Modul Muzik Dengan Gerakan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Modul Muzik & Gerakan

Citation preview

  • PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

    Syahariman bin Hamid (Unit Muzik, Jab. Sains Sosial, IPGKTAA)

    APRESIASI MUZIK DALAM PERGERAKAN KREATIF

    Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan

    secara simbolik melalui perlakuan atau aksi individu yang boleh berlaku secara

    spontan, automatis dan terurus (melibatkan perancangan yang lebih tersusun)

    melalui postur, gerak isyarat dan pelbagai pergerakan badan.

    Bentuk perhubungan kita yang pertama adalah melalui pergerakan (biarpun semasa

    dalam kandungan). Setiap kanak-kanak merupakan individu yang unik dan

    mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk melahirkan perasaan melalui

    pergerakan.

    Pergerakan adalah satu kaedah untuk melahirkan perasaan-perasaan. Yardley

    (1973) menunjukkan bahawa pergerakan adalah cara utama untuk mengeluarkan

    perasaan-perasaan yang bersemadi dalam jiwa kanak-kanak dan penggunaan

    pergerakan ini berterusan walaupun selepas kanak-kanak sudah mencapai

    kemajuan dalam kemahiran bercakap. Beliau juga menegaskan bahawa pergerakan

    fizikal dapat menjadi media untuk melahirkan emosi dengan lebih berkesan daripada

    pengucapan kata-kata. Kerap kali ekspresi perasaan seseorang individu melalui

    pergerakan fizikal adalah tidak kreatif dan dilakukan bukan secara sedar tetapi

    spontan dan membayangkan perasaan peribadi individu tersebut.

    Fleming (1976) telah mengemukakan bahawa pergerakan kanak-kanak mempunyai

    ciri-ciri yang sama. Kedua-dua gejala ini tidak boleh dipisahkan. Ia menyatakan

    bahawa Pergerakan merupakan perantaraan sejagat bagi kanak-kanak lelaki dan

    perempuan yang menggunakannya untuk melahirkan reaksi kepada kita, sesama

    mereka sendiri, alam, keadaan dan objek (m.s. 4).

    Respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran

    dan pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kank-kanak, muzik dan gerakan

    tidak boleh dipisahkan. Ia adalah sifat semulajadi kanak-kanak yang memang suka

    bergerak.

  • PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

    Syahariman bin Hamid (Unit Muzik, Jab. Sains Sosial, IPGKTAA)

    Apabila memperkatakan tentang pergerakan kreatif, bagi setengah orang akan membayangkan di fikiran mereka gambaran penari-penari yang menari mengikut rentak muzik dengan menggunakan selendang atau sebagainya. Pada hakikatnya, pergerakan kreatif adalah lebih dari itu kerana ia merupakan satu proses penyelidikan yang memerlukan pertimbangan dan persediaan yang secukupnya seperti yang dilakukan terhadap kursus geraktari yang lain. (m.s.31)

    Definisi Pergerakan Kreatif

    Kreativiti merupakan satu konsep penting dalam pendidikan kanak-kanak daripada

    pelbagai kelompok umur. Kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu dan imaginatif

    serta tidak mudah untuk dihalang daripada melahirkan perasaan (dalam bentuk

    pergerakan). Ciri-ciri ini (ingin tahu, imaginatif dan melahirkan perasaan) dijadikan

    sebagai asas untuk menyediakan pengalaman-pengalaman pergerakan yang akan

    membantu mereka memperkembangkan sifat-sifat keindividuan mereka yang unik.

    Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk pernyataan kendiri yang unik. Dengan

    lain perkataan, setiap individu menggunakan pergerakan berirama untuk melahirkan

    pemikiran, idea atau perasaannya. Tujuannya antara lain ialah untuk berhubung.

    Komponen pergerakan kreatif terdiri daripada badan, ruang, masa dan daya (atau

    tenaga).

    Pergerakan kreatif adalah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang

    dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan (Salmah Ayob, 1992).

    Pergerakan kreatif bukanlah satu siri langkah atau rutin yang diajar dan dikenakan

    kepada pelajar oleh guru. Dunkin (1998) menyatakan bahawa,

    Pergerakan kreatif mendedahkan hubungan-hubungan antara dalaman kendiri dan

    realiti luaran. Ia mempertajamkan daya persepsi dan membuat manusia lebih peka

    terhadap apa yang mereka dengar, rasa dan lihat. Peranan pergerakan kreatif

    adalah untuk mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai bentuk pergerakan yang

    berunsur seni. Pendidikan bentuk ini membolehkan kanak-kanak menggunakan

    gerak geri anggota sebagai media untuk melahirkan perasaan dalaman,

    mengintegrasikan motor dan kognitif, meninjau hubungan antara personaliti dengan

    pergerakan dan meneroka batas-batas tradisi yang menjadi ciri-ciri dalam proses

    pendidikan muzik.

  • PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

    Syahariman bin Hamid (Unit Muzik, Jab. Sains Sosial, IPGKTAA)

    Pergerakan kreatif dapat memenuhi dan membantu mencapai matlamat-matlamat

    perkembangan individu, membantu membina tubuh badan, meransang daya

    imaginasi dan mencabar keupayaan intelek, membantu menyemai apresiasi

    terhadap keindahan dan memantap serta memperhaluskan sifat-sifat emosi.

    Unsur-unsur Pergerakan Kreatif

    Semua aktiviti fizikal melibatkan unsur-unsur tubuh badan, masa, ruang dan daya.

    Unsur-unsur ini digunakan secara spontan dalam aktiviti-aktiviti harian dan juga

    sebagai asas untuk membina pengalaman-pengalaman pergerakan kreatif.

    Mengikut Salmah Ayob (1992), terdapat empat unsur pergerakan iaitu :

    i) Badan

    Badan merupakan satu instrumen atau alat yang digunakan untuk

    melahirkan idea, pemikiran atau perasaan. Organ-organ dalam tubuh

    badan seperti jantung, paru-paru dan organ-organ yang lain sentiasa

    bergerak dan bertindak tanpa kesedaran kita. Bahagian luar tubuh badan

    seperti kepala, bahu, lengan, tangan, jari-jari, kaki, tapak kaki, hujung

    kaki, lazimnya menguasai daya sedar untuk bergerak. Idea-idea

    pergerakan dilahirkan dengan menggunakan bahagian-bahagian tubuh

    badan, permukaan-permukaan (depan, belakang, sisi kiri dan kanan) dan

    bentuk yang digayakan oleh tubuh manusia.

    ii) Masa

    Masa menyatakan tempo (bagaimana cepat atau perlahan pergerakan itu

    dipersembahkan), rentak (ritma dasar yang berterusan seperti degupan

    jantung), tekanan (accent) (rentak yang lantang atau kuat dalam sesuatu

    pola ritma), jangkamasa (durasi) (panjang pendeknya setiap rentak).

    Pola-pola ritma merupakan satu kombinasi tempo, rentak, tekanan dan

    jangkamasa.

    iii) Ruang

    Ruang merujuk kepada ruang kawasan peribadi atau ruang diri dan ruang

    am atau ruang persekitaran. Ruang peribadi atau diri ialah ruang

    sementara yang mengelilingi individu yang tidak bergerak. Ruang diri

    menjangkau sejauh mana seseorang individu dapat membongkok dan

  • PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

    Syahariman bin Hamid (Unit Muzik, Jab. Sains Sosial, IPGKTAA)

    melenturkan badan sebarang arah. Ruang am atau persekitaran

    merangkumi keseluruhan kawasan bilik darjah, gimnasium atau padang

    permainan di mana aktiviti-aktviti pergerakan diteruskan. Arah (depan,

    sisi, belakang, pepenjuru), aras (tinggi, sederhana, rendah), jarak (dekat,

    jauh) saiz (besar, kecil), laluan (berlengkok, lurus, bersiku keluang-zig-

    zag), bentuk (sempit, luas, bersiku-siku, berkitaran, lurus) dan tumpuan

    mata (arah mata memandang), merupakan faktor-faktor yang digunakan

    dalam aspek ruang.

    iv) Daya / Aliran

    Daya digunakan dalam setiap gerakan dan dikategorikan kepada halus-

    ringan (kurang daya) dan berat-kuat (bertenaga). Jumlah tenaga yang

    dikeluarkan dalam sesuatu pergerakan menunjukkan impak tenaga atau

    kekurangan tenaga.

    Semua pergerakan boleh diubah dengan meminda aliran daya,

    bergantung kepada impak (mendadak atau tenang), beban (berat atau

    ringan), kekuatan (kukuh atau lemah) dan aliran (bebas, terikat atau

    dalam imbangan) (Joyce, 1980,m.s. 4).

    Aliran berkaitan dengan daya kerana tenaga digunakan apabila

    melalkukan pergerakan. Pergerakan badan boleh menjadi bebas, terikat

    atau berada dalam imbangan. Pergerakan bebas atau yang tidak terikat

    mempunyai ciri-ciri kesinambungan dan berterusan. Pemberhentian

    adalah sukar dilakukan dengan pergerakan-pergerakan bebas.

    Pergerakan-pergerakan yang terikat adalah terkawal, terimbang dan

    terbatas. Pemberhentian adalah mudah dilakukan dengan pergerakan-

    pergerakan terikat. Imbangan menunjukkan kedudukan di antara

    pergerakan bebas dan pergerakan terikat.

