Upload
azan90
View
270
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files
http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 1/17
Melayu: Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa
Ini adalah salah satu artikel pengiring dari tiga artikel pengiring sebelum artikel utama
Alter Terahsia Bangsa Melayu yang akan diterbitkan seawal-awalnya minggu
hadapan.Srikandi akan mengulas tentang maksud di sebalik nama 'Melayu' dan misteri disebalik nama itu.Apakah sebenarnya nama Melayu ini?Adakah ia bermaksud bangsa atau
bahasa?
Pada hari ini penyakit buta kepada warisan dan jatidiri bangsa sendiri menyebabkan ada
di antara anak-anak Melayu 'goyang' apabila ditanya oleh kaum lain tentang maksudMelayu,sehingga mereka pula seolah-olah mengajar dan memberitahu anak-anak Melayu
ini sejarah bangsa mereka.Ada yang meneka-neka dan memandai-mandai membuatkenyataan sendiri sehingga terkeliru sendiri.Srikandi akan cuba mengupas masalah ini
dari pelbagai sudut.
Namun,tidak dinafikan manusia menjadi musuh kepada apa yang masih belum
difahaminya.
-M.O
hiaskan kendiri berani bak saktimuni
8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files
http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 2/17
hiduplah jalinan susastera dan mahakarya
Srikandi menyusun berapat jari-jemari
membuka pencak ilmu dan warha bicara
Terlebih dahulu saya ingin jelaskan tentang pengertian Bani Jawi dan Melayu itu
sendiri.Ini kerana ramai di antara kita masih keliru sehingga ada juga yang menganggap
perkataan Melayu ini merujuk kepada bahasa,sehingga tiada langsung apa yang dikatakan bangsa Melayu.Ini pandangan yang ekstrim,kerana kerana setidak-tidaknya bahasa Latin
yang menjadi bahasa perdagangan dan kesusasteraan Eropah akibat penguasaan Empayar
Rom itu sendiri dapat ditelusuri asal-usulnya,iaitu dari Semenanjung Itali,bagaimana
dikatakan Melayu itu hanya bahasa dan bukan mewakili satu bangsa atau setidak-tidaknya satu suku kaum?Bahasa Perancis adalah dari orang-orang Franks,bahasa
Inggeris berasal dari sukukaum Angles;datang ke Briton (nama lama kepulauan Inggeris)dari Tanah Jerman bersama sukukaum Jerman yang lain seperti Jutes dan Saxons.Bahasa
Sepanyol dari 'Spaniards' dan bahasa Rusia dari keturunan Caucasian,Viking dan
Norseman yang bergaul dengan bangsa-bangsa nomad di padang rumput Steppe di
dataran-dataran luas Siberia sehingga melepasi banjaran Caucasus dan sungai Volga,jadiadakah bahasa Melayu berasal dari bangsa 'alien' yang datang dari planet Zargus??
Fikirkan.
Ada juga yang berfikiran singkat mengatakan perkataan 'Melayu' itu diberi oleh orang
Inggeris ketika menjajah Tanah Melayu.Ini adalah pendapat yang kurang berpendidikan
kerana orang-orang Melayu masih menjaga warisan sejarah sehingga kesultanan merekadan adalah tidak logik sehingga nama bangsa sendiri pun boleh terlupa sampai terpaksa
bangsa lain membubuhkan nama bangsa mereka.Lainlah orang-orang Melayu menjadi
seperti orang-orang di Kepulauan Filipina yang dicabut akar budaya mereka sehabis-habisnya,warisan mereka dimusnahkan,raja-raja mereka dibunuh dan mereka dipaksa
menganut agama Kristian sehingga semua ini menjadi satu tragedi yang amat malang
bagi mereka yang asalnya adalah bersaudara dengan orang-orang Melayu.Mujurlah masih
terdapat sukukaum di Filipina yang kurang menerima kesan penjajahan Sepanyol yangkejam ini seperti orang-orang Sulu (selalu digelar oleh penjajah sebagai Moro atau Moor-
gelaran untuk bangsa Arab di Andalus atau Sepanyol ketika pemerintahan Islam di
sana).Orang-orang Sulu inilah yang masih mempertahankan jatidiri mereka dengan keris-keris panjang mereka yang menggerunkan penjajah Sepanyol.
