.

Proses pengimbuhan boleh juga berlaku pada kata

dasar jenis kata terbitan dan kata majmuk.

6/30/2010 26NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

KATA…

2. Bentuk Kata Terbitan...

Kata terbitan yang mempunyai kata dasar morfem bebas :

beR + jalan : berjalan

jalan + an : jalanan

Imbuhan dengan kata dasar terbitan :

peN + ketua : pengetua

meN + ketepi + kan : mengetepikan

Imbuhan dengan kata dasar majmuk :

peN + kuat kuasa + an : penguatkuasaan

meN + anak emas + kan: menganakemaskan6/30/2010 27NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

KATA…

3. Bentuk Kata Majmuk :

Terhasil melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau

lebih yang membawa atau menghasilkan makna tertentu.

Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah :

Walau bagaimanapun, terdapat kekecualian oleh

sebab kelaziman penggunaannya.

Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat

disisipkan sebarang unsur di antara unit-unitnya.

daya serap : atur cara

terima kasih : urus setia

6/30/2010 28NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

KATA…

3.1 Bentuk Kata Majmuk yang Dimantapkan:

Terdapat 33 kata majmuk yang telah dimantapkan, yakni yang

dieja secara rapat, iaitu :

Bil. Kata Majmuk Bil. Kata Majmuk

1 antarabangsa 8 darihal

2 apabila 9 daripada

3 apakala 10 dinihari

4 bagaimana 11 dukacita

5 barangkali 12 jawatankuasa

6 beritahu 13 kadangkala

7 bumiputera 14 kakitangan6/30/2010 29NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

KATA…

3.1 Bentuk Kata Majmuk yang Dimantapkan...

Bil. Kata Majmuk Bil. Kata Majmuk

15 kepada 25 setiausaha

16 kerjasama 26 sukacita

17 manakala 27 sukarela

18 matahari 28 suruhanjaya

19 olahraga 29 tandatangan

20 padahal 30 tanggungjawab

21 peribadi 31 ubahsuai

22 peribahasa 32 walhal

23 perikemanusiaan 33 warganegara

24 pesuruhjaya6/30/2010 30NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

KATA…

4. Bentuk Kata Ganda :

Bentuk yang dihasilkan melalui proses mengulangi atau

menggandakan kata dasar.

Boleh juga digandakan mengikut rentak bunyi tertentu yang

disebut penggandaan berentak.

Proses pengulangan ini, sama ada melibatkan seluruh kata dasar

yang disebut penggandaan penuh atau melibatkan sebahagian

kata dasar sahaja yang disebut penggandaan separa .

6/30/2010 31NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

KATA…

4.1 Penggandaan Penuh :

Proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada

kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak.

Contoh penggandaan penuh :

anak-anak : guru-guru

tiba-tiba : mata-mata

menteri-menteri : kereta-kereta

pengarah-pengarah : pelatih-pelatih

arahan-arahan : latihan-latihan6/30/2010 32NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

KATA…

4.2 Penggandaan Separa :

Proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja.

Contoh penggandaan separa :

sesiku : lelaki

tolong-menolong : kasih-mengasihi

berlari-lari : sepandai-pandai

Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan.

Boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.

6/30/2010 33NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

KATA…

4.3 Penggandaan Berentak :

Proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi

tertentu dalam kata dasar itu.

Terdapat tiga jenis penggandaan berentak :

penggandaan berentak pengulangan vokal;

penggandaan berentak bebas.

penggandaan berentak pengulangan konsonan; dan

Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang

atau diubah.

6/30/2010 34NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

KATA…

4.3.1 Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal :

Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-

bunyi vokal tertentu.

Contohnya :

sayur-mayur : gotong-royong

cerai-berai : selok-belok

lauk-pauk : kuih-muih

Terdapat ciri-ciri keharmonian vokal.

6/30/2010 35NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

KATA…

4.3.2 Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan :

Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-

bunyi konsonan tertentu.