    Pertimbangan Penting Dalam Pergerakan Kreatif

    Dalam kebanyakkan budaya, aktiviti-aktiviti geraktari merupakan sebagai suatu

    bentuk seni dan rekreasi. Ia terus memainkan peranan penting dalam masyarakat.

    Dalam kurikulum pendidikan di sekolah, aktiviti-aktiviti pergerakan adalah penting

    dalam membina keupayaan mengawal gerak-geri fizikal dan sebagai landasan untuk

    melahirkan perasaan dalaman serta daya kreativiti. Kanak-kanak pada umumnya

  • PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

    Syahariman bin Hamid (Unit Muzik, Jab. Sains Sosial, IPGKTAA)

    mempunyai minat semulajadi terhadap rentak irama dan pergerakan mereka sering

    memperlihatkan unsur-unsur dan gaya berirama. Bagaimana kualiti-kualiti tersebut

    dapat dimantapkan dengan lebih intensif lagi bergantunglah kepada sejauh mana

    kesempatan diberikan kepada kanak-kanak untuk membolehkan mereka melahirkan

    citarasa mereka melalui aktiviti pergerakan.

    Beberapa pertimbangan penting perlu diberi tumpuan dalam pengajaran dan

    pembelajaran pergerakan kreatif. Pertimbangan-pertimbangan tersebut adalah

    seperti berikut :

    a) Tubuh badan sebagai alat mencurahkan perasaan dan idea.

    Penggunaan tubuh badan sebagai alat mencurahkan perasaan dan idea

    adalah konsep penting dalam pergerakan kreatif.

    b) Penggunaan bahan Rangsangan.

    Bahan ransangan seperti muzik, suara, gambar, reka bentuk atau grafik,

    lukisan, riben dan apa sahaja objek yang digunakan untuk

    memperkembangkan daya imaginasi murid. Jika bahan rangsangan yang

    bersesuaian, menarik dan berkesan digunakan untuk sesuatu peringkat usia

    dan jantina yang dipilih, maka adalah mudah bagi murid memberi tindak

    balas untuk sesuatu pergerakan kreatif.

    c) Daya Cipta Kreatif.

    Kebebasan dalam mencurah atau melahirkan perasaan dan idea

    menggalakkan daya cipta kreativiti. Tindak balas yang berbeza dalam setiap

    bentuk pergerakan terhadap rangsangan yang diberikan menunjukkan daya

    cipta kreatif. Ini dapat dilihat dalam jenis-jenis pergerakan yang ditunjukkan.

    d) Kesedaran Ritma.

    Kesedaran ritma dicapai melalui rangsangan bunyi atau suara. Tetapi ritma

    semulajadi dalam pergerakan adalah satu daya kreatif.

    e) Semangat Berkumpulan.

    Aspek perkaitan atau perhubungan di antara satu sama lain adalah satu

    konsep penting dalam pergerakan kreatif terutama perkaitan antara seorang

    individu dengan pasangan atau kumpulannya. Selain daripada kedudukan

  • PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

    Syahariman bin Hamid (Unit Muzik, Jab. Sains Sosial, IPGKTAA)

    dan bentuk fizikal, perkaitan ini dilihat dalam bentuk pengucapan atau luahan

    perasaan dengan semangat berkumpulan semasa melakukan pergerakan.

    f) Olahan Kreatif

    Pergerakan kreatif yang terancang (koreagraf) yang dihasilkan bersama-

    sama oleh murid-murid dalam satu kumpulan, bertindak sebagai komunikasi

    idea individual. Rangkaian pergerakan yang dihasilkan merupakan olahan

    kreatif berasaskan sesuatu tema atau sub tema sangat diberi tumpuan.

    Olahan kreatif ini dapat dipersembahkan secara individu atau berkumpulan.

    g) Persembahan dan Penilaian.

    Dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan kreatif, persembahan dan

    penilaian pergerakan atau olahan kreatif digalakkan. Kedua-dua aktiviti

    merupakan tugasan yang diberi oleh guru. Pemerhatian aktif untuk penilaian

    atau refleksi atau kritik sangat digalakkan di mana murid dikehendaki

    memerhati atau menilai sesuatu untuk penambahbaikan.

    Penerokaan Bunyi

    Pergerakan kreatif pada umumnya adalah berkaitan dengan ekspresi idea,

    perasaan, emosi dapat disalurkan kepada murid dalam aktiviti berbentuk permainan.

    Semasa bermain murid berasa bebas untuk terlibat mengikut cara mereka tersendiri,

    menginterpretasi tugasan yang diberi mengikut kefahaman mereka sendiri dan

    memberi peluang kepada mereka mencuba langkah-langkah yang boleh mereka

    fikirkan tanpa batasan dan had yang ditetapkan oleh guru.

    Pergerakan kreatif memberikan kebebasan menggunakan anggota badan dengan

    memanipulasikan pengalaman sedia ada untuk meluahkan perasaan. Ia boleh

    dilakukan di mana sahaja. Seterusnya ia dapat meningkatkan tahap kesediaan murid

    dengan mempertingkatkan tahap interpretasi ritma dan kordinasi anggota badan.

    Pergerakan kreatif memberi kanak-kanak kepuasan, ketenangan dan kegembiraan di samping dapat berinteraksi dan berkomunikasi secara ekspresif. Bincangkan kepentingan pergerakan kreatif dalam perkembangan kanak-kanak. Apakah peranan guru untuk mewujudkan suasana yang kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dengan gerakan ?

  • PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

    Syahariman bin Hamid (Unit Muzik, Jab. Sains Sosial, IPGKTAA)

    Iringan Untuk Aktiviti Pergerakan Kreatif

    Ada pelbagai jenis iringan yang boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti pergerakan

    kreatif. Muzik merupakan jenis iringan yang pertama biaanya digunakan dalam

    aktiviti tersebut. Muzik daripada bahan-bahan multimedia seperti audio cd/vcd/dvd,

    rakaman kaset adalah mudah diperolehi. Anda seharusnya mendengar terlebih

    dahulu semua muzik dan membuat keputusan sama ada muzik-muzik yang

    didengari itu sesuai atau tidak untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

    yang telah dirancang.

    Muzik popular merupakan satu lagi sumber untuk iringan. Biasanya muzik

    instrumental adalah lebih sesuai, walaubagaimanapun sesetengah lagu berserta lirik

    juga sesuai. Harp, gamelan, loceng, alat-alat muzik yang menggunakan arus angin

    dan alat-alat lain, menawarkan latar belakang muzik yang menarik untuk mencipta

    pergerakan kreatif.

    Muzik tradisional di Malaysia juga boleh dijadikan muzik itingan untuk aktiviti-aktiviti

    pergerakan kreatif. Kebanyakkan daripada muzik tradisional itu mempunyai rentak

    yang sederhana dan baik disamping memperkenalkan muzik Malaysia kepada

    murid-murid.

    Iringan alat-alat muzik paluan termasuk gendang, alat-alat perkusi, tepukan atau

    sebarang alat yang mengeluarkan bunyi apabila dipalu juga biasa digunakan dalam

    aktiviti pergerakan kreatif. Alat-alat ini juga boleh dihasilkan sendiri oleh murid-murid

    dengan menggunakan bahan-bahan terbuang seperti kayu, tin-tin kosong, bekas-

    bekas plastik dan sebagainya. Pemilihan iringan seharusnya menarik dan boleh

    mewujudkan suasana menggembirakan di dalam kelas.

    Props dan Penggunaan Rangsangan-rangsangan Lain Dalam Pergerakan

    Kreatif

    Penggunaan props adalah satu cara yang baik untuk memperkenalkan pergerakan

    kreatif kepada murid-murid. Props mencakupi objek-objek yang boleh diuruskan dan

    dimanipulasi oleh seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Uncang-uncang

    kacang, skaf, reben, gelang rotan, belon dan sebagainya adalah beberapa contoh

    props yang boleh digunakan untuk membentuk pola-pola pergerakan yang menarik

    selari dengan penggunaan ruang. Dengan menggunakan props, murid-murid akan

  • PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

    Syahariman bin Hamid (Unit Muzik, Jab. Sains Sosial, IPGKTAA)

    mempelajari cara-ara memanipulasikan props dan menjalin hubungan dengannya

    dan juga kepadanya.

    Deria-deria penglihatan, sentuhan, bau, rasa dan pendengaran dapat memberi

    rangsangan-rangsangan yang boleh dijadikan asas untuk aktiviti kreatif. Rangsangan

    ideasional dan emosional juga menjadi saluran-saluran untuk pernyataan kreatif.

    Alam semulajadi dan persekitaran; mud dan emosi; hubungan manusia, peristiwa-

    peristiwa bersejarah, legenda atau peristiwa-peristiwa semasa dan juga sastera

    boleh bertindak sebagai rangsangan untuk pergerakan. Aktiviti pergerakan

    menyeluruh boleh dibentuk berdasarkan perasaan riang, sedih, marah, takut atau

    emosi-emosi lain.

    Carta, simbol dan gambarajah juga boleh digunakan untuk mengorganisasikan

    pergerakan kreatif. Simbol-simbol bertulis dan juga corak-corak merupakan satu lagi

    rangsangan untuk memperkembangkan lagi idea pergerakan kreatif. Bahasa, baik

    dalam bentuk bertulis mahupun lisan, mengandungi ritma dan emosi yang boleh

    digunakan sebagai rangsangan untuk aktiviti pergerakan kreatif. Rima kanak-kanak,

    puisi, lagu-lagu rakyat dan kata-kata boleh digabungkan ke dalam pengajaran dan

    pembelajaran pergerakan kreatif. Semuanya berdasarkan kreativiti guru untuk

    mengolahkannya menjadi satu pergerakan yang menarik.

    AKTIVITI

    1. Mengecam bunyi daripada pelbagai sumber dan alam sekitar;

    alat-alat muzik yang didengar

    bunyi haiwan

    bunyi alam

    2. Meniru rentak atau irama yang menggunakan anggota badan;

    melengkapkan rangkaian irama

    soal sahut rangkai irama

    3. Menyatakan perasaan terhadap muzik yang didengar;

    sedih

    riang

    bersemangat

  • PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

    Syahariman bin Hamid (Unit Muzik, Jab. Sains Sosial, IPGKTAA)

    MUZIK DENGAN PERGERAKAN

    Muzik dengan pergerakan memberi peluang kepada murid menggunakan tubuh

    badan sebagai respon kepada muzik. Kegiatan dalam bidang ini mementingkan

    kesedaran penggunaan semua anggota badan untuk melhirkan ekspresi diri melalui

    ransangan muzik yang didengar sambil memahami konsep muzik khususnya irama

    dan ekspresi. Pergerakan dapat diperindahkan dan menjadi lebih menyeronokkan

    jika diiringi dengan alunan muzik. Proses pergerakan tersebut dapat meningkatkan

    lagi kepekaan, daya imaginasi dan kreativiti murid untuk mencapai pembelajaran

    yang optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

    Muzik merupakan satu cabang untuk perkembangan karier individu. Sebagaimana

    muzik begitu juga dengan tarian. Di samping itu tarian etnik, tarian tradisioal, tarian

    istana mahupun tarian kreatif menggunakan muzik bagi mengiringi jenis-jenis tarian

    tersebut. Oleh yang demikian semestinya tujuan murni ini dipastikan pelaksanaannya

    di sekolah-sekolah di Malaysia sebagai cabang kerjaya kelak.

    Pergerakan-pergerakan Asas

    Pergerakan merangkumi gerak laku lokomotor dan bukan lokomotor. Pergerakan-

    pergerakan bukan lokomotor dilakukan setempat dan tumpuan diberi kepada

    keseluruhan tubuh badan, iaitu :

    Membongkok - menggerakkan bahagian badan ke depan supaya menghadap ke lantai.

    Meregang - pemgembangan penuh sebarang bahagian badan.

    Memulas - sesuatu bahagian badan bergerak dengan memusing mengelilingi satu pusat (berputar).

    Berpusing - seluruh badan bergerak mengelilingi satu pusat (berkisar ke kiri, ke kanan, ke depan dan ke belakang).

    Menaik - menaikkan badan dari tempat (posisi) yang rendah ke tempat yang tinggi (contohnya daripada posisi baring di atas lantai kepada dudk dan seterusnya berdiri).

    Merebah - menurunkan badan dari tempat yang tinggi kepada tempat yang rendah.

    Menghayun - menggerakkan satu bahagian tubuh badan dalam bentuk bulatan.

  • PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

    Syahariman bin Hamid (Unit Muzik, Jab. Sains Sosial, IPGKTAA)

    Satu daripada tujuan program muzik dengan pergerakan di prasekolah ialah untuk

    membantu kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan. Antara kemahiran

    yang perlu diajar kepada mereka adalah kemahiran lokomotor. Kemahiran ini

    membolehkan mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan-

    pergerakan lokomotor dilakukan dengan cara menggerak dan membawa badan

    melalui ruang dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Contoh-contoh

    pergerakan lokomotor ialah :

    Berjalan - pergerakan badan yang menunjukkan arah dengan memindahkan berat badan dari satu kaki ke satu kaki yang lain. Langkahnya adalah lebih perlahan dari berlari.

    Berlari - pergerakan badan yang menunjukkan arah, maju dengan langkah yang lebih cepat dari berjalan.

    Meloncat / Melonjak - lanjutan dari pergerakan berlari.

    Melompat - melonjak dan mendarat dengan dua belah kaki.

    Berskip - pergerakan badan yang menunjukkan arah atau haluan. Mula melangkah dan meloncat dengan menggunakan kaki yang sama. (Melangkah dan melompat dengan kaki kanan, selepas itu teruskan melangkah dan melompat dengan kaki kiri). Teruskan pergerakan dengan menyelang-nyelikan kaki kiri dan kanan. Ini akan menghasilkan ritma yang tidak sama.

