28
9 771394 143000 ISSN 1394-1437 MAC 2010 HARGA RM6.50 THN.8 Bil 91 1431 Rabiulawal-Rabiulakhir PP14605/08/2010 (025186) Hati-hati walaupun ada logo halal Rawat kanser payudara mengikut al-Quran Apabila jutawan disuruh jadi miskin Buta al-Quran tapi khatam di Masjidil Haram Burj Khalifa tanda kiamat semakin hampir?

Milenia Muslim Mac10 prebiu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Prebiu majalah keluaran Mac 2010

Citation preview

Page 1: Milenia Muslim Mac10 prebiu

9 771394 143000

I SSN 1394-1437

MAC 2010HARGA RM6.50

THN.8 Bil 91 1431 Rabiulawal-RabiulakhirPP14605/08/2010 (025186)

Hati-hati walaupun ada logo halal

Rawat kanser payudara mengikut al-Quran

Apabila jutawan disuruh jadi miskin

Buta al-Quran tapi khatam di Masjidil HaramBurj Khalifa tanda kiamat semakin hampir?

Page 2: Milenia Muslim Mac10 prebiu

Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu, iaitu yang halal lagi baik, bertakwalah kepada Allah yang

kepada-Nya saja kamu beriman.

(Surah al-Maidah, ayat 88)

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Foto

JAS

MAN

MD

NO

OR

Page 3: Milenia Muslim Mac10 prebiu

Mac 2010�

Page 4: Milenia Muslim Mac10 prebiu

8

20

4450

40

MAC 2010 Bil 91

34

6789

10131618

2024262830

3442

48

FOKUSNajis bersepah di kilang rempahMakanan halal prasyarat doa makbulSijil halal boleh dibeli?Bezakan label produk halal keluaran Muslim & bukan MuslimBila lagi Akta Halal mahu digubal?Halalkah apa yang kita makan?Bahaya babi menurut Islam dan sainsKronologi fatwa halal haramAyam antibiotik & ayam probiotik

BINGKISANCinta luar biasa dalam IslamJangan sampai rakyat tempatan dianaktirikanApabila jutawan disuruh berlagak miskinHentamlah secara berhemah

IQRAQNikmat mata, lidah & bibirHidup isteri bagaikan di penjara

FAKTA BERGAMBAR7 haiwan berwajah pelik di dunia

TEROPONGBerpeluh siang malam perbesar Masjidil Haram50

KEMBARA MINDAPenyebaran Islam selepas Rasulullah wafat

GLOBALGara-gara AS$�00 juta...Burj Khalifa kiamat semakin hampir?

52

4482

IKTIBARButa al-Quran khatam di Masjidil Haram36

ASMAUL HUSNAAr-Rahim Penyayang agung yang kekal abadi82

40KERANA NILA SETITIKMenelanjangi keburukan orang

Page 5: Milenia Muslim Mac10 prebiu

Mac 2010�

MUKA HADAPANKIRA-KIRA 85 peratus pemilik syarikat yang memohon sijil halal daripada Jakim adalah bukan Islam. Ini kerana peletakan label halal pada pembungkus makanan atau produk lain adalah strategi penting untuk melariskan jualan memandangkan lebih 60 peratus pengguna di negara ini beragama Islam. Namun, ada juga peniaga bukan Islam meletakkan logo itu tanpa kebenaran berikutan syarat-syarat ketat Jakim sebelum sesuatu sijil itu dikeluarkan. Milenia Muslim kali ini mendedahkan dari pelbagai sudut berkaitan produk dan amalan pemakanan yang memenuhi ciri-ciri halalan thoyyibah.

58

80

74KUPASANAdab berdialog dalam Islam

MACAM-MACAMBayi ajaib di selatan RussiaCaci isteri satu jenayah di Perancis

SILANG KATA ISLAM

91

94

95

REVIU FILEMJelmaan dewa dalam Avatar92

AKHIR KALAMTerus menulis hingga akhir hayat96

60646880

74

UMMAHKisah si munafik dalam negara berdaulatPeritnya layan kerenah pekerjaPeluang rakyat ‘bersemuka’ NajibBersediakah ulama fatwakan perang itu haram?

NEGARA TETANGGANasib malang sekolah pondok di selatan Thailand

EKONOMILaluan sutera KL – Beijing86

1001 TAFSIRANMenempah maut!

NOTA SISWAIbu bapa diserang Sindrom Empty NestKisah anak derhaka & buang anak Sampai bila kita tutup sebelah mata

RENUNG & FIKIRTergelincir kerana wang bertimbun

KEMBARAHati tersentuh di kota Bandung

KESIHATANRawat kanser payu dara menurut al-Quran

SAJAKKenali diri kita

55

565758

63

77

70

73

ADABKikis perasaan rendah diri89

Page 6: Milenia Muslim Mac10 prebiu

M E J A E D I T O R

Setakat label halal saja belum cukup

Zainuddin Ayip

MMP Communications Sdn Bhd (146938-W)(dahulunya dikenali sebagai Milenia Muslim Publications Sdn Bhd) (Anak Syarikat ICS (M) Sdn. Bhd. (554287-W)) 68-B, Jalan Kampong Attap, 50460 Kuala Lumpur. Tel: +603-2273 5426 Faks: +603-2273 5425

Penerbit

Pencetak Times Offset (M) Sdn. Bhd. Lot 46, Subang Hi-Tech Industrial Park,Batu Tiga 40000 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.

[email protected] Jamaluddin MansorKetua Editor Kumpulan

Pereka Grafik Jaztina Alias

Jurufoto Mohd Yusri Mohd Shakjee, Wan NaqiuddinWan Yaacob, Jasman Md Noor, Arman Yusuf

Editor

Editor [email protected] Sabirin

Haji Zainuddin Ayip

Jurufoto [email protected] Asraf Dahari

Kolumnis Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, Dr. Sidek Baba, S.M. Zakir

Penyumbang Mohd Sukki Othman, Ahmad Hafiz al Bakaniyy, Isma Ae Che Uma, Md Shukri Shuib, Muhammad Uthman El-Muhammady, Mohamad Faisol Keling, Mohammad Nuruddin Bashah

Pengarah Seni

Wartawan Salawati [email protected] Dalia [email protected]

Pereka Grafik Korporat Mohd Firdaus Abdul [email protected]

[email protected]

[email protected]

Perunding Jualan & Pemasaran

Faizal [email protected]

Penulis

Anggota:

Persatuan Penerbit Majalah

[email protected] Christine Louis

Eksekutif Kanan Langganan

Ridzuan Besiri

Eksekutif Acara & Promosi

Shahrul Azrin [email protected]

Pengurus Produksi & Pengedaran [email protected]

Khairi Ng Abdullah

Eksekutif Produksi Widya Natasya Md Salleh

Rizal Abdul RahmanMohamad Zairull Mohd YusofZulkeflee Abdullah

Eksekutif Pengedaran

Ilyah Nazrah Jamalludin

[email protected] Seliaan

PelangganAdibah [email protected]

[email protected] Azlan Salim

MAKAN dan minum adalah satu keperluan asas kehidupan. Islam menghendaki umatnya menitikberatkan soal kebersi-han dan kesucian dalam aspek pemakanan. Ini kerana soal pemakanan berkait rapat dengan ibadah dan kesihatan. Allah SWT amat menekankan perihal apa yang kita makan kerana ia menentukan kehalusan atau kekasaran budi dan sangat ber-pengaruh kepada jiwa dan sikap seseorang. Malah, halal adalah prasyarat kepada penerimaan doa. Maknanya Allah tidak akan menerima doa orang yang menyimpan bahan haram dalam tubuhnya termasuklah pakaian yang dipakai dan harta yang dimilikinya. Bagi setiap orang Islam, penerimaan doa oleh Al-lah SWT sangat penting kerana doa adalah otak kepada segala ibadat. Sekiranya ‘otak’ itu cacat maka ibadat lain turut terca-lar. Bagi orang beriman, doa adalah satu kekuatan yang Tuhan kurniakan khususnya bagi orang teraniaya yang mana doanya amat makbul dan diterima Allah.

Walaupun terdapat beberapa standard bagi menjamin kebajikan pengguna di Malaysia, masalah ketidak patuhan ter-hadap standard ini sentiasa berlaku terutama berkaitan dengan halal tidaknya makanan dan yang paling ketara adalah pe-nyalahgunaan dan pemalsuan logo halal di Malaysia. Justeru, kita harus berhati-hati kerana dikhuatiri membeli atau terbeli makanan tidak halal walaupun ada dipamerkan label logo halal. Masyarakat hendaklah cermat dan berwaspada dalam menentukan kehalalan makanan itu sendiri. Sekadar mempu-nyai sijil halal saja belum mencukupi kerana pada ketika ini ada peniaga terutama bukan Islam gemar menipu sijil halal. Kita tidak boleh mengharapkan penguatkuasaan semata-mata kerana perlaksanaannya sangat rumit ditambah dengan tabiat sesetengah peniaga gemar meraih keuntungan tanpa memikir-kan kepentingan pengguna Islam. Apa yang jelas, kalau kita ragu-ragu atau was-was, jangan membeli produk berkenaan.

Persoalan yang timbul, mengapa perkara ini boleh berlaku? Adakah disebabkan sistem atau polisi yang sukar dan berbelit-belit menyebabkan perkara ini terjadi atau sikap masyarakat yang jahil tentang kepentingan penggunaan logo halal dan standard halal serta keselamatan makanan? Mungkinkah ada unsur ‘suapan’ dalam pemberian logo berkenaan? Apa yang pasti, setiap pengguna mahukan sesuatu produk yang sela-mat dan tiada kemudaratan. Bagi umat Islam, garis panduan mestilah berlandaskan al-Quran dan sunnah yang juga boleh diimplimentasikan dalam kehidupan setiap pengguna hari ini. Harus diingat, pemakanan yang halal, menyihatkan dan seimbang dari segi kualiti dan kuantiti mampu melahirkan masyarakat yang cergas dan sihat selain cemerlang dari segi akhlak, sahsiah, berperibadi mulia dan bertamadun mengikut acuan Islam.

Shahfizal [email protected]

Penolong Pengarah Seni Mizan [email protected]

Penyelaras Pengiklanan Brinda [email protected]

Page 7: Milenia Muslim Mac10 prebiu

Mac 20105

Pencetak Times Offset (M) Sdn. Bhd. Lot 46, Subang Hi-Tech Industrial Park,Batu Tiga 40000 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.

Page 8: Milenia Muslim Mac10 prebiu

6 BINGKISAN

KISAH cinta antara manusia dan manusia adakala membang-kitkan rasa sayu, gembira dan

ketawa. Cinta kepada Allah SWT pula adalah cinta yang maha suci yang lahir dan hidup di dalam jiwa kerana kekuatan akidah dan takwa yang jitu hasil amalan wajib dan sunat yang dizahirkan.

Sebagai umat Islam, cinta kepada Allah SWT adalah cinta yang teramat indah si-fatnya. Saat menyebut nama Allah SWT di bibir mahupun di kalbu, hati akan rasa tenang melainkan ia dilakukan hanya ke-rana terkejut.

Itulah kebesaran kalimah Allah yang tidak difahami rohnya oleh manusia yang menyebutnya hanya kerana tidak disengajakan.

Islam adalah satu agama yang amat mementingkan kecintaan kepada kea-manan dan ketenteraman jiwa. Solat dan puasa disertai dengan ibadat sunat akan memantapkan iman dan cinta kepada Al-lah SWT. Puasa itu sendiri bukan sekadar dianggap sebagai penyucian secara fizikal tetapi juga sebagai penyucian rohani yang penuh dengan hasad dan dengki setiap masa. Kotoran jiwa ini perlu dibersihkan dengan mengerjakan puasa dan amalan lain seperti zikir yang perlu dilakukan dengan secara konsisten dan tawaduk.

