13
NADI SUARA PEKEBUN KECIL KDN PP 4799/12/2012 (031320) BILANGAN 1/2018 SNR-I BAKAL SEIMBANGKAN INDUSTRI GETAH KOPERASI NADI PEMBANGUNAN NEGARA

NADI SUARA PEKEBUN KECIL - pkpkm.org.my1).pdf · Program Penerangan PKPKM & MSPO Anjuran PKPKM Negeri Sembilan 24 Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Sidang pembaca yang dihormati

Embed Size (px)

Citation preview

NADISUARA PEKEBUN KECIL

KDN PP 4799/12/2012 (031320) BILANGAN 1/2018

SNR-I BAKAL SEIMBANGKAN

INDUSTRI GETAH

pekebun kecil leGA SekATAn ekSpORT MinYAk SAWiT DiTARik SepenuHnYA OleH eu

KOPERASI NADI PEMBANGUNAN NEGARA

32 Julai 2018NADI Julai 2018NADI

agensi kerajaan seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Lembaga Getah Malaysia (LGM). Pihak kerajaan melakukan pelbagai usaha untuk memastikan pekebun kecil dapat meningkatkan produktiviti tanaman mereka, seperti Latihan Pengurusan tanaman melalui Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC), pelaksanaan Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO), Bantuan Musim Tengkujuh (BMT), Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dan bermacam lagi usaha lain. Kini yang tinggal hanyalah usaha kita sebagai pekebun kecil untuk memanfaatkan semua itu ataupun tidak.

Saya juga menggalakkan pekebun kecil menjadi usahawan dalam bidang getah dan kelapa sawit, kerana bidang keusahawanan ini mampu menjana keuntungan selain memberikan pengalaman baharu kepada pekebun kecil. Usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan taraf hidup ke paras yang lebih selesa.

Semoga dengan pesanan ini dapat menjadi pencetus kepada semua pembaca untuk lebih berusaha mendalami industri ini demi kepentingan negara dan bangsa. Terima kasih.

Aliasak bin Ambia,Presiden PKPKM

Minda PresidenRENCANA PENGARANG

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah swt. kerana dengan limpah dan rahmat-Nya, kita semua masih diberi peluang bernafas bagi meneruskan kehidupan serta masih dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab kita kepada Persatuan ini.

Dalam keseronokkan kita menyambut bulan Syawal tahun 2018/1439H, seluruh warga PKPKM bersedih dengan pemergian Timbalan Presiden iaitu Haji Zulkifli Mohd Nazim pada 18 Jun 2018. Pemergiannya disifatkan seperti hilangnya sebutir permata. Semoga segala jasa dan khidmat bakti Allahyarham sepanjang berkhidmat di Persatuan diterima Allah SWT.

Diharapkan Malaysia akan lebih berkembang maju dan bagi Persatuan ini sudah pastinya ingin melihat kerajaan di bawah pimpinan YAB.Tun Dr. Mahathir Mohamad memastikan golongan pekebun kecil terus dibela dan tidak ditinggalkan dalam arus pemodenan serta sentiasa dihargai kerana golongan ini adalah antara penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negara.

Selain itu, kecemerlangan dalam kekuatan sebuah pertubuhan letaknya pada kesepakatan serta kerjasama ahli yang bersatu padu. Komitmen serta keaktifan ahli amat penting supaya segala permasalahan pekebun kecil di negara ini dapat dihidu segera oleh pihak Kerajaan. Oleh itu, anjakan pemikiran semua ahli sudah pastinya menjamin Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia menjadi sebuah Persatuan yang unggul di negara ini.

Zawati binti Mat DisaKetua Pengarang

Sidang Pengarang Penasihat:Dato’ Haji Aliasak Haji Ambia

Ketua Editor:Zawati Mat Disa

Penolong Editor:Muhammad Shofi Mustapa

Kolumnis:YM Tengku Abdul Azis Tuan Draman Haji Adzmi HassanHaji Halim HassanDr Ismail HashimHaji Lehan SayahanHaji Mohd Nor OmarEncik Roslan Mohd NorHaji Meor Harun Meor Osman

Diterbit dan Diedarkan oleh:Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia(PKPKM)D-1-11, Setiawangsa Business Suites, Jalan Setiawangsa 11,Taman Setiawangsa, 54200 KLTel: 03-4251 0984Fax: 03-4266 4444E-mel: [email protected]

Dicetak Oleh:ISK Global Events & Trading (No: 002391149-X)No. 43-G, Jalan Setiawangsa 11A,54200 Kuala Lumpur,Malaysia

Perutusan Presiden PKPKM Nukilan Setiausaha Agung Isu SemasaInisiatif Getah Asli Mampan (SNR-I) Bakal Seimbangkan Rantaian Industri Getah Dunia 6Pekebun Kecil Tarik Nafas Lega Kesatuan Eropah Tarik Semula Larangan Eksport Minyak Sawit 8Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Tidak Dituntut 9Tetapkan Harga Lantai Getah Sekerap 10

TeknologiInovasi Penggunaan Getah Negara Terus Dipertingkat 12

Aktiviti PKPKMBantahan Anti Minyak Sawit Oleh Kesatuan Eropah 14Bina Rangkaian Perniagaan Untuk Pekebun Kecil Sawit 15Adakah Tanaman Getah Masih Relevan? 16Lawatan PKPKM Ke Pejabat Pertanian Sabah 17Perjumpaan PKPKM Bersama Peneroka FELDA Dan Peserta FELCRA 18Koperasi Nadi Pembangunan Pekebun Kecil Negara 19Karnival Jelajah MSPO Tingkat Kesedaran Pekebun Kecil 20Siri Penerangan LGM-PKPKM Cawangan Kuala Kangsar 21Kukuhkan Kerjasama PKPKM - Agensi Kerajaan 22Perasmian Cawangan PKPKM Sabak Bernam, Selangor 23Program Penerangan PKPKM & MSPO Anjuran PKPKM Negeri Sembilan 24

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Sidang pembaca yang dihormati sekalian.

Sebelum meneruskan penulisan, marilah kita bersama-sama mendoakan Timbalan Presiden PKPKM, Allahyarham Tuan Haji Zulkifli bin Mohd Nazim yang telah meninggal dunia pada 3 Syawal lalu dan Pengerusi PKPKM Kedah, Allahyarham Encik Zulkafeli bin E.Rozario pada awal tahun ini. Semoga segala amal bakti dan jasa mereka sepanjang berkhidmat bersama persatuan menjadi asbab kebaikan buat mereka di akhirat kelak.

Saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang menang bertanding dalam Pilihanraya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu. Saya juga mengucapkan tahniah kepada YAB Tun Mahathir bin Muhamad yang dilantik semula menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-7. Pihak kami berharap YAB Tun dapat melaksanakan semua manifesto dengan penuh jaya serta membangkitkan semula kegemilangan sektor pekebun kecil seperti dahulu.

