Upload
haydenchia
View
162
Download
13
Embed Size (px)
DESCRIPTION
anyaman Melayu
Citation preview
Modul Pembelajaran Anyaman
Home Something About Us Modul Pembelajaran Anyaman
Proses Penghasilan Anyaman
Thursday, June 7, 2012
Posted by Babey_NaNa at 9:42 PM No comments:
ANYAMAN
Recommend this on Google
INTRODUCTION
Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan
masyarakat Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau
menyilangkan bahanbahan daripada tumbuhtumbuhan untuk dijadikan
satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuhtumbuhan yang
boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan
beberapa bahan tumbuhan lain yang dikeringkan.
Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahanbahan daripada tumbuh
tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan.
Bahanbahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar,
buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya
mudah dikeringkan dan lembut.
Menganyam adalah salah satu seni tradisi tertua di dunia. Konon
kegiatan itu ditiru manusia dari cara burung menjalin rantinranting
menjadi bentuk yang kuat.
Kesenian ini juga ada di berbagai budaya Nusantara. Di rumahrumah
panggung di pesisir Aceh, tikar pandan menjadi alas lantai. Di
Pedamaran, Sumatra Selatan, kegiatan menganyam tikar menjadi
pemandangan seharihari yang dilakukan ibu dan para gadis remaja. Tak
heran bila kota itu disebut sebagai kota tikar. Untuk memperkenalkan
Kelas Antariksa pada seni tradisi nenek moyang, mereka pun diajak
menganyam kain flanel.
Mereka melakukannya dengan penuh keseriusan, agar pola tikar tidak
salah. Kelak, kalau sudah terbiasa, mereka mungkin akan melakukannya
sambil mengobrol, seperti halnya para penganyam tikar di desa:
Anyaman
Di akhir pembelajaran,pelajar akan dapat:
Kognitif : Mengetahui danmenceritakan teknik-teknikmenganyam.
Psikomotor : Menghasilkananyaman berdasarkanteknik yang telahditunjukkan.
Afektif : Menghasilkanproduk dengan mengikutkreativiti masing-masing.
Tujuan
▼ 2012 (4)▼ June (4)
ANYAMAN
INTRODUCTION
HISTORY
TOKOH-TOKOH
Hey, Take a Look!
Total Pageviews
6 7 1 9
0 More Next Blog» Create Blog Sign In
Posted by Babey_NaNa at 9:28 PM No comments:
menganyam adalah sebuah kegiatan sosial, tempat bertukarnya cerita.
Asal Usul Anyaman
Seni anyaman adalah milik masyarakat melayu yang masih sangat di
kagumi dan di gemari hinnga saat ini. Kegiatan seni anyaman telah ada
semenjak zaman dahulu kala, hal ini dapat di lihat pada rumahrumah
orang jaman dahulu di mana dinding rumah mereka di anyam dengan
menggunakan buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan
hingga saat ini. Rumah yang berdinding dan beratapkan nipah tidak
panas, karena lapisan daun nipah yang tebal.
Seni anyaman di percaya bermula dan berkembangnya tanpa menerima
pengaruh luar. Penggunaan tali, akar, dan rotan merupakan asas
pertama dalam penciptaan kerajinan tangan anyaman. Bahanbahan itu
tumbuh liar di hutanhutan, kampungkampung, dan kawasan sekitar
pantai.
Berbagai bentuk kerajinan tangan dapat di bentuk melalui proses dan
teknik anyaman dari jenis tumbuhan pandan dan bengkuang. Bentuk
bentuk anyaman di buat berdasarkan fungsinya. Misalnya bagi
masyarakat petani / nelayan, anyaman di bentuk menjadi topi, bakul,
tudung saji, tikar, dan aneka rupa yang di bentuk untuk digunakan
seharihari.
Selain dari tumbuhan pandan dan bengkuang, anyaman juga dapat di buat
dari tumbuhan jenis palma dan nipah. Berdasarkan bahan dan rupa
bentuk anyaman yang di hasilkan. Seni anyaman merupakan daya cipta
dari sekelompok masyarakat luar istana yang lebih mengutamakan nilai
kegunaannya. Walaupun pada tahun 1756 sampai 1794 telah terdapat
penggunaan tikar untuk raja yang terbuat dari rotan.
Untuk memulai menganyam, waktu yang tepat adalah pada pagi atau malam
hari dalam keadaan cuaca yang redup dan dingin. Daundaun lebih
lembut dan mudah di bentuk tanpa meninggalkan kesankesan pecah.
Biasanya beberapa orang melakukan kegiatan menganyam secara
berkelompok di halaman rumah atau beranda rumah pada waktu malam,
petang, atau waktu senggang.
