Madah Abuya

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/13/2019 Madah Abuya

    1/7

    1

    MADAH ABUYA

    Apa saja yang kita lihat di dunia ini boleh mengajar kita, dengan syarat kita melihat sambil berfikir dan hati berhubung dengan Allah.

    Apabila hidayah sahaja tidak bertemu dengan taufiq, selalu saja salah dalam bertindak. Hidayahmudah didapati, taufiq susah dicari. Hidayah seperti ilmu, taufiq ialah beramal dapat di tathbiqdengan ilmu.

    Apabila ilmu dan amal ibadah tidak membuahkan akhlak yang mulia, ertinya ilmu dan amal itutidak ada nilainya di sisi Allah dan manusia.

    Apabila ilmu di akal pandai berhujah dan berlojik tentang Tuhan. Apabila ada ilmu di lidah pandai bercakap tentang Tuhan. Apabila ilmu di hati dia takut dengan Tuhan.

    Apabila kasih sayang itu lahir daripada iman, ia akan kekal. Apabila kasih sayang itu kerana

    keduniaan, ia tidak akan kekal, boleh jadi ia disudahi dengan permusuhan.

    Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita adakepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

    Apabila seseorang memberi tanpa kamu memintanya, ambillah. Itu bererti rezeki pemberianAllah yang disalurkan kepada kamu melalui orang itu.

    Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sebagai sindiran padanya, sebab itutidak diterimanya.

    Apabila terasa diawasi Tuhan, rasa berdosa setiap masa, jiwa derita dengan dosa, rasa syukurdengan nikmatNya, rasa kurang beramal,rasa hina diri dengan Tuhan, itulah tanda sudahmemiliki sifat kehambaan.

    Ada orang sembahyang banyak tapi ingat Allah sedikit. Ada orang yang boleh sembahyang sikittapi ingat Allah banyak. Pilihlah yang kedua kerana tujuan sembahyang ialah untuk mengingatiAllah.

    Adakalanya kesalahan itu membuatkan seseorang itu membaiki diri. Tidak pernah bersalah itu boleh mendatangkan sombong diri. Itulah dia satu kesilapan yang tidak disedari.

    Adakalanya tanpa usaha dapat sesuatu yang tidak terduga, agar kita sedar Allah itu berkuasa dankuasa-Nya tidak bersandar dengan usaha. Tapi perlu diingat usaha kena dibuat sebagai syariatdan untuk pahala. Tidak berbuat di mana datangnya pahala?

    Air kalau mengalir tanpa saluran atau parit, ia akan melimpah dan memusnah. Begitulahsemangat kalau tidak ada displin dan tidak terpimpin ia akan merosakkan dan memusnah.

  • 8/13/2019 Madah Abuya

    2/7

    2

    Air manakala tidak mengalir akan rosak dan busuk. Begitulah orang yang duduk diam dan tidak berjuang, ia sebenarnya merosakkan dirinya sendiri.

    Akal yang hidup selalu berfikir. Jiwa yang hidup selalu berzikir. Nafsu yang hidup selalumerangsang. Badan yang hidup selalu aktif berjuang.

    Al Quran itu boleh melembutkan hati dan melapangkan dada kalau dibaca dengan makna dankehendaknya difahami. Jika tidak bukan sahaja tidak ada kesan, jemu pun datang.

    Al Quran itu umpama sungai; banyak manfaatnya, untuk mandi, untuk minum, untuk tanaman,untuk ambil ikan, untuk main sampan, ambil pasir dan berbagai-bagai.

    Allah dikenal dengan hati bukan dengan akal. Dan orang yang hatinya kenal Allah, pasti kuatlahagamanya.

    Anggaplah nikmat dunia yang Allah beri itu kita tidak layak menerimanya tetapi Allah Taala beri

    untuk menguji kita apakah kita boleh bersyukur padaNya.

    Apa saja yang kita lihat di dunia ini boleh mengajar kita, dengan syarat kita melihat sambil berfikir dan hati berhubung dengan Allah.

    Bila fikiran manusia rosak, manusia tidak pandai lagi berterima kasih pada orang yang berjasa padanya. Tetapi apabila hati rosak, manusia tidak tahu lagi bersyukur pada Allah Yang MahaBerjasa.

    Bila guru dan murid tidak kekal kasih sayangnya sampai ke hujung, menunjukkan ia telahdipisahkan oleh cinta dunia.

    Bila hati rasa cukup apa yang ada, tidak susahkan yang tiada, itulah kaya namanya.

    Bila makanan dan minuman tidak bersih, pergaulan bebas, tempat belajar banyak maksiat atauhati jahat, jadilah sembahyang itu tidak boleh khusyuk.

    Bila manusia tidak beriman hatinya akan keras, nafsunya sangat mendorong membuat jahat danakalnya tidak memikir ke arah akhirat.

    Bila rasa bertuhan itu tidak ada, secara automatically, rasa kehambaan tidak ada. Diwaktu itukalau kita beribadah pun bukan boleh menghilangkan mazmumah tetapi dia menyuburkan

    mazmumah. Akhirnya ibadahnya itulah yang menghijab diri dengan Allah Taala.

    Buah akal ialah ilmu pengetahuan. Buah jiwa atau hati ialah iman. Buah fizikal ialah kemajuan.Alangkah indahnya kalau ketiga-tiga anggota ini melahirkan buah di dalam kehidupan.

    Buah ilmu ialah amal ibadah, buah amal adalah akhlak mulia, buah akhlak ialah Ulfah (ramahmesra).