8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files
http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 3/17
Siapakah Jose Rizal?Beliau ialah tokoh pejuang Filipina dan adalah memalukan seorang
yang mengaku orang Filipina jika tidak mengenal Jose Rizal.Dan apakah yang dikatakan
oleh Jose Rizal dalam salah satu pidatonya?
Beliau mengaku sebagai anak Melayu!
Kita mengenal beliau dalam sejarah kontemporari sebagai José Protasio Rizal Mercado y
Alonso Realonda atau Jose Rizal,seorang berbangsa 'Filipino',namun kita tidak tahu
apakah nama 'Melayu'nya yang tersembunyi.Ini samalah dengan saudara-saudara kita diSelatan Thai yang dipaksa memakai nama Thai dan terpaksa menyembunyikan identiti
sebagai orang yang berbangsa Melayu Pattani.Perkataan Filipina itu sendiri berasal dari
nama seorang raja Sepanyol iaitu Phillip Kedua yang memerintah Sepanyol pada 1556
hingga 1598.Jadi kita boleh tahu bahawa bangsa 'Filipino' itu hanyalah khayalan penjajah
sahaja dan ini boleh dilakukan dalam keadaan penduduk Kepulauan Filipina itu dipaksamenjadi orang Sepanyol,berbahasa Sepanyol,menganut agama Kristian,membunuh sultan
dan raja mereka yang memegang khazanah warisan bangsa,membumihanguskankediaman mereka berserta kitab-kitab dan khazanah-khazanah diraja.Namun kita akan
tahu nama asal Kepulauan Melayu ini dari penemuan arkeologi di Filipina.Salah satunya
yang paling terkenal ialah Laguna Copperplate.
8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files
http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 4/17
Wahai saudara saudariku Bani Jawi,
Bila saya menuliskan tentang 'Bani Jawi',ini termasuklah semua kaum-kaum yang
menggunakan bahasa yang mempunyai tatabahasa dan kemiripan di antara satu samalain.Pakar-pakar linguistik menamakan bahasa-bahasa ini sebagai Malayo-
Polynesia.Kaum-kaum ini berasal dari induk mereka yang misteri.Bani Jawi adalah satu
kumpulan kaum-kaum yang menggunakan bahasa Malayo-Polynesia ini.Kaum-kaum iniyang dikesan menggunakan lingkungan bahasa ini terdapat di kawasan tasik di
pedalaman Jepun,Taiwan,Asia Tenggara ('Homeland' Bani Jawi) ke timur mencapai
pulau-pulau Pasifik seperti Hawaii,ke bawah mencapai pulau-pulau Papua,Solomon,NewZealand dan Fiji mendekati Australia (sebelum penjajah Inggeris tiba di sini,Australia
diduduki oleh kaum aborigine Austronesian).Ke barat sehingga menjangkau Madagaskar
berdekatan Benua Afrika.Selain dari Bani Jawi di sekitar Indonesia dan
Malaysia,kebanyakan kaum-kaum Bani Jawi yang diluar lingkungan ini telah terasimilasidengan teruk ketika penjajahan dan terputus dari warisan induk mereka.Di sini kita faham
bahawa Bani Jawi yang menduduki Kepulauan Indonesia dan yang terdapat Malaysia
adalah Bani Jawi yang berbeza;mereka adalah dari kelompok yang berjaya menjagawarisan moyang mereka,lebih bijak dan berfikiran luas.Bani Jawi di sini juga berjaya
memegang tampuk pemerintahan politik dan berkuasa atas tanah-tanah mereka,tidak
seperti yang terjadi kepada Bani Jawi yang lain terutama di Pasifik.Di sini kita tahu satu
rahsia.
8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files
http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 5/17
Bani Jawi yang kini mewarisi apa yang dinamakan 'Indonesia','Malaysia' dan 'Brunei'
adalah mereka yang dekat dengan 'induk' Bani Jawi.Mereka juga masih mempertahankan budaya,bahasa dan raja-raja mereka.Fikirkan,jika mampu,adakah penjajah Inggeris dan
Belanda bersimpati untuk mengekalkan budaya,bahasa dan politik penduduk tanah-tanah
jajahan mereka?Jika kita katakan Sepanyol lebih kejam kerana 'mensepanyolkan' orangFilipina,bagaimana dengan Australia?Penduduk aborigine dinafikan hak mereka sebagai
pribumi Australia yang asalnya adalah tanah mereka,fikirkan dari manakah manusia
aborigine ini boleh wujud di Australia jika tidak ada moyang mereka yang bijak dalamilmu pelayaran?
