Mereka Tidak Lagi Menangis

Embed Size (px)

Citation preview

MEREKA TIDAK LAGI MENANGIS USMAN AWANGMAKSUD SAJAK STANZA 1 Permulaan kepada kebangkitan wanita dalam corak kehidupan mereka. Sebelum ini, (sebelum kebangkitan) wanita hanya berdiam diri dan memendam rasa. Mereka sering tersenyum walaupun hati mereka disakiti. Mereka juga hanya mampu menangis di kala kesusahan.

STANZA 2 Penyajak menonjolkan ciri-ciri wanita. Wanita sering kali dikaitkan dengan kecantikan dan bersikap lemah. Sebelum ini, golongan lelaki sering mengongkong wanita. Wanita kini(1968) semakin berani untuk mencabar lelaki bagi mendapatkan hak mereka yang setimpalnya.

STANZA 3 Penyajak menunjukkan bahawa lelaki tidak lagi mengawal haluan hidup wanita setelah beberapa abad lamanya berkuasa. Kaum wanita semakin agresif dan sedikit demi sedikit berjaya melawan satu persatu bentuk penindasan terhadap mereka

STANZA 4 Penyajak cuba menunjukkan penindasan kaum lelaki terhadap kaum wanita. Wanita dijadikan barang dagangan dalam sistem kapitalisme; lelaki mengeksploitasi wanita semata-mata untuk mendapat keuntungan. Wanita dijadikan hamba lelaki dalam sistem feudalisme; lelaki berkuasa penuh terhadap kaum wanita. Wanita perlu menyerah segalanya kepada kaum lelaki.

Penyajak juga menggambarkan kejayaan wanita menaiktaraf martabat mereka melalui persamaan hak.

STANZA 5 Menunjukkan keberanian wanita yang utuh dan tidak lagi dianggap lemah. Wanita kini bersatu padu sesama mereka dan hal ini mewujudkan semangat setiakawan sesama mereka. Semangat ini digambarkan seperti sayap taufan iaitu semangat yang berkobar-kobar kaum wanita untuk membuat perubahan dalam kehidupan mereka ke arah yang lebih terbela dari zaman sebelumnya.

JENIS SAJAK: Epigram NADA SAJAK: Protes BENTUK SAJAK: Bebas TEMA SAJAK: Semangat perjuangan wanita pada masa kini untuk menuntut hak-hak mereka.

PERSOALAN: Menyindir golongan lelaki yang menguasai golongan wanita Sifat-sifat wanita yang lemah lembut dan sensitif Perbezaan sistem sosial zaman dahulu (sebelum 1968) dan sekarang (selepas 1968)

SIKAP PENGARANG: Menyuntik semangat wanita untuk berani mendapatkan keadilan dan hak mereka yang sewajarnya. Menyindir lelaki yang mendominasi golongan wanita. Kagum terhadap golongan wanita yang berani memperjuangkan hak mereka. Bertimbang rasa terhadap golongan wanita

AMANAT PENGARANG: Wanita tidak seharusnya takut untuk menegakkan keadilan dalam mendapatkan hak mereka. Wanita perlu menyedari kepentingan mereka untuk sama-sama bersatu padu dalam sesuatu perkara.

GAYA BAHASA: BAHASA PERBANDINGAN 1. Personifikasi Sejarah telah bersuara (stanza 1, baris 1) 2. Lambang/Simbol *bunga (stanza 2, baris 1) -sifat wanita yang cantik tetapi lemah dan rapuh *air mata (stanza 2, baris 1) - lambang kepada kesedihan 3. Hiperbola Sayap taufan (stanza 5, baris 3) 4. Parafrasa bening air mata- menangis (stanza 1, baris 5) BAHASA SINDIRAN 1. Sinisme Takdir tidak lagi diturunkan oleh lelaki (stanza 3, baris 1) BAHASA PENEGASAN 2. Inversi

kini sedang mereka dikebumikan (Stanza 3 baris 4) 3. Ekslamasi Dalam persamaan hak sistem sosialisme! (Stanza 4 baris 6) Dengan sayap taufan (Stanza 5 baris 3)

4. Paralelisme - Anafora Yang dulu tersenyum dengan bunga Yang dulu hanya berkata (Stanza 1 baris 3,4) 5. Repitisi satu demi satu penindasan (Stanza 3 baris 3)