Pernahkah kita terfikir sekali-sekala cinta yang kekal sifatnya adalah kepada Allah SWT sahaja? Walau beribu kekasih dan ada empat isteri pun, manusia tetap akan berdoa kepada Allah SWT memohon petunjuk atau hidayat bagi menyelesaikan masalah rumah tangga yang besar itu.

Sesungguhnya cinta teragung yang pernah berlaku adalah di kala pengor-banan dilakukan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW meninggalkan segala-galanya di kota Makkah menuju ke sebuah tempat bernama Madinah demi menyelamatkan akidah dan perjuangan umat Islam yang amat dicintainya.

Umat Islam yang dimaksudkan di sini, bukan umat Islam bersama-sama Baginda tetapi umat Islam dari zaman Baginda hingga ke zaman mutakhir ini. Sesung-guhnya cinta Baginda kepada umat Islam tiada tolok bandingan.

Walau seribu rintangan melanda di awal kerasulan Baginda, dengan penuh takwa kepada Allah SWT segala-galanya dihadapi dengan sabar dan berusaha se-hingga wahyu dari Allah SWT untuk memberi arahan agar Baginda berhijrah ke Madinah sebuah tempat baru yang sebelum ini Baginda biasa sampai untuk berniaga. Baginda juga amat menya-yangi bumi Makkah yang merupakan

kampung Baginda dan kaum kerabatnya. Di situlah Baginda dila-hirkan dan dibesarkan sebagai anak yatim piatu dan menumpang kasih kepada Ummul Halimaton Saadiah se-bagai ibu susuan.

Sebagaimana diketa-hui Baginda dibela oleh bapa saudaranya Abi Talib, ayahanda kepada Saidina Ali. Baginda tinggal bersama bapa saudaranya serba se-derhana dan setelah dewasa Baginda sudah bijak dalam perniagaan dan bekerja dengan Sai-datina Khadijah yang merupakan majikan Baginda sebelum dipi-nang oleh majikannya untuk dijadikan teman hidup.

Sebagai isteri yang taat, kasih yang diberi menjadikan Khadijah

sebagai orang yang pertama memeluk Islam setelah mengetahui kerasulan Baginda setelah peristiwa di Gua Hira. Peristiwa hijrah menunjukkan Baginda sanggup bersusah-payah berhijrah namun tiada pula Baginda memohon kepada Al-lah SWT supaya kafir Quraisy di Makkah dilaknatkan dengan bencana alam seperti umat nabi terdahulu. Inilah bukti cinta kepada umat Baginda yang sukar diukur dengan mana skala sekalipun.

Hijrah ke Madinah telah menjadikan Is-lam kuat dan berkembang sehingga ke hari ini dan perjalanan penuh keazaman meme-lihara akidah telah membuahkan hasil. Perjuangan yang dimulakan di Makkah kemudian di Madinah telah membentuk generasi Islam yang masih lagi teguh den-gan pegangan sehingga ari ini.

Bukankah cinta Baginda SAW kepada umat agar sama-sama menyintai Allah SWT telah menjadikan kita sebagai umat Islam hari ini? Tidak berlebihan kalau kita katakan bahawa cinta Nabi Muham-mad SAW kepada umat Baginda bukan cinta biasa tetapi amat luar biasa dan tera-gung sifatnya.

ABDUL RAZAK IDRISTaman Seri Bayu Morib,Banting, Selangor.

Cinta luar biasa dalam Islam

Page 9: Milenia Muslim Mac10 prebiu

Mac 20107

KITA dikejutkan dengan berita pada pertengahan Januari lalu bahawa kira-kira 40,000 rakyat

India yang masuk ke negara ini melalui saluran sah dilaporkan ‘hilang’ tanpa da-pat dikesan setakat Jun tahun lalu.

Hal ini menggambarkan rapuh-nya sistem pemantauan pihak berkuasa khususnya Jabatan Imigresen dalam memastikan keselamatan negara.

Tindakan segera harus diambil bagi memburu individu terbabit termasuk majikan tempat mereka bekerja kerana secara terang tidak menghormati un-dang-undang dan kedaulatan Malaysia.

Apa pun kalau kita teliti dari pelbagai aspek, fenomena rakyat asing yang masuk secara sah kemudian ‘hilang’ daripada re-kod imigresen, jumlahnya, diyakini jauh lebih tinggi.

Selain warga India, negara juga dibanjiri kemasukan rakyat Indone-sia, Bangladesh, Myanmar, Thailand, Filipina, China, Nepal, Thailand dan beberapa negara Afrika yang digelar ‘Awang Hitam’.

Wanita China misalnya, terus tinggal di negara ini setelah visa mereka tamat tempoh. Ada yang terus bekerja sebagai

pelacur, pelayan, perempuan simpanan dan pembantu rumah tangga. Seseten-gahnya berlindung di sebalik visa pelajar.

Apabila jumlahnya ditambah dengan mereka yang masuk secara haram, kita sebenarnya berdepan masalah rumit un-tuk memastikan semua warga asing yang berada di negara ini memiliki dokumen yang sah.

Begitu pun, ia bukan alasan untuk kita alpa atau tidak mengambil tindakan drastik menangani isu terbabit.

Kita memang menjangka akan timbul rungutan daripada negara terbabit jika isu ini dibawa ke meja rundingan dua hala, tetapi kita harus bersedia mem-pertahankan hak supaya semua pihak mematuhi undang-undang.

Tanpa sebarang prejudis terhadap ke-hadiran rakyat asing di negara ini, kita harus berani menerima hakikat bahawa kemasukan secara tidak sah atau tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan men-gundang terlalu banyak kemelut.

Rekod menunjukkan warga asing disa-bitkan dengan pelbagai jenayah di negara ini termasuk mencuri, meragut dan me-nipu, biasanya daripada golongan yang masuk secara haram atau tinggal melebi-

hi tempoh ditetapkan. Sudah terang lagi bersuluh, langkah segera perlu diambil sebelum masalah ini merebak menjadi barah yang sukar diubati.

Apapun alasan yang diberikan, perbuatan tinggal di sesebuah ne-gara secara haram adalah salah di sisi undang-undang. Kita bimbang jika fenomena itu terus berleluasa, bumi bertuah ini akan menjadi ‘sarang’ un-tuk rakyat asing tinggal secara haram dan mereka bermaharajalela melaku-kan sesuka hati seolah-oleh tinggal di rumah sendiri.

Kita juga khuatir peluang peker-jaan yang sepatutnya diterima rakyat tempatan telah diambil rakyat asing. Majikan tempatan tentu lebih tertarik dengan pekerja asing kerana mereka sanggup bekerja hingga malam den-gan tawaran gaji lebih rendah.

Cuma kita tidak mahu remaja kita dianaktirikan. Kita tidak mahu ada alasan mereka tidak bekerja kerana kerja sudah dibolot warga asing.

GRADUAN KECEWA,Johor Bahru, Johor.

Jangan sampai rakyat tempatan dianaktirikan

Page 10: Milenia Muslim Mac10 prebiu

8

Apabila jutawan disuruh berlagak miskin

SIAPA pun tidak boleh menafikan pengaruh media amat besar ke-pada masyarakat. Ironinya, ikon

dunia hiburan Madonna ada mengatakan televisyen adalah media yang tidak selamat lagi dan bukan sumber penyaluran ilmu.

Madonna dalam kenyataannya telah mengharamkan terus anak-anak beliau daripada menonton tv.

Saya sedar ramai lagi di kalangan kita yang berfikiran seperti Madonna. Tapi sejauh mana kita boleh percaya pada media lagi? Stesen tv sama ada berba-yar mahupun percuma berlumba-lumba mengejar rating yang tinggi untuk stesen tv masing-masing.

Resolusinya rancangan bertemakan re-aliti tv menjadi satu fenomena luar biasa yang melanda merata dunia semenjak kebelakangan ini dan tidak ketinggalan negara maju seperti Australia.

Saya lihat rancangan berteraskan rea-liti juga sentiasa memenuhi setiap stesen penyiaran yang ada, terutamanya yang berkonsepkan hiburan. Namun terdapat sebuah rancangan yang amat menarik perhatian saya.

Program ini memaparkan pembabitan beberapa jutawan ternama menyamar masuk ke dalam masyarakat serta mera-sai peritnya kehidupan sebagai orang miskin yang amat memerlukan bantuan. Rancangan ini diberi nama Secret Mil-lionaire.

Setiap jutawan yang menyertai ran-cangan ini dikehendaki berpakaian sederhana mungkin dan bercampur gaul dengan masyarakat setempat.

Para jutawan ini hanya dibenarkan membawa wang saku sebanyak A$20 sehari tanpa membawa sebarang bentuk kad kredit. Duit ini juga akan digunakan sebagai wang belanja seharian mereka, dari makan minum, penginapan dan perbelanjaan perjalanan mereka.

Secara tidak langsung mereka akan dapat merasa kepayahan berbelanja serta makan dalam jumlah wang yang sedikit. Tugas yang diberikan kepada mereka adalah mencari tiga organisasi atau pun individu yang berada di kawasan tersebut sahaja.

Selama 10 hari mereka mesti bekerja di organisasi tersebut dan berlakon seolah-olah mereka sedang menjayakan rancangan realiti tv bertemakan sukarelawan.

Rancangan ini membuatkan orang ramai menangis kesedihan kerana men-genangkan kemiskinan dan kepayahan hidup. Rancangan itu lebih berbentuk pengorbanan dan kasih sayang yang se-benar.

Saya yakin rancangan ini akan menda-pat rating yang tinggi dan disukai ramai kerana ia adalah sebuah rancangan realiti yang sebenar-benarnya daripada program realiti lain yang lebih kepada hiburan kosong semata-mata dan hanya seperti sebuah lakonan dalam pentas teater.

Yang pasti rancangan yang dipaparkan lebih kepada perasaan memupuk kasih sayang, bantu membantu dan keinsafan, daripada kita menangisi tentang cinta tidak kesampaian atau menangisi tentang penyingkiran seseorang yang baru belajar nak menyanyi dan mencari sebuah ha-luan hidup yang tak pasti.

Rancangan ini ada miripnya dengan rancangan Bersamamu terbitan tempatan tapi yang menariknya ialah cara bagai-mana bentuk bantuan diberikan.

Dalam rancangan ini, tiada perun-tukan beras ataupun makanan yang diberikan tetapi sumber kewangan dari saku jutawan itu sendiri dalam mem-bantu menjana modal agar pertubuhan terpilih terus boleh bangkit dari kedudu-kan sekarang.

Selepas lima bulan, perkembangan bantuan akan dipantau untuk memas-tikan agar sumber yang diberikan tidak disalah gunakan.

Bagi saya, kalau kita ingin membantu seseorang berilah pancing padanya bu-kannya ikan. Jika ikan yang diberikan mudah sahaja dihabiskan, tapi jika pan-cing diberikan akan berpanjanganlah rezeki itu.

DR AHMAD ZAHARUDDIN SANIHonorary Visiting Academician,University of Melbourne, Australia.

BINGKISAN

Page 11: Milenia Muslim Mac10 prebiu

Mac 2010�

Hantarkan pandangan dan cadangan anda kepada:e-mel: [email protected] atau Ruangan Bingkisan Milenia Muslim. No. 68-B, Jalan Kampong Attap, 50460 Kuala Lumpur. Tel: +603-2273 5421/26 Faks: +603-2273 5425Kami berhak menyunting surat pembaca supaya jelas dan bersesuaian dengan ruang. Hanya surat atau e-mel yang terpilih akan disiarkan setelah disunting oleh editor.

Pembaca dialu-alukan menghantar karya untuk disiarkan, tetapi sidang pengarang berhak membuat suntingan. Semua sumbangan sama ada dipakai atau tidak, tidak akan dikembalikan. Semua hakcipta adalah terpelihara. Setiap tulisan yang tersiar dalam BINGKISAN akan menerima sebuah buku Asas Takaful tajaan IBFIM. Semua karya yang diterbitkan tidak semestinya mencerminkan pandangan dan sikap MILENIA MUSLIM.

