4
PK07 Pengurusan Mesyuarat PK 07/3 SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS PRINCESS ELIZABETH MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG BIL 1 / 2015 Tarikh : 26 Mac 2015 Masa : 12.00 Tengahari Tempat : Bilik Gerakan Pengerusi : Encik Mokhtar Zahid b.Bilal Mat Natar Kehadiran : Seperti dalam lampiran 1 PERUTUSAN PENGERUSI Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Mesyuarat PIBG SKPK Princess Elizabeth, Encik Mokhtar Zahid B. Bilal Mat Natar. Ucapan terima kasih dihulurkan kerana kehadiran guru-guru dan ibu bapa dalam menjayakan Mesyuarat Jawatankuasa PIBG kali pertama tahun 2015. Mesyuarat dimulai dengan bacaan Ummul Kitab. Pengerusi menyerahkan perbincangan dalam mesyuarat ini kepada Yang Di Pertua PIBG iaitu Encik Mustaffa bin Razali untuk perbincangan seterusnya. FOKUS MESYUARAT 2.1 Pengesahan minit mesyuarat AJK PIBG kali pertama 2015 Disahkan: Kasilawati Binti Ramly Disokong: Norashikin Binti Sailan 2.2 Pembentangan laporan kewangan tahun 2015 -Puan Norashikin Sailan membentangkan penyata kewangan yang berakhir sehingga Januari 2015 adalah sebanyak RM 13 796.24 Disahkan: Shahrul Annuar B. Said Disokong: Mohd Najid B. Othman Tindakan: BENDAHARI PIBG Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor © 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Minit Mesyuarat Ajk 1 2015

Embed Size (px)

DESCRIPTION

minit mesyuarat

Citation preview

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS PRINCESS ELIZABETH

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG BIL 1 / 2015

Tarikh: 26 Mac 2015

Masa: 12.00 Tengahari

Tempat: Bilik Gerakan

Pengerusi: Encik Mokhtar Zahid b.Bilal Mat Natar

Kehadiran: Seperti dalam lampiran 1PERUTUSAN PENGERUSI

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Mesyuarat PIBG SKPK Princess Elizabeth, Encik Mokhtar Zahid B. Bilal Mat Natar. Ucapan terima kasih dihulurkan kerana kehadiran guru-guru dan ibu bapa dalam menjayakan Mesyuarat Jawatankuasa PIBG kali pertama tahun 2015. Mesyuarat dimulai dengan bacaan Ummul Kitab. Pengerusi menyerahkan perbincangan dalam mesyuarat ini kepada Yang Di Pertua PIBG iaitu Encik Mustaffa bin Razali untuk perbincangan seterusnya.

FOKUS MESYUARAT2.1 Pengesahan minit mesyuarat AJK PIBG kali pertama 2015 Disahkan: Kasilawati Binti Ramly Disokong: Norashikin Binti Sailan2.2 Pembentangan laporan kewangan tahun 2015-Puan Norashikin Sailan membentangkan penyata kewangan yang berakhir sehingga Januari 2015 adalah sebanyak RM 13 796.24 Disahkan: Shahrul Annuar B. Said Disokong: Mohd Najid B. Othman Tindakan: BENDAHARI PIBG

2.3 Sumbangan Pembelian Kasut2.3.1 Encik Shahrul Annuar mengemukakan pertanyaan tentang wang sumbangan pembelian kasut sukan untuk adik Izzah Athirah yang menyertai dalam acara larian sebanyak rm 200.2.3.2 Yang Dipertua PIBG telah memberi kebenaran untuk mengeluarkan cek sebanyak rm 200 untuk pembelian kasut sukan tersebut.2.3.3 Encik Shahrul juga mengajukan soalan berkenaan dengan resit bayaran dobi bagi murid-murid yang tinggal di asrama.

2.4 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-92.4.1 Yang Di Pertua PIBG SKPK Princess Elizabeth memaklumkan kepada ahli jawatankuasa ibu bapa dan Guru akan tarikh mesyuarat agung PIBG kali ke 9 akan di adakan pada hari Ahad 29 Mac 2015.2.4.2 Encik Mokhtar mengemukakan satu usul untuk memohon sumbangan dobi sebanyak rm 50,yuran PIBG rm 50 dan yuran mengaji sebanyak rm 50 untuk murid-murid asrama termasuklah pelajar IP. Tindakan: SETIAUSAHA DAN AJK PIBG

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Encik Mokhtar mengemukakan satu usul bagi memohon sumbangan dobi sebanyak rm 50, yuran PIBG rm 50 dan yuran mengaji sebanyak rm 50 untuk murid-murid asrama termasuklah pelajar IP. Tindakan: AJK PIBG

4. HAL-HAL LAIN

4.1 Puan Kasilawati mencadangkan Hari Anugerah diadakan pada tahun hadapan 2016. 4.2 Encik Mokhtar memaklumkan pada semua Ahli Jawatankuasa PIBG yang hadir dalam mesyuarat tentang pertukaran mantan Guru Besar SKPK Princess Elizabeth iaitu Puan Nafisah Bt Ismail pada 16 Mac 2015 dan perletakan jawatan sebagai Ketua Warden oleh Encik Azmi Bin Othman selaku Guru penolong Kanan Ko-Kurikulum SKPK Princess Elizabeth.4.3 Encik Mokhtar memohon sedikit sumbangan daripada pihak PIBG untuk mengadakan majlis bagi meraikan pertukaran Puan Nafisah Ismail dan juga Perletakan Jawatan ketua Warden oleh Encik Azmi Bin Othman. 4.4 Di samping itu juga Encik Mokhtar selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal murid SKPK Princess Elizabeth mengumumkan keputusan cemerlang pelajar IP dalam STPM yang lepas dan salah seorang murid IP telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi di Sintok Kedah.

PENUTUP Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan di atas kerjasama yang diberikan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh, ............................................ ..........................................(Ibtisam Bt.Hashim) ( Mustaffa Bin Razali)

Setiusaha PIBG, Yang Dipertua PIBG,SKPK Princess Elizabeth SKPK Princess ElizabethJohor Bahru Johor Bahru

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00