Sidang pembaca yang dikasihi sekalian, saya ingin berterima kasih kepada semua pekebun kecil di negara ini kerana

memberikan kepercayaan dan kerjasama kepada PKPKM bagi melaksanakan tanggungjawab kepada pekebun kecil. Tahun 2017 telah berlalu dan tahun 2018 akan bersama-sama kita hadapi. Untuk pengetahuan pembaca, mengikut jenis tanaman komoditi di Malaysia, getah didapati telah menjadi pengeluar kelima di dunia bagi tahun 2017 berbanding dahulu daripada 80 ke 90 negara, kita berada di tempat yang pertama di dunia. Oleh itu, marilah kita berusaha kembali menjadi pengeluar utama di dunia dalam industri komoditi getah.

Berbeza pula dengan tanaman komoditi kelapa sawit, dimana negara merupakan pengeluar nombor 2 dunia selepas indonesia. Oleh kerana kedua-dua komoditi ini adalah tanaman pilihan pekebun kecil maka kita hendaklah berusaha untuk menjadi pekebun kecil yang mahir dalam kedua-dua tanaman ini. Untuk merealisasikannya, pekebun kecil perlulah menambah ilmu yang tinggi bagi pengurusan kedua-dua komoditi ini. Hasil bagi 1 hektar getah hendaklah ditingkatkan kepada 1,800–2,000 kg/Ha/tahun dan bagi kelapa sawit ditingkatkan kepada 20-24 tan/Ha/Tahun.

PKPKM berharap pekebun kecil dapat meningkatkan kemahiran bagi mencapai tujuan ini dengan menjalankan kerjasama bersama agensi-

Info Semasa

5 Julai 2018NADI4 Julai 2018NADI

Nukilan Setiausaha Agung

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Baharu.

Pembaca sekalian,

Tanggal 9 Mei 2018, rakyat telah menukar landskap politik Malaysia dimana kerajaan Barisan Nasional digantikan dengan Pakatan Harapan. Slogan “Malaysia Baru” telah mula di canang diseluruh bandar dan desa. ‘Malaysia Baharu” merujuk kepada pemisahan skop tugas tiga institusi kerajaan yang membentuk kerajaan demokrasi seperti institusi kehakiman, institusi pembuat undang-undang dan institusi pelaksana akan lebih jelas dan terbuka untuk memastikan semak dan imbang perjalanan kerajaan. Di bawah senario pentadbiran baru ini, apakah pendekatan PKPKM juga perlu berubah untuk menyesuaikan dengan persekitaran yang baharu ini?

Untuk menjawab persoalan itu, mari kita imbas peranan PKPKM sebelum ini dalam senario kerajaan lama dimana skop tugas ketiga institusi-istutusi saolah-olah tidak terpisah dan dikawal oleh kuasa legilatif(wakil rakyat) sehingga tiada ruang semak dan imbang kepada perlaksanaan program untuk kebaikan pekebun kecil. Kita semua maklum selama ini peranan utama PKPKM adalah untuk memastikan kebajikan pekebun kecil Malaysia di ambil kira dalam arus pembangunan kerajaan.

Untuk mencapai matlamat ini, PKPKM aktif meyalurkan isu-isu kebajikan Pekebun Kecil melalui pembentangan diperingkat penyediaan dasar atau memantau semasa perlaksanaan program –program pembangunan. Isu-isu dikemukakan kepada pengetahuan kerajaan melalui dialog dasar dan pemantauan ke atas agensi-agensi pelaksana kerajaan, memastikan perjalanan program mengikut perancangan yang telah dibuat.

Dalam persekitaran pentadbiran kerajaan lama dimana kuasa membuat undang-undang

(wakil rakyat) dan kuasa eksekutif (kerajaan) seolah satu dan berjalan serentak sehingga timbul dogma dimana setiap perlaksanaan program mengambikira kepentingan politik pemerintah melebihi penyelesaian isu-isu pokok yang dibangkitkan oleh Persatuan. Ini kelihatan kuasa eksekutif kerajaan telah di ‘hijack’ oleh kuasa legislatif sehingga wakil rakyat dilihat mengawal program kerajaan dan pegawai kerajaan hanya jadi ‘pak turut’ .

Akibatnya jika PKPKM menegur kelemahan agensi pelaksana keatas program memajukan pekebun kecil ianya akan dilihat sebagai menganggu perjalanan agensi kerajaan dan membawa agenda pembangkang. Isu-isu kurang dipedulikan dan hanya akan timbul menjelang pihanraya. Untuk itu selama ini PKPKM mengambil pendekatan menang-menang dengan tidak mahu menimbulkan persepsi negatif yang boleh menjurus kepada dianggap suara pembangkang.

Penstrukturan semula melibatkan institusi berkaitan akan melihat pemisahan ketiga institusi berkaitan. PKPKM sebagai sebuah badan bukan kerajaan menyambut baik perubahan ini dan akan terus menyokong kerajaan yang memerintah untuk memastikan pekebun kecil Malaysia yang majoritinya berada dalam kelas berpendatan rendah tidak ketinggalan dalam arus pembangunan kerajaan. Persoalannya, apakah perlu PKPKM

mengambil pendekatan yang berbeza untuk mencapai objektif membantu kebajikan pekebun Kecil? Jawapannya adalah terletak ditangan anda dan warga pekebun kecil.

Institusi-institusi penguatkuasa akan menjadi rakan kita untuk memantau penyelewengan kuasa eksekutif. Justeru itu PKPKM akan terus berperanan memantau status kebajikan pekebun kecil dan meyampaikan kepada kerajaan melalui saluran yang disediakan oleh kerajaan .

PKPKM berharap tidak lagi dibebani tekanan politik, berjuang demi kebaikan pekebun kecil. “Berani Kerana benar”. Saya yakin pendekatan ini akan meningkatkan maruah PKPKM di pandangan ahli dan warga pekebun kecil amnya. Ahli-ahli perlu dididik mengenai cara untuk membangkitkan isu dengan berlandaskan maklumat yang tepat dan juga bertindak sebagai mata dan telinga untuk memastikan agenda kerajaan berjalan mengikut acuan yang telah di rancang untuk kebaikan pekebun kecil.

PKPKM akan terus istiqomah untuk memajukan pekebun kecil In sha Allah.

Salam hormat. dan Wassalam.

Adzmi bin HassanSetiausaha Agung.

