17
Nama : Syahirah binti Ibrahim No.Matrik : A146397 Kos : Teknologi Maklumat E-mail : [email protected] a) Nama program / aktiviti, nama jawatan: - SEE Nature 2014 (Exco Publisiti dan Multimedia) b) Tugas, bilangan jam untuk menyiapkan tugasan : Perkara Jam Yang Dicadangkan Perincian Sebenar Mesyuarat persediaan/mesyuarat bersama pensyarah dan pembantu penyelidik. 8 hari x 4 jam = 32 jam 1: 17 Sep - Temuduga 2: 29 Sep Mesyuarat besar dan agih tugasan 3: 13 Okt Mesyuarat persediaan program 4: 15 Okt - Mesyuarat persediaan program 5: 16 Okt - Mesyuarat persediaan program 6: 22 Okt Perbincangan tentang Kempen Kesedaran Alam 7: 23 Okt Perbincangan tentang sukaneka dan Kempen Kesedaran Alam 8: 24 Okt- Perbincangan tentang Kempen Kesedaran Alam 9: 15 Nov Pembentangan hasil tugasan dan sesi post mortem Kuliah pengenalan biodiversity dan kelestarian alam. 2 hari x 8 jam = 16 jam 1)-PM Dr. Wan Juliana Wan Ahmad (1 jam) 2)-PM Dr. Norela Sulaiman (2 jam) 3)-En. Faiq Hamdan (2 jam) 4)-Dr. Faszly Rahim (3 jam)

Nama : Syahirah binti Ibrahim No.Matrik : A146397 Nama ... · -Ice breaking (1 jam 30 minit) -LDK (1 jam 30 minit) -Explorace (2 jam) -Penutup (1 jam 30 minit) -Kemas dewan (1 jam)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Nama : Syahirah binti Ibrahim No.Matrik : A146397 Nama ... · -Ice breaking (1 jam 30 minit) -LDK (1 jam 30 minit) -Explorace (2 jam) -Penutup (1 jam 30 minit) -Kemas dewan (1 jam)

Nama : Syahirah binti Ibrahim

No.Matrik : A146397

Kos : Teknologi Maklumat

E-mail : [email protected]

a) Nama program / aktiviti, nama jawatan:

- SEE Nature 2014 (Exco Publisiti dan Multimedia)

b) Tugas, bilangan jam untuk menyiapkan tugasan :

Perkara Jam Yang

Dicadangkan

Perincian Sebenar

Mesyuarat

persediaan/mesyuarat

bersama pensyarah dan

pembantu penyelidik.

8 hari x 4 jam = 32 jam 1: 17 Sep - Temuduga

2: 29 Sep – Mesyuarat besar

dan agih tugasan

3: 13 Okt – Mesyuarat

persediaan program

4: 15 Okt - Mesyuarat

persediaan program

5: 16 Okt - Mesyuarat

persediaan program

6: 22 Okt – Perbincangan

tentang Kempen Kesedaran

Alam

7: 23 Okt – Perbincangan

tentang sukaneka dan Kempen

Kesedaran Alam

8: 24 Okt- Perbincangan

tentang Kempen Kesedaran

Alam

9: 15 Nov – Pembentangan

hasil tugasan dan sesi post

mortem

Kuliah pengenalan

biodiversity dan

kelestarian alam.

2 hari x 8 jam = 16 jam 1)-PM Dr. Wan Juliana Wan

Ahmad (1 jam)

2)-PM Dr. Norela Sulaiman

(2 jam)

3)-En. Faiq Hamdan (2 jam)

4)-Dr. Faszly Rahim (3 jam)

Page 2: Nama : Syahirah binti Ibrahim No.Matrik : A146397 Nama ... · -Ice breaking (1 jam 30 minit) -LDK (1 jam 30 minit) -Explorace (2 jam) -Penutup (1 jam 30 minit) -Kemas dewan (1 jam)

5)-Dr. Izfa Riza Hazmi (1 jam)

6)-Dr. Salmah Yaakop (1 jam)

7)-Pn Nadiatur Akmar (1 jam)

8)-En. Hardy Adrian Amir

(2 jam)

9)-Dr.Zaini Sakawi (1 jam)

10)-Orang kampung (extra)

(2 jam)

Total = 16 jam

Baki = 0 jam

Praktikal, lawatan, kerja

lapangan, perbincangan

dan latihan.

