5
三三三 () SJK(C) SAM TET,IPOH. MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI KEDUA, 2015 Tarikh : 21 April 2015 Masa : 11:00 pagi – 12:05 tengahari Tempat : Bilik SALC,SJK(C) Sam Tet,Ipoh. Pengerusi : Puan Lee Geok Choo Kehadiran : Semua Guru Matematik, SJK(C) Sam Tet,Ipoh. Pencatat : Cik Wong Chooi Ling 1.0 UCAPAN PENGERUSI – PUAN LEE GEOK CHOO Puan Lee Geok Choo mengalu-alukan kedatangan guru-guru Matematik ke Mesyuarat Panitia Matematik kali kedua bagi tahun 2015.Beliau berterima kasih atas kehadiran PK Pentadbir,Puan Lee Lim Cheng dan PK HEM, Puan Yap Chee Ling bersama-sama kali ini. Makluman 2.0 UCAPAN PK PENTADBIR – PUAN LEE LIM CHENG PK Pentadbir mengucapkan terima kasih atas usaha yang diberi oleh semua guru dalam Ujian Bulanan Mac. Beliau mengingatkan para guru

Minit Mesyuarat Math_2

  • Upload
    wongcl

  • View
    38

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Minit Mesyuarat Math_2

三德国民型(华文)小学

SJK(C) SAM TET,IPOH.

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI KEDUA, 2015

Tarikh : 21 April 2015

Masa : 11:00 pagi – 12:05 tengahari

Tempat : Bilik SALC,SJK(C) Sam Tet,Ipoh.

Pengerusi : Puan Lee Geok Choo

Kehadiran : Semua Guru Matematik, SJK(C) Sam Tet,Ipoh.

Pencatat : Cik Wong Chooi Ling

1.0 UCAPAN PENGERUSI – PUAN LEE GEOK CHOO

Puan Lee Geok Choo mengalu-alukan kedatangan guru-guru Matematik ke Mesyuarat

Panitia Matematik kali kedua bagi tahun 2015.Beliau berterima kasih atas kehadiran PK

Pentadbir,Puan Lee Lim Cheng dan PK HEM, Puan Yap Chee Ling bersama-sama kali ini.

Makluman

2.0 UCAPAN PK PENTADBIR – PUAN LEE LIM CHENG

PK Pentadbir mengucapkan terima kasih atas usaha yang diberi oleh semua guru dalam

Ujian Bulanan Mac. Beliau mengingatkan para guru supaya mengambil perhatian kepada

murid yang masih belum mencapai target dari semasa ke semasa. Guru Matematik juga

harus berusaha dengan gigih demi mencapai GPS kelas masing-masing.

Makluman

Page 2: Minit Mesyuarat Math_2

3.0 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Encik Cheah Choon Kan mencadangkan minit mesyuarat yang lalu dan disokong oleh

Puan Foo Yuet Hua.

4.0 PERKARA YANG DIBINCANG

4.1 Dasar – dasar Panitia Matematik

4.1.1 Analisa/ Post Mortem Peperiksaaan Bulanan

Guru Matematik perlu membuat analisa Post Mortem dan dihantar kepada penyelaras

darjah masing-masing. Penyelaras setiap darjah pula perlu mengumpulkan kesemua Post

Mortem dan hantar kepada Pengerusi.

Tindakan :Semua Guru Matematik KSSR

4.1.2 Gred Purata (GPS)

Pengerusi mengingatkan guru-guru menganalisiskan sama ada keputusan Ujian Bulanan

Mac yang telah berlalu mencapai gred purata (GPS) yang telah ditetapkan. Guru-guru

perlu mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid-murid supaya menjalankan aktiviti

pengayaan dan pemulihan. Ini adalah kerana semakin tinggi GPS semakin tidak bagus,

manakala semakin rendah GPS, semakin bagus keputusan sekolah.

Tindakan :Semua Guru Matematik

4.1.3 Penggubalan Soalan

Guru yang menggubal soalan dikehendaki memasukkan soalan-soalan KBAT dalam

kertas soalan tersebut. Guru yang menggubal soalan diminta sertakan kertas soalan

JSI serta jawapan kepada guru yang menyemak. Selepas peperiksaan berlangsung,

guru tersebut dikehendaki menyimpan kertas soalan, JSI dan jawapan di dalam Fail

’Bank Soalan’.

Tindakan :Semua Guru Matematik

Page 3: Minit Mesyuarat Math_2

4.1.4 KSSR

Semua guru KSSR perlu memasukkan data prestasi SPPBS atau DSKP untuk bulan

Mac, Jun dan September. Pengerusi mengingatkan guru-guru bahawa penaksiran perlu

dibuat mengikut masa dan data tersebut haruslah disimpan ke dalam komputer di bilik

akses.

Guru diingatkan supaya mengemaskini pelaporan murid dari semasa ke semasa.

Tindakan :Guru Matematik KSSR

4.1.5 Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)

Pengerusi mengatakan bahawa Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) perlu dijalankan.

Guru-guru Matematik perlu berbincang antara satu sama lain dan memilih suatu masa yang

sesuai untuk menjalankan PLC di sekolah. Selepas PLC dijalankan, guru-guru Matematik

perlu mengadakan perbincangan dan membuat laporan untuk menambahbaikkan pengajaran

dan pembelajaran yang telah dijalankan.

Tindakan :Semua Guru Matematik

4.2Perkara-perkara Lain

4.2.1 Bilik Matematik

Guru Besar meminta kerjasama guru-guru Matematik untuk menceriakan bilik Matematik

supaya ia menjadi lebih kemas dan kondusif. Dalam hal ini, Pengerusi, Pn. Lee Geok Choo

telah meminta pihak sekolah membekalkan rak-rak yang berpintu untuk menyimpan alat-alat

bantu mengajar supaya kelihatan kemas dan tidak mudah berhabuk. Selain daripada itu,

beliau juga melaporkan bahawa terdapat beberapa buah meja di dalam bilik Matematik

adalah tidak sesuai kerana ia agar membazirkan ruang. Meja-meja tersebut akan digantikan

dengan meja lain yang sesuai. Manakala karpet yang telah lama dan berbau dicadangkan

untuk tukar baru atau dibersihkan jika boleh.

Tindakan : Semua Guru Matematik

Page 4: Minit Mesyuarat Math_2

5.0HAL-HAL LAIN

Tiada

6.0PENANGGUHAN MESY UARAT

Mesyuarat ditangguh pada pukul 1:05 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

_______________ ______________ ______________

( WONG CHOOI LING) (LEE GEOK CHOO) ( KHOO OI LING )

Penolong Setiausaha Panitia Matematik Guru Besar

Panitia Matematik SJK(C) Sam Tet,Ipoh. SJK(C) Sam Tet,Ipoh.

SJK(C) Sam Tet,Ipoh.