Menyambut Kelahiran

Embed Size (px)

DESCRIPTION

6-6

Citation preview

Menyambut KelahiranApabila seseorang wanita didapati hamil, beberapa acara dan pantang larang terpaksa dilalui. Secara umumnya, upacara tersebut diadakan bertujuan mendoakan kesihatan dan keselamatan bakal ibu dan janinnya selamat dari segala bala dan godaan atau gangguan mahkluk halus.Dalam masyarakat Melayu pada pendapat umumnya menyatakan wanita hamil yang sentiasa gembira akan melahirkan bayi yang riang dan terhindar dari segala kecelakaan. Jadi wanita yang mengandung dielakkan dari mendengar, melihat dan bercakap perkara perkara yang buruk. Antara adat menyambut kelahiran ialah seperti: Menempah bidan Menjamah perut Melenggang perut Mandi melenggang perut Mengadap semangat Menempah BidanSetelah genap tujuh bulan seseorang wanita mengandung, mertua wnita tersebut akan bersiap sedia dengan berbagai alat untuk melenggang per serta menempah bidan. Masa yang baik selalunya pad ahari Khamis malam Jumaat. Maka pada hari tersebut mertua wanita yang mengandung akan bersiap menghias rumah seperti menggantung langsir, langit langit dan membentangkan hamparan yang indah serta menjemput sanak saudara kaum keluarga.Biasanya adat ini dilakukan pada akhri bulan antara dua puluj satu hingga dua puluh sembilan hari bulan Islam. Mas ayang sebaiknya ialah pada hari Rabu dan Khamis. Hari Selasa merupakan hari yang tidak sesuai untuk menempah bidan lebih lagi sekiranya pada hari tersebut ada berlaku kematian di kalangan keluarga mereka.Upacara menempah bidan selalunya dilakukan untuk wanita yang mengandung anak sulung sahaja. Tujuan upacara bagi menentukan bidan yang bertanggungjawab untuk menyambut kelahiran bayi nanti. Adat menempah bidan ini dilakukan untuk merasmikan bahawa bidan tertentu dapat menguruskan kelahiran bayi.Jikalau tempahan tidak dilakukan dikhuatiri bahawa bidan bidan yang ada di kawasan tidak dapat menolong wanita yang hendak bersalin kerana keengganan mereka sendiri yang tidak menempah dari awal atau kerana ada tempahan lain pada masa yang sama.Istilah melenggang perut digunakan oleh kebanyakan orang Melayu di Semenanjung Malaysia seperti Melaka dan Johor, manakala istilah kirim perut pula difahami oleh orang Melayu di sebelah utara seperti Perak, Kedah dan Perlis.Adat melenggang perut dilakukan kepada bakal ibu yang mengandung anak sulung ketiak kandungan dipercayai genap tujuh bulan. Pada masa ini anak di dalam kandungan dipercayai sempurna sifatnya. Adat ini dijalankan pada waktu tertentu kerana di dalam masyarakat tradisi penentuan masa dan hari bagi melakukan sesuatu adalah sangat penting.Tujuan melenggang perut adalah untuk membetulkan perut wanita yang mengandung supaya anak yang berada di dalam kandungan betul kedudukannya dan wanita mengandung akan senang melahirkan anak kelak.Biidan memainkan peranan penting sekali waktu menjalankan upacara melenggang perut. Antara bahan yang disediakan untuk upacara 7 helai kain batik pelbagai warna, sebiji kepala sederhana besar, secupak beras putih, sepiring beras kunyit, sebilah pisau atau sudu dan sebatang salur pinang.Bidan akan mengurut perut wanita yang mengandung itu dengan minyak menjampi serta membetulkan kedudukan anak dalam kandungan. Selepas itu dibacakan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w sebanyak tiga kali. Kemudian diletakkan kelapa yang telah dikupas licin di atas perut dan digulingkan ke arah kaki. Sebaik sahaja sampai ke kaki bakal ibu akan menendang kelapa itu dengan sekuat kuatnya. Ianya dipercayai akan memberi kesenangan ketika melahirkan anak kelak. Kelapa tadi akan dibelah dan jika belahan itu lebih banyak pada bahagian matanya ia menandakan anak yang bakal lahir adalah lelaki.

Seterusnya sebiji telur digulingkan di atas perut bertujuan menjauhi kuasa ghaib, kemudian kunyit di atas perut bertujuan menghalau hantu syaitan. Selepas itu diambil sudu dan digosok ke atas perut dipercayai rupa paras bakal bayi akan cantik dan licin.Mandi Melenggang PerutDalam upacara mandi melenggang perut terdapat bahan bahan yang disediakan untuk menjalankan upacara itu seperti tepung tawar, tiga biji limau nipis, sebiji kelapa tua ynag telah dikupas, sedahan mayang pinang, sehelai kain lepas barat, dua batang lilin, sebuyung air biasa yang ditaburi 7 jenis bunga dan air tolak bala.Biasanya tempat masdi adalah menghala ke dalam rumah. Disediakan bangku tempat mandi dan wanita hamil akan duduk di ats bangku tersebut. Upacara ini dimulakan dengan doa selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w untuk mendapat restu. Wanita hamil akan diandam supaya anak yang bakal dilahirkan tidak berbulu. Wanita hamil akan berkemban dan bidan akan menjurus air dibantu oleh beberapa orang lain yang mengibas mayang pinang. Ketika air buyung dijurus ke tubuh wanita itu, sebiji telur diselitkan di lipatan kain basahan dan kemudian telur itu dilepaskan. Kemudian dimandikan dengan air 7 telaga dan ditaburi dengan 7 jenis bunga. Akhir sekali air tolak bala dijurus dan upacara mandi lenggang pun berakhir.Mengadap PerutPada zaman sahulu upacara mengadap semangat dilakukan di atas pelamin kecil yang dihias indah. Ia sebagai tempat wanita hamil duduk dan mengadap semangat. Upacara ini hanya dihadiri oleh kaum wanita sahaja. Disediakan nasi semangat, nasi kunyit, telur dan buah. Di atas nasi kunyit dipecahkan telur dan sejambak bunga.Ayam panggang dan kerutup daging diletakkan dalam tiap tiap bekas yang berasingan sebagai pemberian kepada semangat. Wanita hamil akan merasa sedikit garam dengan kepercayaan bayi yangakan dilahirkan nanti mempunyai sifat sempurna dan tidak cacat anggota.

