5
Menu Setempat Oleh Noor Mohamad Shakil Hameed KETIKA melancarkan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia Peringkat Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesyorkan sekolah menjadi tempat terbaik menyemai semangat menghargai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini, sekali gus menjana kekuatan besar demi masa depan. Cadangan ini adalah amat tepat dan tidak boleh disangkal sama sekali. Semua pihak bersetuju dengan saranan ini dengan menyedari hakikat bahawa sekolah adalah tempat terbaik untuk menyemai semangat toleransi, perpaduan nasional dan persefahaman di antara penganut pelbagai agama dan bangsa di negara kita. Umpama melentur buluh biarlah daripada rebungnya, kanakkanak, terutama di sekolah rendah akan mampu mengenal ataupun membezakan antara baik dan buruk serta kepercayaan dan anutan orang lain. Ternyata pilihan adalah di tangan pendidik. Ia banyak bergantung kepada inisiatif guru dalam mendidik dan membentuk anak kita. Andai guru memilih untuk menerapkan semangat perpaduan dan toleransi maka kita dapat melihat pembentukan sebuah generasi masa depan yang akan terus mempertahankan jambatan perpaduan yang sedia ada. Dan andai guru gagal untuk melaksanakan tanggungjawab terbabit maka kita akan menyaksikan kelahiran sebuah generasi yang bakal menghancurkan negara kita kelak. Kementerian Pelajaran wajar mengambil inisiatif bagi memastikan pihak sekolah melalui guru dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dapat memainkan fungsi masingmasing. Dalam merealisasikan matlamat untuk terus menjadikan sekolah sebagai platform terbaik memupuk semangat perpaduan di kalangan anak kita, peranan sekolah rendah dan menengah perlu diperhalusi semula. Ringkasnya perlu ada kesinambungan antara sekolah rendah dan juga menengah agar ajaran dan didikan ini tidak terputus begitu saja. Sekolah semai benih perpaduan

MyMetro _ Sekolah Semai Benih Perpaduan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

etnik

Citation preview

Page 1: MyMetro _ Sekolah Semai Benih Perpaduan

9/24/2015 myMetro | Sekolah semai benih perpaduan

http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sekolahsemaibenihperpaduan/Article/index_html 1/5

Menu

Harian Metro

Setempat

Oleh Noor Mohamad Shakil Hameed

KETIKA melancarkan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia PeringkatSekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman, Timbalan Perdana Menteriyang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesyorkan sekolah menjaditempat terbaik menyemai semangat menghargai kepelbagaian kaum dan agama dinegara ini, sekali gus menjana kekuatan besar demi masa depan.

Cadangan ini adalah amat tepat dan tidak boleh disangkal sama sekali. Semua pihak bersetujudengan saranan ini dengan menyedari hakikat bahawa sekolah adalah tempat terbaik untukmenyemai semangat toleransi, perpaduan nasional dan persefahaman di antara penganut pelbagaiagama dan bangsa di negara kita.

Umpama melentur buluh biarlah daripada rebungnya, kanak­kanak, terutama di sekolah rendahakan mampu mengenal ataupun membezakan antara baik dan buruk serta kepercayaan dan anutanorang lain.

Ternyata pilihan adalah di tangan pendidik. Ia banyak bergantung kepada inisiatif guru dalammendidik dan membentuk anak kita.

Andai guru memilih untuk menerapkan semangat perpaduan dan toleransi maka kita dapat melihatpembentukan sebuah generasi masa depan yang akan terus mempertahankan jambatan perpaduanyang sedia ada. Dan andai guru gagal untuk melaksanakan tanggungjawab terbabit maka kita akanmenyaksikan kelahiran sebuah generasi yang bakal menghancurkan negara kita kelak.

Kementerian Pelajaran wajar mengambil inisiatif bagi memastikan pihak sekolah melalui guru danjuga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dapat memainkan fungsi masing­masing.

Dalam merealisasikan matlamat untuk terus menjadikan sekolah sebagai platform terbaik memupuksemangat perpaduan di kalangan anak kita, peranan sekolah rendah dan menengah perludiperhalusi semula. Ringkasnya perlu ada kesinambungan antara sekolah rendah dan jugamenengah agar ajaran dan didikan ini tidak terputus begitu saja.

Sekolah semai benih perpaduan

Page 2: MyMetro _ Sekolah Semai Benih Perpaduan

9/24/2015 myMetro | Sekolah semai benih perpaduan

http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sekolahsemaibenihperpaduan/Article/index_html 2/5

Sekolah rendah misalnya perlu lebih memberi fokus kepada perkara asas kerana merekalah tempatpertama persinggahan anak kita yang baru mula mengenali dunia luar selain rumah masing­masing.

Inilah juga tempat pertama bagi anak kita untuk beramah mesra, mengenali dan berkawan denganrakan daripada agama dan bangsa lain secara bersama dalam satu­satu masa.

Maka peluang ini hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak sekolah rendah melalui programmahupun aktiviti yang mampu menzahirkan erti semangat perpaduan kepada kumpulan anak kecilini melalui konsep lebih ringkas, santai, menarik dan mudah untuk difahami.

Kita perlu faham bahawa anak kecil ini tidak mampu dan belum cukup matang untuk menerimamahupun menghayati sepenuhnya konsep semangat perpaduan dan kekitaan secara serius sepertigolongan dewasa.

