Upload
hoanganh
View
227
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
MANUAL MPK BIL : 20 /2013
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
MANUAL:
KAWALAN PEMANTAUAN & PENGURUSAN CUKAI TAKSIRAN
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 20 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Prosedur Kerja Cukai Taksiran
1
1.0 TUJUAN MANUAL
1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan
Tambahbaik Holistik [PATH] MPK 2013.
1.2 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga
Klang.
1.3 Memastikan tindakan pengurusan kutipan semasa dan
tunggakan cukai taksiran dilaksanakan mengikut tatacara yang
dibenarkan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976.
1.4 Memastikan pengeluaran bil-bil dan notis-notis tunggakan Cukai
Taksiran mengikut tempoh yang telah ditetapkan iaitu dua kali
setahun (Februari & Ogos)
1.5 Memberi panduan kepada setiap kakitangan dalam mencapai
Sasaran Kerja Tahunan yang telah ditetapkan sebanyak 90%
bagi kutipan semasa Cukai Taksiran dan 70% bagi kutipan
tunggakan cukai taksiran.
1.6 Tindakan yang lebih tegas diambil keatas pemegang harta cukai
taksiran yang tertunggak.
1.7 Memperbaiki pendekatan dan pengurusan tindakan tunggakan
cukai taksiran
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Cukai taksiran merupakan hasil utama Majlis yang menyumbang
sebanyak RM145 juta setahun.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 20 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Prosedur Kerja Cukai Taksiran
2
2.2 Keseluruhan 210,000 akaun cukai taksir Majlis diselenggara oleh
Unit Cukai yang merupakan sebahagian daripada Bahagian Hasil,
Jabatan Kewangan
3.0 DEFINISI /SINGKATAN
3.1 PW
Pengarah Kewangan
3.2 PTW Timbalan Pengarah Kewangan
3.3. PPW Penolong Pengarah Kewangan
3.4 PKA
Penolong Akauntan Kanan 3.5 PA
Pembantu Akaun
3.6 PT Pembantu tadbir
3.7 JTM Jabatan Teknologi Maklumat
3.8 PPH Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 20 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Prosedur Kerja Cukai Taksiran
3
4.0 CARTA BAHAGIAN
CARTA ORGANISASI UNIT CUKAI TAKSIRAN
1.
Pengarah Kewangan (W52)
Timb. Peng. Kewangan (W48)
Penolong Akauntan (W32)
Pembantu Akauntan (W26)
Pembantu Akauntan (W22)
Pembantu Tadbir (N22)
Penghantar Notis (+8)
Pembantu Tadbir (N22)KUP (+3)
Pembantu Tadbir(N17) (+5)
Pembantu Am Pejabat (N1)
Pen. Pengarah Kewangan (W41)
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 20 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Prosedur Kerja Cukai Taksiran
4
5.0 SUMBER KUASA Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual
adalah seperti berikut:
i. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
ii. Akta Perbendaharaan
6.0 SKOP KERJA
Skop kerja unit cukai taksiran merupakan suatu proses yang bermula
dari pengeluaran bil dan notis E sehingga kepada tuntutan tunggakan
cukai taksiran tersebut diselesaikan. Berikut adalah skop kerja Unit
Cukai Taksir:
6.1 Pengeluaran bil dan notis E.
6.2 Kempen Perkhidmatan dan Pembayaran Cukai Taksiran
Pangsapuri Dan Pasaraya.
6.3 Penyediaan tindakan kutipan cukai taksiran oleh ahli taskforce 4%
6.4 Penyediaan waran tahanan daripada laporan penghantar notis
dan ahli task force.
6.5 Tindakan mengutip cukai taksiran semasa dan tunggakan bagi
kes-kes besar.
6.6 Rundingan bayaran secara ansuran, komitmen bulanan serta cek
tertunda.
7.0 PROSES KERJA
7.1 Pengeluaran bil dan notis E
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 20 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Prosedur Kerja Cukai Taksiran
5
i. Proses pengeluaran bil bermula dengan PPW meneliti dan
mengesahkan maklumat yang akan dikemukakan didalam bil.
ii. Kemudian, PPW akan mengarahkan vendor untuk menempah
bil dan mendapatkan sample bil yang akan dikeluarkan.
iii. Vendor akan menghantar sample data dan layout bil untuk
disahkan oleh PPW.
iv. Selepas sample data disahkan, PPW akan mengarahkan PTK
menyediakan jadual kenaan bil dan mendapatkan tandatangan
pengesahan PW untuk edaran kepada jabatan terlibat iaitu JTM
dan PPH.
v. PPW mengarahkan PA untuk menyiapkan laporan dan menutup
akaun cukai taksir pada tarikh yang telah ditetapkan.
vi. Setelah akaun ditutup, PPW akan mencetak Ringkasan
Tunggakan Cukai (RTC) dan membuat back up RTC.
vii. Proses kenaan seterusnya dijalankan melalui proses berikut:
a. Memilih sample akaun
b. Pindahan kolum
c. Kenaan bil cukai taksiran
d. Cetak RTC selepas kenaan.
e. Ujilari sample selepas kenaan.
viii. Setelah proses kenaan dijalankan, pengesahan data akan
dibuat oleh PW dan pihak JTM seterusnya akan menyediakan
data textfile untuk diserahkan kepada pihak vendor.
a. Pihak vendor akan member sample akaun yang akan
dihantar untuk tujuan pengesahan.
b. Seterusnya sample tersebut diuji di kaunter oleh PPW.
c. Akhir sekali data yang telah diuji disahkan oleh PW dan
bil dikeluarkan oleh vendor.
