9
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan Dalam melengkapkan kajian yang telah dijalankan, beberapa factor telah dipertimbangkan. Ianya termasuklah reka bentuk kajian, sampel kajian, instrument digunakan dalam kajian, prosedur pengumpulan data dan akhirnya bagaimana data di analisa. 3.2 Reka bentuk Kajian Reka bentuk kajian ini telah menggunakan Model Kajian Tindakan sebagaimana yang diperkenalkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan ( 2005 ). 3.2.1 Refleksi ( Tinjauan Awal ) Tinjauan awal telah dilakukan terhadap beberapa orang murid berpencapaian rendah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di kelas 5 Biru. Tujuan utama tinjauan awal ini dilakukan adalah untuk mengumpul data dalam memastikan masalah sebenar mengapa murid-murid ini tidak mahir dalam penulisan yang betul pada latihan dan ujian yang diberikan. Kesemua persoalan ini telah dinyatakan di dalam Bab 1. Dapatan dari tinjauan ini membolehkan pengkaji membuat

Metorologi Kajian ( Bab 3 )

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Metorologi Kajian ( Bab 3 )

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Dalam melengkapkan kajian yang telah dijalankan, beberapa factor telah dipertimbangkan.

Ianya termasuklah reka bentuk kajian, sampel kajian, instrument digunakan dalam kajian,

prosedur pengumpulan data dan akhirnya bagaimana data di analisa.

3.2 Reka bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini telah menggunakan Model Kajian Tindakan sebagaimana yang

diperkenalkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan ( 2005 ).

3.2.1 Refleksi ( Tinjauan Awal )

Tinjauan awal telah dilakukan terhadap beberapa orang murid berpencapaian rendah dalam

mata pelajaran Bahasa Melayu di kelas 5 Biru. Tujuan utama tinjauan awal ini dilakukan

adalah untuk mengumpul data dalam memastikan masalah sebenar mengapa murid-murid

ini tidak mahir dalam penulisan yang betul pada latihan dan ujian yang diberikan. Kesemua

persoalan ini telah dinyatakan di dalam Bab 1. Dapatan dari tinjauan ini membolehkan

pengkaji membuat perancangan yang sesuai bagi menjalankan rawatan atau mengatasi

masalah tersebut.

3.2.2 Merancang

Berdasarkan dapatan tinjauan, beberapa perkara telah di kenal pasti untuk di ambil

tindakan. Antaranya :

Page 2: Metorologi Kajian ( Bab 3 )

3.2.2.1 Pensampelan Kajian

Kajian telah dijalankan ke atas lima orang murid pemulihan tahun 5 Biru dalam kelas bahasa

Melayu dan dijalankan sewaktu sesi persekolahan sahaja serta terbatas di SK. Canossian

Convent, Kluang. Semua murid yang dirawat adalah terdiri dari murid perempuan 3

berbangsa Cina dan 2 India. Guru akan menilai pencapaian murid melalui pengajaran

menggunakan ADD dalam membina ayat mudah dalam penulisan. Dari segi latar belakang,

sekolah ini mempunyai murid yang terdiri daripada pelbagai kaum. Bilangan murid bagi

setiap kaum adalah hampir sama. Kedudukan sekolah ini berada dalam lingkungan pusat

Bandar menjadikan setiap murid dating dari sosio budaya yang hamper sama iaitu latar

belakang keluarga daripada pelbagai pekerjaan. Murid yang dipilih adalah daritahun 5 Biru

di kalangan murid kelas lemah bahasa Melayu sahaja, hasil dari perbincangan dan

pemantauan guru yang mengajar di kelas tersebut sekolah ini. Kajian yang telah dijalankan

ini di harap dapat meningkatkan kefahaman dan minat murid untuk belajar mata pelajaran

Bahasa Melayu ini. Akhirnya dapat menyumbangkan kepada pencapaian yang lebih baik

bagi mata pelajaran ini dalam peperiksaan khasnya.

3.2.2.2 Instrument Kajian

Antara instrument yang digunakan bagi menjayakan kajian ini adalah :

Page 3: Metorologi Kajian ( Bab 3 )

i. Borang soal selidik murid yang dijalankan sendiri oleh pengkaji. Melalui temu bual

yang dijalankan, pengkaji telah dapat mengumpulkan data terutama semasa dan

selepas aktiviti rawatan yang telah diberikan. Maklumat ini telah dianalisis dan

dilaporkan di dalan Bab 4 nanti.

ii. Ujian Pra dan Ujian Pos. Ujian pra dijalankan sebelum rawatan diberikan bagi

mengesahkan masalah yang telah dihadapi oleh murid tersebut. Manakala ujian

pos pula untuk melihat sama ada wujud keberkesanan penggunaan Akhbar dalam

darjah dalam penulisan ayat mudah karangan bergambar dari segi pencapaian

mereka setelah rawatan diberikan. Analisa kedua-dua ujian telah dijalankan.

iii. Catatan pemerhatian telah dilakukan sepanjang aktiviti rawatan menggunakan

ADD dalam membina ayat mudah dalam penulisan dijalankan antaranya :

a) Menyalin ayat mudah berpandukan gambar yang disediakan.

b) Menulis ayat mudah berpandukan gambar yang disediakan.

c) Menulis ayat mudah berpandukan gambar yang sesuai serta contoh

melalui aktiviti mengerat dan menggunting akhbar yang bergambar.

3.2.3 Bertindak

Kesemua aktiviti yang dirancang telah dijalankan. Pemerhatian telah dilakukan terhadap

murid-murid tersebut sepanjang aktiviti rawatan dijalan, termasuk dari segi perubahan

tingkah laku murid-murid tersebut. Pengubahsuaian aktiviti tidak banyak dilakukan kerana

murid tersebut diperhatikan telah menunjukkan minat serta mula memahami dari segi

Page 4: Metorologi Kajian ( Bab 3 )

penggunaan ayat mudah berpandukan gambar dari ADD. Berikut merupakan jadual aktiviti

yang telah dijalankan berdasarkan perancangan yang telah dilakukan.

Bil. Tindakan / Aktiviti Rawatan Tarikh pelaksanaan

1. Pemerhatian terhadap pencapaian murid serta

perbincangan bersama guru mata pelajaran lain.

22 Februari 2011

2. Ujian Pra dan analisa pencapaian. 25 Februari 2011

3. Aktiviti rawatan 1 – Menyalin semula ayat mudah

berpandukan gambar dengan betul.

2 Mac 2011

4. Membuat analisa aktiviti rawatan 1. 5 Mac 2011

5. Aktiviti rawatan 2 – Menulis ayat mudah berpandukan

gambar dengan betul.

7 Mac 2011

6. Membuat analisa aktiviti rawatan 2. 8 Mac 2011

7. Aktiviti rawatan 3 – Menulis ayat mudah mengikut urutan

gambar yang disediakan.

10 Mac 2011

8. Membuat analisa aktiviti rawatan 3 12 Mac 2011

9. Membuat pemerhatian sepanjang aktiviti rawatan

dijalankan.

2 - 12 Mac 2011

10. Ujian Pos dan analisa pencapaian. 15 Mac 2011

11. Menjalankan temu bual / soal selidik dengan murid. 17 – 19 Mac 2011

12. Menganalisis semua data dan maklumat bagi tujuan

menulis laporan.

20 Mac 2011

13. Menulis laporan akhir. 24 Mac 2011

Jadual 3.1 : Senarai aktiviti tindakan

3.2.4 Memerhati

Setelah aktiviti rawatan dilakukan terhadap murid-murid Tahun 5 Biru bahasa Melayu ini,

semua data telah dikutip dan di analisis bagi melihat akan keberkesanan penggunaan ADD

Page 5: Metorologi Kajian ( Bab 3 )

ini dalam meningkatkan kreativiti, kefahaman, minat, membaca dan pencapaian murid-

murid. Refleksi dilakukan untuk melihat keberkesanan menggunakan ADD ini dan

seterusnya membuat cadangan untuk tindakan susulan. Ini juga bertujuan untuk melihat

kekuatan dan kelemahan dalam melaksanakan aktiviti rawatan terhadap murid-murid tahun

5 Biru dalam Bahasa Melayu ini.

3.3 Prosedur Pengumpulan Data

Kaedah pengumpulan data telah dijalankan oleh pengkaji sendiri mengikut prosedur-

prosedur berikut :

3.3.1 Prosedur pertama

Sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan ADD di jalankan, Guru telah

menjalankan ujian pra terhadap kepada 5 orang murid tahun 5 Biru dalam bahasa Melayu

yang dipilih. Sebanyak 5 ayat mudah telah dibina oleh murid dalam masa 15 minit. Selepas

selesai, keratin akhbar telah dipungut.

3.3.2 Prosedur kedua

Jawatan murid telah disemak dan skor markah pencapaian pelajar telah diberikan.

Pengasingan markah dibuat serta dicatatkan.

3.3.3 Prosedur ketiga

Sesi pembelajaran dan pnegajaran bagi tujuan rawatan menggunakan ADD dalam

penulisan ayat mudah dalam karangan telah dijalankan selepas ujian pra di analisa. Sesi

pengajaran dan pembelajaran telah berlangsung sebanyak tiga kali iaitu :

3.3.3.1. Mengenal pasti penggunaan ADD pada gambar yang telah disiap sedia.

3.3.3.2. Menggunakan Surat Khabar Berita Harian dan Utusan Malaysia.

Page 6: Metorologi Kajian ( Bab 3 )

3.3.3.3. Membina ayat menggunakan keratan akhbar bergambar yang sesuai dari ADD.

3.3.4 Prosedur keempat

Setelah sesi pembelajaran selesai, pelajar akan diberikan ujian pos bagi mengesan

keberkesanan penggunaan ADD dalam membina ayat mudah dalam penulisan bergambar

sebagai sumber pembelajaran. Ujian dijalankan selama 45 minit bagi 3 item atau soalan

yang disediakan. Penyemakan jawapan telah dilakukan bagi melihat perbezaan pencapaian

murid dalam ujian pra.

3.3.5 Prosedur kelima

Dapatan dari ujian pos akan di analisis bagi melihat keberkesanan menggunakan ADD.

3.4 Analisa Data

Data kuantitatif yang diperoleh dari borang soal selidik / temu bual murid dianalisis. Data

murid sebagai responden dalam borang soal selidik bahagian A akan dibuat dalam bentuk

carta paid an graf bar agar mudah untuk membuat pentafsiran terhadap responden.

Berdasarkan borang temu bual murid untuk bahagian B pula pengkaji akan mengkaji

pendapat murid sebelum dan semasa menggunakan ADD dalam membina ayat mudah

Page 7: Metorologi Kajian ( Bab 3 )

dalam penulisan bergambar ketika mengajar pelajar tentang sub kemahiran membina ayat

mudah. Temu bual telah dilakukan selepas sesi pengajaran setiap penyertaan akan

diterjemahkan dalam bentuk peratusan melalui jadual.

Bagi aktiviti rawatan menggunakan ADD pula, dapatan telah diterjemahkan dalam bentuk

peratusan melalui carta bar mengenai pencapaian yang diperoleh. Pengkaji menggunakan

pendekatan peratusan bagi menunjukkan perbandingan terhadap minat murid melalui

pemerhatian guru yang telah dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

menggunakan ADD dalam penulisan ayat mudah dalam karangan bergambar. Data dari

ujian pra dan pos telah disemak dan ditandai oleh pengkaji berdasarkan pemarkahan

analitis. Berdasarkan keputusan ujian pra dan pos pengkaji telah merumuskan tentang

pencapaian dan keberkesanan penggunaan Akhbar Dalam Darjah. Ini akan menjadi

penanda aras bagi memperlihatkan sama ada terdapatnya keberkesanan penggunaan ADD

oleh guru bagi pengajaran murid Tahun 5 Biru Bahasa Melayu.