42
SEJARAH ISLAM DI ASIA BARAT LSI 2053 TUGASAN PERTAMA SOALAN EMPAT: NAMA PENSYARAH : ENCIK KAMAL KUMPULAN : KUMP. A TARIKH SERAHAN : 29 FEBRUARI 2010 (ISNIN) BI L NAMA NO.KAD MATRIK 01 . HERNI BINTI HENRY D20091035476 02 . KASMAH BINTI SIDIK D20091035538 03 FITRIANI BINTI MAHI D20091035556 1 | Page MUSTAFA KEMAL ATATURK : PENYELAMAT ATAU PENGKHIANAT ? BAHASKAN.

Mustafa Kamal Ataturk penyelamat Atau Pengkhianat?

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Mustafa Kamal Ataturk penyelamat Atau Pengkhianat?

SEJARAH ISLAM DI ASIA BARAT

LSI 2053TUGASAN PERTAMA

SOALAN EMPAT:

NAMA PENSYARAH : ENCIK KAMAL

KUMPULAN : KUMP. A

TARIKH SERAHAN : 29 FEBRUARI 2010 (ISNIN)

BIL

NAMA NO.KAD MATRIK

01. HERNI BINTI HENRY D20091035476

02. KASMAH BINTI SIDIK D20091035538

03. FITRIANI BINTI MAHI D20091035556

04. MOHAMAD IDRIS BIN GANI D20091035425

1 | P a g e

MUSTAFA KEMAL ATATURK : PENYELAMAT ATAU PENGKHIANAT ? BAHASKAN.

Page 2: Mustafa Kamal Ataturk penyelamat Atau Pengkhianat?

1.0 PENGENALAN

Mustaffa Kamal Ataturk merupakan salah seorang tokoh besar yang terkemuka pada

abad ke-20. Pada tarikh 29 Oktober 1923 Selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah, Mustaffa

Kamal Ataturk telah menukarkan Turki sebagai sebuah Republik dan mengistiharkan dirinya

sebagai presiden pertama Republik Turki moden. Mustafa Kemal kemudiannya memulakan

pembaharuan dalam negaranya, yang tujuannya untuk membawanya keluar dari Zaman

Pertengahan ke zaman moden. Melalui Parti Rakyat Republik beliau telah mewujudkan

Program- dalam parti "Enam Arrows": republikanisme, nasionalisme, populisme, statisme,

sekularisme, dan revolusi. Sepanjang pemerintahan Kamal, terdapat banyak pembaharuan

yang telah dilakukan oleh beliau sama ada dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Namun

begitu pembaharuan yang diperkenalkan oleh beliau lebih mengarah ke arah kebaratan.

Mustafa Kemal kemudiannya memulakan pembaharuan dalam negaranya, yang tujuannya

untuk membawanya keluar dari Zaman Pertengahan ke zaman moden. Alat-Nya adalah Parti

Rakyat Republik. Program-Nya itu diwujudkan dalam parti "Enam Arrows": republikanisme,

nasionalisme, populisme, statisme, sekularisme, dan revolusi. Disebabkan sumbangannya

kepada kemajuan Turki beliau telah mendapat gelaran nama Mustafa Kemal Ataturk ( "Bapa

Turki"). Kamal atatruk dianggap sebagai penyelamat Turki oleh puak-puak Orentalis dan

pengkaji-pengkaji barat.

Pada masa yang sama jika dinilai menurut kaca mata islam Mustaffa Kamal Ataturk

dianggap pengkhianat agama. Selepas berjaya menjatuhkan pemerintahan kerajaan

Uthmaniyyah khalifah dan kerabat Diraja telah dihalau keluar dari negara Turki. Tindakan

beliau lebih memberi penekanan terhadap tradisi saintifik Barat dan humanistik semata-mata

sehingga beliau bertindak membelakangi agama islam. Melalui tindakan beliau

memperkenalkan idea-idea pembaharuan Jelas sekali Ataturk bukan sahaja menolak dasar

Islam, bahkan beliau ingin Islam itu dilucutkan terus dari jasad dan fitrah rakyatnya dengan

mengisytiharkan bahawa saki baki nilai-nilai Islam dalam masyarakat Turki mesti

dimansuhkan demi kemajuan negara. Terdapat perbezaan pendapat untuk menilai sumbangan

yang dilakukan oleh Mustaffa Kamal Ataturk dalam kemajuan Turki sama ada sebagai

seorang wira ataupun pengkhianat. Hal ini dapat dilihat dari pembaharuan yang dilakukan

dari segi politik, sosial dan ekonomi yang jelas menunjukkan bahawa dia menolak Islam itu

sebagai amalan hidup dan ingin menghapuskan terus dari kehidupan rakyat Turki dan

seterusnya telah memundurkan negara Turki.

2 | P a g e

Page 3: Mustafa Kamal Ataturk penyelamat Atau Pengkhianat?

2.0 BIOGRAFI MUSTAFA KEMAL ATATURK

Rejim Turki Muda yang terdiri daripada pelbagai aliran, iaitu Islam, nasionalis, dan

liberal dan hanya bersatu hanya atas dasar untuk menamatkan pemerintahan ‘Abdul Hamid II

serta campur tangan asing, namun tidak berjaya memperkukuhkan Empayar ‘Uthmaniyah.1

Sebaliknya, ia kehilangan lebih banyak wilayah sebelum dihancurkan oleh pihak Bersekutu.

Sejajar dengan perkembangan politik yang semakin mengancam itu, kedudukan Islam selaku

al-Din terus tercabar. Hal ini merupakan satu era baru yang membuahkan sekularisme dalam

zaman pemerintahan Mustaffa Kamal. Kamalisme merupakan suatu prinsip perjuangan

Mustafa Kamal yang telah menimbulkan pelbagai kontroversi sejak mula-mula diperkenalkan

dalam masyarakat Turki sehingga kini.2 Sebagai satu ideologi politik Kamalisme telah

melahirkan nilai-nilai yang bertentangan dengan Islam selaku al-Din.

2.1 LATAR BELAKANG

Mustafa Kamal Ataturk adalah seorang pengasas dan presiden pertama Republik

Turki moden. Nama sebenarnya ialah Mustaffa. Dia diberi gelaran ‘al-Ghazi’ yang

bermaksud orang yang memerangi. Perkataan ‘Ataturk’ pula bererti bapa orang turki. Dia

adalah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan khilafah Islam-Turki pada tahun 1343 H

(1924 M). Dia dilahirkan pada tahun 1881 M di Salonika, iaitu di sebuah bandar dalam

wilayah Macedonia.3 Wilayah tersebut merupakan sebahagian daripada empayar

‘Uthmaniyah pada ketika itu. Mustaffa kamal juga adalah seorang Dunmah (Dunama), iaitu

daripada kalangan Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam bagi merosakkannya dari

dalam.4 Orang tuanya bernama Ali Reza Efendi dan Zubaidah Hanim. Ali Reza Effendi

adalah seorang pegawai di Pejabat Yayasan Soleh dan pegawai cukai di Salonika. Beliau juga

pernah bertugas di dalam tentera Uthmaniyah pada tahun 1876 sebagai leftenan batalion

anggota pasukan tentera simpanan di Salonika. Kemudian, beliau berhenti daripada

perkhidmatan awam dan menjadi pedagang kayu. Mustafa kehilangan ayahnya pada waktu

kecil dan dia dibesarkan oleh ibunya, iaitu Zubaidah Hanim. Mustafa lahir ke dunia yang

kacau-bilau dan dilanda dengan pelbagai pergolakan dalaman dan luaran iaitu, ancaman

daripada pengaruh asing.

1 Fadhlullah Jamil. 2008. Islam Di Asia Barat Moden Penjajahan Dan Pergolakan. Selangor: Karisma Production Sdn. Bhd. hlm. 167.2 Ibid. hlm. 168.3 Ibid. 4 Ibid.

3 | P a g e

Page 4: Mustafa Kamal Ataturk penyelamat Atau Pengkhianat?

Keluarganya berasal dari daerah tasik di sebelah barat Salonika. Mustafa mewarisi

penampilan ibunya, berambut perang dan bermata biru. Ibunya seorang yang cerdas tetapi

kurang pendidikan dan hampir tidak tahu membaca dan menulis. Ali Reza berusia 20 tahun

lebih tua dan keperibadiannya kurang baik daripada isterinya. Namun, sebagai anak seorang

guru sekolah rendah, beliau telah mendapat pendidikan dan membawa peluang kepadanya

untuk bekerja sebagai jurutulis di pejabat kerajaan, iaitu pegawai cukai dan dalam

pentadbiran Yayasan Soleh. Beliau berkahwin di Salonika kemudian mereka tinggal di

sebuah desa di lereng gunung Olympus. Selepas kahwin beliau memutuskan ingin

mengundurkan diri daripada jawatannya dan menceburkan diri dalam bidang perdagangan

kayu-kayan walaupun kurang berpengalaman dalam bidang komersial. Beliau dan sekeluarga

juga telah kembali ke Salonika dan menjadi rakan kongsi Jafer Effendi.5 Beliau telah melabur

wang simpanannya dalam perniagaan dan semua itu telah didorong oleh kejayaan awalnya

untuk membina rumah yang lebih besar untuk keluarganya.

Namun, Ali Reza telah memilih waktu yang salah untuk memulakan usahanya. Hal ini

kerana gunung-ganang tersebut sudah lama dihuni oleh sekumpulan perompok Greek.6

Sebahagian besar daripada mereka adalah pelarian yang lari daripada penindasan Turki.

Selepas kekalahan Turki oleh Rusia, kuasa wilayahnya semakin lemah dan semakin berani

memberontak serta memusnahkan harta benda secara terang-terangan untuk tujuan mereka

sendiri. Ali Reza sering diserang dan diugut dengan wang daripadanya dengan ancaman kayu

mereka akan dibakar. Mereka juga mengugut para pekerja untuk meninggalkan beliau, agar

beliau tidak dapat mengangkat kayu-kayannya ke pantai seorang diri . Beliau telah berkelahi

dengan mereka di hutan. Apabila perniagaannya itu gagal dia telah bertukar menjadi seorang

yang pemabuk dan akhirnya meninggal dunia.