SELEPAS 34 tahun Sudut Pidato atau Speakers Corner di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan

diharamkan, bermula pertengahan Janu-ari lalu program itu diwujudkan semula dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi menjadi perintis dalam memperkenalkan sudut itu.

Sudut Pidato UKM itu terletak di kawasan terbuka di Teres Eko Niaga ber-sebelahan Perpustakaan Tun Sri Lanang yang menjadi tempat pelajar universiti berkenaan berehat dan menjamu selera.

Sempena pelancarannya yang disem-purnakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, tiga pelajar diberi peluang untuk berpi-dato, masing-masing selama lima minit.

Mereka ialah Izzat Fathi Hisham, 21, pelajar Ijazah Sarjana Muda An-tropologi dan Sosiologi Fakulti Sains Sosial, Adlin Noramirah Mohamed, 19 (Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Per-niagaan) dan Syamimi Ab Rahman, 23 (Ijazah Sarjana Muda Syariah Perun-dangan Islam).

Ketiga-tiganya menyentuh isu keusa-hawanan dengan Izzat mengaitkan masalah pengangguran di kalangan graduan dengan menimbulkan persoa-lan sama ada ia berpunca daripada sikap pelajar yang lebih selesa makan gaji atau sistem pendidikan di universiti sendiri.

Kita akui, Sudut Pidato menjadi pentas popular untuk menyuarakan pandangan di kalangan mahasiswa pada 1960-an

hingga 1970-an, sebelum diharamkan selepas pelaksanaan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971. Ketika itu, nama-nama seperti Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Hishamuddin Rais dan Rahman Rukaini memang cukup popu-lar sebagai pemidato yang baik. Setiap kali mereka berpidato, ramai pelajar mengikuti pidatonya.

Setelah begitu lama menyepi, Februari tahun lalu, Kementerian Pengajian Ting-gi menarik balik larangan itu menerusi pindaan semula AUKU, tetapi sejak itu belum ada universiti melaksanakannya.

Apa pun, ada pro dan kontranya sudut itu dibenarkan semula. Kita berharap sudut itu menjadi medan terbaik bagi membangunkan kemampuan, sikap berani dan bertanggungjawab pelajar, terutama dalam melontarkan pandang-an serta mengupas pelbagai isu secara kritis dan intelektual.

Kementerian Pengajian Tinggi me-mang tidak menetapkan garis panduan kepada penuntut dalam menggunakan sudut itu, sebaliknya menyerahkan ke-pada pentadbir IPT. Pelajar juga diberi kebebasan dalam menyuarakan pandan-gan mereka, asalkan tidak menyentuh sensitiviti tertentu.

Apa yang penting, penuntut perlu bertanggungjawab dengan apa yang di-suarakan kerana orang lain mendengar, melihat dan menyaksikan mereka.

Memang tidak ada masalah sekiranya mereka berbeza pendapat tetapi mat-lamatnya sama iaitu untuk kebaikan.

Apa yang penting, isu sensitif seperti agama, kaum dan perlembagaan perlu dielakkan.

Jika mahu menghentam kerajaan berkaitan sesuatu program atau dasar, hentamlah secara berhemah dan jangan membabi buta seolah-olah pelajar lebih berperanan daripada parti pembang-kang.

MAHASITUAKuala Lumpur.

Hentamlah secara berhemah

Page 12: Milenia Muslim Mac10 prebiu

�0 FOKUS

PADA tarikh itu (28 Janu-ari 2010), kami dibenarkan mengikut pegawai pen-guatkuasa Jakim membuat

serbuan ke dua lokasi di Jalan Ipoh dan kawasan Gombak di pinggir ibu negara. Pada jam 10.45 pagi, pihak Jakim yang dipimpin Penolong Pen-garah Pemantuan Jakim (Bahagian Hub Halal), Ustaz Amri Abdullah dan Ismail Hamzah yang mewakili pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kemajuan Koperasi (KP-DNKK) berkumpul di pasar raya Giant di Gombak. Selepas taklimat ringkas berkaitan lokasi dan aduan yang diterima, kami bertolak ke lokasi yang dimaksudkan.

Kami berangkat ke sebuah lokasi di Jalan Ipoh pada 11.53 pagi untuk membuat serbuan ke atas sebuah ki-

lang rempah ratus yang dipercayai memalsukan logo halal. Kilang rem-pah itu menghasilkan lebih 50 jenis produk, termasuk tepung muruku dan muruku segera. Melihat keadaan kilang itu dari luar sahaja, tekak saya berasa loya kerana persekitaran dan cara memproses begitu kotor.

Tidak hanya sewenang-wenang menggunakan logo palsu Jakim tanpa kebenaran, syarikat pengilang tepung dan rempah ratus itu menimbulkan rasa jijik selepas didapati terdapat longgokan najis anjing bertaburan di dalam premis.

Kilang itu menimbulkan rasa geli pihak berkuasa apabila didapati ber-operasi dalam keadaan kotor selain tidak menepati syarat Amalan Pengi-langan Baik (GMP) ditetapkan.

Premis tersebut sebenarnya gabu-

ngan empat buah rumah kedai yang ditukar menjadi kilang dan gudang untuk menyimpan rempah ratus dan berbagai-bagai produk yang berkai-tan, manakala di bahagian luar kilang tersebut terdapat najis merpati ber-taburan. Di dalam kilang kelihatan seorang pekerja memasukkan tepung ke dalam mesin pengisar tepung maruku dengan berpakaian selekeh, tidak menutup rambut dan tidak ber-kasut, manakala di bahagian kakinya dipenuhi tepung.

Terdapat sembilan pekerja yang ma-joritinya pendatang asing berada di merata tempat di dalam kilang yang sempit dan berbahang. Operasi ki-lang yang diketuai seorang pengurus cuba menyakinkan pegawai Jakim dan KPDNKK yang dia memang menitik beratkan soal halal.

�0

Najis bersepah di kilang rempah

Wartawan Milenia Muslim, SHAHFIZAL MUSA dan jurufoto JAZMAN MD NOOR, mengikuti rombongan pegawai penguatkuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada �8 Januari lalu untuk membuat serbuan ke atas dua premis di Jalan Ipoh dan Gombak di ibu negara yang didakwa kotor dan memalsukan sijil halal.

Halalan Thoyyibah

FOKUS

Page 13: Milenia Muslim Mac10 prebiu

Mac 2010��

Apabila diminta ditunjukkan sijil ha-lal, dia mengeluarkan sijil yang keluarkan oleh syarikat swasta. Sijil itu diperoleh daripada International Food Research Centre (IFRC). Hampir kesemua produk kilang itu mempunyai kelulusan dari IFRC yang tidak diiktiraf Jakim. Tapi pengilang itu telah menggunakan logo Ja-kim pada bungkusan plastik produknya. Ini menunjukkan ia cuba mengelirukan pengguna dengan memberi gambaran yang produknya telah mendapat kelulu-san halal Jakim.

Pemeriksaan awal mendapati syarikat berkenaan mengilang pelbagai produk makanan antaranya, tepung maruku, rempah ratus, dadih, acar dan pelbagai produk lain untuk pasaran tempatan serta eksport. Pengilang telah sewenang-wenang menggunakan logo palsu Jakim tanpa kebenaran.

Keadaan kilang jika dilihat dari luar pun sudah cukup untuk memualkan, jijik dan kotor. Tepung muruku diletakkan atas lantai tanpa alas. Penyodok tanah pula digunakan untuk mengangkut tepung itu. Lantai yang dipenuhi tepung dan rempah yang bertaburan, tiada lam-pu ataupun tingkap untuk cahaya masuk yang menjadikannya tempat kegemaran tikus dan lipas.

Apabila masuk ke bahagian belakang kilang, apa yang mengejutkan adalah na-jis anjing bertaburan di dalam kilang itu. Kelihatan anjing yang telah dikurung dalam sangkar, anjing-anjing tersebut mungkin dilepaskan pada waktu malam. Tidak mustahil jika anjing itu berjalan di serata tempat menyimpan rempah ratus.

Kilang itu bagaikan berada di ne-gara kelas ketiga. Terdapat suatu bilik di dalam kilang tersebut yang dijadikan tempat tinggal para pekerja. Bilik yang sempit itu diinapi sembilan pekerja dan kelihatan tin beer dibuang bertaburan di luar bilik tersebut.

Apabila disoal kenapa ia menggunakan logo halal Jakim sedangkan tidak menda-pat kelulusan, pengurus kilang menjawab. “Bila apply Jakim ambil masa lama.”

Pengurus kilang tersebut menyatakan beliau terpaksa menggunakan logo itu kerana plastik untuk bungkusan dicetak semasa pengilang masih mempunyai sijil daripada Jakim. Oleh kerana kelambatan Jakim memberi kelulusan mereka terpak-sa menggunakan bungkusan yang telah siap dicetak dengan logo Jakim. Tetapi ini adalah taktik yang selalu digunakan untuk cuba melepaskan diri setelah tersepit.

Mengikut pemeriksaan yang telah di buat ke atas rekodnya didapati kali terakhir syarikat terbabit membuat permohonan adalah pada 2007. Salah se-orang pegawai yang bertugas menyindir beliau dengan berkata, “Sijil awak mati pada 2007, takkan dah tiga tahun bungkusan yang ada logo Jakim tak habis-habis lagi.”

Pengilang tersebut sengaja mencetak logo Jakim ke atas bungkusan produk-nya untuk melariskan jualan. Dia merayu agar diberi masa untuk menepati syarat-syarat mendapatkan sijil halal. Tetapi pihak Jakim dan KPDNKK tidak dapat bertolak ansur dalam hal ini. Pengurus diarahkan mengumpul semua produknya yang mempunyai logo halal Jakim untuk dirampas.

Barang yang dirampas dianggarkan bernilai RM80,000. Kesemua barangan itu menggunakan logo halal tanpa kelu-lusan. Pada masa yang sama, Ustaz Amri

cuba mendapatkan bantuan Kementerian Kesihatan untuk memeriksa kilang terse-but kerana keadaannya cukup kotor dan menjijikkan, mungkin boleh menyebab-kan keracunan makanan. Mengikut pengalaman Ustaz Amri, kilang yang kotor begitu selalunya diarahkan tutup oleh KKM.

Siasatan ke atas rekod pengilang terse-but untuk memastikan barang yang perlu dirampas berakhir pada jam em-pat petang. Kesemua barangan yang dirampas dimuatkan ke dalam lori un-tuk dihantar ke stor KPDNKK di Nilai, Negeri Sembilan.

Minyak masak tiada logo halalSebelum itu, pada jam 11.08 pagi, loka-

si yang menjadi sasaran adalah sebuah premis yang menjalankan perniagaan membungkus dan memborong minyak makanan di Bolton Park, Gombak.

Setelah tiba di lokasi, lapan pegawai

Lihatlah betapa kotornya tempat pemprosesan rempah dan tepung muruku.

Najis anjing dan botol minuman keras kelihatan bertaburan di lantai.

Page 14: Milenia Muslim Mac10 prebiu

�� FOKUS

iaitu empat daripada Jakim dan empat daripada KPDNKK masuk ke premis un-tuk membuat pemeriksaan.

Kira-kira lima minit kemudian, kami dibenarkan masuk, setelah didapati pe-ngusaha tersebut menyalah gunakan logo halal Jakim. Premis yang terbuka luas itu mempunyai dua pekerja bukan Islam dan seorang perempuan berumur sekitar 50-an yang mendakwa sebagai isteri kepada majikan.

Ketika serbuan dibuat, kegiatan pem-bungkusan minyak masak sedang giat dilakukan. Minyak masak dimasukkan ke dalam plastik yang tidak mempunyai tanda halal tetapi plastik yang telah siap

dibungkus diletakkan di dalam kotak yang mempunyai tanda halal kerana ini boleh mengelirukan pembeli dan kotak yang mempunyai tanda halal itu adalah milik syarikat lain yang mempu-nyai logo dan nama syarikat yang telah mendapat kelulusan dari Jakim.

