3
Instrument yang dirancangkan 1.0 Sebelum Kajian 1.1 Ujian Pra Dala ujian pra, saya akan memberi ujian kepada 12 orang murid yang telah dipilih untuk melukis sebuah lukisan yang bertemakan Haiwan di Zoo . Murid dikehendaki melukis dan menghantar kepada guru. Tujuan ujian pra ini adalah untuk membanding beza peningkatan murid pada akhir rawatan ini. 1.2 Pemerhatian Dalam proses pemerhatian, guru akan menjadi pemerhati dan peranan sekunder pula ialah sebagai peserta. Guru akan memerhati kemahiran murid melukis struktur haiwan sepanjang sesi tersebut berjalan dan cuba membimbing mereka dengan syarat tidak mengaplikasikan kaedah tersebut dalam proses mereka menghasilkan lukisan tersebut. 1.3 Soal selidik Sebelum memulakan kajian, pengkaji akan memberi soal selidik kepada murid di mana murid harus menjawab soalan yang dikemukakan oleh pengkaji dalam borang soal selidik. Item yang ada dalam soal selidik adalah berbentuk tertutup. Murid cuma perlu menanda smiley face di dalam ruang yang telah disediakan. (rujuk lampiran B). Tujuan utama soal selidik ini adalah mengenalpasti minat murid dalam seni dan lukisan. 1.4 Rakaman foto Rakaman foto dilakukan untuk melihat proses kerja subjek kajian dengan lebih teliti dan berfokus. Rakaman foto boleh digunakan sebagai bahan sokongan laporan bertulis, ataupun rangka rujukan kaedah-kaedah kutipan data yang lain. Dalam proses ini, pengkaji akan merakam foto proses pra ujian dijalankan dan hasil dapatan karya murid sebelum intervensi. Rakaman foto akan membantu

MR.Z

  • Upload
    oliver

  • View
    212

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

dov

Citation preview

Instrument yang dirancangkan

1.0 Sebelum Kajian

1.1 Ujian Pra

Dala ujian pra, saya akan memberi ujian kepada 12 orang murid yang telah dipilih untuk melukis sebuah lukisan yang bertemakan Haiwan di Zoo. Murid dikehendaki melukis dan menghantar kepada guru. Tujuan ujian pra ini adalah untuk membanding beza peningkatan murid pada akhir rawatan ini.

1.2 Pemerhatian

Dalam proses pemerhatian, guru akan menjadi pemerhati dan peranan sekunder pula ialah sebagai peserta. Guru akan memerhati kemahiran murid melukis struktur haiwan sepanjang sesi tersebut berjalan dan cuba membimbing mereka dengan syarat tidak mengaplikasikan kaedah tersebut dalam proses mereka menghasilkan lukisan tersebut.

1.3 Soal selidik

Sebelum memulakan kajian, pengkaji akan memberi soal selidik kepada murid di mana murid harus menjawab soalan yang dikemukakan oleh pengkaji dalam borang soal selidik. Item yang ada dalam soal selidik adalah berbentuk tertutup. Murid cuma perlu menanda smiley face di dalam ruang yang telah disediakan. (rujuk lampiran B). Tujuan utama soal selidik ini adalah mengenalpasti minat murid dalam seni dan lukisan.

1.4 Rakaman foto

Rakaman foto dilakukan untuk melihat proses kerja subjek kajian dengan lebih teliti dan berfokus. Rakaman foto boleh digunakan sebagai bahan sokongan laporan bertulis, ataupun rangka rujukan kaedah-kaedah kutipan data yang lain. Dalam proses ini, pengkaji akan merakam foto proses pra ujian dijalankan dan hasil dapatan karya murid sebelum intervensi. Rakaman foto akan membantu pengkaji untuk membanding bezakan hasil karya murid sebelum dan selepas kajian.

2.0 Semasa Kajian

2.1 Pemerhatian

Kajian yang akan dijalankan mempunyai 2 intervensi di mana murid akan diberi kertas yang mempunyai banyak titik dalam kertas tersebut. Titik yang dilukis oleh pengkaji akan disambung dan menjadikannya binatang. Intervensi pertama merupakan peringkat awal murid mengalami rawatan daripada pengkaji. Pengkaji akan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran tentang Kaedah B&B dan memerhati tindak balas murid melalui aktiviti yang telah disediakan iaitu aktiviti menyambung titik. Dalam intervensi 2 pula, murid akan diberi lembaran kerja yang mempunyai bulatan dan bujur sahaja. Murid dikehendaki untuk menyambung dan melukis haiwan yang telah ditetapkan dalam lembaran kerja.

2.2 Rakaman foto

Dalam proses menjalankan intervensi, pengkaji akan merakam foto murid sebagai bahan bukti dan sokongan untuk menulis laporan nanti. Menurut Dr. Choong Lean Keow dalam bukunya yang berjudul Asas Penyelidikan Tindakan,penggunaan rakaman foto dapat merekod suasana intervensi dijalankan untuk mendapat gambaran yang jelas mengenai situasi yang benar-benar berlaku. Oleh itu, peningkatan murid sepanjang intervensi dijalankan akan direkod sebagai dokumentasi bergambar kepada pengkaji.

3.0 Selepas Kajian

3.1 Ujian Pos

Selepas rawatan, pengkaji akan menjalankan ujian pos, meminta murid untuk melukis Keadaan di dalam Zoo. Murid dikehendaki untuk melukis keadaan yang terdapat di dalam zoo. Murid perlu mengaplikasikan kaedah yang telah diajar oleh guru untuk menghasilkan karya tersebut. Dalam proses ini, pengkaji akan menjalankan pemerhatian sebagai seorang pemerhati sahaja. Pengkaji tidak akan memberi sebarang bantuan kepada murid. Ujian ini bertujuan untuk mengenalpasti sama ada kajian pengkaji adalah berjaya atau tidak. Pengkaji juga boleh membuat penambahbaikan sekiranya hasil dapatan kajian tersebut adalah tidak memuaskan. Kitaran kedua boleh dibuat demi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

3.2 Rakaman Audio(transkript)

Selepas intervensi, pengkaji akan membuat rakaman audio untuk merekod perbualan atau maklumat lisan yang disampaikan oleh murid. Rakaman audio dapat menangkap makna sebenar sebalik apa yang diperkatakan. Pengkaji akan merakam perasaan murid selepas mengaplikasikan kaedah B&B dalam penghasilan lukisan melalui perbualan dengan murid. Dengan itu, pengkaji dapat mengurangkan bias dari segi interprestasi data. Rakaman perasaan dan pendapat murid terhadap Kaedah B&B yang dijalankan oleh pengkaji akan dijadikan hasil transkripsi rakaman. Namun demikian, rakaman audio juga dibekalkan supaya bukti yang terperinci terhadap kaedah dapat dikekalkan. Rakaman audio juga boleh dijadikan sebagai satu sumber bukti untuk membuat penambahbaikan terhadap kajian pada masa yang akan datang.

3.3 Soal Selidik

Selepas kajian, pengkaji akan memberi soal selidik kepada murid di mana murid harus menjawab soalan yang dikemukakan oleh pengkaji dalam borang soal selidik. Item yang ada dalam soal selidik adalah berbentuk tertutup. Murid cuma perlu menanda smiley face di dalam ruang yang telah disediakan. Tujuan utama soal selidik ini adalah mengenalpasti sama ada kaedah B&B berkesan bagi mereka.(rujuk lampiran C).