8
PK07 Pengurusan Mesyuarat PK 07/3 SEKOLAH KEBANGSAAN GEMBUT MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KANTIN BIL 1/2012 Tarikh : 18 Januari 2012 ( Rabu ) Masa : 1.30 petang Tempat : Kantin Sekolah Pengerusi : Pn. Adibah binti Mohd Kalid Kehadiran(Bilangan) : Pn. Adibah binti Mohd Kalid Pn. Sakura binti Yusop Pn. Najihah binti Nazri Pn. Nadiah binti Md. Nawi Pn. Siti Khadijah binti Hashim En. Mohamad Nor bin Mohamed Pn. Melati binti Yahaya En. Ibrahim bin Maidin Turut Hadir (Jika ada) : Pn. Safarina binti Md. Kassim Pn. Rozimah binti Md. Yasin (Penyelaras RMT) 1 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan pihak kantin sekolah ke mesyuarat kali pertama. 1.2 Diharapkan semau guru dan pihak kantin dapat memberikan kerjasama dan buah fikiran bagi meningkatkan kualiti pengurusan kantin dari masa ke semasa. 2 UCAPAN GPK HEM 2.1 Meminta kerjasama semua bagi memantau tingkah laku dan adab murid di kantin sekolah. Tindakan: Makluman Semua AJK Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor © 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Minit Mesyuarat Kantin

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Minit Mesyuarat Kantin

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN GEMBUT

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KANTIN BIL 1/2012

Tarikh : 18 Januari 2012 ( Rabu )

Masa : 1.30 petang

Tempat : Kantin Sekolah

Pengerusi : Pn. Adibah binti Mohd Kalid

Kehadiran(Bilangan) : Pn. Adibah binti Mohd Kalid

Pn. Sakura binti Yusop

Pn. Najihah binti Nazri

Pn. Nadiah binti Md. Nawi

Pn. Siti Khadijah binti Hashim

En. Mohamad Nor bin Mohamed

Pn. Melati binti Yahaya

En. Ibrahim bin Maidin

Turut Hadir (Jika ada) : Pn. Safarina binti Md. Kassim

Pn. Rozimah binti Md. Yasin (Penyelaras RMT)

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan pihak kantin sekolah ke

mesyuarat kali pertama.

1.2 Diharapkan semau guru dan pihak kantin dapat memberikan kerjasama dan buah

fikiran bagi meningkatkan kualiti pengurusan kantin dari masa ke semasa.

2 UCAPAN GPK HEM

2.1 Meminta kerjasama semua bagi memantau tingkah laku dan adab murid di kantin

sekolah.

Tindakan: Makluman Semua AJK

3 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2011

Pencadang : Pn. Nadiah binti Md. Nawi

Penyokong : Pn. Rozimah binti Mat Yasin

Sokongan sebulat suara

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Page 2: Minit Mesyuarat Kantin

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4 FOKUS MESYUARAT

4.1.Kebersihan, keselamatan dan kemudahan kantin

Pn. Sakura mengingatkan pihak kantin agar dapat menitik beratkan faktor kebersihan

dan keselamatan kantin dari segi:

4.1.1. Kebersihan kemudahan

- semua tempat kemudahan kantin seperti tempat menyedia, mempamer dan

menghidangkan makanan hendaklah sentiasa dijaga dan dalam keadaan bersih dan

kemas.

- semua sinki hendaklah bersih dan berfungsi.

- bilik air hendaklah bersih dan berfungsi.

- tempat mengumpul sampah hendaklah bersih dan kemas. Tong-tong sampah

hendaklah berplastik di dalamnya dan bertutup.

Tindakan: Pihak Kantin

4.1.2 .Kebersihan peralatan

- Alat atau perkakas yang digunakan hendaklah dibersihkan dengan air yang bersih,

sebaik-baiknya air yang panas dan bahan pencuci yang sesuai. Alat yang telah

bersih ditempatkan di tempat yang bersih dan disusun kemas.

- Pisau yang digunakan untuk memotong bahan mentah tidak boleh digunakan untuk

memotong makanan yang telah dimasak dan juga makanan yang dimakan segera.

- Semua peralatan yang retak, sumbing, calar dan karat tidak boleh digunakan.

- Kain pengelap yang kotor hendaklah dicuci dengan air panas dan bahan pencuci

yang selamat.

Tindakan: Pihak Kantin

4. 2 Kebersihan bangunan

- Seluruh bangunan dan kawasan sekitar kantin handaklah sentiasa dalam keadaan

bersih, kemas dan selamat.

- Lantai, longkang, siling dan dinding hendaklah sentiasa dibersihkan.

