maklum balas

  • View
    1.495

  • Download
    12

Embed Size (px)

Text of maklum balas

Mohamad Hafizi Bin Mohd Zauwawi 2 PISMP PJPK Pembelajaran Motor Puan Rohaya Bt Ahmad

Maklum balas adalah suatu proses menerima data membuat interpretasi dan menyebabkan pengubahsuaian ke atas tingkah laku. Dalam proses maklum balas ini, sebarang pergerakan sukarela bermula dengan persepsi di mana objek atau peristiwa dikaitkan dengan yang lepas dan direkodkan di dalam otak. Apabila berbagai-bagai jenis pergerakan berlaku, keduadua tindakan pantulan dan sukarela saraf diransang akan membesar, mengembang dan membuat perhubungan yang baru.

Sambungan Apabila jalan baru itu ditamatkan, maklum balas bertambah dari organ penerima deria (reseptor) kepada sistem saraf pusat. Ini akan mendorong kepada berbagai-bagai pergerakan yang lebih rumit yang dapat meransangkan penerima deria dan sistem saraf. Maklum balas ini akan berlaku dan ia merupakan satu motivasi mendorong individu melakukan proses persepsi selanjutnya.

Teknik-Teknik Penjadualan1. Maklum balas memudar (faded feedback) tahap kemahiran : rendah tinggi kuantiti m/balas : tinggi rendah 2. Maklum balas ringkasan (summary feedback) satu m/blas yang merumuskan hasil pretasi daripada beberapa percubaan melampau. 3. Maklum balas Bandwidth maklum balas yang diberi apabila pretasi tidak berada dalam julat sasaran.

Manipulasi maklum balas bagi memoptimumkan proses pembelajaran motor 2 perkara yang perlu dipertimbangkan : 1- apa jenis maklumat yang perlu terkandung dalam maklum balas maklum balas yang diberikan mestilah berguna ; perlu sesuai dengan apa yang boleh dikawal oleh pelajar. sekiranya maklum balas yang diberi bertujuan untuk membetulkan pergerakan yang salah, pastikan pelajar berkeupayaan untuk laksanakan pergerakan yang betul.

Contoh maklum balas yang berguna E.g. Servis Tenis bandingkan maklum balas ini (a) Luruskan tangan ketika toss (b) Pusingkan bahu 90 darjah apabila reket melalui fasa kontek dengan bola.

Maklum balas pertama lebih mudah untuk dimanfaat oleh pelajar. Ia juga lebih baik kerana maklum balas tersebut bertujuan) Memperbaiki kesilapan kepada kinematik yang lebih asas (fundmental movement patterns

Sambungan2. Berapa jitu maklum balas yang patut diberi? kuantiti maklum balas yang hendak diberi perlu dipertimbangkan dua aspek berikut : (a) Perbezaan kapasiti untuk memproses maklumat/ pengetahuan asas e.g. keupayaan kanak-kanak vs keupayaan orang dewasa

(b) Perbezaan dari segi tahap kemahiran motor.. - Pertimbangan penting adalah maklumat yang diberikan mempunyai penekanan terhadap perlakuan motor yang spesifik. - Ini adalah supaya maklum balas yang diberi mudah difahami dan digunakan.

Maklum balas ekstrinsik kualitatif dan kuantitatif. Dalam konteks perolehan kemahiran motor, salah satu saluran maklum balas ekstrinsik yang berpengaruh dalam proses pembelajaran dikenali sebagai maklum balas hasil lakuan motor (knowledge of result- KR). KR merupakan maklumat tambahan pasca-respon yang diberi secara lisan mengenai aspek pencapaian objektif lakuan motor dan biasanya mengandungi maklumat mengenai pencapaian lakuan motor yang dihasilkan.

