Upload
others
View
18
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
MENCORAK LANDSKAP INDUSTRI 4.0 DENGAN
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA HIJAU
Profesor Dr. Zafir Khan bin Mohamed MakhbulFakulti Ekonomi dan PengurusanUniversiti Kebangsaan Malaysia([email protected] / 019-2614989)
AGENDA PEMBENTANGAN
PENGENALAN
REVOLUSI
PERINDUSTRIAN
4.0 (IR 4.0)
HUBUNGAN
KESEJAHTERAAN
EMOSI DAN IR 4.0
PENGURUSAN
SUMBER
MANUSIA HIJAU
P
E
N
U
T
U
P
GARIS MASA REVOLUSI PERINDUSTRIAN
INDUSTRI INDUSTRI INDUSTRI INDUSTRI
Kurun ke-18 Kurun ke-19 Kurun ke-20 Kurun ke-21
1784 1870 1969 2020
1.0 2.0 3.0 4.0
Penemuan
enjin berkuasa
wap &
mekanikal
Penemuan
kuasa elektrik &
pengeluaran
skala besar
Pengenalan
ICT, elektronik &
automasi
Gabungan
teknologi digital
dan automasi
Populasi peranti lawan
populasi manusia
SENARIO KEHIDUPAN DALAM ERA IR 4.0
▪ Pada tahun 2020 dianggarkan 50 bilion peranti elektronik
akan saling berinteraksi, mengatasi jumlah keseluruhan
penduduk di Planet Bumi yang hanya sekitar 7.6 bilion
orang.
▪ Pelbagai teknologi baru yang menjadi tonggak IR 4.0
muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
▪ Ia memberi cabaran baharu kepada kehidupan peribadi
dan pekerjaan manusia.
▪ Kebimbangan: Kebergantungan kepada tenaga manusia
dalam sektor pekerjaan berkurangan secara signifikan.
APA ITU IR 4.0?
▪ IR 4.0 adalah suatu pendekatan dan trend pertukaran data dan automasi
terkini dalam teknologi pembuatan.
▪ Terma IR 4.0 diambil daripada projek berteknologi tinggi kerajaan Jerman
yang mempromosikan industri pembuatan berasas komputer.
▪ IR 4.0 berbeza daripada IR 3.0 kerana ia mengupayakan gabungan fungsi
manusia dengan komputer.
▪ Suatu projek strategi teknologi tinggi 2020 ke arah pengeluaran yang
cekap, luwes, berasaskan automasi masa nyata (real-time automation) dan
sensori teknologi (Zainal Ariffin Ahmad, 2017).
APA ITU IR 4.0?
Fizikal Digital Biologikal
Ke
se
lam
ata
n S
ibe
r
An
alis
is D
ata
Raya
Sim
ula
si d
an
Re
alit
i M
aya
Ind
ustr
i Io
T
Inte
gra
si S
iste
m
Pe
mb
uata
n B
ah
an
Ta
mb
ahan
Pe
ngko
mpute
ran A
wa
n
Rob
otik A
uto
ma
si
Ran
taia
n B
eka
lan
Laju
Luas dan Dalam
Impak Menyeluruh
Domain
Teknologi
IR 4.0
9 Tonggak
IR 4.0
Ciri-ciri IR 4.0
EMPAT PRINSIP REKA BENTUK IR 4.0
▪ Kolaborasi: Keupayaan mesin, peranti, sensori dan manusia berhubung
dan berkomunikasi secara dua hala melalui Internet of Things (IoT)/
Internet of People (IoP).
▪ Ketelusan maklumat: Keupayaan sistem maklumat mencipta salinan
virtual dunia fizikal melalui pemerkasaan model kilang digital dengan
sensori data.
▪ Sokongan teknikal: Keupayaan sistem sokongan membantu manusia
memahami maklumat untuk membuat keputusan; keupayaan sistem
fizikal siber membantu manusia melaksana tugas-tugas 3D.
▪ Keputusan terpencar: Keupayaan sistem fizikal siber membuat
keputusan dan tugasan secara berautonomi.