- Tempat makan hendaklah sentiasa bersih, teratur dan selamat.

Tindakan: Pihak Kantin

4.3 Keselamatan

Kemalangan boleh dielakkan sekiranya:

- Peralatan diuruskan dengan sempurna, diletakkan di tempat yang sesuai dan dibaiki

yang rosak.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Page 3: Minit Mesyuarat Kantin

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

- Semua kerja dilakukan dengan cermat dan berhati-hati.

- Segala punca kemalangan dikenalpasti dan segera diatasi.

4.4 Langkah mencegah kebakaran:

- Memastikan pendawaian elektrik sentiasa berada dalam keadaan baik.

- Urusan penyambungan elektrik perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa.

- Bahan-bahan yang mudah terbakar hendaklah diletakkan jauh dari api dan dapur.

Sebarang minyak dan cairan yang mudah terbakar dilabel dan ditutup ketat serta

diletakkan jauh dari api.

- Murid- murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan dapur.

- Kawasan dapur hendaklah sentiasa kemas dan bersih.

4.5 Langkah mencegah kecederaan:

- Lantai hendaklah sentiasa bersih, kering dan tidak licin.

- Murid-murid tidak dibenarkan bermain-main dan berlari di kantin.

- Barang-barang hendaklah diurus dengan sempurna agar tidak menghalang

pergerakan dan membahayakan pengguna.

- Perabot hendaklah selamat dan sesuai digunakan.

4.6 Kemudahan-kemudahan kantin

4.6.1 : Bekalan air bersih – air yang digunakan di kantin hendaklah dari sumber air

yang bersih, selamat dan mencukupi.

4.6.2 : Bekalan elektrik – kantin yang mendapat bekalan elektrik awam hendaklah

menggunakan meter yang berasingan dan hendaklah selamat digunakan.

4.6.3 : Tempat penyediaan makanan – ruang kerja untuk menyediakan makanan

cukup luas bagi pekerja kantin menyelanggarakan tugas dan cukup untuk setiap

kerja.

- Meja kerja yang digunakan untuk menghidangkan makanan hendaklah bersih,

kemas dan dialas dengan bahan yang kalis air.

- Ruang memasak hendaklah mencukupi agar pengendali makanan selesa dan boleh

menjalankan kerja dengan baik.

- Tempat mengeringkan pinggan mangkuk – mestilah di tempat yang selamat dan

bersih.

4.6.4 Tempat menyimpan bahan makanan : - penyimpanan bahan mentah yang tidak

mudah rosak hendaklah dilengkapi dengan para atau pun perabot yang sesuai.

- Selamat daripada gangguan tikus dan serangga dan mendapat pengudaraan yang

cukup.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Page 4: Minit Mesyuarat Kantin

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

-Penyimpanan bahan mentah yang mudah rosak hendaklah di dalam peti sejuk yang

mempunyai kemudahan beku dan dingin.

- Makanan yang sudah masak hendaklah disimpan ditempat yang tidak mudah

dihinggapi lalat dan serangga lain.

-Makanan untuk dijual diletak di tempat yang bertutup dan bersih.

4.6.5 Kaunter jualan – kaunter jualan hendaklah sesuai dan dilapik bahan kalis air.

- Sediakan lorong untuk murid beratur.

4.6.6. Tempat makan – tempat makan untuk murid hendaklah mencukupi dari segi

bangku dan meja, disediakan alas meja dari bahan yang kalis air, bersih dan kemas.

-Tempat makan staf hendaklah mempunyai kemudahan yang sesuai.

4.6.7 Sinki – Pastikan singki mencukupi dan berfungsi serta disediakan cecair

pencuci tangan.

4.7 Penyelenggaraan sisa makanan

- sisa makanan hendaklah diselenggarakan dengan sempurna.Tong sampah perlu

mencukupi dan dilapis karung plastik serta bertutup. Kawasan sekitang tong sampah

dipastikan bersih agar tidak dihurung LILATI.

- pelupusan sampah – kawasan pelupusan sampah adalah di kawasan pembuangan

sampah di Kuarters Guru yang diselenggara oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

4.8 Pengendali makanan

- pengendali makanan perlu sentiasa merujuk buku panduan dan peraturan

mengendalikan kantin sekolah dengan pakaian dan amalan yang baik.

- pengendali makanan perlu melayan pelanggan dengan baik dan tidak boleh sama

sekali menggunakan perkataan yang negatif terhadap pelanggan.

Tindakan: Makluman

5 HAL-HAL LAIN

5.1. Maklumat pekerja kantin

- Pihak pengusaha kantin perlu memberikan maklumat terkini berkenaan pekerja

kantin. Maklumat ini penting untuk disimpan di fail dan rujukan pihak pemantau.