    Bergalop - kaki ke depan dengan pola kaki langkah bersama. Kaki yang sama mendahului setiap pola pergerakan dan diikuti dengan kaki yang satu lagi. Ini menghasilkan satu ritma yang tidak sama.

    Kedua-dua jenis pergerakan asas di atas boleh dikombinasikan dengan kedudukan

    badan pada aras tinggi, rendah atau pertengahan untuk menunjukkan pertukaran

    berat-ringan dan tinggi-rendah bunyi dan kontur bunyi. Pergerakan bukan lokomotor

    dan lokomotor juga merupakan asas kepada pergerakan kreatif di mana kanak-

    kanak dapat memanfaatkan penggunaan otot kasar dan otot halus dalam melakukan

    sesuatu aktiviti-aktiviti pergerakan. Otot-otot kasar dan otot halus perlu

    diperkembangkan dan dimatangkan terlebih dahulu untuk meningkatkan tahap

    kesediaan kanak-kanak.

    Melalui pergerakan, kanak-kanak belajar bergerak, berfikir dan merasai sesuatu

    secara langsung. Mereka akan belajar pelbagai domain iaitu psikomotor, kognitif dan

  • PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

    Syahariman bin Hamid (Unit Muzik, Jab. Sains Sosial, IPGKTAA)

    efektif. Melalui akitviti ini juga mereka akan dapat mempelajari tentang diri sendiri,

    iaitu:

    Apa yang mampu dilakukannya ?

    Bagaimana seseorang itu boleh mengawal diri ?

    Bagaimana kita dapat mengawal sesuatu yang berada di sekeliling kita ?

    Bagaimana kita dapat menyesuaikan dan menghubungkan diri kita dengan

    alam sekitar (ruang manusia dan lain-lain yang bernyawa dan tidak

    bernyawa) ?; dan

    Bagaimana kita dapat melahirkan perasaan dan idea?

    AKTIVITI

    1. Sejauh manakah anda boleh gerakkan sebelah tangan anda ?

    2. Berapa pantaskah tangan boleh digerakkan ?

    3. Bolehkah anda menghayun sebelah tangan anda ke depan,

    belakang dan dalam bentuk bulatan ?

    4. Cuba gerakkan tangan sebelah lagi dengan pantas kemudian

    perlahan. Hayun ke depan , ke belakang dan buat bulatan.

    5. Sila ambil 4 langkah ke depan dalam bulatan.

    6. Hulur tangan kanan ke hadapan dan tangan kiri ke belakang.

    7. Bongkok dan hulurkan 2 tangan ke hadapan perlahan-lahan.

    8. Berhenti . Pegang lutut, tegakkan badan dan angkat 2 tangan ke

    atas.

    9. Lompat empat kali secara bebas tetapi tidak merempuh rakan

    anda.

    10. Perlahan-lahan pulas badan dan rendahkan diri ke lantai (buat

    sekadar kemampuan anda)

    11. Pusingkan badan anda ke kiri tanpa menggerakkan kaki.

    12. Pusing badan ke kanan. Kaki tidak bergerak.

    TIP PERGERAKAN SOALAN BERIKUT BOLEH MEMBANTU MERANCANG PERGERAKAN KREATIF

    1. Apakah yang patut digerakkan ?

    2. Ke mana badan atau bahagian badan dapat digerakkan ?

    3. Dengan siapa melakukan aktiviti ini ?

    4. Dengan apa anda menggerakkan anggota badan anda?

    5. Bagaimana bahagian badan anda boleh bergerak ?

  • PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

    Syahariman bin Hamid (Unit Muzik, Jab. Sains Sosial, IPGKTAA)

    Senaraikan jenis-jenis pergerakan di atas mengikut kategori pergerakan bukan lokomotor dan pergerakan lokomotor.

    JENIS-JENIS PERGERAKAN

    Berjalan

    Menggelongsor

    Berpusar

    Berlari

    Meluncur

    Berayun

    Mengusap

    Menepuk tangan

    Memantul Skip

    Petik jari

    Membengkok

    Membuat bulatan

    Berjalan

    Merangkak

    Mengetuk

    Menarik

    Bergalop

    Meregang

    Menolak

    Ketingting

    Menghayun

    Melompat

    Menghentak kaki

    Berbuai-buai

    Merayap

    Bergolek

  • PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

    Syahariman bin Hamid (Unit Muzik, Jab. Sains Sosial, IPGKTAA)

    Eurhythmics

    Eurhythmics telah diperkenalkan oleh seorang pendidik muzik yang terkenal Emile

    Jaques-Dalcroze. Beliau telah memperkenalkan satu pandangan yang unik dalam

    pendidikan muzik pada zamannya iaitu muzik adalah berasaskan irama yang boleh

    didapati daripada irama semulajadi tubuh badan manusia.