TahniahYAB Tun Dr Mahathir MohamadPerdana Menteri Malaysia ke-7dan kepada semua Menteri Kabinet Baharu

PERSATUAN KEBANGSAAN PEKEBUN-PEKEBUN KECIL MALAYSIA (PKPKM)NATIONAL ASSOCIATION OF SMALLHOLDERS MALAYSIA (NASH)

7 Julai 2018NADI

Dunia Pekebun KecilInfo Semasa

6 Julai 2018NADI

INISIATIF GETAH ASLI MAMPAN (SNR-I) BAKAL SEIMBANGKAN RANTAIAN

INDUSTRI GETAH DUNIAPelaksanaan SNR-i di Malaysia mampu Memberi Manfaat

kepada golongan Pekebun Kecil dan PenorehInisiatif Getah Asli Mampan (Sustainable Natural Rubber Initiative – S NR-i) digubal di bawah rangka kerja oleh Kumpulan Kajian Getah Antarabangsa (International Rubber Study Group - IRSG) sebagai projek industri untuk memastikan industri getah boleh membina amalan terbaik serta mengukuhkan tambah nilai sepanjang rantaian dari pengeluaran hingga pembuatan produk getah asli.

IRSG ditubuhkan dalam tahun 1944 sebagai sebuah badan getah antarabangsa dianggotai oleh pelbagai pihak yang ada kepentingan dalam industri getah. IRSG yang beribu pejabat di Singapura dianggotai oleh 120 ahli dari 36 negera, iaitu Republik Cameroon, Cote d’Ivoire, 28 negara Kesatuan Eropah, India, Jepun, Nigeria, Kesatuan Russia, Singapura dan Sri Lanka.

Seperti mana Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melaksanakan MSPO, objektif SNR-i juga adalah untuk mendapatkan bekalan getah asli yang mampan di peringkat global yang memberi faedah merentasi keseluruhan rantaian nilai komoditi ini. Pelaksanaannya adalah melalui promosi kaedah pembangunan industri getah yang lestari di peringkat global, meningkatkan kualiti getah asli, menyokong kelestarian hutan melalui perlindungan kawasan lindungan, dan memberikan penghormatan tertinggi untuk hak pekebun kecil dan penoreh.

Pelan tindakan penerangan inisiatif ini akan diwakili oleh semua rantaian industri getah termasuklah wakil daripada kerajaan, persatuan-persatuan, syarikat-syarikat produk dan pekebun kecil getah. Ini bagi

memastikan pelaksanaan inisiatif ini mengambil kira kepentingan semua sektor supaya betul-betul telus dan menguntungkan semua pihak.

Pelaksanaan SNR-i ini diharapkan dapat membantu pekebun kecil getah untuk memperbaiki mutu hasil tanaman dan berkemampuan meningkatkan harga getah asli ke paras yang mampu menyara hidup mereka dengan selesa.

Semua sektor industri getah negara perlu bersedia untuk bekerjasama dalam pelaksanaan SNR-i bagi memastikan setiap golongan, khususnya pekebun kecil dapat menikmati semua manfaatnya.

Oleh: Haji Abdul Halim bin Hassan

Info Semasa Info Semasa

98 Julai 2018NADI Julai 2018NADI

BANTUAN mUsim TeNgkUjUh TiDAk DiTUNTUT

PEKEBUN KECIL TARIK NAFAS LEGA KESATUAN EROPAH TARIK SEMULA LARANGAN EKSPORT MINYAK SAWIT Lebih 100,000 Orang Pekebun Kecil Getah Tidak

Mohon BMT Sejak Mula Diagihkan

Oleh: Muhammad Shofi bin Mustapa

Seramai lebih 100,000 orang pekebun kecil getah yang berdaftar di bawah Lembaga Getah Malaysia (LGM) tidak mendaftar dan menuntut Bantuan Musim Tengkujuh sejak ia diumumkan oleh bekas YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada tahun lalu.

Tuan Haji Abdul Halim Hassan, Bendahari Agung PKPKM yang juga merupakan Ahli Lembaga Lembaga Getah Malaysia (LGM) berkata, dana BMT yang tidak dituntut oleh Pekebun getah dan penoreh getah, adalah mendukacitakan kerana pekebun kecil getah sepatutnya mendapatkan peluang ini yang

hanya diberikan 3 kali dalam setahun (November, Disember, Januari).

Bantuan sebanyak RM200 sebulan tersebut merupakan satu jumlah yang banyak terutamanya apabila tiba musim tengkujuh yang tidak membolehkan pekebun kecil untuk turun menorah getah.

Selain itu, beliau turut memohon supaya LGM mengadakan lebih banyak promosi tentang bantuan-tersebut di dalam program-program anjuran mereka, seperti program penerangan IPG dan Sembang Warung yang kini aktif dijalankan di seluruh negara. Ia bagi memastikan pekebun kecil getah tahu dan benar-benar memahami tentang bantuan ini.

Bantuan Musim Tengkujuh merupakan satu inisiatif yang diusulkan oleh PKPKM dalam Pembentangan Bajet 2017 kepada kerajaan, berperanan sebagai bantuan yang diberikan secara tahunan bagi membantu meringankan beban pekebun kecil getah negara ketika tiba musim tengkujuh.

PKPKM menyeru semua ahli yang mengusahakan tanaman getah untuk membuat permohonan melalui borang yang boleh didapati di Pejabat LGM Wilayah/Negeri atau mendaftar secara online di website http//bmt.lgm.my apabila LGM membuka permohonan bagi tahun 2018.

Bantuan Musim Tengkujuh merupakan satu cetusan idea PKPKM yang di bawa di dalam Pembentangan Bajet 2017.

Oleh: Muhammad Shofi bin Mustapa

PKPKM bersyukur di atas penarikan semula larangan eksport minyak sawit secara sepenuhnya oleh Kesatuan Eropah. Presiden PKPKM, YBhg Dato’ Haji Aliasak Ambia berkata, tindakan ini akan memberi kesan baik kepada pekebun kecil sawit di Malaysia kerana lebih 40% daripada tanaman sawit di Malaysia diusahakan oleh pekebun kecil.

Beliau berkata, usaha kerajaan bersama PKPKM melakukan bantahan pada Januari lalu, dengan kerjasama lebih 2,000 pekebun kecil sawit, selain desakan bertalu-talu daripada negara-negara pengeluar sawit telah memberikan impak yang besar di dalam keputusan negara-negara Eropah terhadap minyak sawit. Ini membuktikan hanya dengan kesepakatan di antara kerajaan dan rakyat dapat memastikan sebarang

masalah dapat diselesaikan dengan baik.

Tambah beliau, perbincangan itu sentiasa diikuti rapat oleh negara-negara pengeluar minyak sawit seperti Malaysia dan Indonesia, dan keputusan debat selama lebih 18 bulan ini amat dialu-alukan oleh Malaysia. Namun pekebun kecil Malaysia perlu terus memainkan peranan dengan menyertai pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) bagi mengukuhkan lagi imej industri sawit Malaysia ke arah kemampanan.

