9
VIDEO

Moral

Embed Size (px)

DESCRIPTION

MORAL

Citation preview

Page 1: Moral

VIDEO

Page 2: Moral

KERUNTUHAN INSTITUSI

KEKELUARGAAN

Page 3: Moral

PENDAHULUAN

• Keluarga merupakan satu komponen penting dalam pembentukan sesebuah masyarakat dan seterusnya membentuk sebuah negara.

• Tanpa institusi kekeluargaan, pembentukan sesebuah negara tidak akan sempurna.• Islam memandang institusi kekeluargaan sebagai sebuah institusi yang akan menjadi pencorak kepada masyarakat yang

bakal dibina. • Dalam agama Islam, tanggungjawab sebagai ketua keluarga pada asasnya terletak dibahu kaum lelaki. • Walau bagaimanapun, bagi memastikan kejayaan dan kelancaran sesebuah institusi kekeluargaan, kedua-dua pihak,

iaitu ibu dan bapa memainkan peranan yang sama pentingnya. • Sebagai seorang suami dan bapa, tanggungjawab asasnya ialah menyediakan keperluan asas buat keluarganya seperti

makanan tempat tinggal dan pakaian. • Bukan itu sahaja, sebagai seorang bapa dan suami yang bertanggungjawab beliau juga harus memberikan pendidikan

akademik yang penting untuk perkembangan minda dan juga pendidikan agama untuk kesejahteraan rohani dan fizikal supaya tidak tersimpang daripada ajaran Islam yang sebenar.

• Bagi seorang ibu dan isteri pula, tanggungjawab utamanya ialah memastikan keharmonian dan kelancaran dalam sistem rumah tangga.

• Bagi yang bergelar suami isteri dan ibu bapa, mereka perlu memastikan institusi kekeluargaan yang dibina disulami dengan perasaan kasih sayang dan hormat menghormati.

Page 4: Moral

pengenalan

• Fenomena semasa dan trend dalam masyarakat semakin mencabar keutuhan institusi perkahwinan dan kekeluargaan.

• Ia secara langsung atau tidak disedari sedikit sebanyak mempengaruhi kualiti perhubungan suami isteri.

• Perubahan konteks dan susunan masyarakat dunia telah mencetuskan kepelbagaian dalam hidup berkeluarga.

• Pola dan jangkaan perkahwinan telah berubah, fungsi & bentuk keluarga semakin mengelirukan serta corak perhubungan intim menjadi semakin kompleks.

• Di Malaysia, kerapuhan & kepincangan institusi keluarga semakin bertambah & membimbangkan. Kebanyakan masalah pada hari ini berpunca daripada kepincangan keluarga & struktur masyarakat itu sendiri.

• Kebanyakan masalah hari ini disebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan & kemasyarakatan. Kita perlu memperbetulkan punca sebenar masalah yang dihadapi iaitu kepincangan keluarga terlebih dulu bagi memastikan wujudnya masyarakat penyayang (Prof. Jamilah Ariffin, Berita Harian, 24 Jun, 2003).

• Dalam konteks Negara Malaysia ke arah mencapai wawasan 2020, semestinya kedaulatan keluarga diambil kira bagi membantu mencapai wawasan tersebut.

Page 5: Moral

DEFINISI INSTITUSI KEKELUARGAAN

keluarga didefinisikan sebagai unit kecil dalam sesebuah

masyarakat dan unit terkecil dalam sesebuah negara.

Namun, impak negatif dan positif sesebuah masyarakat dan negara

semuanya bermula daripada institusi kekeluargaan.

Definisi keluarga mengikut Kamus Dewan ialah seisi rumah tangga yang terdiri daripada suami dan isteri sahaja atau bersama anak-

anak.

Keluarga juga merupakan asas sesebuah masyarakat yang di

dalamnya terjalin interaksi dari segi kognitif atau efektif antara

ahli keluarga.

Pembangunan dan pembentukan sesebuah institusi kekeluargaan dalam sesuatu masyarakat itu akan menjadi faktor penentu

dalam pembangunan sesebuah negara.

Allah S.W.T. telah berfirman yang bermaksud:“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang

telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam ) itu

pasangannya (isteri – Hawa) dan yang juga membiakkan dari kedua-dua zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu

selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat kerana

sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu. ” (Surah An-Nisa' : 1)

Page 6: Moral

KONSEP KELUARGAKeluarga merupakan unit asas dalam masyarakat di mana setiap ahli keluarga menjalankan peranan dan tanggungjawab sendiri serta tanggungjawab bersama, demi untuk mencapai kesejahteraan dan keharmonian keluarga.

Setiap ahli keluarga saling berinteraksi dan bergantung sesama sendiri dan dengan ahli masyarakat yang lain.

keluarga adalah sebagai dua atau lebih individu yang berhubungan berdasarkan hubungan darah, ikatan perkahwinan, atau adopsi, hidup dalam satu rumah tangga, berinteraksi satu sama lain dalam persekitarannya, menciptakan dan mempertahankan suatu budaya (dalam Supartini, 2004).

Keluarga Asas (Nuclear Family) merupakan unit keluarga yang paling kecil dan asas. • Keluarga asas terdiri daripada

suami, isteri dan anak. • Lazimnya adalah bersaiz kecil

sebagai penyambung tradisi dan budaya bagi generasi akan datang.