Petua dan Pantang Larang Semasa HamilPantang larang ialah perlakuan yang dipersetujui oleh kumpulan masyarakat. Masyarakat Melayu telah melakukan sedikit sebanyak tentang pantang larang yang sepatutnya dituruti oleh wanita yang hamil. Ia penting untuk keselamatan ibu dan bayi yang bakal lahir.Dalam masyarakat melayu dapat dibahagikan kepada dua pantang larang iaitu dari segi perlakuan dan makanan. Dari segi perlakuan terdapat beberapa pantang larang dan petua yang semestinya diikuti oleh wanita yang mengandung. Wanita hamil dilarang mandi selepas waktu Magrib dan Isyak dan merendam kain baju basuhan sepanjang malam kerana dikhuatiri akan mendapat air kembung sewaktu bersalin. Wanita hamil dilarang melihat dan mendengar benda benda yang menakutkan dikhuatiri anak yang bakal lahir nanti akan terkenan dan cacat. Wanita hamil dilarang ketawa, menghna dan mengejek ornag kerana dikhuatiri sifat sifat orang yang dihina itu akan dimiliki oleh anak yang bakal lahir. Wanita hamil dilarang menghembus bara putung api kerana dikhuatiri melahirkan anak yang mempunyai gelap masa depan.Mengerat Tali Pusat BayiKemudian bidan akan mengerat tali pusat bayi. Gunting yang digunakan akan ditawar terlebih dahulu supaya hilang bisanya. Bidan akan membuat tiga ikatan simpul mati di tali pusat. Ikatan perlu dibuat terlebih dahulu sebelum tali pusat dikerat dengan tujuan menyekat al darah daripada mengalir keluar apabila dipotong sama ada pada tali pusat mahupun tembuninya. Minyak urut ataupun inggu akan diletakkan pada bekas tempat dipotong supaya tali pusat cepat tanggal. Pembalut dilekapkan ke pusat bayi yang telah dipotong.Menanam Uri dan TembuniApabila seseorang ibu bersalin, uri yang keluar bersama sama bayitidak boleh dibuang begitu sahaja. Sebelum ditanam uri dan tembuni tersebut akan dibersihkan terlebih dahulu. Uri tidak boleh ditanam tepat pada 12.00 tengah hari kerana dikhuatiri anak itu akan degil. Uri biasanya ditanam di pintu jalan bersama sama asam, garam, jarum, buku dan pensil supaya anak menjadi rjin belajar dan menjadi murid yang pintar. Uri juga tidak boleh ditanam terlalu dalam kerana dipercayai proses pertuturan anak akan menjadi lambat.Sumber : http://www.jkkn.gov.my/ms/masyarakat-melayu-0

Adat-adat Melayu yang bercirikan Islam merangkumi contoh adat ketika seseorang dilahirkan, ( ialah adat bercukur, melaungkan azan dan iqamat ke telinga bayi dan adat membelah mulut). seseorang meningkat remaja, dewasa, adat dalam kehidupan sehari-hari adat ketika seseorang itu meninggal dunia. Adat-adat yang diamalkan ini sebenarnya merupakan apa yang disebut sebagai perkara sunat didalam ajaran Islam.Sebagai petunjuk kepada pengaruh Islam didalam adat Melayu ialah adat ketika seseorang itu baru dilahirkan. Antaranya ialah adat bercukur, melaungkan azan dan iqamat ke telinga bayi dan adat membelah mulut.Adat Bercukur ialah (perbuatan mencukur rambut asal bayi sehingga botak, ianya biasa diadakan pada hari-hari ganjil seperti hari ketiga, ketujuh, kesembilan dan seterusnya. Bercukur bertujuan membuang rambut asal bayi yang dianggap kotor dan tidak akan tumbuh dengan baik. Ia sesuai dengan ajaran Islam yang mementingkan aspek kebersihan dan kesihatan).Azan dan Iqamat pula (merupakan tuntutan Islam untuk memulakan pendengaran seseorang yang baru dilahirkan itu dengan kalimat-kalimat yang mulia. Ada juga golongan tua Melayu mengatakan ianya merupakan simbolik kepada singkatnya hidup didunia ini iaitu sesingkat masa yang diambil antara iqamat dan solat yang akan didirikan. Ketika dilahirkan kita diazan dan diiqamatkan, dan apabila kita meninggal dunia, kita disolatkan dengan solat jenazah).Adat membelah mulut pula menjadi (tradisi masyarakat Melayu dengan melalukan manisan ke bibir bayi yang baru dilahirkan. Adakalanya juga digunakan emas bagi maksud itu. Adat membelah mulut ini biasanya dilaksanakan oleh orang-orang yang dianggap alim oleh masyarakat. Ada masa-masanya, ia juga dilakukan oleh bidan yang menyambut kelahiran bayi itu. Ia bertujuan supaya bayi yang dibelah mulutnya akan mengikut perangai orang yang membelah mulutnya apabila sudah dewasa nanti). Sumber : http://khai89.wordpress.com/pengalaman