Zubaidah pula terkenal sebagai seorang wanita yang soleh, tekun dalam beribadah,

dan menahan diri sebagai seorang umat islam, seorang wanita yang warak tetapi amat garang

dalam mendidik anaknya. Beliau bangga dan ingin Mustafa mengikut teladan daripada

keluarganya, iaitu dengan menjadi seorang Hafiz ( seorang qari dalam al-Quran) atau seorang

Hoja (seorang guru).7 Sementara itu, Mustafa haruslah pergi belajar dengan ulama untuk

menjadi seorang muslimin yang baik, iaitu menerima pendidikan berdasarkan prinsip-prinsip

yang terdapat dalam al-Quran. Suasana rumah yang tidak tenteram menyebabkan Mustafa

5 Lord Kinross. 1968. Ataturk The Rebirth of A Nation. Great Britain: Morrison and Gibb Limited, London and Edinburgh. hlm. 5.6 Ibid7 Ibid.

4 | P a g e

Page 5: Mustafa Kamal Ataturk penyelamat Atau Pengkhianat?

terus membesar menjadi seorang individu yang degil, bongkak, enggan tunduk kepada

sesiapa, dan lebih gemar menghina atau memperkecilkan kebolehan orang lain.

2.2 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Pada peringkat awal, Mustafa telah mendapat pendidikan di sekolah Semsi Efendi di

Salonika.8 Selepas itu, dia memasuki sekolah tinggi dan langsung memasuki sekolah

ketenteraan tanpa pengetahuan ibunya. Semasa di sekolah ketenteraan tersebut, dia telah

menunjukkan kebolehannya sebagai seorang pemimpin dan dengan itu dia telah diberi

gelaran ‘Kamal’ yang bermaksud sempurna oleh gurunya.9 Mustafa mengetahui bahawa dia

amat berminat dalam bidang matematik di sekolah baru dan dapat menyelesaikan masalah

yang diajarkan di kelas dengan baik. Dia selalu menghantar soalan bertulis kepada guru dan

kemudian dijawab secara bertulis juga. Guru tersebut bernama Mustafa dan pada suatu hari

dia berkata kepada muridnya:

“ Look here, my son, your name is Mustafa and so is mine. We can’t let it go on like

that; there must be some distinction between the two of us. I suggest that you call yourself

Mustafa Kemal from now on”10

Mustafa bersetuju dengan cadangan tersebut dan bermula pada hari itu dia digelar Mustafa

Kamal. Pada kala itu juga, perhubungan antara Mustafa Kamal dengan ibunya mula

renggang. Menurut H.C. Armstrong, seorang pengarang berketurunan Inggeris, Mustafa

Kamal lebih menghabiskan masanya mengejar wanita genit atau bertandang ke rumah

pelacuran.11 Menurut Armstrong lagi, dia pernah menghabiskan sebahagian masanya bergaul

dengan beberapa orang sami Dominican (Dominican monks). 12

Pada tahun 1895, selepas selesai belajar di sekolah menengah tentera di Salonika.

Mustafa Kamal memasuki sekolah tinggi ketenteraan di Manastir, iaitu Bitolja di Yugoslavia

Macedonia sekarang.13 Dia juga mengetahui bahawa pembelajaran dalam mata pelajaran

matematik amat mudah di sekolah tersebut. Gurunya di Perancis membawa masalah yang

8 Hasan Ali Yucel, E. et al. 1963. Ataturk. Turkish National Commission. hlm. 7.9 Fadhlullah Jamil. 2008. Islam Di Asia Barat Moden Penjajahan Dan Pergolakan. Selangor: Karisma Production Sdn. Bhd. hlm. 169.10 Hasan Ali Yucel, E. et al. 1963. Ataturk. Turkish National Commission. hlm. 8.11 Fadhlullah Jamil. 2008. Islam Di Asia Barat Moden Penjajahan Dan Pergolakan. Selangor: Karisma Production Sdn. Bhd. hlm. 169.12 Ibid. hlm. 169.13 Hasan Ali Yucel, E. et al. 1963. Ataturk. Turkish National Commission. hlm. 8.

5 | P a g e

Page 6: Mustafa Kamal Ataturk penyelamat Atau Pengkhianat?

besar kepada dia sehingga bertambah rumit. Mustafa kamal meninggalkan rumah terlebih

dahulu sebelum dikritik dan memutuskan untuk memperbaiki masalah dengan memasuki

kelas persendirian di sebuah sekolah yang dikendalikan oleh pengajaran bahasa Perancis di

Salonika. Selepas tiga bulan di sekolah tersebut dia telah meningkatkan pengetahuannya

dalam bahasa Perancis.

Rakan sekelasnya, iaitu seorang pemuda bernama Omer Naci di sekolah tinggi

ketenteraan di Manastir telah mengajarnya untuk meminati puisi dan sastera. Namun, tuan

yang baru dilantik telah menghentikannya daripada mengikuti pengeluaran puisi pada setiap

masa kerana akan membuat dia jauh daripada ketenteraan apabila dia terlalu meminatinya.

Selepas tamat persekolahan di sekolah tentera Manastir, dia pergi ke Istanbul. Pada 13 Mac

1899, dia memasuki kelas infantri akademi tentera.14 Dia meneruskan minatnya dalam bidang

matematik dan kemudian menggambarkan dirinya berada di kelas pertama di Akademik

Ketenteraan. Dia berkata:

“ During my days in the first class, youthful dreams took a hold on me. I neglected my

lessons and the year flashed by without my being aware of it. It was only after the end of the

term that I took to my books.”15

Pada tahun kedua, dia bertambah minat dalam mata pelajaran ketenteraan. Dia tidak

dapat melupakan tuannya yang telah memaksa dan melarangnya menulis puisi semasa di

sekolah tinggi. Namun, dia tetap mengagumi pidato dan rencana. Pada waktu rehat, dia

gunakan kesempatan tersebut untuk mengatur perbincangan dengan rakan-rakannya, waktu

mereka semua membuat latihan pidato. Pada saat tersebut, Mustaffa Kamal mula berfikir

tentang politik. Hal ini bertepatan dengan tempoh yang serius iaitu, semasa pemerintahan

Sultan Abdul Hamid II. Dia terlepas daripada pengawasan yang ketat yang diambil oleh

sekolah gabenor. Para mahasiswa akademik ketenteraan digunakan untuk membaca karya

penyair patriot, iaitu Namik Kemal pada malam hari di asrama mereka. Mereka terkejut

apabila membaca puisi dan berasa ada sesuatu yang tidak kena dalam cara sistem pentadbiran

negara yang telah dijalankan.

Selepas selesai belajar d akademik tentera, Mustafa Kamal telah melanjutkan

pelajaran ke Maktab Pegawai Tentera pada tahun 1902.16 Sepanjang dia kuliah, dia sibuk

14 Ibid. hlm. 9.15 Hasan Ali Yucel, E. et al. 1963. Ataturk. Turkish National Commission. hlm. 9.

16 Ibid. hlm. 9.

6 | P a g e

Page 7: Mustafa Kamal Ataturk penyelamat Atau Pengkhianat?

dalam politik dengan kakitangan awam dan memberi banyak buah fikiran untuk

menyelesaikan masalah-masalah tentera yang berada di luar lingkup pengajaran tentera klasik

namun dia berasa seseorang komander perlu tahu tentang semua itu. Semua itu membuatkan

dia tidak dapat tidur pada setiap malam ketika dia berasa dikuasai oleh sesuatu perasaan dan

makna yang dia tidak dapat fahami. Dia menjadi murung, merajuk, dan memberontak.

2.3 KERJAYA PERTAMA MUSTAFA KAMAL SEBAGAI SEORANG PEGAWAI

DAN PERKHIDMATANNYA MENYEBABKAN BERLAKUNYA PEMBEBASAN

TURKI.

Pada 11 January 1905, Mustafa kamal lulus daripada akademik dalam pangkat kapten.

Dia telah meletakkan diri dalam senarai di kelas infantri, iaitu ke-20 daripada 320.17

Sementara itu, dalam Maktab Pegawai Tentera, dia merupakan salah seorang daripada tiga

belas pegawai staf yang diberi kedudukan di kelas yang ke-37, dia ditempatkan di tempat

kelima atas dasar jumlah markahnya berada di atas selama tiga tahun.18 Setelah lulus dalam

akademik, Mustafa Kamal dan rakan-rakannya menyewa sebuah flat menggunakan nama

salah seorang daripada mereka untuk melakukan kegiatan rahsia mereka selama mereka

tinggal di Istanbul. Dari masa ke masa mereka akan bertemu di sana dan membincangkan

masalah negara. Kedatangan dan pemergian pegawai muda tidak dapat diketahui oleh polis

rahsia yang dihantar oleh Abdul Hamid. Pada suatu hari mereka dikhianati oleh pegawai iaitu

yang digelar Fethi. Mereka telah ditangkap dan ditahan selama beberapa bulan dan kemudian

dilepaskan.

Beberapa waktu kemudian, mereka dipanggil oleh kakitangan awam. Kakitangan

awam memutuskan untuk menghantar mereka ke Edirne (Adrianople) dan Salonika di tempat

tentera kedua dan ketiga ditempatkan.19 Mereka diberitahu bahawa mereka akan dihantar

dengan banyak mengembara melainkan di antara mereka sendiri bersetuju akan pergi di

sesuatu tempat. Penghantaran Mustafa Kamal disepakati oleh pegawai sendiri namun pihak

berkuasa curiga dan mengatakan bahawa dia dihantar bukan kepada pasukan kelima di

Damsyik. Dia dihantar kepada Rejimen 30 Kavalri. Perkhidmatan Mustaffa kamal dengan

tentera di Syria memberinya pengalaman yang amat berharga. Dia melihat dari dekat

seberapa parah negara di tapis, sebab latihan kurang, sebab orang-orang menderita daripada

17 Hasan Ali Yucel, E. et al. 1963. Ataturk. Turkish National Commission. hlm. 11.18 Ibid19 Ibid

7 | P a g e

Page 8: Mustafa Kamal Ataturk penyelamat Atau Pengkhianat?

kerajaan tersebut. Dia menemukan beberapa alasan untuk pergi ke seluruh Syria. Dia hadir

pada penindasan Druzea di Harwan dan Kuneytira.20 Selama operasi tersebut, dia menjadi

teladan kepada rakan-rakannya dengan kepakaran tentera dan cintanya kepada rakyat dan

Negara.