Australia telah menjadi negara orang-orang Inggeris.Ini adalah fakta pada hari ini.
SEBENARNYA JIKA BOLEH,ORANG-ORANG BANI JAWI DI
INDONESIA,MALAYSIA DAN BRUNEI MAHU DIHAPUSKAN TERUS
IDENTITI KEMELAYUAN MEREKA ,tidak kira di'Inggeriskan' atau di
'belandakan'.Namun ini tidak terjadi semudah itu dan hakikatnya telah gagal.Para
8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files
http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 6/17
penjajah ini tidak mampu melakukan begitu kerana masih ada warisan Bani Jawi yang
gagah perkasa berdegil mempertahankan warisan mereka.Kita boleh faham mengapa
bahagian Selatan Filipina masih kuat pengaruh 'kemelayuannya' terutama orang-orangTausug yang masih diluar pengaruh 'kristianisasi dan pensepanyolan'.Sebab itu mereka
masih berkuasa melancarkan pemberontakan.Dari Luzon hinggalah ke Visayan,penjajah
Sepanyol telah menjarah budaya ketimuran sehingga mereka menjadi amat lemah dan pasrah dengan 'takdir' yang menimpa diri mereka,tetapi ini cuba ditentang oleh penduduk
di selatan atau lebih tepat di pulau Mindanao.Puak-puak pemisah cuba untuk menentang
'saudara' mereka yang telah hilang identiti dan menjadi 'makhluk' lain.
Siapakah Gloria Macapagal Arroyo?Apakah kaitan beliau dengan penduduk Sulu?Moyang kepada moyang beliau mungkin kenal siapakah sultan-sultan Manila dan
Visayan juga raja-raja Mindoro dan Samar.Sultan-sultan Sulu?Jika moyang kepada
moyangnya tidak kenal Kesultanan Sulu maka sudah tentu nama 'Macapagal' itu tidak ada.Bolehlah digantikan dengan 'Fernando' sebagai contoh menjadi Gloria Fernando
Arroyo sahaja.Mungkin Presiden Filipina itu berasal dari Lisbon atau conquistador yang
menjajah Filipina.Tetapi perkataan 'Macapagal' itu sendiri menimbulkan misteri yangtidak berkesudahan tentang asal-usul orang-orang di Filipina.
Beliau ialah cucu-cicit Raja Lakandula yang memerintah Manila sebelum penjajah
Sepanyol merampas wilayah itu darinya.Tanyakan dia siapa Raja Sulaiman yangmembantu moyangnya menentang Sepanyol.Moyang beliau beragama Islam dan kota
Manila itu sendiri berasal dari kata "Amanillah" bermaksud "di bawah keamanan
Allah".Lakandula adalah gelaran raja-raja Melayu di Kepulauan Filipina pada zamandahulu.
Mempelajari sejarah keturunan presiden Filipina itu sendiri mampu memberi pengajaranyang tidak sedikit kepada kita.Bahasa dan gelaran bangsawan Melayu di kepulauan
8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files
http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 7/17
Luzon,Mindanao dan Visayan memberikan kita gambaran sejarah Melayu yang
digelapkan di pulau-pulau utara Sabah itu.
Kita boleh lihat pengaruh Melayu dan Polinesian yang bercampur aduk dalam bahasa
Tagalog.
*Pahlawan Tausug/Sulu yang gagah
berani
Mengapa penduduk ke selatan 'tidak makan saman' dengan kekejaman conquistador
Sepanyol?Cuba perhatikan budaya dan semangat orang-orang Tausug/Sulu.Perhatikan betapa penduduk Luzon telah berjaya ditukar menjadi makhluk lain,kita mungkin tidak
boleh menyalahkan kelemahan mereka kerana armada penjajah Sepanyol mungkin
bertumpu di Luzon dan tidak mampu mencengkam pengaruhnya di Mindanao yang jauhke selatan.Tetapi keris-keris panjang pahlawan Sulu mampu menceritakan perit getir
mereka melawan Sepanyol.Gloria Macapagal Arroyo mungkin sudah melupakan keris
Sulu ini (yang mungkin pernah dikucup moyangnya ketika menentang conquistador Sepanyol) namun bukan orang-orang di Jolo.
*Keris panjang atau Keris SundangSulu
Adakah Inggeris lebih bermurah hati dan 'kasihan' dengan Bani Jawi di Tanah Melayu?Adakah Belanda bersimpati dengan Bani Jawi di Sumatera dan Jawa?TIDAK SAMA
SEKALI.Cuba baca kisah kaum Red Indian Cherokee yang dihalau dari tanah tumpah
darah mereka di benua Amerika.Mereka dihalau beramai-ramai oleh penjajah Inggeris
yang mahu menubuhkan Dunia Baru mereka.Beribu-ribu orang mati dalam pelariantermasuk kanak-kanak dan wanita.Apa sudah jadi pada identiti kaum Red Indian pada
hari ini?Hanya logo 'Apache' sahaja masih tertinggal pada helmet budak-budak rempit
8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files
http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 8/17
Melayu yang leka menyabung nyawa di jalan raya.Mereka sudah hilang tanah dan
identiti.Mereka semakin terhimpit di bumi nenek moyang mereka.Pelajarilah semua ini.
Namun,pelajaran paling hampir ialah di Filipina.Tersangat hampir.Jika pemimpin Umno
masih berkeras berpolitik sehingga beribu-ribu warga India dan China boleh 'lesap' tanpa
dikesan di negara mereka ditambah pula PKR yang makin liberal dan PAS yang lupa perjuangan sebenar (sebagai contoh),50 tahun lagi orang-orang Melayu yang dungu ini
akan hilang kuasa politik mereka secara terhina dan memalukan.
Moralnya ialah,semangat mahu mempertahankan agama,bangsa dan tanahair telah
memotivasikan Bani Jawi di 'Indonesia' dan 'Malaysia' supaya kekal mendaulatkan
budaya dan bahasa mereka.Jika mereka lemah,mungkin anda dan saya tidak lagi bergelar
Melayu.Dan tidak lagi berbahasa Melayu.HANYA BANGSA YANG BENAR-BENAR
SABAR DAN KUAT SAHAJA MAMPU MENGEKALKAN KEWUJUDANNYA
SETELAH DIJAJAH DAN DIJARAH OLEH PELBAGAI PENJAJAH BERATUS
TAHUN.
Polinesia adalah istilah dari Greek yang bermaksud 'banyak pulau'.Ini menerangkan
Kepulauan Melayu sehingga ke pulau-pulau Pasifik.Dari segi terminologinya ia bermaksud Kepulauan Pasifik,menjangkau Pasifik Tengah dan Pasifik Selatan.Ia adalah
satu daripada tiga bahagian;yang lainnya ialah Melanesia dan Micronesia.Austronesian
ialah kelompok keluarga bahasa paling terbesar di dunia,dahulunya dikenali sebagai
Malayo-Polynesian.Setelah pakar bahasa memasukkan bahasa Formosan (juga berasaldari bahasa para pelayar Melayu yang tiba di Taiwan beratus-ratus tahun yang lampau)
ke dalam keluarga bahasa Malayo-Polynesian,kini ia digelar keluarga bahasa
Austronesian.Ini adalah salah satu daripada keluarga bahasa terbesar di dunia berdasarkan jumlah bahasa melebihi 700 bahasa dan keluasan geografinya.Bahasa Cham
di Vietnam dan Kemboja,bahasa Malagasy di Madagascar dan bahasa Tagalog di Filipina
adalah dari keluarga Malayo-Polynesian.Perhatikan terminologi para pakar bahasa iniyang mengesan rahsia bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu dan Pasifik ini.'Malayo'
adalah ciri-ciri bahasa 'Western Malayo-Polynesian' seperti bahasa Melayu,Sunda dan
Jawa.Ini bahasa Bani Jawi yang standard,maju dan dinamik.'Polynesian' pula adalah lebihkepada bahasa-bahasa kaum aborigine Pasifik.Anehnya,terdapat persamaan dari segi
struktur bahasa dan peraturan tatabahasa antara bahasa Melayu/Indonesia dengan bahasa-
bahasa Pasifik ini,walaupun kosa kata mereka berbeza.Dan pasti ada kata-kata yang sama
seperti perkataan 'mata','batu' dan sebutan angka-angka.'Lima' adalah perkataan yangdominan.Orang Samoa juga menyebut angka 'Sepuluh' sama seperti kita di sini.Sebutan
angka dalam Tagalog mirip sebutan dalam bahasa Jawa.Ringkasnya 'Malayo' adalah ciri-
ciri Bahasa Melayu yang menjadi bahasa perpaduan Indonesia,Brunei dan Malaysia dan'Polynesia' merujuk kepada bahasa-bahasa sukukaum aborigine Pasifik.