TONGGAK IR 4.0M
AK
LU
MA
T D
I
HU
JU
NG
JA
RI A
ND
A
PELUANG DARIPADA IR 4.0
▪ Mengoptimum pengeluaran melalui Kilang Pintar.
Kilang pintar memiliki jutaan peranti pintar yang mampu beroperasi secara
automatik.
▪ Mengubahsuai pasaran menjadi lebih luwes dan berpusat pelanggan untuk
memenuhi permintaan populasi dunia secara cepat dan lancar.
Komunikasi secara langsung antara pengilang dan pelanggan
mempercepatkan pengeluaran dan penghantaran.
▪ Mewujudkan ruang penyelidikan baharu dalam pelbagai disiplin ilmu.
Latihan dan pembangunan sumber manusia alami perubahan; keperluan
kepada pengetahuan baru meningkat.
▪ Mewujudkan Negara Pintar melalui Kerajaan Digital.
Wujud asas kebersamaan antara IR 4.0 dan Kerajaan Digital.
KEPENTINGAN IR 4.0 KEPADA MALAYSIA
▪ Ekonomi: IR 4.0 merangsang pertumbuhan ekonomi (sasaran RM2 trillion
dicapai melalui pelbagai usaha seperti Digital Maker Movement & Hab Digital
Malaysia).
▪ Industri: IR 4.0 merancakkan perkembangan subsektor elektrik, elektronik,
aeroangkasa, automotif.
▪ Pendidikan: IR 4.0 memudahcara pembangunan modal insan berpengetahuan
dan berkemahiran teknologi; melancarkan inisiatif Pendidikan Teknikal dan
Latihan Vokasional (TVET).
▪ Sains Teknologi dan Inovasi: Malaysia tidak boleh ketinggalan mengeksploitasi
kemajuan IoT dan data raya.
▪ Perkhidmatan Awam: IR 4.0 memungkinkan pencapaian wawasan Negara
Pintar melalui Kerajaan Digital.
TONGGAK KEJAYAAN TRANSFORMASI KERAJAAN DIGITAL
Persekitaran
Hibrid IT
Perkhidmatan
Mobiliti
Analisis Data
Aras Tinggi
Keselamatan
Perkhidmatan
Aplikasi
Pengurusan
Perkhidmatan IT
Rekabentuk
Berpusat
Pengguna
TONGGAK KEJAYAAN TRANSFORMASI KERAJAAN DIGITAL
▪ Persekitaran hibrid IT: menggabungkan pengkomputeran awan sektor
kerajaan dan swasta, memperuntukkan prasarana perkhidmatan IT melalui
pengurusan dan keselamatan bersepadu.
▪ Keselamatan: perlindungan tambahan dan kawalan pengurusan yang cekap
bagi perkembangan persekitaran digital.
▪ Perkhidmatan mobiliti: memastikan pengurusan dan kawalan keselamatan
yang ketat semasa memberi akses tanpa had kepada para pengguna pada
bila-bila masa, di mana sahaja dan melalui pelbagai peranti.
▪ Analisis data aras tinggi: mengambil peluang daripada kemajuan data raya
untuk menambahbaik perkhidmatan kepada rakyat, kecekapan operasi dan
prestasi keseluruhan.
TONGGAK KEJAYAAN TRANSFORMASI KERAJAAN DIGITAL
▪ Reka bentuk berpusat pengguna: proses antaramuka dan urusan yang
memberi perkhidmatan diperlukan oleh pekerja sektor awam bagi
membolehkan mereka melaksana tugas secara berkesan; proses antaramuka
membolehkan masyarakat mendapat perkhidmatan lebih pantas & lebih baik.
▪ Perkhidmatan pengurusan IT: memberi pemahaman mendalam tentang
kemampuan persekitaran hibrid IT memberi perkhidmatan yang cekap kepada
masyarakat.
▪ Perkhidmatan aplikasi: menggabungkan Sistem Operasi Pembangunan
(DevOps), mengguna semula perkhidmatan umum IT, dan menyampaikan
penyelesaian inovatif secara pantas.