KR biasanya memberi gambaran tentang sejauh mana sesutau lakuan motor yang dihasilkan oleh pelajar atau pelatih tersisih dari objektif lakuan motor yang berkaitan ( Adams, 1968). Sebagai contoh dalam sesi latihan memanah, sasaran atau objektif lakuan dalah supaya anak panah kena tepat pada bulls eye. Sekiranya cubaan yang dilakukan oleh pelatih tersesih kira-kira 10 sm di sebelah kanan bulls eye, KR yang biasanya akan seperti percubaan anda tersish 10 sm kekanan dari sasaran. Berdasarkan penyampaian maklum balas sperti ini, perlatih diharap berkebolehan membuat modifikasi yang perlu bagi mencapai sasaran atau objektif lakuan motor tadi.

Literasi mengenai KR membahagikan darjah ketepatan ini kepada dua kategori am, iaitu (i) KR kualitatif dan (ii) KR kuantitatif. KR kualitatif adalah KR yang mengandungi maklumat mengenai kualitatif penghasilan pretasi motor secara menyeluruh. Dengan menggunakan contoh latihan memanah tadi, KR kualitatif bagi pretasi yang dihasilkan boleh disampaikan sperti ; percubaan tersisih jauh daripada sasaran. Disini, KR kualitatif mengemukakan maklumat am mengenai komponen jarak atau arah hasil prestasi lakuan.

KR kuantitatif pula mengandungi maklumat yang lebih spesifik berbanding maklumat KR kualitatif. Berdasarkan contoh yang sama kuantitatif lebih baik daripada KR kualitatif. Ini adalah kerana keberkesanan sesuatu kaedah penyampaian KR turut dipengaruhi oleh angkubah-angkubah sperti perbezaan individu, persekitaran pembelajaran, serta jenis lakuan motor yang hendak dipelajari.

Ciri-ciri KR dan KP Knowledge of Result (KR) adalah maklum balas mengenai hasilan sesuatu pencapaian objektif persekitaran lakuan. Knowledge Of Performance (KP) adalah maklum balas mengenai bentuk atau corak pergerakan yang telah dilakuan oleh pelajar. Ianya juga dikenali sebagai maklum balas kinematik. Kedua-duanya adalah maklum balas daripada sumber luaran kepada luaran kepada pelajar selepas tamat sesuatu respons atau pergerakan dan semas selepas tamat sesuatu respons atau pergerakan.

KR dan KP merupakan sumber maklum balas ekstrinsik utama yang boleh digunakan untuk membetulkan ralat pretasi dalam praktis atau latihan. KR biasanya memberi panduan mengenai sejauh mana pretasi tersasar daripada objektif lakuan. KR ada kalanya seiring dengan maklum balas inrtrinsik. KP biasanya memberi panduan mengenai mengapa (aspek lakuan) pretasi tersasar daripada objektif lakuan. KP tidak seiring dengan maklum balas inrtrinsik. Ia maklumat tambahan.

Deria input-Peransang serta-merta -Menerima -mengorganisasi -mendiskriminasi -mentafsir -mencadang

-tindak balas motor

-Peransang dari pengalaman baru

Mekanisme maklum balas ini adalah sesuai untuk menyempurnakan kemahiran motor dalam pendidikan jasmani supaya seseorang itu dapat memperoleh maklumat teknik kemahiran untuk melengkapkan tindakannya. Dengan kata lain, untuk memperoleh kemahiran, seseorang berupaya membandingkan pencapaian atau tingkah laku khusus yang telah ditetapkan supaya dia dapat memajukan diri dalam proses pencapaian maklumat itu.

Maklum balas dapat dihasilkan dalam bentuk maklumat iaitu satu dikenali sebagai pengetahuan pretasi dan satu lagi dikenali sebagai pengetahuan keputusan. Mengikut Bourne, maklum balas merupakan sejenis isyarat yang menunjukkan kebetulan, ketepatan dan kesesuaian sesuatu tindakan semasa dan selepas tindakan itu berlaku.

