7
MENINGKATKAN PENGUASAAN MENULIS HURUF BESAR PADA PANGKAL KATA NAMA KHAS DALAM KALANGAN MURID – MUIRD TAHUN 4 CEMERLANG Oleh NAIRUL AQMAL BIN A RAHMAN Abstract A study was carried out actions aimed at improving students' proficiency in writing capital letters at the base of special nouns. Error writing letters is often done when the students construct sentences, particularly for children - children who can not distinguish the specific noun to noun general. Pupils - students can not use capital letters at the base of the sentences, write the base of the special username and writing letters in the middle of words. A total of 10 respondents from the student - four years of excellent students have been selected as the research target group. Based on the analysis of errors made by students during diagnostic tests, they found more guilty of the validity of the use of pre khas.Analisis nouns showed weakness in respondents' written in block letters at the base of special nouns. Therefore, I have focused on writing letters to the base of special nouns only. The data collected through post test showed marks of that obtained after the implementation of action plans. I have been using various methods and techniques suitable for solving this problem. Post test findings indicate that the action undertaken was to help students master the skills to write letters to the base of special nouns. 1.0 Refleksi pengajaran Setelah beberapa minggu mengajar, saya mendapati masalah yang kerap kali dilakukan pelajar semasa menulis ayat ialah kesalahan menulis huruf besar dalam ayat. Perkara ini dapat dikesan dengan jelas semasa saya menyemak latihan membina ayat yang telah dibuat oleh murid. Murid – murid menghadapi masalah untuk menulis huruf besar pada pangkal ayat dan menulis huruf besar pada huruf pangkal kata nama khas. Hasil beberapa perbincangan dan temubual bersama guru mata pelajaran bahasa Melayu, beliau berpendapat bahawa murid – murid tahun 4 cemerlang sememangnya mempunyai masalah menulis huruf besar dengan betul. Justeru, berdasarkan masalah itu telah menyedarkan saya untuk berusaha menyediakan satu kajian bagi menangani masalah ini demi meningkatkan kemahiran murid – murid dalam menulis huruf besar. dengan betul. 2.0 Fokus kajian Saya mendapati murid – murid yang berprestasi rendah amat lemah dalam penulisan dan sering melakukan kesalahan, khasnya ketika membina ayat Setelah beberapa minggu mengajar, saya mendapati masalah yang kerap kali dilakukan pelajar semasa menulis ayat ialah kesalahan menulis huruf besar dalam ayat. Oleh itu, murid – murid perlu didedahkan dengan pelan tindakan yang dapat membantu mereka supaya lebih peka dengan menulis huruf besar setiap kali menulis. Justeru, perlu dilaksanakan satu alternatif pengajaran dan pembelajaran yang lain bagi memastikan murid - murid dapat menulis huruf besar di tempat yang sesuai dan sepatutnya. Kesilapan yang dilakukan oleh murid – murid boleh diperbaiki sekiranya menggunakan strategi, kaedah dan teknik yang berkesan.

Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Meningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkal

MENINGKATKAN PENGUASAAN MENULIS HURUF BESAR PADA PANGKAL KATA NAMA KHAS DALAM KALANGAN MURID – MUIRD

TAHUN 4 CEMERLANGOleh

NAIRUL AQMAL BIN A RAHMAN Abstract

A study was carried out actions aimed at improving students' proficiency in writing capital letters at the base of special nouns. Error writing letters is often done when the students construct sentences, particularly for children - children who can not distinguish the specific noun to noun general. Pupils - students can not use capital letters at the base of the sentences, write the base of the special username and writing letters in the middle of words. A total of 10 respondents from the student - four years of excellent students have been selected as the research target group. Based on the analysis of errors made by students during diagnostic tests, they found more guilty of the validity of the use of pre khas.Analisis nouns showed weakness in respondents' written in block letters at the base of special nouns. Therefore, I have focused on writing letters to the base of special nouns only. The data collected through post test showed marks of that obtained after the implementation of action plans. I have been using various methods and techniques suitable for solving this problem. Post test findings indicate that the action undertaken was to help students master the skills to write letters to the base of special nouns.

1.0 Refleksi pengajaranSetelah beberapa minggu mengajar, saya mendapati masalah yang kerap kali dilakukan pelajar semasa menulis ayat ialah kesalahan menulis huruf besar dalam ayat. Perkara ini dapat dikesan dengan jelas semasa saya menyemak latihan membina ayat yang telah dibuat oleh murid. Murid – murid menghadapi masalah untuk menulis huruf besar pada pangkal ayat dan menulis huruf besar pada huruf pangkal kata nama khas.