KERAJAAN DIGITAL: DARI MANA DAN KE MANA KITA?
eGov 1.0:
INFORMASI (1995)
Menggunakan laman
sesawang kerajaan
untuk mendapatkan
maklumat
(STATIK)
eGov 2.0:
TRANSAKSI (2007)
Menggunakan
perkhidmatan dalam
talian untuk
melakukan transaksi
(FLUID)
eGov 3.0:
TRANSFORMASI
(2015 - 2020)
Menggunakan
perkhidmatan dalam
talian untuk menjana
peluang melalui
peningkatan
penglibatan rakyat
(DINAMIK)
Sumber: Adaptasi daripada Yusminar Yunus (2017). Merealisasikan inisiatif kerajaan digital ke arah
negara pintar. Simposium Ke Arah Malaysia Pintar, 25 – 26 Sep 2017.
KERAJAAN DIGITAL: REALITI ATAU FANTASI?
ASAS PERSAMAAN:
▪ Kehadiran IR 4.0 mampu merealisasikan impian Malaysia menjadi negara
pintar melalui kerajaan digital.
▪ IR 4.0 mendokong 5 teras strategik ICT kerajaan digital melalui 9 tonggaknya
yang berasaskan teknologi digital dan automasi.
5 TERAS STRATEGIK ICT KERAJAAN DIGITAL
Modal Insan
Profesional dan
Berkeupayaan
Perkhidmatan
Digital Bersepadu
Tadbir Urus ICT yang
Kolaboratif & Dinamik
Perkhidmatan Guna
Sama yang Optimum dan
Pengukuhan
Keselamatan Siber
Kerajaan
Berpacukan Data
CABARAN UMUM IR 4.0
01
02Modal: pelaburan modal yang amat besar
diperlukan; beri kesan kepada syarikat dan
perniagaan kecil, mereka mungkin gulung tikar!
04Kerahsiaan: maklumat peribadi/ perniagaan terdedah
kepada semua pemegang taruh; tiada rahsia…
T03Pekerjaan: fungsi manusia diganti oleh tenaga robotik;
pekerja perlukan pengetahuan dan kemahiran baru
untuk kekal dalam pasaran buruh.
Keselamatan: Integrasi atas talian membuka ruang
kepada risiko kebocoran maklumat, risiko keselamatan
dan kecurian siber; penyelidikan keselamatan penting!
CABARAN IR 4.0 TERHADAP SUMBER MANUSIA ORGANISASI
▪ Teknostres
Bermula daripada teknofobia.
Banyak dialami oleh generasi ‘baby
boomers’ dan ‘X’.
Penyakit moden yang disebabkan oleh
ketidakupayaan seseorang individu
menampung keperluan teknologi
komputer dan automasi.
Kesan teknostres: MSD, kelesuan,
kepenatan, masalah penglihatan dan
pendengaran, kurang tumpuan.
Sumber: Sinar Harian, 13 Jan 2018
CABARAN IR 4.0 TERHADAP SUMBER MANUSIA ORGANISASI
▪ Aduan Somatik
Aduan yang melibatkan aspek biologi
tubuh badan, emosi dan psikologi yang
disebabkan oleh persekitaran.
Aduan somatik boleh menjejaskan
kesihatan dan prestasi pekerjaan.
Statistik Tahunan PERKESO 2016
merekodkan kes aduan somatik: kepala
(5,290), anggota bahagian atas (20,212)
dan anggota bahagian bawah (14,915).
Sumber: Sinar Harian, 10 Feb 2018
CABARAN IR 4.0 TERHADAP SUMBER MANUSIA ORGANISASI
▪ Gangguan muskuloskletal (MSD)
Gangguan pada bahagian otot rangka yang disebabkan
oleh beban statik yang berlaku secara berulang-ulang
bagi tempoh masa yang panjang.
MSD menyebabkan kecederaan saraf, tendon, ligamen,
tulang, sendi bahagian atas, sendi bahagian bawah dan
tulang belakang.