Sejauh mana maklum balas itu harus disalurkan adalah susah ditetapkan kerana terdapat unsur-unsur yang rumit dalam proses pengajaran pembelajaran. Tetapi secara am, seseorang guru pendidikan jasmani haruslah membekalkan maklum balas yang cepat dan spesifik. Dengan kata lain murid-murid pada mulanya harus diajar atau diberi pengalaman pendidikan jasmani untuk memahami prinsip pergerakan asas supaya berdasarkan kepada pengetahuan keputusan dari pengetahuan pretasi, mereka dapat membuat pembetulan dan memajukan kemahiran mereka berasaskan kepada maklum balas-maklum balas ini.

Aplikasi Maklum balas menyediakan maklumat, motivasi dan peneguhan dalam pembelajaran kemahiran motor. Telah dibuktikan bahawa maklumbalas atau mengetahui tentang keputusan, kedapatan penerimaan kebetulan atau ketepatan perlaksanaan positif kemahiran motor akan memudahkan latihan, pembelajaran dan perlakuan kemahiran. Mempelajari kemahiran motor memerlukan pendirian satu siri langkah laku yang berturut-turut. Setiap percubaan latihan baru biasanya dilakukan dalam konteks pengalaman lalu.

Sambungan Maklum balas merupakan maklumat yang murid peroleh daripada perlakuan kemahiran motor yang kemudiannya membolehkan murid mendapatkan hasil daripada setiap pengalaman berlatih. Dengan itu, maklum balas adalah komponen yang perlu dan mesti dalam pembelajaran dan perlakuan kemahiran motor, khasnya dalam peringkat awal pembelajaran. Tambahan pula, kualiti, kesediaan dan keberkesanan penggunaan maklum balas secara lansung akan mempengaruhi potensi untuk perlakuan kemahiran motor yang optimum.

Sumber yang paling penting dalam pemberian maklumat adalah guru, jurulatih atau orang yang bertanggungjawab untuk membina dan memudahkan keadaan persekitaran pembelajaran. Oleh itu guru perlulah memastikan bahawa persekitaran latihan atau atau pembelajaran khasnya kemudahan, kelengkapan ataupun tempat permainan dapat menyediakan maklumat maklum balas kepada muridmurid semasa latihan kemahiran motor.

Kepentingan maklum balas Kemajuan seseorang murid adalah disebabkan oleh pujian dan galakan dari pihak-pihak lain seperti guru dan ibu bapa. Pendekatan positif seperti ini lebih bermakna kepada mereka berbanding dengan komen yang negatif. Maklum balas begini juga akan dapat meningkatkan keyakinan diri kepada murid yang berkenaan atau sekurang-kurangnya memberikan kekuatan kepadanya untuk menghadapi kehidupannya.

Sambungan Galakan boleh menolong murid mencapai kemajuan, asalkan galakan itu tidak disalah tafsirkan. Galakan juga dapat menolong mengatasi kebimbangan terhadap kegagalan. Pujian yang diberikan mestilah ikhlas dan bukan sekadar meluahkan pujian secara tidak ikhlas. Maklum balas dalam bentuk perlakuan murid dalam aktivit juga merupakan nilai yang penting. Selepas sesuatu tempoh latihan kemahiran, guru boleh memberikan kritik-kritik kepada murid dan membincangkan titik tekanan yang di beri atas kemahiran.

Pengetahuan tentang kejayaan merupakan motivasi untuk mencapai tujuan pengetahuan dalam tujuan yang diingini itu tidak tercapai jika tanpa penyusunan semula usaha-usaha pembelajaran. Prinsip maklum balas yang serta merta ini memberitahu murid bahawa dia telah mencapai tujuaannya. Oleh itu murid dikatakan telah berjaya mengikut ujian yang diberikan oleh guru.

Rumusan Maklum balas mendorong motivasi, untuk mengubah perlakuan yang sedia ad