17
PENGENALAN Dalam topik ini perbincangan dimulakan dengan menyentuh tentang definisi mozek. Kemudian beralih pula kepada mengenal alatan, media dan teknik-teknik yang digunakan dalam aktiviti mozek. Penerangan diperjelaskan lagi dengan melihat berbagai contoh bagaimana alatan, media dan teknik di Aplikasi ke atas aktiviti mozek. Dalam persembahan hasil karya pula melihat perbezaan cara penilaian dijalankan di antara dahulu dan sekarang. Cara mudah menjalani apresiasi seni ialah dengan mengambil kira aspek-aspek seperti peringkat diskriptif, analisa formal, interpretasi, dan penilaian. Terdapat contoh-contoh bagaimana setiap peringkat penilaian itu boleh dijalankan. Sebelum anda mula membaca, nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan definisi mozek? T T o o p p i i k k 1 1 0 0 Kegiatan Membuat Mozek HASIL PEMBELA J ARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengaplikasikan alat, media dan bahan dalam menghasilkan mozek; 2. Menggunakan teknik yang betul dalam penghasilan mozek; dan 3. Menjalankan apresiasi seni secara mudah.

mozek

Embed Size (px)

Citation preview

PENGENALAN

Dalam topik ini perbincangan dimulakan dengan menyentuh tentang definisi mozek. Kemudian beralih pula kepada mengenal alatan, media dan teknik-teknik yang digunakan dalam aktiviti mozek. Penerangan diperjelaskan lagi dengan melihat berbagai contoh bagaimana alatan, media dan teknik di Aplikasi ke atas aktiviti mozek. Dalam persembahan hasil karya pula melihat perbezaan cara penilaian dijalankan di antara dahulu dan sekarang. Cara mudah menjalani apresiasi seni ialah dengan mengambil kira aspek-aspek seperti peringkat diskriptif, analisa formal, interpretasi, dan penilaian. Terdapat contoh-contoh bagaimana setiap peringkat penilaian itu boleh dijalankan. Sebelum anda mula membaca, nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan definisi mozek?

TTooppiikk 1100 Kegiatan

Membuat

Mozek

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengaplikasikan alat, media dan bahan dalam menghasilkan mozek;

2. Menggunakan teknik yang betul dalam penghasilan mozek; dan

3. Menjalankan apresiasi seni secara mudah.

TOPIK 10 KEGIATAN MEMBUAT MOZEK !

161

PENGENALAN AKTIVITI MOZEK

(a) Definisi Mozek

Mengikut rujukan dari kamus Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar.

Dapatan seterusnya dari internet (http://www.google.com.my define:Mosaic) pula menjelaskan seperti yang dinyatakan di bawah:

Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), di susun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak rata dan menghasilkan pantulan/kilauan.

Satu imej yang berasingan dan tidak bertindih, disusun secara bersebelahan.

Foto mozek adalah gambar hasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema/tajuk.

Satu media seni di mana kepingan-kepingan kecil kaca, batu atau seramik disusun di bahagian latar yang di plaster.

Satu corak seni yang dihasilkan dengan menekan kepingan batu, kaca, seramik atau tessera.

Satu seni dekoratif lama dengan menyusun kepingan kecil kaca, batu, tessera di permukaan dinding, siling dan lantai.

Satu bentuk seni di mana kepingan bahan semula jadi atau bahan buatan manusia yang berwarna disusun bersebelahan tidak ditindih di atas permukaan rata untuk menghasilkan gambar atau corak.

10.1

Rajah 10.1: Contoh Mozek

Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993).

A handbook of arts and crafts. USA: Brown and Benchmark.

TOPIK 10 KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

162

Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek. Pada asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai. Orang Roman pula menghias batu, marmar, seramik menggunakan teknik mozek pada permukaan dinding dan lantai. Manakala orang Kristian Orthodok Byzantine pada abad ke 16 menghiasi gereja mereka dengan teknik mozek. Kini teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan bangunan dan aktiviti seni di sekolah. Di peringkat sekolah rendah aktiviti mozek diperkenalkan dalam subjek Pendidikan Seni Visual. Ia adalah sebahagian daripada aktiviti yang dicadangkan dalam kegiatan menggambar. Aktiviti mozek ini boleh dijalankan dalam berbagai cara dan teknik. Sebelum mengenal bagaimana teknik-teknik mozek dijalankan, kita perlu mengetahui jenis-jenis alatan, bahan dan media terlebih dahulu. Mungkin di peringkat sekolah rendah penggunaan alatan dan bahan adalah terhad kepada tahap keupayaan murid itu sendiri. Berikut ialah cadangan beberapa jenis peralatan yang boleh diguna pakai oleh murid-murid di sekolah rendah:

