Nadrah Abdul Majid-perkembangan Isu Bahan Tambah Dalam Makanan Di Malaysia

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 Nadrah Abdul Majid-perkembangan Isu Bahan Tambah Dalam Makanan Di Malaysia

    1/9

    PERKEMBANGAN ISU BAHAN TAMBAH DALAM MAKANAN DI MALAYSIA

    Disediakan oleh : Nadrah bt Abdul Majid

    Industri makanan berkembang dengan meluas dan pesat seiring dengan

    bertambahnya daya pengeluaran pelbagai jenis barang dan kaedah pengawetan.

    Syarikat pengeluar makanan kini menggunakan pelbagai jenis bahan kimia, enzim,

    perisa, aroma, bahan pewarna dan hormon dalam menghasilkan makanan.

    Menurut kajian oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), hampir 3000 bahan

    penambah makanan dan pengawet digunakan dalam makanan untuk meniru perisa

    asli, mewarnakannya agar kelihatan lebih asli dan segar atau mengawetnya supaya

    tahan lama.

    Bahan Tambah dalam makanan atau Aditif makanan adalah apa-apa bahan yang

    dimasukkan dengan sengaja ke dalam atau pada makanan dalam kuantiti kecil untuk

    mempengaruhi kualiti penyimpanan, tekstur, konsistensi, rupa, bau rasa, kealkalian

    atau keasidan makanan tersebut. Secara amnya, sumber aditif makanan adalah bahan

    yang selamat dimakan kerana berasal daripada bahan semulajadi seperti tumbuhan

    dan haiwan.

    Penggunaan bahan tambah dalam makanan atau aditif makanan telah menjadi

    amalan biasa sejak ratusan tahun dahulu. Aditif makanan ditambah ke dalam makanan

    melalui pelbagai cara untuk membantu mengawet, menyedapkan, mencampur,

    memekatkan atau mewarna makanan. Nenek moyang kita telah menggunakan garam

    untuk mengawet daging dan ikan serta rempah ratus untuk menyedapkan makanan.

    Sementara kuning telur selalu digunakan bagi tujuan mengadunkan air dan minyak.

    Cuka serta gula juga digunakan sebagai aditif makanan bagi mengawet buah-buahan

    dan membuat jeruk.

  • 7/29/2019 Nadrah Abdul Majid-perkembangan Isu Bahan Tambah Dalam Makanan Di Malaysia

    2/9

    Namun begitu, mereka tidak mencampurkan sejumlah besar bahan kimia ke dalam

    pelbagai jenis makanan seperti yang dilakukan oleh pengeluar dalam industri makanan

    pada hari ini. Antara contoh bahan tambah dalam makanan termasuklah pengawet,

    pewarna dan perisa makanan, antipengoksida, dan kondisioner makanan.

    Tujuan aditif makanan ditambah dalam makanan adalah untuk memanjangkan

    jangka hayat penyimpanan makanaan, meningkatkan kualiti makanan dan

    persembahan (tekstur, warna, rupa, rasa dan konsistensi), menambah keenakan

    makanan serta memberi pilihan kepada pengguna.

    Satu kajian di New Zealand mendapati bahawa kanak-kanak dengan mudah

    menerima lebih daripada 150 dos bahan penambah yang berbeza-beza dalam sehari

    melalui makanan mereka bersama-sama dengan bahan penambah perisa lain yang

    tidak dikenal pasti pada label.

    Kesan jangka panjang yang kurang disedari dapat menyebabkan kanser dan

    mengangu proses badan yang normal. Sebagai manusia yang secara tabiinya

    memerlukan makanan untuk hidup perlu berasa bimbang tentang apa-apa yang di

    makan.

    Sebagai contoh, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal

    Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-37 telah membincangkan Hukum Bahan Pewarna

    (Cochineal) Dalam Islam. Muzakarah telah bersetuju dan meluluskan penggunaan

    pewarna (cochineal) dalam makanan berasaskan kepada ukuran piawaian yang telah

    ditetapkan, tidak melebihi dari 0.003% - 0.006%.

    Berikut adalah keterangan bagi hokum Bahan Pewarna (Cochineal) dalam Islam.

    Cochineal ialah bahan pewarna yang diambil dari sejenis serangga kecil.

    Serangga ini direbus (menghasilkan warna merah perang) atau dipanggang

    dalam ketuhar panas (menghasilkan warna kelabu) atau atas kuali panas

    (menghasilkan warna hitam) dan kemudian dikeringkan. Lima (5) kilogram

  • 7/29/2019 Nadrah Abdul Majid-perkembangan Isu Bahan Tambah Dalam Makanan Di Malaysia

    3/9

    serangga cochineal dapat menghasilkan satu (1) kilogram pewarna carmine.

    Cochineal berasal dari Amerika Tengah dan Mexico. Penggunaannya dalam

    makanan setelah diposterurkan amat sedikit iaitu dengan kadar 0.003% -

    0.006%.

