10
MINIT MESYUARAT UNIT KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KALI PERTAMA Tarikh : 24 OGOS 2011 Tempat : Bilik Gerakan, SMK Bukit Garam Masa : 1.00 tengah hari Kehadiran : a ) Hadir 1) En. Tan Peng Seng ( Pengetua ) 2) En. Azmi Bin Dato Tamboyong ( P.K HEM ) 3) Pn. Johoratulaini ( Ketua Unit Kebersihan dan Keceriaan) 4) Pn. Jovania Binti Inggam 5) Pn. Siti Hasnih Binti Tanalol 6) En.Muhammad Arshad 7) Pn. Katharine Undin Agenda mesyuarat : 1. Ucapan pengerusi 2. Laporan Unit Kebersihan dan Keceriaan 3. Program SARASI 4. Hal-hal lain Ucapan Pengerusi Pengerusi mengucapkan salam kepada semua yang hadir. Seterusnya, beliau menegaskan agar Unit Kebersihan dan Keceriaan dapat melaksanakan aktiviti yang dirancang sebelum cuti akhir tahun. Beliau mengharapkan agar semua ahli dapat memainkan peranan masing-masing. Sekiranya ada masalah boleh dikemukakan terus dalam mesyuarat ini untuk mencari penyelesaian masalah bersama. Tindakan : Makluman Laporan Ketua Unit Kebersihan dan Keceriaan

Mesyuarat Bidang Bahasa Kali Ke

  • Upload
    kayyun

  • View
    396

  • Download
    17

Embed Size (px)

DESCRIPTION

1

Citation preview

MESYUARAT BIDANG BAHASA KALI KE 3 TAHUN 2011

MINIT MESYUARAT UNIT KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KALI PERTAMATarikh : 24 OGOS 2011

Tempat : Bilik Gerakan, SMK Bukit Garam

Masa : 1.00 tengah hari

Kehadiran : a ) Hadir1) En. Tan Peng Seng ( Pengetua )

2) En. Azmi Bin Dato Tamboyong ( P.K HEM )

3) Pn. Johoratulaini ( Ketua Unit Kebersihan dan Keceriaan)4) Pn. Jovania Binti Inggam

5) Pn. Siti Hasnih Binti Tanalol

6) En.Muhammad Arshad

7) Pn. Katharine Undin Agenda mesyuarat :

1. Ucapan pengerusi2. Laporan Unit Kebersihan dan Keceriaan

3. Program SARASI

4. Hal-hal lain

Ucapan Pengerusi

Pengerusi mengucapkan salam kepada semua yang hadir. Seterusnya, beliau menegaskan agar Unit Kebersihan dan Keceriaan dapat melaksanakan aktiviti yang dirancang sebelum cuti akhir tahun. Beliau mengharapkan agar semua ahli dapat memainkan peranan masing-masing. Sekiranya ada masalah boleh dikemukakan terus dalam mesyuarat ini untuk mencari penyelesaian masalah bersama.

Tindakan : Makluman

Laporan Ketua Unit Kebersihan dan Keceriaan

Tindakan : Pengerusi dan S/UPerkara berbangkit.

1. Rancangan Pelajaran Tahunan bagi Panitia Bahasa Arab dan Kesusteraan Melayu

belum mendapat pengesahan daripada Ketua Bidang.2. Ustaz Adli menyatakan masalah untuk menyediakan huraian sukatan pelajaran Bahasa Arab kerana tidak boleh dicetak.Ini merumitkannya untuk menyediakan Rancangan

Pelajaran Tahunan. Cadangan ialah memanjangkan masalah ini ke Pejabat Pelajaran

Daerah Kinabatangan.3. Pengerusi mengingatkan supaya peruntukan dapat digunakan secara maksimum. Ketua

Panitia boleh mengisi nota minta atau beli terus dari pengedar dengan kebenaran

Pengetua. Setiap pembelian perlu mempunyai resit belian dan salinan perlu dibuat untuk disimpan dalam fail panitia.4. Pengerusi membangkitkan masalah mengeluarkan sijil kepada para pelajar yang terlibat

dalam Program Minggu Bahasa .Cadangan mengatasi ialah mewujudkan ahli jawatankuasa hadiah dan sijil.

5. Pengerusi memaklumkan bahawa pembelian LCD telah dipanjangkan kepada pengetua

dan pengetua akan mengusahakan tetapi akan mengambil masa. Tindakan :Makluman

Sistem fail

1. Pengerusi meminta kepada semua ketua panitia supaya dapat mengemas kini fail dan

memastikan semua dokumen lengkap mengikut senarai semak yang terdapat dalam fail 1

panitia masing-masing sebelum pemantauan peringkat dalaman sekolah bagi kali kedua. Pengerusi juga memaklumkan bahawa pengetua akan memantau sendiri fail-fail. Pengerusi

juga mengharapkan supaya fail sentiasa dikemas kini dengan memasukkan surat-surat

siaran yang diterima dan berkaitan dimasukkan terus dalam fail panitia.