    Asas pendekatan eurhythmics ialah untuk menghayati ritma melalui pergerakan

    badan. Denyutan jantung dan pernafasan manusia merupakan ritma semulajadi

    manusia. Kanak-kanak akan bertindak balas terhadap muzik melalui pergerakan

    badan iaitu menepuk dan menari. Pergerakan ritma secara semulajadi merupakan

    satu kaedah asas dalam kelas permulaan pembelajaran eurhythmics. Mengikut

    Dalcroze, guru-guru tidak boleh mempelajari kaedah muzikal dari buku-buku dan

    skor muzik. Penglibatan diri dalam kelas-kelas latihan adalah satu cara yang paling

    berkesan untuk mempelajari kaedah muzikal. Sambutan terhadap muzik dan

    kebolehan untuk melahirkan perasaan dalam muzik tidak boleh dipelajari melalui

    buku. Pengalaman muzik itu adalah sangat penting seperti mana seseorang kanak-

    kanak belajar merangkak dan kemudiannya dapat berjalan.

    Eurthythmics bermula dengan pergerakan spesifik dan biasa iaitu skip, berlari,

    berjalan, menghayun dan sebagainya. Dalam aspek eurthythmics, kita boleh

    menggalakkan individu untuk bertindak balas kepada kedua-dua ritma dan dinamik.

    Setiap konsep ini bergantung sepenuhnya pada pergerakan dan kekuatan tubuh

    badan. Pertukaran dalam tempo dan dinamik boleh dilahirkan melalui pergerakan

    tubuh badan. Tempo yang mudah ditunjukkan dengan pergerakan badan iaitu cepat

    dan lambat dan variasi di antaranya. Tahap dinamik pula boleh dilahirkan melalui

    badan. Perlahan boleh ditunjukkan dengan pergerakan yang kecil, manakala kuat

    boleh ditunjukkan dengan pergerakan yang besar. Kedua-dua idea boleh

    digabungkan dengan pergerakan murid untuk menunjukkan kedua-dua cepat

    (tempo) dan perlahan (dinamik). Dalcroze bermula dengan konsep yang mudah dan

    menambahkan konsep-konsep lain ke atas konsep ini. Kombinasi pelbagai elemen

    dalam muzik menggalakkan murid melahirkan konsep secara semulajadi supaya

    mereka dapat pengalaman apakah sebenarnya muzik.

    Mengikut kajian Dalcroze, tahap pembelajaran berkaitan dengan elemen atau

    konsep muzik seperti irama, melodi, harmoni, bentuk, tempo dan lain-lain di

    kalangan murid telah meningkat dan bertambah baik melalui aktiviti pergerakan

    dengan muzik. Ia boleh memantapkan persepsi pendengaran (aural) individu untuk

  • PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

    Syahariman bin Hamid (Unit Muzik, Jab. Sains Sosial, IPGKTAA)

    diterjemahkan kepada gerakan yang sesuai dan kreatif yang seterusnya membawa

    kepada celik akal dan literasi muzik di kalangan murid.

    Eurthythmics memerlukan penglibatan individu secara total atau menyeluruh. Ia

    melibatkan penyatuan minda, anggota badan serta emosi diri secara menyeluruh di

    mana individu perlu :

    mendengar

    merasai

    berimaginasi kuat (strong imagination)

    menginterpretasi bunyi

    bertindak / respon / bergerak

    untuk membayangkan maksudnya secara luaran. Badan dijadikan alat untuk

    mempamerkan interpretasi individu yang melibatkan imaginasi, emosi serta gerakan

    badan yang bertindak berpandukan ransangan/stimulus dalam bentuk bunyi, gerak

    isyarat (signal), lisan seperti perkataan, ayat, puisi atau sajak, vokal seperti nyanyian

    dan juga muzik bunyi-bunyian. Antara perkara penting yang boleh diinterpretasikan

    ialah :

    lagu yang berasaskan lirik

    unsur / konsep muzik

    contoh; irama, tekanan, detik, sinkopasi, perbezaan pic, kontur melodi,

    dinamik, tempo, bentuk, yang terkandung dalam muzik sedia ada dan darinya

    jika interpretasinya itu disusunkan secara terurus boleh menghasilkan satu

    bentuk koreografi yang kreatif.

    Tujuan eurthythmics ialah supaya murid mendengar, menganalisis, menghayati dan

    menjadikannya satu cabang muzik. Tubuh badan menjadi satu alat muzik semulajadi

    yang paling utama.