42 – 58 peratus daripada keseluruhan penyakit berkaitan
pekerjaan di dunia.
MSD memberi kesan langsung kepada produktiviti
sumber manusia dan daya saing organisasi.
Sumber: Sinar Harian, 1 Mac 2018
CABARAN IR 4.0 TERHADAP SUMBER MANUSIA ORGANISASI
▪ Stres Pekerjaan
Masalah kesihatan pekerjaan perlu diberi
perhatian dalam organisasi.
Impak psikologi: kebimbangan, kesedihan,
cepat marah.
Impak fisiologi: tekanan darah, sakit jantung.
Impak gelagat: prestasi kerja, gangguan
tidur, kemalangan.
Keseimbangan emosi dan tuntutan
pekerjaan.
Sumber: Sinar Harian, 20 Mac 2018
CABARAN IR 4.0 TERHADAP SUMBER MANUSIA ORGANISASI
▪ Stres Pekerjaan
Stres pasti wujud dalam organisasi.
Stres positif (eustress) mendorong
individu untuk memajukan diri dan
kerjaya.
Stres yang tidak terkawal (distress)
meninggalkan impak negatif kepada diri,
keluarga dan organisasi.
Stres kronik menyebabkan burnout –
hilang daya pertahanan badan.
Sumber: Sinar Harian, 26 Januari 2018
SENARIO TERKINI STATUS KESIHATAN MENTAL PENDUDUK MALAYSIA
▪ Kesihatan mental rakyat Malaysia semakin merosot saban tahun
(berasaskan perbandingan dapatan Kajian Kesihatan dan Morbiditi
Kebangsaan, KKMK bagi tahun 1996, 2006, dan 2015).
▪ Prevalen kesihatan mental bagi tahun 2015 meningkat dengan purata 1
daripada 3 orang di Malaysia mengalami gangguan kesihatan mental dalam
bentuk kemurungan, kecelaruan personaliti.
▪ Kumpulan majoriti penghidap gangguan kesihatan mental di Malaysia:
1. Wanita
2. Individu berumur 16 – 24 tahun
3. Individu dewasa dari kumpulan B40
DAPATAN KKMK 2015Ciri-ciri Sosiodemografik Peratus Prevalen
Jantina Lelaki 27.6
Wanita 30.8
Kumpulan Umur 16 – 19 tahun 34.7 (tertinggi)
65 – 69 tahun 19.6 (terendah)
Kumpulan Etnik Cina 24.2 (terendah)
Lain-lain Bumiputera 41.1 (tertinggi)
Negeri Sabah dan Labuan 42.9 (tertinggi)
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) 39.8 (ke-2 tertinggi)
Lokasi Tempat Tinggal Bandar 28.8
Luar Bandar 30.3
Status Perkahwinan Bujang 32.1
Berkahwin 27.5
Balu/Janda/Duda 29.3
Tahap Pendidikan Sekolah Menengah 30.9 (tertinggi)
Tiada Pendidikan Formal 23.8 (terendah)
Kumpulan Pekerjaan Tiada Pekerjaan 30.5 (tertinggi)
Pesara 26.4 (terendah)
Pendapatan bulanan (RM) < 1000 31.9 (tertinggi)
7000 - 7999 24.2 (terendah)
Sumber: Institute for Public Health (2016). National Health and Morbidity Survey 2015: Vol. 2. Non-Communicable Diseases, Risks Factors & Other Health Problems. Kementerian Kesihatan Malaysia.
PERSOALAN…
IMPAK STRES PEKERJAAN
▪ Isu penderaan dan stres sukar
dipisahkan.
▪ Setinggi mana hukuman, jika mental
dan emosi menguasai diri, kes
penderaan terus berulang.
▪ Strategi mengurus stres perlu diberi
penekanan.
▪ Kesedaran berterusan tentang
keseimbangan kehidupan dan kerjaya
membuahkan kesejahteraan emosi
dan mental.
▪ Memastikan kejayaan TN50.
Sumber: Berita Harian, 11 Feb 2018
IMPAK STRES PEKERJAAN
▪ Tragedi membimbangkan mempunyai
kaitan stres dan kesihatan mental.
