Upload
vonga
View
254
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
Kanser yang terjadi di bahagian pangkal
rahim (servik). Kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di anggarkan 1,500 wanita Negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun. Kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan wanita.
Kanser pangkal rahim. Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim
yang bersambung dengan vagina. Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara
luarbiasa. Ia boleh terbahagi kepada : Peringkat awal Berlaku di sekitar servik
Peringkat lewat Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ
tubuh yang lain / 'malignant' seperti paru-paru melalui sistem aliran darah
Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.
Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini.
Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:
Pasangan seks yang ramai Memulakan hubungan seksual pada umur yang muda <
20 tahun Perokok - (Kajian mendapati merokok boleh
membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
Mengandung lebih dari 5 Kurang jagaan kebersihan anggota sulit Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti
'HPV'(Human Papilloma Virus/wart virus) Sejarah penyakit kelamin Immunosuppression - Kurang daya tahan melawan penyakit,
disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu. HIV/AIDS Penggunaan steroid yang lama
Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:
Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid) Perdarahan yang banyak Perdarahan yang berpanjangan Perdarahan di antara haid Sakit Kehadiran darah beku
Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual Sakit semasa hubungan seksual Perdarahan dari vagina selepas putus haid Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
Berbau Bercampur darah
Ya, boleh. Kanser servik mengambil masa yang lama untuk terjadi - lebih kurang 10 - 15 tahun.
Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk seseorang itu diserang kanser. Serangan kanser biasanya berlaku dikalangan wanita
yang berumur diantara 40 - 60 tahun.
Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di servik mula berubah dimana sel-sel luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia')
Sel-sel luarbiasa ini boleh dikesan melalui ujian pap smear
Sekiranya keputusan ujian pap smear anda positif, doktor akan meneruskan dengan kaedah colposcopy. Sekiranya keputusan ini menunjukkan adanya "invasif" kanser, ujian seterusnya akan dijalankan :
Full blood count Liver function test Renal profile Nota : Buat masa ini tiada ujian darah 'Tumor
Markers' untuk mengesan kanser servik.
Doktor akan memberi kaunseling kepada anda mengenai rawatan pilihan yang bersesuaian. Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :
Pembedahan Radioterapi Kemoterapi Keputusan rawatan bergantung kepada jenis
sel kanser yang dikesan.
Mencegah lebih baik dari merawat. Amalkan cara hidup yang sihat. Setia pada pasangan anda. Lakukan pap smear setiap 3 tahun. Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian
pap smear, jika masih belum dilakukan lagi. Apakah itu ujian Pap Smear?
merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
Ia boleh menyelamatkan nyawa anda Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan
pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
Tidak perlu ubat atau bius. Mengambil masa beberapa minit sahaja.
Tidak menyakitkan. Jika anda merasa tegang semasa prosidur
dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.
Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut? Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka
yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.
Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya. Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut
dilakukan?
Tanggalkan seluar dalam. Berbaring di atas katil. Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang
dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran akan dibuat.
Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja
Masukkan spekulum ke dalam vagina. Elakkan dari menyentuh serviks untuk elakkan luka
Dedahkan serviks dengan jelas. Kenalpasti sebarang perubahan tidak normal pada serviks
Sekiranya ada discaj , ambil discaj menggunakan swab steril untuk pemeriksaan mikroskopi dan culture and sensitivity
Transformation zone
SCJ
Guna hujung panjang Ayre’s spatula untuk ambil spesimen dari serviks dan pusingkan spatula 360º
Smear sampel ke atas slaid dengan satu palitan berterusan ke atas slaid di ruang C
Jika perlu (contoh: wanita menopos) ambil satu lagi sampel dari endoserviks menggunakan cytobrush dan pusingkan 360º
Golekkan (roll) berus di atas slaid dengan memutarkan tangkai cytobrush ke atas slaid di ruang D
N C D Siti
721231-03-8122
N - Tuliskan nama dan no pendaftaran C - Ruang untuk sampel menggunakan Ayre’s spatula D - Ruang untuk sampel menggunakan cytobrush
Smear
Putar
28
Normal
epithelium Invasive cervical cancer HPV infection CIN I CIN 2 CIN 3
Monsonego J (ed): From Science to Practice. 2006, pp I-XII
CIN = Cervical intraepithelial neoplasia
Months Years
From incident to persistent HPV infection
Pre-cancerous lesions
80%
Low-grade squamous intraepithelial lesions (LSILs)
High-grade squamous intraepithelial lesions (HSILs)
Invasive Carcinoma
Time Years Months
Normal epithelium
HPV infection; koilocytosis
CIN I CIN II CIN III
Human Papilloma Virus (HPV) Ada lebih dari 100 jenis HPV HPV jenis 16 &18 – 70% dari semua kanser
serviks HPV jenis 45 & 31– penyebab 9%
Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan. Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.
Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.
Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.
Di semua klinik dan hospital kerajaan Di klinik/hospital swasta Federation of Family Planning Association Of
Malaysia (FFPAM) Lembaga Penduduk Perancang Keluarga
Negara (LPPKN)
Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa
atau masalah yang dikesan. Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota
kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya. Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
Apa yang patut dilakukan seterusnya : Rawatan susulan Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan Jalani pemeriksaan kolposkopi
Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan. Kurang menyakitkan. Sesetengah orang merasa tidak selesa. Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian
selanjutnya. Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro
coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.
Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.