4
Mac / April /Mei 2011 KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID P ada 26 Mei 2011 telah diadakan Majlis Anugerah Cemerlang bertempat di Dewan Iskandar. Dalam majlis ini, KDYMM Tu- anku Sultan Kedah Darul Aman dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah Darul Aman turut bercemar duli berangkat untuk menceriakan majlis. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zulkifli; disusuli ucapan daripada Tuan Pengetua, Col- legian of the Year dan Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah. KDYMM Tuanku Sultan turut berkenan mela- fazkan titah ucapan. KDYMM Tuanku Sultanah pula telah berkenan menyempurnakan acara penyampaian hadiah dan anugerah. Pelbagai anugerah telah diberikan kepada para pelajar. Antaranya adalah Anugerah Kecemerlangan Akademik, Anugerah Kecemerlangan PMR, SPM dan STPM, Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Anugerah Kecemerlangan Sukan. Di samping itu terdapat juga Anugerah Pekerti Mulia, Anugerah Pelajar Berketerampilan, Anugerah Khas Kepimpinan dan Anugerah Khas Akademik. Rumah Sultan pula menjadi johan keseluruhan dengan me- menangi Anugerah Program Rumah Sekolah. Seorang pelajar iaitu Nicholas Low Wei Loong telah dikurniakan Anugerah Pingat Emas KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman atas kejayaan memperoleh keputusan paling cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun lepas. Selain itu, pelajar Neo Chen telah menerima Anugerah Pingat Perak DYTM Tuanku Raja Muda Kedah Darul MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG MERIAH Aman kerana memperoleh keputusan paling cemer- lang dalam Penilaian Menengah Rendah 2010. Encik Teh Khoon Seang telah menerima Anugerah Pengiktirafan Iskandar atas perkhidmatan cemer- lang yang telah diberikan; manakala Anugerah Is- kandar pula diberikan kepada pelajar Muhammad Aizat bin Abdul Rahman. Dato’ Ahmad Zakiuddin bin Harun telah dianu- gerahkan “Collegian of the Year” 2011 atas kejayaan yang cemerlang dalam kerjaya dan sumbangan be- liau kepada Kolej Sultan Abdul Hamid. Pencapaian beliau pastinya menjadi inspirasi dan dorongan kepada pelajar-pelajar kolej untuk berusaha dengan lebih gigih. Acara persembahan menjadi penutup kepada Majlis Anugerah Cemerlang tahun ini. Persembahan menarik daripada Orkestra KSAH berserta persem- bahan tarian dan nyanyian daripada pelajar-pelajar kolej telah berjaya membuktikan yang mereka bu- kan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah mempunyai bakat yang menyerlah.

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG MERIAH P - …sahc.edu.my/a_portal/penerbitan/kolej/mei_11.pdf · Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz ... lang dalam Penilaian Menengah Rendah

  • Upload
    ngonhu

  • View
    238

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG MERIAH P - …sahc.edu.my/a_portal/penerbitan/kolej/mei_11.pdf · Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz ... lang dalam Penilaian Menengah Rendah

Mac / April /Mei 2011 KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID

P ada 26 Mei 2011 telah diadakan Majlis

Anugerah Cemerlang bertempat di Dewan

Iskandar. Dalam majlis ini, KDYMM Tu-

anku Sultan Kedah Darul Aman dan

KDYMM Tuanku Sultanah Kedah Darul Aman turut

bercemar duli berangkat untuk menceriakan majlis.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz

Zulkifli; disusuli ucapan daripada Tuan Pengetua, Col-

legian of the Year dan Tuan Pengarah Pelajaran Negeri

Kedah. KDYMM Tuanku Sultan turut berkenan mela-

fazkan titah ucapan. KDYMM Tuanku Sultanah pula

telah berkenan menyempurnakan acara penyampaian

hadiah dan anugerah.

Pelbagai anugerah telah diberikan kepada para pelajar.

Antaranya adalah Anugerah Kecemerlangan

Akademik, Anugerah Kecemerlangan PMR, SPM dan

STPM, Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan

Anugerah Kecemerlangan Sukan.

Di samping itu terdapat juga Anugerah Pekerti Mulia,

Anugerah Pelajar Berketerampilan, Anugerah Khas

Kepimpinan dan Anugerah Khas Akademik. Rumah

Sultan pula menjadi johan keseluruhan dengan me-

menangi Anugerah Program Rumah Sekolah.

Seorang pelajar iaitu Nicholas Low Wei Loong telah

dikurniakan Anugerah Pingat Emas KDYMM Tuanku

Sultan Kedah Darul Aman atas kejayaan memperoleh

keputusan paling cemerlang dalam Peperiksaan Sijil

Pelajaran Malaysia pada tahun lepas.