Seni kerajinan tangan anyaman adalah sesuatu karya yang unik dan
rumit proses pembuatannya. Namun usaha untuk mempertahankannya harus
di teruskan agar tidak termakan oleh perkembangan zaman. Budaya
bangsa bukan hanya di lihat dari bahasa dan ragamnya saja, tetapi
juga di lihat dari hasil karyanya yang bermutu tinggi. Warisan budaya
yang unik ini harus selalu di terus di pelihara dan di manfaatkan
bersama.
+1 Recommend this on Google
Wednesday, June 6, 2012
HISTORY
SEJARAH ANYAMAN
Anyaman adalah satu tradisi yang tidak mengalami pengaruh dari
luar. Perkembangan sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan
seni tembikar. Jenis anyaman penghasilan tali, rumah dan keperluan
kehidupan kebanyakannya wujud pada zaman Neolitik. Bahan dan alat
daripada akar dan rotan adalah dilihat sebagai bahan asas terawal
yang digunakan untuk penghasilan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam
buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan bahawa pada
Join this sitewith Google Friend Connect
Members (2)
Already a member? Sign in
Followers
[PR] 無料で面白タイピング!
powered by
Something About --Anyaman--
zaman pemerintahan Long Yunus (175694) di negeri Kelantan, hanyalah
raja yang menggunakan bahan anyaman yang dipanggil “Tikar Raja”.
“Tikar Raja” ini dibuat daripada pohon bemban.
Negeri yang menjalankan aktiviti anyaman ialah negeri Perlis,
Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak, dan
Sabah. Beberapa buah negeri masih terus aktif menjalani aktiviti
anyaman di peringkat kampung. Antaranya ialah daerah Rusila, Dungun,
Kampung Kijing, Kampung Ru Renggoh, Cendering dan Kuala Ibai di
negeri Terengganu.
Pada zaman dahulu, aktiviti anyaman banyak dilakukan dan
dikerjakan oleh wanita untuk mengisi masa senggang dan bukan sebagai
mata pencarian utama. Hasil kraf tangan boleh dijadikan sebagai
hadiah untuk anak saudara atau sahabat handai sebagai tanda kasih.
Seorang wanita yang tidak mahir dalam seni anyaman pada zaman dahulu
akan dianggap sebagai seorang yang tidak mempunyai sifat kewanitaan
yang lengkap. Pada waktu wanita sedang menganyam, lelaki hanya
menolong menetap daun dan memprosesnya. Aktiviti anyaman selalu
dilakukan secara individu atau secara kecilkecilan yang merupakan
satu usaha ekonomi bagi orangorang di kampung. Hasil anyaman bermutu
tinggi bagi memenuhi keperluan pelanggan. Hasilan anyaman tidak
terkongkong dalam bentuk tradisional sahaja tetapi ciptaan dimensi
baru dari segi rupa dan bentuk, warna dan corak, teknik dan bahan
sering diubahubahkan mengikut peredaran zaman dan cita rasa
pelanggan.
Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan,
tetapi digubah dengan memasukkan unsurunsur seni untuk memberi
bentuk yang indah dan menarik hati. Penciptaan kraftangan itu
memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahanbahan asas
yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil
kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut
memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah
dan menarik.
Seni anyaman adalah suatu bentuk kraf yang tidak dapat
dipisahkan daripada cara hidup tradisional masyarakat Melayu dan
rumpun nusantara. Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung
kediaman, hasil kerja menganyam membentuk persekitaran hidup yang
boleh dilihat di manamana. Ini tidak menghairankan kerana tumbuh
tumbuhan tropika merupakan jenis yang sesuai untuk dijadikan bahan
anyaman.
Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan,
akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis
reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui nyaman demi untuk mencipta
sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung
saji, bakul dan menganyam tikar untuk mengalas tempat duduk.
Estetik dikaitkan dengan istilah nilainilai keindahan, termasuk
di dalamnya makna, antara lain elok, molek, cantik, anggun, bagus,
lembut, utuh, seimbang, padu, bening, tenang, hampa, suram, dinamik,
kukuh, hidup, gerak, hambar, sentimental dan tragik. Berekspresi
estetik merupakan antara keperluan manusia yang tergolong dalam
keperluan budaya, keperluan ini terhasil kerana faktor dorongan dari
dalam diri manusia yang secara asasi sentiasa ingin merefleksikan
keradaannya sebagai makhluk yang bermoral, berakal fikiran dan
berperasaan.