8 hari x 8 jam = 56 jam Seeking Phase :-

-Praktikal burung (1 jam 30

minit)

-Praktikal serangga (1 jam 30

minit)

-Praktikal hutan (2jam 30

minit)

- Praktikal pemerhatian dan

dokumentasi (1 jam 30 minit)

- Lawatan perhilitan (1 jam 30

minit)

- Lawatan perhutanan (3 jam)

-Lawatan kelip-kelip (1 jam 30

minit)

Total : 13 jam

Embrace phase :-

-Kerjalapangan pagi (3 jam 30

minit)

-Sosio-ekonomi (2 jam)

-Kerjalapangan petang (2 jam

30 minit)

-Perbincangan (2 jam)

Total : 30 jam

Educating phase :-

-Kerjalapangan akhir (3 jam 30

minit)

-Perbincangan (2 jam)

Total : 5 jam 30 minit

Persediaan dan kempen

kesedaran alam,

pengendalian modul

kepada pelajar sekolah

20 jam -Taklimat (1 jam 30 minit)

-Perbincangan aktiviti &

latihan fasilitator (1 jam 30

minit)

Page 3: Nama : Syahirah binti Ibrahim No.Matrik : A146397 Nama ... · -Ice breaking (1 jam 30 minit) -LDK (1 jam 30 minit) -Explorace (2 jam) -Penutup (1 jam 30 minit) -Kemas dewan (1 jam)

dan majlis penutup. -Kemas dewan (2 jam 30 minit) -Raptai (2 jam)

-Perbincangan (2 jam)

-Perbincangan (5 jam)

-Perbincangan (1 jam 30 minit)

-Kemas dewan (2 jam 30 minit)

-Ambil pelajar dan pendaftaran

(30 minit)

-Ice breaking (1 jam 30 minit)

-LDK (1 jam 30 minit)

-Explorace (2 jam)

-Penutup (1 jam 30 minit)

-Kemas dewan (1 jam)

Pembentangan hasil

kajian dan rumusan.

6 jam -Perbincangan dan analisis data

(3 jam)

-Pembentangan dan rumusan (3

jam)

Page 4: Nama : Syahirah binti Ibrahim No.Matrik : A146397 Nama ... · -Ice breaking (1 jam 30 minit) -LDK (1 jam 30 minit) -Explorace (2 jam) -Penutup (1 jam 30 minit) -Kemas dewan (1 jam)

c) Metod / strategi dalam menyiapkan tugasan :

Aktiviti dalam program SEE Nature ini melibatkan masyarakat dalam Kempen

Kesedaran Alam, dan saya sebagai peserta program ini bertanggungjawab untuk

mengubah persepsi negatif seperti tidak ambil peduli masyarakat terutama pelajar

sekolah rendah terhadap alam sekitar. Transformasi ke arah yang lebih positif boleh

terhasil daripada aktiviti yang mempunyai kemahiran bertanggungjawab sosial kepada

diri saya. Justeru, saya sebagai peserta terlebih dahulu akan menyedari tentang

peranan dan tanggungjawab individu terhadap masyarakat serta penghayatan alam

sekitar dan pengamalan nilai-nilai murni kemasyarakatan, keprihatinan dan

kesukarelawan sosial. Perancangan dan strategi peserta ke arah ini akan dapat

mengasah bakat dan menggarap kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban dalam

suasana pembelajaran yang fleksible yang diaplikasikan dalam masyarakat. Pada

akhir pembelajaran, saya dan peserta SEE Nature yang lain dapat berinteraksi dengan

semua lapisan masyarakat, peka terhadap permasalahan masyarakat, mengambil

inisiatif untuk melibatkan diri dan mampu berperanan sebagai agen perubahan

masyarakat.

Metod yang saya gunakan dalam menyiapkan tugasan ialah dengan

menggunakan kamera DSLR (milik akak saya), laptop, telefon mudah alih, dan

internet. Seperti yang telah diketahui, tugas sebagai Exco Publisiti dan Multimedia

semestinya perlu mengambil mengambar sepanjang program dijalankan, ‘update’

tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan di blog ataupun di Facebook, dan juga

membuat video gimik untuk majlis penutupan.

Page 5: Nama : Syahirah binti Ibrahim No.Matrik : A146397 Nama ... · -Ice breaking (1 jam 30 minit) -LDK (1 jam 30 minit) -Explorace (2 jam) -Penutup (1 jam 30 minit) -Kemas dewan (1 jam)

d) Pengetahuan / kemahiran yang diperolehi dalam menyiapkan tugasan :

Melalui program ini, bermacam-macam pengetahuan dan kemahiran yang

saya perolehi melalui tugasan yang telah diberi oleh pensyarah. Tugasan-tugasan

yang saya dan rakan-rakan saya perlu lakukan ialah mencari spesimen serangga dan

mengawetnya, menemuramah penduduk kampung tentang kegiatan sosio-ekonomi

yang dilakukan, merancang program yang boleh dilakukan dengan penduduk

kampung, serta membuat video gimik kumpulan dan juga video dokumentari.