    Penggunaan cochineal didapati boleh membunuh mikrob-mikrob yang beracun

    dan ia tidak merbahaya kepada manusia dan juga tidak memberi kesan

    sampingan.

    Mengikut pandangan Imam Malik dan Abu Hanifah dalam Hasyiah Ianah al-

    Talibin, Juzu 1, halaman 89-90, penggunaan serangga ini adalah dibolehkan

    memandangkan ia merupakan jenis binatang yang darahnya tidak mengalir.

    Penggunaan serangga ini sebagai sumber bahan pewarna tidak mendatangkan

    bahaya kepada manusia dan ia tidak mempunyai bahan yang boleh

    memudaratkan. Berdasarkan kaedah asal di dalam hukum Islam di mana Asal

    setiap sesuatu itu adalah harus, maka ia boleh digunakan selagimana tidak

    mendatangkan mudarat dan dikawal.

    Terdapat segelintir pengguna yang alah terhadap sesetengah aditif makanan.

    Namun demikian dengan penyataan aditif yang ditambah pada label, pengguna

    yang alah terhadapnya dapat mengelakkan dari memakan makanan yang

    mengandungi aditif tersebut.

    Antara aditif yang biasa dikaitkan dengan kesan sampingan dan alahan kepada

    pengguna adalah sulfur dioksida atau sulfit. Sulfit atau sulfur dioksida merupakan

    bahan pengawet yang biasa ditambah pada jeruk dan buah-buahan kering.

    Sulfur dioksida atau sulfit boleh menyebabkan serangan lelah yang teruk bagi

    sesetengah pengguna yang alah dengannya. Oleh itu penyataan "mengandungi

  • 7/29/2019 Nadrah Abdul Majid-perkembangan Isu Bahan Tambah Dalam Makanan Di Malaysia

    4/9

    sulfur dioksida"diwajibkan sekiranya sulfit atau sulfur dioksida ditambah melebihi

    10mg/kg dalam makanan.

    Aditif lain yang sering dikaitkan dengan kesan alahan adalah penambah perisa

    Monosodium glutamate (MSG). Kesan sampingan yang dikaitkan dengan

    penggunaan MSG digolongkan ke dalam Sindrom Restoran Cina. Ini kerana MSG

    sering digunakan dalam masakan dan hidangan di kalangan masyarakat Cina.

    Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas badan dan rasa menggelenyar di tengkuk

    dan belakang badan serta perasaan tertekan di bahagian dada dan muka.

    Walau bagaimanapun, kajian saintifik gagal membuktikan kesemua kesan

    sindrom tersebut disebabkan secara langsung oleh MSG. Sebaliknya kesan

    sampingan buruk hanya dialami oleh pengguna yang alah terhadap MSG.

    Pernyataan "mengandungi Monosodium glutamate (MSG) sebagai penambah

    perisa yang dibenarkan" wajib dinyatakan pada label makanan.

    Terdapat segelintir masyarakat yang masih tidak memahami dan keliru apa itu

    aditif makanan. Sesetengah orang percaya aditif makanan itu adalah sejenis bahan

    kimia dan merbahaya kepada kesihatan. seharusnya diharamkan penggunaannya.Dalam konteks sains makanan, perkataan bahan kimia tidak mempunyai maksud

    kerana udara, air, gula dan garam juga adalah bahan kimia seperti aditif makanan.

    Perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah kebanyakan aditif

    makanan yang digunakan boleh didapati secara semula jadi. Contohnya:

    Pektin yang digunakan untuk memekatkan jem diperolehi daripada

    tumbuhan.

  • 7/29/2019 Nadrah Abdul Majid-perkembangan Isu Bahan Tambah Dalam Makanan Di Malaysia

    5/9

    Lesitin yang digunakan untuk menghalang pengasingan makanan

    diperolehi daripada kuning telur.

    Aditif semula jadi yang lain termasuk karamel sebagai pewarna, vitamin C

    sebagai antipengoksida, agar daripada rumpair laut sebagai penstabil.

    Salah faham mengenai aditif makanan telah membuat pengguna lebih

    tertumpu kepada mengelakkan aditif makanan lebih daripada mengamalkan diet

    yang seimbang.

    Aditif makanan seharusnya tidak dikelirukan juga dengan bahan pencemaran

    (kontaminan). Bahan pencemaran adalah bahan yang tidak ditambah secara

    sengaja dalam makanan seperti logam berat, residu racun perosak

    dan drugveterinar.

    Kementerian Kesihatan bertanggungjawab mengawal dan meluluskan

    penggunaan aditif dalam makanan. Oleh kerana penggunaan aditif digunakan

    secara meluas dalam makanan kawalan ketat terhadap penggunaan aditifamatlah penting. Hanya aditif yang sesuai dan selamat saja yang boleh

    ditambah pada makanan.

    Penggunaan aditif makanan hanya dibenarkan dalam makanan tertentu

    sahaja dan kadar maksimum adalah ditetapkan seperti yang disenaraikan di

    bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Kementerian Kesihatan hanya

    meluluskan aditif makanan untuk kegunaan dalam makanan apabila terdapat

    bukti kukuh bahawa aditif makanan tersebut tidak mendatangkan kesan bahaya

    kepada kesihatan manusia hasil dari penggunaannya.

    Pada masa yang sama Kementerian Kesihatan menjalankan program

    pemantauan yang berterusan bagi memastikan penggunaan aditif makanan

    mematuhi kadar yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

  • 7/29/2019 Nadrah Abdul Majid-perkembangan Isu Bahan Tambah Dalam Makanan Di Malaysia

    6/9

    Pengguna dinasihatkan untuk selalu membaca label makanan sebelum

    membeli makanan. Bagi pengguna yang alah terhadap makanan atau aditif

    tertentu amatlah penting untuk membaca senarai ramuan pada label makanan

    dan mengenal pasti makanan atau aditif yang perlu dihindari yang boleh

    memberikan alahan.

    Antara peranan yang perlu dimainkan oleh pengguna termasuklah :

    Membaca label sebelum membeli barang makanan.

    Membaca catatan ramuan pada label makanan dan memahakmi maklumat

    setiap bahan ramuannya.

    Membaca tarikh luput makanan.

    Mengenali perbezaan antara nutrient makanan dengan pengawet makanan.

    Mengetahui peraturan nutrient dalam hubungannya dengan peraturan atau

    Akta Makanan Malaysia.

    Mengetahui sumber setiap ramuan dan sumber bahan pengawet makanan.

    Mengenali bahan perisa dan pewarna asli (tulen) yang lebih baik bagi

    kesihatan daripada bahan tiruan (sintetik).

    Meminta maklumat lanjut daripada industri makanan dan bakeri jika ada

    ramuan dan bahan pengawet yang meragukan.

    Mendapatkan perundingan daripada mereka yang ahli dan membuat rujukan

    sebelum menbuat suatu kesimpulan yang mungkin tidak tepat.

    Bagi penganut Islam, mereka perlu merujuk Al-Quran dan Hadis agar

    makanan yang haram, halal dan makruh serta syubhah dapat dipastikan.

  • 7/29/2019 Nadrah Abdul Majid-perkembangan Isu Bahan Tambah Dalam Makanan Di Malaysia

    7/9

    Secara analoginya, bahan penambah makanan diibaratkan sebagai bom

    jangka bahan kimia. Bahan ini sedikit sebanyak member impak kepada

    kesihatan tubuh. Namun begitu, perkara ini masih tidak dihiraukan oleh

    pengguna.

    Kesimpulannya, memahami dimensi kepenggunaan yang jelas pada masa

    ini amat penting bagi setiap pengguna. Hal ini mampu menjadi asas pegangan

    dalam mendepani cabaran semasa. Kesedaran dalam kalangan masyarakat

    perlu diberi penekanan pada peringkat awal lagi, terutama kepada golongan

    muda dan kanak-kanak kerana merekalah yang akan menentukan corak

    kesihatan masyarakat pada masa hadapan.

  • 7/29/2019 Nadrah Abdul Majid-perkembangan Isu Bahan Tambah Dalam Makanan Di Malaysia

    8/9

    Rujukan

    1. (2011). Norrani bt Eksan.Aditif Makanan:Apa yang perlu anda tahu

    http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/pemakanan/keselamatan-a-

    kualiti-makanan/aditif-makanan

    2. (2013). Khalilah Haris. Bahaya Bahan Pemanbah Makanan. Dewan Kosmik.

    Dewan Pustaka. Kuala Lumpur.

    3. (2011). Aditif Halal

    http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/aditif-halal

    4. (1995) Hukum Bahan Pewarna (Cochineal) Dalam Islam

    http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-bahan-pewarna-cochineal-dalam-islam

    5. Saranan dan cadangan-

    http://studentsrepo.um.edu.my/2250/8/BAB_5.pdf

    http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/pemakanan/keselamatan-a-kualiti-makanan/aditif-makananhttp://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/pemakanan/keselamatan-a-kualiti-makanan/aditif-makananhttp://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/aditif-halalhttp://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-bahan-pewarna-cochineal-dalam-islamhttp://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-bahan-pewarna-cochineal-dalam-islamhttp://studentsrepo.um.edu.my/2250/8/BAB_5.pdfhttp://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/pemakanan/keselamatan-a-kualiti-makanan/aditif-makananhttp://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/pemakanan/keselamatan-a-kualiti-makanan/aditif-makananhttp://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/aditif-halalhttp://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-bahan-pewarna-cochineal-dalam-islamhttp://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-bahan-pewarna-cochineal-dalam-islamhttp://studentsrepo.um.edu.my/2250/8/BAB_5.pdf
  • 7/29/2019 Nadrah Abdul Majid-perkembangan Isu Bahan Tambah Dalam Makanan Di Malaysia

    9/9