6
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA 5S ZON 7 SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN (SPP) BIL. 01/2013 Tarikh : 30 Januari 2013 (Rabu) Masa : 9.00 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Aras 3, Blok B, Duta 2 Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Kehadiran : 1. Pn. Hjh Nor Laila bt Lambak - Ketua Sektor (Pengerusi) 2. Tuan Haji Ahmad Kamil bin Ibrahim - Ketua Penolong Pengarah 3. Pn. Azlina binti Abdullah - Ketua Unit Pentaksiran Berasaskan Sekolah 4. En. Mohamad Fauzi bin Yunus - Ketua Unit UPSR/PMR/SPM/SPM(U) 5. En. Daruddin bin Baba - Ketua Unit STPM/MUET/Luar Negeri 6. En. Raheman bin Ahmad - Penolong Pengarah 7. En. Zulfadly bin Md Yunos - Penolong Pengarah 8. En. Zulfikri bin Ramlan - Penolong Pengarah 9. En. Zulkifli bin Alang Mahat - Penolong Pengarah 10. Pn. Norshaizah binti Mohd Yusof - Penyelia Kanan 11. En. Alias bin Mispan - Penyelia Kanan 12. En. Yahya bin Talib - Penyelia Kanan 13. En. Mohd. Abidudin bin Abu Bakar - Penyelia 14. En. Sulaiman bin Abd Malek - Ketua Pembantu Tadbir 15. Pn. Nurul Bariza binti Abu Bakar - Pembantu Tadbir 16. Pn. Nur Aisyah bt Ibrahim - Pembantu Tadbir 17. En. Mohd Faizal bin Japar - Pembantu Tadbir 18. Pn. Siti Rohaizaa binti Shaik Azizir Rahman - Pembantu Tadbir

Minit Mesy Spp 5s

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Minit

Citation preview

Page 1: Minit Mesy Spp 5s

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA 5S ZON 7

SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN (SPP)BIL. 01/2013

Tarikh : 30 Januari 2013 (Rabu)Masa : 9.00 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat

Aras 3, Blok B, Duta 2 Jabatan Pelajaran Wilayah PersekutuanKuala Lumpur

Kehadiran :

1. Pn. Hjh Nor Laila bt Lambak - Ketua Sektor (Pengerusi)2. Tuan Haji Ahmad Kamil bin Ibrahim - Ketua Penolong Pengarah 3. Pn. Azlina binti Abdullah - Ketua Unit Pentaksiran Berasaskan Sekolah4. En. Mohamad Fauzi bin Yunus - Ketua Unit UPSR/PMR/SPM/SPM(U)5. En. Daruddin bin Baba - Ketua Unit STPM/MUET/Luar Negeri6. En. Raheman bin Ahmad - Penolong Pengarah7. En. Zulfadly bin Md Yunos - Penolong Pengarah 8. En. Zulfikri bin Ramlan - Penolong Pengarah 9. En. Zulkifli bin Alang Mahat - Penolong Pengarah10. Pn. Norshaizah binti Mohd Yusof - Penyelia Kanan11. En. Alias bin Mispan - Penyelia Kanan 12. En. Yahya bin Talib - Penyelia Kanan13. En. Mohd. Abidudin bin Abu Bakar - Penyelia14. En. Sulaiman bin Abd Malek - Ketua Pembantu Tadbir15. Pn. Nurul Bariza binti Abu Bakar - Pembantu Tadbir16. Pn. Nur Aisyah bt Ibrahim - Pembantu Tadbir17. En. Mohd Faizal bin Japar - Pembantu Tadbir 18. Pn. Siti Rohaizaa binti Shaik Azizir Rahman - Pembantu Tadbir19. Pn. Rohana binti Harun - Pembantu Tadbir20. Cik Azuma binti Hj. Ahmad - Pembantu Tadbir21. Pn. Zaiazra binti Aminudin - Pembantu Tadbir22. En. Mat Isa bin Babok - Pembantu Tadbir23. En. Mohd Amir Rizal bin Ahmad

Yusof - Pembantu Am Pejabat24. En. Mohd Haidzir bin Sharif - Pemandu

Page 2: Minit Mesy Spp 5s

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan bacaan Ummul Kitab, Al-Fatihah. Beliau mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat.

1.2 Pengerusi memaklumkan tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan pelaksanaan program 5S di Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP).

1.3 Pengerusi berharap semua pegawai dan kakitangan memberi komitmen dan kerjasama untuk menjayakan program 5S.

Tindakan : Makluman

2.0 Taklimat 5 S

2.1 Ketua Penolong Pengarah (KPP), SPP memaklumkan Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar-Pudu telah memperoleh sijil 5S dan berharap JPWPKL berjaya mendapat sijil 5S pada bulan Ogos 2013.

2.2 Beliau juga memaklumkan perkara-perkara berikut:

2.2.1 Polisi 5S- Memastikan amalan 5S dilaksanakan secara berterusan melalui budaya kerja sepasukan dan berdisiplin dengan mengutamakan kebersihan, kekemasan, keselesaan dan keselamatan di tempat kerja ke arah peningkatan produktiviti, kualiti dan kecemerlangan jabatan.