Beliau juga berkata, kerajaan perlu berterima kasih kepada pekebun-pekebun kecil sawit di Malaysia kerana mereka adalah sebab utama EU menarik semula larangan eksport minyak sawit. Fungsi mereka sebagai sumber

utama dalam industri sawit perlu diakui dan diberikan lebih perhatian, dengan meningkatkan bantuan atau insentif bagi membantu mereka meningkatkan pendapatan mereka, dan tidak hanya meningkatkan pendapatan sektor pertengahan dan hiliran sahaja.

Antaranya sebagai permulaan, kerajaan boleh menyediakan peluang pendidikan tidak formal (andragogi) kepada pekebun-pekebun kecil bagi menceburi sektor perniagaan (hiliran) dengan memberikan pendidikan dan latihan menguruskan sumber mereka seperti tanah, tenaga buruh, teknologi dan kewangan. Selain dari itu, untuk industri komoditi getah, kerajaan perlu mencari alternatif meningkatkan harga lantai bagi getah sekerap kepada RM 4.00/kilogram.

Pekebun Kecil Perlu Dapatkan Pensijilan MSPO bagi Menguatkan Industri Sawit Negara

11 Julai 2018NADI

Info Semasa

10 Julai 2018NADI

TETAPKAN HARGA LANTAI GETAH SEKERAP DI LADANGHarga Asas Getah Bantu Pekebun Kecil Getah Negara untuk Jangka Masa Panjang.

Presiden PKPKM, YBhg Dato’ Haji Aliasak bin Haji Ambia berharap Bantuan Musim Luruh kepada pekebun kecil getah diteruskan oleh kerajaan kerana menurut beliau, bantuan tersebut mampu memberikan peluang kepada pekebun kecil untuk melakukan Integrasi tanaman atau ternakan sementara menunggu musim luruh tamat.

Beliau dalam masa yang sama turut memohon kerajaan untuk mengawal harga getah melalui penetapan harga lantai getah sekerap sekurang-kurangnya RM4.00/kg bagi memastikan pekebun kecil dapat menerima harga yang sepatutnya diterima.

Oleh: Haji Abdul Halim bin Hassan

Hal ini kerana, purata kos pengeluaran getah adalah RM3.40/kg yang perlu dikeluarkan oleh pekebun kecil getah. Penetapan harga lantai getah melalui bantuan kerajaan mampu memberi kebaikan jangka panjang kepada pekebun kecil, selain meningkatkan produktiviti kerana mempunyai harga lantai yang stabil.

“Bantuan musim luruh merupakan satu alternatif yang baik untuk membantu pekebun kecil getah, namun bagi jangka masa panjang, kerajaan perlu mencari jalan untuk melaksanakan bantuan bagi menstabilkan harga lantai bagi getah sekerap”, ujar beliau.

Tambahnya, usaha yang diberikan kerajaan akan membantu pekebun kecil getah mengekalkan tanaman getah mereka, kerana kebanyakan yang berlaku kini adalah semakin ramai pekebun kecil getah yang bertukar kepada tanaman sawit.

Perkara ini sesuatu yang perlu dibimbangkan kerana pekebun kecil getah merupakan penyumbang terbesar kepada industri getah dalam dan luar negara. Perubahan ini akan memberikan kesan buruk jangka panjang kepada industri getah negara sekiranya tidak diatasi.

Pekebun Kecil mengharapkan kerajaan berikhtiar membantu meningkatkan harga getah negara.

Iklan TenAsia

CARA MENGATASI MASALAH KEKURANGAN PEKERJA & TINGKATKAN PRODUKTIVITI MENUAI POKOK TINGGI

PALMPRO ®

Industri kelapa sawit Malaysia berdepan masalah kekurangantenaga kerja yang teruk, apabila pekerja asing terutamanyadari Indonesia mengelak kerana peningkatan peluang di negarasendiri. Ini menyebabkan kerugian berjuta-juta kepada syarikatperladangan dan pekebun kecil. Untuk mengatasi masalah ini,cara paling berkesan ialah menpercepatkan kerja penuaiandengan bilangan penuai yang terhad pada masa sekarang.

Galah PalmPro® yang teringan dan tahan lasak didunia ciptaanTenAsia terbukti membantu penuai menambah 30-50%keluasan tuaian daripada galah aluminium biasa dan mencapaipeningkatan hasil tandan 0.5-1.0 tan sehari. Justeru, bilanganpekerja boleh dikurangkan sebanyak 20%, pusingan penuaiandipendekkan kepada 3-4 hari dan membantu meningkatkanpendapatan penuai RM300-1500 sebulan. Kerugian untukbuah yang tidak dituai juga dapat diatasi.

KELEBIHAN PALMPRO®• Lebih ringan daripada galah aluminium• Senang dinaikkan dan tidak mudah jatuh• Mudah dialih dari pokok ke pokok• Tahan lasak dan dapat diguna lebih setahun• Lenturan spring senang dimain semasa kait• Mudah dibaikpulih jika rosak• Kurang licin dan kurang rintangan elektrik• Jimat tenaga & masa penuai 2-4 jam sehari• Kurang kemalangan, dapat menuai di

kedudukan lebih jauh

Galah PalmPro® mampu mencecah sehingga 60 kaki tinggi.Dengan hasil penyelidikan selama 7 tahun, PalmPro® kinidiiktiraf oleh industri sawit sebagai teknologi galah tercekapmenuai pokok tinggi. Inovasi ini juga telah terjual diantarabangsa seperti negara Indonesia, Thailand, Papua NewGuinea, Sri Lanka, India, Amerika Latin dan Afrika Tengah.

TenAsia Corporation Sdn BhdLot 10701, Jalan Permata 1

Arab-Malaysian Industrial Park, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Tel: +606 799 9901 Fax: +606 799 9902Email : [email protected]

Contact : Mr. Casey TehWebsite: www.TenAsia.com.my

13 Julai 2018NADI

Dunia Pekebun Kecil

12 Julai 2018NADI

Teknologi

Oleh: Haji Abdul Halim bin Hassan

INOVASI PENGGUNAAN GETAH NEGARA TERUS DIPERTINGKAT

Inovasi penggunaan getah negara kini dipertingkatkan dengan menghasilkan beberapa teknologi dalam usaha dipraktikkan di Malaysia bagi meningkatkan penggunaan getah, seperti galas getah seismik dan jalan raya getah untuk dimajukan di Malaysia.

Antara teknologi yang kini giat dipraktikkan di Malaysia adalah penggunaan inovasi teknologi galas getah beredaman tinggi (HDNR). HDNR yang dihasilkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) dengan kerjasama beberapa syarikat lain, mampu mengurangkan kesan gegaran gempa bumi, dan kini digunakan di beberapa pembangunan infrastruktur negara seperti Jambatan Sultan Abdul Halim

Muadzam Shah, selain digunakan secara meluas di seluruh dunia terutamanya negara-negara yang terkesan dengan gempa bumi.