(b) Alat dan Media

Berbagai jenis kertas seperti kadbod, kertas lukisan, kertas menaip, kertas nota, kertas surat khabar, kertas binaan (construction paper)

Berbagai jenis pelekat seperti gam biasa, gam putih, gam kayu, gam simen

Bekas untuk menyimpan carikan kertas, kadbod, syiling, bijirin

Playar, pembaris, Âclear sprayÊ

Bahan semula jadi seperti bunga-bunga kering, berbagai daun kering, rumput

Pelbagai jenis biji-bijian atau objek semula jadi

Pewarna makanan

Pensel, pen, tali

Kertas berbagai warna, kertas majalah berwarna, gambar-gambar berwarna

TOPIK 10 KEGIATAN MEMBUAT MOZEK !

163

(c) Teknik Secara amnya terdapat tiga jenis teknik menghasilkan mozek iaitu Âdirect methodÊ, Âindirect methodÊ dan Âdouble indirect methodÊ. Yang dikatakan dengan teknik secara langsung atau Âdirect methodÊ itu, ialah dengan menggambar bahan di atau permukaan seperti kertas, kadbod, permukaan pasu, lantai dan sebagainya. Ianya sesuai dilaksanakan pada projek-projek kecil yang mudah alih. Kebaikan mozek cara ini ialah mozek yang dihasilkan jelas kelihatan. Keburukannya pula pelukis atau pembuat mozek perlu bekerja secara terus menerus di atas permukaan yang dipilih. Ianya dianggap sebagai satu hasil kerja yang tidak praktikal pada jangka masa yang lama, tidak sesuai pada projek berskala besar dan susah untuk mendapatkan kesamaan permukaan yang siap. Cara ini sesuai untuk permukaan kertas lukisan, lantai dan permukaan meja. Teknik secara tidak nyata atau Âindirect methodÊ pula berlaku semasa proses menghasilkan sesuatu kerja. Apabila mozek siap, media yang sama diletakkan di atasnya. Hasil mozek diterbalikkan dan bahagian asli diasingkan dari bawah mozek tadi. Teknik Âindirect methodÊ dan Âdouble indirect methodÊ selalunya dibuat mengikut bahagian demi bahagian sesuatu gambar terlebih dahulu sebelum hasil mozek itu dihantar ke tempat destinasi untuk ditampal. Ianya amat sesuai untuk projek besar seperti projek mural. Terdapat juga mozek yang boleh dihasilkan dalam digital imej. Imej yang dihasilkan tidak ditindih. Foto mozek pula adalah satu gambar yang dibuat daripada beberapa cantuman gambar-gambar lain yang tidak ditindih. Berikut ialah senarai beberapa teknik menghasilkan mozek dan boleh disesuaikan untuk murid-murid di tahap sekolah rendah:

Mozek kertas

Mozek timbul

Mozek catan

Mozek campuran

Mozek potongan kertas

Mozek cebisan kertas

Mozek tebuk (ÂpuncherÊ)

Mozek koyakan kertas

Mozek fabrik

Mozek bijian

Mozek bahan buangan

TOPIK 10 KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

164

APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK

Di peringkat sekolah rendah, mozek boleh digubah dengan menggunakan carikan/potongan/guntingan/cebisan kertas-kertas berwarna dan ditampal di atas permukaan rata seperti kertas lukisan, kadbod, kayu playwood dan sebagainya. Walaupun cara menampal kertas-kertas dalam aktiviti kolaj dan mozek boleh dikira ada persamaan tetapi masih terdapat perbezaan dalam melaksanakannya. Kolaj digubah dengan menampal keratan kertas secara tindihan manakala mozek pula digubah dengan menampal keratan kertas secara bersebelahan dan tidak ditindih. Kedua-dua hasil kerja ini boleh dianggap rumit juga tetapi menarik perhatian orang ramai apabila siap. Mari kita perhatikan contoh-contoh bagaimana aktiviti mozek itu dilaksanakan. CONTOH 1 Jenis Mozek: Mozek dari kertas Tema: Haiwan/figura Alat dan Bahan: gunting, kertas berwarna dari berbagai sumber, gam atau gam simen, pin rambut atau pencungkil gigi untuk mengangkat cebisan kertas, pensel, kertas latar Cara-cara:

1. Buat satu lakaran pensil tentang tema atau tajuk yang hendak dibuat di atas permukaan kertas.

2. Potong kertas warna dalam rupa bentuk yang sama. Potongan kertas yang berlainan warna perlu diasingkan supaya senang diperolehi dan boleh menjimatkan masa semasa proses menampal dijalankan.

10.2

1. Apakah perbezaan di antara teknik-teknik mozek yang dikemukakan?

2. Hasilkan mozek mudah dengan menggunakan pelbagai jenis

teknik yang telah dinyatakan.

AKTIVITI 10.1

TOPIK 10 KEGIATAN MEMBUAT MOZEK !

165

3. Letak gam atau pelekat pada cebisan kertas dan di atas permukaan kertas yang mempunyai lakaran. Lekat potongan kertas berwarna tersebut pada kawasan lakaran tersebut. Tinggalkan ruang di antara cebisan-cebisan kertas supaya tindihan tidak berlaku. Potongan kertas boleh diangkat dengan menggunakan pin rambut atau pencungkil gigi yang diletak sedikit gam.

4. Teruskan kerja-kerja menghasilkan mozek sehingga habis. Tips: Cara memotong kertas berwarna ada berbagai-bagai. Di antaranya ialah dengan cara carikan, koyakan, potongan bebas, potongan tiga segi, potongan empat segi, menebuk dengan menggunakan penebuk kertas, potongan dengan pembaris dan sebagainya. Warna pada kertas perlu dipilih dengan betul dan sesuai dengan tema/tajuk/objek yang hendak dihasilkan.

Rajah 10.2: Contoh mozek dari potongan kertas berbagai bentuk berdasarkan tema

figura/haiwan

Sumber: Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts. USA: Brown and Benchmark

TOPIK 10 KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

166

CONTOH 2 Jenis Mozek: Mozek timbul (relief) dari biji-bijian Tema: Tumbuh-tumbuhan Alat dan bahan: kadbod, kertas binaan, gam putih, berbagai jenis biji-bijian dari alam semulajadi, pewarna makanan, pensel, tali atau benang, Âclear sprayÊ. Cara-cara:

1. Hasilkan lakaran di atas kertas binaan dengan memerhatikan tempat atau kawasan di mana bijian perlu diletak.

2. Lekat kertas binaan di atas kadbod keras, kedua-duanya mempunyai saiz yang sama supaya kelihatan kukuh.

3. Letakkan gam di kawasan yang dilakar dan susun bijian, manik, objek semulajadi pada lakaran dan penuhkan lakaran tersebut.

4. Untuk kelihatan lebih kemas aturkan bijian di kawan rupa luar objek terlebih dahulu kemudian penuhkan bahagian dalam pula.

5. Bijian-bijian atau manik-manik bersaiz halus susah untuk diatur dan memakan masa yang lama untuk menyiapkan. Untuk mempercepatkan proses, guna pencungkil gigi yang diletakkan sedikit gam dihujungnya supaya senang proses mengangkat bijian tersebut.

6. Bila siap buang lebihan bijian dan sembur hasil kerja mozek dengan Âclear sprayÊ untuk mendapatkan kesan yang lebih menarik.

Tips: Tambahan bahan boleh digunakan seperti tali, benang, kulit kayu dan lain-lain yang bersesuaian untuk kelihatan lebih menarik. Lebih baik jika hasil kerja ini dibingkaikan dengan meletakkan cermin atau plastik keras supaya bijian kekal lama.

Rajah 10.3: Contoh mozek dari bijian, manik bertemakan tumbuh-tumbuhan dan figura

Sumber: Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts. USA: Brown and Bench

TOPIK 10 KEGIATAN MEMBUAT MOZEK !