Sesungguhnya terdapat misteri di sini.Apa kaitan orang-orang aborigine di Malaysiaseperti Orang Asli,Dayak,Jakun dan sebagainya dengan aborigine Pasifik seperti
Hawaii,Samoa,Fiji dan lain-lain?Dan APA KAITAN SEMUA ABORIGINE INI
DENGAN ORANG JAWA,SUNDA DAN MELAYU?Anda akan mendapat kunci rahsia
ini dalam artikel utama ATBM "Austronesian dan Polinesia".
8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files
http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 9/17
Sesetengah saudara Bani Jawi kita di Indonesia menganggap Melayu itu adalah satu
sukukaum padahal cuba kita tanya,sukukaum Melayu itu adalah yang bagaimana?Pakaian
orang Melayu tidak jauh beza dari pakaian etnik-etnik di Indonesia terutamanya di PulauSumatera.Orang Melayu juga berkeris seperti orang Sunda dan Jawa.Bahasa?Padahal
loghat (slang) bahasa Melayu di negeri-negeri Malaysia juga berbeza.Cuba kita paksa
orang Jawa bercakap dengan orang Kelantan,bagaimana rasanya (mungkin ini antarasebab Manohara tidak serasi dengan orang Kelantan,pendapat saya sahaja).Cuba teliti
dialek pekat Kedah,Perak dan Terengganu.Orang luar mungkin merasakan orang
Perak,Kelantan dan Kedah yang bercakap dialek pekat masing-masing dari tiga kaum berbeza.Samalah jika kita paksa orang Sunda bercakap dengan orang Aceh.Perbezaan
loghat/dialek adalah sama,tidak kira di Indonesia atau di Malaysia.Jadi,di manakah
'sukukaum' Melayu itu secara jelas?Apa yang Melayunya pemuda yang bernama Fahrin
Ahmad jika dibandingkan dengan Ahmad Dhani?Apa Melayunya Siti Nurhaliza jika KrisDayanti malu menjadi 'Melayu' dan suka disebut 'bangsa Indonesia'?
8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files
http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 10/17
Susilo Bambang Yudhoyono juga bersongkok sepertimana Sultan Mizan Zainal Abidin
ketika kunjungan hormat mereka berdua.Jadi adakah Sultan Mizan lebih 'Melayu' dariSosilo Bambang?Jadi dimanakah 'Melayu' itu?Adakah Sultan Mizan memerlukan
penterjemah untuk memahami bahasa Presiden Indonesia itu?Jadi dimanakah
'Melayu'nya Sultan Mizan?Adakah Siti Nurhaliza terpaksa belajar bahasa yang dituturkanoleh Kris Dayanti sebelum bekerjasama dengan beliau?Mengapa lagu-lagu dari seberang
cepat popular di kalangan anak-anak remaja 'Melayu' Malaysia berbanding lagu-lagu pop
HongKong?Jadi dimana 'Melayu'nya itu?
SEBENARNYA TIADA APA YANG DINAMAKAN SUKUKAUM
MELAYU.MELAYU ADALAH NAMA LAIN BAGI BANI JAWI.