Tindakan: Pihak Kantin

5.2 Laporan Kendiri Kantin

- Pihak kantin diminta memberi kerjasama untuk membuat laporan kendiri kantin

dalam masa yang ditentukan bagi memudahkan pihak sekolah membuat laporan

bulanan kantin.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Page 5: Minit Mesyuarat Kantin

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Tindakan: Pihak Kantin

5.3 Label bahan makanan kering

- Pengusaha diminta melabel bahan makanan kering yang terdapat di kantin.

Tindakan: Pihak Kantin

5.4 Harga makanan dan minuman

- Harga makanan dan minuman murid dan guru hendaklah berbaloi dengan kuantiti

dan kualiti makanan yang telah dipersetujui.

Tindakan: Pihak Kantin

5.5 Pengusaha Kantin

- Puan Melati mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak

sekolah dengan kantin sekolah.

- Beliau akan buat yang terbaik bagi memastikan kualiti kantin akan lebih baik dari

masa ke semasa.

Tindakan: Makluman

PENUTUP

a. Pengerusi berharap agar pihak kantin dan AJK Kantin dapat memberikan kerjasama

dan menjalankan tanggungjawab dengan baik.

b. Beliau berharap laporan kendiri kantin dapat dilengkapkan sebaiknya.

c. Mesyuarat seterusnya dijangka akan diadakan pada bulan Mac.

d. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

..........................................……… ……...............................……….( ) ( ) Setiausaha PengerusiTarikh : 25 Januari 2012 Tarikh :

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Page 6: Minit Mesyuarat Kantin

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN GEMBUT

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KANTIN BIL 2 /2012

Tarikh : 29 Mac 2012 ( Khamis )

Masa : 1. 30 petang

Tempat : Kantin Sekolah

Pengerusi : Pn. Adibah binti Mohd Kalid

Kehadiran(Bilangan) : Pn. Adibah binti Mohd Kalid

Pn. Sakura binti Yusop

Pn. Najihah binti Nazri

Pn. Nadiah binti Md. Nawi

Pn. Siti Khadijah binti Hashim

En. Mohamad Nor bin Mohamed

Turut Hadir (Jika ada) : -

1PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mengucapkan salam dan terima kasih diatas kehadiran semua guru.

1.2 Diharap apa jua yang diminitkan diambil tindakan segera.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Najihah binti Nazri

Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Siti Khadijah binti Hashim

3PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1.Sinki kantin : Sinki kantin di bahagian staf tidak mempunyai air dan sinki di

kawasan pelajar pula seperti tidak dibersihkan.

Tindakan: Pengusaha Kantin

3.2. Label makanan kering tidak ada.

Tindakan: Pengusaha Kantin

4FOKUS MESYUARAT

4.1.Lalat : Didapati terlalu banyak lalat di kantin sehingga menyebabkan

ketidakselesaan di kalangan guru dan pelajar. Ini disebabkan oleh reban penternakan

ayam yang terletak berhampiran kawasan sekolah. Bagi mengatasi masalah ini,

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Page 7: Minit Mesyuarat Kantin

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

pihak kantin diminta agar dapat menggunakan plastik perangkap lalat serta

mengamalkan budaya mengelap meja yang telah digunakan. Penutup gelas dan

cawan juga perlu disediakan. Dalam situasi begini, pengusaha kantin perlu

mengutamakan kebersihan agar tidak ada kejadian yang buruk berlaku seperti

keracunan makanan.

Tindakan: Pengusaha Kantin

4.2.Kendiri Kantin : Pengusaha Kantin menghadapi kesukaran mennyediakan

Laporan Kendiri Kantin. Bagi mengatasi masalah ini, GPK HEM meminta guru yang

mengisi laporan tersebut.

Tindakan: Guru Kantin

4.3 Menu dan Senarai Harga : Pihak kantin telah diingatkan untuk menyenaraikan

harga makanan dan dipamerkan. Dan diharapkan pihak kantin dapat bertindak

segera. Pihak kantin juga diminta untuk mempelbagaikan menu samada pelajar dan

guru setiap hari.

Tindakan : GPK HEM & Pengusaha Kantin

5 HAL-HAL LAIN

5.1. Pn. Sakura menyatakan terima kasih kepada semua guru yang membantu dalam

pengurusan kantin. Terima kasih juga kepada pihak kantin kerana menyediakan

skirting meja kantin yang cantik serta susun atur yang berlainan.

Makluman : Semua guru

PENUTUP

a. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….( ) ( ) Setiausaha PengerusiTarikh : 4 April 2012 Tarikh :

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00