Contohnya :

bukit-bukau : gunung-ganang

simpang-siur : bolak-balik

kayu-kayan : batu-batan

mandi-manda : mundar-mandir

6/30/2010 36NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

KATA…

4.3.3 Penggandaan Berentak Bebas :

Penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada

bunyi vokal dan konsonan.

Contohnya :

saudara-mara

sampah-sarap

lintang-pukang

anak-pinak

titik-bengik6/30/2010 37NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH

GOLONGAN KATA

Merupakan sekumpulan perkataan yang digolongkan berdasarkan

kriteria sintaksis dan kriteria semantik.

Kata ialah satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan

tatabahasa, iaitu frasa, klausa dan ayat.

kata nama (KN);

kata kerja (KK);

Golongan kata ada empat :

Dalam binaan sintaksis, kata dapat berfungsi sebagai satu atau

ataupun menjadi unsur-unsur kepada ayat, klausa dan fras.

kata adjektif (KA); dan

kata tugas (KT).6/30/201038 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

kata nama khas;

kata nama am; dan

1. Golongan Kata Nama (KN) :

Merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti

pada binaan frasa nama (FN).

Lazimnya, KN menamakan orang, tempat atau benda.

Berdasarkan ciri-ciri semantik, terdapat tiga subgolongan KN :

kata ganti nama.

6/30/201039 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

kata nama khas hidup;

kata nama khas tak hidup.

1.1 Kata Nama Khas :

Kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan

ejaannya berpangkalkan huruf besar.

Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan :

kata nama khas hidup manusia;

kata nama khas hidup bukan manusia.

Kata nama khas hidup ada dua :

6/30/201040 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

kata nama am abstrak;

kata nama am konkrit.

1.2 Kata Nama Am :

Perkataan yang merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang

umum sifatnya.

Terbahagi kepada dua jenis :

jenis kata nama yang membawa konsep mujarad atau

bukan kebendaan – perhimpunan, kemerdekaan.

jenis kata nama yang membawa konsep kebendaan –

sungai, kereta, jambatan, lautan.6/30/201041 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

ganti nama tunjuk;

ganti nama diri tanya;

1.3 Kata Ganti Nama :

Terdapat dua subgolongan :

Kata ganti nama diri ada dua :

kata ganti nama diri orang pertama;

kata ganti nama diri orang kedua;

Kata ganti nama diri orang pula ada tiga :

ganti nama diri.

ganti nama diri orang.

kata ganti nama diri orang ketiga.6/30/201042 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA NAMA

KATA NAMA AM KATA GANTI NAMAKATA NAMA KHAS

HIDUP TAK HIDUP HIDUP TAK HIDUP TUNJUK DIRI

(BPG, Ipoh)

BUKAN MANUSIA MANUSIA

(itu, ini)

BUKAN INSTITUSI INSTITUSI

ABSTRAK KONKRIT

(pokok, jin, kucing) (ibu, guru, jutawan) (sekolah, pejabat)

(sungai, rumah, negeri)

BERBILANG TAK BERBILANG

(satu senyuman, setiap rancangan) (kedamaian, roh, ganjaran)

MANUSIA BUKAN MANUSIA ORANG TANYA

(Zainal, Suliana) (Si Comel, Sang Kancil) (apa, mana, siapa)

KEDUA KETIGAPERTAMA

(saya, kami) (anda, kamu) (dia, mereka,-nya) 6/30/201043 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

kata kerja tak transitif;

kata kerja transitif.

2. Golongan Kata Kerja (KK) :

Merangkumi sejumlah kata dasar yang dapat menjadi unsur inti

dalam binaan frasa kerja (FK).

Golongan KK terbahagi kepada dua :

makan : ...sedang makan.

menendang : ...telah menendang bola.

Contohnya :

6/30/201044 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

KKTT tanpa pelengkap;

KKTT berpelengkap.

2.1 Kata Kerja Tak Transitif (KKTT) :

Kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek

sesudahnya.

KKTT terbahagi kepada dua :

tidur : ...sedang tidur.

tidur : ...tidur berbantalkan lengan.