Tindakan : Makluman3. Berkenaan pemantauan oleh nazir, pengerusi memaklumkan bahawa terdapat beberapa

kelemahan dalam sistem fail umumnya dan khususnya fail-fail di bawah Bidang Bahasa

iaitu minit mesyuarat tidak lengkap dan tidak akur pada takwim serta salinan surat-surat

yang berkaitan dengan bidang bahasa tidak disimpan dalam fail Ketua Bidang.Oleh itu,

pengerusi menekankan supaya apa juga dokumen di bawah bidang bahasa yang berkaitan

perlu sesalinan disimpan dalam fail ketua bidang. Tindakan : MaklumanMesyuarat Panitia.

1. Pengerusi sekadar mengingatkan supaya mesyuarat panitia dibuat sekurang-kurangnya 4 kali setahun mengikut takwim dan kesesuaian masa. Tujuan mesyuarat ialah untuk mencari penyelesaian bagi masalah-masalah, dan perkongsian idea serta sebagai dokumentasi dalam fail panitia masing-masing.

Tindakan : Makluman

NKRA/SAPS

1. Pengerusi meminta semua ketua panitia supaya mengingatkan guru-guru di bawah panitia masing-masing supaya memastikan markah ujian dan peperiksaan dimasukkan dengan lengkap dalam sistem on line ini.

2. Semua laporan bagi pelaksanaan dalam pelan taktikal panitia masing-masing perlu sesalinan untuk fail ketua bidang.

3. Ketua panitia bagi mata pelajaran yang terlibat dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah perlu mengingatkan Ketua Pentaksir Sekolah dan Pentaksir Sekolah supaya melengkapkan fail masing-masing dan fail-fail berkenaan perlu disimpan di rak dalam bilik ketua bidang.

4. Pengerusi juga menegaskan supaya sijil untuk ULBS perlu dikeluarkan pada tahun semasa. Berdasarkan perbincangan ketua-ketua bidang tarikh sijil dikeluarkan perlu diselaraskan dan tarikh yang dicadangkan iaitu pada 31 Oktober 2011.

Tindakan : MaklumanHal-hal Lain

1. Ustaz Adli memaklumkan bahawa kelas malam diadakan iaitu selepas solat tarawih bagi

peningkatan prestasi pelajar SPM. Walau bagaimanapun, kehadiran kurang menggalakkan.

sungguh pun kelas malam ini telah mendapat kebenaran daripada pengetua dan surat

pemberitahuan telah diberikan kepada ibu bapa pelajar yang terlibat. Selain itu, beliau turut memaklumkan kepada pengerusi bahawa ULBS telah selasai dijalankan.2. Puan Hamsiah memaklumkan kepada pengerusi bahawa kelas tambahan sudah mula

dilaksanakan dan dibahagikan kepada dua program mengikut tahap kecerdasan pelajar iaitu

Program Mengilap Harapan 2 bagi kelas 5K,5M dan 5O yang berada tahap lemah dan

sederhana. Sementara, Program Mengukir gemilang untuk kelas 5A, 5D dan 5MT yang

mempunyai pelajar tahap baik dan cemerlang. Murid yang tidak hadir lebih daripada 3

kali diminta membuat surat tunjuk sebab.Pemantauan akan dibuat sebelum cuti Hari Raya.

Puan Hamsiah juga turut mamaklumkan bahawa ceramah untuk pelajar PMR oleh

Pengetua SMK Gum-Gum, Sandakan manakala untuk pelajar SPM akan diatur kemudian.

Dalam ceramah PMR ini nanti guru-guru yang mengajar BM menengah akan turut sama

mendengar ceramah yang disampaikan.3. Puan Katharine memaklumkan masalah dalam panitia Kesusteraan Melayu iaitu tidak tahu

guru pakar dalam mata pelajaran ini yang dipanggil memberikan bengkel atau pun

ceramah bagi Program Pecutan Akhir Panitia memandangkan baru dalam Panitia Kesusteraan Melayu4. Pengerusi memberi cadangan iaitu menjemput En. Mahmudin Ali kerana beliau

merupakan guru cemerlang dalam mata pelajaran Kesusteraan Melayu.

Tindakan : Makluman

Penutup.Sebelum menanggukan mesyuarat pengerusi memaklumkan bahawa Kem Membaca 1 Malaysia akan dilaksanakan sekiranya pihak sekolah telah menerima surat siaran arahan

pelaksanaan kem berkenaan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.40 petang.

Disediakan oleh,

.

KATHARINE BINTI UNDIN

Ketua Panitia Kesusteraan Melayu

SMK Bukit Garam, Kinabatangan.

Dicadang untuk disahkan :..

Disokong untuk disahkan :. MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA BAGI TAHUN 2013 BIDANG BAHASA SMK BUKIT GARAM, KINABATANGAN .Tarikh : 14 JANUARI 2013Tempat : Pusat Sumber, SMK Bukit Garam.Masa : 12.35 tengah hari

Kehadiran : a ) Hadir1) Armizurani Mahmod ( Pengerusi )2) En.Redzuan Mohd.Jukin ( K/P Bahasa Inggeris )3) Ust. Ruzaidi Abdul Rashid ( Wakil K/P Bahasa Arab)

4) Pn. Katharine Undin ( K/P Kesusteraan Melayu )

b) Tidak hadir (Bersebab) 1) Pn. Hamidah binti Bagun ( K/P Bahasa Malaysia )Agenda mesyuarat :

1.0 Ucapan pengerusi

1.1 Perkara-perkara berbangkit 1.2 Sistem fail panitia 1.3 Mesyuarat panitia 1.4 Perancangan Aktiviti Panitia

1.5 Ujian dan peperiksaan 1.6 Hal-hal lain 1.7 Penutup1.0 Ucapan Pengerusi Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat.

1.1 Perkara berbangkit.

Tiada perkara berbangkit yang perlu diminitkan semula.1.2 Sistem fail1.2.1. Fail panitia perlu dikemaskini dan dilengkapkan mengikut senarai kandungan fail. Salinan carta organisasi, maklumat peribadi guru, senarai nama guru dan kelas yang

diajar,perancangan panitia tahun 2013 dan Rancangan Pengajaran Tahunan perlu

diserahkan kepada Ketua Bidang.

Tindakan: Semua KP1.2.2 Bagi melicinkan pengurusan fail panitia, ketua panitia boleh menggunakan budi bicara sendiri sebagai kata putus pengerusi terhadap cadangan Encik Redzuan untuk mewujudkan AJK Pengurusan fail dalaman panitia.

Tindakan : Makluman1.2.3 Semua bahan dokumentasi fail perlu segera disimpan ke dalam fail panitia.

Tindakan : K/P1.3 Mesyuarat Panitia.

1.3.1 Pengerusi sekadar mengingatkan supaya mesyuarat panitia dibuat sekurang-kurangnya 4 kali setahun mengikut takwim tahunan sekolah . Bagi panitia yang tidak mempunyai ahli mesyuarat yang mencukupi hanya perlu buat catatan sahaja.

Tindakan : Makluman1.4 Perancangan Aktiviti Panitia.1.4.1 Perancangan aktiviti dan masalah-masalah dalaman panitia merupakan perkara yang perlu dipanjangkan dalam mesyuarat panitia masing-masing. Tindakan : Makluman

1.5 Ujian dan Peperiksaan1.5.1 Penggubal soalan hendaklah diwujudkan dengan sistematik bagi setiap panitia.1.5.2 Jadual penggubal soalan perlu dimaklumkan kepada semua ahli panitia dan dibawa

dalam mesyuarat.1.5.3 Kertas soalan perlu dibalut dan dilabelkan dengan lengkap mengikut butir-butir

yang telah ditetapkan.

1.5.4 Semua kertas soalan ujian dan peperiksaan perlu disemak dan disahkan. Ketua panitia boleh mengesahkan bagi pihak Ketua Bidang sekiranya Ketua Bidang tiada. Soalan yang dihantar hendaklah disertakan JSU dan disimpan dalam fail panitia yang

berkenaan. Tindakan : Makluman 1.6. Hal-hal Lain1.6.1. Minggu bahasa dicadangkan akan diadakan selama empat hari bermula 18 hingga 21 Mac 2013. Semua ketua panitia di bawah bidang bahasa perlu menghantar kertas kerja program masing-masing selewat-lewatnya pada 21 Februari 2013 kepada Ketua Bidang Bahasa. Pengerusi mengingatkan agar menyelitkan program sempena minggu bahasa dalam agenda mesyuarat kali pertama panitia masing-masing.

Tindakan : Ketua-ketua panitia1.6.2. Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) bagi tingkatan 4 dan 5 sudah boleh dijalankan. Begitu juga dengan Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS). Tindakan : Makluman1.6.3. Pengerusi meminta agar ketua-ketua panitia terlebih dahulu menyediakan draf apa-apa perkara yang perlu dibangkitkan dalam mesyuarat. Tindakan : Makluman

Penutup.

Sebelum menangguhkan mesyuarat pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir menjayakan pelaksanaan mesyuarat bidang bahasa. Mesyuarat ditangguh pada 1.45 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh

..

KATHARINE BINTI UNDIN

PN. ARMIZURANI MAHMOD

Ketua Bidang Bahasa

SMK Bukit Garam, Kinabatangan.Dicadang untuk disahkan :..

Disokong untuk disahkan :.

.

.