Alasan yang diberikan oleh wanita tersebut ialah kotak yang digunakan itu adalah lebihan kotak yang diberikan oleh syarikat yang pernah menjadi pe-langgan mereka.

Wanita itu cuba menyalahkan Jakim dan berkata, “Kita orang sudah mintak tapi you orang tarak kasi. Habis apa macam!”

Ustaz Amri menjawab, “You pekerja Islam takde macam mana kita mau bagi.”

Setelah diperiksa, didapati pengusaha tersebut sebenarnya telah memohon pada 2006 tetapi tidak memenuhi beberapa kriteria piawaian yang ditetapkan.

Selepas siasatan lanjut ke atas rekod yang disimpan oleh pengusaha tersebut pegawai KPDNKK mendapati kotak itu telah dibeli dengan harga RM0.60 dan bukannya lebihan daripada membuat kerja pembungkusan untuk syarikat pe-milik kotak tersebut.

Tujuan sebenarnya adalah untuk menjimatkan kos kerana untuk menge-luarkan kotak dengan jenama sendiri, ia akan memakan kos RM1.20.

Bagaimanapun, pegawai KPDNKK mendapati minyak tersebut dijual mengikut plastik dan bukannya kotak setelah membuat semakan resit belian oleh pelanggan. Jadi ini membuktikan penggunaan kotak tersebut hanyalah untuk tujuan penyimpanan dan bu-kannya untuk mengaut untung dengan menggunakan logo halal.

Setelah meneliti kes tersebut, Jakim mendapati bukti tidak cukup untuk mengambil tindakan yang akan berakhir dengan pendakwaan di mahkamah.

Pengusaha tersebut diberi amaran su-paya tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan datang. Amaran hanya diberikan setelah pihak Jakim dan KPDNKK yakin yang kesalahan itu bukan bertujuan untuk mengaburi mata orang ramai tetapi sebaliknya un-tuk mengurangkan kos penyimpanan.

Walaupun mengikuti serbuan Jakim, tidak ada situasi yang cemas tetapi, ia telah membuktikan yang logo ha-lal Jakim lebih dari sekadar standard kebersihan makanan sahaja. Dengan menampal logo halal Jakim ia boleh menguntungkan syarikat sehingga ada yang sanggup memalsukannya.

Selepas melihat keadaan kilang itu, saya ingin mempersoalkan adakah sya-rikat swasta sebagai pengeluar sijil halal seperti IFRC boleh diyakini integriti-nya.

Minyak masak dimasukkan ke dalam plastik yang tidak mempunyai tanda logo halal tetapi plastik yang telah siap dibungkus diletakkan di dalam kotak yang mempunyai tanda halal.

Pegawai Jakim, Raja Alias Raja Ali memeriksa produk yang menggunakan logo halal palsu dalam serbuan yang dijalankan, baru-baru ini.

Minyak yang dibungkus di dalam kotak yang mempunyai logo halal yang tidak mendapat kelulusan Jakim.

Page 15: Milenia Muslim Mac10 prebiu

Mac 2010��

PERKATAAN ‘halal’ membawa erti luas mengenai cara hidup orang Islam yang menitikberatkan aspek halalan thoyyibah iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan yang sihat serta ‘ ha-lalan’. Dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi halal

mampu membentuk keterampilan peribadi seseorang yang akhirnya akan menyumbang kepada pembentukan ummah.

Wartawan Milenia Muslim, SALAWATI HARIS menemubual secara eksklusif Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk al-Syeikh Haji Abdul Halim Abdul Kadir untuk mendapatkan pandangan beliau berkai-tan isu halal yang sering membelenggu masyarakat Islam negara ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan ha-lalan thoyyibah dalam Islam?

Thoyyibah merangkumi dua perkara iaitu soal fizikal dan kerohanian. Ia mestilah selari dengan syariat (tidak ber-canggah) dan disertai dengan keikhlasan kepada Allah SWT.

Justeru itu, dalam kehidupan kita seha-rian seharusnya perbuatan yang dilakukan tidak bercanggah dengan kehendak Allah dan mestilah ikhlas kepada-Nya.

Soal makanan dan ibadat tidak boleh dipisahkan kerana makan itu juga satu ibadat. Meskipun makanan itu baik dan tidak beracun, unsur halal perlu dititik-beratkan supaya kita dapat menjaga hati daripada dicemari makanan haram yang akan memberi kesan kepada keperibadian kita keseluruhannya. Batas yang baik itu

jiwa dari kekotoran. Dalam membentuk perkahwinan, pemilihan pasangan yang baik sangat penting kerana darah yang baik itu akan menghasilkan keturunan yang baik. Dalam konteks keturunan, pe-makanan halal akan memberikan kesan kepada fizikal kerana seseorang manusia itu terdiri daripada jasad dan roh.

Pemakanan yang tidak baik akan menghasilkan jiwa yang tidak baik, manakala makanan yang baik akan menghasilkan keturunan yang baik, generasi yang tidak keras kepala, mudah menerima pembelajaran, cerdik akal ser-ta bersifat mulia.

Orang Islam tidak dibenarkan me-makan benda yang haram dan benda yang ‘syubhah’ (tidak jelas halal haramnya) termasuklah ibu yang sedang mengan-dung kerana segala yang dimakannya akan menjadi sumber fizikal anak di dalam kandungannya. Sebab itu Islam menyarankan agar para ibu mengandung memakan makanan yang suci lagi halal serta menjauhkan benda yang ‘syubhah’ kerana pemakanan ini akan membentuk sahsiah diri seseorang.

Islam juga menggariskan adab makan yang sedikit sebanyak mempengaruhi pengamalan seharian. Adab sebelum dan selepas makan, ketika makan dan adab makan bersama tetamu, semuanya diga-

sudah tentu dapat dipertimbangkan akal fikiran manusia kerana makanan itu bu-kan saja halal tetapi juga baik seperti halalan thoyyibah yang dianjurkan dalam agama.

Apakah kepentingan memakan makanan halal dalam melahirkan ke-turunan yang baik?

Pada asasnya pemakanan sihat dan seimbang dari segi kualiti dan kuan-titinya mampu melahirkan masyarakat yang bukan saja cemerlang kesihatan-nya bahkan cemerlang akhlak, sahsiah, berperibadi mulia dan mengamalkan ajaran Islam secara lengkap serta menye-luruh. Selain itu, ia juga merangkumi aspek keimanan, tidak degil, mendengar kata dan nasihat serta dapat memelihara

Makanan yang tidak baik akan menghasilkan jiwa yang tidak baik, manakala makanan yang baik akan menghasilkan keturunan yang baik, generasi yang tidak keras kepala, mudah menerima pembelajaran, cerdik akal dan bersifat mulia.

Makanan halal prasyarat doa makbul

Halalan Thoyyibah

Page 16: Milenia Muslim Mac10 prebiu

�� FOKUS

riskan Islam melambangkan kesyumulan dalam melahirkan generasi berkeperiba-dian mulia dan beradab.

Benarkah memakan makanan tid-ak halal atau ‘syubhah’ itu boleh menyebabkan doa seseorang itu tidak diterima Allah?

Ya. Halal adalah prasyarat kepada penerimaan doa. Maknanya Allah tidak akan terima doa orang yang mengandungi bahan haram dalam tubuhnya termasuk-lah pakaian yang dipakai dan harta yang dimilikinya.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis diriwayatkan Abu Muslim dari Abu Hurairah: “Di antara nilai hukum yang di-isyaratkan ialah peri mustahaknya makanan yang halal bagi orang yang beriman dalam hubungannya dengan ibadat dan doanya kerana untuk penyempurnaannya tidak sahaja dikehendaki kepada kebaikan apa yang dikerjakannya tetapi memerlukan pula kepada halal makanan dan pakaian yang digunakan setiap hari.”

Pada zaman Nabi Musa AS ada dikisahkan seorang yang berdoa ber-sungguh-sungguh dengan tangannya diangkatkan ke langit tetapi doanya tidak diterima Allah. Nabi Musa berasa hairan kerana doa lelaki tersebut tidak diterima Allah. Lalu Nabi Musa bertanya kepada Allah mengapakah doa lelaki itu tidak diterima. Allah menjawab, doanya tidak diterima kerana di dalam perutnya ada benda yang haram dan di belakangnya ada juga ada benda yang haram (pakaian-nya). Malah di rumahnya turut dipenuhi dengan benda yang haram dan disebab-kan itulah doanya tidak diterima.

Bagi diri setiap orang Islam, penerima-an doa oleh Allah SWT itu sangat penting kerana doa adalah otak kepada segala iba-dat. Ia juga bermaksud, sekiranya ‘otak’ itu cacat maka ibadat lain turut cacat sama. Bagi orang beriman, doa adalah satu kekuatan yang Tuhan kurniakan kepada manusia khususnya bagi orang teraniaya yang mana doanya amat makbul dan diterima Allah.

Seringkali kita melihat di sesetengah restoran yang diragui kehalalannya terdapat ramai orang Islam makan di dalamnya. Apa pandangan Datuk ter-hadap senario ini?

Tidak dapat dinafikan bahawa seba-hagian besar masyarakat pada hari ini amat kurang memberi perhatian terha-dap soal halal haram kerana salah faham

terhadap konteks halal yang dikatakan. Keadaan ini berlaku kerana mereka terlalu yakin dan tidak memeriksa keadaan restoran dan pemiliknya kerana menganggap asalkan makanan itu tidak beracun dan bersih ia sudah memadai. Sedangkan kita sepatutnya memastikan dengan bersungguh-sungguh makanan yang kita makan itu benar-benar halal agar ia tidak memberi kesan terhadap fizikal, roh dan keturu-nan kita.

Ramai yang tidak prihatin dan tidak memeriksa dengan betul sama ada sesebuah restoran itu benar-benar halal atau seba-liknya kerana mungkin mereka beranggapan restoran tersebut mempunyai sijil halal.

Ada juga restoran yang ala Barat mendapat sijil halal tetapi di cawangannya tidak men-dapatkan pengesahan tentang kehalalannya. Ada juga hanya minumannya sahaja yang mendapat pengesahan halal sebaliknya terdapat banyak makanan lain yang menggu-nakan menu mengandungi ayam atau daging lembu yang tidak dapat disahih-kan kehalalannya.

Dalam hal ini, penggunalah yang ha-rus berhati-hati kerana impak memakan makanan yang tidak halal dan diragui kehalalannya amat besar dan hanya dapat dirasai pada jangka masa yang panjang.

Masyarakat pengguna pada hari ini ada yang tertipu dan secara tidak sengaja memakan makanan yang tidak halal. Apa pandangan Datuk?

Memang benar perkara ini berlaku dalam masyarakat seperti secara tidak sengaja termakan atau tidak tahu binatang yang dimakannya itu tidak disembelih mengikut syarak, tertipu memakan ayam mati (bangkai) dan secara tidak sengaja memakan makanan yang diproses den-gan cara yang tidak bersih. Dalam hal ini Islam mempunyai keindahannya yang tersendiri dan kesannya boleh berubah mengikut keadaan.

Justeru, saya ingin menasihatkan para pengguna yang mahu membeli daging atau ayam sama ada di pasar atau di kedai supaya memastikan penjualnya beragama Islam, tempat yang dikunjungi dan barang yang dibeli itu benar-benar meyakinkan. Jika berada di luar negara, memadailah sa-

haja jika mengetahui pemilik dan penjual orang Islam.

Bagi barang import pula, kita harus memastikan ia mendapat pengiktirafan halal antarabangsa dan disahkan halal oleh kerajaan Malaysia.

Dalam hal ini adakah wajar pen-guatkuasaan dan undang-undang dipersalahkan?

Tidak wajar kerana seharusnya diri individu itu sendiri memantau bagi memastikan makanan yang dibelinya itu halal. Perkara ini termasuklah dalam soal ibadat seperti memastikan wuduk dan sembahyang kita itu sah. Penguatkuasa hanya akan melakukan sekadar yang mereka mampu lakukan sahaja. Justeru itu, sudah menjadi tanggungjawab indi-vidu memastikan memperoleh makanan halal demi kepentingan amal, ibadat dan keturunan.