Tugasan yang pertama, iaitu mencari spesimen serangga dan mengawetnya.

Melalui aktiviti ini, saya memperolehi pengetahuan yang lebih mendalam tentang

serangga. Bagaimana untuk mengenalpasti order serangga, bagaimana serangga

bergerak, mengawan dan sebagainya. Saya juga dapat memperolehi kemahiran

mengawet serangga dan cara-cara untuk menangkapnya. Selain itu, sewaktu kami

melakukan aktiviti ini di kawasan kampung, kanak-kanak kampung juga turut

membantu kami. Mereka sangat ramah dan menghargai kedatangan kami. Mereka

juga seperti berasa bertanggungjawab untuk membantu kami dalam menyiapkan

tugasan. Selain daripada kemahiran menangkap serangga yang saya dapat perolehi

waktu itu, saya juga dapat memperolehi kemahiran untuk bersosial dengan mereka

dan kebertanggunggjawaban sewaktu menjaga mereka sepanjang pencarian.

Tugasan kedua pula, menemuramah penduduk kampung tentang kegiatan

sosio-ekonomi yang dilakukan. Melalui aktiviti ini, saya dapat mengetahui jenis-jenis

kegiatan yang penduduk Kampung Kuala Gula lakukan untuk menyara diri dan

keluarga. Antaranya ialah mengopek kulit kerang, menangkap udang,kerang, dan

ketam. Saya juga dapat melihat sendiri bagaimana dan cara-cara mereka melakukan

kegiatan tersebut. Selain itu, saya dapat mengetahui benda yang saya sendiri tak

pernah tahu. Antaranya ialah kegiatan menangkap ketam lembut. Saya sebelum ini

ingat semua kulit ketam adalah keras. Di samping itu, melalui aktiviti ini, saya dapat

mengasah kemahiran saya untuk bersosial dengan masyarakat kampung di Kampung

Tersusun yang juga terletak di Kuala Gula. Di samping saya dapat mengasah

kemahiran bersosial saya melalui temuramah ini, saya juga berasa bertanggunjawab

dengan nasib mereka dengan memberi cadangan kepada mereka bagaimana cara-cara

untuk meningkatkan lagi keuntungan dalam kegiatan sosio-ekonomi mereka.

Tugasan ketiga pula, merancang program yang boleh dilakukan dengan

penduduk kampung. Saya dan rakan-rakan yang lain ada membuat aktiviti sukaneka

bersama dengan penduduk kampung, di mana melalui aktiviti ini dapat mengeratkan

lagi tali silaturrahim antara kami dan penduduk kampung, di samping dapat

meningkatkn kemahiran saya dalam mengendalikan kanak-kanak kecil yang sewaktu

itu semuanya teruja untuk bermain. Selain itu, kami juga membuat program untuk

pelajar-pelajar sekolah rendah di Kuala Gula, iaitu ‘Kempen Kesedaran Alam’, di

mana sepanjang program ini, saya dan rakan-rakan ditanggungjawabkan untuk

menjadi fasilitator. Saya dikehendaki untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar

Page 6: Nama : Syahirah binti Ibrahim No.Matrik : A146397 Nama ... · -Ice breaking (1 jam 30 minit) -LDK (1 jam 30 minit) -Explorace (2 jam) -Penutup (1 jam 30 minit) -Kemas dewan (1 jam)

sekolah tentang serangga dan alat-alat yang digunakan oleh doktor dan penyelidik

(stetoskop dan binokular). Program ini bertujuan untuk menimbulkan minat terhadap

sains di dalam diri pelajar, di samping dapat meningkatkan juga rasa tanggungjawab

dalam diri saya dalam menyampaikan ilmu pengetahuan terhadap orang lain.

