Upload
others
View
11
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS
PENSISWAZAHAN GURU (KEMAHIRAN HIDUP) DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI
EI SIEW MOI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU(KEMAHIRAN HIDUP) DI UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA
EI SIEW MOI
Laporan Projek ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Khas Buat
Untuk Ayah, Ibu,
Abang-abang, Kakak-kakak, Adik
Suami, Anak,
Saudara-mara dan Rakan-rakan
Yang Tersayang.
iv
PENGHARGAAN
Pengkaji ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan
ikhlas kepada pembimbing Projek Sarjana Muda ini, Encik Ahmad Johari bin Sihes di
atas bimbingan yang diberi sepanjang tempoh penulisan projek ini sehingga berjaya
disiapkan.
Penghargaan ikhlas juga dirakamkan kepada rakan-rakan yang telah banyak
memberikan pendapat dan bantuan kepada saya. Penghargaan juga ditujukan kepada
pelajar-pelajar Tahun Empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran
Hidup (PKPG) yang telah memberikan kerjasama kepada saya dalam menjawab soal
selidik yang diedarkan dengan jujur dan ikhlas.
Akhir sekali, penghargaan ikhlas juga dirakamkan kepada ibu bapa, suami, abang
kakak, adik, dan anak saya yang telah memberi sokongan sama ada dari segi kewangan
dan sokongan mental kepada saya.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau masalah pembelajaran pelajar Tahun Empat
Program Khas Pensiswazahan Guru (Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi
Malaysia. Persoalan yang dikaji menyentuh aspek beban kerja, masalah pengurusan
masa, peranan pensyarah, penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan masalah
kewangan. Responden yang terlibat adalah terdiri daripada keseluruhan pelajar tahun
4SPH iaitu seramai 114 orang. Instrumen kajian berbentuk soal selidik yang memuatkan
item-item untuk mendapatkan maklumat mengenai latar belakang responden dan
persoalan kajian. Skala yang digunakan ialah skala Likert lima poin. Data yang
diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For The Social
Science (SPSS 15.0) untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Hasil
kajian menunjukkkan bahawa responden mempunyai masalah dari aspek beban kerja,
pengurusan masa, peranan pensyarah dan kewangan pada tahap sederhana manakala
masalah penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran pada tahap
yang tinggi. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak fakulti untuk
membantu menangani masalah pembelajaran di kalangan pelajar semasa mereka
mengikuti kursus di Universti Teknologi Malaysia.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to investigate the learning problems that exist
among the fourth year students of Technology and Educational (Living Skill) Degree
Program at Universiti Technology Malaysia. The investigation was related to the
problems on work load, time management, aspects of lecturers, usage of English and
financial problems. All of the students (114) were involved in the research. The
instrument consist of a questionnaire which include items that lead to the information
on respondents’ background and the research question. Data were analyzed using
Statistical Package for Social Science (SPSS15.0) to acquire the value of frequency,
percentage and mean for every item on a likert scale. Result showed that the respondents
experiencing in the moderate level problem of work load, time management, aspects of
lecturers and financial problems but facing the high level of problem on the usage of
English. This research provides some useful information for the faculty on the learning
problems among the students and suggests ways to overcome them.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGAKUAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 6
1.8 Definisi Istilah 7
1.9 Penutup 8
viii
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 9
2.1 Pengenalan 9
2.2 Teori Pembelajaran 9
2.2.1 Teori Behaviorisme 9
2.2.2 Teori Kognitivisme 10
2.2.3 Teori Konstruktivisme 10
2.2.4 Teori Pembelajaran Dewasa 11
2.3 Kajian-kajian Lepas 14
2.3.1 Masalah Beban Kerja 14
2.3.2 Masalah Pengurusan Masa 15
2.3.3 Peranan Pensyarah 16
2.3.4 Penggunaan Bahasa Inggeris 17