Selain dari itu, penggunaan getah juga dipertingkatkan dengan usaha melaksanakan penggunaan jalan raya getah, di mana campuran getah digunakan dalam adunan bitumen menggantikan jalan tar yang sedia ada. Jalan raya getah telah lama digunakan di Malaysia antaranya di tapak percubaan sepanjang 90 meter di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, dan kini boleh juga dilihat di beberapa kawasan di Teluk Intan.

Penggunaan jalan getah ini akan membantu memberikan kesan cengkaman yang lebih

tinggi kepada tayar kenderaan jalan raya seterusnya membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya akibat hilang kawalan, selain mengurangkan kos penyelenggaraan jalan raya yang menelan kos jutaan ringgit.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) Tingkatkan Penggunaan Teknologi Berasaskan Getah.

Tekstur Jalan Raya Getah yang diturap di Teluk Intan Perak.

Galas Getah Berendaman Tinggi yang digunakan di Jambatan Kedua Pulau Pinang berfungsi menyerap gegaran sekiranya berlaku gempa bumi.

Aktiviti PKPKM Aktiviti PKPKM

1514 Julai 2018NADI Julai 2018NADI

Pada 6 April 2018, PKPKM telah menerima lawatan daripada Global Institute of Tomorrow (GIFT) sebagai salah satu NGO yang dikunjungi oleh Institut ini sempena program ‘Young Leaders’ anjuran GIFT. Program ‘Young Leaders’ tersebut yang diadakan secara tahunan bertujuan menghasilkan pemimpin-pemimpin muda yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang.

Antara peserta yang hadir di bawah program tersebut termasuklah wakil Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK), Wild Asia, Human Resources Development Berhad (HRDF) dan IDS Medical System. Lawatan ini diadakan bagi membincangkan tentang peranan PKPKM kepada pembangunan pekebun kecil sawit dan membantu peserta-peserta tersebut merangka kaedah untuk meningkatkan penglibatan pekebun kecil dalam bidang perniagaan.

YBhg Dato’ Haji Aliasak bin Ambia, Presiden PKPKM memaklumkan ketika pertemuannya bersama para peserta, kaedah meningkatkan keterlibatan pekebun kecil sawit dalam sektor perniagaan boleh dilakukan melalui penguatkuasaan Koperasi.

Beliau juga turut memohon supaya peserta-peserta program meneliti dan menganalisis kaedah sistem perniagaan yang boleh membabitkan pekebun kecil kerana mereka merupakan pemain utama dalam industri. Turut hadir Timbalan Presiden, Tuan Haji Zulkifli bin Muhd Nazim dan Bendahari Agung PKPKM, Tuan Haji Abdul Halim bin Hassan. Lawatan tersebut diadakan di Bilik Mesyuarat PKPKM bermula jam 3.00 petang dan tamat jam 4.30 petang.

BINA RANGKAIAN PERNIAGAAN UNTUK PEKEBUN KECIL SAwIT

Bakal Pemimpin Muda Negara Kaji Kaedah Melibatkan Pekebun Kecil Sawit Dalam Bidang Perniagaan

Oleh: Muhammad Shofi bin Mustapa

Bersama peserta-peserta program Young Leaders anjuran Global Institute For Tomorrow (GIFT).

Peserta mendengar taklimat berkenaan PKPKM yang dibentang oleh YBhg Dato’ Aliasak Ambia.

Encik Puviyan daripada HRDF mengajukan soalan kepada YBhg Dato’ Aliasak Ambia.

Cik Chloe dari IDS Medical Systems sedang mengambil nota taklimat.

BANTAHAN ANTI MINYAK SAWIT OLEH KESATUAN EROPAH PKPKM Gesa Negara-Negara Eropah Hentikan Pemboikotan Minyak Sawit

Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) dengan kerjasama Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), FELDA, SALCRA dan DOPPA telah mengadakan perhimpunan aman bagi menentang pemboikotan minyak biofuel berasaskan sawit oleh Kesatuan Eropah (EU) menjelang tahun 2021, pada 13 Januari di Hadapan Menara Tabung Haji dan Menara Felda, Kuala Lumpur.

Perhimpunan yang dilakukan bermula jam 2.00 petang tersebut dihadiri lebih 2,000 orang pekebun kecil sawit persendirian dan peneroka Felda daripada seluruh negeri. Peserta ini mewakili lebih 650,000 orang pekebun kecil sawit di seluruh Malaysia, dan lebih 3 juta orang yang bergantung hidup dengan tanaman ini sebagai sumber pendapatan utama.

agensi terlibat turut menghantar memorandum kepada Kedutaan Kesatuan Eropah di Malaysia, membabitkan tandatangan lebih 300,000 pekebun kecil dan peneroka yang tidak bersetuju dengan tindakan terbabit. Perhimpunan tamat jam 4.30 petang.

Oleh: Haji Adzmi bin Hassan

Sebilangan Besar Pekebun Kecil Sawit yang berkumpul di hadapan Menara Tabung Haji Jalan Tun Razak mengadakan bantahan aman.

Presiden PKPKM bersama Petisyen 150,000 orang ahli PKPKM untuk dihantar kepada Kedutaan EU.

YBhg Dato’ Aliasak mengetuai Perhimpunan Aman di hadapan Menara Tabung Haji.

Presiden PKPKM, YBhg Dato’ Haji Aliasak bin Haji Ambia berkata, tindakan EU untuk memboikot penggunaan minyak biofuel berasaskan minyak sawit dengan alasan penyebab kanser, pembakaran hutan dan penggunaan tenaga buruh kanak-kanak merupakan satu alasan yang tidak rasional. Beliau memaklumkan, tindakan EU akan menyebabkan lebih 3 juta orang yang bergantung hidup dengan tanaman tersebut berpotensi kehilangan sumber pendapatan.

Rombongan PKPKM bersama wakil daripada setiap

Aktiviti PKPKM Aktiviti PKPKM

1716 Julai 2018NADI Julai 2018NADI

ADAkAh TANAmAN geTAh mAsih RELEVAN?

LAWATAN PKPKM KE PEjABAT PERTANIAN SABAH

Universiti Putra Malaysia Dapatkan Jawapan Telus Pekebun Kecil Getah Tempatan

Kukuhkan Hubungan Dua Hala, Bina Kerjasama Untuk Kepentingan Pekebun Kecil Negara.

Oleh: Zawati binti Mat Disa

Oleh: Muhammad Shofi bin Mustapa

9 April lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menemuramah beberapa orang ahli PKPKM yang merupakan pekebun kecil getah tempatan bagi mendapatkan input berkenaan masalah yang dihadapi pekebun kecil getah dalam industri komoditi tersebut.

Seramai 5 orang pekebun kecil getah daripada Pahang telah hadir dan dipengerusikan oleh YM Datin Paduka Prof. Dr Fatimah binti Arshad dan Prof. Madya Kusairi bin Mohd Noh. Turut hadir pada hari tersebut adalah Wakil Khazanah Research Institute (KRI).

