4
Selaku wartawan akhabar Mingguan Sukan, saya telah berpeluang untuk mewawancara Encik Yazid bin Abdullah, iaitu Setiausaha Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. Sesi wawancara ini mencuba mengupas isu tentang usaha-usaha untuk meningkatkan mutu sukan negara. Sesi wawancara ini telah berlangsung di pejabat beliau, iaitu di Bangunan MSSM Jalan Duta, Kuala Lumpur. Yang berikut ialah transkrip penuh sesi wawancara tersebut. Wartawan : Saya Abdul Razak Kamal, wartawan Encik Yazid : Pada pandangan saya, sebagai langkah awal, KementerianBelia dan Sukan perlu melantik jurulatih berwibawa dari negara-negara yang maju dalam bidang sukan. Hal ini demikian kerana kemasukan jurulatih luar akan meningkatkan kualiti atlet kerana barisan jurulatih ini mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang kejurulatihan. Walaupun kos tinggi mendapatkan khidmat mereka agak mahal tetapi pada hemat saya hal ini berbaloi kerana mereka mendatangkan impak yang positif kepada mutu sukan negara. Lihat sahaja dalam badminton, Rexy Manaiky telah berjaya membentuk gandingan beregu badminton hingga menjuarai Kejohanan Badminton Seluruh England. Hal ini membuktikan bahawa kemasukan jurulatih luar berjaya meningkatkan mutu sukan negara. Wartawan: Adakah Encik Yazid bersetuju jika kerajaan menghantar atlet-atletberlatih di luar negara? Encik Yazid: Saya sangat bersetuju dengan cadangan ini kerana fasiliti sukan di luar negara amat canggih dan mampu meningkatkan persembahan para atlet. Malah, kos penghantaran atlet ke luar negara dengan cara menyewa fasiliti lebih murah jika dibandingkan dengan

model wawancara

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: model wawancara

Selaku wartawan akhabar Mingguan Sukan, saya telah berpeluang untuk mewawancara Encik Yazid bin Abdullah, iaitu Setiausaha Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. Sesi wawancara ini mencuba mengupas isu tentang usaha-usaha untuk meningkatkan mutu sukan negara. Sesi wawancara ini telah berlangsung di pejabat beliau, iaitu di Bangunan MSSM Jalan Duta, Kuala Lumpur. Yang berikut ialah transkrip penuh sesi wawancara tersebut.

Wartawan : Saya Abdul Razak Kamal, wartawan

Encik Yazid : Pada pandangan saya, sebagai langkah awal, KementerianBelia dan Sukan perlu melantik jurulatih berwibawa dari negara-negara yang maju dalam bidang sukan. Hal ini demikian kerana kemasukan jurulatih luar akan meningkatkan kualiti atlet kerana barisan jurulatih ini mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang kejurulatihan. Walaupun kos tinggi mendapatkan khidmat mereka agak mahal tetapi pada hemat saya hal ini berbaloi kerana mereka mendatangkan impak yang positif kepada mutu sukan negara. Lihat sahaja dalam badminton, Rexy Manaiky telah berjaya membentuk gandingan beregu badminton hingga menjuarai Kejohanan Badminton Seluruh England. Hal ini membuktikan bahawa kemasukan jurulatih luar berjaya meningkatkan mutu sukan negara.Wartawan: Adakah Encik Yazid bersetuju jika kerajaan menghantar atlet-atletberlatih di luar negara?

Encik Yazid: Saya sangat bersetuju dengan cadangan ini kerana fasiliti sukan di luar negara amat canggih dan mampu meningkatkan persembahan para atlet. Malah, kos penghantaran atlet ke luar negara dengan cara menyewa fasiliti lebih murah jika dibandingkan dengan membina fasiliti lebih murah jika dibandingkan dengan membina fasiliti tersebut yang menelan belanja ratusan juta ringgit di negara ini. Sebenarnya, Malaysia telah banyak kali menghantar atlet menjalani latihan di luar negara. Misalnya, Josiah Ng telah berlatih di Jerman sejak tiga tahun lalu. Kini, beliau merupakan pelumba basikal kategori keirin yang kedua terpantas di dunia. Jaguh skuasy negara, Datuk Nicol Ann David merupakan contoh atlet Malaysia yang berjaya hasil daripada latihan di luar negara. Datuk Nicol yang berlatih di Belanda merupakan pemain skuasy nombor satu dunia. Oleh itu, berdasarkan pencapaian memberangsangkan atlet yang berlatih di luar negara, negara mempunyai asas yang kukuh untuk terus menghantar atlet menjalani latihan di luar negara.