2.3.5 Masalah Kewangan 19
2.4 Penutup ` 20
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 22
3.1 Pengenalan 22
3.2 Rekabentuk Kajian 22
3.3 Tempat Kajian 23
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 23
3.5 Instrumen Kajian 23
3.6 Kebolehpercayaan Instrumen 25
3.7 Analisis Data 26
3.8 Penutup 27
ix
BAB 4 PENGANALISISAN DATA 28 4.1 Pengenalan 28
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 29
4.3 Analisis Dapatan Kajian Bahagian B 33
4.3.1 Masalah Beban Kerja 34
4.3.2 Masalah Pengurusan Masa 36
4.3.3 Peranan Pensyarah 38
4.3.4 Masalah Penggunaan bahasa Inggeris 41
4.3.5 Masalah Kewangan 44
4.4 Kesimpulan Hasil 46
4.5 Penutup 47
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 48
5.1 Pendahuluan 48
5.2 Perbincangan 49
5.2.1 Latar Belakang Responden 50
5.2.2 Masalah Beban Kerja 50
5.2.3 Masalah Pengurusan Masa 52
5.2.4 Peranan Pensyarah 52
5.2.5 Masalah Penggunaan Bahasa Inggeris 55
5.2.6 Masalah Kewangan 57
5.3 Kesimpulan 58
5.4 Cadangan 60
5.5 Kajian Lanjutan 61
5.6 Penutup 62
x
RUJUKAN 63
LAMPIRAN
Borang Soal Selidik 67
Surat Pengesahan Status Pelajar . 73
Borang Pengesahan Item 74
Kajian Rintis 75
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Pekali Alpha Cronbach 26
3.2 Skala Pemeringkatan 27
3.3 Julat Min Bagi Menjawab Persoalan Kajian 27
4.1 Bilangan dan Peratusan Jantina dan Kaum 29
4.2 Bilangan dan Peratus Mengikut Status 30
4.3 Bilangan dan Peratus Mengikut Klasifikasi Umur 30
4.4 Bilangan dan Peratusan mengikut Klasifikasi bilangan anak 31
4.5 Bilangan dan Peratusan Mengikut Jumlah Pendapatan Keluarga 31
4.6 Bilangan dan Peratusan Mengikut Pencapaian Akademik 32
4.7 Bilangan dan Peratusan Mengikut Pencapaian bahasa Inggeris 32
4.8 Bilangan dan Peratusan Mengikut Pencapaian CPA 33
4.9 Respon Responden Terhadap Masalah Beban Kerja 34
4.10 Respon Responden Terhadap Masalah Pengurusan Masa 37
4.11 Respon Responden Terhadap Masalah Peranan Pensyarah 39
4.12 Respon Responden Terhadap Masalah Dalam bahasa Inggeris 42
4.13 Respon Responden Terhadap Masalah Kewangan 44
4.14 Min Bagi Setiap Persoalan 46
4.15 Penyusunan Masalah Mengikut Keutamaan 47
xii
SENARAI SIMBOL /SINGKATAN /TATANAMA/ISTILAH
% - Peratus
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru
SPH - Kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
SPSS - Statistical Package for Social Science
IPTA - Institut Pengajian Tinggi
ATS - Amat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
CPA - Mata terkumpul untuk keputusan pencapaian akademik di UTM
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang soal selidik 67
B Surat pengesahan status pelajar 73
C Borang Pengesahan Item 74
D Kajian Rintis 75
BAB 1
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
Universiti Teknologi Malaysia telah berkembang pesat terutamanya dalam
memperkenalkan kursus-kursus pendidikan yang bercorak teknikal sejak awal
penubuhannya. Ini kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan
teknologi adalah aset yang berharga kepada sesebuah negara.
Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) merupakan satu program khas
Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah dilaksanakan mulai tahun 1999.
Program ini melibatkan kerjasama di antara Institut Pengajian Tinggi (IPTA) dengan
maktab-maktab perguruan. Kerjasama di antara IPTA dengan maktab-maktab
perguruan ini adalah berasaskan Memorandum Persefahaman (MOU) di antara
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan IPTA yang terlibat. Pada peringkat awal,
perlaksanaan PKPG ini dirancangkan melalui tiga ambilan iaitu Ambilan Pertama
(1999), Ambilan Kedua (2000) dan Ambilan Ketiga (2001). Ambilan Ketiga
melibatkan 7 buah IPTA termasuk Universiti Utara Malaysia dengan 15 buah maktab
perguruan. Program PKPG ini akan diteruskan selepas mendapat kelulusan daripada
Jabatan Perkhidmatan Awam Bil.JPA(L)S.177/2/10-39/1 Ktl.2(59) bertarikh 8 Jun
2001 yang bersetuju program ini diteruskan bagi ambilan tahun 2002 hingga 2007
dengan mengekalkan syarat-syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan.
Matlamat PKPG adalah seperti berikut :
i. Memenuhi keperluan guru siswazah di sekolah menengah dalam mata
pelajaran kritikal.