Hasil beberapa perbincangan dan temubual bersama guru mata pelajaran bahasa Melayu, beliau berpendapat bahawa murid – murid tahun 4 cemerlang sememangnya mempunyai masalah menulis huruf besar dengan betul. Justeru, berdasarkan masalah itu telah menyedarkan saya untuk berusaha menyediakan satu kajian bagi menangani masalah ini demi meningkatkan kemahiran murid – murid dalam menulis huruf besar. dengan betul.

2.0 Fokus kajian Saya mendapati murid – murid yang berprestasi rendah amat lemah dalam

penulisan dan sering melakukan kesalahan, khasnya ketika membina ayat Setelah beberapa minggu mengajar, saya mendapati masalah yang kerap kali dilakukan pelajar semasa menulis ayat ialah kesalahan menulis huruf besar dalam ayat.

Oleh itu, murid – murid perlu didedahkan dengan pelan tindakan yang dapat membantu mereka supaya lebih peka dengan menulis huruf besar setiap kali menulis. Justeru, perlu dilaksanakan satu alternatif pengajaran dan pembelajaran yang lain bagi memastikan murid - murid dapat menulis huruf besar di tempat yang sesuai dan sepatutnya. Kesilapan yang dilakukan oleh murid – murid boleh diperbaiki sekiranya menggunakan strategi, kaedah dan teknik yang berkesan.

Page 2: Meningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkal

Saya mendapati tiga aspek murid – murid gagal menulis huruf besar dengan betul iaitu, menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas, pangkal ayat dan menulis huruf besar di tengah perkataan. Hasil ujian diagnostik, saya mendapati bahawa masalah utama yang dihadapi murid ialah tidak dapat menulis huruf pada pangkal kata nama khas. Berdasarkan dapatan tesebut, saya telah memfokuskan kajian saya terhadap masalah menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas sahaja. Untuk tujuan itu, saya telah melaksanakan satu pelan tindakan yang drastik lagi berkesan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran tersebut.

Hasil perbincangan bersama guru mata pelajaran bahasa Melayu, didapati punca murid – murid - murid ini tidak dapat menulis huruf besar dengan betul adalah disebabkan mereka kurang faham tentang menulis huruf besar yang betul. Mereka kurang diberi penekanan tentang konsep menulis huruf besar dan kata nama khas. Maka, mereka akan membuat kesimpulan bahawa menulis huruf besar ini tidak penting ketika menulis ayat. Pemahaman tentang konsep tersebut perlu dijelaskan oleh saya agar mereka memahami konsep kata nama khas supaya mereka dapat membezakan kata nama khas dengan kata nama am. Selain itu, saya juga telah memberikan nota – nota sampingan untuk menambah pemahaman murid. Di samping itu, didapati murid – murid ini kurang diberi latihan yang berkaitan dengan menulis huruf besar. Hal ini disebabkan guru kurang menekankan aspek ini dalam menulis. Latih tubi terhadap latihan – latihan secara terbimbing dan berterusan mampu memberi pemahaman kepada murid – murid tentang kepentingan menulis huruf besar dengan betul.

Sesungguhnya, saya percaya bahawa masalah ini boleh diatasi berdasarkan kebolehtadbiran pelaksanaan pelan tindakan yang dilaksanakan. Untuk tujuan itu, saya telah merangka beberapa strategi, diperkukuhkan lagi dengan pemilihan kaedah yang berkesan dan dibantu oleh kekuatan teknik dalam meningkatkan penguasaan kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas. Kejayaan pelan tindakan dibuktikan dengan pencapaian murid berdasarkan pascaujian yang telah dijalankan.3.0 OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian tindakan ini adalah untuk:

i) Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas ii) Menilai keberkesanan tindakan – tindakan yang dijalankan bagi membantu murid

menguasai kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas.iii) Penguasaaan kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas.

4.0 KUMPULAN SASARAN / RESPONDEN KAJIANSaya telah membuat kajian ke atas murid – murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Ismail Petra 2. Pemilihan kumpulan sasaran dikenal pasti melalui pemerhatian mengajar di dalam kelas dan perbincangan dengan guru matapelajaran serta disahkan melalui ujian – ujian yang diberikan kepada murid – murid. 5.0 Pelaksanaan tindakan

5.1 Tinjauan masalah

Dalam tinjauan masalah, saya telah membuat pemerhatian sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Tinjauan masalah ini juga dilakukan melalui perbincangan bersama guru mata pelajaran serta menjalankan ujian diagnostik. Hasil dari tinjauan masalah

Page 3: Meningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkal

mendapati bahawa masalah menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas ini memang wujud dalam kalangan murid.

