5
NILAI KEADILAN AJARAN AGAMA ISLAM Islam adalah agama persamaan dan keadilan. Allah SWT bersifat adil dan cintakan keadilan dan kasihkan orang yang bersifat adil. Antara asas yang sangat ditekankan dalam syariat Islam adalah prinsip keadilan kepada semua manusia. Banyak ayat al-Quran yang menyeru kepada keadilan dan mencegah daripada bersifat zalim. Keadilan merupakan salah satu daripada tiga asas pegangan hidup Islam, seiring dengan tauhid dan khilafah. Menurut Islam, dengan menegakkan keadilan akan memberikan kebaikan kepada seseorang, manakala pelanggaran terhadapnya akan mengakibatkan mala petaka. Keadilan juga termasuk dalam akhlak Islam yang mesti diamalkan di dalam semua aspek kehidupan dan kepada semua manusia meliputi sahabat dan musuh. Sekiranya ia dipinggirkan, maka ia dianggap satu dosa dan kesalahan di sisi Allah SWT. Tidak ada subjek yang lebih berkait rapat dengan konsep keadilan kecuali hak asasi manusia. Ini bermakna keadilan tidak akan menjadi kenyataan jika hak asasi manusia tidak diiktiraf oleh masyarakat. Ia juga adalah asas kepada kehidupan bermasyarakat dalam Islam. Konsep keadilan ini perlu ditonjolkan di dalam setiap perhubungan, antara pemimpin dan rakyat, orang kaya dan miskin, suami dan isteri, mahupun ibu bapa dan anak-anak. Apabila keadilan ditegakkan dalam semua aspek, maka terjaminlah keamanan dan ketenteraman di dalam keluarga, masyarakat dan negara. Sifat dan tabiat yang adil mencerminkan

Nilai Keadilan Islam Dan Buddha

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nota

Citation preview

Page 1: Nilai Keadilan Islam Dan Buddha

NILAI KEADILAN AJARAN AGAMA ISLAM

Islam adalah agama persamaan dan keadilan. Allah SWT bersifat adil dan

cintakan keadilan dan kasihkan orang yang bersifat adil. Antara asas yang sangat

ditekankan dalam syariat Islam adalah prinsip keadilan kepada semua manusia.

Banyak ayat al-Quran yang menyeru kepada keadilan dan mencegah daripada bersifat

zalim. Keadilan merupakan salah satu daripada tiga asas pegangan hidup Islam, seiring

dengan tauhid dan khilafah. Menurut Islam, dengan menegakkan keadilan akan

memberikan kebaikan kepada seseorang, manakala pelanggaran terhadapnya akan

mengakibatkan mala petaka.

Keadilan juga termasuk dalam akhlak Islam yang mesti diamalkan di dalam

semua aspek kehidupan dan kepada semua manusia meliputi sahabat dan musuh.

Sekiranya ia dipinggirkan, maka ia dianggap satu dosa dan kesalahan di sisi Allah

SWT. Tidak ada subjek yang lebih berkait rapat dengan konsep keadilan kecuali hak

asasi manusia. Ini bermakna keadilan tidak akan menjadi kenyataan jika hak asasi

manusia tidak diiktiraf oleh masyarakat. Ia juga adalah asas kepada kehidupan

bermasyarakat dalam Islam. Konsep keadilan ini perlu ditonjolkan di dalam setiap

perhubungan, antara pemimpin dan rakyat, orang kaya dan miskin, suami dan isteri,

mahupun ibu bapa dan anak-anak.

Apabila keadilan ditegakkan dalam semua aspek, maka terjaminlah keamanan

dan ketenteraman di dalam keluarga, masyarakat dan negara. Sifat dan tabiat yang adil

mencerminkan kesempurnaan akal dan akhlak yang menjanjikan kebahagiaan hakiki.

Kedudukan adil bagi seorang manusia menurut pandangan Islam ditentukan bukan oleh

ketinggian darjat keturunan atau kekayaan mahupun kekuasaan, tetapi oleh

ketakwaannya yang merupakan hasil dari ketinggian ilmu dan akhlaknya. Keadilan yang

diperkenalkan oleh Islam adalah keadilan yang pasti, ia tidak dapat digoncang oleh rasa

cinta dan benci, tidak pula dipengaruhi oleh hubungan kekeluargaan individu dan

kecenderungan peribadi.

Page 2: Nilai Keadilan Islam Dan Buddha

NILAI KEADILAN Ajaran Agama Buddha

Menurut agama Buddha, nilai keadilan adalah penting dalam semua aspek.