    Aplikasi Konsep Muzik Dalam Pergerakan.

    a) Irama

    - menepuk patah perkataan atau sukukata dan akhirnya dapat

    menepuk irama lagu yang mudah sambil menyanyi.

    b) Meter dan tekanan

    - gunakan meter lazim dua dan empatan dahulu kemudian meter

    tigaan. Skip, bergalop dan hayun untuk meter tak lazim (6/8).

  • PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

    Syahariman bin Hamid (Unit Muzik, Jab. Sains Sosial, IPGKTAA)

    c) Melodi

    - gunakan pergerakan tangan atau kedudukan badan untuk

    menunjukkan bila masanya bunyi pic lebih tinggi, lebih rendah atau

    pada kedudukan sama. Kelak dapat ditunjukkan bunyi tertinggi atau

    terendah dalam melodi yang mempunyai renj yang lebih luas, juga

    dapat menunjukkan kontur melodi menggunakan tangan atau

    kedudukan badan dalam pergerakan kreatif.

    d) Bentuk

    - pergerakan tangan berbentuk arch yang mudah untuk menunjukkan

    frasa. Kemudian murid boleh skip dalam bulatan untuk menunjukkan

    pertukaran arah pada sesuatu frasa lagu.

    e) Harmoni

    - dua atau lebih pic dibunyikan serentak untuk menjadi lagu pusingan

    dapat diilustrasikan dalam bentuk meniru pergerakan yang terdahulu.

    f) Ekspresi

    - pergerakan yang menunjukkan dinamik dapat dibuat sebagai

    berjingkit bila muzik lembut (soft) dan hentak kaki bila ia kuat.

    Bergerak cepat dan lambat untuk menunjukkan perubahan tempo dan

    pergerakan badan atau mimik muka untuk menunjukkan mud.

    g) Warna ton

    - pergerakan dapat dibuat seolah-olah berlagak seperti biola, trumpet

    atau oboe.

    h) Jalinan

    - pergerakan seperti susup menyusup dan pembentukan sesuatu

    bentuk atau fomasi.

    Terdapat lima jenis kegiatan pergerakan dengan muzik yang disusun mengikut

    perkembangan dari mudah kepada yang kompleks. Kegiatannya adalah seperti

    berikut :

    Gerakan mengikut lirik lagu

    Gerakan mengikut konsep muzik

    Interpretasi muzik dengan gerakan

    Gerakan bebas dengan muzik; dan

    Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema dengan muzik

    Bahagikan kelas kepada lima kumpulan mengikut lima jenis kegiatan pergerakan di atas dan buat satu persembahan muzik dengan gerakan. Masa yang berikan untuk setiap persembahan ialah enam hingga sepuluh minit.

  • PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

    Syahariman bin Hamid (Unit Muzik, Jab. Sains Sosial, IPGKTAA)

    Rumusan

    MUZIK DENGAN GERAKAN

    JENIS

    Berjalan, berlari, melompat, bergalop, meluncur, merangkak, hentak kaki, dll.

    Ikut lirik, bebas, asas, interpretasi, bercerita, ikut tema, ekspresif dan kreatif, konsep muzik

    RUANG

    Tinggi, rendah, besar, kecil, dekat, jauh, luas, sempit (dalam kelas / di padang / dewan)

    KONSEP

    MUZIK

    Tempo, panjang, pendek, dinamik, lebut, kuat, masa, kiraan

    PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

    SERONOK / BERKESAN

    Ada Mesej (maksud)

    Tiada Mesej

  • PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

    Syahariman bin Hamid (Unit Muzik, Jab. Sains Sosial, IPGKTAA)

    Rujukan

    Findlay Elsa (1971). Rhythm and movement aplications of dalcroze eurthythmics.

    Summy-Birchard Musia Princenton, New Jersey. Kementerian Pendidikan Malaysia (1991). Buku Panduan Guru. Pergerakan Kreatif.

    Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia (2004). Sukatan pelajaran pendidikan muzik (Pra

    Sekolah) minor. Bahagian Pendidikan Guru. Khairul Bariah Haroen (2006). Pengenalan pendidikan muzik. Pengalaman muzikal.

    Open University Malaysia. Salmah Ayob (1992). Pergerakan kreatif dan pendidikan. P.J : Flo Enterprise Sdn.

    Bhd. Salmah Ayob (1994). Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif. Panduan pengajar. P.J : Flo

    Enterprise Sdn. Bhd. Salmah Ayob (1996). Strategi, teknik dan pengajaran pendidikan pergerakan kreatif.

    P. J : Flo Enterprise Sdn. Bhd. Sukatan Pelajaran Muzik KBSR (2000) : Kementerian Pendidikan Malaysia. Herrold, R. M. (2001). New approaches to elementary classroom music (3rd ed). New

    Jersey: Prentice Hall.