2.2.2 Objektif 5S- Mewujudkan tempat kerja yang bersih, kemas dan sistematik untuk keselesaan warga JPWPKL, meningkatkan kerjasama antara warga JPWPKL dalam melaksanakan tugasan harian, mewujudkan disiplin yang tinggi dan berhemah dalam kalangan warga JPWPKL, memastikan keselamatan di tempat kerja untuk setiap warga JPWPKL dan meningkatkan mutu perkhidmatan melalui penerapan budaya kaizen dan Al-Falah.

2.2.3 Warna mengikut sektor- SPP (zon 7) warna perang.

2.2.4 Jawatankuasa Pemandu 5S terdiri daripada:

Penasihat – En. Abdullah bin Mad Yunus Pengerusi – Pn. Zainun bt AhmadTimbalan Pengerusi - En. Tajudin B Mohamad Mor

- Cik Hjh.Nik Ramas bt Nik Wan - Tuan Haji Ismail bin Musa

Penyelaras/ Setiausaha – KU Sektor Jaminan Kualiti Ahli Jawatankuasa – Semua Ketua Sektor JPWPK

2.2.5 Jawatankuasa Zon 5S SPP terdiri daripada:

Penasihat - Pn. Hjh Nor Laila bt LambakFasilitator - En. Mohamad Fauzi bin YunusKetua Zon -Tuan Haji Ahmad Kamil bin IbrahimSetiausaha - Pn. Azlina bt AbdullahUnit - En. Zulfadly bin Md Yunos (Unit

PBS)

Page 3: Minit Mesy Spp 5s

-En Zulfikri bin Ramlan (Unit UPSR/PMR/SPM)-En. Yahya bin Talib (Unit STPM/MUET/ Luar Negeri)-En. Muhamad Faizal bin Japar (Unit Pentadbiran Am)

-En. Sulaiman bin Abd. Malek (Stor /Bilik Keselamatan)

-En. Daruddin bin Baba (Kaunter SPP)-En. Mohd. Abidudin bin Abu Bakar (Papan Kenyataan/Carta Organisasi/Alat Pemadam Api/Pasu Bunga)

-En. Alias bin Mispan (Surau)-Pn. Norshaizah bt Mohd. Yusuf (Pantry)

-Pn. Siti Rohaiza bt Shik Azizir Rahman (Tandas Aras 2)

2.2.6 Setiap jawatankuasa dianggotai oleh beberapa orang ahli yang telah dikenal pasti.

Tindakan : Makluman

2.2.7 Unit STPM/MUET/Luar Negeri diminta untuk memastikan sama ada bilik kosong bersebelahan bilik En. Yahya bin Talib diistiyhar sebagai bilik pegawai atau surau.

Tindakan : En. Yahya bin Talib

2.2.8 Jadual Perbatuan 5S adalah seperti berikut:

16.02.2013 – Pelancaran 5S dan Gotong Royong Perdana 01 – 28.02.2013 - Melaksanakan Seiton-Susun di Zon 5S26.02.2013 - Bengkel dan Gotong Royong 5S18-19.03.2013 - Audit pengurusan

Mulai 08.04.2013- Audit dalam program 5S

2.2.9 KPP SPP juga memaklumkan garis panduan umum mengenai amalan 5S JPWPKL yang merangkumi sudut dan ruang pejabat,papan kenyataan, rekod aktiviti kumpulan dan zon, disiplin dan sikap, lantai, peralatan dan perabot, peralatan pejabat dan perabot, hiasan dalaman, tanda arah/tunjuk/peringatan,ruang kerja terperingkat, ruang kaunter, lantai, meja (di atas meja, meja (di bawah meja), laci meja, kerusi dan hiasan dalaman.

Tindakan: Makluman

3.0 Hal-hal Lain

3.1 Ahli mesyuarat diminta merujuk ciri-ciri amalan baik 5S dari MAMPU yang telah diedarkan sebagai panduan dalam melaksanakan 5S.

Tindakan: Makluman

Page 4: Minit Mesy Spp 5s

3.2 Buku Pelawat perlu disediakan untuk kaunter mulai bulan Februari 2013.

Tindakan : Ketua Pembantu Tadbir

3.3 Setiap jawatankuasa diminta menyediakan jadual aktiviti, jadual perbatuan, bajet, cadangan maskot dan wall paper bagi komputer SPP untuk mesyuarat akan datang.

Tindakan : Ketua Jawatankuasa

4.0 Penutup

4.1 Pengerusi berharap semua pegawai dan kakitangan SPP memberi kerjasama kepada KPP dan dibantu oelh En. Mohamad Fauzi bin Yunus untuk menjayakan program 5S.

4.2 Pengerusi memaklumkan mesyuarat seterusnya akan diadakan dua minggu dari sekarang dan Ketua Jawatankuasa diminta menyediakan laporan.

4.3 Beliau menangguhkan mesyuarat dengan surah Al-Asr. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.50 pagi.

Tindakan: Makluman

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………….. ……………………..

(AZLINA BT ABDULLAH) ( )

Tarikh: Tarikh: