40
SOALAN 1 Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Rasanya kita pernah berjumpa,” kata Syahid agak tidak malu apabila dia menghulurkan tangan sebaik sahaja mereka diperkenalkan. Perasaannya tergugah sedikit . Darah tersimbur naik ke mukanya. Seluruh kulitnya menjadi merah. Dia pun tiba- tiba menjadi gugup. Di mana? Mahu sahaja dia percaya pada waktu itu bahawa Syahid ini benar-benar penjelmaan daripada Hisyam. Aku tidak pernah bertemu dengan orang ini, bawah sedarnya berbisik. Namanya, ya pernah aku dengar sebab selalu disebut-sebut oleh Farid apabila sahaja makalahnya tersiar dalam surat khabar itu. Syahid yang menolong menyiarkannya. Nama Syahid juga selalu muncul dalam akhbar ini kerana rencana yang ditulisnya di halaman rencana pengarang atau ada berita by line. Hanya dari situ sahajalah dia mengetahui nama lelaki itu, tetapi berjumpa belum. “Yakah?” Hanya itu yang keluar daripada mulutnya. Dia ditinggalkan di bilik Syahid, sebuah ruangan yang berbentuk kotak. Duduk di kerusi menghadap kepadanya. Syahid mulai membuka cerita. Berbagai-bagai ceritanya. Tetapi anehnya dia tidak mengulangi lagi ucapannya tadi tentang pernah berjumpa dengannya dahulu. Barangkali juga itu hanya helahnya sahaja, suatu gimik mahu memancing kemesraan. Demi Tuhan, kalau ada pancingannya pun, dia sendiri mulai jatuh hati dengan anak muda ini. Keberaniannya telah mengusik hatinya. Kumisnya yang kecik bak satu garis hitam di atas bibirnya itu kelihatan agak lucu,bergerak-gerak apabila dia bercakap, tetapi menimbulkan daya pesona. Adakah ini cinta pandang pertama? Wajahnya itu benar-benar mirip Hisyam. Kalau Hisyam ada di situ tentu mereka berdua akan dikatakan saudara kembar. Hanya kumisnya itu yang membezakan mereka. Tetapi bentuk tubuh boleh berubah apabila kita semakin dewasa.Hisyam pun kalau ada sekarang, mungkin juga kurus seperti Syahid. Tubuhnya dahulu

Mellisa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bahan prosa yang boleh membantu pelajar spm untuk lebih memahami cerpen ini

Citation preview

Page 1: Mellisa

SOALAN 1

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Rasanya kita pernah berjumpa,” kata Syahid agak tidak malu apabila dia menghulurkan tangan sebaik sahaja mereka diperkenalkan. Perasaannya tergugah sedikit . Darah tersimbur naik ke mukanya. Seluruh kulitnya menjadi merah. Dia pun tiba-tiba menjadi gugup. Di mana? Mahu sahaja dia percaya pada waktu itu bahawa Syahid ini benar-benar penjelmaan daripada Hisyam. Aku tidak pernah bertemu dengan orang ini, bawah sedarnya berbisik. Namanya, ya pernah aku dengar sebab selalu disebut-sebut oleh Farid apabila sahaja makalahnya tersiar dalam surat khabar itu. Syahid yang menolong menyiarkannya.

Nama Syahid juga selalu muncul dalam akhbar ini kerana rencana yang ditulisnya di halaman rencana pengarang atau ada berita by line. Hanya dari situ sahajalah dia mengetahui nama lelaki itu, tetapi berjumpa belum.

“Yakah?” Hanya itu yang keluar daripada mulutnya. Dia ditinggalkan di bilik Syahid, sebuah ruangan yang berbentuk kotak. Duduk di kerusi menghadap kepadanya. Syahid mulai membuka cerita. Berbagai-bagai ceritanya. Tetapi anehnya dia tidak mengulangi lagi ucapannya tadi tentang pernah berjumpa dengannya dahulu. Barangkali juga itu hanya helahnya sahaja, suatu gimik mahu memancing kemesraan. Demi Tuhan, kalau ada pancingannya pun, dia sendiri mulai jatuh hati dengan anak muda ini. Keberaniannya telah mengusik hatinya. Kumisnya yang kecik bak satu garis hitam di atas bibirnya itu kelihatan agak lucu,bergerak-gerak apabila dia bercakap, tetapi menimbulkan daya pesona. Adakah ini cinta pandang pertama? Wajahnya itu benar-benar mirip Hisyam. Kalau Hisyam ada di situ tentu mereka berdua akan dikatakan saudara kembar. Hanya kumisnya itu yang membezakan mereka. Tetapi bentuk tubuh boleh berubah apabila kita semakin dewasa.Hisyam pun kalau ada sekarang, mungkin juga kurus seperti Syahid. Tubuhnya dahulu agak berisi tetapi dia mempunyai tanda-tanda akan tinggi seperti bapanya.

(Antologi Harga Remaja. Mellisa, hal. 153 – 155)

i. Apakah maksud rangkai kata Keberaniannya telah mengusik hatinya? 2m

ii. Adakah anda bersetuju bahawa Syahid dalam petikan di atas ialah Hisyam? Berikan alasan anda. 4m

iii. Nyatakan satu latar masyarakat daripada petikan dan dua latar masyarakat yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. 3m

Page 2: Mellisa

SKEMA:

i. …sikap berani menyebabkan timbulnya rasa suka dan tertarik

ii. …ya, saya setuju…kerana Syahid mengatakan bahawa dia pernah berjumpa dengan gadis berkenaan… wajah Syahid mirip Hisyam yang pernah akrab dengan gadis itu…walaupun dahulu Hisyam agak berisi tubuhnya, tetapi ada tanda-tanda dia akan tinggi seperti bapanya.

iii. dalam petikan; masyarakat yang bekerja makan gaji. Cth: wartawan yang ada pengetahuan dan bersikap kritis.

dalam cerpen; masyarakat majmuk. Cth; orang Melayu dan orang Cina yang berbeza agama iaitu keluarga mellisa dengan keluarga Hisyam…masyarakat yang hidup dalam kemesraan. Cth: Hubungan Hisyam dan Mellisa akrab semasa dunia kanak-kanak

Page 3: Mellisa

SOALAN 2

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Mengapa dia begitu mudah mengikut Farid ke pejabat surat khabar tadi? Suratan takdir? Tiba-tiba dia teringat pada surat kawannya dari seberang Laut China Selatan.

“Langkah, rezeki, pertemuan, dan maut adalah milik Tuhan,” kata kawannya itu ketika membuat komen tentang cintanya yang gagal, nasibnya yang malang.Cinta fizikal itu tidak akan kekal, apabila terpenuhi sahaja maksudnya cinta itu sirnalah! Ekorannya ialah masalah.

“Bagi kami orang Islam,” kata lagi kawannya itu. Sebab dia sendiri pun sekarang ni sedang dalam proses menghayati salah satu cinta itulah sehingga cintanya yang lain telah beberapa kali terhempas ke batu karang. Dia tahu, cintanya yang ini juga akan berakhir serupa itu. Syahid tidak mungkin mengerti dengan dirinya yang sudah dimiliki oleh kekasihnya yang lain. Syahid tidak akan mengerti. Rasanya, cintanya kepada Hisyam itulah sahaja cintanya yang benar. Walaupun pada waktu itu dia tidak mengerti tentang perasaan yang mengusik hatinya, Dia masih kecil.

“Mei!” kata Hisyam waktu mereka sama-sama bermain di samping rumahnya. “Nanti apabila aku sudah besar aku akan kahwin dengan kau.” Mereka main masak-masak. Hisyam lebih tua beberapa tahun daripadanya. Dia senang dengan Hisyam kerana Hisyam pandai mengambil hatinya dan sabar melayaninya walaupun waktu dia merajuk. Hisyam akan pergi mencari bahan-bahan untuk dimasak. Dia jadi tukang masak olok-olok. Setelah itu mereka akan makan bersama-sama. Hisyam selalu berkata masakannya sedap. Hatinya pun kembang apabila dipuji serupa itu.

(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Dari segi Islam, apakah cinta yang boleh membawa seseorang ke jalan yang baik? 3m

ii. Mengapakah Mellisa tidak dapat melupakan Hisyam? 3m

iii. Watak Mellisa banyak memikirkan soal cinta. Berikan satu bukti yang terdapat dalam petikan di atas dan dua bukti lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. 3m

Page 4: Mellisa

SKEMA

i. …cinta kepada Allah, Rasul dan kepada bangsa dan tanah air.

ii. …cintanya yang sebenar…cinta pandang pertama…Hisyam pandai memujuk ketika dia sedang merajuk…Hisyam selalu memuji dia pandai memasak

iii. dalam petikan: cinta sesama manusia. Cth: cinta Mellisa kepada Hisyam ialah cinta yang benar…

dalam cerpen: cinta akan tanah air. Cth: Mellisa ada buat kajian mendalam punca berlakunya peristiwa 13 Mei 1969…cinta akan perpaduan. Cth: walaupun berketurunan Cina, namun Mellisa tidak berfikir kecinaan dan dia lebih menerapkan aspek kebangsaan dalam hidupnya.

Page 5: Mellisa

SOALAN 3

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dia sayang kepada negara ini, bangsa ini. Walaupun dia lahir di luar negara tetapi dia warganegaranya. Dia besar dan bersekolah di sini. Baginya, dia tidak akan dapat hidup di negara lain biar bagaimana mewah dan maju sekalipun. Dia tidak akan dapat hidup di negeri China, walaupun dia berbangsa Cina, berkebudayaan Cina dan leluhurnya dahulu berasal dari Guangdong. Iklim di sana berbeza. Cara hidup di sana berbeza. Cara berfikirnya berbeza.

Sebelum dia mati, dia hanya ingin melihat negara dan rakyat negara ini hidup dalam aman dan damai. Semua suku kaum hidup dalam harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka dan berjaya. Peristiwa hitam 13 Mei itu tidak berulang lagi. Dia lalu memeluk dengan erat kekasihnya yang sejati M16.

(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Mengapakah Mellisa sayang akan negara ini? 3m

ii. Pada pendapat anda, mengapakah Mellisa menyertai pasukan tentera? 3m

iii. Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan tema yang diperoleh daripada cerpen ini. 3m

SKEMA

i. …kerana Mellisa warganegaranya…dia dibesarkan dan bersekolah di negara ini…Mellisa tidak dapat hidup di negara lain walaupun negara lain lebih maju berbanding negaranya kerana cara hidup dan budaya berfikir yang berbeza

ii. …kerana ingin menjaga keamanan dan keselamatan negara…dia tidak mahu terjadi lagi peristiwa 13 Mei yang telah mengorbankan Hisyam yang begitu dikasihinya dan banyak menyebabkan nyawa lain terkorban.

iii. Dalam petikan: perasaan cinta akan negara. Cth: Mellisa memilih menyertai angkatan tentera kerana mahu melihat negara dan rakyat negara ini hidup aman damai…Tema: cinta antara dua budaya. Cth: Mellisa terpisah hubungan dengan kekasihnya Hisyam dalam tragedi 13 Mei 1969 dan peristiwa itu menyebabkan dia bersemangat kental untuk mengekalkan keamanan negara.

Page 6: Mellisa

SOALAN 4

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sekembali dari pejabat surat khabar itu, dia mulai menyesali dirinya kerana terlalu mudah mengikut ajakan Farid. Perasaannya mulai tidak tenteram. Wajah Syahid terus-menerus terbayang di ruang matanya. Lagu percakapannya persis Hisyam. Kulitnya yang hitam dan rambutnya yang berkilat-kilat, agak kejur sedikit hampir sama dengan Hisyam. Tingginya juga barangkali macam Hisyam yang sudah hilang itu sedikit kurus, barangkali kurang mendapat makanan yang sempurna. Hidupnya menderita di sana. Bolehkah Hisyam hidup kembali? Tentu mataku yang silap . Tiba-tiba saja dia seperti mengenali lelaki itu.

Dalam kesibukan dan kebisingan bunyi mesin tulis dan komputer bercampur baur dengan deringan telefon dan suara manusia, seorang lelaki bejalan ke arahnya yang sedang berdiri di samping Farid. Farid memang banyak mempunyai kawan kenalan di sana. Berhenti di tiap-tiap meja. menyapa dan bersalaman.

“Ini Syahid,” kata Farid memperkenalkan lelaki itu kepadanya.“Rasanya kita sudah pernah berjumpa,” kata Syahid agak

tidak malu apabila dia menghulurkan tangan sebaik sahaja mereka diperkenalkan. Perasaannya tergugah sedikit. Darah tersimbur naik ke mukanya. Seluruh kulit mkanya menjadi merah. Dia pun tiba-tiba menjadi gugup. Di mana?