Secara ringkasnya, oleh kerana kecekapannya, beliau telah dilantik sebagai Leftenan

Muda dan dihantar untuk bertugas di Maktab Pegawai Tentera di Istanbul. Semasa di sana,

dia telah ditangkap oleh pihak berkuasa ‘Uthmaniyah kerana terlibat dalam satu komplot

untuk menggulingkan Sultan ‘Abdul Hamid II.21 Sebagai hukumannya, dia telah dibuang

daerah ke Damsyik, ibu negeri Syria. Namun, secara senyap-senyap, dia telah kembali ke

Salonika dan menyertai Persatuan Perpaduan dan Kemajuan (CUP) yang memudahkannya

dilantik sebagai seorang pegawai tentera. Hal tersebut tidak sewajarnya dihairankan kerana

keadaan sedemikian adalah cara pergerakan Freemason menjalankan jarumnya yang halus,

iaitu bagi mengukuhkan kedudukan calonnya, agar orang itu akan dapat melaksanakan

program yang telah ditentukannya sendiri. Sementara itu, melalui kegiatan CUP, ‘Abdul

Hamid II telah digulingkan pada tahun 1909 M.22 Ekoran daripada itu, Rejim Turki Muda

telah ditegakkan. Terdapat beberapa perkara yang telah dilakukan oleh Mustafa Kamal yang

bertentangan dengan Islam dalam pemerintahannya khususnya dari aspek politik, sosial, dan

ekonomi. Walau bagaimanapun, setelah mencengkam Turki di bawah penguasaan

diktatornya selama 20 tahun, Ataturk telah jatuh sakit dan meninggal dunia pada 10

November 1938. 23

3.0 PENGKHIANATAN DARI ASPEK POLITIK

Para peneliti sejarah yang mengamati riwayat hidup Mustafa Kemal hampir

memastikan bahawa hanya lelaki ini sajalah yang mampu memerintah Turki dengan

kekuasaan mutlak sehingga tiada seorang pun yang berani menggugatnya. Pernah suatu

ketika, Mustaffa Kemal pernah mengatakan kepada wanita simpanannya, Khalidah Adib

iaitu: “sesungguhnya satu-satunya sistem yang paling berhasil untuk mengendalikan tampuk

20 Ibid. hlm. 12.21 Fadhlullah Jamil. 2008. Islam Di Asia Barat Moden Penjajahan Dan Pergolakan. Selangor: Karisma Production Sdn. Bhd. hlm. 169.22 Ibid. hlm. 169.23 Ibid. hlm. 183.

8 | P a g e

Page 9: Mustafa Kamal Ataturk penyelamat Atau Pengkhianat?

pemerintahan ialah pemerintahan yang berada dalam kekuasaan penguasa tunggal dan

mempunyai kuasa mutlak. Kelak, akan aku jadikan setiap orang melaksanakan keinginanku

dan tunduk pada perintahku. Dan aku tidak mahu menerima kritik atau nasihat apapun dari

seseorang. Dan aku akan memerintah menurut caraku sendiri. Kelak, kamu semua akan

melaksanakan apa yang kuinginkan tanpa membantah.”24 Ketika pasukan Yunani mengancam

kekuasaan Turki di Ankara, Mustaffa Kemal minta majlis perwakilan rakyat untuk

mengangkatnya sebagai panglima dan membekalinya dengan semua kemudahan sebagai

penguasa mutlak.25

Pada tahun 1918, iaitu apabila Perang Dunia pertama telah tamat, Empayar Turki

Uthmaniyah bersama-sama dengan sekutunya Jerman telah tewas dan hal ini menyebabkan

pemimpin-pemimpin Turki Muda telah melarikan diri. Pada waktu itu, Mustafa Kamal bebas

untuk melakukan sebarang tindakan yang dikehendakinya iaitu misalnya beliau telah

berundur ke Anatolia yang terkenal dengan kawasan gunung-ganang sebaik sahaja Britain

dan sekutunya menguasai Istanbul.26 Setibanya di sana, Mustafa telah menyusun barisan

pertahanan daripada berbagai-bagai kelompok dan yang amat menariknya ialah beliau telah

mengisytiharkan perjuangannya atas nama islam. Berhubung dengan ini, beliau telah

mengisytiharkan bahawa tujuan perjuangannya sebenar ialah bagi membebaskan “bumi

Islam”, “Rakyat Muslim”, dan juga sultan/khalifah daripada cengkaman kafir.27 Begitu

hebatnya pengisytiharan yang dilakukan oleh Mustaffa Kamal sehinggakan beliau mendapat

sokongan daripada para ulama dan syaikh tariqat yang menjadi tulang belakang kepada

perjuangan membebaskan Anatolia dan wilayah Turki Uthmaniyah.28

Rakyat telah menyanjungi Mustafa Kamal sebagai seorang ghazi (pejuang agama

Islam) namun sanjungan itu rupa-rupanya cuma akan menyebabkan para pencinta ilmu berasa

24 Dr. Abdullah Azzam, 2007. Turki Negara Dua Wajah. Kuala Lumpur : Alam Raya Enterprise. Hlm. 52.25 H.C. Armstrong,1933. Gray Wolf, Mustaffa Kemal : An Istimate Study of a Dictator. New York: MINTON, BALCH & COMPANY. Hlm. 164.26 Fadhlullah bin Jamil.2007. Islam di Asia Barat Moden, Penjelajahan dan Pergolakan. Selangor Darul Ehsan: Karisma Publications Sdn.Bhd, hlm 170. 27 Bernard Lewis, The Middle East and The West, Harper Torch-books, Harper and Row Publishers, New York, 1996, hlm. 107; dan Edward Mortimer, Faith and Power: The Politics of Islam, hlm.132.

28 Sayyid Ahmad Sharif, pemimpin gerakan Sanusi dan juga Ustaz Badi’uzzaman Sa’id Nursi menyertai perjuangan yang dipimpin oleh Mustaffa Kamal.

9 | P a g e

Page 10: Mustafa Kamal Ataturk penyelamat Atau Pengkhianat?

amat pilu sebaik sahaja mengikuti aktiviti-aktiviti tokoh itu selanjutnya.29 Semasa perjuangan

pembebasan Turki sedang berlaku, pihak sultan Uthmaniyah menjadi lumpuh dan hanya

mampu menerima penjajahan asing sahaja. Mustafa Kamal mengambil kesempatan ini

dengan menubuhkan sebuah kerajaan kebangsaan yang merdeka di Ankara dan kemudiannya

secara beransur-ansur tetapi licin, dia telah berjaya menarik sokongan daripada rakyat kerana

mereka sedang mabuk denagn prestasinya sebagai seorang ghazi .Tindakan Mustaffa Kamal

yang berjaya mengambil sokongan rakyat dapat dibuktikan melalui pernyataan yang

dikemukan oleh Edward Mortimer yang telah menyatakan, “Dan Mustaffa Kamal, pada

musim panas tahun1920, menghabiskan masanya yang banyak untuk mempelajari sejarah

awal Islam. Apabila menziarahi kawasan kampung, beliau kerap kalinya ke masjid,

mengambil bahagian dalam solat Jumaat dan pernah juga menyampaikan khutbah secara

spontan bagi membincangkan pembaharuna yang ingin dilakukannya apabila berjaya

menewaskan musuh kelak”.30

Apabila kemenangan telah terjamin dan kedudukannya menjadi kukuh, Mustaffa

Kamal mula menunjukkan tembelangya yang sebenar. Sebagai langkah pertama, beliau telah

bertindak menghapuskan Kesulatanan Uthmaniyah pada tahun 1922 dengan alasan bahawa

sultan telah mengkhianati Negara.31 Pada 29 Oktober, tahun 1923 pula, Turki telah

diisytiharkan sebagai sebuah republik dengan dirinya sendiri dilantik sebagai presiden. Pada

mulanya, apabila kerajaan ini meluaskan kuasanya ke kawasan di luar Ankara, ia telah

menemui beberapa tentangan. Tetapi, dengan persediaan yang rapi, Mustaffa telah

mematahkan penentangan ini dan berikutnya pada 3 Mac 1924, Mustaffa Kamal telah

membasmi Khilafah (Jawatan Khalifah).32 Langkah ini merupakan pembuka jalan kepada

program yang lebih bersifat radikal dan memulakan pemisahan daripada konsep kepimpinan

tradisional.

Ketika Mustaffa Kemal mengemukakan usul untuk memisahkan kekuasaan politik

dari khilafah, maka para anggota parlimen menentang keras usul tersebut. Meskipun

mendapat tentangan keras, dia tetap berkeras untuk mewujudkan rencananya. Dia berkata

kepada para anggota parlimen : “Sesungguhnya kekuasaan Sultan harus dipisahkan dari

khilafah dan untuk selanjutnya dihapuskan. Sama ada kamu setuju atau tidak. Sebab hal ini

pasti akan terjadi. Di akhir persidangan parlimen, Mustaffa Kemal mengumumkan

29 Fadhlullah bin Jamil.2007. Islam di Asia Barat Moden, Penjelajahan dan Pergolakan. Selangor Darul Ehsan: Karisma Publications Sdn.Bhd, hlm 171.30 Edward Mortimer, Faith and Power: The Poltitcs of Islam. Hlm. 133.31 Wayne S. Vucinich, The Ottoman Empire: Its Record and Legacy, hlm. 115. 32 Ibid.

10 | P a g e

Page 11: Mustafa Kamal Ataturk penyelamat Atau Pengkhianat?

‘Persatuan Kebangsaan Turki telah memutuskan dengan sebulat suara penghapusan

kekuasaan Sultan’. Anggota parlimen berteriak: “Itu bohong!!!” akan tetapi suara tersebut

tidak dipeduli oleh Mustaffa Kemal.33 Hak kebebasan parlimen dihapuskan dan dia

memerintahkan supaya akhbar ditapis. Kemudian dia membubarkan parlimen ketika mereka

semakin keras menetang kebijaksanaannya. Selanjutnya dia mengadakan pemilihan anggota

parlimen yang baru. Namun parlimen baru ternyata lebih sengit menentangnya.