Maka kita sangat berharap kepada elemen kreativiti daripada guru sekolah rendah agar bolehmenjadikan pengajaran ilmu menghormati orang lain dan menerima rakan daripada agama danbangsa lain sebagai aktiviti yang menarik untuk dipelajari dan difahami.

Jika ini berjaya dilaksanakan maka ini sekali gus akan membantu guru di sekolah menengah untukterus memperkasakan pemahaman mengenai budaya hormat­menghormati dan toleransi antaraagama dan kaum.

Memang cukup penting kerana di sekolah menengah cabarannya lebih besar dan genting. Anak kitayang semakin dewasa lebih terdedah kepada pelbagai sumber luar dan tidak hanya terhad kepadasekolah semata­mata seperti di sekolah rendah.

Mereka lebih bijak membuat perbandingan mahupun analisis tersendiri berhubung baik buruknyasesuatu perkara. Andai mereka diperbesarkan ataupun tidak diajar dengan baik di sekolah rendah,kemungkinan besar mereka bakal menjadi duri dalam daging yang akan meruntuhkan jambatanperpaduan yang kita pertahankan sekian lama.

Hakikatnya cabaran untuk terus menyemai semangat perpaduan menjadi lebih besar kepada gurusekolah menengah. Guru ini berhadapan dengan kumpulan anak muda yang semakin bijak. Justeru,mereka perlu dipujuk secara lebih halus agar terus memahami dan menghayati semangat perpaduannasional.

Ia boleh dilaksanakan melalui penganjuran pelbagai aktiviti dan program dengan kerjasama PIBGtanpa hanya bergantung harap kepada pengajaran subjek sejarah semata­mata.

Aktiviti yang diadakan perlulah mewujudkan lebih banyak peluang dan ruang untuk anak kitabergaul dan beramah mesra dengan rakan daripada agama dan bangsa lain. Seperti kata Muhyiddinsemua sekolah perlu mengambil inisiatif menganjurkan program tertentu bagi memupuk perpaduan,

Page 3: MyMetro _ Sekolah Semai Benih Perpaduan

9/24/2015 myMetro | Sekolah semai benih perpaduan

http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sekolahsemaibenihperpaduan/Article/index_html 3/5

Windows 10 Available In 190 Countries As A FreeUpgrade (Tech ARP Forums)

Before you kick that ball, hear out the girl whothrows a mean punch. (MILO Malaysia)

Liverpool must stick with Brendan Rodgers, saysJamie Carragher (ESPN)

20 Unearthed Photos Shine New Light On OurPast (LOLWOT LISTS)

Proton cars are now even more aᨀ贂ordable (CarMalaysia - HOME)

Dubai’s Burj Al Arab Jumeirah (Global TravelerMagazine)

toleransi dan kepelbagaian antara murid.

Dalam hal ini, pihak sekolah menengah perlu berfikir di luar kotak dengan tidak hanya mengehadkanpenganjuran program yang selama ini umpama melepaskan batuk di tangga iaitu penyuburansemangat perpaduan tertumpu pada satu­satu tempoh masa atau dalam suatu aktiviti tertentu saja.

Sewajarnya ia dilakukan dalam semua aktiviti sekolah dan sepanjang masa agar menjadi budayadan amalan berterusan. Ini penting kerana kumpulan anak muda ini bakal melangkah keluardaripada zaman persekolahan tidak lama lagi, maka mereka perlu dibiasakan dengan budaya sepertiini.

Sama ada aktiviti sukan, kebudayaan mahupun akademik biarlah semuanya bersandarkan kepadaunsur perpaduan dan kepelbagaian dalam komposisi peserta yang menyertainya.

Hakikatnya Malaysia mencapai kemajuan pesat selama ini kerana rakyat terus bersatu padu dansanggup berkorban demi mempertahankan jambatan perpaduan. Adalah menjadi harapan agar anakkita kelak akan terus mempertahankannya.

Penulis Ketua Bahagian Perancangan Korporat UPM berkelulusan Sarjana Komunikasi Korporat UPM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/03/08

DISYORKAN

Recommended by

DARI SELURUH LAMAN WEB

CEO BMW rebah ketikasidang media

Bekas isteri JimmyShanley dipenjara

Perkosa sebelum Subuh Nasib baik tak mati

Page 4: MyMetro _ Sekolah Semai Benih Perpaduan

9/24/2015 myMetro | Sekolah semai benih perpaduan

http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sekolahsemaibenihperpaduan/Article/index_html 4/5

Hubungi Kami   Team myMetro   HM ePaper   Versi Mobile  

Versi Tablet   HM Twitter   HM Facebook   RSS Feed

2012 © Harian Metro. New Straits Times Press (M) Bhd. (4485­H) | Disclaimer | Notis Perlindungan Data Peribadi| Sabtu ,15 Ogos 2015

`

Recommended by

ARTIKEL LAIN

Cuti di lorong hanyir

Tiada hati perut

Perkosa darah daging

Pengsan terjun lubang selamat anak

Imam rebah di mimbar

Page 5: MyMetro _ Sekolah Semai Benih Perpaduan

9/24/2015 myMetro | Sekolah semai benih perpaduan

http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sekolahsemaibenihperpaduan/Article/index_html 5/5