(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Apakah persamaan antara Syahid dengan Hisyam di mata Mellisa? 3m

ii. Farid memperkenalkan Syahid kepada Mellisa. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk mellisa memilih sahabat yang baik? 3m

iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan dua lagi latar masyarakat yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. 3m

Page 7: Mellisa

SKEMA

i. Persamaan antara Syahid dan Hisyam adalah dari segi cara percakapan mereka…kulit Syahid yang hitam dan rambut yang berkilat-kilat…ketinggian Syahid hampir menyamai Hisyam.

ii. …Kita perlulah mengetahui latar belakang sahabat itu menerusi rakan-rakannya…sahabat yang dipilih perlulah mempunyai akhlak yang mulia…kita perlulah mempunyai keserasian agar mudah untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berbangkit.

iii. dalam petikan: Masyarakat yang menghargai persahabatan. Cth: Mellisa sudi berkenalan dengan Syahid yang diperkenalkan oleh Farid.

Dalam cerpen: masyarakat berbilang kaum yang dipisahkan oleh faktor Geografi.Cth: orang Melayu tinggal di kampung, orang Cina di bandar, dan orang India di ladang…masyarakat yang kejam. Cth: Rusuhan 13 Mei, masyarakat sanggup membunuh kaum lain untuk membalas dendam.

SOALAN 5

Page 8: Mellisa

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Daripada penelitian dan kajiannya, punat bisul rusuhan 13 Mei itu berpunca daripada virus yang sudah lama disemai oleh penjajah. Virus yang mereka bawa bersama-sama sejak kali pertama mereka menjejakkan kaki di bumi ini dahulu. Virus polarisasi kaum yang mereka bina. Mereka gali. jurang pemisah dan mendirikan tembok penghadang melalui sistem devide et empera. Orang Melayu yang menjadi peribumi semenanjung emas ini mereka biarkan terus hidup di kampung-kampung sebagai petani dan nelayan, orang Cina mereka pusatkan di bandar-bandar dan orang India mereka biarkan menjadi buruh di kebun-kebun getah. Sehingga negara ini mencapai kemerdekaan, polarisasi perkauman itu menjadi semakin tebal juga. Baba peranakan yang sudah berates tahun membina identiti sendiri dan begitu jauh sudah berasimilasi dengan masyarakat setempat tiba-tiba direntap oleh tangan dewa cauvinis lalu memperlihatkan bayang-bayang kelabu yang gagah. Gadis-gadis remaja pun membuang th’ng sah (baju panjang) dan tay sah (jaket dalam), mulai membuang sarung. Dahulu kalau mereka memakai serupa itu ditambah dengan sanggul siput suak ea oh atau im boey, mereka tidak ada bezanya daripada gadis Melayu di sebelah rumah.

(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.164 & 165)

i. Apakah maksud ungkapan punat bisul rusuhan 13 Mei itu berpunca daripada virus yang sudah lama disemai oleh penjajah? 2m

ii. Pada pendapat anda, apakah yang menyebabkan Inggeris menjalankan sistem devide et empera ataupun “pecah dan perintah” terhadap penduduk Tanah Melayu? 3m

iii. Huraikan satu pengajaran berdasarkan petikan dan tiga pengajaran lain berdasarkan cerpen Mellisa. 4m

Page 9: Mellisa

SKEMA

i. …sememangnya telah menjadi dasar penjajah Inggeris mahu melaksanakan sistem polarisasi kaum. Apabila pengenalan kaum dilaksanakan mengikut kawasan dan corak ekonomi, maka sudah pasti wujud perasaan tidak puas hati dan pergaduhan seperti 13 Mei

ii. …kerana Inggeris tidak mahu rakyat Tanah Melayu bersatu hati. Sekiranya perpaduan wujud, sudah tentu lama-kelamaan mereka akan memberontak dan menentang penjajah Inggeris….Apabila pengenalan kaum dilakukan, mudahlah untuk Inggeris melaksanakan apa sahaja yang hendak mereka lakukan kerana setiap kaum mempunyai pendirian dan pendapat masing-masing

iii. dalam petikan: sebagai rakyat kita perlu bersatu hati dan bermuafakat untuk menentang pihak musuh.

dalam cerpen: sebagai manusia, kita perlulah bersikap rasional dan tidak berprasangka antara kaum…sebagai rakyat kita perlu memiliki semangat patriotik kerana kitalah yang wajar mempertahankan kedaulatan negara, bukannya orang lain…Kita perlu memupuk semangat perpaduan dan kasih sayang sesama sendiri demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dalam sebuah negara yang merdeka.

Page 10: Mellisa

SOALAN 6

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Daripada penelitian dan kajiannya, punat bisul rusuhan 13 Mei itu berpunca daripada virus yang sudah lama disemai oleh penjajah. Virus yang mereka bawa bersama-sama sejak kali pertama mereka menjejakkan kaki di bumi ini dahulu. Virus polarisasi kaum yang mereka bina. Mereka gali. jurang pemisah dan mendirikan tembok penghadang melalui sistem devide et empera. Orang Melayu yang menjadi peribumi semenanjung emas ini mereka biarkan terus hidup di kampung-kampung sebagai petani dan nelayan, orang Cina mereka pusatkan di bandar-bandar dan orang India mereka biarkan menjadi buruh di kebun-kebun getah. Sehingga negara ini mencapai kemerdekaan, polarisasi perkauman itu menjadi semakin tebal juga. Baba peranakan yang sudah berates tahun membina identiti sendiri dan begitu jauh sudah berasimilasi dengan masyarakat setempat tiba-tiba direntap oleh tangan dewa cauvinis lalu memperlihatkan bayang-bayang kelabu yang gagah. Gadis-gadis remaja pun membuang th’ng sah (baju panjang) dan tay sah (jaket dalam), mulai membuang sarung. Dahulu kalau mereka memakai serupa itu ditambah dengan sanggul siput suak ea oh atau im boey, mereka tidak ada bezanya daripada gadis Melayu di sebelah rumah.

Dia bercita-cita mahu belajar di sekolah Melayu kerana sekolah itu terletak tidak jauh dari rumahnya. Kalau mahu pulang, dia hanya melaung ibunya dari tingkap sekolah.

Tetapi ibu dan bapanya belum berani melanggar tradisi yang tidak bertulis bahawa orang Cina mesti belajar di sekolah Cina. Ibu dan bapanya tidak berani melihat tudingan telunjuk jiran tetangga walaupun bapanya dahulu tidak ke sekolah Cina tetapi ke sekolah Inggeris…

(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.64 -165)

i. Bagaimanakah sistem devide et empera diamalkan oleh Inggeris di negara ini?

2m

ii. Rusuhan kaum mendatangkan berbagai-bagai masalah kepada rakyat dan negara. Nyatakan tiga masalah. 3m

iii. Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. 4m

Page 11: Mellisa

SKEMA:

i. …orang melayu yang menjadi peribumi dari negara ini dibiarkan bekerja sebagai petani dan nelayan di kampung-kampung, manakala orang Cina dipusatkan di bandar-bandar dan orang India dijadikan buruh di kebun-kebun getah

ii. …menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat…membantutkan usaha kerajaan untuk membagunkan negara…imej negara juga akan terjejas

iii. dalam petikan; Kita hendaklah mempertahankan negara ini daripada dijajah semla. Hal ini demikian kerana penjajah telah mewujudkan polarisasi kaum di negara ini.

Dalam cerpen; Perpaduan kaum hendaklah dipupuk sejak anak-anak lagi. Persahabatan Hisyam dan Mellisa begitu akrab meskipun mereka berbeza keturunan.

Page 12: Mellisa

SOALAN 7

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syahid tidak tahu. Biarlah. Biarlah dia lupakan dulu angan-angannya mahu menjadi seorang kekasih yang baik, isteri yang taat. Lima atau enam tahun lagi, andai kata mereka akan bertemu semula dan kalau ada jodoh. Dia tahu Syahid yang kacak itu akan mudah diapit oleh orang perempuan yang cantik, satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanan. Dua puluh tahun lagi dia tentu sudah bercucu. Mungkin telah memandu sebuah motokar mewah yang diimport dan menjadi pengarah yang terkenal. Mungkin dia tidak kenal lagi dengan Mellisa yang memandu motokar tua, ekzosnya menyembur keluar asap kotor.

Dia sayang kepada negara ini, bangsa ini. Walaupun dia lahir di luar negara tetapi dia warganegaranya. Dia besar dan bersekolah di sini. Baginya, dia tidak akan dapat hidup di negara lain biar bagaimana mewah dan maju sekalipun. Dia tidak akan dapat hidup di negeri China, walaupun dia berbangsa Cina, berkebudayaan Cina dan leluhurnya dahulu berasal dari Guangdong. Iklim di sana berbeza. Cara hidup di sana berbeza. Cara berfikirnya berbeza.

Sebelum dia mati, dia hanya ingin melihat negara dan rakyat negara ini hidup dalam aman dan damai. Semua suku kaum hidup dalam harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka dan berjaya. Peristiwa hitam 13 Mei itu tidak berulang lagi. Dia lalu memeluk dengan erat kekasihnya yang sejati M16.

(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Nyatakan dua harapan Mellisa terhadap rakyat negara ini sebelum dia meninggal dunia. 2m

ii. Sekiranya anda Syahid, wajarkah anda mencari perempuan lain apabila mengetahui Mellisa bertindak demikian? Kemukakan tiga alasan untuk menyokong pendapat anda. 3m

iii. Jelaskan satu perwatakan Mellisa yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan Mellisa yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. 4m

Page 13: Mellisa

SKEMA

i. …Mellisa berharap agar rakyat negara ini hidup dalam keadaan aman dan damai…semua kaum dapat hidup sebagai satu bangsa yang merdeka dan berjaya

ii. saya tidak akan mencari perempuan lain kerana mellisa memang mencintai saya dan saya juga demikian…Mellisa meninggalkan saya semata-mata untuk kepentingan negara…saya tidak mahu dianggap sebagai orang yang mementingkan diri

iii. Dalam petikan: Mellisa seorang yang memiliki semangat patriotik yang tinggi. Dia menyertai tentera semata-mata untuk berkhidmat kepada negara ini.

Dalam cerpen; Mellisa seorang yang tabah menghadapi dugaan. Dia tidak berdendam kepada orang yang membunuh tunangnya, sebaliknya menganggap kejadian itu takdir Ilahi.

Page 14: Mellisa

SOALAN 8

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dua minggu sebelum peristiwa itu meletus, Hisyam telah menyerbu datang ke rumahnya dan menumbuk seorang anak lelaki Inggeris berumur tujuh tahun kerana memegang tangannya. Hisyam berlagak sebagai seorang hero yang mahu melindungi heroinnya daripada dicerobohi lelaki lain. Anak lelaki Inggeris itu jatuh terlentang ke tanah. Hisyam lalu menarik tangannya ke belakang. Agak heboh juga keluarganya dan keluarga anak lelaki Inggeris itu sejurus. Dia sedikit pun tidak marahkan Hisyam menumbuk kawannya itu, malah terasa bangga kerana mengetahui Hisyam mempedulikannya. Anak lelaki Inggeris itu ialah kawannya waktu bapanya menjadi diplomat di London dahulu. Dia datang ke mari kerana bapanya pula menjadi diplomat di sini. Di London dahulu mereka tinggal bersebelahan rumah dan selalu bermain bersama-sama. Apabila bapanya sampai di Kuala lumpur mereka lalu menghubungi keluarganya. Hisyam tidak tahu.

Dia seronok melihat Hisyam berlagak sebagai seorang lelaki tulen. Itulah Hisyam, anak minang yang sejak kecil bercita-cita mahu menjadi askar andai kata cita-citanya mahu menjadi peguam tidak berjaya.

(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 161)

i. Apakah jasa Hisyam terhadap Mellisa menyebabkan gadis itu menganggapnya sebagai seorang hero? 2m

ii. Mellisa teringatkan jasa Hisyam terhadapnya. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya agar rakan kita sentiasa mengingati kita walaupun sudah lama tidak berjumpa? 3m

iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan dua lagi latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen. 3m

Page 15: Mellisa

SKEMA

i. …dia menyerbu masuk ke rumah Mellisa dan menumbuk anak lelaki Inggeris yang berusia tujuh tahun kerana memegang tangan Mellisa…apabila kanak-kanak itu jatuh terlentang ke tanah, Hisyam segera menarik tangan Mellisa ke belakangnya.

ii. …kita perlu sentiasa bersikap jujur, baik dalam kata-kata, mahupun tindakan…kita perlu berani berterus-terang, sama ada sikap rakan kita itu baik atau sebaliknya agar kelakuan yang buruk dapat diperbetulkan…kita jangan sesekali mementingkan diri sendiri, sebaliknya mementingkan kebajikan rakan lebih utama berbanding keperluan diri sendiri…tutur kata hendaklah dijaga,jangan bercakap besar, menjerit atau suka menghina.

iii. dalam petikan: masyarakat yang prihatin. Cth: Hisyam melindungi Mellisa daripada kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang cuba memegang tangannya.

dalam cerpen: masyarakat majmuk yang terpisah oleh faktor geografi. Cth: orang Melayu tinggal di kampung, orang Cina di bandar, dan orang India di ladang…masyarakat yang kejam. Cth: Rusuhan 13 Mei, masyarakat sanggup membunuh kaum lain untuk membalas dendam.

Page 16: Mellisa

SOALAN 9

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Daripada penelitian dan kajiannya, punat bisul rusuhan 13 Mei itu berpunca daripada virus yang sudah lama disemai oleh penjajah. Virus yang mereka bawa bersama-sama sejak kali pertama mereka menjejakkan kaki di bumi ini dahulu. Virus polarisasi kaum yang mereka bina. Mereka gali. jurang pemisah dan mendirikan tembok penghadang melalui sistem devide et empera. Orang Melayu yang menjadi peribumi semenanjung emas ini mereka biarkan terus hidup di kampung-kampung sebagai petani dan nelayan, orang Cina mereka pusatkan di bandar-bandar dan orang India mereka biarkan menjadi buruh di kebun-kebun getah. Sehingga negara ini mencapai kemerdekaan, polarisasi perkauman itu menjadi semakin tebal juga. Baba peranakan yang sudah berates tahun membina identiti sendiri dan begitu jauh sudah berasimilasi dengan masyarakat setempat tiba-tiba direntap oleh tangan dewa cauvinis lalu memperlihatkan bayang-bayang kelabu yang gagah. Gadis-gadis remaja pun membuang th’ng sah (baju panjang) dan tay sah (jaket dalam), mulai membuang sarung. Dahulu kalau mereka memakai serupa itu ditambah dengan sanggul siput suak ea oh atau im boey, mereka tidak ada bezanya daripada gadis Melayu di sebelah rumah.

(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.164 & 165)

i. Apakah faktor utama berlakunya rusuhan kaum pada 13 mei 1969? 3m

ii. Pada pendapat anda, apakah usaha yang patut dilakukan untuk memastikan masalah perkauman dalam kalangan masyarakat kita dapat dielakkan? 3m

iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan dua lagi latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen. 3m

Page 17: Mellisa

SKEMA:

i. …dasar penjajah yang meletakkan orang Melayu di kampung-kampung sebagai petani dan nelayan…penjajah meletakkan orang Cina di banda-bandar…orang India penjajah biarkan menjadi buruh di kebun-kebun getah.

ii. …sekiranya semua kanak-kanak dihantar ke Sekolah Kebangsaan…para pemimpin jangan sesekali menimbulkan isu sensitif yang boleh menyinggung perasaan kaum-kaum…setiap rakyat Malaysia perlu sedar bahawa keharmonian kaum amat penting untuk memastikan keamanan dan kestabilan negara.

iii. dalam petikan: masyarakat majmuk yang terpisah oleh faktor geografi. Cth: orang Melayu tinggal di kampung, orang Cina di bandar, dan orang India di ladang

dalam cerpen: masyarakat yang kejam. Cth: Rusuhan 13 Mei, masyarakat sanggup membunuh kaum lain untuk membalas dendam… Masyarakat yang mementingkan keharmonian hidup. Cth: mellissa (kaum Cina) berkawan rapat dengan Hisyam, daripada kaum Melayu.

Page 18: Mellisa

SOALAN 10

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Beberapa hari sesudah perintah berkurung ditarik, barulah para penduduk kampung setinggan dan di daerah sekitarnya mulai terasa akan kehilangannya. suaranya yang mewarnai suasana pagi sudah tidak kedengaran lagi. Mereka mulai terasa akan kehilangan Hisyam dalam hidup mereka. Hisyam yang berjalan sambil membimbit sebuah raga yang sederhana besarnya, melaung-laungkan dengan suara tinggi menjaja nasi dan kuih koci buatan ibunya. Dahulu ketika Hisyam masih ada dan berjalan-jalan di lorong rumah mereka, tidak pernah ada yang memikirkan akan kehadirannya. Tiap-tiap pagi tanpa mangkir, dia telah berada di atas jalan raya. Dia mengganggu mereka. Sekarang baru mereka merasa rindu dengan suara mersik tinggi itu. Mulai rindu akan nasi lemak dan kuih kocinya. Tetapi perasaan itu pun sedikit demi sedikit hilang pula oleh kebiasaan.

Daripada penelitian dan kajiannya, punat bisul rusuhan 13 Mei itu berpunca daripada virus yang sudah lama disemai oleh penjajah. Virus yang mereka bawa bersama-sama sejak kali pertama mereka menjejakkan kaki di bumi ini dahulu. Virus polarisasi kaum yang mereka bina. Mereka gali. jurang pemisah dan mendirikan tembok penghadang melalui sistem devide et empera. Orang Melayu yang menjadi peribumi semenanjung emas ini mereka biarkan terus hidup di kampung-kampung sebagai petani dan nelayan, orang Cina mereka pusatkan di bandar-bandar dan orang India mereka biarkan menjadi buruh di kebun-kebun getah. Sehingga negara ini mencapai kemerdekaan, polarisasi perkauman itu menjadi semakin tebal juga. Baba peranakan yang sudah berates tahun membina identiti sendiri dan begitu jauh sudah berasimilasi dengan masyarakat setempat tiba-tiba direntap oleh tangan dewa cauvinis lalu memperlihatkan bayang-bayang kelabu yang gagah. Gadis-gadis remaja pun membuang th’ng sah (baju panjang) dan tay sah (jaket dalam), mulai membuang sarung. Dahulu kalau mereka memakai serupa itu ditambah dengan sanggul siput suak ea oh atau im boey, mereka tidak ada bezanya daripada gadis Melayu di sebelah rumah.

(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Page 19: Mellisa

i. Mengapakah kematian Hisyam dianggap sebagai satu kehilangan? 2m

ii. Pada pendapat anda, apakah cara-cara untuk mengelakkan peristiwa 13 Mei daripada berulang? 4m

iii. Jelaskan satu persoalan dalam petikan dan dua persoalan yang lain dalam keseluruhan cerpen tersebut. 3m

SKEMA

i. …kerana tidak kedengaran suaranya yang tinggi sewaktu menjaja nasi lemak dan kuih koci lagi…mereka rindu akan suaranya sewaktu menjaja setiap pagi

ii. …mengutamakan perpaduan dalam kalangan rakyat…tidak menimbulkan apa-apa perkara yang melibatkan sensitivity kaum…menghormati adat, budaya, agama, dan kepercayaan kaum-kaum lain…pemimpin dan pihak keselamatan sentiasa menjaga keamanan negara ini.

iii. dalam petikan: pergaduhan antara kaum. Cth: Penduduk yang tidak berdosa ramai yang terkorban dan harta benda juga rosak

dalam cerpen: perasaan cinta terhadap manusia…semangat patriotik/cinta akan kedamaian

Page 20: Mellisa

l

SOALAN 11

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Waktu dia menyiapkan tesisnya dahulu, dia telah mendapat jawapan tentang sebab berlakunya rusuhan kaum. Sejak itu dia telah bertekad mengabdikan dirinya kepada nusa dan bangsa. Biarlah dia keseorangan dalam tugas ini. Biarlah kawan karibnya yang mengetahui menuduhnya sebagai perbuatan orang yang bodoh. Dia seorang gadis yang cantik, sederhana tinggi, mempunyai potongan tubuh yang menjadi impian banyak perempuan. Bermuka bujur telur, bermata jeli,intelek pula. Apa yang dikehendakinya dalam hidup ini berada di hujung jarinya.

Tetapi dia mempunyai fikiran lain. Kalau bukan dia yang memberikan khidmat kepada ibu pertiwinya, maka siapa lagi orang lain?

(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Mengapakah kawan karibnya menganggap Mellisa bodoh? 2m

ii. Sebagai remaja, bagaimanakah anda menunjukkan kesetiaan anda kepada negara? 3m

iii. Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu latar masyarakat yang lain dalam keseluruhan cerpen. 4m

SKEMA

i. …kerana membuat pilihan untuk berkhidmat sebagai askar sedagkan Mellisa gadis yang cantik, mempunyai potongan badan yang menarik dan intelek.

ii. …dengan sentiasa mematuhi undang-undang negara,,,menghormati para pemimpin negara…belajar dengan tekun untuk memajukan negara pada masa akan datang

iii. dalam petikan: masyarakat yang cinta akan negara. Cth: Mellisa memilih untuk menjadi askar.

dalam cerpen: masyarakat majmuk. Cth: Mellisa berkawan rapat dengan Hisyam dan Atan

Page 21: Mellisa

SOALAN 12

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pada petang 13 Mei itu, tunangnya datang menjemputnya seperti biasa di pintu pejabatnya di jalan Tun Perak (waktu itu bernama Jalan Mountbatten). Suasana di dalam bandar sudah mulai tidak menentu. Berita-berita angin sudah kencang bertiup bahawa rusuhan akan berlaku. Dia menawarkan kepada Jamilah, teman sepejabatnya, untuk menghantarnya pulang. Dia melarang Jamilah yang mahu berjalan kaki balik ke rumahnya kerana bas sudah langka. Dia khuatirkan keselamatannya. Biarlah mereka pergi menghantarkannya. Dari situ ke Kampung Baru tidak jauh, dengan kenderaan beberapa minit sahaja. Sebaik sahaja mereka berhenti di hadapan rumah Jamilah di jalan Raja Mahadi, sekumpulan anak muda yang mengikat kepalanya dengan kain merah dan bermuka bengis, bersenjatakan kayu, parang dan pisau telah membuka pintu dan mengheret tunangnya keluar. Dia memekik, merayu meminta kasihan, tetapi anak-anak muda yang sudah kemasukan syaitan itu tidak sedikit pun menghiraukannya. Dia mendengar pekikan Jamilah waktu Jamilah merangkum tubuhnya dari belakang. Pada pipinya terasa-rasa nyeri dan pedih. Dia terjatuh. Jamilah juga terjatuh dan dia mendengar Jamilah merayu, “Tolong, jangan apa-apakan mereka! Mereka kawan saya! Jangan! Saya sembah!”

“Saya tidak marah. Saya tidak dendam. Sudah takdir Tuhan serupa itu ke atas saya. Saya percaya pada kata-kata Jamilah, takdir Tuhan tidak dapat dielakkan. Tunang saya tentu belum mati kalau kamu tidak menghantar Jamilah ke Kampung Baru.

(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 163)

Page 22: Mellisa

i. Berikan maksud rangkai kata sudah kemasukan syaitan dalam petikan. 2m

ii. Sekiranya anda berada dalam keadaan Jamilah, nyatakan tindakan-tindakan yang patut anda ambil. 3m

iii. Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan tersebut. 4m

SKEMA

i. …tidak rasional lagi/ tidak waras lagi

ii. …memohon bantuan pihak keselamatan…berlindung dib alai polis atau di kem tentera…berdoa kepada Tuhan agar diberikan suasana segera aman

iii. …reda. Cth: wanita Cina menerima ketentuan bahawa tunangnya telah meninggal dunia…tidak berdendam. Cth: Wanita Cina tidak berdendam terhadap kumpulan anak muda yang memukul dan menyeksa tunangnya

Page 23: Mellisa

SOALAN 13

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Ini Syahid,” kata Farid memperkenalkan lelaki itu kepadanya.“Rasanya kita pernah berjumpa,” kata Syahid agak tidak malu apabila dia

menghulurkan tangan sebaik sahaja mereka diperkenalkan. Perasaannya tergugah sedikit . Darah tersimbur naik ke mukanya. Seluruh kulitnya menjadi merah. Dia pun tiba-tiba menjadi gugup. Di mana? Mahu sahaja dia percaya pada waktu itu bahawa Syahid ini benar-benar penjelmaan daripada Hisyam. Aku tidak pernah bertemu dengan orang ini, bawah sedarnya berbisik. Namanya, ya pernah aku dengar sebab selalu disebut-sebut oleh Farid apabila sahaja makalahnya tersiar dalam surat khabar itu. Syahid yang menolong menyiarkannya.

Nama Syahid juga selalu muncul dalam akhbar ini kerana rencana yang ditulisnya di halaman rencana pengarang atau ada berita by line. Hanya dari situ sahajalah dia mengetahui nama lelaki itu, tetapi berjumpa belum.

“Yakah?” Hanya itu yang keluar daripada mulutnya. Dia ditinggalkan di bilik Syahid, sebuah ruangan yang berbentuk kotak. Duduk di kerusi menghadap kepadanya. Syahid mulai membuka cerita. Berbagai-bagai ceritanya. Tetapi anehnya dia tidak mengulangi lagi ucapannya tadi tentang pernah berjumpa dengannya dahulu. Barangkali juga itu hanya helahnya sahaja, suatu gimik mahu memancing kemesraan. Demi Tuhan, kalau ada pancingannya pun, dia sendiri mulai jatuh hati dengan anak muda ini. Keberaniannya telah mengusik hatinya. Kumisnya yang kecik bak satu garis hitam di atas bibirnya itu kelihatan agak lucu,bergerak-gerak apabila dia bercakap, tetapi menimbulkan daya pesona. Adakah ini cinta pandang pertama? Wajahnya itu benar-benar mirip Hisyam. Kalau Hisyam ada di situ tentu mereka berdua akan dikatakan saudara kembar. Hanya kumisnya itu yang membezakan mereka. Tetapi bentuk tubuh boleh berubah apabila kita semakin dewasa.Hisyam pun kalau ada sekarang, mungkin juga kurus seperti Syahid. Tubuhnya dahulu agak berisi tetapi dia mempunyai tanda-tanda akan tinggi seperti bapanya.

(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 153-155)

Page 24: Mellisa

i. Mengapakah Mellisa gugup apabila Farid memperkenalkan Syahid kepadanya?

3m

ii. Tuliskan faktor-faktor wanita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki pada hari ini? 3m

iii. Nyatakan satu nilai yang terdapat dal dalam petikan dan dua nilai yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. 3m

SKEMA

i. …wajah Syahid mirip wajah Hisyam…Syahid memberitahunya bahawa mereka pernah berjumpa…Mellisa sudah jatuh hati dengan Syahid.

ii. …kaum wanita telah mendapat pendidikan yang sama dengan kaum lelaki…kaum wanita juga mencari rezeki dan memikul tanggungjawab yang sama dengan kaum lelaki dalam keluarga…pemimpin negara telah menggubal akta untuk membela nasib kaum wanita yang teraniaya.

iii. dalam petikan:…perpaduan. Cth: Syahid berbangsa Melayu diperkenal kepada Mellisa berbangsa Cina.

dalam cerpen: simpati..Cth: Mellisa bersimpati dengan Hisyam yang tinggal di kampung setinggan di ibu kota. Mellisa berkawan dengan Hisyam walaupun Hisyam miskin.

penyayang. Cth: Mellisa bertegas mahu menjadi tentera kerana mahu menjaga keamanan negara.

Page 25: Mellisa

SOALAN 14

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Waktu dia menyiapkan tesisnya dahulu, dia telah mendapat jawapan tentang sebab berlakunya rusuhan kaum. Sejak itu dia telah bertekad mengabdikan dirinya kepada nusa dan bangsa. Biarlah dia keseorangan dalam tugas ini. Biarlah kawan karibnya yang mengetahui menuduhnya sebagai perbuatan orang yang bodoh. Dia seorang gadis yang cantik, sederhana tinggi, mempunyai potongan tubuh yang menjadi impian banyak perempuan. Bermuka bujur telur, bermata jeli,intelek pula. Apa yang dikehendakinya dalam hidup ini berada di hujung jarinya.

Tetapi dia mempunyai fikiran lain. Kalau bukan dia yang memberikan khidmat kepada ibu pertiwinya, maka siapa lagi orang lain?

Syahid tidak tahu. Biarlah. Biarlah dia lupakan dulu angan-angannya mahu menjadi seorang kekasih yang baik, isteri yang taat. Lima atau enam tahun lagi, andai kata mereka akan bertemu semula dan kalau ada jodoh. Dia tahu Syahid yang kacak itu akan mudah diapit oleh orang perempuan yang cantik, satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanan. Dua puluh tahun lagi dia tentu sudah bercucu. Mungkin telah memandu sebuah motokar mewah yang diimport dan menjadi pengarah yang terkenal. Mungkin dia tidak kenal lagi dengan Mellisa yang memandu motokar tua, ekzosnya menyembur keluar asap kotor.

Dia sayang kepada negara ini, bangsa ini. Walaupun dia lahir di luar negara tetapi dia warganegaranya. Dia besar dan bersekolah di sini. Baginya, dia tidak akan dapat hidup di negara lain biar bagaimana mewah dan maju sekalipun. Dia tidak akan dapat hidup di negeri China, walaupun dia berbangsa Cina, berkebudayaan Cina dan leluhurnya dahulu berasal dari Guangdong. Iklim di sana berbeza. Cara hidup di sana berbeza. Cara berfikirnya berbeza.

Sebelum dia mati, dia hanya ingin melihat negara dan rakyat negara ini hidup dalam aman dan damai.

(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka )

Page 26: Mellisa

i. Nyatakan bentuk fizikal tubuh badan Mellisa sehingga menjadi impian kebanyakan gadis. 3m

ii. Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan remaja? 3m

iii. Nyatakan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan dua latar masyarakat lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. 3m

SKEMA

i. …gadis yang cantik…sederhana tinggi…potongan tubuh yang menarik…bermuka bujur telur…bermata jeli

ii. kempen kesedaran…pembelajaran mata pelajaran sejarah…didikan ibu bapa…penglibatan dalam PLKN

iii. dalam petikan: masyarakat yang cinta akan tanah air. Cth: Mellisa sanggup melupakan kepentingan diri demi negara

dalam cerpen: masyarakat miskin. Cth : Hisyam duduk di kawasan setinggan di ibu kota…masyarakat pelajar. Cth: Mellisa merupakan seorang pelajar yang bijak

Page 27: Mellisa

SOALAN 15

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Waktu dia menyiapkan tesisnya dahulu, dia telah mendapat jawapan tentang sebab berlakunya rusuhan kaum. Sejak itu dia telah bertekad mengabdikan dirinya kepada nusa dan bangsa. Biarlah dia keseorangan dalam tugas ini. Biarlah kawan karibnya yang mengetahui menuduhnya sebagai perbuatan orang yang bodoh. Dia seorang gadis yang cantik, sederhana tinggi, mempunyai potongan tubuh yang menjadi impian banyak perempuan. Bermuka bujur telur, bermata jeli,intelek pula. Apa yang dikehendakinya dalam hidup ini berada di hujung jarinya.