Dalam situasi yang kritis tersebut, Mustaffa Kemal diselamatkan oleh Inggeris dengan

mengadakan Perjanjian Luzon. Perundingan itu sendiri berlangsung selama tiga bulan, dari

bulan November 1992 hingga bulan Februari 1923. Syarat dalam Perjanjian Luzon sangatlah

keras disebabkan bangsa Turki membayarnya dengan harta simpanan mereka yang paling

berharga, iaitu Islam dan Khilafah. Tetapi, hasil perjanjian yang diumumkan kepada rakyat

Turki cuma penarikan mundur tentera pendudukan Inggeris dari ibu kota Turki, Istanbul.34

Setelah dia merasakan bahawa fungsi Sultan telah dapat dihapuskan, maka Mustaffa Kemal

pun segera memperkenalkan Negara yang besifat republik. Mustaffa Kemal sendiri

berpendapat bahawa sebarang pengaruh yang berteraskan agama Islam sepatutnya perlu

dikikis dalam pemerintahan Turki.35 Oleh itu, Mustaffa Kemal telah menghapuskan

kekhilafahan dan menyetujui suatu undang-undang baru yang akan menghukum setiap

bentuk penentangan terhadap pemerintahan republik. Setiap kecenderungan seperti sikap pro

dan mendukung Sultan yang telah digulingkan, dianggap sebagai suatu pengkhianatan yang

perlu ditebus dengan nyawa. Pada 3 Mac 1924, suatu undang-undang yang mengisytiharkan

panghapusan khilafah telah dikeluarkan, pengusiran khilafah, pemisahan agama dari

pemerintahan, penghapusan mahkamah syariah beserta undang-undangnya dan

menggantikannya dengan mahkamah baru dengan undang-undang secular serta memutuskan

penghapusan sekolah agama dan kemudian menggantikannya dengan sekolah negeri yang

bersifat sekular semata-mata.

Sebenarnya penglibatan Mustaffa Kamal dalam perjuangan pembebasan Turki itu

bukanlah secara kebetulan kerana ianya telahpun dirancang begitu lama oleh pihak

Freemasonry, khususnya mereka yang berketurunan Inggeris. Hal ini kerana sebelum itu,

pihak Freemasonry di Turki telah mengenal pasti Mustaffa Kamal yang ketika itu berkhidmat

sebagai seorang panglima tentera Turki untuk melaksanakan suatu revolusi yang akan

membawa perubahan besar terhadap Empayar Uthmaniyah.36 Mustaffa Kamal sememangnya 33 Dr. Abdullah Azzam, 2007. Turki Negara Dua Wajah. Kuala Lumpur : Alam Raya Enterprise. Hlm. 52.34 Ibid. hlm. 53.35 Ibid.36 Nik Azran dan Mohd. Mahdi, Gerakan Freemasonry: Musuh Dalam Menghancurkan Islam, hlm. 174.

11 | P a g e

Page 12: Mustafa Kamal Ataturk penyelamat Atau Pengkhianat?

telah berhubung dengan pihak British secara sulit bagi melaksanakan Revolusi Kamalis di

Turki iaitu sejak tahun 1917 lagi. Tambahan pula, beliau telah berjaya diterima oleh rakyat

dan memperolehi sokongan rakyat serta para pencinta Islam untuk mempertahankan bumi

Anatolia daripada serangan pihak Berikat dalam Perang Dunia Pertama. Malah, kemenangan

Mustaffa Kamal sebagai ghazi di Gallipolli pada tahun 1916 juga turut disengajakan oleh

British meskipun pihak Berikat terpaksa mengorbankan sekutunya iaitu Greece untuk

membuka jalan agar Mustaffa memperolehi kuasa dan seterusnya menamatkan Empayar

Uthmaniyah seperti yang dikehendaki oleh kuasa-kuasa besar dan sekutu mereka iaitu

Freemasonry serta Zionis.37 Situasi ini ditambah lagi dengan tindakan kotor mereka apabila

pihak Berikat telah member laluan kepada Mustaffa untuk menang dalam pertempuran di

Anatolia. Lihatlah betapa liciknya percaturan kuasa-kuasa Barat dengan konco-konco mereka

sehingga tercapainya cita-cita dan impian mereka untuk menaikkan Mustaffa Kamal

Attartuck sebagai agen mereka dan sekaligus menghancurkan pengaruh Islam dan umatnya

bukan sahaja di Turki, malah untuk seluruh Asia Barat serta wilayah-wilayah Islam yang

lainnya apabila khilafah dilenyapkan untuk selama-lamanya. Hal ini jelas menunjukkan

kepada kita bahawa sememangnya Mustaffa Kamal bukanlah penyelamat agama Islam tetapi

beliau merupakan pengkhianat Islam yang sangat licik dan penuh dengan tipu muslihat.

Di sini dapat diperjelaskan lagi bahawa Mustaffa Kamal turut mengkhianati Islam

dengan melancarkan program-program pembaharuannya iaitu melalui tindakannya

mensekularismekan Turki dan perubahan yang dilakukan ini sangat ketara pada empat tahun

pertama selepas Turki diisytiharkan menjadi negara republik. Segala pembaharuan yang cuba

dilakukan oleh Mustaffa Kamal sememangnya menjadi lebih mudah kerana para pemerintah

Turki Uthmaniyah telahpun memulakan trend ini, iaitu proses ke arah pembaratan dalam

bidang pemikiran, adat istiadat dan institusi-institusi sejak zaman tanzimat lagi.38 Pada

mulanya, Mustaffa Kamal telah menumpukan perhatiannya ke arah menyusun semula bidang

pentadbiran, memperketatkan penguasaannya dan mensekularkan Turki agar negara itu

menjadi lebih erat dengan Tamadun Barat.

Semua perkara ini telah dirancang oleh beliau sewaktu hendak menjadikan negara

Turki sebagai sebuah kerajaan republik lagi. Misalnya pada tahun 1923 iaitu pada musim

bunga, bagi memperketatkan kuasanya ke astas hal-ewal dalam negeri dan untuk membantu

Ismet Inonu, orang kanannya, memperkukuhkan kedudukannya sebagai perunding bagi pihak

37 Ibid, hlm 177-180.38 Fadhlullah bin Jamil.2007. Islam di Asia Barat Moden, Penjelajahan dan Pergolakan. Selangor Darul Ehsan: Karisma Publications Sdn.Bhd, hlm 173.

12 | P a g e

Page 13: Mustafa Kamal Ataturk penyelamat Atau Pengkhianat?

Turki di Persidangan Lausanne, Mustaffa Kamal telah membentuk satu pertubuhan yang

dikenali sebagai Partai Republik Rakyat (Peoples Republican Party). Namun sejak

penubuhannya, parti itu telah disusupi oleh pihak Freemasonry yang menguasai

perjalanannya daripada dalam.39 Sejak itu juga, Partai Republik Rakyat telah dijadikan

sebagai alat untuk membawa perubahan dalam negara iaitu Mustaffa kamal cuba untuk

mewujudkan suasana ‘demokrasi’ yang membenarkan para anggota parti untuk ‘berbincang’

secara bebas antara sesama mereka sendiri, sebelum mereka bersidang selaku para

perwakilan dalam Dewan Kebangsaan Agung.40

Begitulah cara Mustaffa Kamal bermain politik dan cuba mengabui mata rakyat

dengan memperkatakan demokrasi, meskipun dari segi amalan segala aktiviti kepartian

diawasinya dengan ketat. Dunia selama ini turut mengetahui bahawa Turki telah

memperolehi kemerdekaaannya kerana kecekapan diplomasi Ismet Inonu sehinggakan parti

Berikat terpaksa menghormati kedaulatan rkyatnya. Rentetan peristiwa itu, maka semua

orang berasa berbangga bahawa Turkilah satu-satunya ‘negara Islam’ yang berjaya

membebasbkan diri semasa benar-benar berada dalam cnegkaman kuasa Barat. Tetapi,

sebuah dokumen telah dijumpai dan mengatakan bahawa sebenarnya ‘kemerdekaan’ yang

Turki perolehi iru tidaklah bersih daripada sebarang ikatan kerana hakikatnya ialah pihak

Barat hanya bersetuju untuk menghormati ‘kedaulatan’ Turki. Justeru, melalui campur tangan

golongan freemasonry pula, Mustaffa kamal telah bersetuju untuk membaratkan Turki dan

mengikis unsur-unsur yang berteraskan Islam sehinnga ke akar umbinya serta menjaga

kepentingan-kepentingan Barat sahaja.

4.0 PENGKHIANATAN DARI SEGI SOSIAL

Mustafa Kamal Ataturk telah melakukan banyak pembaharuan yang seringkali bercanggahan dengan nilai- nilai agama Islam. Dalam bidang sosial, pada tahun 1934, Mustafa Kamal telah mewajibkan penggunaan nama keluarga bagi setiap rakyat Turki. Beliau sendiri telah mengambil gelaran Ataturk yang bererti Bapa Turki. Manakala, pembantu kananya

sendiri yang sangat setia padanya telah memakai gelaran Inonu iaitu bagi mengenangkan kejayaan ketenteraan yang dicapainya dalam Perang Pembebasan Turki di tempat yang

39 Harun Yahaya, The Knight Templars, hlm. 161.40 Fadhlullah bin Jamil.2007. Islam di Asia Barat Moden, Penjelajahan dan Pergolakan. Selangor Darul Ehsan: Karisma Publications Sdn.Bhd, hlm. 174.

13 | P a g e

Page 14: Mustafa Kamal Ataturk penyelamat Atau Pengkhianat?

dikenali sebagai Inonu. 41 Hal ini juga dapat dilihat dalam buku karangan Desmond Stewart apabila terdapat kenyataan bagaimana pengambilan nama keluarga itu boleh wujud. Menurut penulis itu :

“Until the 20th century most Turks had no last name. They followed the Moslem practice

using one name, given at birth, relying on a patronymic or a word indicating some special

attribute for more precise identification. In 1934 Ataturk’s regime ordained that all Turks

take family names. His assumed name, Ataturk means “Father Turk”. The Prime Minister,

Ismet chose Inonu, the name of the town where he had won a victory over Greek forces in

1921”.42

Sejajar dengan kejadian ini, terhapuslah gelaran-gelaran kehormat seperti Bey, Shaikh,

Effendi, Hanim bagi wanita dan diganti dengan panggilan Bay bagi Encik dan Bayan bagi

Puan ataupun Cik. 43

Dalam aspek feminisme, Mustafa Kamal telah memperjuangkan kebebasan wanita.