Selain itu, pelajar Neo Chen telah menerima Anugerah

Pingat Perak DYTM Tuanku Raja Muda Kedah Darul

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG MERIAH

Aman kerana memperoleh keputusan paling cemer-

lang dalam Penilaian Menengah Rendah 2010.

Encik Teh Khoon Seang telah menerima Anugerah

Pengiktirafan Iskandar atas perkhidmatan cemer-

lang yang telah diberikan; manakala Anugerah Is-

kandar pula diberikan kepada pelajar Muhammad

Aizat bin Abdul Rahman.

Dato’ Ahmad Zakiuddin bin Harun telah dianu-

gerahkan “Collegian of the Year” 2011 atas kejayaan

yang cemerlang dalam kerjaya dan sumbangan be-

liau kepada Kolej Sultan Abdul Hamid. Pencapaian

beliau pastinya menjadi inspirasi dan dorongan

kepada pelajar-pelajar kolej untuk berusaha dengan

lebih gigih.

Acara persembahan menjadi penutup kepada Majlis

Anugerah Cemerlang tahun ini. Persembahan

menarik daripada Orkestra KSAH berserta persem-

bahan tarian dan nyanyian daripada pelajar-pelajar

kolej telah berjaya membuktikan yang mereka bu-

kan sahaja cemerlang dalam bidang akademik

malah mempunyai bakat yang menyerlah.

Page 2: MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG MERIAH P - …sahc.edu.my/a_portal/penerbitan/kolej/mei_11.pdf · Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz ... lang dalam Penilaian Menengah Rendah

SAMBUTAN 100 TAHUN KOLEJ 1908 –2008 MUKA 2

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KE-86 MERIAH

SPM 2010 KOLEJ MEMBANGGAKAN

K eputusan peperiksaan SPM tahun 2010

telah diumumkan pada 8 Mac yang

lalu. Daripada 173 orang calon yang

mengambil peperiksaan tersebut, se-

banyak 80.92% telah lulus dalam semua mata pela-

jaran. Nilai Gred Purata Sekolah (GPS) adalah pada

3.34; manakala Grade Point Average (GPA) ialah 2.86.

Nicholas Low Wei Loong menjadi pelajar terbaik

kolej dengan memperoleh 9A+. 3 orang pelajar men-

dapat 11A, 10 orang mendapat 10A dan 9 orang pe-

lajar mendapat 9A. Tahniah kepada semua pelajar

dan guru atas kejayaan tersebut. Semoga keputusan

SPM 2011 akan terus cemerlang.

K ejohanan Olahraga Tahunan (KOT)

Kolej telah berlangsung pada 10 Mac

yang lalu bermula jam 2.30 petang.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tu-

anku Sultan Kedah dan Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Tuanku Sultanah Kedah telah berangkat ber-

cemar duli ke KOT ke-86 ini.

Upacara pembukaan dimulakan dengan perarakan

masuk pasukan-pasukan badan beruniform dan

rumah sukan. Larian Obor pula disempurnakan oleh

Encik Ahmad Zol bin Othman, Muhammad Hafiz

bin Abu Bakar dan Muhammad Rijal Fikry bin Yu-

sof. Acara-acara larian seperti 4 x 100 meter dan 4 x

400 meter antara rumah dan sekolah-sekolah jem-

putan memeriahkan lagi majlis. Pada waktu rehat

pelajar-pelajar kolej, yang dengan bangganya me-

makai jersi baru kolej, dan pasukan Pancaragam

Kolej telah mengadakan persembahan.

Acara kemuncak KOT ialah acara tarik tali antara

rumah sukan yang dimenangi oleh rumah Stuart.

Johan KOT 2011 ialah rumah Sultan, manakala olah-

ragawan/atlet terbaik adalah Farhan Sani bin Safiyud-

din; juga dari rumah Sultan. Terima kasih kepada se-

mua warga kolej yang terlibat dalam menjayakan KOT

pada tahun ini

Mac / April /Mei 2011

Berikut ialah keputusan penuh KOT ke-86:

KEPUTUSAN KOT KE-86

KEDUDUKAN RUMAH MATA

JOHAN SULTAN 250

NAIB JOHAN GURNEY 210

TEMPAT KE-3 STUART 178

TEMPAT KE-4 DAYS 168

TEMPAT KE-5 KEDAH 164

KEDUDUKAN PINGAT MENGIKUT RUMAH

RUMAH Emas Perak Gangsa

SULTAN 24 14 9

GURNEY 12 13 15

STUART 10 11 17

DAYS 11 9 4

KEDAH 6 16 18

Page 3: MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG MERIAH P - …sahc.edu.my/a_portal/penerbitan/kolej/mei_11.pdf · Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz ... lang dalam Penilaian Menengah Rendah

MUKA 3

SAMBUTAN HARI GURU MERIAH

S ambutan Hari Guru peringkat kolej te-

lah diadakan pada 16 Mei yang lalu.

