Upload
fauzan-farid
View
227
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
PK
Citation preview
PENGENALAN
Matematik ialah satu cara berfikir, kajian pola, kajian perhubungan, satu seni,
dan bahasa yang tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial dan rekreasi manusia.
Kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Matematik
selalunya didefinisikan sebagai pembelajaran/kajian mengenai corak struktur,
perubahan dan ruang, atau dengan kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar
rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak
menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah
kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang
sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.
Masalah yang hadapi oleh kanak-kanak dalam matematik ialah mereka menulis
nombor dengan terbalik sehingga menyebabkan jawapan yang mereka terima adalah
salah. Selain itu, mereka juga kurang faham akan konsep masa, ruang, isipadu dan
sebagainya. Ini menyebabkan konsep matematik mereka salah dan mereka tidak dapat
menguasai matematik dengan baik.
1
LATAR BELAKANG MURID
Bagi tugasan ini, saya telah memilih dua orang murid pendidikan khas dan
subjek pertama ialah seorang murid bernama Muhammad Isnin bin Kasmurih. Murid ini
dilahirkan pada 20.01.2002 di Hospital Beaufort Sabah. Tempat tinggal terkininya
beralamat di Lumat,89808 Beaufort Sabah. Murid ini berada dalam kategori kanak –
kanak ADHD, bermasalah pembelajaran dan kecerdasan atau IQ berada di tahap
rendah.
Masalah pembelajaran khusus kanak – kanak ADHD didefinisikan sebagai
mempunyai gangguan tingkah laku dan tidak dapat menumpukan perhatian. Seperti
kelaziman bagi kanak – kanak yang menghadapi masalah ADHD, Isnin juga kurang
kebolehan dalam menguasai kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis) dan dia
tak dapat mengikuti pembelajaran dalam kelas biasa.
2
Muhammad Isnin Jovi Giovanni
Menurut guru kelasnya, Isnin masih mampu untuk belajar dan menerima ajaran
dari guru, Cuma dia perlukan sedikit bimbingan dan pantauan untuk memudahkannya
memperoleh pengajaran yang disampaikan kepadanya.
Dari dapatan pemerhatian yang telah saya buat, saya dapati dari sudut fizikal,
murid ini kelihatan normal sihat dan cukup sifat. Tidak ada beza sedikit pun dengan
murid – murid lnormal lain di sekolah tersebut. Kadang –kadang, murid ini sering
dianggap murid biasa di sekolah itu dan tidak mempunyai sebarang masalah. Di luar
sekolah juga murid ini dilihat masyarakat seperti juga kanak – kanak biasa yang lain.
Hal ini kerana perkembangan tizikal dan motor halusnya sama dengan kanak – kanak
normal.
Dari pemerhatian dan penyelidikan yang telah saya lakukan, tidak mempunyai
maslah bahasa tetapi kanak-kanak ini mempunyai masalah matematik.
Sampel kedua yang saya telah pilih ialah adik Jovi Giovanni Arthur. Jovi
dilahirkan di Hospital Beaufort pada 30.12.2013 dan tinggal di Kg Jimpangah Beaufort
Sabah. Jovi berada dalam kategori kanak – kanak ADHD, bermasalah pembelajaran
dan kecerdasan atau IQ berada di tahap rendah.
Jovi masih mampu untuk belajar tetapi kadangkala dia perlu bantuan daripada
guru untuk memudahkanya menyelesaikan masalah dan memahami isi pelajaran. Saya
turut mendapati bahawa struktur fizikal murid ini adlah sama seperti dengan kanak-
kanak normal. Di dalam kelas serta di luar kelas, murid ini tidak mempunyai masalah
dalam pergaulan dan mempunyai ramai rakan. Akan tetapi, berdasarkan pemerhatian
saya dengan lebih mendalam terhadap sampel kerja murid serta di dalam kelas, murid
ini mempunyai masalah dalam penyelesaian masalah matematik.
3
MASALAH YANG DIHADAPI DAN PUNCA
Bagi sampel pertama iaitu Isnin, dia sudah mengenali nombor 1 – 10 dan juga
sudah diperkenalkan dengan simbol (-) dan (=).Isnin berupaya menambah walaupun
mengambil masa yang lama. Masalah utama yang dihadapi oleh Isnin ialah dia tidak
berupaya menolak secara spontan. Tahap kebolehan Isnin hanyalah menulis ayat
Matematik bagi operasi tolak melalui proses pengasingan dalam lingkungan 10 sahaja.
Isnin memerlukan bahan maujud untuk dijadikan sebagai bahan kira-kira atau pun
gambar sekurang-kurangnya. Kadang kala, Isnin akan terlupa cara untuk menolak dan
perlu diajar sekali lagi. Ini adalah disebabkan oleh masalah ingatan dimana murid ini
mempunyai maslah ingatan dari aspek penyimpanan maklumat.
Kognitif merupakan aktiviti otak yang melibatkan pemprosesan maklumat yakni
melibatkan aktiviti mental yang berkaitan dengan menerima maklumat, menyimpan dan
mengeluarkan semula untuk digunakan. Piaget (1952) menyatakan bahawa tahap
perkembangan kognitif manusia mengalami empat peringkat iaitu peringkat deria
motor(0-2 tahun), peringkat pra-operasi(2-7 tahun), peringkat operasi konkrit(7-11
tahun) dan peringkat operasi formal (12 tahun ke atas). Jelas di sini murid pendidikan
khas ini mempunyai masalah untuk mengingat, ketidakupayaan otak memproses data
kepada ingatan jangka panjang menyebabkan murid gagal untuk mengaplikasikan apa
yang telah dipelajari untuk menjawab soalan. Selain daripada itu guru perlu mengetahui
dua jenis memori iaitu memori semantik dan juga memori episodik di mana memori
semantik merupakan memori yang menyimpan pengertian maklumat dan memori
episodik merupakan memori yang menyimpan maklumat peristiwa.
Dalam memori semantik murid khas gagal untuk mentransformasikan maklumat
yang diterima kepada kod makna dan gagal menyimpan kod tersebut. Memori episodik
pula membawa kepada kegagalan murid khas menerima dan menyimpan peristiwa-
peristiwa yang terjadi ataupun dialami murid pada waktu dan tempat tertentu yang
berfungsi sebagai referensi autobiografi
Isnin turut mempunyai masalah emosi kerana semasa permehatian saya di
dalam kelas, Isnin sering kali mengelak untuk menjawab soalan yang disoal oleh guru
4
kerana Isnin amat takut untuk menjawab dengan jawapan yang salah. Ini membuktikan
bahawa murid ini mempunyai maslah dalam konsep kendiri dan harga diri kendiri yang
rendah. Guru kelas beliau turut menyatakan bahawa Isnin mempunyai masalah
‘mathopopia” yakni takut kepada matematik. Murid yang berasa sangat takut dengan
matematik akan menyebabkan mereka ketinggalan dalam kelas dalam mata pelajaran
matematik.
Manakala sampel kedua itiu Jovi mempunyai masalah dalam mengenalpasti
masa. Berdasarkan sampel kerja serta pemerhatian di dalam kelas, Jovi tidak mampu
untuk menyatakan masa dengan baik. Guru kelas beliau turut memberitahu bahawa
Jovi hanya boleh menyatakan masa apabila beliau melihat rajah jam dan akan
mengalami masalah jika guru hanya memberi arahan untuk menyatakan masa jika tidak
terdapat jam di sisinya. Jovi juga kadangkala akan mengalami kekeliruan dalam
membezakan fungsi jarum panjang dan jarum pendek serta system 24 jam. Walaupun
guru sering memberi latihan kepada Jovi untuk memperkuatkan lagi kebolehan Jovi
dalam menyatakan, Jovi akan terlupa tentang apa yang dipelajarinya. Jovi juga tidak
mampu untuk menulis ayat untuk mentakan masa di dalam lembaran kerjanya.