Hal ini dapat dilihat apabila beliau menggalakkan mereka untuk membuang tudung, yakni

mendedahkan aurat seperti wanita-wanita Eropah dan menceburkan diri dalam masyarakat. 44

Antara bidang yang diceburi wanita pada zaman itu ialah bidang-bidang yang selama ini

didominasi oleh kaum lelaki. Ramai tokoh-tokoh wanita yang lahir dari gerakan kemalism ini

iaitu Nezihe Muhittin, pengasas parti politik wanita pertama di Turki, Sabiha Gokcen iaitu

juruterbang pesawat perang wanita pertama di dunia dan Safiye Ali iaitu doktor pertama

Turki. Pada masa itu, Ataturk digelar sebagai sumber inspirasi kepada wanita. Walhal,

mereka tidak sedar bahawa mereka telah diperalatkan agar terkeluar dari landasan Islam.

Bukan sesuatu yang salah bagi wanita menuntut ilmu tetapi perlulah menjaga batas-batas

yang telah ditetapkan dalam agama Islam. Walauapapun, bentuk kejayaan yang dicapai oleh

wanita Turki sehingga kini, ia tidak akan bermakna sama sekali sekiranya wanita melepaskan

tugas asalnya iaitu mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang berguna pada suatu hari

nanti. Sambil memetik kata- kata penyair Jalaludin Rumi yang memulakan perjalanan sufinya

di Turki :

41 Fadhlullah Jamil, 2007, Islam Di Asia Barat Moden : Penjelajahan Dan Pergolakan, Karisma Publications, Shah Alam, Hlm 179. 42 Desmond Stewart, Life World Library : Turkey, Time Life Books, New York, hlm 73. 43 Fadhlullah Jamil, 2007, Islam Di Asia Barat Moden : Penjelajahan Dan Pergolakan, Karisma Publications, Shah Alam, Hlm 180. 44 H.C Armstrong, 1933, Gray Wolf : Mustafa Kemal An Intimate Study of a Dictator, Minton, Balch & Company, New York, hlm 311.

14 | P a g e

Page 15: Mustafa Kamal Ataturk penyelamat Atau Pengkhianat?

“ wanita ialah cahaya dari Allah, dia bukan sekadar untuk dikasihi tetapi ciptaan Allah yang

istimewa”.

Bagi Atarurk wanita adalah satu makhluk Allah yang perlu dikeluarkan

dari kepompong Islam. Dalam agama Islam, wanita memakai pakaian

yang menutup aurat dan memakai purdah dan tidak keluar dari rumah

untuk menjaga batasnya dari bukan muhrimnya. Ataturk telah

mengkhianati agama Islam dengan merosakkan akhlak wanita Islam.

Menurut Lord Eversley,

“ a measure of still greater significance was his approach to the seclusion of women. The

problem had been a source of prolonged controversy in the Moslem world. Women had been

excluded from every social field by hidebound laws, and the institution of Purda or veil had

merely reduced them to the status of drudges. Ataturk knew that the nation could not march

ahead without the serious active participation of women in national life”.45

Ataturk juga telah menganjurkan supaya para wanita bercampul gaul dengan bebas

dalam majlis-majlis sosial dan beliau turut menari di khalayak ramai. 46 Dalam agama Islam,

tidak dibenarkan untuk lelaki dan perempuan untuk menari bersama kerana bukan

muhrimnya dan itu adalah haram apabila memperlihatkan tubuh seorang wanita kepada

bukan muhrimnya. Bukan itu sahaja, bahkan telah diwujudkan acara-acara peraduan ratu

cantik di bandar-bandar sehinggga pada tahun 1932, ekoran daripada itu seorang gadis Turki

dipilih sebagai “Miss Europe” atau ratu cantik Eropah. 47 Ataturk juga telah memberi kaum

wanita peluang mengundi di dalam pilihan raya dan menjanjikan mereka hak mengundi di

Dewan Persidangan Rakyat. 48 Akhirnya pada tahun 1934, kaum wanita dibenarkan untuk

mengundi dalam pilihan raya Parlimen dan pada tahun 1935 seramai 17 orang wanita telah

dilantik sebagai wakil rakyat. 49

Sementara itu, pada tahun 1932 para pelajar lelaki dan perempuan telah dibenarkan

untuk belajar bersama melalui sistem co-education seperti yang terdapat di Tamadun Barat.

Dengan kejatuhan empayar Turki telah melahirkan harapan wanita untuk memainkan peranan

45 Lord Eversley, 1918, The Turkish Empire its Growth And Decay, Premier Book House , Katchery Road, Lahore, hlm 421.46 Fadhlullah Jamil, 2007, Islam Di Asia Barat Moden : Penjelajahan Dan Pergolakan, Karisma Publications, Shah Alam, Hlm 178. 47 Ibid48 Ibid49 Bernard Lewis, 2002,The Emergence of Modern Turkey, Royal Institute of International Affairs , hlm 288

15 | P a g e

Page 16: Mustafa Kamal Ataturk penyelamat Atau Pengkhianat?

penting dalam social dan kemenangan Turki dalam Perang telah memberi wanita satu

peluang. Halide Edib, mahasiswa dari American Girl College telah menjadi seorang sarjan

untuk memimpin peperangan dan beliau telah mewakili wanita. 50 selain itu juga, akibat dari

pemikiran Kamal Ataturk telah mempengaruhi Ismail Hakkiki iaitu dekan Fakulti Seni telah

membenarkan wanita dan lelaki menghadiri kelas secara terbuka. Hal ini membolehkan

kejadian maksiat berlaku dan tidak manis dipandang orang sekeliling.

Mustafa Kamal Ataturk juga telah membolehkan lelaki memakai seluar panjang

dengan syarat memakai tali leher dan topi sesuai dengan kehendak Barat. Keadaan ini

menyebabkan ramai Muslim yang terikut-ikut dengan gaya Barat yang mengejar fesyen

sehingga melupakan agama Islam yang mengkehendaki kesederhanaan dan menutup aurat

dalam Islam. Ataturk adalah seorang pengkhianat dalam agama Islam kerana telah

menjadikan umat Islam tiada beza dengan orang Barat. Menurut Kamal Ataturk :

“ nations that persist in remaining at the intellectual stages of middle ages are destined to

disappear from the face of the earth. The Turk must become affiliated with an international

civilization and this in fact must also be plainly shown in her external appearance”.51

Petikan ini menunjukkan betapa Ataturk sangat mengagungkan Barat sehingga

hendak mengubah rakyat Turki dan negara itu melalui corak pemerintahannya. Manifesto

beliau dalam pembaharuan telah didemonstrasikan dengan membuang pakaian dan cara hidup

Islam dalam masyarakat Turki. Pada Ogos 1925, Ataturk dan rakannya telah memakai topi

Panama. Ini bertujuan untuk membina tema pemakaian moden daripada pemakaian Islam.

Pemakaian Topi ini telah dikuatkuasakan oleh Undang-Undang Topi dan menjadi pemakaian

kebangsaan Turki. Dia mewajibkan rakyat Turki memakai topi, padahal masa itu topi adalah

simbol kekafiran dalam pandangan bangsa Turki Muslim. Maka sudah tentunya mereka

menentangnya. 52 Sesiapa yang menentang akan digantung di tiang lapangan yang terdapat di

Bandar. Kejadian ini disaksikan oleh penduduk tempatan Turki dan dia menceritakan :

“ waktu itu saya melalui sebuah lapangan. Dan saya lihat beberapa tubuh yang telah

kaku tergantung dia atas tali gantung. Ada sesuatu pemandangan yang tidak mampu ku

50 Desmond Stewart, Life World Library : Turkey, Time Life Books, New York, hlm 76.51 Lord Eversley, 1918, The Turkish Empire its Growth And Decay, Premier Book House , Katchery Road, Lahore, hlm 420.52 Dr. Abdullah Azzam, 2007, Turki Negara Dua Wajah, Alam Raya Entreprise, Kuala Lumpur, hlm 55.

16 | P a g e

Page 17: Mustafa Kamal Ataturk penyelamat Atau Pengkhianat?

lupakan. Iaitu ketika aku melihat janggut putih yang menempel di dagu mayat tersebut

terbang oleh tiupan angin”. 53

Ataturk sangat memegang tinggi bendera nasionalisme Turki

dan mengembalikan akidah paganism bangsa Turki konu, seperti

penyembahan terhadap serigala putih (Bozkorat), yang mereka pernah

lukis pada kepingan surat. Mereka juga telah mencipta sebuah lagu yang

mempunyai lirik mengagungkan Genggis Khan sebagai tuhan.

Kekasihnya sulitnya, khalidah Adib iaitu wanita Yahudi menulis sebuah

buku yang diberi judul “Thorana Baru”, Moire Cohan, orang Yahudi

menulis buku berjudul Kemalisme dan Ar-Ruh At-Turkiyah. Dalam buku tersebut, dia

mengatakan “sesungguhnya Tuhan Kemaliyah yang mereka sembah sejak semula adalah

Qaumiyah iaitu kebangsaan.”54 Demikian pula halnya penyair tempatan Thayacook Albe, dia

pernah mengatakan demikian : “ saya mengaku berasal dari tiga iaitu umat Turki, umat Islam

dan peradaban Eropah.”55

Dalam pada itu, Undang-undang Awam Turki yang baru telah digubal dan telah

mengharamkan poligami, membenarkan perkahwinan dengan cara berdaftar iaitu mengikut

undang-undang sivil dalam kalangan umat Islam dan akad nikah yang diwajibkan dalam

Islam hanya dibenarkan untuk sesiapa yang ingin melakukannya sahaja. Oleh itu, semua

rakyat Turki sama ada Muslim atau bukan Muslim dikendalikan oleh satu undang-undang

yang sama. 56 Pada 1928, fasal yang menetapkan Islam sebagai agama rasmi dan agama

Negara Turki telah dihapuskan daripada perlembagaan kebangsaan. Sesungguhnya, tindakan

menggugurkan Islam daripada perlembagaan itu, hanyalah merupakan satu langkah yang

formal semata-mata, kerana sebelum itupun catatan nama Islam dalam perlembagaan tidaklah

memberi sebarang erti, memandangkan dari segi amalan Islam tetap tercemar dan terhakis

pengaruhnya melalui tindakan undang-undang dan ketenteraan oleh regim Mustafa Kamal. 57

Kemudian pengkhianatannya juga terserlah lagi dengan tindakannya menghapuskan

huruf Arab yang dipakau sebagai symbol orang Turki dan dipakai untuk menulis semua buku

53 Ar-Rajulu ash-shabanamu, hlm 320.54 Dr. Abdullah Azzam, 2007, Turki Negara Dua Wajah, Alam Raya Entreprise, Kuala Lumpur, hlm 56.55 Ibid. 56 Bernard Lewis,1968,The Emergence of Modern Turkey, Royal Institute International Affair, hlm 273. 57 Fadhlullah Jamil, 2007, Islam Di Asia Barat Moden : Penjelajahan Dan Pergolakan, Karisma Publications, Shah Alam, Hlm 177.