Sebagaimana yang telah saya sebutkan, masyarakat perlu dididik supaya berhati-hati ketika membeli makanan terutama daging sama ada lembu atau ayam yang benar-benar disahkan kehalalannya bu-kan hanya pandangan secara rambang semata-mata.

Masyarakat hendaklah cermat dan ber-hati-hati dalam menentukan kehalalan itu sendiri. Sekadar mempunyai sijil ha-lal sahaja tidak mencukupi kerana pada

Datuk Syeikh Haji Abdul Halim Abdul Kadir

Page 17: Milenia Muslim Mac10 prebiu

Mac 2010�5

ketika ini ramai yang gemar menipu sijil halal. Kita jangan harapkan penguatkua-saan semata-mata kerana perlaksanaannya sangat rumit dan sukar dan mereka juga terpaksa memantau banyak benda di ka-wasan yang luas. Ditambah dengan tabiat manusia gemar meraih keuntungan tanpa memikirkan kepentingan pengguna.

Apakah hukum apabila makanan halal dicemari dengan makanan yang tidak halal?

Para ulama tidak sepakat dalam isu campuran ini. Bagaimanapun menurut Imam Syafie, sekiranya berlaku percam-puran yakni makanan halal dan tidak halal yang tidak boleh dipisahkan, maka akan dimenangkan yang haram yakni makanan itu haram dimakan.

Rasulullah SAW bersabda kepada Saad bin Abi Waqas yang meminta Baginda bermohon kepada Allah supaya doanya di-terima: “Hai Saad, baguskanlah makanan engkau. Nescaya engkau adalah orang yang diperkenankan permintaannya dan demi diri Muhammad di tangannya sesung-guhnya seorang hamba yang memasukkan (menyuapkan) makanan ke perutnya tiada diterima Allah daripada amalnya 40 hari dan mana-mana hamba yang tumbuh da-gingnya dari benda yang haram maka api neraka lebih layak dengannya.”

Hadis ini sudah tentu cukup men-jadi iktibar kepada kita supaya menjauhi makanan yang haram dan memakan makanan daripada sumber yang haram. Seharusnya kita memperhalusi jika se-lama ini doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah.

Perincikanlah di mana salah kita, peker-jaan, makanan dan adakah kita berusaha di dalam hidup ini hanya sekadar untuk memenuhi perut kita? Bagaimana mung-kin hati yang kotor akan dikabulkan doanya? Bagaimana mungkin perut yang terisi daripada makanan yang haram itu dapat menjelmakan keperibadian yang soleh?

Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) didapati tidak halal kerana dipercayai mengandungi gelatin kapsul daripada babi. Apa pan-dangan Datuk?

Perubatan pada asasnya suatu yang halal. Seandainya tidak ada pilihan lain ia dinamakan ‘darurah’ dan dibolehkan dengan beberapa syarat. Perkara ini ber-

balik kepada sikap individu. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, undang-undang yang paling baik ialah diri kita sendiri. Kita tidak seharusnya hanya mengharap-kan undang-undang dikuatkuasakan ke atas penggunaan kapsul babi ini seba-liknya mengambil langkah bijak dengan memilih klinik atau hospital yang di-miliki orang Islam. Dalam hal ini kita mempunyai pilihan.

Rasulullah pernah menyebut bahawa benda yang haram itu bukan ubat se-baliknya penyembuhnya ialah Allah. Pada ketika ini ramai doktor yang be-ragama Islam sudah mula peka dengan kepentingan halal dalam perubatan dan seharusnya sudah menjadi tanggungja-wab orang Islam agar lebih peka dengan soal ini dengan mendapatkan rawatan di klinik-klinik atau hospital yang di-miliki orang Islam dengan harapan

babitkan mereka yang mempunyai usia perkahwinan mencecah sehingga 30 ta-hun. Salah satu puncanya jika diselidiki ia disebabkan oleh pasangan itu telah ke-luar daripada landasan yang sepatutnya dan tidak menjaga soal pemakanan.

Makanan yang halal menjadi syarat utama bagi kesucian amal yang akan di-terima. Orang yang beriman dikehendaki supaya amalnya bersih dan dikehendaki juga supaya hati dan jiwanya digeraki dengan kekuatan darah yang bersih dari makanan yang haram serta pakaiannya dihiasi dengan pakaian yang bersih dari yang haram.

Pernah ditanya orang kepada Ibn Ab-bas tentang seorang yang bekerja tetapi melakukan penganiayaan dengan men-gambil yang haram. Kemudian orang itu bertaubat lalu mengerjakan haji, memer-dekakan hamba dan bersedekah. Ibnu Abbas menjawab dengan ringkas tetapi tegas, “Sesungguhnya yang kotor itu tidak akan menghilangkan yang kotor.”

Bagaimanakah bentuk keberkatan jika kita mengamalkan pemakanan halal?

Dalam membicarakan soal makan mi-num, satu perkara yang subjektif untuk diperkatakan ialah keberkatan. Keberka-tan ini tidak ada dalam kamus agama lain tetapi wujud dalam kaedah Islam.

Pengamalan memakan makanan yang datang daripada sumber halal mempu-nyai keberkatan. Misalnya rasa bahagia, jiwa rasa tenteram, mempunyai anak-anak yang baik dan mengambil berat kebajikan, rasa sentiasa cukup dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT dan sebagainya.

Apakah saranan Datuk kepada umat Islam agar mereka sentiasa memas-tikan bahawa makanan yang mereka makan itu halal?

Seharusnya kita mengamalkan apa yang telah dianjurkan dalam Islam berkaitan pemakanan yang sihat sekaligus dapat menjadikan kita insan yang beradab. Pe-makanan yang halal, menyihatkan dan seimbang dari segi kualiti dan kuantiti-nya mampu melahirkan masyarakat yang bukan sahaja cemerlang dari segi kesiha-tannya bahkan juga cemerlang dari segi akhlak sahsiah, berperibadi mulia, berta-madun mengikut acuan Islam dan yang paling penting mampu menzahirkan masyarakat yang terbilang dalam menga-malkan ajaran Islam secara lengkap dan menyeluruh.

doktor-doktor Islam ini akan mengambil diskripsi ubat yang tidak menggunakan kapsul yang mengandungi gelatin babi.

Apakah kerosakan moral dan kerun-tuhan institusi kekeluargaan pada hari ini salah satunya berpunca daripada memakan makanan yang tidak halal?

Ya. Pada masa ini berlaku pelbagai perkara yang di luar jangkaan seperti bunuh membunuh membabitkan ahli keluarga, menagih dadah, menipu, merompak, merogol, berzina dan lain-lain perkara yang dilarang oleh Islam.

Perkara ini berlaku kerana kebanyakan institusi kekeluargaan yang dibina tidak dibina dengan asas dan kaedah Islam yang sebenar termasuklah memakan makanan yang haram, memakan makanan daripa-da hasil yang tidak halal, mengamalkan riba serta memakan sesuatu yang bukan haknya.

Banyak juga perceraian berlaku mem-

Pengamalan memakan makanan yang datang daripada sumber halal mempunyai keberkatan. Misalnya rasa bahagia, jiwa rasa tenteram, mempunyai anak-anak yang baik dan bertanggung jawab.

Page 18: Milenia Muslim Mac10 prebiu

�6 FOKUS

LAZIMNYA, makanan dan minuman yang dikeluarkan di Malaysia yang dicanang sebagai negara Islam, tidak diragui soal

halal dan haram, tapi ramai tidak tahu ta-hap integriti sijil halal yang dikeluarkan. Setakat ini yang boleh dikesan ada empat syarikat swasta mengeluarkan sijil halal. Soalnya, adakah sijil halal yang dikelu-arkan syarikat swasta boleh dipercayai di sebalik matlamat utama mereka untuk mengaut keuntungan?

Penolong Pengarah Pemantaun Bahagi-an Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Ustaz Amri Abdullah berkata, memang ada sijil halal dikeluarkan pihak swasta seperti sijil daripada Interna-tional Food Research Centre (IFRC).

“IFRC adalah suatu syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal. Masalah-nya, ia tidak diiktiraf oleh Jakim, Jabatan Agama Islam Selangor atau pun kerajaan Malaysia. Yang diberi mandat untuk men-jalankan akiviti persijilan halal hanya dua sahaja iaitu Jakim atau Jabatan Agama Is-lam Negeri,” kata beliau.

Walaupun mandat hanya diberikan kepada Jakim dan Jabatan Agama Islam

Negeri, masih ada pihak mendapatkan sijil halal dari pihak swasta. Persoalannya, ke-napa syarikat ini memilih syarikat swasta untuk mendapatkan sijil halal? Hujah yang diberikan oleh pengusaha ini adalah tempat mereka dikunjungi pelancong luar, jadi mereka memerlukan logo halal yang bertaraf antarabangsa dengan memasu-kkan perkataan ‘ international’ di atas sijil tersebut. Tetapi realitinya syarikat-syarikat itu gagal mematuhi syarat yang ditetap-kan Jakim.

“Syarikat yang gagal mendapatkan sijil halal dari Jakim akan pergi ke sya-rikat swasta, yang mana berdasarkan pengalaman kami syarikat swasta ini tidak mengikut piawaian halal yang ditetapkan oleh Jakim,” ujar Ustaz Amri.

Perbezaan antara sijil halal Jakim den-gan sijil halal swasta amat ketara. Sijil halal Jakim mengikut konsep halalan thoyyi-bah ini mengambil kira aspek kebersihan secara menyeluruh, melebihi piawaian antrabangsa seperti Good Manufacturing practice (GMP) dan Hazard Analysis Criti-cal Control Point yang terjamin dari aspek keselamatan dan penyediaan makanan.

“Persijilan halal Jakim mengamalkan

konsep ‘ from farm to table’ daripada la-dang hinggalah ke meja makan. Kalau kita hendak periksa penternak ayam kita juga akan periksa makanan yang diberi-kan pada ayam berkenaan. Contohnya, kalau ayam itu diberi makan sebahagian besar daripada sumber haram maka ia dianggap sebagai haiwan halal tetapi me-makan makanan yang kotor. Haiwan ini haram dimakan dan fatwa untuk itu su-dah ada. Haiwan yang halal tetapi diberi makanan dari pada sumber haram atau-pun makanan yang diternak dalam kolam najis, maka hukumnya adalah haram,” kata Ustaz Amri.

Kesilapan masyarakat menilai halal atau tidak makanan adalah bergantung kepada dua aspek iaitu ‘pork free’ atau bebas khin-zir dan aspek cara penyembelihan. Kalau makanan sudah disembelih dengan betul kita telah anggap sudah lepas tanggung ja-wab walaupun ada aspek lain yang belum diambil kira.

Ustaz Amri menerangkan, ramai ti-dak menyedari aspek halal merangkumi penyediaan dan pembungkusan. Beliau juga menyatakan kepentingan untuk me-nilai secara menyeluruh ini.

Sijil halal boleh dibeli?Walaupun Jakim bagaikan harimau tidak bertaring, ia tetap mampu menangani isu pengusaha dan pengilang yang cuba mengaut keuntungan tanpa menitik beratkan soal halal haram produk yang dikeluarkan.

Halalan Thoyyibah

Oleh SHAHFIZAL MUSAFoto JASMAN MD NOOR

Ustaz Amri Abdullah menunjukkan sijil halal yang dikeluarkan oleh syarikat swasta.

Page 19: Milenia Muslim Mac10 prebiu

Mac 201017

“Faktor pemakanan ini perlu diambil kira dalam pembentukan generasi Islam. Sebab itu kita lihat generasi sekarang dikenali dengan strawberry generation, lembik dan tidak mempunyai daya keta-hanan dari segi Islam,” katanya.