8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files
http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 11/17
Bani Jawi adalah nama yang diberikan bermula dari era Nabi Ibrahim menyunting
seorang gadis misteri dari Timur Jauh.'Melayu' adalah perubahan pada nama kaum di
mana gadis misteri itu berasal.Dalam manuskrip purba,ada tercatat perkataan dasar 'Mala'.Nama Mala inilah yang dibawa oleh kaum misteri dari Timur jauh itu.Ketika
khabar tentang Mala sampai ke Tanah Kanaan,Madyan dan Parsi Kuno,nama 'Mala' ini
berubah-rubah mengikut bangsa yang memanggil mereka.Orang-orang Assyria danMedia memanggil mereka sebagai 'Mala-Yu'.'Yu' adalah suffix dalam bahasa Avesta
Purba (bahasa Avesta adalah asal-usul bahasa Sanskrit dan bahasa Jerman Kuno yang
menjadi asas bahasa Inggeris/English itu berasal dari saduran yang 'agak teruk' dariSanskrit sebab itu dari segi linguistiknya bahasa Inggeris terkelompok dalam keluarga
bahasa Indo-European atau Indo-Iranian)
Telah diterangkan sebelum ini dalam siri ATBM yang lepas bahawa bangsa Madyan
(Media) yang mengasaskan bangsa Parsi (Iran pada hari ini) adalah berasal dari kaum
Mada.Dalam istilah Assyrian dan Avesta,kaum ini dipanggil 'Mada-YU'.Dalam Sanskrit(ingat,bahawa Sanskrit dan Avesta ibarat bahasa/dialek Kedah dengan bahasa/dialek
Kelantan),'Malayu' ini dipanggil 'Malaiyu' atau 'Malai'.'Malai' bermaksud
'gunung'.Manuskrip purba China menyebutnya sebagai 'Malai' atau Mo-lo-yue'.
Dan orang Inggeris menyebutnya sebagai 'Malay'.Ini lidah mat saleh.
Orang Perancis menyebut Malaysia sebagai 'Malaise',jadi jika hilang 's' itu atau hanya'Malay' sahaja,mungkin pendekatan yang logik ialah 'Malai',sama seperti sebutan dalam
Sanskrit.
'Mala' adalah nama asal kaum gadis misteri ini.Ia adalah nama kuno yang terahsia.
8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files
http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 12/17
Keturunan Nabi Ibrahim a.s dengan gadis misteri tersebut ketika baginda berdakwah diTimur Jauh inilah digelar sebagai Bani Jawi.Baru-baru ini saya mendapat petunjuk dari
'channeling' saya,seolah-olah mengatakan bahawa dari enam anak hasil perkahwinan
baginda dengan Siti Keturah,tiga orang telah dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s ke TanahKanaan,manakala tiga yang lain ditinggalkan di 'Promised Land' bersama ibu
mereka.Perlu dingat,ketika itu tiada kapal terbang,jadi apabila Nabi Ibrahim berdakwah
ke Timur Jauh,sudah tentu memakan masa bertahun-tahun,dan perkahwinan denganorang tempatan adalah perkara biasa bagi lelaki yang merantau;tidak kira apa tujuan
mereka,tambahan lagi nabi Ibrahim adalah lelaki terhormat,bijaksana dan punya pekerti
mulia.
Inilah asal-usul perkataan 'Melayu' dari segi saintifik,sejarah dan akademik.Bukan
'melayu' seperti bunga layu,atau 'lari'.Malah 'Mala' itu adalah sekuntum bunga yang
mekar harum dari gambaran 'channeling' saya pada Khamis malam Jumaat Kliwon (siapasaya dan asal-usul saya ada di dalam temuramah selepas raya puasa yang lalu,cuba
periksa...jadi adakah saya ini lebih 'Melayu' dari saudara saya di Yogyakarta?).
8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files
http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 13/17
8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files
http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 14/17
Jadi,jika Melayu ini sukukaum,bagaimana satu sukukaum boleh menakluk seluruh
Malaysia dan Indonesia dengan bahasa mereka?Bukan sahaja itu,seluruh Kepulauan
Melayu dan Pasifik mematuhi 'pattern' bahasa mereka?Mengapa bukan bahasa Aceh atauJawa menjadi lingua franca seluruh Nusantara?Ada yang mengatakan asal-usul Melayu
adalah satu kerajaan bernama Kerajaan Malayu di Sumatera,namun kerajaan yang dilabel
'Melayu' itu hanya satu pemerintahan kecil sahaja.Bagaimana kerajaan kecil seperti itu boleh memaksa seluruh Nusantara supaya berbahasa dengan bahasa mereka?Fikirkan
misteri ini,sebab itu saya katakan Melayu itu adalah nama lain bagi Bani Jawi,tercatat di
dalam manuskrip purba Avesta dan Sanskrit...juga tulisan pepaku (cuneiform)Sumeria.Ini adalah warisan dari satu bangsa kuno yang tenggelam ketika Banjir Besar
atau bencana lain.