17 | P a g e

Page 18: Mustafa Kamal Ataturk penyelamat Atau Pengkhianat?

peninggalan Islam seperti fiqh, Hadis, Tafsir dan Tarikh. Dengan cara tersebut Ataturk

berjaya melaksanakan reformasi bahasa sebagai mengikis pengaruh Islam dalam kehidupan

rakyat Islam dan berjaya memisahkan bangsa Turki secara total dari agama dan warisan

mereka.58 Berhubung dengan hal ini, istilah Arab yang menjiwai bahasa Turki Uthmaniyah

telah sama sekali dilenyapkan penggunaannya atas alasan untuk mentamadunkan bahasa

Turki agar kedudukannya setanding dengan bahasa-bahasa Eropah. Sejajar dengan itu, dia

telah mewajibkan rakyat Turki untuk menulis dalam huruf Rumi. Huruf-huruf Al-Quran telah

diharamkan penggunaannya. Hal ini telah menimbulkan kekecohan tertentu seperti apabila

penggunaan huruf-huruf Al-Quran diharamkan maka ia menyebabkan generasi muda Turki

dan keturunan yang akan dating tidak dapat lagi membaca al-quran dan mempelajari hadith-

hadith agama. Sesiapa yang tidak menguasai huruf latin atau rumi akan dihukum seperti

pengharaman kerja, menarik balik kewarganegaraan, pengusiran dari tanah air dan penjara.59

Ataturk merupakan seorang pengkhianat yang besar yang bertanggungjawab

memusnahkan empayar Turki Uthmaniyah. Pelbagai kerosakan dan rancangan telah

direncananya. Pada tahun 1935, regim Mustafa kamal telah menukarkan hari kelepasan bagi

republik Turki iaitu hari Jumaat kepada hari Ahad supaya kedudukannya itu sejajar dengan

amalan antarabangsa, khususnya di Barat. Walhal, kelepasan cuti perlulah diberi mengikut

hukum Islam kerana pada hari itu terdapatnya hari Jumaat sedangkan hari Ahad iaitu Sunday

adalah lebih kepada kebaratan kerana menyambut tuhan matahari. Pada waktu yang sama,

muzik tradisional yang dahulunya dipengaruhi alunan Arab telah diharamkan dan diganti

dengan muzik klasik Barat. Hal ini berikutan Ataturk yang menganggap muzik alunan Arab

itu adalah muzik yang mundur. Dalam pada itu juga, seni khat yang selama ini menjadi

kebanggaan umat Islam hanya tinggal sebagai satu amalan orang tua dan orang tertentu

sahaja. Seni lukis dan ukiran menurut stail Barat telah dipopularkan. Dalam bidang

kesusateraan pula, perhatian telah diberi kepada penulisan sajak dan pementasan drama yang

berbau Barat.

Selain itu, sesuai dengan dasarnya untuk membaratkan Turki,

Mustafa Kamal yang durjana telah menukarkan status Masjid Aya

Sofya dan Masjid Al-Fatih kepada sebuah Muzium. 60 Dia telah

memusnahkan rumah Allah yang digunakan untuk beribadat kepada

58 Dr. Abdullah Azzam, 2007, Turki Negara Dua Wajah, Alam Raya Entreprise, Kuala Lumpur, hlm 56. 59 H.C Armstrong, 1933, Gray Wolf : Mustafa Kemal An Intimate Study of a Dictator, Minton, Balch & Company, New York, hlm 226.

18 | P a g e

Page 19: Mustafa Kamal Ataturk penyelamat Atau Pengkhianat?

Allah selama ini. Segala kesan sejarah dan alat kebudayaan dipamerkan di sana. Perbuatan

paling menggemparkan yang dilakukannya ialah dia secara bongkak telah memerintahkan

supaya azan iaitu bang yang menandakan waktu solat bagi umat Islam ditukarkan kepada

bahasa Turki. Kalimah Allahu Akbar diterjemahkan menjadi Allah Buyuk. Pertukaran

kalimah ini mendapat tentangan hebat daripada pencinta Islam. Selain itu, Ataturk juga telah

memerintahkan supaya terjemahan Al-Quran sahaja yang dibaca, iaitu dalam bahasa Turki

dan bukan Arab. Begitulah dahsyatnya perbuatan makhluk ini yang mengikut hawa nafsu

seorang pemimpin . Melalui usahanya itu menunjukkan betapa Mustafa Kamal telah

menunjukkan keazaman yang kuat untuk mengikis pengaruh Islam terhadap bangsa Turki.

Bukan itu sahaja, ketaksubannya untuk memusnahkan Islam dari pandangan Turki

juga dapat dilihat dengan bukti-bukti kejadian seperti dia telah membangunkan ladang contoh

untuk memelihara lembu dan babi. Hal ini bermaksud untuk menentang semua nilai Islam

yang luhur, mendirikan patung dan tugu berupa dirinya di setiap tempat sebagai tanda beliau

mengaku dirinya sebagai Tuhan. Pada tahun 1926, Ataturk juga telah menggantikan kalender

barat untuk menggantikan kalender Hijriah, menghapuskan sambutan Hari Raya Aidilfitri

dan Aidiladha dan yang paling penting dia telah melarang kaum muslimin Turki mengerjakan

ibadah haji dan melarang kaum wanitanya memakai hijab iaitu tudung. 61 Pendek kata,

Mustafa Kamal Ataturk memerintah Turki secara mutlak dan outokrasi, seolah-olah tiada

seorang pun di Turki yang mampu memerintah sepertinya. Dia pernah mengatakan : “saya

adalah Turki dan Turki adalah saya. Saya adalah paru-parunya untuk bernafas. Setiap usaha

untuk menghancurkanku adalah usaha untuk menghancurkan Turki”.62

Demikianlah Mustafa Kamal Ataturk melanjutkan usahanya untuk menghancurkan

Turki dan menghapuskan agama Islam dari permukaan bumi. Dia hendak menghapuskan

agama yang telah meninggikan bangsa Turki, sehingga Turki da;pat menguasai dunia selama

lima abad berturut-turut. Dan dia telah melanjutkan program penghancurannya terhadap

semua tiang yang menumpang daulah Islamiah yang menjulang tinggi itu. Sehingga akhirnya,

Turki berubah menjadi bangsa yang lemah dalam segala aspek kehidupan.

60 Fadhlullah Jamil, 2007, Islam Di Asia Barat Moden : Penjelajahan Dan Pergolakan, Karisma Publications, Shah Alam, Hlm 179.

61 H.C Armstrong, 1933, Gray Wolf : Mustafa Kemal An Intimate Study of a Dictator, Minton, Balch & Company, New York, hlm 227. 62 Dr. Abdullah Azzam, 2007, Turki Negara Dua Wajah, Alam Raya Entreprise, Kuala Lumpur, hlm 57.

19 | P a g e

Page 20: Mustafa Kamal Ataturk penyelamat Atau Pengkhianat?

5.0 PENGKHIANATAN DARI SEGI EKONOMI

Menjejaki sejarah pemerintahan kamel Ataturk Ketika Republik Turki terbentuk pada

tahun 1923, negara kekuasaan beliau itu tidak mempunyai modal, industri, dan pengetahuan.

Perang yang berlaku telah menghancurkan tenaga kerja, manakala pengeluaran pertanian

berada pada tahap yang rendah, dan dibebani hutang luar negeri yang besar apabila negara

uthmaniyyah sudah muflis. Presiden Ataturk sedar beliau perlu melakukan sesuatu bagi

memulihkan keadaan ekonomi Turki yang sedang berada dalam keadaan kritikal. Berpegang

kepada prinsip ekonomi memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah negara. Ini

dapat dilihat daripada petikan beliau.

"Nations," he said, "has destroyed the strength of the enemy. But to achieve

independence we must comply with the following: national sovereignty must be supported by

financial independence. The only power that will lead us to this goal is economic. No matter

how big they , political and military victory can not survive unless they are crowned by

economic victory. "

Sekiranya dinilai secara kasar dari aspek luaran Kamal Ataturk memiliki semangat

juang yang tinggi dan berusaha untuk membangunkan ekonomi Turki. Beliau seorang yang

berpandangan jauh dan dengan tekad dan semangat itulah, Turki Atatürk melakukan ekspansi

pertanian, pertumbuhan industri, dan kemajuan teknologi. Dalam perlombongan,

pengangkutan, manufaktur, perbankan, eksport, perkhidmatan sosial, perumahan,

komunikasi, tenaga, Mekanisasi, dan daerah vital lain. Mustafa kemal memperkenalkan

dengan dasar ekonomi yang tidak wujud pada zaman pemerintahan Emapayar Uthmaniyyah.

Dasar ekonomi tidak hanya hanya untuk mengembangkan usaha berskala kecil dan usaha

berskala besar, tetapi juga untuk mencipta strata sosial (borjuasi perindustrian dengan para

petani Anatolia). Akibat sumbangannya dalam ekonomi, selain daripada sosial dan politik

beliau telah mendapat kepercayaan masyarakat dan diberi gelaran bapa permodenan “Turki”.

Sejauh manakah kebenaran itu?

Pada tahun 1930, kemal telah memperkenalkan etasim, iaitu menegakkan sistem

monopoly atau dasar campur tangan kerajaan yang ketat dalam kegiatan-kegiatan ekonomi

negara sebagai satu langkah untuk mencegah berlakunya pembolotan kekayaan oleh

segelintir manusia, khususnya puak kapitalisme. Namun dasar tersebut telah dilaksanakan

secara ketat telah menyebabkan pertumbuhan ekonomi dalam negara menjadi lembab

20 | P a g e

Page 21: Mustafa Kamal Ataturk penyelamat Atau Pengkhianat?

sebaliknya peranan kapitalis asing dari barat tetap bertambah dengan bertambahnya eksport.

