Mudharabah (Tazkirah)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Presentasi penerangan ringkas mengenai konsep Mudharabah

Text of Mudharabah (Tazkirah)

MudharabahAyat ahadith ahkam mualamat( Dr hadenan bin towpek, Phd)

tazkirah oleh:Muhd Syazwan iqbalDefinisi MudharabahBerasal daripada perkataan adh-dharbu fil ardhiYang bermaksud berjalanan di muka bumiYang juga bererti dalam rangka usaha manusia, berjihad di jalan AllahMudharabah juga disebut sebagai qiraadh yang berasal daripada perkataan al-qathu (potong), kerana pemilik modal mengambil sebahagian dari hartanya untuk dijual dan berhak untuk mendapatkan sebahagian dari keuntungannya.Istilah Fiqh:Akad pelaburan yang melibatkan persetujuan antara pemodal dengan pengusaha di mana keuntungan akan dibahagi antara pemodal dengan pengusaha berdasarkan nisbah yang disepakati. Sekiranya berlaku kerugian, ia ditanggung sepenuhnya oleh pemodal, manakala pengusaha akan menanggung kerugian usahanya.Dalil-dalil hukum Mudharabah( Al-Quran)Dalil-dalil Mudharabah (Hadis)Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma meriwayatkan bahwa Abbas bin Abdul Mutallib jika menyerahkan harta sebagai mudharabah, ia mensyaratkan kepada mudharib (pengusaha)nya agar tidak mengharungi lautan dan tidak menuruni lembah, serta tidak membeli haiwan ternakan. Jika persyaratan itu dilanggar, maka ia (mudharib/pengusaha) harus menanggung risikonya. Ketika persyaratan yang ditetapkan Abbas itu didengar Rasulullah, beliau membenarkannya. (HR. Al-Baihaqi di dalam As-Sunan Al-Kubra (6/111))Kaedah Ijma, Qiyas dan Fiqih dalam pensyariatan MudharabahIjmakPara ulama telah berkonsensus atas bolehnya mudharabah. (Bidayatul Mujtahid, karya Ibnu Rusyd (2/136))

Diriwayatkan, sejumlah sahabat menyerahkan (kepada orang, mudharib) harta anak yatim sebagai mudharabah dan tak ada seorang pun mengingkari mereka.Hal itu dipandang sebagai ijma. (al-Fiqhu al-Islami wa Adillatuhu, Wahbah Zuhaily, 4/838)

Qiyas. Transaksi mudharabah diqiyaskan kepada transaksi musaqah.

Kaedah fiqih: Pada dasarnya, semua bentuk muamalah boleh dilakukan kecuali ada dalil yang mengharamkannya.Jenis-jenis Mudharabah(Mumin Abd.Ghani(1999) Sistem Kewangan Islam di Malaysia)Mudharabah al-Mutlaqah, iaitu satu pihak menyerahkan modalnya kepada pihak lain tanpa mengenakan apa-apa sekatan atau syarat-Mudharabah jenis ini tidak menyatakan tempoh perniagaan, jenis-jenis perniagaan, industri atau perkhidmatan dan lain-lain.Mudharabah Muqayyadah (Bersekatan,tidak mutlak), ialah satu pihak menyerahkan modalnya kepada pihak lain dengan mengenakan sekatan atau syarat tertentu-Mudharabah ini terjadi apabila diberikan sekatan, hal ini pengusaha mestilah patuh pada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh tuan punya modal, . Oleh itu, apa-apa risiko akibat ketidakpatuhan sekatan akan ditanggung oleh pengusaha sendirian.

Hikmah Disyariatkan MudharabahIslam telah mensyariatkan akad yang melibatkan kerjasama Mudharabah untuk memudahan manusia melakukan perusahaan/perdagangan/perniagaan kerana Sebahagian memiliki harta dan modal tetapi tidak mampu untuk mengelola/mengusahakan Juga ada yang memiliki kemampuan untuk mengusahakan tetapi tidak mempunyai harta dan modal untuk mengusahakannyaMaka syariat membenarkan kerjasama ini untuk membolehkan mereka bekerjasama dan mengambil manfaat antara satu sama lain.Dengan ini juga wujudlah satu kerjasama harta dan amal, sesungguhnya Allah tidak mensyariatkan satu akad kecuali untu mewujudkan kemaslahatan dan menolak kerosakan dan mudharat.Sekian, terima kasih.