SEbenarnya kita diperkotak-katikkan oleh kebodohan dan kebingungan penjajah sendiridisamping kebodohan kita sendiri yang ikut sahaja macam lembu dicucuk hidung segala
kekeliruan penjajah.Kemudian bergaduh sama sendiri semata-mata pakaian,bahasa dan
budaya yang sah-sah memang sama!Ini ibarat dua orang bodoh yang bergaduh sesama
sendiri kerana masing-masing menuduh sesama sendiri meniru jumlah tangan,mata dantelinga yang ada dua pasang.Padahal mereka berdua ialah MANUSIA!
A berkata:Namaku Indonesia,Belanda yang bagi nama...aku ada dua tangan,kenapa
kamu tiru aku?
B berkata pula:Aku Malaysia,Inggeris bagi nama...orang Malaysia memang ada dua
tangan,kamu yang tiru aku.
A membalas:Ah!Sudah!Goblok!Aku mahu patahkan tangan kamu,biar jadi satu...baru
terlihat beda.
B mempertahankan diri:Aku sejak lahir memang sudah ada dua tangan,kenapa mahu
dipatahkan...?
A menjawab:Aku juga lahir dengan dua tangan...Ah!Kecapetan aku dengan masalah
ruwet begini dong...sialan kamu!
Akhirnya A dan B berebutkan songkok,keris dan bahasa Melayu sesama sendiri.Ini
adalah senario yang menyedihkan.Amat bingung dan tolol.Jadi sudah nampak kepentingan mempelajari asal-usul kita?YA!AMAT PENTING,SAMPAI SATU
TAHAP,JADI KRITIKAL SEPENTING NYAWA DIHUJUNG TANDUK!
Masalah ini jelas jika negeri Kelantan berpisah dari Malaysia dan menubuhkan negara
sendiri yang pekat dengan gagasan 'Bangsa Kelantan' (baca:bangsa Indonesia).Bila
bergaduh di Internet,tidak mustahil orang-orang Kelantan yang dungu (contoh sahaja)akan memanggil Malaysia sebagai Malingsial dan memijak bendera Malaysia.Orang
Kedah pula memijak bendera Kelantan dan mencerca orang Kelantan.Bila terlihat di
Youtube,video orang Terengganu memakai keris dan bertanjak,maka orang Kelantan
mengancam mahu menyerang Terengganu kerana 'mencuri' budaya mereka.Nasi Dagang
8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files
http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 15/17
juga didakwa berasal-usul dari Kelantan.Akhirnya orang Kelantan dan Terengganu
berebut-rebutkan Nasi Dagang dan Budu sesama sendiri,dan pada masa yang sama orang
Selangor dan Kuala Lumpur menyedut minyak dari bumi mereka sambil ketawa berdekah-dekah (ini tambahan dari saya,jangan marah saya ye!).
Fikirkan,kita selesa memanggil orang Brunei sebagai Melayu Brunei,namun jika melihatorang-orang dari Indonesia,kita cenderung melabel mereka sebagai 'Indon' seolah-olah
makhluk dari planet lain padahal Wak Seman yang berniaga tempe dibelakang rumah kita
boleh kita labelkan sebagai Melayu Jawa.Begitu juga orang Indonesia yang keliru.Sayateringat satu rancangan muzikal artis-artis Malaysia dan Indonesia terbitan RTM dan
RCTI sekitar tahun 90-an dahulu.SElepas habis persembahan M.Nasir dengan lagu
bernuansa Nusantara 'Mentera Semerah Padi',pengacara bersama dari Indonesia
melahirkan rasa kagum dengan lagu tersebut dan menyebut-nyebut rasa bangga beliaudengan rumpun yang sama antara Malaysia dan Indonesia.Saya begitu terkesan dengan
kata-kata 'satu rumpun' dan 'nusantara' yang disebut-sebut beberapa kali oleh pengacara
wanita Indonesia itu kepada temannya dari Malaysia (saya lupa siapa pengacara Malaysia
itu,maklumlah baru dibangku sekolah rendah,sudah lama berlalu)
Pandangan kedua yang mengatakan Melayu itu bahasa bukan bangsa juga adalah satukekeliruan yang pelik.Padahal kebiasaan satu bahasa dinamakan bersempena bangsa yang
menggunakannya.Adakah orang Amerika atau Americans menggunakan American
Language? No!It's absolutely not!You know,man...