Sijil halal syarikat swasta hanya men-gambil kira aspek makanan sahaja dan jarang mengambil kira aspek penyediaan. Salah satu contoh adalah IFRC yang telah memberikan sijil halal kepada sebuah ki-lang rempah yang diserbu di ibu negara, baru-baru ini . Melihat keadaan kilang itu yang mempunyai najis anjing bertaburan ia menimbulkan persoalan bagaimana si-jil halal dikeluarkan IFRC.

Aspek penyediaan makanan perlu diambil kira kerana halal bukan yang terbatas kepada ibadah sahaja. Ini kerana jika kita menganggap remeh perkara itu ia akan memberi akibat yang tidak diingini.

“Contohnya, ayam yang kita sembelih putus halkum pada dasarnya memang halal tetapi kalau diletakkan atas lantai yang boleh menyebabkan kuman semoli-na bakteria dan sebagainya dari segi Islam tidak memenuhi konsep halalan thoyibbah itu tadi. Maka sebab itulah sebab ramai orang kena penyakit dan sebagainya kera-na makan makanan kotor,” jelasnya.

Justeru, Jakim akan sentiasa memas-tikan semua aspek itu dinilai sebelum sijil dapat dikeluarkan, ini menjadi satu masalah bagi syarikat-syarikat yang men-jalankan perniagaan semata-mata untuk keuntungan. Oleh kerana mereka terpaksa mendapatkan logo halal untuk melariskan jualan, ini membuka ruang kepada syarikat syarikat swasta untuk mengeluarkan sijil halal walaupun mereka tidak mengikuti piawaian yang sepatutnya.

Apa yang menjadi persoalan kenapa sijil halal dari syarikat swasta ini tidak dihara-mkan atau mengapa tiada tindakan yang tegas diambil terhadap syarikat swasta yang mengeluarkan sijil ini. Ini disebab-kan kepincangan undang-undang yang ada. Walaupun Malaysia mengaku negara Islam tetapi Jakim sendiri tidak mem-punyai akta untuk menangani isu halal. Untuk membuat serbuan, Jakim perlu mendapatkan pertolongan Kementerian Pembangunan Dalam Negeri dan Ke-majuan Koperasi untuk mengambil tindakan.

Ketiadaan akta ini adalah punca sijil halal diniagakan oleh syarikat swasta. Jakim hanya menumpang Akta Perihal Dagangan 1972 (APD) di bawah kuasa KPDNKK. Akta APD itu pincang untuk menangani kewujudan syarikat swasta yang megeluarkan sijil halal.

“Oleh kerana di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 tidak menyebut secara terperinci, maka peluang ini diambil pihak swasta yang mana ia juga menge-luarkan sijil halal dan logo halal swasta. Dari segi sudut tindakan undang-undang, memang jika dia menjual produk yang halal di bawah Akta Perihal Dagangan 1972. Cuma Jakim sedang buat peneran-gan kepada pengguna dan industri yang diiktiraf adalah Jakim sahaja kerana yang lain masih meragukan.”

Walaupun Jakim bagaikan harimau tidak bertaring ia tetap mampu untuk menangani pengusaha yang cuba men-gaut keuntungan tanpa menitik beratkan soal halal.

“Tiada undang-undang khusus di-letakkan bawah Jakim, Jakim ini ibarat harimau tanpa taring. Walau bagaimana pun cara yang kita gunakan memberi kesan yang besar. Kenapa saya kata be-gitu, apabila kita tarik balik sijil halal jika

dikenakan kompaun, mereka boleh bayar tetapi kami perlu memikirkan ada pen-gusaha yang kerugian sehingga RM1 juta sehari disebabkan sijil halal mereka dita-rik balik,” kata Ustaz Amri.

Kalau dilihat pada portal Jakim send-iri ternyata cara itu memang menjadi satu senjata pada Jakim. Semua senarai sya-rikat yang telah digantung atau ditarik balik sijilnya boleh didapati di laman web Jakim.

Tetapi bagaimana pula dengan syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal tan-pa mengikut piawaian yang sepatutnya? Jakim masih tidak mampu membendung mereka daripada beroperasi dan mengaut keuntungan daripada pengusaha yang telah gagal mendapatkan sijil halal dari pada Jakim. Sampai bilakah Jakim akan mampu menangani isu ini? Buat masa sekarang mandat diberikan kepada Ja-kim, tetapi kuasa tidak ada. Satu lagi isu adalah pengusaha restoran bukan Islam yang berlagak sebagai Islam dengan mem-

pamerkan ayat al-Quran di dalam kedai.Contohnya, ada restoran nampak

macam restoran ‘mamak’ tapi menjawab salam pun mereka tidak tahu. Ini kerana kulit sama hitam tetapi akidahnya tidak sama. Demi mengaut keuntungan mereka sanggup mengaku Islam.

“Buat masa ini sudah ada draf pindaan pada Akta Perihal Dagangan untuk me-letakkan nama Jakim dan Jais sebagai pengeluar sijil halal. Pindaan ini akan di-laksanakan oleh pihak KPDNKK untuk mendapat kelulusan Parlimen. Sekiranya ini berjaya diwartakan, tidak akan ada lagi kedai-kedai yang meletakkan ayat al-Quran dan sebagainya untuk mengaburi mata masyarakat. Jakim juga akan mem-punyai kuasa untuk menangani syarikat swasta seperti itu,” katanya.

Apa pun Jakim telah berusaha untuk menangani isu halal ini dari setiap sudut yang mampu. Negara kita masih tidak menpunyai akta yang khas dalam isu halal. Sebagai sebuah negara yang dilaung-laungkan hub halal, agak melucukan yang kita masih belum mempunyai Akta Halal. Sama ada pindaan tersebut berjaya dibuat atau tidak, Jakim masih tetap tidak mem-punyai aktanya sendiri.

Akhirnya masyarakat masih mengang-gap makanan adalah halal jika pada dasarnya halal. Kalau merujuk kepada al-Quran konsep halal sebenarnya me-rangkumi semua aspek dari ladang hingga ke meja. Berapa ramai antara kita yang agak buntu apabila hendak meyakinkan ahli keluarga seperti isteri atau ibu sendiri tentang maksud halal yang sebenar. Ini kerana ramai yang mengambil mudah perkara ini. Asal ada logo halal saja tidak kira dari mana datangnya sijil tersebut, mereka berkata, “Ini sudah ada logo halal, cukuplah.”

Hal ini belum masuk bab kosmetik yang dipakai wanita yang sanggup meng-habiskan beratus ringgit tanpa mengira halalkah benda yang disapu di muka.

Jadi untuk menangani isu halal atau tidak makanan, harus diambil berat oleh semua dan tidak kira di mana. Sifat ambil mudah ini adalah salah satu sebab kenapa syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal ini boleh bertapak.

Melihat pada keadaan ini walaupun pihak Jakim bertegas yang ia mampu membuat pemantauan walaupun tidak ada akta yang khas untuk Jakim menangani isu. Amat memalukan sebagai sebuah ne-gara yang cuba memasarkan jenama halal Malaysia tapi Jakim masih lagi terpaksa menagih ihsan KPDNKK untuk menjaga kepentingan umat Islam.

Sebagai sebuah negara yang dilaung-laungkan hub halal, agak melucukan yang kita masih belum mempunyai Akta Halal.

Page 20: Milenia Muslim Mac10 prebiu

18 FOKUS

KETIDAKPERIHATINAN umat Islam terhadap sum-ber haram dalam penyediaan makanan harian adalah antara

penyebab menjadikan mereka umat yang lemah dari segi akidah, intelektual, kesi-hatan dan rohani.

Berbanding bangsa Yahudi dengan amalan Kosher iaitu suatu piawaian penyediaan makanan yang berpandukan Kitab Imamat di dalam Taurat, secara teorinya ia lebih kurang sama dengan konsep ‘halal’ yang diamalkan oleh ahli kitab dahulu tetapi dari segi praktikalnya ia berbeza dengan amalan Islam.

Sama ada umat Islam bersetuju atau tidak, setidak-tidaknya amalan Kosher menunjukkan adanya signifikan pen-gambilan makanan yang bersih dengan pembawaan kualiti diri pemakannya. Oleh yang demikian, tidaklah meng-hairankan orang Yahudi yang hanya

mewakili 0.2 peratus daripada populasi penduduk dunia tetapi merupakan 54 peratus daripada juara permainan ca-tur, 31 peratus pemenang Hadiah Nobel dalam kategori perubatan sementara 27 peratus lagi dalam kategori fizik.

“Jika Yahudi mempunyai Sijil Kosher, Amerika Syarikat mempunyai Pentadbi-ran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA), Amalan Pengilangan Baik (GMP), Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal (HACCP), Pertubuhan Pemia-waian Antarabangsa (ISO) dan Kesatuan Eropah mempunyai Pematuhan Eropah (CE) sementara Australia mempunyai AJA mengapa umat Islam yang mewa-kili 1.8 bilion penghuni muka bumi iaitu populasi agama kedua terbesar dunia dengan pasaran industri halal dunia berjumlah RM6.93 trilion tidak mem-punyai satu sistem akreditasi yang lebih teliti, seragam dan menyeluruh?” Kata

Bezakan label produk halal keluaran Muslim

& bukan MuslimOleh FAIZAL RIDUANFoto YUSRI SHAKJEE

Dengan anggaran industri halal dalam negara bernilai RM190 bilion setahun, ironisnya 85 peratus produk halal tempatan adalah keluaran syarikat bukan Islam sedangkan pengguna Muslim mencakupi 16.2 juta orang iaitu 60 peratus daripada populasi penduduk Malaysia.

Halalan Thoyyibah

18

Ahmad Tajuddin Arshad

Page 21: Milenia Muslim Mac10 prebiu

Mac 201019

pengasas dan Pengerusi Islamic Manufac-turing Practice (IMP), Ahmad Tajuddin Arshad pada awal pertemuan.

Menyedari kelompangan dan keti-risan dalam amalan pensijilan halal sedia ada, maka penjenamaan label IMP yang diperjuangkan Ahmad Tajuddin adalah nilai tambah kepada Sijil Halal untuk mewujudkan piawaian halalan thoyyibah berdasarkan hukum syarak, rantaian ni-lai Jakim dan jaringan perniagaan yang membabitkan pengilang, pemborong, peruncit dan terus kepada pengguna Muslim.

Kini, hasilnya dapat dilihat melalui pengeluaran ratusan produk berasaskan biskut dan bakeri, produk kesihatan dan minuman produk sejuk beku, produk kos-metik dan produk bahan-bahan mentah yang mampu meletakkan sosio-ekonomi Islam di tengah gelanggang ummah.

“Malah konsep IMP jelas keislaman-nya seawal kepentingan syuhadah melalui kalimah bismillah dengan pemprosesan-nya melalui tangan-tangan Muslim yang telah berwuduk, niat penyediaan bahan makanan sebagai tuntutan fardu ki-fayah, pengetahuan hukum toharah yang berhubung dengan dirinya dan kesu-cian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah, persekitaran mesra syariat sep-erti pendengaran bacaan al-Quran dan penggunaan air mutlak untuk pember-sihan peralatan,” katanya yang pernah membawa delegasi IMP mendapatkan sokongan daripada Mufti Mesir.

Piawaian IMP ini dilihat meletakkan garis pemisah yang jelas antara yang halal dan haram yang duduk letaknya saling sebelah menyebelahi menepati hadis Nabi SAW, “Yang halal itu jelas dan yang haram itu pun jelas. Di antara keduanya itu ada perkara yang syubhah (samar), maka barang siapa yang men-jauhi perkara syubhah itu bererti dia telah menjaga agamanya.” (Riwayat al-Bukhari)

Sejak Jakim memperkenalkan sijil halal pada 1974 iaitu lebih 35 tahun da-hulu tidak banyak kemajuan yang dicapai umat Islam. Dengan anggaran industri halal dalam negara bernilai RM190 bili-on setahun, ironisnya 85 peratus produk halal tempatan adalah keluaran syarikat bukan Islam sedangkan pengguna Mus-lim dianggarkan berjumlah 16.2 juta orang iaitu 60 peratus dari populasi pen-duduk Malaysia.