Tugasan keempat pula ialah membuat video gimik kumpulan dan juga video

dokumentari. Saya dapat mempelajari cara-cara untuk membuat video melalui

En.Hardy, di mana beliau merupakan tetamu jemputan untuk program SEE Nature ini,

dan beliau juga merupakan seorang naturalist. Dalam menyiapkan tugasan ini, saya

berasa bertanggungjawab untuk mencari ‘shot’ yang menarik untuk diletakkan di

dalam video. Jadi saya dan rakan perlu menaiki bot mengelilingi laut untuk merakam

apa sahaja yang dirasakan menarik. Selain itu, saya juga mempelajari sikap

bertanggungjawab dalam menyiapkan tugasan di dalam masa yang ditetapkan,

walaupun masa yang diberi agak singkat.

Kesimpulannya, banyak pengetahuan dan kemahiran yang dapat saya perolehi

melalui program SEE Nature 2014 ini, terutamanya dalam kemahiran sosial dan

kebertanggungjawaban. Selain itu, melalui program ini juga, saya dapat

meningkatkan kemahiran ini daripada segi; menjaga tingkah laku dan

bertanggungjawab terhadap diri dan orang lain, peka kepada alam sekitar,

bertanggungjawab terhadap situasi sosial seperti perpaduan dan kemiskinan dan cara

berkomunikasi ataupun bersosial dengan masyarakat kampung.

e ) Post-mortem dan refleksi yang didapati dari tugasan :

-Halangan cuaca iaitu hujan dan angin yang kuat. Bot yang kami naiki pula tiada

bumbung yang dapat menghalang air hujan daripada memasuki bot, kecuali hanya

jaring/jala yang dijadikan bumbung. Jadi di sini melibatkan faktor keselamatan.

-Kamera yang disediakan oleh pihak UKM tidak mencukupi dan kurang berkualiti.

Saya dan ahli kumpulan saya dikehendaki untuk menangkap gambar dan video

serangga. Selain itu, kami juga ditugaskan untuk membuat dokumentari. Tugasan ini

memerlukan kamera yang berpiksel tinggi untu mendapat gambar yang jelas kerana

seperti yang kita ketahui, kebanyakan serangga adalah bersaiz kecil.

-Untuk kumpulan kami, kotak untuk mempamerkan bahan serangga tidak disediakan.

Kami hanya disediakan papan dan bekas kuning untuk meletakkan spesimen

serangga-serangga yang kami jumpai.

-Setiap modul perlu menyediakan sekurang-kurangnya 2 fasilitator untuk memberi

panduan kepada peserta. Seperti saya, sewaktu sesi mencari spesimen serangga dan

menaiki bot, tiada fasilitator bersama kami untuk menjawab segala persoalan kami

dan mengawasi gerak-geri kami.

Page 7: Nama : Syahirah binti Ibrahim No.Matrik : A146397 Nama ... · -Ice breaking (1 jam 30 minit) -LDK (1 jam 30 minit) -Explorace (2 jam) -Penutup (1 jam 30 minit) -Kemas dewan (1 jam)

-Masa untuk beramah mesra dengan pelajar sekolah rendah kurang. Selesai sahaja

majlis penutup, saya dan rakan yang lain sepatutnya makan bersama dan beramah

mesra bersama dengan pelajar-pelajar sekolah rendah yang menyertai program kami.

Tetapi, kami perlu bergegas mengemas barang dan menaiki bas sewaktu itu kerana

pemandu bas mahu cepat dan ingin mengikut jadual.

-Line internet tiada jadi agak sukar untuk melakukan tugasan seperti mengupdate blog

dan Facebook. Saya dan ahli publisiti dan multimedia yang lain perlu setiap hari

mengupdate segala aktiviti di blog dan di Facebook untuk dibaca oleh pensyarah

kami. Tetapi tugas ini menjadi agak sukar apabila line internet tiada. Sistem

‘wireless’ kadang-kadang sahaja boleh digunakan.

e) Pembuktian :-

Gambar :

Sesi praktikal menangkap serangga.

Page 8: Nama : Syahirah binti Ibrahim No.Matrik : A146397 Nama ... · -Ice breaking (1 jam 30 minit) -LDK (1 jam 30 minit) -Explorace (2 jam) -Penutup (1 jam 30 minit) -Kemas dewan (1 jam)

Sesi mempelajari membuat kraftangan bersama ahli Sahabat Hutan Bakau.

Kami diajar cara-cara

untuk membuat

kerongsang dan bakul

dengan menggunakan

surat khabar.

Sesi melihat Kelip-kelip di Kampung Dew

Page 9: Nama : Syahirah binti Ibrahim No.Matrik : A146397 Nama ... · -Ice breaking (1 jam 30 minit) -LDK (1 jam 30 minit) -Explorace (2 jam) -Penutup (1 jam 30 minit) -Kemas dewan (1 jam)

Lawatan ke PERHILITAN

Lawatan ke kilang kayu arang dan Pusat Eko-Pelajaran Matang-Larut

Kami melihat sendiri cara-

cara pemprosesan kayu arang

Kami merasai sendiri pengalaman

menanam pokok kayu bakau.