Punca Jovi mempunyai masalah dalam menyatakan masa ialah Jovi mempunyai
kognitif yakni tidak mampu mengingati,memproses maklumat yang telah diterima untuk
digunakan di masa akan datang.
Jovi turut mempunyai masalah hiperaktif yang amat tinggi. Semasa dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran, Jovi sering kali tidak memberi tumpuan terhadap
pelajaran yang diajar oelh guru dan sering lari keluar dari kelas. Oleh itu, Jovi semakin
ketinggalan dalam pelajaran.
5
STRATEGI DAN TEKNIK PENYELESAIAN
Terdapat beberapa strategi serta kaedah yang boleh digunakan dalam
menangani masalah yang dihadapi oleh murid pendidikan khas. Strategi merupakan
pendekatan yang umum untuk mengatasi masalah ini. sama ada dari segi strategi
pemusatan guru, murid ataupun bahan. Strategi juga mempunyai pecahan kaedah
untuk digunakan bagi menangani masalah mengingati simbol di antaranya ialah kaedah
eksposisi, koperatif, automatik dalam fakta-fakta matematik serta pendekatan kiosk.
Namun begitu, kaedah apa sekali pun digunakan guru harus ingat bahawa, matematik
mempunyai bahasanya yang tersendiri. Oleh itu penekanan yang digunakan haruslah
tepat dan jelas agar tidak timbul sebarang masalah pemahaman bahasa dan
kecelaruan konsep.
Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kedua orang sampel iaitu Isnin
dan Jovi, guru boleh menggunakan beberapa jenis strategi serta teknik untuk
membantu mereka memahami konsep matematik. Penggunaan strategi ini amatlah
penting kerana ianya merupakan garis panduan bagi guru untuk merancang sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran serta ianya juga bertujuan untuk membantu murid
itu sendiri.
Amalan pembelajaran berpusatkan pelajar iaitu menggunakan pendekatan
belajar secara berkumpulan memberi peluang murid-murid berinteraksi antara satu
sama lain dan boleh belajar melalui pengalaman sendiri. Teknik ini boleh diaplikasikan
untuk membantu Isnin dan Jovi kerana para pelajar-pelajar akan melakukan aktiviti
secara aktif semasa proses pembelajaran dan ini meliputi pengalaman pembelajaran
yang dirasai dan dialami sendiri oleh mereka. Mereka boleh bertukar pendapat dan
bersama- sama untuk menyelesaikan masalah. Ini akan membantu Isnin dan Jovi
kerana dalam pembelajaran berkumpulan, kemahiran komunikasi mereka akan turut
diasah. Nilai murni turut dapat dipupuk dan ini akan membuatkan Isnin dan Jovi tidak
takut kepada matematik Pendidikan Negara.
Kaedah kumpulan merupakan satu inovasi dalam strategi pengajaran dan
pembelajaran yang berpusatkan pelajar khususnya dalam pembelajaran matematik.
6
Kumpulan murid terbahagi kepada dua iaitu kumpulan sama kebolehan dan kumpulan
pelbagai kebolehan. Kaedah kumpulan sama kebolehan membolehkan guru
membimbing pelajar-pelajar mengikut kebolehan di samping menjalankan aktiviti-aktiviti
pengayaan dan pemulihan mengikut keperluan masing-masing. Kaedah kumpulan
pelbagai kebolehan memberikan pelajar-pelajar peluang mengamalkan pengajaran
sebaya, memupuk semangat kerjasama dan bertimbang rasa, perkembangan sahsiah
dan kemahiran social.