7.2 Kempen Perkhidmatan dan Pembayaran Cukai Taksiran
Pangsapuri Dan Pasaraya
i. Kaunter perkhidmatan dan pembayaran cukai taksiran diadakan
pada setiap hari Sabtu dan Ahad mulai jam 9.00 pagi hingga
2.00 petang di kawasan penduduk dan dari jam 10.30 pagi
hinggal 10.00 malam di kawasan Pasaraya.
ii. Pada awalnya, PPW akan menyediakan dan menyemak data
tunggakan bagi kawasan-kawasan tertentu.
iii. Kemudian PPW mengarahkan pembantu tadbir kanan
mengeluarkan surat permohonan bagi kawasan-kawasan
kempen di pangsapuri dan Pasaraya terpilih dan memo kepada
jabatan-jabatan berkaitan.
iv. Seterusnya PPW menyemak jadual tugas kempen yang
disediakan oleh pembantu tadbir kanan.
v. PPW/PKA mengarahkan penghantar-penghantar notis
menyerahkan bil-bil cukai beserta ‘flyers’ kepada. pembayar
cukai yang tertunggak
vi. PPW/PKA mengarahkan pembantu tadbir bertugas
menyediakan kelengkapan kempen turun padang dan kempen
di pasaraya.
vii. PPW atau PKA akan memantau kempen yang dijalankan.
7.3 Penyediaan tindakan kutipan cukai taksiran oleh taskforce 4%
i. Pasukan Task Force merupakan kakitangan Majlis yang terdiri
dari pelbagai peringkat bertindak sebagai angkatan tambahan
unit cukai dalam menyelesaikan tunggakan cukai taksiran
Majlis.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 20 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Prosedur Kerja Cukai Taksiran
1
ii. Pada mulanya, PPW akan menyemak data tunggakan bagi
kawasan-kawasan tertentu dan mengarahkan PT untuk
memberi anggota taskforce akaun tertentu yang disahkan
sahaja.
iii. Kemudian PT akan mencetak bil notis e tunggakan untuk
diserahkan kepada anggota taskfoce.
iv. Pada masa yang sama PT akan turut menyediakan senarai
notis e yang telah dicetak bagi tujuan rekod Majlis.
v. Seusai notis E dihantar ahli taskforce, PT akan key in maklumat
maklumbalas ahli taskforce yang telah menjalankan siasatan.
vi. PT akan menyemak bayaran cukai notis yang telah dihantar
oleh ahli taskforce dan menyediakan laporan pembayaran.
vii. Laporan pembayaran yang lengkap disemak oleh PPW dan
disahkan oleh TPW di hantar ke bahagian pembayaran untuk
tindakan pembayaran.
7.4 Penyediaan waran tahanan daripada laporan penghantar notis
dan ahli task force
i. Proses bermula dengan PPW mengarahkan penghantar notis
dan anggota task force 4% untuk menghantar Notis E bagi
akaun harta yang mempunyai tunggakkan dan membuat
laporan.
ii. Selesai laporan diterima daripada PN/anggota taskforce, PW
mengarahkan pembantu tadbir untuk membuat semakan
bayaran selepas tempoh 14 hari serahan Notis E. PT akan
membuat penyediakan dokumen tindakan waran berserta
penyata hutang bagi akaun yang tidak berbayar.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 20 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Prosedur Kerja Cukai Taksiran
2
iii. Sesudah itu, PT akan menyerahkan waran tahanan yang sudah
siap diproses kepada TPW untuk disahkan.
iv. Selesai disahkan, PT memajukan dokumen lengkap ke Jabatan
Undang-Undang untuk tindakan sitaan.
v. Akhir sekali, PT menyediakan laporan bagi tindakan waran.