5.2 Pelaksanaan tindakan

5.2.1 Strategi 1 : Penerangan Konsep Kata Nama Khas Menggunakan Perisian Power Point.Sesi penerangan ini telah dijalankan pada 6 April 2010. Penggunaan alat bantu mengajar menggunakan aplikasi teknologi teknologi maklumat dan komunikasi telah membantu murid memahami kata nama khas melalui contoh – contoh bergambar yang menarik. Saya juga mewarnakan huruf pangkal perkataan bagi setiap gambar – gambar tersebut menggunakan warna merah pada pangkal perkataan untuk meningkatkan pemahaman murid. Selain itu, responden juga didedahkan dengan penggunaan kata nama khas dalam ayat. Ini bertujuan bagi memastikan murid dapat membezakan antara kata nama am dengan kata nama khas yang terdapat dalam sesuatu ayat.

Refleksi : Didapati responden sudah dapat membezakan perbezaan kata nama khas dan kata nama am. Walau bagaimanapun, saya mendapati responden masih lemah menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas yang melibatkan dua atau lebih rangkai kata seperti Perdana Menteri, Cikgu Aminah dan Si Jalak. Responden masih keliru tentang menulis huruf besar bagi setiap pangkal kata tersebut.5.2.2 Strategi 2 : Nota Ringkas.Pada strategi kedua, saya telah memberikan nota ringkas dalam bentuk jadual kepada responden. Jenis – jenis kata nama khas berserta contohnya telah ditunjukkan secara ringkas dalam nota tersebut. Saya terlebih dahulu mengulangkaji nota ini lima minit sebelum pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.Refleksi : Murid sudah dapat membezakan antara kata nama khas dengan kata nama am berdasarkan nota jadual perbandingan. Walau bagaimanapun, saya mendapati responden tidak boleh mengaplikasikannya ketika menulis ayat.Contoh nota ringkas :

manusia Zaidi, Mei Fong,Subramaniam

binatang Tompok (kucing), Jalak (ayam)

tempat Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara)

bangunan Puduraya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat)

judul buku Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku)

benda Proton Perdana(kereta), Pilot (pen), Seiko (jam)

5.2.3 Strategi 3 : Teknik Bantu – BimbingTeknik bantu - bimbing ialah latihan yang diberikan kepada responden dengan pengawasan dan bimbingan daripada saya. Setiap kesalahan yang dilakukan murid ketika menjawab soalan latihan akan diperbetul terus oleh saya agar responden dapat mengetahui kesalahan yang mereka lakukan dan seterusnya membetulkan jawapan tersebut. Latihan yang diberikan kepada responden terdiri daripada berbagai – bagai bentuk soalan yang memerlukan murid membetulkan kesalahan ayat yang

Page 4: Meningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkal

menggunakan huruf kecil keseluruhannya. Saya telah menjalankan strategi ini selama empat minggu iaitu pada 28 Mac 2010 hingga 22 April 2010.Refleksi : Pelaksanaan strategi ini mula menampakkan hasil apabila masuk minggu kedua. Pascaujian yang dijalankan menunjukkan responden telah berjaya dengan jayanya dalam penguasaan kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas.6.0 Dapatan KajianUjian Pra dan Ujian Pos yang dijalankan memberi hasil seperti berikut :Bil Nama Murid praujian pascaujian Peningkatan

Markah( /20)

Peratus(%)

Markah( /20 )

Peratus(%)

Markah( /20 )

Peratus(%)

1 MUHAMMAAD AIMAN B. AYOB.

3 15 19 95 16 80

2 MUHAMMAD RAFIQ AMIR B. RAHIMIN

9 45 17 85 8 40

3 MUHD FATHULHAKIM B. AB RAHMAN

9 45 17 85 8 40

4 WAN MOHAMAD SAIFUL NIZAM B. WAH AN

5 25 15 75 10 50

5 WAN ZULKAHAKIM B. ZULKIFLI

14 70 20 100 6 30

6 NUR AFIQAH SYAZWANI BT SAMSUDIN

15 75 20 100 5 25

7 NURFADZIELA BT MOHD RAMZI

15 75 19 95 4 20

8 NURUL HASLINDA BT ROHAIMI

7 35 18 90 11 55

9 SITI NURALISA FATIRAH BT ERWAN

6 30 16 80 10 50

10 NIK NOR SHAHIRA BT NIK AZMAN

6 30 17 85 11 55

MIN PURATA 8.9 45 17.8 89 8.9 44.5

Penilaian terhadap penguasaan murid dalam menulis kata nama khas dilakukan melalui perbandingan antara praujian dan pascaujian. Praujian telah diadakan pada 28 Mac 2010. Ujian pos pula telah dijalankan pada 22 April 2010 . Dapatan data praujian menunjukkan markah responden berada dalam tahap yang rendah iaitu, kurang daripada 75 %. Walau bagaimanapun markah responden telah meningkat dengan cemerlang pada pascaujian. Dalam pascaujian semua responden telah menunjukkan peningkatan yang cemerlang iaitu, memperoleh markah lebih daripada 75%.