167

CONTOH 3:

Terdapat juga mozek dari teknik catan. Mozek jenis ini lebih sesuai untuk murid-murid di tahap dua kerana ia memerlukan kawalan, disiplin dan ketekunan semasa menghasilkannya. Ia juga berguna sebagai latihan mewarna. Kejayaan mozek ini bergantung kepada latarbelakang pelukis itu sendiri. Lihat contoh mozek dari teknik catan:

Rajah 10.4: Contoh mozek dari teknik catan

Sumber: Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford

Jenis mozek: Mozek catan Tema: haiwan Alat dan bahan: pensil, pembaris, air, berus, kertas lukisan, warna air atau warna poster

Cara-cara:

1. Lakar rupa bentuk ikan di atas permukaan kertas lukisan. Tambahkan mata, sirip di bahagian dalam dan tumbuh-tumbuhan air supaya kelihatan lebih menarik.

2. Buat garisan dengan ukuran 2cm 5 2cm di keseluruhan kertas lukisan termasuk lakaran. Garisan pensel perlu dibuat secara nipis sahaja.

3. Kotak-kotak tersebut diwarnakan dengan warna air atau warna poster dengan warna yang dikehendaki. Hadkan warna kepada tiga warna sahaja.

4. Proses mewarna mengambil masa yang agak lama juga untuk disiapkan. Satu warna dihasilkan sehingga siap barulah digunakan warna kedua dan warna ketiga.

TOPIK 10 KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

168

5. Garisan yang memisahkan empat segi dalam beberapa bahagian perlu diwarnakan dengan warna yang berlainan. Dengan cara ini corak ikan akan kelihatan lebih menarik apabila siap nanti.

6. Aktiviti ini sesuai dijalankan dalam kumpulan kecil. Tips: Walaupun aktiviti mozek ini tidak menggunakan teknik menampal bahan-bahan, konsep mozek masih boleh diperkenalkan. Dalam aktiviti ini adalah dicadangkan warna-warna yang hendak digunakan adalah warna-warna kontra supaya objek yang dilukis jelas kelihatan. CONTOH 4: Dalam Rajah 10.5, mozek dihasilkan dengan teknik catan dan dakwat manakala mozek dalam Rajah 10.6 pula dihasilkan dengan menggunakan kertas yang berjalinan dan dakwat. Rajah 10.7 mozek dihasilkan dengan menggunakan bulatan kecil kertas ditebuk dengan menggunakan penebuk kertas (puncher). Kertas latar adalah dari jenis kertas yang berwarna. Lihat perbezaan antara ketiga-tiga ikan tersebut. Ia menggunakan tema yang sama tetapi menggunakan teknik yang berlainan. Aktiviti mozek ini sesuai dijalankan di dalam kelas secara berkumpulan dimana berlainan kumpulan menghasilkan tema yang sama tetapi menggunakan teknik yang berlainan. Contoh-contoh ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut lagi dalam sub tajuk persembahan hasil karya.

Rajah 10.5: Contoh mozek dari catan dan dakwat

TOPIK 10 KEGIATAN MEMBUAT MOZEK !

169

Rajah 10.6: Contoh mozek dari potongan kertas berjalinan dan dakwat

Rajah 10.7: Contoh mozek dari potongan bulatan kecil kertas

Rajah 10.5, 10.6, 10.7:

Sumber: Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford

Analisa hasil kerja seni dari aktiviti mozek oleh beberapa orang pelukis dan bincangkan tentang tema, bahan dan teknik-teknik yang mereka gunakan.

AKTIVITI 10.2

TOPIK 10 KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

170

PERSEMBAHAN HASIL KARYA

Dalam mempersembahkan tentang sesuatu hasil karya, perkara-perkara seperti membuat penilaian, membuat kritikan, berkomunikasi, ekspresi diri, luahan perasaan, diskusi, dan bersoal jawab seringkali dikaitkan. Persembahan hasil karya sendiri atau orang lain diterima sebagai bahan penting untuk dirujuk semasa menjalani sesi apresiasi seni. Hasil kerja seni terutama murid-murid sekolah rendah dianggap satu kerja yang jujur, segar, berterus terang, penuh imaginatif dan intuitif. Ciri-ciri yang ada pada diri murid-murid ini akan menghasilkan satu suasana pembelajaran yang positif terutama bagai murid-murid dalam golongan Âstudents critical appreciative activitiesÊ. Apabila seseorang murid itu berkomunikasi di antara rakan-rakannya atau gurunya,dia dikatakan telah menggunakan linguistik dan ekspresi visual dalam aktiviti harian mereka. Dalam buku Artwork For Elementary School Teachers, bab 12 bertajuk Art Criticism m.s. 203 ada menyatakan:

