27
Negeri Negeri Selat Sebab / Faktor Penubuhan Sistem Pentadbiran

Negeri Negeri Selat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sejarah-negeri2 selat

Citation preview

Slide 1

Negeri Negeri SelatSebab / Faktor PenubuhanSistem Pentadbiran

Negeri-negeri Selat atau juga dikenali sebagai Kawasan Penempatan Selat merupakan gabungan dari kawasan - kawasan yang dimiliki olehSyarikat Hindia Timur Inggeris(SHTI) diAsia Tenggara, yang mana telah diberi Pemerintahan Kolektif pada tahun 1826 sebagai Koloni Mahkota yang juga diberi kepadaprotectoratesiaitu merujuk kepada "native princely states" yang meliputiNegeri-negeri Melayu Bersekutu.

Awalnya, Negeri-negeri Selat ini merangkumiPulau Pinang(juga dikenali sebagai Pulau Prince of Wales),Singapura, Kepulauan dan Jajahan Dindings (Wilayah ini dikenali sebagai Daerah Manjung dan menjadi sebahagian Negeri Perak),Seberang Perai(juga dikenali sebagai Province Wellesley),Melaka,Labuan(menjadi sebahagian negeriSabahpada tahun 1963 dan kemudiannya menjadiWilayah Persekutuanpada tahun 1984) dan Pulau Krismas sertaKepulauan Cocos (Keeling)(kini ditadbir olehAustralia).

Penubuhan Negeri-negeri Selat adalah melalui Perjanjian Inggeris - Belanda pada tahun 1824 diantaraUnited Kingdomdan Belanda, yang menyebabkan Kepulauan Melayu terbahagi kepada Kawasan Jajahan British di bahagian utara dan Kawasan Jajahan Belanda di bahagian Selatan. Sebagai balasan, kawasan penempatan British di Bencoolen (Bangkahulu di Sumatera) diserahkan kepada Belanda dan Koloni Belanda di Melaka diserahkan kepada British serta Belanda tidak akan menuntut haknya ke atas Singapura. Pusat Pentadbiran Negeri - Negeri Selat telah dipindahkan dari Pulau Pinang ke Singapura pada tahun 1832.Pada tahun 1867, Negeri - Negeri Selat telah dijadikan sebagai Koloni Mahkota British yang mana pusat pentadbirannya telah dipindahkan dari Calcutta ke Pejabat Tanah Jajahan di London pada 1 April.

Pada 4 Februari "Letters Patent" telah diberikan kepada penempatan sebagai Perlembagaan Koloni. Bagi memberi kuasa yang lebih kepada Gabenor Negeri - Negeri Selat yang mentadbir Koloni Negeri - Negeri Selat, sebuah badan telah ditubuhkan bagi membantu Gabenor iaitu Majlis Eksekutif Negeri - Negeri Selat yang mengandungi keseluruhan ahli - ahli majlis rasmi (i.e. ex officio), dan sebuah Badan Perundangan yang mengandungi ahli - ahli rasmi dan ahli - ahli yang dipilih. Jentera Pentadbiran bagi Koloni Negeri - Negeri Selat dan Negeri - Negeri Melayu Bersekutu telah dilaksanakan oleh Perkhidmatan Awam yang mana anggotanya telah dilatihkan dengan peperiksaan atau ujian yang kompetitif yang dilaksanakan setiap tahun di London. Pulau Pinang dan Melaka ditadbir secara langsung dari Gabenor dan Konsulat Residen

Penempatan Selat koloni diraja Britain diwujudkan pada 1826.Negeri-negeri Selatini terdiri dari negeriPulau Pinang, Melaka,Singapuradan Dinding, Perak( Manjung). Kesemua negeri ini dahulunya di bawah jajahan takluk British.

Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan BritishPertapakan SHTI di Pulau PinangTipu Helah Francis Light bagi mendapatkan Pulau PinangSHTI Mengambil Seberang PeraiPertapakan SHTI di SingapuraPerpecahan Kepulauan MelayuPenubuhan dan Pentadbiran Negeri-Negeri Selat

Pusat Pengumpulan Barang

SHTI memerlukan teh dari China kerana mendapat pasaran di EropahChina mahukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam yang terdapat di Kepulauan MelayuPulau Pinang sesuai dijadikan pusat pengumpulan barangan

Pelabuhan Persinggahan

Menyediakan bekalan air, makanan dan kemudahan membaiki kapalPulau Pinang sesuai dijadikan tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun

Pangkalan Tentera

British dan Perancis bersaing untuk menguasai perdagangan di IndiaPulau Pinang sesuai dijadikan pangkalan tentera untuk mempertahankan penempatan British di India

Ancaman Kedah

Ancaman Bugis

Tunku Abdullah dilantik menjadi Raja Muda KedahKerabat diraja tidak bersetuju kerana beliau bukan anak gaharaKerabat diraja Kedah berpakat dengan Bugis menentang Sultan KedahRaja Ali Haji menyerang Kuala Kedah dan Alor SetarSultan Kedah berundur ke KangarSultan minta bantuan Firma Jourdain Sullivan and De SouzaFrancis Light dihantar untuk berunding. Perjanjian membenarkan Firma berniaga di Kuala KedahSebagai balasan, Firma bersetuju memberi bantuan ketenteraan kepada KedahPerjanjian dibatalkan kerana Firma mungkir janji.