Dalam temuramah yang berjalan selama lebih 2 jam di Bilik Mesyuarat PKPKM Pusat tersebut, keputusan menunjukkan bahawa kebanyakan pekebun kecil getah masih kekal menanam getah sehingga kini disebabkan

beberapa perkara, iaitu tanaman warisan keluarga, masalah menukar status tanah pertanian, dan tiada bantuan untuk menukar jenis tanaman tersebut kepada tanaman lain.

Hasil temuramah tersebut juga turut menunjukkan bahawa kebanyakan pekebun kecil yang mengusahakan getah masih menganggap tanaman tersebut sebagai tanaman utama, namun dalam pada masa sama terpaksa melakukan integrasi tanaman lain bagi menampung kehidupan mereka disebabkan kejatuhan teruk harga getah kini.

Mereka juga turut memaklumkan bersedia bertukar kepada tanaman sawit yang memberikan harga yang lebih tinggi sekiranya mempunyai bantuan daripada kerajaan atau

peluang dan kewangan yang mencukupi.

Barisan Penyelidik daripada Universiti Putra Malaysia dan Khazanah Research Institut bersama Pekebun-Pekebun Kecil Getah Jemputan dan Kakitangan PKPKM.

Pekebun Keci Getah menjawab soalan Penemuramah.

Prof. Madya Kusairi Mohd Noh sedang mengajukan soalan.

Pada 16 April 2018, PKPKM telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin dan Persatuan Pekebun Kecil Sawit Sabah (PPKSS) di Bilik Mesyuarat Oryzae, Pejabat Pertanian Sabah bagi membina hubungan baik dan bekerjasama dalam usaha menjaga kebajikan pekebun-pekebun kecil sawit di seluruh negara.

PKPKM telah diwakili oleh Presiden, YBhg Dato’ Haji Aliasak bin Haji Ambia dan Setiausaha Agung, Tuan Haji Adzmi bin Hassan, manakala PPKSS pula diwakili Presiden, Tuan Saini Saliman dan Jawatankuasanya. Turut hadir ialah YBhg Datuk Idrus Shafie,

Pengarah Pertanian Negeri Sabah.

Dalam pertemuan tersebut, beberapa perkara telah dibincangkan antaranya berkenaan keahlian, di mana PPKSS berhasrat untuk menjadi Ahli Bersekutu PKPKM bagi membantu PPKSS lebih memahami peranan berpersatuan di Sabah.

Selain itu, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Sabah juga menyentuh peranan Jabatan Pertanian Sabah didalam menubuhkan persatuan pekebun kecil di Sabah, selain menyatakan bahawa perjumpaan ini akan merintis jalan penggabungan menang - menang dengan PKPKM yang mewakili pekebun kecil di seluruh Malaysia.

PKPKM melihat perkara ini sebagai satu usaha yang baik di antara persatuan pekebun kecil, kerana hubungan ini akan menguatkan suara pekebun kecil di peringkat nasional. PKPKM juga berharap persatuan berkaitan pekebun kecil di Sarawak supaya turut menyertai PKPKM bagi menguatkan lagi pengaruh pekebun kecil di peringkat kebangsaan.

Presiden PKPKM, YBhg Dato’ Haji Aliasak Ambia beramah mesra bersama Timbalan Menteri Sabah, YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin disaksikan Presiden PPKSS, Tuan Saini Saliman dan Setiausaha Agung PKPKM, Haji Adzmi bin Hassan.

Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, YBhg Datuk Idris Shafie memberikan penerangan berkenaan peranan Jabatan Pertanian Sabah.

Aktiviti PKPKM Aktiviti PKPKM

1918 Julai 2018NADI Julai 2018NADI

KOPERASI NADI PEMBANGUNAN PEKEBUN KECIL NEGARA

PERjUMPAAN PKPKM BERSAMA PENEROKA FELDA & PESERTA FELCRA

Pekebun Kecil Perlu Fahami Kepentingan Koperasi kepada Ekonomi Pekebun Kecil

PKPKM Proaktif Dekati Masalah Pekebun Kecil Terancang

Presiden PKPKM, YBhg Dato’ Haji Aliasak Ambia, menekankan supaya pekebun-pekebun kecil di Malaysia melibatkan diri di dalam Koperasi terutamanya Koperasi Pekebun Kecil. Beliau berkata demikian ketika ucapannya dalam Persidangan Agung Koperasi Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia (dalam penubuhan) yang bertempat di Kampung Makam Kota Tinggi, Johor. Program tersebut turut dihadiri dan dirasmikan oleh YB Tuan Haji Rasman bin Ithnin, Mantan ADUN

Kawasan Sedili, dengan kehadiran hampir 40 orang pekebun kecil tempatan.

Aliasak ketika ucapannya berkata, penglibatan pekebun kecil dalam Koperasi mampu membantu mereka meningkatkan pendapatan dan membangunkan ekonomi mereka ke arah yang lebih baik. Beliau juga menekankan, di dalam penubuhan koperasi, tidak semestinya hanya menjual beli hasil pertanian, tetapi pekebun kecil juga boleh mempelbagaikan jenis tanaman dan menjadi pembekal utama hasil tanaman kepada masyarakat setempat. Beliau menekankan bahawa bantuan dan inisiatif kerajaan yang ingin

disalurkan kepada pekebun kecil lebih mudah disalurkan melalui sistem koperasi.

Aliasak turut meminta supaya menjadikan koperasi-koperasi yang telah maju seperti Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad dan Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM)sebagai salah satu contoh dan model dalam penubuhan Koperasi.

Oleh: Muhammad Shofi bin Mustapa

Barisan JK PKPKM Negeri Johor sedang menerangkan kepada Presiden tentang penubuhan Koperasi.

Ucapan Perasmian oleh YB Tuan Haji Rasman bin Ithnin, Mantan ADUN Kawasan Sedili.

Pegerusi PKPKM Negeri Johor sedang memberikan ucapan alu-aluan.

YBhg Dato’ Haji Aliasak memberikan ucapan aluan.

Oleh: Muhammad Shofi bin Mustapa

Pada 5 Julai 2018, PKPKM telah mengadakan program Perjumpaan Peneroka Felda dan Peserta Felcra Bersama Pemimpin Tertinggi PKPKM yang berlangsung di Dewan Hotel Sani, Kuala Lumpur. Program yang dihadiri lebih 200 orang pekebun kecil tersebut telah dirasmikan oleh Presiden PKPKM, YBhg Dato’ Haji Aliasak bin Haji Ambia.

Program komunikasi searah tersebut yang berlangsung selama lebih 3 jam bertujuan mendapatkan isu dan masalah yang hingga kini masih dihadapi oleh pekebun kecil terancang untuk dibawa ke Kementerian dan agensi-agensi berkaitan seperti FELDA, FELCRA, MPOB dan juga LGM.