Selain itu, guru juga boleh menggunakan kaedah generalisasi bagi membantu
kedua murid ini. Konsep generalisasi merupakan satu kaedah yang signifikan dalam
kemahiran penaakulan matematik. Untuk membuat generalisasi adalah dengan
melaksanakan pemerhatian tentang sesuatu yang berkemungkinan benar. Terdapat
beberapa komponen dalam proses melaksanakan generalisasi iaituconjecture
(semakan) yakni menggunakan perkataan yang lazim dalam konteks penyelesaian
masalah matematik. Ianya merupakan proses semakan matematik. Contohnya, murid
mungkin membuat semakan bahawa 91 adalah nombor perdana. Pada peringkat ini,
murid belum tentu tahu bahawa 91 adalah nombor perdana. Setelah dibuat penerokaan
membahagi 91 dengan 2, 3, 5 dan 7, murid mendapati 91 hanya boleh dibahagi dengan
7 iaitu 13 kali dan ini bermakna 91 bukan nombor perdana. Komponen kedua ialah
counter-example yang membawa maksud merupakan kes spesifik yang memamerkan
bahawa generalisasi adalah tidak sah. Contohnya “dalam setahun ada empat bulan
yang ada lima kali hari Ahad”. Komponen ketiga yang perlu diambil kira ialah kes
spesifik Ia adalah bertujuan untuk memandu kita menghalusi atau meneliti generalisasi
yang hendak diaplikasi dan jika ianya tidak sesuai boleh disisihkan. Komponen ketiga
ialah hipotesis. Hipotesis selalu selalu digunakan untuk merujuk kepada generalisasi
yang masih memerlukan semakan (conjecture) sama ada benar atau salah. Kaedah
penaakulan induktif boleh digunakan bagi mencari bukti tentang sesuatu kes.
Contohnya murid ingin tahu apa jawapannya jika dia menambah nombor ganjil dengan
nombor ganjil jawapannya nombor ganjil. Komponen ketiga ialah bukti. Bukti
merupakan kaedah matematik bagi penaakulan. kaedah penaakulan deduktif boleh
digunakan untuk mendapatkan bagi sesuatu kes dalam matematik.
7
Selain itu, guru juga boleh menggunakan teknik penyelesaian masalah yang
juga merupakan fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Oleh itu,
proses pengajaran dan pembelajaran perlu melibatkan kemahiran penyelesaian
masalah secara komprehensif dan merentasi keseluruhan kurikulum. Perkembangan
kemahiran penyelesaian masalah perlu diberi penekanan sewajarnya supaya murid
dapat menyelesaikan pelbagai masalah secara berkesan.
Kepelbagaian penggunaan strategi umum dalam penyelesaian masalah,
termasuk langkah-langkah penyelesaiannya harus diperluaskan lagi penggunaannya
dalam mata pelajaran ini. Dalam menjalankan, aktiviti pembelajaran untuk membina
kemahiran penyelesaian masalah ini, perkenalkan masalah yang berasaskan aktiviti
manusia. Melalui aktiviti ini, murid dapat menggunakan matematik apabila berdepan
dengan situasi yang baru dan dapat memperkukuhkan diri apabila berdepan dengan
pelbagai situasi harian yang lebih mencabar.
Teknik pembelajaran masteri turut boleh digunakan oleh guru. Ianya merupakan
suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam memastikan semua murid
menguasai hasil pembelajaran yang dingini dalam suatu unit pembelajaran sebelum
berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan
masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
Dalam kaedah ini hasil pembelajaran perlu ditentukan dan mengikut hierarki
atau unit pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang perlulah
bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan.
Penilaian dibuat berdasarkan Ujian Rujukan Kriteria dan hanya murid yang
berjaya menguasai 80 peratus aras masteri akan berpindah mempelajari unit
pembelajaran baru. Bagi murid yang gagal menguasai aras masteri akan diberi
pemulihan dan yang berjaya akan melakukan aktiviti pengayaan.
Penggunaan kaedah ini di dalam perancangan pengajaran perlu mengetahui
prinsip-prinsip pembelajaran masteri iaitu murid normal boleh mempelajari apa yang
diajar oleh guru. Pembelajaran perlulah dipecahkan kepada unit kecil supaya mudah
dikuasai. Di samping itu murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai
8
sesuatu hasil pembelajaran yang telah ditentukan. Arahan guru juga perlu jelas bagi
setiap unit pembelajaran.