2
ii. Mencapai hasrat bahawa semua guru di sekolah menengah di seluruh
negara terdiri daripada guru-guru siswazah pada tahun 2005.
iii. Membantu guru-guru dalam perkhidmatan meningkatkan kelayakan
akademik ke peringkat ijazah seterusnya peningkatan kerjaya mereka.
iv. Melahirkan tenaga kerja yang berketerampilan selaras dengan Wawasan
2020.
Program ini merupakan kursus tiga tahun yang berstruktur 1 + 2, iaitu
pengajian Tahun Pertama dijalankan di maktab perguruan, manakala pengajian Tahun
Kedua dijalankan di universiti bagi memperolehi ijazah pertama. Sepanjang
pengajian ini, pelajar PKPG mendapat kemudahan cuti belajar separuh gaji. Progam
yang dianjurkan ini merupakan saluran terbaik kepada guru-guru terlatih memiliki
ijazah yang sebelum ini tidak berbuat demikian.
Kebanyakan guru yang melanjutkan pelajaran adalah berumur di antara 25
tahun ke atas dan telah berkahwin dan mempunyai tanggunjawab sebagai isteri/ibu
atau suami/bapa. Oleh itu, golongan pelajar ini mampu berfikir secara waras. Mereka
juga mampu membezakan perkara yang baik mahupun buruk. Selain itu, corak
pemikiran mereka adalah lebih matang berbanding dengan remaja sekali gus
melahirkan idea-idea yang bernas dan memberi keuntungan pada mereka. Di
samping itu, setiap keputusan yang dihasilkan memberi manfaat pada dirinya,
masyarakat dan juga institusi
Antara faktor-faktor yang mendorong pelajar PKPG melanjutkan pelajaran
ialah memenuhi hasrat negara iaitu semua guru sekolah menengah terdiri daripada
guru siswazah. Selain itu, faktor yang mendorong guru melanjutkan pelajaran ialah
mereka ingin membaiki diri untuk menjadi seorang yang lebih berilmu. Guru yang
berilmu akan berasa lebih yakin untuk menjalani pengajarannya di sekolah. Ilmu
yang diperoleh akan membantu melicinkan tugas dan tanggungjawab seseorang guru
dalam apa jua perkara yang dilakukan tanpa mengira masa dan tempat.
3
Ada juga golongan guru yang melanjutkan pelajaran kerana ingin
memperbaiki taraf kedudukan dalam jawatan. Ia memudahkan mereka menonjolkan
bakat masing-masing dan memainkan peranan sosial dalam masyarakat sekali gus
mendapat pengiktirafan dan penghormatan dari masyarakat sekeliling. Secara tidak
langsung, mereka dapat menjadi contoh dalam keluarga, sekolah mahupun komuniti.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pelajar PKPG tahun 4SPH adalah bakal guru dari sekolah rendah atau
menengah yang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia untuk
memperoleh tahap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bersiswazah. Kehadiran
mereka adalah berdasarkan latihan dalam perkhidmatan dan telah lama berjuang
dalam alam profesion perguruan. Mereka telah lama meninggalkan alam
persekolahan. Kaedah dan teknik pembelajaran adalah berbeza di dalam keadaan dan
persekitaran yang berbeza.
Suasana pembelajaran di sekolah berlainan dengan suasana pembelajaran di
universiti. Di sekolah murid hanya bergantung kepada guru untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan manakala pelajar di universiti perlu berusaha dengan banyak membuat
rujukan dan pembacaan dan pensyarah hanya sebagai pembimbing yang memberikan
asas sahaja kepada apa yang perlu diketahui oleh pelajar. Dasar negara yang ingin
cepat membangun telah memungkinkan pendidik tidak memberi masa dan peluang
yang cukup bagi pelajar untuk berfikir dan seolah-olah pelajar mesti mengetahui
semua fakta di dalam masa yang singkat. Keadaan ini menyebabkan terdapat
pensyarah yang menganggap semua pelajar mempunyai keupayaan yang sama pada
hakikatnya pelajar mempunyai keupayaan dan pengalaman yang berbeza. Keadaaan
ini boleh menyebabkan berlakunya keciciran di kalangan pelajar. Penggunaan bahasa
Inggeris dalam pengajaran juga menimbulkan masalah pembelajaran pelajar kerana
kebanyakan pelajar kurang berkeupayaan untuk menguasai dan menggunakan bahasa
Inggeris dengan baik.