Tetapi dia mempunyai fikiran lain. Kalau bukan dia yang memberikan khidmat kepada ibu pertiwinya, maka siapa lagi orang lain?

Syahid tidak tahu. Biarlah. Biarlah dia lupakan dulu angan-angannya mahu menjadi seorang kekasih yang baik, isteri yang taat. Lima atau enam tahun lagi, andai kata mereka akan bertemu semula dan kalau ada jodoh. Dia tahu Syahid yang kacak itu akan mudah diapit oleh orang perempuan yang cantik, satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanan. Dua puluh tahun lagi dia tentu sudah bercucu. Mungkin telah memandu sebuah motokar mewah yang diimport dan menjadi pengarah yang terkenal. Mungkin dia tidak lagi kenal dengan Mellisa yang memandu motokar tua, ekzosnya menyembur keluar asap kotor.

Dia sayang kepada negara ini, bangsa ini. Walaupun dia lahir di luar negara tetapi dia warganegaranya.

(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, hal 171)

i. Apakah tanggapan ‘dia’ terhadap Syahid pada masa depan? 3m

ii. Pada pendapat anda, apakah yang menyebabkan seseorang lebih mementingkan negara daripada diri sendiri? 3m

iii. Huraikan pengajaran yang terdapat dalam petikan. 3m

Page 28: Mellisa

SKEMA

i. Syahid akan diapit oleh dua orang wanita sekali gus…Syahid memandu motokar mewah yang diimport dan menjadi pengarah yang terkenal…Syahid tidak lagi mengenali dirinya yang hanya memandu kereta tua

ii. …kerana memahami sejarah negara yang pernah dijajah dan khuatir jika negara dijajah sekali lagi…disebabkan semangat patriotik yang mendalam tertanam dalam diri mereka…mereka juga membuat keputusan sedemikian disebabkan latar belakang pendidikan yang diterima daripada ibu bapa yang mementingkan nusa dan bangsa

iii. …Kita hendaklah sentiasa mementingkan negara berbanding diri sendiri. Cth: watak ‘dia’ rela menangguhkan perkahwinan untuk mengabdikan diri kepada nusa dan bangsa… Kita hendaklah berserah diri kepada Tuhan dalam menentukan masa depan kita. Cth; watak ‘dia’ pasrah tentang hubungannya dengan Syahid.

Page 29: Mellisa

SOALAN 16

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hampir senja, Hisyam yang tinggal di kampung setinggan tidak jauh di belakang rumahnya itu akan berlari-lari pulang ke rumahnya.Tinggallah dia sendirian, berdiri melihat belakang Hisyam sampai hilang ditelan lorong ke rumahnya. Dia tidak berkecil hati atas tindakan Hisyam meninggalkannya tiba-tiba serupa itu, dengan pinggan mangkuk dan periuk belanga mainan mereka masih bersepah. Dia tahu Hisyam mesti pulang pada waktu itu. Waktu hampir maghrib sebelum kedengaran azan. Pada waktu serupa itu dia terus berdiri, tidak masuk ke dalam rumahnya. Dia terus berdiri di tepi pagar memandang ke arah rumah Hisyam. Dia mahu melihat Hisyam keluar ke masjid yang letaknya di hujung jalan. Hisyam akan memakai baju kurung putih, bersongkok hitam. Kain sarungnya diselempangkan sahaja menyilang melintasi bahu dan dadanya. Nampak seluar pendek yang dipakai waktu bermain tadi. Hisyam seperti sudah tahu dia ada di situ, akan mengangkat tangan melambai kepadanya dan dia membalas balik lambaian itu. Setelah Hisyam membelok ke dalam pekarangan masjid barulah dia masuk ke dalam rumah. Dia sangat suka dengan Hisyam.

Hisyam telah tidak ada. Dia dan ibunya telah menjadi mangsa rusuhan kaum 13 Mei di Jalan Petaling.Hisyam dan ibunya dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium Negar waktu tragedi itu meragut nyawa mereka. Kalau Hisyam masih hidup tentulah umurnya sudah 30 tahun. Dia sudah jadi seorang peguam yang berjaya ataupun askar yang berpangkat tinggi. Dia sendiri baru berumur lima tahun waktu Hisyam terbunuh itu. Masih kecil berhingus. Dia tidak tahu apa-apa. Beberapa hari lamanya dia tidak dibenarkan keluar dari rumah. Ibu dan bapanya juga tidak keluar dari rumah.Saudara-mara dan kawan kenalan juga tidak datang berkunjung. Apek tua yang menjual sayur juga tidak datang-datang.

(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Nyatakan kesan rusuhan kaum 13 Mei seperti yang terdapat dalam petikan cerpen di atas. 3m

ii. Perpaduan sangat penting dalam usaha memajukan negara kita. Huraikan tiga usaha yang boleh dilakukan untuk memupuk perpaduan antara kaum di negara kita. 3m

Page 30: Mellisa

iii. Jelaskan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan di atas dan dua nilai kemanusiaan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. 3m

SKEMA

i. …Dia (Mellisa) tidak dibenarkan keluar dari rumah…ibu dan bapa mellisa juga tidak keluar dari rumah…saudara-mara dan kawan-kawannya juga tidak ada yang datang berkunjung…apek tua yang menjual sayur juga tidak datang

ii. …melalui sistem pendidikan yang sama…kerajaan mengadakan kempen kesedaran berkaitan kepentingan perpaduan…melalui sambutan perayaan secara bersama…peranan media massa yang selalu memaparkan kepen tingan perpaduan.

iii. dalam petikan:

…rasional. Cth: Mellisa tidak berkecil hati dengan tindakan Hisyam meninggalkannya secara tiba-tiba dengan pinggan mangkuk dan periuk belangan mainan mereka masih bersepah kerana dia memahami masalah Hisyam…Menghargai.Cth: Mellisa amat menghargai persahabatannya dengan Hisyam

dalam cerpen;

cinta akan tanah air. Cth; Mellisa mencintai negaranya sehingga sanggup melakukan apa-apa sahaja demi negara…penyayang.Cth: Mellisa amat menyayangi Hisyam…berani.Cth: Hisyam berani menumbuk anak orang Inggeris yang memegang tangan Mellisa.