Dengan statistik tersebut juga ti-daklah ralat berlaku isu manipulasi

sijil halal, penjenamaan Muslim oleh pengusaha bukan Islam untuk menge-lirukan pengguna Muslim dan produk yang mencurigakan status halal seperti Pau Ahmad dan produk mentah yang melambangkan barangan Islam seperti perkataan atau logo masjid.

“Sudah sampainya masanya bagi Jakim memperkenalkan label halal keluaran Muslim bagi membezakannya dengan la-bel halal keluaran bukan Muslim. Umat Islam perlu diberikan pilihan yang le-bih adil untuk memenuhi tuntutan cara hidup beragama mereka. Seperti di Bru-nei label halal Muslimnya berwarna hijau sementara yang bukan Muslim berwarna kuning,” syornya bagi memperkasa aki-dah dan sosio-ekonomi ummah apatah lagi untuk mendepani cabaran World Trade Organisation (WTO) dan Asean Free Trade Area (AFTA) yang akan menawarkan lambakan produk keluaran negara yang status halalnya tiada hujung pangkal.

“Di Malaysia, sijil halal bukanlah man-datori. Ia tidak wajib. Pengeluar boleh

memilih untuk memiliki atau tidak sijil halal bagi produk keluaran mereka. Sebab itu kita lihat ketika hotel men-gadakan perang promosi bufet Ramadan hakikatnya hanya 18 daripada 2,360 ho-tel sahaja yang memiliki sijil halal Jakim,” katanya.

“Orang Yahudi sangat me-mentingkan amalan Kosher mereka sehingga piawaian kebanyakan kapal terbang antarabangsa menggunakan kaedah ini. Pramugari yang membuka makanan Kosher diwajibkan di kalangan pen-ganut Yahudi, bekas makanan mesti dibalut tiga lapis dan membukanya pula perlu ikut cara Kosher. Sekiranya satu proses ini ditinggalkan maka produk itu dikira tidak mematuhi piawaian Kosher dan kilang berkenaan akan ditamatkan kontraknya.

“Mereka sangat tegas se-hingga sanggup membunuh orang yang mengkhianati makanan dan minuman mereka sebagaimana yang dituntut dalam New Testa-ment. Tetapi di negara Islam seperti Malaysia kesalahan

menyalahgunakan tanda halal oleh sya-rikat atau pertubuhan hanya didenda tidak melebihi RM250,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali mengikut peruntukan Seksyen 3(1) (b), Akta Perihal Perdagangan 1972,” ujarnya tanpa berselindung.

“Apalah yang boleh diharapkan dengan sistem sedia ada yang hanya memantau satu hari dalam setahun. Itu pun mereka (dalam sehari) telah bersiap sedia sepe-nuhnya seperti menghantar kenderaan untuk pemeriksaan Puspakom.

Adalah lebih baik kerajaan men-syaratkan setiap pengeluar produk halal melantik penguasa syariah lulusan al-Azhar, misalnya sebagai pengawal kua-liti halal dalaman. Hanya dengan cara ini mereka boleh berlaku jujur dan telus ter-hadap piawaian halal,” katanya tegas.

Beliau turut memberikan pandangan bahawa lulusan agama bukan sekadar mengajar di bilik kuliah tetapi kerjaya mereka boleh dikembangkan seiring de-ngan peningkatan indikator industri halal di Malaysia.

Pemeriksaan teliti produk yang dikeluarkan untuk memastikan dalam keadaan halal, suci dan bersih.

Page 22: Milenia Muslim Mac10 prebiu

20 FOKUS

MALAYSIA memiliki piawaian tertentu sep-erti MS1500: 2004 yang dikeluarkan oleh Jabatan

Standard Malaysia sebagai pelengkap kepada persijilan dan logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Piawaian ini mengambil kira unsur pematuhan ter-hadap Amalan Pengilang Baik (GMP) dan Amalan Kebersihan Baik (GHP).

Namun begitu, sijil dan logo halal Jakim serta MS1500: 2004 bu-kan suatu yang diwajibkan ke atas pengilang dan pengusaha. Isu ini sebenarnya telah lama dipersoalkan oleh kebanyakan persatuan peng-guna bagi memastikan rakyat negara ini yang majoritinya beragama Islam mempunyai keyakinan tinggi terha-dap pengeluaran bahan makanan dan perkhidmatan yang disediakan adalah

menepati syarak.Bagi pengguna Islam terutama di

kalangan yang begitu prihatin terha-dap halal atau haram sesuatu produk makanan dan perkhidmatan yang berada di pasaran negara ini, pasti-nya was-was untuk membeli ayam di pasar raya besar, memasuki restoran makanan segera dan tertipu dengan pembungkusan mi, sosej, makanan laut yang mana terdapatnya logo ha-

Bila lagi Akta Halal mahu digubal?

Pengguna Islam perlu diberikan maklumat dan pendidikan berkaitan halal secara berterusan supaya mereka meletakkan isu halal haram khususnya dalam makanan sebagai sesuatu yang serius kerana ia

berkaitan dengan hukum syarak.

20

Halalan Thoyyibah

Oleh DALIA ISMAIL

Page 23: Milenia Muslim Mac10 prebiu

Mac 201021

lal palsu dan pemprosesan yang tidak menepati kehendak syarak.

Di manakah hak pengguna untuk mendapatkan produk dan perkhidma-tan halal di negara ini sekiranya terdapat sebahagian pengilang dan pengusaha ter-lalu memikirkan keuntungan dan tidak mengambil berat isu berkaitan keperluan mematuhi piawaian dan persijilan dan logo halal, semata-mata bagi menge-lakkan kos pengurusan yang tinggi dan kurang kefahaman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Ba-jet 2010 telah menyatakan mengenai penggubalan Akta Halal bagi memas-tikan semua produk halal dalam industri makanan dan perkhidmatan di negara ini menepati hukum syarak.

Justeru, agensi yang dipertanggungja-wabkan seperti Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Peguam Negara sedang menggubal akta itu yang dijang-ka akan siap sepenuhnya pada tahun ini. Tapi bila akta itu akan dibentangkan dan seterusnya dikuatkuasakan?

Ketika ini ada beberapa peruntukan undang-undang berkaitan Prosedur Persijilan Halal seperti Akta Perihal Dagangan 1972; Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985; Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Makanan )1975 dan di bawah Akta Kesalahan Je-nayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559), Seksyen 42 Bahagian V (Kesalahan Jenayah), jika mana-mana pihak disabitkan di mahkamah boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Dengan peruntukan undang-undang sedia ada dan penggubalan Akta Halal kelak, ramai yang berharap isu ̀ makanan halal’ atau sebarang perkhidmatan halal ini mampu ditawarkan kepada pengguna tanpa menimbulkan syak wasangka.

Akta halal bukan saja membabit-kan makanan

Setiausaha Agung Persatuan Peng-guna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman berpendapat, sekiranya akta ini digubal banyak perkara berkai-tan kepentingan umat Islam di negara ini akan dapat diselesaikan.

“Kita dapati penguatkuasaan berkai-tan makanan halal di bawah Akta Perihal Dagangan bagi saya ada beberapa perkara yang menjadi kekangan antaran-ya kekurangan pegawai penguatkuasaan

untuk sentiasa memantau pihak pengi-lang dan pengusaha.

“Walaupun kita masih mengguna pa-kai akta dan enakmen sedia ada tetapi penggubalan Akta Halal ini kelak, mempunyai ruang lingkup yang luas bukan setakat produk makanan tetapi produk perkhidmatan lainnya seperti perbankan dan insurans juga terikat dengan akta ini,” ujarnya.

Dr Maamor juga berkata, di dalam penggubalan akta ini perlu dijelaskan sama ada ia tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah atau Sivil. Pada pandangan beliau adalah lebih baik diletakkan di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil.

Hal ini disebabkan dalam industri makanan, misalnya majoriti yang terba-bit adalah golongan bukan Islam sebagai

Bila lagi Akta Halal mahu digubal?

pengeluar justeru golongan ini perlu patuh dengan peraturan dan standard yang ditetapkan oleh agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan.

Justeru beliau amat menyokong lang-kah kerajaan untuk mewujudkan juga makmal pengendalian halal di Nilai di bawah RMK10 dengan peruntukan RM10 juta. Makmal ini diharap dapat membuat analisis bahan-bahan kimia yang boleh memudaratkan pengguna bukan sahaja dari segi halal dan haram terhadap produk makanan malah berkai-tan dengan penggunaan racun kimia yang boleh membahayakan kesihatan juga adalah haram dimakan.

“Maksud halal dan haram ini luas dan masyarakat perlu memahami dari

Datuk Dr Maamor Osman

1 E 10 0 16 E 2 8 0 31 E 4 3 4 4 6 E 4 8 22 E 110 17 E 3 0 0 32 E 4 35 4 7 E 4 8 33 E 1 2 0 18 E 3 01 33 E 4 3 6 4 8 E 4 914 E 14 0 19 E 325 3 4 E 4 4 0 4 9 E 4 9 25 E 141 2 0 E 32 6 35 E 4 41 5 0 E 4 9 36 E 153 21 E 32 7 3 6 E 4 70 51 E 4 9 47 E 16 0 2 2 E 33 4 3 7 E 4 7 1 52 E 4 9 58 E 161 2 3 E 335 3 8 E 4 7 2 53 E 5 4 29 E 210 2 4 E 33 6 3 9 E 47 3 5 4 E 57010 E 21 3 25 E 33 7 4 0 E 4 74 55 E 57 211 E 214 2 6 E 4 2 2 41 E 4 75 5 6 E 6 311 2 E 216 2 7 E 4 3 0 4 2 E 4 76 57

INFO

Awas! Perhatikan kod ini pada produk makanan yang anda beli kerana ia mengandungi lemak babi.

Pengguna juga perlu diberikan maklumat dan pendidikan berkaitan halal secara berterusan agar mereka meletakkan isu halal haram ini sebagai sesuatu yang serius kerana ia berkaitan dengan hukum syarak.

Page 24: Milenia Muslim Mac10 prebiu

22

Bil Tarikh Perkara Kategori

1. 1/6/2009 Set C Ayamas Batu 10, Cheras tidak dijual kepada orang Islam

Makanan Status

Dalam siasatan PPIM

Restoran lima bintang, mengambil ayam dan daging meragukan dari Subang

22/1/20092. Restoran Dalam siasatan PPIM

Ada logo halal tetapi pekerja bangsa Cina dan Myanmar (Lokasi Desa Sri Hartamas)

23/1/20093. Restoran Dalam siasatan PPIM

Mi Udang didakwa dicampur daging babi di Pavillion

29/1/20094. Medan Selara Dalam siasatan PPIM

Tiada sijil sah dari Jakim di Seksyen 11, Bandar Sunway

1/7/20095. Restoran Dalam siasatanPPIM

Sumber: Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

FOKUS

setiap sudut. Jika kita mencampurkan sejenis bahan kimia yang boleh mero-sakkan organ badan dalam jangka masa panjang jika makanan itu diambil, itu juga dikatakan haram jika kita mengeta-huinya. Jika ada makmal sedemikian ia akan melengkapkan bukti untuk mem-buat pendakwaan terhadap pesalah yang tidak mengikut peraturan yang ditetap-kan dalam akta itu di mahkamah sivil,” ujarnya.

Bagi memastikan isu makanan halal menepati keperluan syarak beliau meng-gesa semua pihak harus bekerjasama dengan agensi kerajaan bagi memastikan pihak pengeluar, pemborong, pengedar dan penjual mematuhi peraturan serta garis panduan ditetapkan bagi mena-ngani isu penipuan dan penyelewengan. Malahan pengguna juga perlu diberikan maklumat dan pendidikan berkaitan halal secara berterusan agar mereka meletakkan isu halal haram ini sebagai sesuatu yang serius kerana ia berkaitan dengan hukum syarak.