Contohnya :

6/30/201045 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

Norhayati masih tidur di dalam biliknya.

Mereka asyik berbual di kedai kopi itu.

2.1.1 KKTT Tanpa Pelengkap :

Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa penyambut atau objek

sesudahnya :

Boleh diikuti unsur keterangan sebagai pemberi maklumat

tambahan :

Norhayati masih tidur.

Mereka asyik berbual.

Suliana sedang mengajar.

Suliana sedang mengajar Bahasa Inggeris. 6/30/201046 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

Guru-guru pelatih tinggal di asrama.

2.1.2 KKTT Berpelengkap :

Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk

menyempurnakan maksud ayat.

Pengemis itu tidur berbantalkan lengan.

Dia menjadi guru.

KKTT berpelengkap tidak boleh dipasifkan.

Di asrama ditinggal oleh guru-guru pelatih.

Lengan dibantalkan oleh pengemis tidur itu.

Guru dijadikan olehnya.

6/30/201047 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

KKT aktif;

KKT pasif.

2.2 Kata Kerja Transitif (KKT) :

Kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa

nama untuk melengkapkan maksudnya.

KKT terbahagi kepada dua :

Murad menendang bola.

Surat itu telah dijawab oleh Aida.

Contohnya :

6/30/201048 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

2.2.1 KKT Aktif :

Kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa

akhiran -kan atau -i.

Contohnya :

Saya telah menonton filem yang seram itu.

Ibu sedang menggoreng mi.

Aida telah menjawab surat itu.

Pekerja MPK telah merobohkan gerai-gerai yang tiada permit.

6/30/201049 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

2.2.2 KKT Pasif :

Kata kerja yang terhasil daripada proses transfomasi atau

perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.

Contohnya :

Filem yang seram itu telah saya tonton.

Mi sedang digoreng oleh ibu.

Surat itu telah dijawab oleh Aida.

Gerai-gerai yang tiada permit telah dirobohkan oleh pekerja

MPK.6/30/201050 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA KERJA

KATA KERJA TRANSITIFKATA KERJA TAK TRANSITIF

BERPELENGKAP

TANPA BERPELENGKAP

AKTIF PASIF

(mengambil, melihat)

(menjadi, tinggal, berbantalkan)

(diambil, dilihat)

(makan, tidur, mengajar, menangis)

6/30/201051 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

amat;

3. Golongan Kata Adjektif (KA) :

KA atau kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam

binaan frasa adjektif.

Dalam ayat, KA berfungsi menerangkan keadaan atau sifat

sesuatu KN atau FN.

Boleh dikenal pasti dan dibezakan daripada KN atau KK dengan

cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat.

Contoh kata penguat :

terlalu;

sekali;

sangat.

6/30/201052 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

KA sifatan atau keadaan;

3. Golongan Kata Adjektif (KA) :

KA mempunyai sembilan subgolongan :

KA warna;

KA ukuran;

KA bentuk;

KA waktu;

KA jarak;

KA cara;

KA perasaan;

KA pancaindera;6/30/201053 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

3.1 KA Sifatan atau Keadaan :

Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian sifatan atau

keadaan sebagai unsur keterangan nama.

Budak baik selalu dipuji.

Anak Cikgu Suliana amat cerdik.

Contohnya :

Para pelajar PISMP cukup sihat.

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali.

6/30/201054 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

3.2 KA Warna :

Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian warna

sebagai unsur keterangan nama.

Kereta hitam itu kepunyaanku.

Warna kuning, warna diraja.

Contohnya :

Salwani suka berbaju ungu.

Darah merah mengalir di atas jalan raya.

6/30/201055 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

3.3 KA Ukuran :

Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian ukuran

sebagai unsur keterangan.

Pokok itu renek kerana kekurangan baja.

Pemuda itu tinggi orangnya.

Contohnya :

Gunung itu semakin rendah akibat proses pembangunan.

Budak yang berbadan besar itu ringan tulang.

6/30/201056 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

3.4 KA Bentuk :

Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian rupa bentuk

sebagai unsur keterangan.

Gadis manis itu mudah dicam kerana berdagu lekuk.

Perut si Luncai buncit.

Contohnya :

Meja bujur itu baru dibeli oleh ayah semalam.

Bola itu sudah tidak bulat akibat kekurangan angin.

6/30/201057 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

3.5 KA Waktu :

Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian konsep

masa sebagai unsur keterangan.

Usah dikenang waktu yang lampau.

Jam itu di dinding itu lewat 15 minit.

Contohnya :

Abu sering lambat tiba ke sekolah.

Adik Kiki sedang menggayakan baju baharu.

6/30/201058 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

3.6 KA Jarak :

Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian konsep

ruang antara dua benda atau keadaan sebagai unsur keterangan.

Rumahnya paling hampir dengan sekolah.

Dalam kemalangan itu, mereka nyaris maut.

Contohnya :

Rumah yang ditujuinya itu sangat jauh.

Rumah Ali dekat dengan rumah Alia.

6/30/201059 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

3.7 KA Cara :

Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian keadaan

kelakuan atau ragam sebagai penerang kata nama.

Kedatangan orang itu ke sini selalu benar.

Gerak-gerinya amat perlahan.

Contohnya :

Air sungai itu mengalir deras.

Memandu laju boleh membunuh.

6/30/201060 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

3.8 KA Perasaan :

Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian konsep

perasaan sebagai penerang kata nama dan harus diikuti oleh kata

sendi nama.

Ariani amat rindu akan emaknya.

Paris malu untuk pergi ke rumah bakal tunangnya.

Contohnya :

Fadzli masih ragu-ragu terhadap kejujuran Lyana.

Putera raja itu berahi akan Puteri Bongsu.

6/30/201061 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

3.9 KA Pancaindera :

Jenis perkataan yang memberi pengertian konsep rasa, pandang,

dengar, bau, sentuh atau gabungan kelima-lima indera sebagai

penerang kata nama.

Harum Manis ini manis rasanya.

Kopi itu pahit benar.

Indera rasa :

Sup tulang ini sungguh masin.

Mempelam muda ini sangat kelat.

6/30/201062 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

3.9 KA Pancaindera...

Siti Nurhaliza sunguh cantik pada hari pernikahannya.

Pemuda yang tampan itu berasal dari Perak.

Indera pandang :

Rumah buruk itu masih berpenghuni.

Suara Ziana Zain sungguh nyaring.

Gesekan biolanya mersik sekali.

Indera dengar :

Kelas itu sungguh bising kerana ketiadaan guru.

6/30/201063 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

3.9 KA Pancaindera...

Zainab suka memakai semburan minyak wangi.

Pakaian yang tidak dicuci berbau hapak.

Indera bau :

Tandas itu berbau busuk.

Baju yang baru diangkatnya masih lembab.

Kain halus itu hasil tenunan tangan.

Indera sentuh :

Kulit bayi itu sungguh lembut.

6/30/201064 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

3.9 KA Pancaindera...

Indera sentuh + pandang + bau :

Islam menggalakkan umatnya berpakaian bersih.

Gabungan lima indera :

Indera sentuh + pandang :

Rumah baru Mawi selesa benar.

Indera dengar + pandang :

Kehidupan keluarga Ana amat tenteram.

6/30/201065 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

kata pemeri ialah dan adalah;

kata hubung dan, atau, tetapi, serta, lalu.

4. Golongan Kata Tugas (KT) :

Sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk

mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai

penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu,

penegas, pemeri, penafi, pembenar dan sebaginya.

Tidak berfungsi sebagi unsur dalam sebarang frasa endosentrik,

iaitu frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.

Contohnya :

kata seru aduh, wah, amboi, syabas, cis.

6/30/201066 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

kata hubung;

kata seru;

4. Golongan Kata Tugas (KT)...

Terdapat 14 jenis golongan KT :

kata tanya;

kata perintah;

kata pembenar;

kata pangkal ayat;

kata bantu;

kata penguat;

kata penegas;

kata nafi;

kata pemeri;

kata sendi nama;

kata arah;

kata bilangan;

6/30/201067 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.1 Kelompok Dasar KT :

Terdapat tiga kelompok dasar KT mengikut fungsi dan tugas.

kata hubung

Kelompok kata penyambung ayat :

kata seru

Kelompok kata praklausa :

kata tanya kata perintah kata pembenar kata pangkal ayat

kata bantu

Kelompok kata praklausa :

kata penguat kata penegas kata nafi kata pemeri kata sendi nama kata arah kata bilangan 6/30/201068 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

kata hubung gabungan;

kata hubung pancangan.

4.2 Kelompok Kata Penyambung Ayat :

Kata penyambung ayat atau kata hubung ialah sejumlah

perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau

lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis.

Kata hubung ada dua :

Ayat berlapis dikenali sebagai ayat majmuk.

6/30/201069 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

Ahmad lulus ujian itu tetapi adiknya gagal.

Siti menyanyi dan Khalid menari.

4.2.1 Kata Hubung Gabungan :

Jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang

sama tara sifatnya.

Ayat yang terbentuk dikenali sebagai ayat majmuk gabungan.

Menggunakan kata-kata hubung dan, atau, tetapi, serta, lalu,

malahan, sambail dan kemudian.

Contohnya :

Bukan Syauqie sahaja yang cerdik malahan adiknya juga

pandai. 6/30/201070 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.2.2 Kata Hubung Pancangan :

Jenis kata hubung yang menyambung klausa-klausa tak setara

atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk.

Kata hubung pancangan ada tiga :

kata hubung pancangan relatif.

kata hubung pancangan komplemen.

kata hubung pancangan keterangan.

6/30/201071 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.2.2.1 Kata Hubung Pancangan Relatif :

Kata yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan satu

klausa kecil yang lain.

Bentuk kata hubung jenis ini ialah yang.

Kereta yang berwarna biru itu kepunyaan Aida.

Contohnya :

Gadis yang manis itu jiran saya.

Baju yang dibeli oelh adik itu mahal harganya.

Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga.

6/30/201072 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.2.2.2 Kata Hubung Pancangan Komplemen :

Kata yang berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi

komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama.

Bentuk kata hubung jenis ini ialah bahawa dan untuk.

Guru itu menyatakan bahawa murid-muridnya sangat rajin.

Contohnya :

Untuk memaksa di hadir adalah tidak wajar.

Kami menyedari bahawa mereka bukan polis.

Sungguh mustahil untuk banduan itu meloloskan diri.

6/30/201073 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.2.2.3 Kata Hubung Pancangan Keterangan :

Kata yang berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi

keterangan pada satu klausa utama.

Antara kata hubung jenis ini ialah jika, agar, meskipun, sekiranya,

sewaktu, ketika, supaya, andai kata, setelah dan semasa.

Pegawai itu sering dipuji kerana kejujurannya.

Contohnya :

Dia memandu laju hingga keretanya terbabas.

Kalau musuh datang kami akan melawan.

Dia rajin memakan ubat semoga cepat sembuh.

6/30/201074 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

kata seru;

kata pembenar;

4.3 Kelompok Kata Praklausa :

Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa.

Terdiri daripada :

Tugas perkataan-perkataan demikian adalah untuk menimbulkan

seruan, pengiyaan, pertanyaan atau sebagai penerang pangkal

kepada klausa.

kata tanya;

kata perintah;

kata pangkal ayat.

6/30/201075 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.3.1 Kata Seru :

Bentuk kata yang berfungsi melahirkan pelbagai perasaan dan

digunakan dalam ayat seruan.

Contohnya, aduh, cis, amboi, syabas, wahai, oh, celaka, eh, wah

dan aduhai.

Aduh, sakitnya kakiku!

Misalnya :

Celaka, habis tanamanku dimusnahkannya!

Wahai anak-anakku, hormatilah jiran tetangga!