Sebagai contoh nilai keadilan penting dalam sebuah institusi kekeluargaan. Hal ini

bertujuan untuk membina keluarga yang harmoni dan aman sejahtera. Ibu bapa

berperanan utama dalam mewujudkan dan memupuk rasa adil dalam sesebuah

keluarga. Sebagai seorang bapa merangkap kepada ketua sebuah keluarga haruslah

bijak untuk melakukan sesuatu tindakan. Misalnya dalam hal pembahagian barangan

dan juga pendidikan. Sebagai seorang bapa, seseorang itu perlu berlaku adil dalam

memberikan sebarang pendidikan kepada anak-anaknya. Tidak seharusnya timbul rasa

pilih kasih pada setiap anak-anak. Sekiranya wujud perasaan seperti ini, maka haruslah

segera di jauhkan untuk mengelakkan rasa dendam dalam diri anak-anak.

Sering terjadi dalam institusi kekeluargaan akan berlakunya penipuan dalam

pembahagian harta. Hal seperti ini adalah kerana tidak adanya sifat keadilan dalam diri

pembahagi harta tersebut. Dalam ajaran agama Buddha telah melarang penganutnya

supaya tidak melakukan penipuan. Jika seseorang melakukan perbuatan menipu akan

menyebabkan satu bentuk penganiayaan terhadap bagi individu yang ditipu. Perkara ini

dianggap keji dalam ajaran Buddha dan semestinya akan menimbulkan rasa marah

terhadap mangsa penipuan.

Begitu juga dalam sistem kehakiman untuk menjatuhkan sebarang hukuman.

Nilai keadilan amat sukar dipraktikan dalam mengambil keputusan dan sebarang

tindakan. Apa yang penting sebenarnya ialah untuk bercakap benar bagi menyebabkan

suatu pihak yang tidak bersalah teraniaya. Di sini dapat dilihat kerelevanan ajaran

Buddha dalam pendidikan moral. Dalam ajaran Buddha berkaitan dengan Perintah

yang keempat menyentuh supaya tidak boleh menipu dan berbohong sesama manusia.

Jika seseorang tersebut mampu bercakap benar, secara tidak langsung mereka juga

akan berlaku adil. Jadi adalah relevan agama Buddha dalam pendidikan moral.

Page 3: Nilai Keadilan Islam Dan Buddha

Melalui nilai keadilan yang terdapat dalam diri seseorang dapat membentuk

insan bermoral di mana dengan adanya nilai keadilan tersebut, seseorang itu dapat

melaksanakan perkara-perkara yang menjurus kearah kebaikan. Teori kemoralan

sosial dapat dikaitkan dengan nilai keadilan. Teori kemoralan sosial ini merupakan

tingkah laku yang perlu ada dalam menjamin manusia terus hidup dalam keadaan

aman dan harmoni. Sebagai contoh, kanak-kanak yang melakukan kesalahan kerana

membuli rakannya akan diambil tindakan yang sewajarnya. Pihak atasan akan

mengenakan denda kepada pembuli tersebut. Di sini dapat dilihat bahawa nilai keadilan

terbentuk kerana pesalah dikenakan denda yang setimpal atas perbuatannya mengikut

undang-undang dan kanak-kanak yang dibuli memperoleh keadilan. Mengikut teori ini,

peraturan moral dijadikan sebagai satu kewajipan dan dikuatkuasakan oleh pemerintah

supaya wajib dipatuhi. Keadilan juga telah menjadi satu amalan dalam masyarakat.

Nilai dalam teori ini banyak mementingkan masyarakat dan bukan individu dalam

mencapai matlamat moral.

Selain itu juga, teori perkembangan moral kanak-kanak turut boleh dikaitkan

dengan nilai keadilan melalui ajaran agama Islam dan ajaran agama Buddha ini. Teori

yang dapat dikaitkan adalah teori perkembangan moral Lawrence. Kanak-kanak

akan mempelajari apa yang betul dan apa yang salah. Mereka juga akan

mempraktikkan kebaikan, kejujuran, kesetiaan, kepatuhan, keadilan dan pelbagai jenis

aspek moral yang lain, walaupun mereka tidak mengetahui maksud moral yang

sebenar. Sebagai contoh, jika seseorang kanak-kanak iaitu Ahmad dicubit oleh Arif, jadi

untuk berlaku adil Ahmad dibolehkan mencubit Arif. Pada peringkat ini, timbul persoalan

hak-hak peribadi dan tujuan-tujuan sesuatu tingkah laku. Dengan itu, mereka akan

berpuas hati dengan apa yang telah mereka lakukan kerana terdapatnya penyerapan

nilai-nilai keadilan dalam tindakan tersebutnya. Jelaslah, bahawa nilai keadilan

menjadikan seseorang itu insane bermoral.