Page 10: Nama : Syahirah binti Ibrahim No.Matrik : A146397 Nama ... · -Ice breaking (1 jam 30 minit) -LDK (1 jam 30 minit) -Explorace (2 jam) -Penutup (1 jam 30 minit) -Kemas dewan (1 jam)

Proses mencari spesimen serangga dan membuat dokumentari

Saya sedang menangkap video

kumbang yang dikelilingi

semut.

Saya sedang meletakkan kumbang di

dalam bekas untuk dijadikan

spesimen.

Kanak-kanak di

kampung yang ramah

membantu kami dalam

mencari serangga.

Page 11: Nama : Syahirah binti Ibrahim No.Matrik : A146397 Nama ... · -Ice breaking (1 jam 30 minit) -LDK (1 jam 30 minit) -Explorace (2 jam) -Penutup (1 jam 30 minit) -Kemas dewan (1 jam)

Proses mengawet dan meneliti serangga

Page 12: Nama : Syahirah binti Ibrahim No.Matrik : A146397 Nama ... · -Ice breaking (1 jam 30 minit) -LDK (1 jam 30 minit) -Explorace (2 jam) -Penutup (1 jam 30 minit) -Kemas dewan (1 jam)

Sesi menemuramah masyarakat dan melihat sendiri kegiatan sosio-ekonomi yang

dilakukan

Saya menemuramah mak

cik yang melakukan kerja

mengopek kulit kerang.

Akak yang duduk di sofa, salah seorang

penduduk kampung yang melakukan

perniagaan menjual kek.

Saya dan rakan saya sendiri

turun ke tempat penduduk

kampung mencari

kepah,udang dan kerang

untuk merasai sendiri

pengalaman penduduk

kampung dan juga untuk

menemuramah.

Page 13: Nama : Syahirah binti Ibrahim No.Matrik : A146397 Nama ... · -Ice breaking (1 jam 30 minit) -LDK (1 jam 30 minit) -Explorace (2 jam) -Penutup (1 jam 30 minit) -Kemas dewan (1 jam)

Salah seorang penduduk

kampung yang membawa kami

keliling laut dengan menaiki

bot. Beliau juga menjalankan

kegiatan menangkap ketam

lembut untuk dijual, dan kami

berpeluang untuk pergi ke

tempat beliau mengumpul

ketam-ketam tersebut.

Diberi peluang untuk memegang

ketam lembut.

Page 14: Nama : Syahirah binti Ibrahim No.Matrik : A146397 Nama ... · -Ice breaking (1 jam 30 minit) -LDK (1 jam 30 minit) -Explorace (2 jam) -Penutup (1 jam 30 minit) -Kemas dewan (1 jam)

Sukaneka

Bermaim bowling padang bersama-

sama kanak-kanak di kampung.

Sewaktu

pembahagian

kumpulan.

Page 15: Nama : Syahirah binti Ibrahim No.Matrik : A146397 Nama ... · -Ice breaking (1 jam 30 minit) -LDK (1 jam 30 minit) -Explorace (2 jam) -Penutup (1 jam 30 minit) -Kemas dewan (1 jam)

Bermain tarik tali

bersama penduduk

kampung (saya

berbaju oren).

Bergambar kenangan bersama penduduk kampung selepas tamat aktiviti sukaneka.

Page 16: Nama : Syahirah binti Ibrahim No.Matrik : A146397 Nama ... · -Ice breaking (1 jam 30 minit) -LDK (1 jam 30 minit) -Explorace (2 jam) -Penutup (1 jam 30 minit) -Kemas dewan (1 jam)

Keratan akhbar :

Video :

Video gimik kumpulan kami, di mana kami perlu menunjukkan penjelajahan kami kepada

pensyarah. Rakaman dan suntingan dilakukan oleh saya dan rakan saya, Najihah binti Ismail

Eh.

https://www.youtube.com/watch?v=7hVG3dJQcXw

https://www.youtube.com/watch?v=Dbvt2LLai5A

Page 17: Nama : Syahirah binti Ibrahim No.Matrik : A146397 Nama ... · -Ice breaking (1 jam 30 minit) -LDK (1 jam 30 minit) -Explorace (2 jam) -Penutup (1 jam 30 minit) -Kemas dewan (1 jam)