Upload
others
View
10
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
UNTUK SIARAN SEGERA 24 November 2021
MINGGU SAHAM DIGITAL 2021 BERAKHIR DENGAN BILANGAN TONTONAN POSITIF
Salah satu acara literasi kewangan terbesar Malaysia
KUALA LUMPUR, 24 November 2021 – Permodalan Nasional
Berhad (PNB) malam tadi mengakhiri program utama literasi
kewangan tahunannya, Minggu Saham Digital (MSD) dengan
kejayaan yang memberangsangkan. Acara tersebut mencatatkan
lebih 1.5 juta tontonan selama tujuh hari dan lebih 5 juta penglibatan
di semua saluran media sosial rasmi MSD. Program hibur didik selama
seminggu yang bertemakan #laburbersama itu bertujuan untuk
meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia dari
semua peringkat umur, melalui pelbagai aktiviti dalam talian.
Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn
berkata, “Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada semua yang terlibat, terutamanya peserta yang
menjadikan MSD 2021 sebagai acara yang paling menyeronokkan.
Semua program kami sepanjang minggu masih boleh terus ditonton di
saluran Facebook dan YouTube MSD. Kami berharap para peserta
telah berjaya menimba ilmu baharu daripada pengalaman mereka
bersama kami, dan terus menyokong usaha celik kewangan kami,”
tambah beliau.
Laman web rasmi MSD telah dikunjungi sebanyak satu (1) juta kali
dengan peraduan Jom... Kira Duit menerima penyertaan 307,000 dari
lebih 9,000 peserta.
Sebagai tanda penghargaan, PNB memberi peluang kepada orang
ramai yang mengikuti program MSD untuk memenangi hadiah bernilai
lebih daripada RM500,000 menerusi pelbagai peraduan yang
diadakan sebelum dan semasa MSD berlangsung.
2
Senarai pemenang dan hadiah peraduan adalah seperti berikut:
1. Peraduan Jom… Kira Duit
Hadiah Pertama - Hyundai Kona 2.0 Standard
Muhamad Ramli Ab Rahman, Kuala Lumpur
Hadiah Kedua - Toyota Yaris 1.5G (AT)
Filzah Haziyah Ahmad Shah, Kota Kinabalu, Sabah;
Hadiah Ketiga - Perodua Ativa 1.0 Turbo AV
Mohd Shahril Amin Shahda, Teluk Intan, Perak;
Hadiah Keempat : Motosikal Honda CB250R
Abdul Hamid Hasan, Jitra, Kedah; dan
Seramai 8 pemenang membawa pulang motosikal 125 Honda
Dash, yang mana lima (5) adalah pemenang Ringgit Emas.
2. Peraduan Live Trivia merekodkan 4,592 penyertaan.
3. Peraduan Cabutan Bertuah mencatatkan 2,400 penyertaan.
Ahmad Zulqarnain turut merakamkan penghargaan kepada Rakan
Korporat yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan
MSD 2021 terus menjadi salah satu acara literasi kewangan terbesar
di Malaysia. Rakan Premier MSD ialah Malayan Banking Berhad
(Maybank), Sime Darby Plantation Berhad dan UMW Holdings
Berhad. Sime Darby Berhad, Sime Darby Property Berhad, S P Setia
Berhad, MIDF Berhad dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd
(Perodua) adalah dalam kategori Rakan Utama; manakala MNRB
Holdings Berhad (MNRB), CCM Berhad, Duopharma Biotech Berhad,
Velesto Energy Berhad, Sapura Energy Berhad, dan Projek Lintasan
Kota Holdings Sdn Bhd adalah dalam kategori Rakan.
- TAMAT -
3
MENGENAI PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB) Permodalan Nasional Berhad (PNB) adalah syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia dengan aset di bawah pengurusan (AUM) kini melebihi RM300 bilion. Portfolio PNB merangkumi pelaburan-pelaburan strategik di syarikat korporat terkemuka Malaysia, ekuiti global, pelaburan persendirian dan hartanah. Untuk maklumat lanjut, layari www.pnb.com.my.
MINGGU SAHAM DIGITAL (MSD) MSD adalah adaptasi Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang beralih ke acara digital bermula pada tahun lepas. Program yang berlangsung selama seminggu ini padat dengan program pendidikan dan hiburan interaktif untuk mendidik dan meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang simpanan dan pelaburan. Untuk menyertai program dan peraduan yang ditawarkan sepanjang MSD2021, sila layari laman web rasmi MSD di www.minggusahamdigital.com.my.
Dikeluarkan oleh Permodalan Nasional Berhad