Presiden, YBhg Dato’ Haji Aliasak bin Haji Ambia berkata,

masih banyak isu-isu lama yang sehingga kini masih lagi belum selesai, antaranya isu pembayaran insentif khas sebanyak RM5,000 kepada peneroka bebas FELDA, isu 'berpuak' yang menimpa peneroka FELDA, dan isu status tanah kosong yang dihadapi oleh peserta FELCRA di Selatan Malaysia.

Beliau juga berkata, PKPKM telah berusaha mendekati Pengerusi FELDA baharu ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN), YB Tan Sri Shahrir Bin Abdul Samad untuk membincangkan masalah peneroka FELDA, namun tidak pernah menerima respon yang baik daripada pihak beliau, menjadikan masalah ini semakin berpanjangan dan menyusahkan ramai pihak.

Tambah beliau, PKPKM

berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) lebih fokus dalam melaksanakan ‘Janji 100 hari kepada peneroka FELDA’, terutamanya menghentikan penyelewengan dalam pengurusan FELDA, menyatukan peneroka FELDA di bawah satu status peneroka (tiada lagi istilah bersama atau tidak bersama), mengurangkan beban hutang yang diterima peneroka, mengkaji mutu pengurusan ladang dan lain-lain.

PKPKM akan melakukan kunjungan hormat kepada beberapa kementerian termasuklah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dalam masa terdekat bagi mengetengahkan dan menyelesaikan isu-isu ini. Program tamat pukul 2.00 petang.

Aktiviti PKPKM Aktiviti PKPKM

2120 Julai 2018NADI Julai 2018NADI

Program Perasmian Jelajah MSPO anjuran Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) dengan kerjasama MPOC, MPOB, PKPKM dan FELDA telah diadakan di Arena Square Teluk Intan, Perak pada 1 Mei 2018 melibatkan lebih 5,000 orang pekebun kecil. Program ini bertujuan untuk menerangkan kepada pekebun kecil tentang peranan sijil MSPO kepada pekebun kecil yang mempunyai tanaman sawit di seluruh negara.

Program yang berlangsung bermula jam 9.00 pagi tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Mah Siew Keong, Mantan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC). Beliau dalam ucapannya ketika merasmikan berkata, lebih daripada 40 peratus daripada keluasan sawit di Malaysia diusahakan oleh pekebun kecil, menunjukkan bahawa tanaman ini merupakan satu tanaman komoditi yang amat penting kepada pembangunan masyarakat luar bandar. Oleh itu pekebun kecil diminta untuk bekerjasama memperbaiki imej tanaman sawit di mata negara

luar dengan menyertai pensijilan MSPO.

Presiden PKPKM, YBhg Dato’ Haji Aliasak bin Ambia selepas sesi lawatan gerai pula berkata, tindakan EU menuduh pemusnahan hutan yang dilakukan Malaysia merupakan satu alasan yang tidak munasabah, kerana Malaysia masih lagi mengekalkan 54% daripada keluasan negara dengan hutan, dan jumlah penanaman sawit yang meningkat adalah disebabkan pertukaran tanaman daripada getah kepada sawit. Beliau menyeru supaya semua pekebun kecil sawit meningkatkan komitmen terhadap pensijilan MSPO bagi menangkis kecaman tidak berasas tersebut.

Majlis tersebut juga turut merasmikan kenderaan rasmi yang akan digunakan dalam siri penjelajahan yang seterusnya di seluruh Malaysia, dan dimeriahkan dengan kehadiran artis tanah air seperti YBhg Dato’ Jamal Abdillah, Marsha Milan Londoh dan ramai lagi. Karnival tamat pukul 4.00 petang.

KARNIVAL jELAjAH MSPO TINGKAT KESEDARAN PEKEBUN KECIL

SIRI PENERANGAN LGM-PKPKM CAWANGAN KUALA KANGSAR

Pekebun Kecil perlu Bekerjasama Menuju Penanaman Sawit yang Mampan

Lembaga Getah Malaysia Negeri Perak dan PKPKM Cawangan Kuala Kangsar, Perak telah mengadakan Siri Penerangan kepada Pekebun Kecil Daerah Kuala Kangsar (ahli dan Bukan Ahli PKPKM) dengan mengadakan Sesi Sembang Getah di Warung.

Tujuan Majlis Penerangan ini adalah untuk menambahkan pengetahuan PK tentang peranan LGM dan PKPKM untuk membantu meningkatkan Ekonomi pekebun kecil di samping mengeratkan lagi hubungan antara LGM dan pekebun kecil, selain

memperkenalkan tugas dan tanggungjawab PKPKM kepada pekebun kecil. Pihak pekebun kecil juga berpeluang untuk membuat kad PAT-G (Kad Hijau) bagi yang belum mendaftar.

Setakat April 2018, program ini telah diadakan di beberapa tempat iaitu di Liman Kati (28 Mac 2018) dan Padang Rengas (19 April 2018), dengan kehadiran di antara 100 hingga 200 orang tetamu daripada kalangan penduduk tempatan.

Pekebun Kecil perlu Bekerjasama Menuju Penanaman Getah yang Mampan

Program tersebut di pengerusikan oleh En Hassan bin Saadan, Pengerusi PKPKM Cawangan Kuala Kangsar yang juga Timbalan Pengerusi PKPKM Perak. Turut hadir dalam majlis ini adalah YB Haji Zainon bin Mat Noor Ahli dewan Undangan Negeri Kati, Dr Suarni bin Sumormo, Timbalan Ketua Pengarah LGM (Dasar dan Operasi), Pengerusi PKPKM Negeri Perak, Tuan Haji Meor Harun bin Meor Osman, dan kakitangan LGM Ipoh dan Kuala Lumpur.

Sesi bergambar bersama peserta didalam program Sembang Warung Anjuran LGM dengan kerjasama PKPKM Kuala Kangsar, Perak.

Sesi Sembang Warung sedang berjalan.Tuan Haji Hassan bin Saadan sedang mengacarakan majlis.

Para hadirin yang hadir sedang mendengar taklimat.

Sesi ramah mesra bersama pengunjung.

Mok Cun (Erma Fatimah) turut dijemput memeriahkan karnival pada hari tersebut.

Dato’ Aliasak bersama Datuk Seri Mah memberi pisang goreng kepada pengunjung.

Kenderaan rasmi Jelajah MSPO di seluruh negeri di Malaysia.

Oleh: Muhammad Shofi bin Mustapa

Oleh: Haji Hassan bin Saadan

Aktiviti PKPKM Aktiviti PKPKM

2322 Julai 2018NADI Julai 2018NADI

PERKASA PEKEBUN KECIL MELALUI KETERLIBATAN BERPERSATUAN

KUKUHKAN KERjASAMA PKPKM - AGENSI KERAjAAN

Kelulusan Cawangan Sabak Bernam Pemangkin PKPKM untuk Terus Maju ke Hadapan

PKPKM Negeri Kedah teruskan Aktiviti bersama Agensi Kerajaan Negeri Bantu Pekebun Kecil Getah Tempatan.