Page 5: Meningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkal

Selain itu, analisis menunjukkan min purata bagi praujian ialah sebanyak 45% manakala min purata bagi pascaujian ialah 89%. Dapatan ini telah menunjukkan peningkatan min purata responden sebanyak 44.5 % . Dapatan peningkatan min purata dalam ujian pascaujian telah membuktikan bahawa terdapat peningkatan pencapaian setiap murid dalam menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas.

Graf perbandingan ujian pra dan ujian pos.Berdasarkan graf di atas, jelas menunjukkan keseluruhan responden telah

mencapai peningkatan kepada tahap cemerlang pada pascaujian. Ini menunjukkan bahawa semua responden telah berjaya dipulihkan.

7.0 Perbincangan dan Kesimpulan

Hasil analisis ini menunjukkan segala strategi dan usaha yang dilaksanakan telah menunjukkan hasil yang membanggakan. Semua responden yang terlibat berjaya menguasai kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas dengan baik.

Pada pengamatan saya, kekuatan kajian ini terletak pada strategi dan perlaksanaan tindakan yang terancang dan berkesan. Walau bagaimanapun, saya mendapati bahawa terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki dalam melaksanakan kajian ini, iaitu memberikan lebih banyak peneguhan kepada responden. Peneguhan tersebut berupa hadiah untuk memberi galakan kepada responden untuk menjawab soalan yang diberikan. Peneguhan ini juga diharapkan dapat menghilangkan rasa bosan responden untuk mengikuti pembelajaran di sepanjang tempoh pelaksanaan tindakan. 8.0 Cadangan kajian seterusnyaSaya berharap agar kajian tindakan ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada para pengkaji bagi menjalankan kajian tindakan terhadap masalah yang timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hasil kajian ini, saya mendapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokan.9.0 Senarai Rujukan

Abdul Kadir Bin Hj Amin. ( 1996 ). Analisis Kesilapan Bahasa dalam Pendidikan Bahasa . Jurnal Kajian Pendidikan Guru Bilangan 2 1996 ( Februari ). Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Abdul Karim Bin Haji Jawi. ( 2003 ). Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5 Hudiya dalam Aspek Tanda Baca dengan Kaedah Pembelajaran Khususserta Bimbingan Rakan Sebaya. Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003 Anjuran Bersama MPTAR dan JPB Sri Aman-Betong.Encik Kaparing Tahir ( Ketua ), Encik Jaudin Kontingi, Puan Kuinah @ Erus Sahamin. Diperoleh April 2, 2010 dari http://ilmu.edublogs.org/ FARIDAH SERAJUL HAQ, NOOREINY MAAROF, RAJA MOHD. FAUZI RAJA MUSA, Masalah Penulisan Naratif di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Diperoleh April 10, 2010 dari http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/jurnal_pdf/jdidik27-01.pdf.MADIHAH BT. MUSA. Meningkatkan Kemahiran Murid-murid Tahun 1 Ibnu Sina Dalam Membina Ayat Mudah Dan Penggunaan Tanda Baca Yang Betul Dalam Matapelajaran Bahasa Inggeris Melalui Latih Tubi Tatabahasa Diperoleh Mac 30 2010 dari

Page 6: Meningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkal

http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article49.pdf Norhadi Bin Sarponen. (2009). Masalah dalam kemahiran menulis . Diperoleh April 15, 2010 http://cikguhaidi.wordpress.com/tag/bahasa-melayu/ Puan Zaridah binti Zuber. ( 2006 ) Kertas cadangan kajian tindakan Diperoleh Mac 15, 2010 dari http://zaridahzuber.blogspot.com/2009/05/kertas-cadangan-kajian-tindakan.html

Page 7: Meningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkal

http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article49.pdf Norhadi Bin Sarponen. (2009). Masalah dalam kemahiran menulis . Diperoleh April 15, 2010 http://cikguhaidi.wordpress.com/tag/bahasa-melayu/ Puan Zaridah binti Zuber. ( 2006 ) Kertas cadangan kajian tindakan Diperoleh Mac 15, 2010 dari http://zaridahzuber.blogspot.com/2009/05/kertas-cadangan-kajian-tindakan.html