4
Di samping itu, beban kerja seperti membuat tugasan, membuat rujukan,
menghadiri kuliah dan persediaan untuk menghadapi peperiksaan menjadi
tanggungan pelajar semasa mereka mengikut pengajian. Mata pelajaran Kemahiran
Hidup mempunyai skop yang luas. Mereka memerlukan banyak masa bagi
membolehkan mereka menguasai skop mata pelajaran ini tetapi mereka kesuntukan
masa kerana banyak tugasan perlu diselesaikan.
Selain daripada itu, masalah kewangan timbul terutama di antara mereka
yang telah berkahwin dan mempunyai keluarga dan tanggungan. Ini kerana mereka
dibayar separuh gaji di dalam tempoh pengajian mereka, yang boleh menjadi satu
bebanan yang berat untuk mengagihkan sumber kewangan kepada keluarga dan diri
sendiri. Hasil daripada itu mungkin memberi kesan dan boleh menjejaskan pelajaran
mereka. Keselesaan dan ketenangan minda penting untuk menjamin kejayaan dalam
proses pembelajaran. Kesemua perkara tersebut menjadi halangan dan masalah
kepada pelajar ini dalam pembelajaran mereka.
1.3 Pernyataan Masalah
Kebanyakan Pelajar PKPG Tahun 4 SPH berumur diantara 28 hingga 41
tahun. Keadaan mereka yang lama meninggalkan alam persekolahan secara formal di
antara enam hingga belasan tahun mungkin menimbulkan masalah bagi mereka
setelah kembali semula menjadi pelajar. Ini kerana daya ingatan manusia akan mula
berkurangan selepas mencapai umur dua puluh tahun. Seringkali kedengaran
rungutan daripada kelompok ini bahawa usia menyebabkan mereka sukar untuk
mencapai kecemerlangan dalam akademik di UTM.
Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang telah dijelaskan di atas,
maka pengkaji mengambil kesempatan untuk melakukan kajian untuk mengetahui
apakah tahap masalah pembelajaran (akademik) yang dihadapi oleh pelajar PKPG
tahun 4SPH di Universiti Teknologi Malaysia,Skudai. Dapatan kajian ini agar dapat
menjadi rujukan kepada pelajar lain untuk mengatasi masalah pembelajaran mereka
5
demi mempertingkatkan lagi pencapaian akademik dari semasa ke semasa.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah pembelajaran Pelajar PKPG
Tahun 4 SPH. Antara objektif kajian adalah seperti berikut :
1.4.1 Mengenalpasti tahap masalah dari aspek beban kerja yang dihadapi oleh
Pelajar PKPG Tahun 4 SPH.
1.4.2 Mengenalpasti tahap masalah dari aspek pengurusan masa yang dihadapi oleh
Pelajar PKPG Tahun 4 SPH.
1.4.3 Mengenalpasti tahap masalah dari aspek peranan pensyarah dalam masalah
pembelajaran yang dihadapi oleh Pelajar PKPG Tahun 4 SPH.
1.4.4 Mengenalpasti tahap masalah dari aspek penggunaan bahasa Inggeris dalam
pengajaran yang dihadapi oleh Pelajar PKPG Tahun 4 SPH.
1.4.5 Mengenalpasti tahap masalah dari aspek kewangan yang dihadapi oleh
Pelajar PKPG Tahun 4 SPH.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan utama yang menjadi asas kepada kajian ini adalah untuk
mengetahui apakah tahap masalah beban kerja, masalah pengurusan masa, masalah
peranan pensyarah, masalah penggunaan bahasa Inggeris dan masalah kewangan
yang dihadapi oleh Pelajar PKPG Tahun 4SPH di Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai.
Persoalannya adalah seperti berikut : 1.5.1 Apakah tahap masalah beban kerja yang dihadapi oleh pelajar PKPG 4SPH. 1.5.2 Apakah tahap masalah pengurusan masa yang dihadapi oleh Pelajar PKPG
Tahun 4 SPH.
6
1.5.3 Apakah tahap peranan pensyarah dalam masalah pembelajaran yang dihadapi
oleh Pelajar PKPG Tahun 4 SPH.
1.5.4 Apakah tahap masalah penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran
pensyarah yang dihadapi oleh Pelajar PKPG Tahun 4 SPH.
1.5.5 Apakah tahap masalah kewangan yang dihadapi oleh Pelajar PKPG Tahun 4
SPH.