▪ Keupayaan menangani stres -
kejayaan pencapaian TN50.
▪ TN50 menyasarkan dalam tempoh 30
tahun akan datang Malaysia mencapai
kedudukan 20 teratas dalam ekonomi,
kesejahteraan rakyat dan inovasi.
▪ Meningkatkan keupayaan mental dan
mempelajari strategi daya tindak
terhadap stres.
Sumber: Mingguan Malaysia, 3 Disember 2017
KUNCI MENDEPANI CABARAN IR 4.0
KreativitiPemikiran Kritikal &
PenyelesaianMasalah
Komunikasi Kolaborasi
KesejahteraanEmosi
Sumber: Berita Harian, 4 Jan 2018
STRATEGI MENDEPANI IR 4.0 TERHADAP SUMBER MANUSIA
▪ Aplikasi Ergonomik
Peruntukan kerajaan RM245 juta (Dana
Strategik Pelaburan Domestik) menaiktaraf
kemudahan pengilangan pintar di Malaysia.
Bidang kejuruteraan dalam mengubah
kehidupan manusia.
Elemen faktor kemanusiaan - produk dicipta
melalui adaptasi keadaan fizikal serta
keperluan pengguna.
Meminimumkan kesakitan dan
ketidakselesaan semasa melakukan tugas.
Minimumkan stres; mengurangkan kadar
kemalangan; mengurangkan kecederaan
akibat penggunaan peranti.
Sumber: Sinar Harian, 27 Jan 2018
▪ Menyejahterakan modal insan melalui
persekitaran ergonomik
Sistem pengudaraan, kedudukan tubuh
badan, tempoh masa bekerja, reka bentuk
ruang kerja, sistem pencahayaan,system
kerja syif, sistem bunyi.
Aduan berkenaan tubuh badan, keletihan,
ketidakpuasan kerja dan niat untuk berhenti.
Latihan dan pembangunan menjayakan
strategi organisasi berdepan IR 4.0 berkait
ergonomik.
Modal insan akan sejahtera apabila ia
mampu dan boleh bekerja dalam suasana
organisasi yang harmoni.
Sumber: Sinar Harian, 8 Mac 2018
STRATEGI MENDEPANI IR 4.0 TERHADAP SUMBER MANUSIA
▪ Agenda pengurusan stres - persekitaran
ergonomik
Jika individu berpersepsi negatif terhadap
persekitaran kerja – mereka berasa stres.
Proses mereka bentuk sesebuah stesen kerja
dalam mendepani Industri 4.0 perlu
mengambilkira beberapa faktor ergonomik.
Keharmonian organisasi - tiada sindrom
bangunan tidak sihat, komunikasi dan
interaksi secara sihat dan stesen kerja
mencetuskan motivasi.
Pengurusan sumber manusia hijau,
persekitaran organisasi hijau, mereka bentuk
organisasi sihat.
Sumber: Sinar Harian, 15 Mac 2018
STRATEGI MENDEPANI IR 4.0 TERHADAP SUMBER MANUSIA
▪ Konsep keseimbangan kehidupan dan
kerjaya
Keutamaan kerja dan gaya hidup (waktu
senggang, keluarga, kesihatan, riadah).
Individu memperuntukkan sumber mental,
fizikal dan emosi – memenuhi matlamat
peribadi dan profesional.
Keseimbangan kehidupan dan kerjaya
mampu menambahbaik kesihatan mental
masyarakat Malaysia dan meminimumkan
stres pekerjaan.
Sumber: Sinar Harian, 5 April 2018
STRATEGI MENDEPANI IR 4.0 TERHADAP SUMBER MANUSIA
▪ Pengurusan Sumber Manusia Hijau
Fokus melahirkan sumber manusia lestari
dan berdaya saing.
Amalan pengurusan sumber manusia yang
menggunakan tenaga manusia secara
minimum tetapi luwes melalui aplikasi
automasi.
