45
ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH BY: ANIS NADIRAH FATEEN AMEERA NOOR SYUHADAH NORZIELA LOW XIANG YEIN RACHEL LIM JIA WEN 5 PISMP TESL 1

Moral PPT

Embed Size (px)

DESCRIPTION

moral

Citation preview

Slide 1

ELM 3103PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAHBY:ANIS NADIRAH FATEEN AMEERANOOR SYUHADAHNORZIELALOW XIANG YEINRACHEL LIM JIA WEN5 PISMP TESL 1TUGASANFalsafah Pendidikan Kebangsaan.Peranan guru Pendidikan Moral dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Rukunegara.Peranan guru Pendidikan Moral dalam merealisasikan Rukunegara.Wawasan 2020Peranan guru Pendidikan Moral dalam merealisasikan Wawasan 2020Kod Etika PerguruanPeranan guru Pendidikan Moral dalam merealisasikan Kod Etika PerguruanFalsafah Pendidikan KebangsaanTercetus pada 1979 menerusi Laporan Jawatankuasa KabinetMengandungi prinsip, nilai, hala tuju pendidikanPentingnya kita mempunyai suatu falsafah pendidikan yang menekankan pembangunan kemanusiaanJawatankuasa Kabinet mengesyorkan unsur-unsur yang harus diberi penekanan dalam aspek pembangunanTerdapat 3 dasar yg mengstrukturkan FPKRukunegaraDasar Ekonomi BaruDasar Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.Matlamat FPKBertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:1. Percaya dan patuh kepada Tuhan2. Berilmu pengetahuan3. Berakhlak mulia4. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara5. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu6. Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum

Implikasi terhadap pendidik

Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi :

Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan KebangsaanPerubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan serta berakhlak mulia.Secara umum, guru memikul tanggungjawab terhadap masyarakat sebagai agen sosialisasi dan penyebar budaya ilmu yang membawa perkembangan dan kemajuan masyarakatnya. Antara tanggungjawab yang dipikul oleh guru P. Moral adalah:Mengelakkan daripada menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (Contoh: Isu perkauman)Peranan guru P. M dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan KebangsaanMemupuk sikap dan nilai yang terkandung di dalam sukatan dalam diri setiap pelajar supaya membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.Mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral yang mendorong kepada perkembangan kesemua aspek JERI, iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.

Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. (Contoh: Perjumpaan bersama ibu bapa)Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjadi contoh teladan kepada murid-murid.

Dalamusahamengembangkan aspek intelek seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), guru besar pula memainkan peranan yang penting dalam bidang kurikulum, kokurikulum sahsiah serta pentadbiran. Guru besar perlu bertanggungjawab terhadap segala aktiviti yang beroperasi di sekolah yang meliputi pentadbiran,kewangan, kurikulum, kokurikulum, keadaan persekitaran, kakitangan dan pelajar.

RukunegaraRukunegara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong keempat.

Ikrar Rukunegara adalah seperti berikut:Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN

"Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Guru P. Moral haruslah memperkenalkan kelima-lima prinsip rukun negara kepada pelajar.Guru juga perlu bersikap adil dan sensitif terhadap pegangan agama pelajar. (Contoh: tidak menyebelahi atau mempertikaikan agama dan kepercayaan pelajar.)

Peranan guru P. Moral dalam merealisasikan Rukun NegaraGuru menanamkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. (Contoh: menyelitkan elemen sejaran dalam proses P&P)Guru menegaskan tentang kepentingan mematuhi undang-undang. (Contoh: menggalakkan pelajar mematuhi undang-undang bermula dari peringkat kelas, sekolah seterusnya negara)Guru haruskan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada pelajar dari segi adap sopan. (Contoh: berinteraksi secara berhemah dengan pelajar) Melalui cara ini, kanak-kanak akan dilatih atau diasuh serta diserapkan nilai-nilai murni dan norma-norma masyarakat dalam proses pendidikan dan mengamalkannya dalam kehidupan mereka demi mewujudkan perpaduan di antara kaum.

WAWASAN 2020Pada 28 Februari 1991, Y.A.B. Perdana Menteri telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia-Melangkah ke Hadapan" yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020".Sembilan Cabaran WAWASAN 20201)Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yangserupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

2)Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan majudengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.

3)Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang,mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.4)Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika,yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi5)Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyatpelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

6)Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai dayaperubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.7)Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitusistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh.

8)Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitumasyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.

9) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,dinamik, giat dan kental.Peranan guru P. Moral dalam merealisasikan Wawasan 2020Bagi merealisasikan cabaran Pertama, guru P. Moral boleh memupuk nilai seperti nilai hormat dan setia kepada pemimpin, raja dan negara dengan memperkenalkan tokoh-tokoh negara dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Untuk mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, guru haruslah menguruskan kelas secara demokratik. Guru juga berperanan dalam memperkenalkan kepelbagaian kaum, agama, kepercayaan dan budaya dalam proses P&P untuk memupuk persefahaman antara pelajar seterusnya mewujudkan keharmonian . Untuk merealisasikan cabaran Keenam, guru Pendidikan Moral harus mengintegrasikan pelbagai teknologi dan teknik pengajaran dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran supaya dapat mewujudkan masyarakat yang saintifik.Guru juga harus mengaplikasikan aktiviti pembelajaran yang menggalakan perkembangan kemahiran berfikir secara kreatif dan menaakul pelajar untuk memupuk dayaperubahan tinggi dalam diri setiap pelajar. Dalam merealisasikan cabaran Ketujuh, guru perlu melihat pelajar secara positif dan melayaninya secara kemanusiaanGuru juga harus mewujudkan budaya sayang menyayangi,bekhudi, yakni berusaha bukan hanya untuk kesempurnaan diri tetapi untuk kesempurnaan kumpulan.Untuk menjayakan cabaran Kelapan, guru boleh memupuk nilai semangat bermasyarakat melalui aktiviti yang melibatkan pelajar daripada pelbagai kaum supaya menggalakkan persefahaman dan nilai kerjasama. Kod Etika PerguruanGuru yang dimaksudkan dalam konteks kod etika ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi peringkat rendah, menengh dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan. Kod etika perguruan - satu sistem prinsip yang mengawal kemoralan dan perlakuan guru. Kod ini merupakan satu panduan perlakuan atau etikakerjauntuk profesion perguruan.Guru sebagai seorang profesional harus mematuhi peraturan yang terkandung dalam kod etikadisamping mengamalkan peribadi mulia selaras dengan etika profesion dalam menjalankan tugas harian.KodEtika Perguruan MalaysiaTanggungjawab terhadap pelajarMengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. (Rujuk Surat PekelilingIkhtisanBil.4/2002:Pelaksanaan Program dan sekolah dengan Selamat) muka surat 245Adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,emosi, politik, ekonomi, sosial,keturunan atau agama.Merahsiakanmaklumat ikhtisas atau sulit mengenaipelajarkecualikepada mereka yang berhak mengetahuinya.

Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar dibilik darjah tanpa sebarang bayaran.Menunjukkansuatucarapakaian,pertuturan dantingkahlakuyangdapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. (Rujuk Surat Pekeliling KP(BS) 8591/Jld XVII(7) 7Jun 2001) muka surat 243.Memeliharadanmembaikikecekapanikhtisas, persidangan,mesyuaratatau seminar supaya pengajaran mencapai mutuyang setinggi-tingginya.

Tanggungjawab terhadap IbuBapaMenghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka dan berusaha mewujudkan hubunganmesradan kerjasama yang eratdiantara institusi pendidikan dengan rumah tangga.Menganggapsemua maklumat yang diberikan kepadaibu bapa berhubung dengan keadaan rumah tangga atau berkaitan dengan anak merekasebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhakmengetahuinya.

Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan utamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.Mengelakkandiridaripadamenggunakanatau dipengaruhioleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.Mengelakkandiridaripadamengeluarkankata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapapenjaga mereka.

Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan NegaraMengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan Rukunegara.Memupuk dalamdirisetiap pelajar sikap dan nilai yang dapatmembantu,dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.Menghormatimasyarakattempatberkhidmat danmemenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dansentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.Memberikansumbangancergasuntuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendiakawan masyarakat.Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan seharian dengan baik.Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat Dan Profesion PerguruanMengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atauulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatuyang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.Tidakmelibatkandiridalamkegiatanyangbolehmenjejaskan kecekapan sebagai guru.Berusahadengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajindan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.Sentiasabersedia membantu rakan sejawat terutamanya merekayangbaru dalam profesion perguruanSentiasamengawasidirisupayatidak mencemarkan namabaik profesion perguruan.Akan menjadiahlisebuah pertubuhan guru dan memberi kerjasama penuh.Peranan guru P. Moral dalam merealisasikan Kod Etika PerguruanMematuhi kod etika perguruan yang telah dinyatakan. Rujukan http://www.ipislam.edu.my/index.php/research/read/16/peranan-guru-membina-murid-menghadapi-cabaran-wawasan-2020http://ipgmkdri.edu.my/ibrahim/edu3108.pdf