Pada Mei 2018, Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) Cawangan Sabak Bernam telah dirasmikan penubuhannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), menjadikan PKPKM Cawangan Sabak Bernam sebagai cawangan keempat di Selangor, dengan jumlah keahlian lebih 580 orang daripada kalangan pekebun kecil sawit dan getah.

PKPKM Sabak Bernam telah ditubuhkan pada Januari lalu, dirasmikan oleh Haji Adzmi bin Hassan, Setiausaha Agung PKPKM di Dewan Perladangan Sabak Bernam Selangor dengan kehadiran lebih 100 orang pekebun kecil tempatan. Turut hadir Tuan Haji Lehan bin Sayahan, Pengerusi PKPKM Negeri Selangor dan Pengerusi PKPKM Cawangan Sabak Bernam, Tuan Rizam bin Ismail. Adzmi berkata, masih terdapat sebilangan besar

pekebun kecil di Sabak Bernam yang belum lagi menjadi ahli PKPKM, dan berharap jawatankuasa yang telah dilantik di peringkat cawangan dan negeri dapat membantu menambahkan keahlian bagi memastikan mereka dapat menerima sebarang informasi dan inisiatif yang telah diberikan kerajaan melalui persatuan.

Beliau juga berharap, dengan kelulusan yang telah diberikan ini, semua peraturan di dalam berpersatuan dijaga dan dipelihara, selain melaporkan sekiranya mempunyai apa-apa masalah berkenaan tanaman mereka kepada persatuan bagi memastikan persatuan dapat menyalurkan masalah tersebut kepada pihak berwajib. Beliau turut menekankan tentang perpaduan kerana pekebun kecil akan menjadi kukuh sekiranya mengamalkan sikap bekerjasama dan bersatu padu.

Setiausaha Agung menerangkan tentang peranan ahli di dalam berpersatuan.

Ahli sedang mendengar tentang peranan PKPKM.

Pengerusi PKPKM Cawangan Sabak Bernam, Tuan Rizam bin Ismail memberikan ucapan.

PKPKM Negeri Kedah dengan kerjasama Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah mengadakan Program Sembang Getah di Warung pada 10 April lalu , dihadiri hampir 300 orang pekebun kecil daripada sekitar kawasan Baling, Kedah. Program tersebut diadakan bagi membina hubungan baik di antara LGM, RISDA dan PKPKM bersama pekebun kecil dan memberi penerangan mengenai bantuan-bantuan kerajaan.

Dalam program yang berlangsung selama setengah hari tersebut, setiap pekebun kecil yang hadir dapat melakukan perbincangan secara berdepan bersama pegawai-pegawai LGM dan RISDA bagi mengetengahkan masalah mereka. Agensi Kerajaan juga menggunakan platform program tersebut untuk menerangkan berkenaan insentif-insentif dan bantuan kerajaan kepada pekebun kecil seperti

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dan kaedah menuntut Insentif Pengeluaran Getah (IPG) serta membuka permohonan baharu untuk mendapatkan kad PAT-G.

PKPKM Negeri Kedah juga menggunakan medium ini untuk membuka kaunter pendaftaran ahli baharu serta mengedarkan risalah-risalah PKPKM seperti Brosur dan Buletin NADI. Jawatankuasa-Jawatankuasa PKPKM Kedah telah menerima lebih 50 keahlian baharu dan berharap penambahan ahli di kawasan Kedah dapat ditingkatkan untuk menguatkan suara pekebun kecil di Negeri Kedah kepada pihak kerajaan Negeri mahupun Pusat.

PKPKM Negeri Kedah aktif bersama pemimpin tempatan dan agensi kerajaan seperti LGM, RISDA dan Jabatan Pertanian Negeri Kedah membantu memberikan penerangan kepada pekebun-pekebun kecil getah tempatan berkenaan inisiatif-inisiatif kerajaan kepada pekebun kecil, serta

Oleh: Zawati binti Mat Disa

Oleh: Rohana binti Jamil

banyak membantu pekebun kecil getah tempatan mendaftar Kad PAT-G bagi memudahkan mereka menerima bantuan-bantuan kerajaan.

Tetamu menyerahkan borang pendaftaran ahli kepada Ahli Biro Penerangan PKPKM, Puan Rohana binti Jamil.

Program Sembang getah sedang berlangsung.

Antara tetamu yang hadir ke program Sembang Getah di Warung.

PROGRAM PENERANGAN PKPKM & MSPO ANjURAN PKPKM NEGERI semBilANPerpaduan Pekebun Kecil Tangkis kecaman Buruk Terhadap Minyak Sawit Malaysia

Satu Program Penerangan PKPKM dan Kesedaran MSPO telah diadakan di Bukit Melintang, Negeri Sembilan Melibatkan hampir 30 orang pekebun kecil tempatan. Program anjuran PKPKM Negeri Sembilan tersebut telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Haji Aliasak bin Haji Ambia, Presiden PKPKM dan juga dihadiri oleh Setiausaha Agung PKPKM, Haji Adzmi bin Hassan.

Presiden di dalam ucapannya berkata, pembangunan pekebun kecil perlulah sentiasa diambil berat kerana pekebun kecil merupakan golongan yang utama dalam pengeluaran tanaman komoditi. Beliau turut memberitahu, tindakan Kesatuan Eropah yang

memboikot minyak sawit perlu ditangkis dengan pekebun kecil bersama-sama kerajaan merealisasikan pelaksanaan MSPO secara keseluruhan.

Haji Adzmi pula berkata, pembangunan negara ke arah yang lebih maju perlulah diiringi dengan kemajuan diri kepada semua peringkat masyarakat. Pelaksanaan MSPO sekiranya dilakukan secara bermuafakat di antara pihak kerajaan dan pekebun kecil, akan dapat memastikan industri minyak sawit akan dipandang tinggi oleh dunia.

Beliau menekankan tentang masalah dalam mendapatkan pensijilan oleh

pekebun kecil sawit seperti status tanah pertanian perlu diambil berat dan diselesaikan oleh pekebun kecil bagi memastikan mereka dapat berdaftar dengan MSPO.

Beliau turut berkata, kerajaan telah memperuntukkan pelbagai insentif bagi membantu pekebun kecil disijilkan, dan sebagai penerima perlulah memanfaatkan usaha tersebut dengan merujuk ke mana-mana pejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang terdekat. Program tamat pukul 5.50 petang.

Oleh: Haji Syed Abdul Rahman bin Syed Noh

Haji Adzmi memberikan penerangan berkenaan PKPKM.

Tetamu bergambar kenangan bersama Presiden dan Setiausaha Agung PKPKM.

Tetamu mendengar ucapan Presiden tentang Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MSPO).