ÂCritical activities are the meeting ground between art and language arts, and it is because of the studentsÊ familiarity with the latter that they take so readily to applying language to the understanding of artworks.Ê

Dari kata-kata ini jelaslah menunjukkan bahawa kemahiran kritis dan kreatif boleh dikembangkan bersama-sama dengan aktiviti seni. Dari itu guru harus mengambil peluang terbaik dari aktiviti-aktiviti seni kegiatan menggambar untuk menjalani sesi ekspresi diri dan apresiasi seni berdasarkan Âstudio activity centred method.Ê Ia bermaksud seseorang itu percaya bahawa ekspresi diri tidak boleh diceraikan daripada apresiasi seni. Orang-orang terdahulu juga telah lama menjalani sesi apresiasi seni terhadap hasil kerja seni yang dihasilkan sendiri atau orang lain. Berikut ialah perbandingan di antara dahulu dan sekarang berkaitan cara mengembangkan apresiasi seni melalui kemahiran kritis.]

Jadual 10.1: Perbandingan Apresiasi Seni Dahulu dan Sekarang

Dahulu Sekarang

1. Jarang melihat reaksi spontan

dalam hasil kerja seni

2. Arahan secara Âteacher centredÊ

1. Penilaian dijalankan setelah membuat

pemerhatian dan kajian.

2. Arahan berdasarkan komunikasi, konteks,

persepsi, kajian, pemeriksaan, aktiviti

studio.

10.3

TOPIK 10 KEGIATAN MEMBUAT MOZEK !

171

3. Rujukan dibuat berdasarkan

contoh-contoh hasil kerja seni

yang ada

4. Perbincangan terhad kepada nilai

sentimental

5. Tertumpu pada Âanecdotal

accountsÊ kehidupan seseorang

pelukis

6. Tumpuan kepada artist terkenal

sahaja

3. Media luas seperti slaid, buku, video,

filem, hasil kerja asli, muzium, galeri,

lawatan ketempat pelukis sendiri.

4. Kualiti formal sesuatu hasil kerja seni

perbincangan terhadap isu sosial

5. Tumpu terhadap hasil kerja pelukis

tersebut dan kritikan dengan konteks

insure

6. Pandangan lebih meluas termasuk, kraf,

ilustrasi, media, seni reka, komik, seni

halus melalui pendekatan Âgreat worksÊ.

Penilaian hasil kerja seni berdasarkan empat insurea iaitu bahagian diskriptif, bahagian formal analisis, bahagian interpretasi dan bahagian penilaian. Menilai kerja seni di peringkat diskriptif memerlukan seseorang menggunakan deria lihat dan menyatakan apa yang mereka lihat dalam sesuatu hasil karya. Mereka akan menyatakan pandangan mereka buat pertama kali tentang apa yang mereka lihat pada sesebuah lukisan/catan misalnya. Biasanya mereka akan memperkatakan tentang sesuatu tema/tajuk hasil kerja itu termasuk objek/imej yang terdapat dalam hasil kerja itu. Menilai hasil kerja di peringkat formal analisis lebih terancang. Perkara-perkara yang perlu dibincangkan adalah seperti struktur komposisi yang terdapat dalam hasil kerja tersebut, perbezaan antara simetri dan asimetri, mengenal pasti alatan dan media yang digunakan dalam hasil kerja, teknik-teknik yang digunakan dalam penghasilan hasil kerja, unsur-unsur seni, prinsip-prinsip rekaan yang diguna pakai. Manakala di peringkat interpretasi pula perbincangan lebih menjurus kepada tahap-tahap imaginasi seseorang murid itu, membuat spekulasi makna yang tersirat dalam hasil kerja tersebut dan membuat andaian tentang tujuan pelukis melukis hasil karyanya. Untuk menghasilkan perbincangan ini, seseorang murid ditanya bagaimana membuat perkaitan di antara struktur yang boleh diperhatikan dengan arah tujuan pelukis yang menghasilkan hasil karya tersebut. Di peringkat ini murid akan dapat mengetahui penggunaan komposisi elemen yang telah digunakan oleh pelukis. Mereka juga boleh mengaitkan elemen-elemen warna dengan perasaan pelukis, pandangan pelukis terhadap objek/imej yang dilukis. Perkara-perkara tersebut memerlukan perbincangan lanjut dalam tahap interpretasi ini. Pada peringkat ini cadangan yang dikemukakan oleh murid-murid terhadap sesuatu hasil karya adalah bersifat terbuka dan tanpa memikirkan jawapan yang diberi sama ada betul atau salah. Semua cadangan mereka boleh diterima.