Hari tersebut telah diisi dengan pelbagai

aktiviti dan dikendalikan oleh Majlis Pra

-Universiti (MPU), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

dan Majlis Perwakilan Kolej (MPK).

Sambutan Hari Guru dimulakan dengan perarakan

masuk guru-guru ke dalam Dewan Iskandar.

Selepas nyanyian lagu Negaraku dan lagu kolej,

Puan Rose Liza Mohd Korish telah membaca

perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Ma-

laysia; disusuli oleh pembacaan perutusan daripada

Menteri Pelajaran Malaysia oleh Encik Muhammad

Zulkurnain. Saudara Muhamad Akmal, mewakili

semua pelajar KSAH, telah menyampaikan ucapan.

Ucapan terakhir adalah daripada Tuan Pengetua;

Tuan Haji Morazuki bin Hashim.

Seterusnya, dengan diketuai oleh Encik Zuraisham,

para guru KSAH telah melafazkan ikrar guru den-

gan penuh semangat dan disusuli oleh nyanyian

lagu Guru Malaysia daripada semua guru.

Aktiviti permainan padang turut diadakan bagi me-

meriahkan sambutan. Antara aktiviti yang disertai

oleh para guru ialah basikal perlahan, kukur kelapa,

tikar terbang dan musical chairs. Acara tarik tali

mengikut rumah sukan turut dipertandingkan yang

melibatkan gandingan guru dan pelajar dalam satu

pasukan.

Acara dewan pula digunakan oleh pelajar KSAH un-

tuk menghiburkan para guru. Beberapa buah lagu

dan tarian telah dipersembahkan. Guru-guru juga

tidak melepaskan peluang untuk mempamerkan

bakat terpendam mereka dengan mendendangkan

beberapa buah lagu yang mendapat sambutan hebat

daripada pelajar kolej.

Walaupun tempoh persediaan untuk sambutan ini

adalah singkat kerana minggu tersebut adalah

minggu peperiksaan, ianya masih dapat dijayakan

hasil kerjasama erat antara MPU, MPP dan MPK.

Namun sebaik mana pun sambutan yang diadakan,

pastinya jasa para guru tidak akan dapat dibalas.

Terima kasih cikgu.

Mac / April /Mei 2011

Page 4: MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG MERIAH P - …sahc.edu.my/a_portal/penerbitan/kolej/mei_11.pdf · Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz ... lang dalam Penilaian Menengah Rendah

PROGRAM RUMAH SEKOLAH

Program Rumah Sekolah (PRS) diteruskan bagi tahun 2011. Telah terbukti yang PRS berjaya meningkat-

kan semangat kesetiaan dan kecintaan terhadap rumah sekolah di kalangan para pelajar dan guru. Beri-

kut adalah keputusan terkini (sehingga 26 Mei 2011) PRS:

MUKA 4

Sidang Buletin

Penyelaras:

Guru Kanan Bahasa

AJK GURU: Encik Fakarrudy Othman

Puan Roszilawati Yayah

Encik Azhar Md Arshad

AJK PELAJAR: Editor :

Muhammad Fawwaz Mohamad Fisol

Penolong Editor :

Muhamad Akmal Che Musa

Team :

Raja Zurfarharatul Zyda

Muhammad Ashraff Azhar

Mohamad Arif Roslan

Fudzil Akmal

Mutiara Kata :

Apabila anda memberi saya ikan, Saya dapat

hidup selama satu hari, Apabila anda mengajar

saya bagaimana memancing ikan, saya dapat

hidup sepanjang hayat.

~Pepatah Jepun~

www.sahc.kedah.edu.my

Scholar, spotrtsman, gentleman

Mac / April /Mei 2011

Days Gurney Kedah Stuart Sultan

1. Olahraga 379 609 524 338 540

2. Permainan 1470 1095 1001 1501 1580

3. Kokurikulum 80 110 260 170 210

4. Akademik 143 94 219 147 147

5. Disiplin - ( 3 ) - ( 21 ) - ( 3 ) - ( 26 ) - ( 6 )

6. Keseluruhan 2069 1887 2001 2130 2471

Mutiara Kata :

Masa yang paling terbaik bagi menanam pokok

adalah 20 tahun yang lalu. Masa kedua yang pal-

ing terbaik adalah hari ini.

~Pepatah Cina~