Orang Amerika tetap memanggil bahasa mereka sebagai English,setidaknya American
English.Apa itu English? Englishman,dude...you know what I mean?Who the hell of this
Englishman?
Orang-orang Inggeris.
Jadi siapa yang memandai buat teori mengatakan Melayu itu nama bahasa?Jadi siapayang menggunakan bahasa Melayu?Orang Jawa?Orang Kedah?Orang Perak?Orang
Minang?
Mengapa maharaja-maharaja Srivijaya dan betara-betara Majapahit menuliskan prasasti-
prasasti yang melambangkan kewujudan empayar mereka dalam bahasa Melayu?Adakah
kerana takut dengan Melaka yang kecil itu?TIDAK SAMA SEKALI.
8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files
http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 16/17
Bahasa Melayu adalah bahasa nenek moyang Sultan Mansur Syah,Hayam Wuruk dan
Samaratungga.Ia adalah bahasa leluhur Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun.Ia adalah
bahasa kebanggaan Raja-raja Funan "King of The Mountain" dan raja-raja Champa.
Orang-orang Eropah yang akhirnya menjadi 'bangsa Amerika' tidak menamakan semula
bahasa mereka menjadi 'Uncle Sam Language' sebagai contoh.English tetapEnglish,walaupun imigran Ukraine,Perancis,Jerman dan Itali mahupun Yahudi Ashkenazi
yang berhijrah ke Amerika.
JIka mahu berhujah dengan bahasa Sanskrit,perlu diingat Sanskrit bukanlah bahasa
percakapan sehari-hari terutama Dravidian (Tamil,Telegu dll).Ia bahasa sastera,agama
dan istana.Malah penggunaannya terhad mengikut kasta tertentu pada zaman dahulu.Ia
bahasa 'suci' yang dipandang tinggi (sebab itu tidak keterlaluan ada pengkaji bahasamenyifatkan asas bahasa Inggeris adalah Sanskrit).Jadi tiadalah kaum Sanskrit atau
bangsa Sanskrit.Masalahnya dalam kes bahasa Melayu,kita berurusan DENGAN
BAHASA YANG MENJADI BAHASA PERSATUAN SELURUH BANI
JAWI/NUSANTARA/MALA.Bahasa Melayu tidak dikasta-kastakan.Ia bahasa persuratan dan bahasa perdagangan.Ia ADALAH BAHASA KUNO YANG
DIGUNAKAN SEAWAL URUSAN MEREKA DENGAN PARA UTUSAN KINGSOLOMON DAN FIRAUN-FIRAUN DI THE LAND OF THE GODS.'The Mala
Ancient Language in The Land of Promise'.Dari manakah asal 'Mala' ini?
Selebihnya biar saya simpan dalam siri ATBM akan datang.
Bagi mengakhiri artikel ini,saya petik Sumpah Pemuda yang dibacakan pada 28 Oktober
1928 di Indonesia dan hayati betapa mereka sedar akan kepentingan 'bahasa persatuan'ini,bahasa yang saya,anda dan saudara-saudara kita di Indonesia,Selatan
Thailand,Singapura,Brunei dan seluruh Bani Jawi...gunakan dan punya semangat untuk
menggunakannya.
"Pertama
Kami putra dan putri Indonesia, mengaku bertumpah darah yang satu, tanah air
Indonesia.
Kedua
Kami putra dan putri Indonesia, mengaku berbangsa yang satu, bangsa Indonesia.
Ketiga
Kami putra dan putri Indonesia, menjunjung tinggi bahasa persatuan, bahasa
Indonesia"
8/14/2019 Melayu Misteri Antara Bangsa Atau Bahasa - Mistis Files
http://slidepdf.com/reader/full/melayu-misteri-antara-bangsa-atau-bahasa-mistis-files 17/17
Srikandi
"sirna bherahi samar gentahi sukksasentosa seri"
-lohor jeavi-