3
Isnin 11 Ogos 2014 Nilai Murni Pada suatu petang, Maniam dan Kamal pergi memancing ikan di sebatang sungai di hujung kampung. Setelah kira-kira 1 jam, mereka belum dapat menangkap seekor ikan pun. Walaupun begitu, Kamal tetap menunggu dengan sabar. Dia sudah berjanji dengan ibunya akan membawa balik ikan untuk dimakan bersama keluarganya. Tiba-tiba, seekor ikan mengena pancingnya. Kamal berasa seronok kerana penantiannya berhasil. Pada waktu yang sama, Kamal terdengar jeritan Maniam meminta tolong. Rupa-rupanya Maniam terjatuh ke dalam sungai. Dia tidak tahu berenang dan hampir lemas. Tanpa menghiraukan ikan yang baru tersangkut di pancingnya. Kamal terus terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Maniam. Dengan berhati-hati Maniam dibawa naik ke tebing Oleh Kamal. Maniam mengucapkan terima kasih kepada Kamal

Nilai Murni 11 Aug

  • Upload
    buol

  • View
    226

  • Download
    9

Embed Size (px)

DESCRIPTION

2015

Citation preview

Isnin 11 Ogos 2014

Nilai Murni

Pada suatu petang, Maniam dan Kamal pergi memancing ikan di sebatang sungai di hujung kampung. Setelah kira-kira 1 jam, mereka belum dapat menangkap seekor ikan pun. Walaupun begitu, Kamal tetap menunggu dengan sabar. Dia sudah berjanji dengan ibunya akan membawa balik ikan untuk dimakan bersama keluarganya.

Tiba-tiba, seekor ikan mengena pancingnya. Kamal berasa seronok kerana penantiannya berhasil. Pada waktu yang sama, Kamal terdengar jeritan Maniam meminta tolong. Rupa-rupanya Maniam terjatuh ke dalam sungai. Dia tidak tahu berenang dan hampir lemas. Tanpa menghiraukan ikan yang baru tersangkut di pancingnya. Kamal terus terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Maniam.

Dengan berhati-hati Maniam dibawa naik ke tebing Oleh Kamal. Maniam mengucapkan terima kasih kepada Kamal kerana menyelamatkannya. Maniam berasa sungguh bertuah kerana mempunyai sahabat seperti Kamal.

Ayat yang mempunyai nilai murni yang tersirat ( tersuruk )

1. tetap menunggu dengan sabar

Teguh / tegas / iman yang tinggi

2. sudah berjanji dengan ibunya

berani bertanggung jawab

3. dimakan bersama keluarganya

sayang akan keluarga

4. berasa seronok kerana penantiannya berhasil

melahirkan perasaan kegembiraan

5. Tanpa menghiraukan ikan yang baru tersangkut di pancingnya.

Kawan sejati (baik)

6. terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Maniam.

Berhati mulia

7. Dengan berhati-hati Maniam dibawa naik ke tebing

Tidak gopoh / gelojoh

8. mengucapkan terima kasih

menghargai jasa atau pemberian

9. sungguh bertuah kerana mempunyai sahabat seperti Kamal.

Bersyukur / berterima kasih

* Bestari Solat *

2.35 ptg