Berkesan dalam mengurus kos dan daya
saing organisasi secara cekap dan
berkesan; mewujudkan organisasi
pembelajaran; penambahbaikan berterusan
dalam pelbagai aspek pengurusan.
Sumber: Sinar Harian, 22 Mac 2018
STRATEGI MENDEPANI IR 4.0 TERHADAP SUMBER MANUSIA
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA HIJAU
▪ Amalan dan polisi HRM yang menghargai
persekitaran melalui konsep lean dan agile.
▪ Penekanan pengurusan sumber manusia
hijau adalah kelestarian persekitaran daya
saing organisasi.
▪ Warga organisasi perlu jadi Incredible Hulk?
CIRI-CIRI SUMBER MANUSIA HIJAU
LeanAgile Ever
greenFlexible
Sihat
fizikal
Sihat
mental
Individu
seimbang
Produktif
CIRI-CIRI SUMBER MANUSIA HIJAU
LeanIndividu yang
berupaya
mengatur gerak
kerjanya untuk
menghasilkan
lebih nilai dan
mengurangkan
pembaziran
AgileIndividu yang
berupaya
mencipta dan
bertindak balas
pantas untuk
berjaya dalam
persekitaran yang
tidak menentu
dan dinamik
FlexibleIndividu yang
berupaya
melakukan
pelbagai
fungsian dan
peranan
EvergreenIndividu yang
mempunyai
pelbagai
kemahiran dan
pengetahuan
seiring dengan
zaman di mana
dia berada
CIRI-CIRI SUMBER MANUSIA HIJAU
Sihat FizikalIndividu yang
sihat secara
fizikal dan
mampu bekerja
Sihat MentalIndividu yang
sihat secara
mental dan
mempunyai
keupayaan
kognitif yang
munasabah
ProduktifIndividu yang
berupaya
melaksana
tugas dan
peranan serta
mencapai
sasaran
Individu
SeimbangIndividu yang
berupaya
mengimbangi
tuntutan
kehidupan
peribadi dan
kerjaya
MISTERI MASA HADAPAN SEKTOR PEKERJAAN DALAM IR 4.0
▪ Apakah jenis pekerjaan yang ada pada masa hadapan?
▪ Apakah jenis kemahiran yang sangat diperlukan oleh sektor
pekerjaan?
▪ Adakah manusia kehilangan pekerjaan secara total?
MISTERI MASA HADAPAN SEKTOR PEKERJAAN DALAM IR 4.0
Jawapan Kepada Misteri…
▪ Pelbagai peluang pekerjaan baharu berorientasikan teknologi,
automasi dan robotik wujud.
▪ 10 kemahiran utama diperlukan oleh semua sektor pekerjaan.
▪ Tidak…kerana manusia yang akan mencipta, mengawalselia dan
menambaik semua peranti, perisian dan robot!
PEKERJAAN MASA HADAPAN DALAM IR 4.0
▪ IR 4.0 bakal mewujudkan 1.5 juta peluang pekerjaan di Malaysia
dengan 60% memerlukan khidmat tenaga kerja berkemahiran.
▪ Sektor tenaga mahir semasa mencapai 31% berbanding sasaran
kerajaan untuk mempunyai minimum 35% pekerja berkemahiran
tinggi menjelang 2020.
▪ Untuk mencapai sasaran, penekanan perlu diberi kepada
Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
PERANAN SUMBER MANUSIA HIJAU DALAM IR 4.0
Merancang• Menentukan
matlamat, hala tuju dan strategi penyelarasan gerak kerja dalam IR 4.0
Menyusun• Menentukan apa,
bagaimana dan siapapelaksana gerakkerja dalam IR 4.0
Memimpin• Membimbing,
mendorong danmengelak konflikantara pemegangtaruh dalam IR 4.0
Mengawal• Memantau dan
menilai aktiviti gerakkerja IR 4.0
Jawapan: Serahkan sahaja
kepada peranti automasi dan
kecanggihan teknologi IR 4.0.
Kita kan bos…
Persoalan: Siapa pelaksana
gerak kerja IR 4.0?