Amboi, lembutnya suara pemuda itu!6/30/201076 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.3.2 Kata Pembenar :

Bentuk kata yang berfungsi mengesahkan sesuatu pernyataan.

Contohnya, ya, benar dan betul.

Ya, itulah orangnya.

Misalnya :

Benar, dialah yang berkata demikian.

Betul, tanyalah dia.

Semua yang diperkatakannya itu benar belaka.

6/30/201077 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.3.3 Kata Tanya :

Perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau

menyoalkan sesuatu.

Contohnya, mengapa, berapa, bila, bagaimana, apa, siapa dan

mana.

Harga pangsapuri itu berapa?

Misalnya :

Yang datang semalam siapa?

Bagaimanakah anda ingin pulang ke sana?

Apakah nama ibu negara Malaysia?6/30/201078 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.3.4 Kata Perintah :

Perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas

terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.

Contohnya, jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap.

Jangan buang sampah di merata-rata tempat.

Misalnya :

Harap jelaskan bil ini dengan secepat mungkin.

Usah dikenang perkara yang lepas.

Minta tuan-tuan dan puan-puan bertenang.6/30/201079 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.3.5 Kata Pangkal Ayat :

Perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi

penanda kesinambungan ayat dalam wacana.

Contohnya, hatta, maka, kalakian, sahadan, dan alkisah.

Hatta istana itu pun siaplah.

Misalnya :

Adapun kuda itu dipunyai oleh Tun Umar.

Maka Laksamana Hang Tuah pun berangkat ke Pahang.

6/30/201080 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

membantu;

menguatkan;

4.4 Kelompok Kata Prafrasa :

Kata prafrasa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan

frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja atau frasa adjektif.

Antara tugas kata prafrasa :

Mendukung tugas-tugas maksud yang terkandung dalam ayat.

menegaskan;

menafikan;

memerikan;

menyendikan;

menunjukkan arah;

membilang.

6/30/201081 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.4.1 Kata Bantu :

Jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa

adjektif dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna-

makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam.

kata bantu aspek;

Kata bantu ada dua :

kata bantu ragam.

6/30/201082 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.4.1.1 Kata Bantu Aspek :

Menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu sama ada masa

lampau, masa kini atau masa hadapan.

Contohnya, telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan dan

belum.

Semua guru pelatih telah kembali ke institut semalam.

Misalnya :

Adik sudah mandi.

Hafiz akan ke sana esok.

Kami pernah datang ke sini dua tahun yang lalu. 6/30/201083 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.4.1.2 Kata Bantu Ragam :

Bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam

perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan.

Contohnya, hendak, mahu, harus, mesti, boleh dan dapat.

Kita boleh bergerak sekarang.

Misalnya :

Awak harus mencuba sehingga berjaya.

Ramai mahasiswa kini mahu menjadi guru.

Kita mesti tolong dia. 6/30/201084 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.4.2 Kata Penguat :

Sejumlah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif

dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata

adjektif.

kata penguat hadapan;

Kata penguat ada tiga :

kata penguat belakang;

kata penguat bebas.

6/30/201085 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.4.2.1 Kata Penguat Hadapan :

Perkataan yang letaknya di hadapan kata adjektif.

Contohnya, terlalu, paling dan agak.

Gunung Everest terlalu tinggi.

Misalnya :

Masakan ibuku paling sedap.

Sungai itu agak dalam.

6/30/201086 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.4.2.2 Kata Penguat Belakang :

Perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif.

Contohnya, sekali, benar dan nian.

Kelakuan anak-anak Pak Mat baik sekali.

Misalnya :

Cantik benar rumah di atas bukit itu.

Indah nian puteri bunian.

6/30/201087 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.4.2.3 Kata Penguat Bebas :

Perkataan yang letaknya atau kedudukannya bebas, iaitu sama

ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.

Contohnya, amat, sungguh dan sangat.

Pakaian cikgu itu amat kemas.

Pakaian cikgu itu kemas amat.

Misalnya :

Perangainya sungguh baik.

Perangainya baik sungguh.

Sungai itu sangat dalam.

Sungai itu dalam sangat. 6/30/201088 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.4.3 Kata Penegas :

Kata penegas atau partikel ialah sejumlah perkataan yang

memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam

ayat.

Contohnya, -tah, -kah, -lah, juga, jua, pun, sahaja, lagi, hanya dan

memang.

Kata penegas ada dua.

6/30/201089 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.4.3 Kata Penegas...

Apatah daya kita.

kata penegas yang menegaskan hanya frasa predikat atau

bahagian-bahagiannya;

hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-

bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses

pendepanan;

Contohnya, -kah, -tah dan -lah.

Misalnya :

Siapakah nama saudara?

Silalah duduk. 6/30/201090 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.4.3 Kata Penegas...

Kami juga ingin ke Kuala Lumpur.

kata penegas yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat,

iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa

predikat atau bahagian-bahagiannya;

Contohnya, juga, jua, pun, sahaja, lagi, hanya dan memang.

Misalnya :

Hanya Roslan yang tidak hadir semalam.

Adik belum mandi lagi.

6/30/201091 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.4.4 Kata Nafi :

Perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu frasa

nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

Itu bukan keretanya;

Contohnya :

Ayah tidak pergi ke pejabat hari ini.

kata nafi bukan;

Ada dua bentuk kata nafi :

kata nafi tidak.6/30/201092 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.4.4.1 Kata Nafi Bukan :

Boleh menjadi unsur nafi frasa nama dan sendi nama.

Itu bukan keretanya.

Contohnya :

Baju ini bukan untuk Ani tetapi untuk Ana.

Boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-

dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat.

Dia bukan hendak belajar tetapi hendak bermain sahaja.

Contohnya :

Diana bukan sahaja bijak tetapi rajin juga. 6/30/201093 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.4.4.2 Kata Nafi Tidak :

Unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif.

Ayah tidak pergi ke pejabat hari ini.

Contohnya :

Kenyataannya itu tudak benar.

Tidak boleh hadir sebelum frasa nama dan frasa sendi.

Itu tidak keretanya.

Contohnya :

Baju itu tidak untuk Ani tetapi untuk Ana.6/30/201094 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.4.5 Kata Pemeri :

Unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek

dengan frasa-frasa utama dalam predikat.

secara persamaan atau ekuatif dengan penggunaan kata

pemeri ialah;

Pemerihalan ini dapat dilakukan melalui dua cara, iaitu :

secara huraian atau kualitatif dengan penggunaan kata

pemeri adalah.

6/30/201095 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.4.5.1 Kata Pemeri ialah:

Penggunaan kata pemeri ialah secara persamaan atau ekuatif

hadir di hadapan frasa nama.

Encik Ariffin Yahaya ialah pengarah kami.

Contohnya :

Bangunan antik yang tersergam indah itu ialah Pejabat

Menteri Besar Perlis.

Laras bahasa yang sesuai untuk memperkatakan tentang

sains ialah berdasarkan daftar istilah sains.

6/30/201096 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.4.5.2 Kata Pemeri adalah:

Penggunaan kata pemeri adalah secara huraian atau kualitatif

hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Dunia ini adalah fana.

Contohnya :

Ucapannya adalah bernas sekali.

Bahasa rasmi negara ini seperti yang termaktub dalam

perlembagaan Malaysia adalah bahasa Melayu.

6/30/201097 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.4.6 Kata Sendi Nama :

Perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.

Contohnya, di, ke, pada, dari, daripada, kepada, bagi, sejak, demi,

akan, tentang, dengan, terhadap, untuk, seperti, oleh, dalam,

bagai, hingga, umpama dan sampai.

Pengembara itu sesat di dalam hutan.

Misalnya :

Mahathir dan isterinya pulang ke Kedah.

Ukiran itu diperbuat daripada logam.

Bas akan bergerak pada pukul tujuh pagi.

Husna telah menerima sepucuk surat daripada sekolah.6/30/201098 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.4.7 Kata Arah :

Sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa dan lazimnya

sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan.

Contohnya, atas, bawah, tepi, tengah, hadapan, belakang, antara,

sisi, luar, dalam, sudut, penjuru, segi timur, barat, utara, selatan,

samping dan sebagainya.

Buku itu ada di atas meja.

Misalnya :

Semua guru pelatih dikehendaki masuk ke dalam dewan.

Dari sudut pandangan kami, perkara itu wajar.

Kereta api itu menuju ke utara.6/30/201099 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.4.8 Kata Bilangan :

Sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa utama.

menunjukkan jumlah yang tentu;

Kata bilangan ada lima mengikut ciri maknanya :

membawa maksud pisahan; dan

menunjukkan bilangan tak tentu;

membawa maksud himpunan;

membawa maksud pecahan.

6/30/2010100 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.4.8.1 Menunjukkan Jumlah yang Tentu :

Disebut sebagai bilangan kardinal.

Kata bilangan yang telah ditetapkan.

Harga buku itu ialah Ringgit Malaysia dua ratus sahaja.

Orang kaya itu memiliki tiga buah kereta mewah.

Pekebun itu mempunyai tujuh ekar ladang getah.

Contohnya :

6/30/2010101 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.4.8.2 Menunjukkan Bilangan Tak Tentu :

Kata bilangan yang tiada jumlah yang tertentu.

Segala peraturan asrama hendaklah dipatuhi.

Beberapa orang telah pergi ke sana.

Para hadirin diminta bersabar.

Contohnya, beberapa, semua, seluruh, sekalian, segala, para dan

sebagainya.

Misalnya.

6/30/2010102 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.4.8.3 Membawa Maksud Himpunan :

Kata bilangan yang menghimpunkan bilangan yang tertentu atau

tidak menentu.

Beratus-ratus orang telah menyaksikan peristiwa itu.

Kedua-dua penjahat itu telah ditangkap polis.

Beribu-ribu benih pokok durian telah disemai.

Contohnya, kedua-dua, berpuluh-puluh, beratus-ratus, berabad-

abad, berguni-guni dan sebagainya.

Misalnya.

6/30/2010103 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.4.8.4 Membawa Maksud Pisahan :

Mereka masing-masing balik awal semalam.

Setiap manusia mempunyai perasaan.

Ibu menyirami bunga tiap-tiap pagi.

Contohnya, setiap, tiap-tiap, masing-masing dan sebagainya.

Misalnya.

6/30/2010104 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA…

4.4.8.5 Membawa Maksud Pecahan :

Sepertiga daripada usianya dihabiskan di dalam hutan.

Ariff memenangi Ringgit Malaysia setengah juta dalam

peraduan itu..

Separuh daripada kelas ini dikehendaki turun ke bawah.

Contohnya, setengah, separuh, dua perempat, sepertiga dan

sebagainya.

Misalnya.

6/30/2010105 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

GOLONGAN KATA TUGAS

KATA PENYAMBUNG

AYAT

KATA PRAFARSAKATA PRAKLAUSA

KATA HUBUNG

Gabungan Pancangan

KomplemenRelatif Keterangan

Kata Seru Kata Tanya Kata Perintah Kata Pembenar Kata Pangkal Ayat

Kata Bilangan Kata ArahKata NafiKata BantuKata PenegasKata Sendi Nama Kata PenguatKata Pemeri

Persamaan Huraian Aspek Ragam

Hadapan Belakang Bebas

Pisahan PecahanHimpunanBilangan Tak TentuJumlah Yang Tentu

6/30/2010106 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

MUSALMAH MANIS BERKACA MATA,

LESUNG PIPIT MANIS ORANGNYA;

JIKA TIDAK PANDAI BERBAHASA,

LAUTAN CETEK JANGAN DIDUGA.

MUSALMAH MANIS PERGI KE DAIK,

SAMPAI KE DAIK HARI PUN PETANG;

MULUT MANIS HATI PUN BAIK,

KE MANA PERGI DISUKAI ORANG.6/30/2010107 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH

6/30/2010108 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS

IPOH