3
MINIT CURAI Nama Mesyuarat / Taklimat / Kursus: Taklimat Pentadbiran Saringan 3 (Kohort 3), Saringan 6 (Kohort 2) dan Saringan 9 (Kohort 1) Program LINUS Tarikh: 20 September 2012 Masa : 2.00 ptg Tempat : Dewan SK Dato Seri Maharajalela 1. Pengerusi : En Abdul Razak bin Md Yassin 2. Wakil JPNJ/PPD : Fasilinus- Fasilinus Daerah 3. Turut Hadir : En Helmi Azizul bin 4. Bahan-bahan yang diedarkan : CD Saringan 3, 6 dan 9 2012, Manual taklimat saringan, Jadual kunjung bantu pegawai Fasilinus dan kertas cadangan tindakan kerja pegawai linus. 5. Perkara Penting yang Dibincangkan : EN. ABDUL RAZAK BIN MD YASSIN - Ambil perhatian tentang taklimat kerana tidak hendak berlaku maklumat yang tidak sampai tentang pelaksanaan Saringan - Rujuk manual saringan yang diberikan, terdapat senarai nama fasilinus beserta sekolah yang boleh dihubungi. - Penerangan yang lengkap tentang kaedah-kaedah menjalankan saringan LINUS mengikut kohortsambil merujuk manual yang diberi. - Memastikan agar saringan membaca/lisan dapat dijalankan bermula 24 September – 12 Oktober 2012. - Menjalankan saringan menulis pada 14 Oktober – 19 Oktober 2012. - Semua murid Tahun 1 hendaklah menduduki saringan ini, manakala bagi Tahun 2 hanya murid LINUS sahaja yang terlibat. - Boleh ditadbir secara individu ataupun dalam kumpulan kecil tidak lebih 3 orang. - Saringan dijalankan serentak didalam kelas semasa waktu matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik dimana ada guru yang mengajar dan ada guru yang mentadbir saringan. Sediakan tempat untuk menjalankan saringan di belakang kelas.

Minit curai taklimat linus 20 sept

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Minit curai taklimat linus 20 sept

MINIT CURAI

Nama Mesyuarat / Taklimat / Kursus:

Taklimat Pentadbiran Saringan 3 (Kohort 3), Saringan 6 (Kohort 2) dan Saringan 9 (Kohort 1) Program LINUS

Tarikh: 20 September 2012 Masa : 2.00 ptg

Tempat : Dewan SK Dato Seri Maharajalela

1. Pengerusi : En Abdul Razak bin Md Yassin

2. Wakil JPNJ/PPD : Fasilinus- Fasilinus Daerah

3. Turut Hadir : En Helmi Azizul bin

4. Bahan-bahan yang diedarkan : CD Saringan 3, 6 dan 9 2012, Manual taklimat saringan, Jadual kunjung bantu pegawai Fasilinus dan kertas cadangan tindakan kerja pegawai linus.

5. Perkara Penting yang Dibincangkan :

EN. ABDUL RAZAK BIN MD YASSIN

- Ambil perhatian tentang taklimat kerana tidak hendak berlaku maklumat yang tidak sampai

tentang pelaksanaan Saringan

- Rujuk manual saringan yang diberikan, terdapat senarai nama fasilinus beserta sekolah yang boleh dihubungi.

- Penerangan yang lengkap tentang kaedah-kaedah menjalankan saringan LINUS mengikut kohortsambil

merujuk manual yang diberi.

- Memastikan agar saringan membaca/lisan dapat dijalankan bermula 24 September – 12 Oktober 2012.

- Menjalankan saringan menulis pada 14 Oktober – 19 Oktober 2012.

- Semua murid Tahun 1 hendaklah menduduki saringan ini, manakala bagi Tahun 2 hanya murid LINUS sahaja

yang terlibat.

- Boleh ditadbir secara individu ataupun dalam kumpulan kecil tidak lebih 3 orang.

- Saringan dijalankan serentak didalam kelas semasa waktu matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik

dimana ada guru yang mengajar dan ada guru yang mentadbir saringan. Sediakan tempat untuk menjalankan

saringan di belakang kelas.

Page 2: Minit curai taklimat linus 20 sept

- Berbincang dengan Guru Penolong Kanan 1 untuk menyusun jadual guru yang ditugaskan menjalankan

saringan.

- Ciri-ciri guru yang boleh menjalankan saringan;

• Guru pemulihan

• Guru yang sama opsyen.

• Guru bahasa

• Guru yang diterima oleh murid

• Guru yang diterima oleh guru besar

• Ketua panitia Bahasa Melayu dan Matematik

- Tahun 1 mesti menguasai semua konstruk, manakala tahun 2 dan 3 mesti menguasai konstruk 1-9 bagi literasi

dan konstruk 1-10 untuk numerasi.

- Fasilinus akan datang ke sekolah yang ditetapkan untuk kunjung bantu pelaksanaan saringan membaca/lisan.

Rujuk jadual kunjung bantu fasilinus.

- Bermula 15 – 19 Oktober 2012 bebrapa sekolah akan dipilih untuk dijalankan pemantauan.

- Data perlu diisi dalam portal NKRA walaupun murid-murid linus telah melepasi ujian saringan dan masuk ke

kelas perdana. Jika tiada murid linus pun data tetap perlu diisi.

- Murid-murid yang tidak melepasi saringan 9 bagi tahun 3 akan mengikuti program PROTIM untuk tahun 4

2013.

- Guru pemulihan mesti menjalankan ujian diognastik terhadap murid-murid linus (rujuk minit mesyuarat perkara

1.20) dan mengajar murid-murid linus mengikut sukatan pelajaran linus bagi tahap 1 dan tahap 2 mengikut

kemahiran dalam Pemulihan Khas.

- Guru pemulihan hendaklah membantu murid-murid sebelum saringan dijalankan dengan syarat telah tiada

murid linus tahun 2 dan 3.

- Murid-murid perdana tidak boleh diserahkan kepada guru pemulihan.

- Kepada guru-guru yang telah mengikuti rombongan ke Cameron Highlands, mohon kerjasama untuk menerima

kunjungan guru-guru linus dari negeri lain sekiranya mereka ingin membuat lawatan, dan sentiasa memastikan

perkara-perkara berikut diberi perhatian iaitu;

• menyemak papan kenyataan

• memastikan keceriaan kelas linus

• sentiasa mengemaskini iventori

Page 3: Minit curai taklimat linus 20 sept

• menyemak dan menanda buku latihan murid

• memastikan susun atur kerusi meja sentiasa kemas.

6. Tindakan Sekolah :

- Perbincangan dengan GPK 1

- Perbincangan dengan Ketua Panitia Bahasa Melayu dan Matematik

- Mengemaskini fail LINUS

- Mengisi Data LINUS

- Pengedaran bahan-bahan Saringan 3 dan 6

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………………… ...................................................NOORFAIZA BINTI ZA’BAR MOHMAD YUSOF BIN MAHRANSetiausaha Guru BesarProgram LINUS SK Seri Bali, ChaahSK Seri Bali, Chaah