Parti Republik Liberal63 (Ogos, 1930) keluar dengan program yang liberal dan mencadangkan

agar monopoli negara perlu ditamat, modal asing perlu ditarik manakala pelaburan negara

harus dikurangkan. Mustafa Kemal disokong İnönü menolak dan menyatakan sudut

pandangan "tidaklah mungkin untuk menarik modal asing untuk pembangunan penting."

Pada tahun 1931, beliau menyatakan: "Dalam bidang ekonomi ... program parti

statisme"64.Namun demikian, kesan Republik bebas amat kuat dan campur tangan negara

menjadi lebih sederhana, lebih mirip kepada bentuk negara kapitalisme. Salah satu

penyokong radikal sayap kiri, Yakup Kadri Karaosmanoğlu daripada gerakan Kadro (The

Kader), mendakwa bahawa Mustafa Kemal menemukan jalan ketiga antara kapitalisme dan

sosialisme.65

Mustafa kemal dan Ismet Inonu mempunyai misi kebangsaaan dalam mengejar

ekonomi yang dikawal polis. Kemal dan Ismet berganding bahu untuk meneraju negara dan

seterusnya menghilangkan kawalan asing yang menguasai Turki, dan meningkatkan

komunikasi. Untuk mewujudkan keseimbangan di seluruh kawasan, kemal bertindak

mengurangkan pelaburan di Istanbul, sebuah pelabuahan perdagangan antarabangsa asing,

sebaliknya dana pelaburan tersebut disalurkan ke bandar-bandar yang kurang berkembang,

Sebagai sebuah republik yang baru ditubuhkan republic Turki turut berdepan dengan

isu krisis ekonomi . Kamel harus berurusan dengan isu-isu ekonomi bergolak “Depresi

Besar” serta bebanan bayaran hutang Uthmaniyyah yang tinggi dikenali sebagai hutang

awam. Sehingga awal 1930-an, perniagaan swasta Turki tidak memperoleh kredit pertukaran.

Mustahil untuk menyepadukan ekonomi Turki tanpa penyelesaian untuk masalah ini. Pada

tahun 1929, Mustafa Kemal menandatangani perjanjian yang mengakibatkan penstrukturan

hutang bangsa dengan Ottoman Public Debt Administration (OPDA)66.

63 Parti Republik Liberal (kadang-kadang disebut sebagai Parti Republik Bebas; dalam Bahasa Turki: serbest Cumhuriyet Fırkası) adalah parti politik yang diasaskan oleh Ali Fethi Okyar pada tahun-tahun awal Republik Turki. Parti ini dianuti oleh kaum konservatif yang mencari kesempatan untuk menterbalikkan pembaharuan Ataturk, khususnya tentang sekularisme,64 Ibrahim Kaya, Social Theory and Later Modernities, page 9065 Mango, Atatürk, hlm 47866Ottoman Public Debt Administration (OPDA) atau Hutang Uthmaniyyah Pentadbiran Awam ditubuhkan tahun 1881, adalah organisasi yang dikendalikan Eropah yang dibentuk untuk mengumpul bayaran hutang-hutang daripada Empayar Uthmaniyyah kepada syarikat-syarikat di Eropah, hutang awam Uthmaniyyah. OPDA menjadi luas, pada dasarnya birokrasi independent dalam birokrasi Uthmaniyyah, dijalankan oleh para kreditur. 5.000 pegawai yang mengumpul cukai yang kemudian diserahkan kepada kreditur Eropah. The OPDA memainkan peranan penting dalam urusan kewangan Uthmaniyyah. OPDA merupakan perantara syarikat-syarikat Eropah yang mencari peluang pelaburan di Empayar Uthmaniyyah. Pada tahun 1900, pembiayaan OPDA yang terbesar adalah hasil daripada kereta api dan artifak industri lain.

21 | P a g e

Page 22: Mustafa Kamal Ataturk penyelamat Atau Pengkhianat?

Mustaffa kemal atatruk telah membangunkan bidang pertanian dengan memberi

tumpuan kepada bidang pertanian tambahan pula tigaperempat daripada masyarakat Turki

tinggal di luar bandar. Selepas perang dunia pertama, tidak ada pelabur yang berpotensi

mampu berfungsi sebagai sektor swasta untuk membuka kilang-kilang dan mengembangkan

pengeluaran industri, Kemal Ataturk bertinda membuka kilang-kilang milik negara untuk

tujuan pertanian, mesin dan industry tekstil. Untuk membangunkan sektor pertanian polisi

berkaitan telah digubal antaranya memberi pinjaman dan kreadit serta pembebasan cukai

kepada golongan petani. 67 Akibatnya semasa pemerintahan kemal tembakau menjadi

tanaman industri yang penting, keluaran negara kasar bagi pertanian pada tahun 1923-1929

telah meningkat sebanyak 12%. Perkembangan industri pertanian tembakau merupakan

pencapaian terbesar nasionalisme ekionomi turki di bawah pemerintahan kemal. Ini diikuti

oleh perkembangan industri kapas yang mencapai kemuncak pada awal 1930-an apabila

menjadi tanaman industri terbesar kedua di Turki.

Walaupun berlaku peningkatan, namun begitu sekiranya diteliti keuntungan itu lebih

dinikmati oleh golongan pelabur asing. Ini kerana turki tidak mempunyai modal, tenaga kerja

yang terlatih mahupun ilmu serta sains serta teknologi moden. Dapat dilihat daripada “Izmir

Economics Congress” yang ditubuhkan pada Februari 1923 yang disertai oleh lebih daripada

seratus orang perwakilan daripada setiap wilayah yang mana lebih didominasi oleh pedagang

Istanbul dan tuan tanah dari negara lain berbanding petani di turki sendiri. Penanaman dan

pembuatan dalam industri tembakau di monopoli oleh Perancis di bawah capitulations

daripada Empayar Uthmaniyyah. Perdagangan tembakau dan rokok itu dikendalikan oleh dua

syarikat Perancis yang dikenali sebagai "interessee Compagnie Regie des tabacs de “ Usmani

government “ dan “ Narquileh tobacco”. Empayar Uthmaniyyah memberikan monopoli

tembakau kepada Bank Uthmaniyyah sebagai badan yang terbatas di bawah "Majlis Hutang

Umum". Regie, sebagai sebahagian daripada Majlis Hutang Awam, mempunyai kawalan atas

pengeluaran, simpanan, dan pengedaran (termasuk eksport) dengan harga tertandingi

kawalan. Akibatnya, petani Turki bergantung pada syarikat untuk mata pencarian mereka.

Pada tahun 1925, syarikat ini diambil alih oleh negara dan bernama "Tekel". Walaupun turki

merupakan sebuah negara pertanian, namun demikian bidang-bidang pertanian kurang diberi

perhatian oleh pemimpin turki. Hasil-hasil pertanian tidak mencukupi bagi menampung

keperluan rakyat dan permintaan rakyat yang semakin bertambah dan terpaksalah dibeli dari

negara barat. Adakah benar pengakuan kamel untuk berjuang membela nasib rakyat.

Donald Quataert, "The Ottoman Empire, 1700-1922" published 200067 Meliha Benli Altunisik and Ozlem tur, 2005. Turkey Challenges of Continuity and Change. Routledge Curzon Tylor & Francis Group. Hlm 18.

22 | P a g e

Page 23: Mustafa Kamal Ataturk penyelamat Atau Pengkhianat?

Kemajuan industri yang semakin berkembang menyebabkan rangkaian pengangkutan

turut dipertingkatkan seiring dengan kemajuan perindustrian. Mustafa Kemal menganggap

pembangunan rangkaian kereta api sebagai salah satu langkah penting dalam perindustrian.

Pada tahun 1927, Turkish State Railways ditubuhkan pada tahun yang sama juga beliau telah

memerintahkan pembinaan jalan integrasi bagi tujuan rancangan pembangunan. Jaringan

jalan terdiri dari 13.885 km jalan tidak bertar, 4,450 km jalan siap, dan 94 jambatan. Pada

tahun 1935, sebuah entiti baru ditubuhkan di bawah kerajaan yang dikenali sebagai "Sose ve

Kopruler Reisligi" yang akan menjadi kekuatan pendorong jalan baru selepas Perang Dunia

II. Pada 1937 terdapat 22.000 km jalan di Turki terutama sistem untuk membantu kereta api.

Kata-kata kemal yang berbunyi "the future lies in the skies" mendorong beliau

memenuhi hasratnya untuk merintis sistem penggangkutan udara. Pada tahun 1931, Mustafa

Kemal menyaksikan pesawat kebangsaan pertama MMV-1 terbang di udara. “Turkish

Aeronautical Association” ditubuhkan pada 16 Februari 1925 68. Beliau mengarahkan

pembentukan Persatuan Pesawat Turki Lottery. Wang hadiah akan digunakan untuk

membayar wang hadiah lotre yang dimenangi. Bahagian utama daripada pendapatan

dipindahkan untuk mendirikan kilang baru. Penghasilan dari lotere ini digunakan dalam

pembiayaan projek-projek penerbangan69.

Memandangkan keadaan ekonomi semakin meningkat pada ketika itu, Kamel Atatruk

bertindak menubuhkan sistem perbankan sebagai punca kewangan kegiatan ekonomi,

menguruskan dana yang terkumpul hasil daripada dasar memberikan insentif tabungan dan

memperluaskan sumber-sumber yang boleh memicu dorongan industri. Pada tahun 1924,

dengan inisiatif Mustafa Kemal, bank Bankasi Turki yang pertama ditubuhkan. Sehinggalah

pada tahun 1931, Mustafa Kemal menetapkan Bank Republik Turki sebagai bank utama.

Tujuan utama beliau adalah untuk memiliki kawalan penuh keatas kadar pertukaran. Peranan

Bank Uthmaniyyah selama awal tahun sebagai bank utama perlahan-lahan berhenti.

Kemudian bank-bank khusus seperti Sümerbank (1932) dan Etibank(1935) ditubuhkan.