Label ‘Tidak Halal’ lebih berkesanSetiausaha Agung Gabungan Persa-

tuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Shaani Abdullah, menjelaskan perlu di-wujudkan satu garis panduan yang jelas dan mudah difahami oleh semua pihak khususnya pengeluar dan pengilang dari skala kecil hingga besar mengenai ke-fahaman mereka terhadap kepentingan halal dan pematuhan kepada persijilan halal dari Jakim dan Jabatan Standard Malaysia.

Ini kerana penyebaran maklumat berkaitan persijilan, logo, dan standard halal masih rendah di kalangan penge-luar dan pengguna di negara ini.

“Walaupun persijilan dan standard ha-lal itu menepati keperluan syarak tetapi pada masa sama ada pengusaha menggu-nakan sijil halal yang bukan dikeluarkan Jakim terutama di restoran makanan segera, restoran dan kedai makan.

“Begitu juga dengan standard ha-lal tidak diwajibkan terutama kepada pengusaha berskala sederhana dan be-sar melainkan mereka memohon untuk mendapatkan piawaian itu bagi tujuan pasaran dan mendapatkan keyakinan pelanggan dalam dan luar negara.

“Apabila persijilan dan logo halal serta standard `tidak wajib’ dipohon oleh pengusaha ini memberi ruang ke-pada pengusaha untuk tidak memenuhi tuntutan syarak. Sebenarnya keyakinan terhadap produk halal berbalik kepada pilihan pengguna yang bijak untuk mendesak pengusaha mematuhi peratu-ran yang di tetapkan Jakim dan Jabatan Standard Malaysia,” ujarnya.

Justeru, Shaani mencadangkan perlu ada penguatkuasaan atau disyaratkan sebagai satu keperluan wajib kepada pen-gusaha bagi mereka mematuhi kehendak syarak dalam proses pengeluaran, penye-

diaan, pengendalian dan penyimpanan produk makanan halal di negara ini.

Kesedaran pengguna amat penting sebagai ejen pendesak kepada pengilang dan pengusaha untuk mengeluarkan dan menjual produk halal di pasaran. Jika pengguna mahukan jaminan ha-lal pengusaha dan pengeluar terpaksa patuhi. Pengguna mesti menuntut hak mereka untuk mendapatkan produk halal walaupun tanpa `logo halal’ digu-nakan oleh pengusaha.

“Kerajaan harus mensyaratkan jika sesuatu produk atau perkhidmatan makanan itu tidak halal semestinya di-labelkan sebagai ‘Tidak Halal’ ia lebih memberi kesan kepada pengguna Islam daripada menggunakan logo halal Jakim bagi mengelakkan umat Islam terkeliru kerana terdapat bermacam-macam jenis logo halal di restoran-restoran makanan segera. Adakah logo-logo yang ditampal di dinding dan pintu masuk restoran itu, ia diiktiraf Jakim?” Soalnya.

Beliau juga menegaskan, penyebab tidak berkesannya logo halal kerana sikap pengguna sendiri yang masih men-gunjungi restoran-restoran berkenaan kerana terdapatnya logo halal walaupun tanpa mempedulikan sama ada produk dan perkhidmatan itu halal.

“Pengguna sering tertipu dengan produk makanan. Ini kerana kerajaan tidak ada satu sistem yang boleh memas-tikan produk itu benar-benar halal. Jika tidak ada pemantauan secara jitu isu produk halal dan haram ini sukar di-tangani semata-mata bergantung kepada permohonan logo halal dan standard sahaja. Jika tiada pemantauan pihak berwajib, kita tidak mampu pastikan adakah produk dihasilkan itu menepati syarak,” jelasnya. Mohd Shaani Abdullah

Kesedaran pengguna amat penting sebagai ejen pendesak kepada pengilang dan pengusaha agar merekamengeluarkan danmenjual produk halal di pasaran.

Page 25: Milenia Muslim Mac10 prebiu

Mac 201023

Produk makan ringan keropok udang yang mana pengguna meragui status `ha-lal’ kerana terdapat logo halal tetapi kod bar produk ini tidak disenaraikan Jakim. Ia diragui tidak halal kerana dipercayai men-gandungi lemak babi seperti kod E110.

Tindakan PPIMPihak kami telah menghubungi Jakim

untuk mengesahkan status halal syarikat berkenaan. Jakim akan mengambil tin-dakan yang selanjutnya memandangkan syarikat berkenaan tiada dalam senarai pemegang sijil halal Jakim.

Kilang mihun di Selayang, yang mana pekerjanya berbangsa Cina memakai seluar pendek semasa pemprosesan mi-hun dilakukan dan terdapat beberapa tin arak diletakkan bawah meja di kilang itu Siasatan dilakukan mendapat anjing juga berkeliaran di kilang itu.

Kilang ini mengunakan cap barangan yang boleh mengelirukan pengguna Islam iaitu cap masjid sedangkan pemerosesan dilakukan di kalangan bukan Islam dan diragui status halal yang digunakan.

Tindakan PPIMAduan pengguna itu telah dibawa ke-

pada Jabatan Agama Islam Selangor dan PPIM telah menjalankan siasatan ke atas kilang itu.

Produk sotong gula diragui kehalalannya kerana diproses menggunakan bulu babi yang digunakan untuk membersihkan so-tong. Produk ini mendapat kelulusan halal tetapi telah ditarik balik. Bagaimanapun pihak pengusaha didapati masih menggu-nakan logo halal.

Tindakan PPIM PPIM telah menghubungi Jabatan

Agama Islam Negeri Pahang bagi menye-lesaikan kes ini yang mana pihak jabatan agama telah ke kilang itu untuk disamak. PPIM juga telah menghantar aduan kepada pihak KPDNHEP dan kini hanya menunggu tindakan daripada kementerian.

Apa yang dilarang*Surah Al-Baqarah, ayat 173: “Sesungguhnya Allah hanya meng-

haramkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana dharurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas, maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Men-gasihani.”

*Al-Anaam, ayat 145: “Katakanlah: Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi kerana sesung-guhnya ia adalah kotor, atau dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama selain dari Allah, Kemudian sesiapa yang terpaksa sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui ba-tas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

*An-Nahl, ayat 115: “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa sedang ia tidak dianiaya dan tidak melampaui batas; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Apa yang dibolehkan*Al-Baqarah, ayat 168: “Wahai sekalian manusia! Makanlah

dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”

*Al-Maidah, ayat 88: “Dan makanlah dari rezeki yang te-lah diberikan Allah kepadamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya sahaja kamu ber-iman.”

*Al-Maidah, ayat 93: “Tidak ada dosa bagi orang yang ber-iman serta mengerjakan amal solih pada apa yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertakwa dan beriman serta mengerjakan amal soleh, kemudian mereka tetap bertakwa dan beriman, kemudian mereka tetap bertakwa dan berbuat kebajikan; kerana Allah mengasihi orang yang berusaha mem-perbaiki amalannya.”

*Al-Maidah, ayat 96: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagimu dan juga bagi orang yang dalam pelayaran; dan diharamkan atasmu memburu binatang buruan darat selama kamu berihram. Dan bertakwalah kepada Allah, yang kepada-Nya kamu dihimpunkan.”

INFO

Kes 1 Kes 3Kes 2

Page 26: Milenia Muslim Mac10 prebiu

24 FOKUS24 FOKUS

Di pasar raya produk makanan halal dan tidak halal biasanya diasingkan.

Pemeriksaan dilakukan untuk menentukan kualiti ayam yang disembelih sebelum dijual.

Page 27: Milenia Muslim Mac10 prebiu

Mac 201025 Mac 201025

Halalkah apa yang kita

makan?Halalan Thoyyibah

Proses membungkus rempah perlu dilakukan

di premis yang bersih.

Pastikan anda membeli burger yang tertera label halal yang diperakui Jakim.

Memproses ayam yang disembelih perlu mengikut peraturan yang ditetapkan Jakim.

Sekadar mempunyai label halal saja tidak cukup kerana masih

ada pengeluar dan penjual menipu sijil halal.

Pelbagai makanan sejuk beku di pasaran yang mempunyai logohalal tetapi adakah logo halal yang digunakan itu tulen?

Page 28: Milenia Muslim Mac10 prebiu

26 FOKUS

ISLAM adalah agama yang meme-nuhi keperluan fitrah setiap manusia. Pengharaman terhadap babi (khinzir) dan suruhan agar

umat Islam memakan makanan halal adalah untuk menjaga kesejahteraan hidup manusia dan sudah pasti mempun-yai hikmah tertentu. Antaranya bertujuan membuktikan perhambaan diri kepada Allah SWT, menjaga kesejahteraan, ke-bersihan, kesihatan serta menyelamatkan manusia dari sebarang kerosakan.

Al-Quran turut mengingatkan umat Islam berhubung pengharaman babi dan akibat memakan binatang yang tidak di-sembelih iaitu pengamalnya dianggap fasik.

Firman Allah SWT dalam Surah

al-Maidah ayat 3 yang bermaksud: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi, binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, yang mati tercekik, mati dipukul, mati jatuh, mati ditanduk, yang mati dimakan binatang buas, kecuali

Masybuh dalam ramuan makanan

Terdapat bahan-bahan tambahan makanan (food ad-ditives) yang diragui (masybuh). Ia boleh jadi halal atau haram bergantung kepada sumber ambilan. Bahan-bahan tambahan makanan tersebut seperti stabilizer, emulsifier, flavour, colouring dan sebagainya.

Berikut beberapa contoh bahan-bahan ramuan tam-bah makanan yang berstatus masybuh atau syubhah yakni tidak jelas dari segi halal haramnya:

Kandungan Antioxidant Animal fat Collagen Animal shortening Enzyme Fatty acids Gelatin Glycerol stearate Hormones Lard Monoglycerides Phospholopids Whey

Sumber gelatin80 peratus daripada gelatin yang dikeluarkan di Eropah adalah daripada kulit babi.15 peratus dari kulit haiwan bovin (binatang berkaki empat) seperti ker-bau dan lembu.5 peratus dari tulang-tulang haiwan bovin dan khinzir, ikan dan poultry (binatang berkaki dua).Menurut Dr Abdul Karim Alias (USM) dalam kertas kerja yang dibentang-kan di World Halal Research 2009, 90 peratus pengeluar gelatin dunia yang kebiasaannya diambil dari lembu (bovine) dan babi (porcine) adalah tidak halal.Jakim hanya mengiktiraf sumber gelatin halal hanya dari Pakistan dan China sahaja.Menurut kajian saintis, memakan daging babi menyebabkan seseorang boleh dihinggapi sehingga 70 jenis penyakit.

penyakit kerana babi adalah pembawa kepada cacing yang memasuki badan manusia yang membawa jangkitan seper-ti Trichinella Spiralis dan Taenia Solium.

Menurut saintis Islam dari Jerman, Dr Murad Hoffman, memakan daging babi yang dijangkiti cacing babi bukan sa-

Renin/renet/polysorbate Shortening Cholestrol Diglyceride Ethoxylated mono

di glyceride Fungal protease enzyme Glycerol/ Glycerine Glycogen Hydrolyzed animal protein Lipids Pepsin (enzyme) Tallow

yang sempat kamu sembelih, yang disembeli atas nama ber-hala, dan (diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.”

Daripada kajian yang di-lakukan saintis didapati memakan daging babi boleh menyebabkan seseorang di-hinggapi sehingga 70 jenis

INFO

INFO

Bahaya babi menurut Islam dan sains

Halalan Thoyyibah

Oleh SALAWATI HARIS

Kajian saintis Islam dari Jerman mendapati memakan daging babi yang dijangkiti cacing babi bukan sahaja berbahaya tetapi boleh menyebabkan meningkatnya kandungan kolesterol dan memperlambatkan proses penguraian protein dalam tubuh yang mengakibatkan kemungkinan diserang kanser usus, iritasi kulit, eksim dan rematik.