TOPIK 10 KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

172

Di peringkat penilaian pula, perbincangan lebih tertumpu kepada melihat kejayaan seseorang pelukis sama ada berjaya dihasilkan atau pun tidak. Peringkat ini dipanggil peringkat kritikal kerana perlu menjalani satu rumusan terhadap kejayaan atau kegagalan hasil kerja tersebut. Hasil kerja tersebut boleh dibuat gredkan dan dibuat perbandingan dengan hasil kerja lain. Kritikan yang dijalankan di peringkat sekolah lebih ke arah kecenderungan sama ada suka atau tidak terhadap hasil karya tersebut, manakala kritikan yang dibuat oleh orang dewasa lebih ke arah tahap lebih matang dan profesional. Perbahasan tentang sama ada suka atau tidak dalam hasil kerja itu adalah hak seseorang murid itu. Reaksi tersebut sama ada suka, tidak, tidak menarik, tak ceria dan sebagainya adalah reaksi psikologi yang lahir dari perasaan mereka sendiri menyebabkan perbincangan ditamatkan. Apabila seseorang membuat pernyataan seperti „Mozek itu sangat lemah‰ atau „Mozek itu sangat menarik‰ maka seseorang akan menyatakan „Kenapa anda berkata begitu‰ dan memerlukan beberapa justifikasi dalam peringkat penilaian. Jika justifikasi itu lemah atau kontroversi, barulah dibuka untuk perbincangan dengan lebih lanjut. Tujuan diadakan aktiviti belajar secara kritis dan kreatif ini adalah untuk membuat anjakan paradigma dari minda yang tertutup kepada minda yang lebih terbuka. Selalunya dalam membuat penilaian hasil kerja, kebanyakannya akan memilih hasil kerja yang mempunyai kualiti yang tinggi daripada hasil kerja yang mempunyai kualiti yang rendah. Menjalankan sesi apresiasi seni tidak perlu menggunakan masa yang lama dan hasil kerja yang mempunyai tema yang kukuh, Âsubject matterÊ yang menarik dan struktur komposisi yang jelas akan mencetuskan respons yang baik.

TOPIK 10 KEGIATAN MEMBUAT MOZEK !

173

Contoh soalan-soalan yang boleh dikemukakan dalam sesi apresiasi seni berpandukan Rajah 10.5, 10.6 dan 10.7:

DISKRIPSI

1. Apakah yang anda lihat dalam gambar tersebut?

2. Boleh anda namakan jenis-jenis ikan tersebut?

3. Apa yang terdapat pada ikan tersebut?

ANALISA FORMAL

1. Apakah alatan, bahan, media yang digunakan oleh pelukis?

2. Apakah teknik-teknik yang digunakan dalam menghasilkan mozek ini?

3. Garisan-garisan apakah yang anda dapat lihat dalam gambar tersebut?

4. Apakah bentuk-bentuk yang digunakan dalam menghasilkan mozek ini?

5. Adakah struktur ikan ini seimbang?

6. Warna-warna apa yang diguna pakai dalam menghasilkan mozek ini?

7. Apakah tujuan pelukis menggunakan warna-warna kontra ini?

8. Jalinan apakah yang anda dapat lihat dalam hasil kerja ini?

INTERPRETASI

1. Apakah yang anda dapat bayangkan apabila melihat ikan-ikan tersebut?

2. Agaknya kenapa pelukis menggunakan tema ikan terhadap ketiga-tiga ikan ini?

3. Apakah tujuan pelukis sebenarnya melukis ikan-ikan tersebut?

4. Kenapa pelukis ini suka sangat menggunakan warna-warna kontra, bentuk-bentuk tersebut?

5. Kenapa jalinan dicipta oleh pelukis pada permukaan ikan-ikan tersebut?

6. Adakah anda rasa kadar banding ikan itu sesuai?

PENILAIAN

1. Adakah anda fikir hasil kerja ini berjaya atau tidak?

2. Kenapa anda berkata begitu?

3. Pada pandangan anda apakah gred yang anda akan beri terhadap ketiga-tiga gambar tersebut?

4. Adakah anda suka atau tidak terhadap ketiga-tiga gambar ini?

5. Jika suka kenapa?

6. Jika tidak kenapa?

7. Bolehkan anda kaitkan gambar-gambar tersebut dengan kehidupan anda?

TOPIK 10 KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

174

Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan tertentu di atas permukaan rata.

Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat tetapi masih meninggalkan ruang latar.

Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semula jadi atau buatan manusia mengikut kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar.

Orang Greek, Roman dan Kristian mula-mula seni menggambar menggunakan teknik mozek.

Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di dalam sekolah dan pada bangunan-bangunan di luar sekolah.

Terdapat tiga jenis teknik menghasilkan mozek iaitu secara Âdirect methodÊ, Âindirect methodÊ dan Âdouble direct methodÊ.

Setiap teknik dalam aktiviti mempunyai perbezaan dari segi penggunaan alatan, bahan dan media.

Potongan kertas boleh dijalankan dengan berbagai bentuk dan tidak terhad kepada satu bentuk sahaja.

Tips untuk mengangkat cebisan kertas dengan mudah ialah dengan cara meletakkan sedikit gam pada penghujung alatan tersebut.

Penyesuaian warna untuk mozek perlu dibuat dengan teliti untuk menampakkan prinsip kontra pada objek yang dihasilkan.

Teknik mozek timbul (relief) lebih sesuai menggunakan bahan-bahan timbul.

Semburan lutsinar ke atas permukaan hasil kerja mozek menjadikan mozek lebih menarik.

Bahan-bahan yang dilekatkan untuk menghasilkan mozek boleh di campur.

Teknik mozek catan ialah satu-satunya teknik yang tidak memerlukan bahan untuk menampal.

1. Hasilkan satu mozek dengan menggunakan teknik-teknik yang anda ketahui.

2. Jalani satu sesi apresiasi seni dari hasil kerja anda dan rakan anda mengikut peringkat penilaian yang telah dibincangkan. Buat perbandingan di antara hasil karya tersebut dari aspek asas seni reka.

AKTIVITI 10.1

TOPIK 10 KEGIATAN MEMBUAT MOZEK !

175

Penggunaan linguistik dan ekspresi visual penting dalam menilai sesuatu hasil kerja seni.

Kemahiran kritis dan kreatif boleh dikembangkan bersama-sama aktiviti seni.

Guru boleh menjalankan hasil kerja murid secara Âstudio aktiviti centred methodÊ.

Apresiasi seni pada zaman dahulu lebih tertumpu kepada Âteacher centredÊ dan terhad kepada rujukan sedia ada, nilai sentimental, Âanecdotal accountsÊ dan artis terkenal sahaja.

Apresiasi seni pada zaman sekarang lebih tertumpu kepada kajian, pemerhatian, cara berkomunikasi, persepsi, analisia, sintesis, penggunaan alatan dan media yang lebih meluas, perbincangan tentang isu-isu social dan kritikan membina.

Apresiasi seni boleh dijalankan berdasarkan empat peringkat iaitu diskriptif, analisa formal, interpretasi dan penilaian.

Âanecdotal accountsÊ

Âdirect methodÊ

Âdouble direct methodÊ

Âgreat worksÊ

Âindirect methodÊ

Anjakan paradigma

Asimetri

Dekoratif

Diskriptif

Ekspresi visual

Formal analisis

Foro mozek

Interpretasi

Justifikasi

Komposisi elemen

Linguistik

Marmar

Mozek

Mozek bahan buangan

Mozek bijian

Mozek campuran

Mozek catan

Mozek fabric

Mozek kertas

Mozek relief

Mozek tebuk

Penilaian

Sentimental

Seramik

Simetri

Tessera

TOPIK 10 KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

176

Define: Mosaic google search (2007). Retrieved March 15.2007, From http://www.google.com.my.

Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford. Herberholz, Donald & Herberholz, Babara. (2002). Artwork for elementary school

teachers: Developing Artistic and perceptual awareness, New Jersey: McGraw-Hill.

Linderman, M. G. (Eds.). (1997). Art in the elementary school, Boston:

McGraw-Hill. Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts. USA: Brown

and Benchmark.