Secara kasarnya sistem ekonomi yang dibangunkan oleh kemal atatturk begitu

menyumbang kepada ekonomi negara Turki yang sedang membangun ketika itu. Namun

68 Emrence, Turkey in economic crisis (1927–1930): a panaromic vision. Journal Middle Eastern Studies69 http://www.thy.com/en-INT/skylife/archive/en/2000_1/konu10.htm#1

23 | P a g e

Page 24: Mustafa Kamal Ataturk penyelamat Atau Pengkhianat?

begitu, ternyata disebalik kebaikan kemal tersembunyi begitu banyak kecurangan dan

akhirnya membebankan ekonomi Turki sendiri. Contohnya idea kemalisme yang dibawanya

berpegang kepada konsep sekularisme70. Beliau telah mengaplikasikan konsep sekularisme

dalam ekonomi sehinggakan menghalalkan segala sumber ekonomi yang haram. Beliau telah

menyediakan pelbagai peluang supaya kemungkaran dan kemaksiatan berkembang.

Contohnya mendirikan banyak pusat-pusat pelacuran dan judi kerana seperti mana yang

diceritakan dalam riwayat hidup beliau telah menjadi tabiatnya untuk berhibur dan

menghabiskan masa di tempat-tempat maksiat. Oleh itu tidak dapatdinafikan beliau banyak

menghabiskan wang negara untuk kepentingan peribadi dan berpoya-poya.

Akibat daripada tindakan beliau itu keadaan ekonomi Turki mula merosot. Pada tahun

1929, petani mengeluh kerana tanaman tidak menjadi. Barang Turki tidak dapat dipasarkan di

Eropah, Barat pula melonggokkan barang mereka ke Turki. Barat juga enggan memberi

bantuan kewangan kepada turki akibatnya turki mengalami masalah pengangguran dan inflasi

yang tinggi. Ekonomi Turki juga turut dikuasai oleh Yahudi, Gerakan Free Masom (yahudi

dunnama@donmeh) menjadikan ekonomi, politik dan kebudayaa sebagai target perjuangan

mereka. Yahudi tidak hanya menguasai ekonomi tetapi juga merosakkan sistem sosial dan

budaya masyarakat Turki. Sehinga hari ini yahudi Donme menguasai ekonomi termasuk

dalam bidang pelacuran. Cukai pendapatan terbesar Turki daripada hasil pelacuran.

Mustafa kemal turut menindas ekonomi masyarakat islam di Turki. Ini dapat di ilihat

melalui pembaharuan yang dibuat oleh beliau. Kemal secara perlahan-lahan telah

menghapuskan ekonomi islam contohnya beliau telah menghapuskan undang-undang waris,

faraid secara islam. Pada masa yang sama kemal juga menghapuskan kementerian Wakaf dan

mambiarkan anak yatim dan fakir miskin. Pada masa yang sama juga beliau telah melarang

umat islam mengerjakan haji dan umrah dengan alasan keadaan ekonomi yang tidak stabil

pada waktu itu. Adakah wajar untuk seorang pemimpin berbuat sedemikian menidakkan

kepada yang perlu? Sedangkan sumber kewangan yang ada digunakan bagi pentinggan

dirinya sendiri untuk berpoya-poya.70 Sekularisme ialah ideologi bahawa urusan keduniaan seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan dari urusan keagamaan. Sekularisme juga boleh bermaksud fahaman yang menggalakkan idea atau nilai sekular dalam ruang awam atau peribadi. Mereka yang berpegang kepada fahaman ini adalah dipanggil golongan sekularis. Sekularisme memperjuangkan hak untuk bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan dari ajaran agama yang dipaksakan oleh pemerintah ke atas rakyat, sebuah negara yang bersifat neutral dalam hal-hal keagamaan, dan juga tidak memberi keistimewaan terhadap mana-mana agama. Dengan kata lain, sekularisme merujuk kepada kepercayaan bahawa kegiatan dan keputusan yang dibuat oleh manusia, terutamanya yang berkaitan politik, harus berdasarkan bukti dan fakta bukannya pengaruh agama.

24 | P a g e

Page 25: Mustafa Kamal Ataturk penyelamat Atau Pengkhianat?

Selama pemerintahan mustaffa Kemal beliau telah membawa bersama pembangunan

ala barat yang menekankan pembangunan material semata-mata. Ataturk jelas sekali

membawa masyarakat turki, terutama para elit kearah kehidupan yang hanyut diselubungi

kepura-puraan, suasana politik dan ekonomi yang tidak stabil serta ditolak oleh Timur

mahupun Barat.71 Kesannya ekonomi Turki mengalami Krisis ekonomi yang teruk, sehingga

menjelang kematian Mustafa Kamel beliau hanya meninggalkan Turki dengan keadaan

ketidak seimbangan ekonomi dan diwarisi sehingga kini. Dapat dilihat semakin hari hutang

turki semakin bertambah. Kelajuan inflasi mencapai 42-60% pada tahun 1970. Penggaguran

mencapai 20% dari keseluruhan penduduk. Pada tahun 1970 hutang negara sebanyak

21Milyar Dollar US. Kemudian pada tahun 1973 berkurangan menjadi 17 Milyar Dollar US.

Pemerintah tunduk kepada Bank Internasional. Mereka mendevaluasi nilai Lira Turki

sehingga 8 kali. Pada tahun1980, angka suku bunga membumbung sampai 30% merupakan

satu angka suku bunga tertinggi dunia.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, jelaslah disini berdasarkan bukti-bukti dari segi politik, siosial dan

ekonomi, Mustafa Kamal Ataturk adalah seorang pengkhianat agama Islam yang

bertanggungjawab memusnahkan kehebatan agama Islam. Empayar Turki Uthmaniyah yang

telah berkuasa di serata dunia dan meninggikan martabat Islam di mata dunia serta menjadi

satu lambang kehebatan Islam ini mengakibatkan Barat dengan azam yang tinggi ingin

menghapuskan Islam ini di mata dunia. Maka lahirlah seorang boneka yang diperalatkan

oleh Barat iaitu Mustafa Kemal Ataturk seorang pengkhianat agama Islam yang

bertanggungjawab menghancurkan sistem Khilafah ataupun khalifah yang telah

diperkenalkan oleh rasulullah. Hal ini menyebabkan, masyarakat Islam dibelenggu masalah

sosial dan kecelaruan identiti selepas kehancuran kerajaan Turki Uthmaniyah. Pada masa ini,

71 Walaupun mengakui dirinya sebahagian daripada tamadun barat dan cuba untuk meniru setiap aspek daripada kebudayaan Barat, namun Republik Turki tetap tidak diterima setaraf oleh kuasa-kuasa eropah. Contohnya permohonannya untuk menyertai Pertubuhan Ekonomi Eropah (Eropean Economy Community) sebagai satu lagkah untuk memperbaiki ekonominya sendiri ditolak oelh negara-negara Eropah Barat.

25 | P a g e

Page 26: Mustafa Kamal Ataturk penyelamat Atau Pengkhianat?

kehadiran seorang penyelamat diperlukan untuk membela nasib umat Islam dan menerapkan

semula kekuatan agama yang ada pada kita.

Akibatnya , tokoh-tokoh madrasah islahiyah mulai menghilang. Terasa kebuntuan

umat Islam untuk merealisasikan tujuan-tujuan Islam, yang tidak akan mungkin diperolehi

lagi untuk menebalkan lagi semangat individu. Di era kejatuhan Kota Baghdad oleh seorang

pengkhianat agama iaitu Mustafa Kemal Ataturk, kegiatan aktiviti Islam mulai terbantut dan

tidak mempunyai matlamat yang jelas dan langkah-langkah yang konkrit. Mustafa Kemal

Ataturk ini merupakan seorang yang telah benar-benar merubah aspek-aspek kerohanian dari

pelbagai aspek. Dengan tegas kami menyatakan dia ialah pengkhianat yang telah

menjadikan akidah umat Islam hancur dan ekonomi orang Islam mundur serta politik Islam

di pegang oleh Barat. Betapa megahnya Ataturk ini apabila berasakan kehancurannya yang

dilakukannya adalah pembaharuan yang hebat. Empayar Turki Uthmaniyah yang selama ini

gah dengan kehebatan pendidikan, perundangan dan keadilan, ketenteraan, komunikasi,

ekonomi telah dihancurkan olehnya atas alasan Islam adalah agama yang mundur.

Walaubagaimanapun, orang Barat berpendapat dia ialah penyelamat kerana telah melakukan

pembaharuan yang bertentangan dengan Islam.

BIBLIOGRAFI

RUJUKAN UTAMA

Bernard Lewis,1968,The Emergence of Modern Turkey, Royal Institute International Affair

Bernard Lewis, 1996, The Middle East and The West, Harper Torch-books, Harper and Row Publishers, New York,

Dr. Abdullah Azzam, 2007, Turki Negara Dua Wajah, Alam Raya Entreprise, Kuala Lumpur

Desmond Stewart, Life World Library : Turkey, Time Life Books, New York

Edward Mortimer,1982, Faith and Power: The Politics of Islam, Random House, New York.

Emrence, Turkey in economic crisis (1927–1930): a panaromic vision. Journal Middle Eastern Studies.

26 | P a g e

Page 27: Mustafa Kamal Ataturk penyelamat Atau Pengkhianat?

Fadhlullah Jamil. 2008. Islam Di Asia Barat Moden Penjajahan Dan Pergolakan. Selangor: Karisma Production Sdn. Bhd

Hasan Ali Yucel, E. et al. 1963. Ataturk, Turkish National Commission.

Harun Yahaya, 2003, The Knight Templars, M.Wajihuddin Publisher.

H.C Armstrong, 1933, Gray Wolf : Mustafa Kemal An Intimate Study of a Dictator, Minton, Balch & Company, New York

Ibrahim Kaya, Social Theory and Later Modernities

Lord Kinross. 1968. Ataturk The Rebirth of A Nation. Great Britain: Morrison and Gibb Limited, London and Edinburgh

 Andrew Mango, 2002, Ataturk : the biography of The founder Modern Turkey, Kirkus Reviews Copyright (c) Vnu Bussiness Media, Inc.

Meliha Benli Altunisik and Ozlem tur, 2005. Turkey Challenges of Continuity and Change. Routledge Curzon Tylor & Francis Group

Nik Azran dan Mohd. Mahdi, Gerakan Freemasonry: Musuh Dalam Menghancurkan Islam

Wayne S. Vucinich, The Ottoman Empire: Its Record and Legacy

RUJUKAN TAMBAHAN

http://www.thy.com/en-INT/skylife/archive/en/2000_1/konu10.htm#1

27 | P a g e