Keluarga Luas (Extended Family) pula merujuk kepada keluarga asas dan ahli keluarga yang lain yang mempunyai hubungan darah yang sah. • Keluarga luas terdiri daripada

ibu, bapa, anak-anak, datuk, nenek, dan saudara mara.

• Lazimnya mereka tinggal dalam rumah yang sama atau berdekatan atau saling berhubungan. Keluarga jenis ini sering terdiri daripada dua atau lebih generasi.

Page 7: Moral

• Institusi kekeluargaan yang roboh adalah antara elemen yang memberi cabaran utama penghayatan dan amalan nilai-nilai murni.

• Institusi kekeluargaan yang telah runtuh akan mendatangkan masalah yang besar kepada amalan nilai-nilai murni remaja kerana tidak ada orang yang akan memberitahu dan mengajar mereka apa yang baik dan apa yang buruk.

• Ibu wajib memainkan peranan yang utama dalam membentuk akhlak anak-anaknya

• Keruntuhan akhlak masyarakat barat umpamanya berpunca dari runtuhnya institusi keluarga mereka yang telah gagal melahirkan manusia yang beradab.

• Satu kesimpulan yang umum dapat dibuat ialah institusi keluarga di negara ini sedang bergerak mengikut trend di barat.

• Keadaan ini disebabkan pelbagai faktor, antaranya kesan dari pembangunan kebendaan dan pengaruh globalisasi yang melahirkan manusia yang tidak mengambil berat soal-soal agama dan bersifat kebendaan.

• Ibu bapa yang tidak menghiraukan sangat soal pendidikan agama dan akhlak kepada anak-anak mereka.• Faktor utama kebahagiaan itu terletak kepada kemewahan hidup.• Menghabiskan masa di tempat kerja dan mempunyai sedikit masa dengan anak-anak. • Anak-anak yang terabai ini kemudiannya mencari keseronokan di luar rumah, • Dipengaruhi oleh persekitarannya yang dominan dan akhirnya terjebak dalam krisis moral.

• Kadar penceraian yang semakin meningkat, bertambahnya kes-kes penderaan terhadap isteri, kes khalwat yang meningkat, anak lari dari rumah, penyalahgunaan dadah yang saban tahun terus meningkat.

• Rumah tangga sudah tidak lagi menjadi tempat aman bagi keluarga untuk menikmati kebahagiaan dan kedamaian hidup.

• Keharmonian rumah tangga terletak di atas tanggungjawab kaum lelaki, tetapi malangnya kaum lelaki yang sepatutnya berperanan sebagai ketua rumah tangga sedang mengalami krisis kredibiliti, ramai yang dirosakkan oleh najis dadah, suka berfoya-foya, kaki pukul dan dilanda dengan krisis moral yang lain.

• Pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga perlu diberi latihan secukupnya bagi mendedahkan mereka kepada tanggungjawab suami isteri serta ilmu dalam mengurus rumah tangga.

• Di malaysia banyak pusat latihan telah ditubuhkan, tetapi tidak ada satu pun pusat latihan yang khusus ditubuhkan untuk memberi latihan bagi memperkasa pengurusan rumah tangga sama ada untuk mereka yang hendak mendirikan rumah tangga atau sudah berumah tangga.

• Latihan ini amat penting dilakukan bagi menyediakan suasana rumah tangga yang mampu membentuk keperibadian manusia unggul.

• Tanggungjawab mereka yang asasi adalah membentuk generasi yang berakhlak dan berilmu pengetahuan.

Page 8: Moral

Penutup• Dalam keghairahan mengejar kemajuan, kita jangan alpa tentang peri pentingnya

peranan dan pemupukan nilai akhlak dalam masyarakat. • Akhlak adalah pengukur kepada kemajuan, kerana ia berperanan penting

melahirkan manusia yang mengamalkan nilai-nilai hidup yang baik serta berperanan mencetus kemajuan.

• Pembentukan nilai akhlak harus menjadi agenda nasional dan perlu kesepaduan usaha dari semua pihak.

• Untuk membina masyarakat yang berakhlak kita perlu suasana yang konstruktif kepada nilai itu berkembang dan berusaha untuk menyekat suasana yang boleh mengikis nilai-nilai akhlak.

• Kita harus mengingati selalu kata-kata seorang penyair Mesir, Syauqi Bey yang berkata; "Sesungguhnya bangsa itu kekal selama

berakhlak. Bila akhlaknya telah lenyap, maka lenyap pulalah bangsa itu".

Page 9: Moral

RUJUKANHasan Mohd Ali (2000). Mendidik Anak-Anak, Kuala Lumpur: Sabha DTP Services Sdn BhdAbdul Rahim M.Ali (2001). Ilmu Pendidikan DPM, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors

Sdn Bhd.Tam, Y.K. (2006). Pendidikan Moral: Konsep dan pedagogi Pendidikan Moral untuk pelajar-pelajar

KPLI, LPBS dan PISMP Maktab-maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Akta Kaunselor 1998 (Akta 580)Asnawi, S. (2002). Teori motivasi. Jakarta. Studia press.Berita Harian, 20 Mac 2010Berita Harian, 24 Jun, 2003Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). (2011)Mohd Noor, Norhayati and Mahmud, Zuria and Abd. Rahman, Saemah (2012) Proses kaunselingkeluarga di Malaysia UKM.Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA)Utusan Melayu, November 2011