Guru tutur boleh menggunakan strategi penerokaan. Dalam penerokaan, guru
memainkan peranan penting dalam memperkembangkan disposition penyelesaian
masalah murid. Mereka hendaklah memilih masalah yang boleh melibatkan murid. Guru
perlu mewujudkan persekitaran yang menggalakkan murid untuk meneroka, mengambil
risiko, berkongsi kejayaan dan kegagalan dan perbincangan. Dalam persekitaran itu,
murid membentuk keyakinan bahawa mereka perlu bagi meneroka masalah dan
keupayaan untuk membuat penyesuaian terhadap strategi penyelesaian masalah.
Murid yang kurang aktif juga mempunyai peluang untuk membentuk keupayaan dan
meningkatkan keyakinan mereka menggunakan bahan manipulatif melalui kaedah
penerokoaan ini. terdapat empat langkah pelaksanaan dalam kaedah penerokaan iaitu
penerokaan, perancangan, penyelesaian, pemeriksaan
Melalui pendekatan strategi ini, guru memberi murid masalah matematik
berdasarkan konteks persekitaran dan membenarkan murid membina strategi mereka
sendiri bagi menyelesaikanmasalah menggunakan sumber yang sedia ada. Mereka
boleh menggunakan gambar, perwakilan simbolik atau secara fizikal. Di samping itu
mereka digalakkan meneroka pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah. Sepanjang
pelaksanaan projek, murid mencipta kaedah sendiri dan berkongsi dengan rakan
sekelas. Proses untuk mendapatkan jawapan adalah lebih penting berbanding jawapan
itu sendiri.
Selain itu, guru juga boleh menggunakan strategi penyelesaian masalah Model
polya. Menurut Model Polya, penyelesaian masalah boleh dilaksanakan melalui empat
peringkat iaitu, memahami dan mentafsir masalah, merancang strategi penyelesaian,
melaksanakan strategi penyelesaian dan menyemak semula penyelesaian.
Model polya memberi murid kemudahan untuk menyelesaikan masalah
matematik lagi dengan lebih baik kerana berdasarkan model ini, sesuatu masalah
matematik itu akan dikaji dan jawapan yang diperolehi akan disemak.
9
10
RPH
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PELAJARAN
NAMA GURU : EN MOHD FAUZAN FARID BIN JASNEH
SEKOLAH : SK PEKAN BEAUFORT
KELAS/ DARJAH :3 SETIA
BIL. MURID: 2
UMUR PURATA : 10 TAHUN
TARIKH: 20 OGOS 2013
MATA PELAJARAN: MATEMATIK
MASA: 1 JAM (60 MINIT)
KUMPULAN Kumpulan 1 Kumpulan 2
Nama Murid Muhammad Isnin bin Kasmurih
Jovi Giovanni Arthur
Tajuk Operasi Tolak Dalam Lingkungan 10
Mengenal waktu dalam unit jam
Standard Kandungan
Mengenal Konsep Tolak i. Menyatakan kuantiti nombor objek dalam kumpulanii. Membahagikan satu kumpulan besar objek konkrit dan kad nombor. iii. Membahagikan satu kumpulan besar kepada dua kumpulan kecil menggunakan objek konkrit dan kad nombor.iv. Menulis ayat Matematik operasi tolak berdasarkan gambar.v. Menulis ayat Matematik operasi tolak dengan mengenalkan simbol tolak dan sama dengan.
i. Mengenal nombor pada muka jam
ii. Mengenal jarum panjang dan jarum pendek
iii. Membezakan waktu.iv. Menyatakan masa
Objektif . Membina sekurang- i. Menyebut masa (jam)
11
Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
kurangnya empat daripada lima ayat Matematik operasi tolak dengan betul. ii. Menyelesaikan empat daripada lima ayat Matematik operasi tolak berdasarkan gambar dengan betul.
dalam sistem 12 jam sekurang-kurangnya 3 daripada 5 waktu dengan betul.
ii. Menunjukkan waktu (jam) dalam sistem 12 jam sekurang-kurang 3 daripada 5 waktu
iii. Murid dapat menyusun aktiviti yang sesuai dilakukan mengikut masa.
Pengalaman Sedia Ada
Kenal nombor 1 – 10 Kenal simbol (-)
Murid telah biasa melihat dinding jam dirumah
Bahan- Bantu Mengajar (BBB)
1. Mesin mengira2. Kad nombor3. Lembaran kerja4. Video
1. Jam2. Kad nombor3. Alatan Mewarna4. Lembaran Kerja5. Muzik – lagu.6. Model jam.
EMK BahasaTMK
BahasaTMK
Nilai Murni 1) Baik hati 2) Hormat menghormati
3) Baik hati 4) Hormat menghormati
Unsur Terapi 1) Terapi pertuturan2) Terapi seni3) Terapi pergerakan4) Terapi pengurusan diri5) Terapi tingkah laku
1) Terapi pertuturan2) Terapi seni
KB 1) Menyelesaikan masalah2) Menyusun atur
1. Menyelesaikan masalah2. Menyusun atur
Kumpulan Kumpulan 1 Kumpulan 2
12
Set Induksi
(10 minit) 1. Pengenalan Tajuk
Murid diminta menyanyi lagu
“Mengira”
1. Guru menyanyi dan
murid mengikut nyanyian guru
2. Murid-murid menyanyi
bersama dan meniru gaya guru.
3. Guru mengaitkan lagu
dengan pembelajaran hari ini
iaitu nombor 1-10 dan menolak
1. Pengenalan Tajuk
Murid diminta menyanyi lagu
“Mengira”
1. Guru menyanyi dan murid
mengikut nyanyian guru
2. Murid-murid menyanyi
bersama dan meniru gaya guru.
3. Guru mengaitkan lagu
dengan pembelajaran hari ini iaitu
nombor 1-10 dan menolak
1. Pengenalan Tajuk
Murid diminta menyanyi lagu ”
Bangun Pagi
1. Guru menyanyi dan murid
mengikut nyanyian guru
2. Murid-murid menyanyi
bersama dan meniru gaya guru.
3. Guru mengaitkan lagu
dengan pembelajaran hari ini iaitu
waktu bangun pagi dan amalan-
amalan yang wajib dilakukan
setiap hari.
4. Guru cuba menutup lampu
(suasana kelas jadi gelap petanda
malam) dan menghidupkan
kembali suiz lampu kelas (suasan
kelas cerah petanda siang).
Kumpulan Kumpulan 1 Kumpulan 2
13
Langkah 1
(15 Minit)
INTERAKSI P& P
1) Guru menampalkan kad
gambar kereta di papan
putih
2) Murid diberi arahan untuk
menanggalkan 5 keping
kad gambar tersebut.
3) Murid diminta untuk
mengira jumlah kad yang
masih terlekat di papan
putih.
4) Guru menjelaskan
tentang operasi tolak
melalui aktiviti yang telah
dijalankan dalam bentuk
ayat matematik
5) Guru menulis soalan di
papan tulis dan meminta
murid untuk
menyelsaikanya..
INTERAKSI P& P
1) Guru menunjukkan jam
loceng di hadapan kelas
2) Murid melihat dan
menyentuh model jam
yang ditunjukkan oleh guru.
3) Guru menunjukkan
komponen jam kepada
murid.
4) Guru menunjukkan nombor-
nombor yang terdapat pada
muka jam dan murid
menyebut.
5) Murid memberi respon
mengenai penerangan
guru.
6) Guru meminta murid untuk
mengebut nombor secara
berkumpulan pada jam
bermula dari nombor 1
hingga nombor 12 dan
seterusnya secara individu
dan kemudian dari nombor
12 hingga 1 (menurun)
7) Murid mengikut arahan
guru dengan teliti.
8) Guru memberitahu murid
tentang jarum jam, jarum
minit, dan jarum saat.
(loceng jam berbunyi
14
meransang murid untuk
fokus semasa P&P
9) Guru menerangkan waktu
pagi, tengahari, petang,
malam.
10)Guru menerangkan aktiviti
yang sesuai dilakukan
mengikut waktu
Kumpulan Kumpulan 1 Kumpulan 2
Langkah 2
(15 Minit) LEMBARAN KERJA
1) Guru mengedarkan
lembaran kerja yang
mengandungi operasi
tolak
2) Murid menerima
lembaran kerja yang
diberikan oleh guru
3) Guru meminta murid
untuk menulis waktu jam
berdasarkan pada model
jam yang disediakan.
4) Murid melaksanakan
arahan yang diberikan.
5) Guru membimbing murid
yang lemah dalam
menyiapkan lembaran
kerja.
6) Murid memberi respon
positif kepada guru.
LEMBARAN KERJA
1) Guru mengedarkan
lembaran kerja yang
mengandungi gambar jam
yang tidak lengkap.
2) Murid menerima lembaran
kerja yang diberikan oleh
guru
3) Guru meminta murid untuk
menulis waktu jam
berdasarkan pada model
jam yang disediakan.
4) Murid melaksanakan
arahan yang diberikan.
5) Guru membimbing murid
yang lemah dalam
menyiapkan lembaran
kerja.
6) Murid memberi respon
positif kepada guru.
15
Kumpulan Kumpulan 1 Kumpulan 2
Langkah 3
(15 Minit) AKTIVITI PENGUKUHAN
1) Murid diberi soalan
berkaitan operasi tolak
dan guru menggunakan
mesin pengira untuk
murid menjawab soalan.
2) Guru meletakkan 5
batang lidi di cawan A
dan meletakkan 3 batang
lidi di cawan B.
3) Murid hendaklah
menghitung jumlah lidi
yang terdapat di kedua
cawan.
4) Guru menukar bilangan
lidi yang terdapat di
kedua-dua cawan.
5) Guru membimbing murid
AKTIVITI PENGUKUHAN
1) Guru menunjukkan jam
yang tidak mempunyai
jarum panjang dan pendek
2) Guru memberi ayat
matematik tentang masa.
3) Murid diminta untuk
meletakkan jarum panjang
dan pendek di kedudukan
yang sesuai berdasrkan
ayat matematik tersebut.
4) Guru membimbing murid.
Penutup
(5 Minit) 1) Guru meneliti hasil kerja
murid dan memberi
markah secara verbal
dan bertulis.Pujian diberi.
2) Guru membuat ringkasan
tentang pengajaran pada
hari ini dengan menyoal
kembali murid tentang
operasi tolak
1) Guru meneliti hasil kerja
murid dan memberi markah
secara verbal dan
bertulis.Pujian diberi.
2) Guru membuat ringkasan
tentang pengajaran pada
hari ini dengan meminta
murid menyebut kembali
waktu pada model jam.
16
3) Murid diberikan ganjaran
pujian atas pencapaian
dan penglibatan mereka
dalam pengajaran dan
pembelajaran.
3) Murid diberikan ganjaran
pujian atas pencapaian dan
penglibatan mereka dalam
pengajaran dan
pembelajaran.
Refleksi:
17
RUJUKAN
Jamila K.A Mohamed, (2008). Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa.
Kuala Lumpur : Percetakan Zafar Sdn. Bhd.
Mohd. Sharani Ahmad, (2010). Mengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar.
Kuala Lumpur : BS Print (M) Sdn. Bhd.
Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad, (2011). Pengantar Pendidikan Khas.
Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.
Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad, (2011). Kaedah dan Strategi Pengajaran
Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.
Zharulnizam Shah Z. A, (2010). Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Khas.
Selangor Darul Ehsan : Yeohprinco Sdn. Bhd.
Zainal Abidin bin Nasir (27 Ogos 2013). Rancangan Pengajaran Harian. Dilayari
pada 22 Ogos 2013, di laman web http://zainal-nasir-online.webnode.com//
18
LAMPIRAN
19