Wartawan: Ada pihak mencadangkan supaya pihak kerajaan memperbanyak sekolah dan akademi. Apa komen Encik Yazid?

Encik Yazid: Saya menyokong penuh cadangan tersebut. Pada pendapat saya, sekolah-sekolah sukan ini perlu ditubuhkan di setiap negeri. Hal ini demikian kerana sekolah sukan merupakan platform terbaik para atlet untuk memantapkan mutu persembahan, meningkatkan kemahiran, selain cemerlang dalam akademik. Di sini, atlet diajar dan dilatih oleh jurulatih yang berwibawa dengan menggunakan teknik yang betul serta berkesan. Antara sekolah sukan yang banyak melahirkan jaguh sukan tersohor negara termasuklah Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor. Kesimpulannya, melalui pembinaan

Page 2: model wawancara

sekolah dan akademi sukan, latihan yang lebih sistematik dapat diserapkan kepada atlet sejak usia muda lagi.

Wartawan: Bagaimana pula dengan isu pertubuhan sukan tertentu yang mengimport atlet dari negara luar?

Encik Yazid: Sebenarnaya, pertubuhan sukan berkenaan telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Pengimportan atlet luar bererti membuka ruang persaingan yang lebih sengit dan baik. Atlet tempatan yang selama ini hanya bersaing sesama sendiri akan menghadapi persaingan yang lebih kompetetif dengan atlet luar negara. Misalnya, Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia telah membawa masuk atlet China, iaitu Yuang Yu Fang dan kerajaan telah memberikan kerakyatan kepadanya. Hasilnya, dia telah berjaya mengharumkan nama negara dalam kejohanan olahraga di peringkat dunia. Kehadirannya telah menyebabkan berlakunya persaingan yang sihat dalam kalangan atlet tempatan untuk mencapai kejayaan yang sama. Oleh itu, langkah ini dapat meningkatkan prestasi atlet dan mutu sukan negara, namun langkah ini perlulah dikawal supaya tidak mendatangkan impak negatif kepada perkembangan sukan negara.

Wartawan: Akhir sekali, bagaimanakah pula dengan usaha mencungkil bakat baru?

Encik Yazid: Setiap sesuatu pasti perlu diganti apabila tiba masanya. Begitu ugalah dalam bidang sukan yang memerlukan barisan pelapis demi kesinambungan kecemerlangan sukan tanah air. Salah satu cara untuk mencungkil bakat baru ialah melalui platform sekolah. Pihak kerajaan perlu mencari bakat-bakat baru melalui penganjuran sukan di pelbagai peringkat. Misalnaya, mengadakan sukan antara sekolah, daerah, dan negeri. Penganjuran sukan antara sekolah yang melalui peringkat ini dapat dijadikan kayu pengukur untuk menguji kemahiran dan kemampuan seseorang atlet. Melalui acara ini, pihak kerajaan dapat mengenal pasti bakat-bakat baru yang berpotensi untuk menceburi bidang sukan secara profesional. Jadi, amat jelas bahawa usaha mencari bakat-bakat baru perlu dimulakan sejak atlet dalam usia muda supaya kemahiran yang dimiliki oleh mereka dapat diasah. Hal ini bertepatan dengan pesan peribahasa “jika hendak melentur buluh biarlah ketika rebung”.

Wartawan: Saya mengucapkan terima kasih kerana Encik Yazid sudi diwawancara.

Encik Yazid: Sama-sama.

Setelah selesai sesi wawancara tersebut, saya terus pulang ke pejabat untuk menyiapkan teks lengkap wawancara tersebut. Wawancara eksklusif ini akan diterbitkan dalam keluaran minggu hadapan.

[648 patah kata]