7.5 Tindakan mengutip cukai taksiran dan tunggakan bagi kes-
kes yang melibatkan syarikat-syarikat.
i. PPW menerima arahan daripada Pengarah Kewangan untuk
menguruskan tindakan mengutip tunggakan cukai taksiran
bagi kes-kes besar yang melibatkan syarikat-syarikat
membabitkan tunggakan melebihi RM5,000.
ii. PPW mengarahkan PKA menyediakan data-data tunggakan
bagi kategori-kategori tertentu
iii. PPW mengeluarkan maklumat-maklumat dari data-data yang
diperolehi sebagai panduan kepada tindakan-tindakan yang
akan diambil.
iv. PPW mengarahkan PKA untuk menyemak maklumat jika ada
tindakan-tindakan yang telah diambil sebelum ini.
a. Ada bayaran
b. Ansuran/Post Dated Cheque
c. Tindakan Undang-undang
viii. PPW mengarahkan tindakan kepada pembantu tadbir berkaitan
perkara yang perlu dibuat.
a. Menyediakan surat tuntutan tunggakan cukai
taksiran
b. Mengeluarkan notis E
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 20 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Prosedur Kerja Cukai Taksiran
3
c. Menyediakan surat tuntutan tunggakan cukai
taksiran kepada penyewa (jika ada)
d. Mengeluarkan waran tahanan
ix. PPW memantau dan menjalankan tindakan-tindakan berkaitan.
a. Serahan Notis E
b. Serahan surat tuntutan tunggakan
x. PPW menyediakan laporan tindakan yang telah diambil untuk
makluman PW.
7.6 Rundingan bayaran secara ansuran, komitmen bulanan dan
cek tertunda
i. Unit Cukai Taksiran menerima permohonan pembayaran secara
ansuran daripada pemegang harta cukai yang tertunggak.
ii. PPW mengarahkan PKA untuk membuat semakan dan
rundingan dengan pemegang harta cukai tetunggak.
iii. PPW/PKA berhubung dengan pemegang cukai tertunggak dan
memberi syor kepada pemohon tersebut mengenai tempoh
ansuran dan cara bayar.
iv. Kemudian usul yang telah dipersetujui dimajukan kepada
TPW/PW untuk tujuan kelulusan.
v. PPW/PKA mengarahkan pembantu tadbir membuat surat
kelulusan ditandatangani oleh Pengarah Kewangan.
vi. PPW memantau laporan ansuran yang disediakan oleh
PKA/PA/PT
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 20 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Prosedur Kerja Cukai Taksiran
4
8. CARTA ALIRAN
8.1 Pengeluaran bil dan notis E
Mula
Sahkan layout bil
Jadual kenaan
Tutup akaun
Proses kenaan-sistem
Hantar ke vendor
Ujilari di kaunter
Serah cd data ke vendor
Cetakan dan terimaan bil Tamat
Pulang ke vendor
Textfile
JTM – sedia bar kod
dan data textfile
Gagal
Uji semula Berjaya
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 20 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Prosedur Kerja Cukai Taksiran
5
8.2 Menyelaras Kempen Turun Padang Pangsapuri dan Kempen
Pasaraya.
Mula
Surat permohonan & memo
Semak jadual tugas
Hantar bil cukai
Sedia kelengkapan
kempen
Pantau kempen
Tamat
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 20 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Prosedur Kerja Cukai Taksiran
6
8.3 Penyediaan tindakan kutipan cukai taksiran oleh taskforce 4%
Mula
Semak data tunggakan
Asing akaun task force & PN
Selesai
Semak bayaran
Cetak notis E
Senarai serahan notis E
Key in maklumat task force
Semak bayaran
Semak PPW dan
pengesahan PW Buat laporan
Hantar ke unit bayaran
Tamat
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 20 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Prosedur Kerja Cukai Taksiran
7
8.4 Penyediaan waran tahanan daripada laporan penghantar
notis dan ahli task force
Mula
Laporan serahan notis E
Semak bayaran
Sediakan waran dan
penyata hutang
Lengkapkan dokumen
Tandatangan PW/TPW
Serah dokumen ke PUU
Tamat
Selesai
Ada
Tiada
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 20 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Prosedur Kerja Cukai Taksiran
8
8.5 Tindakan mengutip cukai taksiran dan tunggakan bagi kes-kes
Mula
Arahan PW
Keluarkan maklumat
tunggakan
Semak maklumat tindakan
Pengeluaran notis, surat tuntutan
dan waran tahanan
Pantau tindakan dan
pembayaran
Laporan pembayaran dan
tindakan untuk makluman PW
Tamat
Tangguh
Ada tindakan
Tiada
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 20 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Prosedur Kerja Cukai Taksiran
9
8.6 Rundingan bayaran secara ansuran, komitmen bulanan dan
cek tertunda
Mula
Permohonan ansuran
Semakan tunggakan
Rundingan
Kelulusan PW
Surat kelulusan
Laporan pantau ansuran
Pantau ansuran
Tamat
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 20 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Prosedur Kerja Cukai Taksiran
10
9 PENUTUP
Manual ini merupakan panduan kepada warga kerja MPK bagi
meningkatkan kualiti kerja dan tatacara dalam melaksanakan tugas
sebagai wakil Majlis dalam menerima dan meningkatkan hasil Majlis.
10 LAMPIRAN 10.1 Notis E
10.2 Waran (Borang F)
10.3 Borang Inventori
10.4 Penyata Tunggakan Cukai