Ancaman SiamKedah menghentikan penghantaran bunga emas ke Siam semasa Perang Siam Burma.Siam menuntut bunga emas dan tenaga manusia setelah perang tamat.Bimbangkan ancaman Siam, Sultan Abdullah minta bantuan SHTISultan Kedah menawarkan Pulau Pinang sekiranya SHTI sanggup melindungi Kedah.

Tipu Helah Francis Light bagi Mendapatkan Pulau PinangSultan Abdullah menawarkan Pulau Pinang kepada SHTIFrancis Light menandatangani Perjanjian Inggeris-Kedah dengan Sultan Abdullah pada 1786

Antara syarat perjanjian ialah:

SHTI membantu Kedah sekiranya Kedah diserang oleh musuh.

SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah.

3. SHTI akan membayar sebanyak 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada Sultan sebagai pampasan.

Mungkir Janji1786 Siam mengancam KedahSHTI enggan memberi bantuan kepada Kedah dengan alasan: (a) tidak terlibat dalam perjanjian 1786 (b) menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam Sultan mendesak Francis Light meninggalkan Pulau Pinang tetapi Francis Light enggan Sultan Abdullah menyediakan angkatanlaut di Seberang Perai untuk menyerang Pulau PinangBaginda mendapat bantuan dari Riau, Siak dan Selangor Francis Light mendapat bantuan tentera British

KesanSultan Abdullah tewasTerpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmiGeorge Leith dilantik menjadi Gabenor Pulau Pinang yang pertama

PERTAPAKAN SHTI DI SINGAPURAPelabuhan Pulau Pinang gagal dimajukan kerana terlalu jauh ke utara Selat Melaka.British terpaksa melepaskan Betawi dan Melaka kepada belandaKemajuan perdagangan dengan ChinaPelabuhan strategik diperlukan untuk menguasai laluan perdagangan antara China dan IndiaBritish mengambil alih Melaka dan Betawi daripada Belanda melalui Perjanjian Surat-Surat Kew 1795 sehingga tamat Perang Napoleon.Pedagang British di Betawi dikenakan cukai yang tinggi dan layanan yang buruk apabila Belanda mengambil alih Betawi.

SINGAPURA PANGKALAN PERDAGANGAN YANG STRATEGIKMengawal laluan perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda.Sesuai sebagai pelabuhan bebas untuk menyaingi Betawi.Menyekat kuasa monopoli Belanda di Kepulauan Melayu.

SINGAPURA PANGKALAN PERDAGANGAN YANG STRATEGIKMengawal laluan perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda.Sesuai sebagai pelabuhan bebas untuk menyaingi Betawi.Menyekat kuasa monopoli Belanda di Kepulauan Melayu.Raffles mencadangkan SHTI membuka pangkalan baru di Singapura.Raffles menghadapi masalah kerana Sultan Abdul Rahman yang memerintah Johor berada di bawah pengaruh Belanda

TAKTIK RAFFLES MENGAMBIL SINGAPURA

Raffles mendarat di Singapura pada 12 Januari 1819.Raffles memaksa Temenggung Abdul Rahman menandatangani perjanjian yang membenarkan British membina loji di Singapura.Temenggung terpaksa menandatangani perjanjian kerana bimbang diserang.Sultan Abdul Rahman tidak bersetuju dengan perjanjian tersebut.Raffles menghidupkan masalah pewarisan takhta antara Sultan Abdul Rahman dengan Tengku Hussein sebagai helah.Raffles mengiktiraf Tengku Hussein sebagai Sultan Johor.

MASALAH PEWARISANTAKHTA KERAJAAN JOHOR

Kesan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

Kepulauan Melayu terbahagi kepada 2 kawasan pengaruh.British berpeluang meluaskan pengaruhnya di Semenanjung Tanah Melayu tanpa gangguan kuasa Barat yang lain.British menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka.Kerajaan Johor berpecah dua iaitu: a) Johor dan Singapura di bawah pengaruh British b) Kepulauan Riau dan Lingga di bawah pengaruh Belanda

TUJUAN PENUBUHAN:

Menyeragamkan pentadbiran Menjimatkan kos

FAKTOR PEMINDAHAN PENTADBIRAN NNS DARI INDIA KE LONDON TAHUN 1867SHTI di India tidak mengambil berat kebajikan NNSNNS membantah cadangan menghapuskan taraf pelabuhan bebas di SingapuraKemasukan imigran Cina yang tidak terkawal serta wujudnya kegiatan kongsi gelapPengenalan Akta Mata Wang 1855 merugikan pedagang kerana mata wang Sepanyol digantikan dengan rupee India yang rendah nilainya.Penduduk tempatan membantah tindakan British menjadikan NNS sebagai tempat buangan banduan.