Keperluan estetik, baik secara langsung mahupun tidak langsung,
terserap dalam kegiatankegiatan untuk memenuhi keperluan lainnya,
sama ada keperluan primer, sekunder, ataupun keperluan budaya
lainnya, yang berkaitan dengan perasaan baik dan benar, adil dan
tidak adil serta masuk akal atau sebaliknya. Apabila menjelaskan
Posted by Babey_NaNa at 9:33 PM No comments:
makna estetik maka ia banyak dibincangkan berkaitan dengan deria
pengamatan terhadap sesuatu perkara atau suasana yang menekankan
aspek kesenian atau keindahan, bukan menekankan aspek fungsional
serta kecanggihan objek tersebut. Manakala apabila menjelaskan makna
kreatif dalam sesuatu hasil kesenian Melayu, kerap pemaknaan
penghasilan hanya dilingkungi hasil pengamatan serta manifestasi
kreatif pandai kraf terhadap alam Melayu.
Pada zaman dahulu, seni anyaman boleh dijadikan dinding rumah,
alat keperluan harian dan sebagainya. Tetapi, kebanyakan karya seni
anyaman hanya boleh dijadi sebagai alat hiasan dan tradisi ini kurang
disuka oleh remaja pada hari ini. Anyaman adalah kesenian yang
bersifat lahiriah, mempunyai makna yang dalam dan kewujudannya
merupakan wadah pemaparan idea yang melibatkan pancaindera
penglihatan, pendengaran, pemikiran dan kesedaran secara seimbang
sebagai symbol yang memberi makna yang tersendiri dalam masyarakat
berhubung dengan adat, agama, kepercayaan, adab, perasaan, corak
pemikiran dan falsafah hidup orang Melayu. Tradisi ini haruslah
diteruskan supaya satu gaya yang popular boleh diwujudkan.
+2 Recommend this on Google
Tuesday, June 5, 2012
TOKOH-TOKOH
TOKOHTOKOH DALAM SENI ANYAMAN
Seorang bakar dalam seni anyaman mengkuang telah dilahirkan di
Pulau Pinang, iaitu Puan Habibah binti Mat yang telah berusia 56
tahun kini. Beliau mula mengemari dan meminati seni anyaman mengkuang
sejak remaja. Ibunya, Salmiah Ahmad juga merupakan seorang penganyam
mengkuang. Tetapi, ibunya tidak pernah mengajarnya tentang teknik dan
kemahiran menganyam. Habibah akan mencuricuru belajar menganyam
menggunakan perkakas ibunya pada cuti sekolah tetapi sering dimarahi.
Sejak ibunya Salmiah Ahmad meninggal dunia pada tahun 1979, Habibad
nekad untuk berhenti kerja dan ingin meneruskan kemahiran ibunya
dalam seni anyaman mengkuang. Pada tahun 1980an, Habibah telah
mengikut kursus selama dua tahun di Kraftangan Malaysia, cawangan
Terengganu dalam seni anyaman mengkuang.
Tokoh yang seterusnya adalah Puan Aminah binti Ali. Beliau telah
dilahirkan pada tahun 1944 yang berasal dari Rusila Terengganu Darul
Iman, iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal.
Beliau merupakan tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga
dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara.
Beliau masih aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman pada kini.
Tokohtokoh lain yang telah mencipta motif anyaman:
1) Siah binti Jumaat berasal dari negeri Terengganu yang mencipta
kelarai Sambas.
2) Hajah Asiah binti Salleh dari negeri Terengganu yang mencipta
kelarai Tapak harimau.
3) Hajah Semek dari negeri Terengganu yang mencipta kelarai Mak Mek.
4) Esah binti Said dari negeri Kelantan yang mencipta kelarai Sisik
Kelah.
Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Posted by Babey_NaNa at 9:35 PM No comments:
5) Dayang Aisah binti Awang Husin dari negeri Sabah yang mencipta
kelarai bunga.
Kelarai ialah corak atau motif yang berbentuk dan terhasil
daripada proses menganyam. Anyaman yang tidak mempunyai kelarai
dipanggil anyaman “ghadas” atau anyaman biasa. Anyaman kelarai
biasanya terancang dan dilakukan serentak semasa proses anyaman. Dua
jenis warna kontra digunakan bagi menunjukkan kesan. Susunan warna
sesuatu anyaman biasanya dinamakan “corak”. Susunan warna sesuatu
anyaman biasanya dinamakan “corak”. Jenis kelarai boleh dibahagikan
kepada beberapa kumpulan dan nama individu. Kebiasaan bentukbentuk
kelarai berdasarkan tumbuhtumbuhan, haiwan, dan abstrak.
+1 Recommend this on Google
Follow by Email
Email address... Submit
Share this on Facebook
Tweet this
View stats
(NEW) Appointment gadget >>
Share It
Copyright Babey_NaNa. Awesome Inc. template. Powered by Blogger.