10 KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN DALAM IR 4.0
Sumber: Future of Jobs Report, World Economic Forum
Pa
da
2015 1. Penyelesaian masalah kompleks
2. Penyelarasan
3. Pengurusan sumber manusia
4. Pemikiran kritikal
5. Perundingan
6. Kawalan kualiti
7. Orientasi perkhidmatan
8. Pertimbangan dan pembuatankeputusan
9. Pendengaran aktif
10.Kreativiti
Pa
da
2020 1. Penyelesaian masalah kompleks
2. Pemikiran kritikal
3. Kreativiti
4. Pengurusan sumber manusia
5. Penyelarasan
6. Kecerdasan emosi
7. Pertimbangan dan pembuatankeputusan
8. Orientasi perkhidmatan
9. Perundingan
10.Keluwesan kognitif
PERSIAPAN PENGURUS SUMBER MANUSIA MENGHADAPI IR 4.0
▪ Struktur Organisasi: organisasi mesti mempunyai struktur yang organik
dan dinamik yang membolehkan organisasi berubah mengikut keadaan
semasa.
▪ Sistem dan infrastruktur: sistem pentadbiran dan infrastruktur yang
digunapakai oleh organisasi perlu menitikberatkan kepada teknologi hijau
demi kelestarian warga manusia, organisasi dan dunia.
▪ Manusia: warga organisasi yang bercirikan sumber manusia hijau perlu
dijadikan aset dan tonggak utama. Kekuatan mental, emosi, fizikal dan
kesihatan meningkatkan kelestarian dan daya saing organisasi.
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA HIJAU DALAM ERA IR 4.0
Pemilihan sumber manusia lebih menumpu kepada kemahiran berteraskan keperluanIndustri 4.0. Pasaran kerja masa hadapan bakal dipenuhi dengan individu atau tenagakerja berkemahiran tinggi, kreatif dan mempunyai pemikiran kritis.
Pengambilan dan pemilihan
Dilaksanakan secara sistematik dan berterusan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pekerja seiring keperluan Industri 4.0. Pembangunan Sumber Manusia Berhadturut beralih kepada latihan dan pembangunan berteraskan keperluan Industri 4.0.
Latihan dan pembangunan
Beralih sepenuhnya kepada sistem digital dan memberi kesan ke atas kecekapan pelaksanaannya. Kecekapan itu akan dapat dicapai melalui modul yang terdapat dalamSistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS).
Ganjaran
Penilaian prestasi konvensional yang menilai tugas rutin dan berstruktur beralih kepadapengiktirafan pencapaian individu/ kumpulan dalam inovasi dan teknologi.
Pengurusan prestasi
Membantu meningkatkan kesedaran sumber manusia untuk mengamalkan gaya hidupsihat. Industri 4.0 memerlukan organisasi untuk memiliki sumber manusia yang sihat darisegi fizikal, mental, spiritual dan emosi.
Kesihatan Pekerjaan
▪ Peranan teori perlu dilihat sebagai asas
pengukuhan dalam pembentukan
perniagaan dan organisasi yang mantap
dan berkualiti.
▪ Individu dipilih menyertai organisasi perlu
digilap berterusan melalui pembangunan
sumber manusia supaya menggunakan
sepenuhnya kompetensi dan potensi diri ke
arah mengekalkan kelebihan daya saing.
▪ Kelebihan daya saing perniagaan banyak
bergantung kepada sumber asas iaitu
pengurusan sumber manusia.
Sumber: Mingguan Malaysia, 7 Jan 2018
STRATEGI MENGURUS SUMBER MANUSIA DAN ORGANISASI
AKHIRUL KALAM…
▪ Kehadiran IR 4.0 tidak dapat dilengahkan atau dihalang.
▪ Banyak peluang dan cabaran yang dibawa bersamanya.
▪ Kita perlu bersedia dari segi fizikal, mental, spiritual dan emosi
untuk mendepani cabaran dan meraih peluang yang datang.
▪ Semoga IR 4.0 mencorak dan memberi makna sebenar kepada
kehidupan kita sebagai seorang manusia.
T RIMA KASIH…