  • 8/13/2019 Madah Abuya

    3/7

  • 8/13/2019 Madah Abuya

    4/7

    4

    Bersimpati dengan fakir miskin mudah, duduk dengan fakir miskin susah.Yang paling susahhidup secara orang miskin.

    Bersyukurlah kalau engkau dapat menempuh jalan yang diredhai oleh Allah dalam setiapusahamu, sekalipun engkau gagal dalam usaha-usahamu itu.

    Bersyukurlah kepada Allah atas kebaikan yang diberi-Nya. Bersedihlah dengan dosa.Bertenanglah dengan kesusahan, dan ingatlah Allah setiap masa.

    Bertukar fikiranlah dengan hukamak. Bertanyalah hukum dengan ulama. Carilah tenaga denganorang banyak. Mintalah didoakan oleh orang warak. Berhiburlah dengan kanak-kanak. Berilah

    pertolongan kepada yang berkehendak.

    Berusaha dan bekerjalah untuk mendapatkan ketentuan dari Allah. Janganlah menungguketentuan dari Allah tanpa berusaha dan bekerja. Berusaha dan bekerja adalah hak kita,menentukan adalah hak Allah.

    Berusaha dan berikhtiarlah, kerana ia merupakan perintah dan Sunnatullah dalam kehidupan.Tapi ingat, ia tidak akan mengatasi takdir Allah.

    Biar kita berjiwa besar, bercakap merendah diri, daripada bercakap besar, jiwa kecil sekali.

    Biar sedikit bercakap, banyak amalan. Biar sedikit berbincang tapi membuahkan persepakatan.Biar sedikit ilmu asalkan jadi panduan.

    Bila diperjuangkan Islam itu secara kasar dan tidak berakhlak laksana hidangan makanan yangenak kepada tetamu,tapi diberi secara dilemparkan.

    Berhibur dan menghibur itu tidak salah. Yang salah itu kalau kita tersalah dalam memilihhiburan dan tersilap dalam memberi hiburan.

    Bawalah badan ke mana-mana, tapi hati biarlah dengan Tuhan.

    Banyak orang tahu penyakit, tidak tahu mengubat. Banyak orang tahu masalah, tidak tahumenyelesaikannya.

    Banyak orang boleh memberi ilmu, tapi tidak mampu memberi didikan. Justeru itulah di segi pelajarannya cemerlang, tapi dari segi akhlak malang.

    Cerdik tidak mesti pandai, kalau dia tidak belajar. Pandai tidak mesti cerdik, kerana dia belajar.Kalaulah orang cerdik belajar bergabunglah cerdik dengan pandai. Orang ini adalah luar biasa

    pandainya.

    Di akhir zaman ini, di zaman moden ini jarang sekali guru dikenang, pemimpin disenangi, ulamadisayangi, orang kaya disanjung, fakir miskin diberi simpati, orang sakit diziarahi.

  • 8/13/2019 Madah Abuya

    5/7

    5

    Di antara tanda-tanda orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah dan lemahmujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yangmunasabah inilah manusia normal.

    Diam tidak mesti berfikir. Merenung tidak mesti mengkaji. Bercakap tidak mesti berilmu.

    Bertanya tidak mesti ingin tahu.

    Fitrah yang murni ia tidak membohongi kita. Ia selalu sahaja boleh menerima kebenaran tetapiyang menghalangnya adalah nafsu dan syaitan.

    Gerak-geri dan sikap lahir manusia ialah bayangan hati mereka atau buah yang dihasilkan olehhati.

    Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang dapat menyuluh kelemahan dan kekurangan diri sertadapat mendorong untuk beribadah kepada Allah SWT.

    Ilmu yang memberi manfaat, ibarat kawan yang cerdik lagi setia. Ia sentiasa mengingatkan danmemimpin kita ke jalan yang menyelamatkan kita, tapi kita tidak nampak akan adanya.

    Ibadah biar sedikit cukup, tapi terasa, berjiwa, puas dan memberi kesan kepada jiwa.

    Jagalah mata lahir dengan sebaik-baiknya, jangan gunakan sewenang-wenangnya kerana ia bolehmelemahkan atau membutakan mata hati atau mati batin.

    Jarang terhimpun pada seseorang wanita sifat-sifat cantik, cerdik, berani, setia dan terdidik.

    Jika kebenaran yang kita terima itu pahit, anggaplah ubat. Bukankah ubat yang pahit itu

    menyembuhkan penyakit.

    Jika kita marah kepada seseorang jangan sampai tidak nampak lagi kebaikannya. Begitu juga jikakita suka kepada seseorang jangan sampai tidak nampak lagi kelemahannya.

    Jika kita membuat dosa tidak terasa dengan dosa, kita telah membuat dua kali dosa; satu keranayang dibuat, keduanya kerana tidak merasa berdosa.

    Jika kita selalu mengingati dosa kita, kita tidak nampak dosa orang lain, apatah lagi hendakmenceritakannya.

    Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.Kalau di dalam hal-hal ibadah boleh datang riyak dan megah, betapalah halnya perkara-perkaradunia lebih-lebih mudah lagi kedatangan riyak dan megah. Kerana itulah periksalah perjalananhati kita. Ke mana dia hendak membawa kita, kepada Tuhan atau selain-Nya.

    Kesusahan yang belum tiba,jangan diandai-andaikan, hati menderita sebelum masanya.

  • 8/13/2019 Madah Abuya

    6/7

    6

    Kesenangan-kesenangan yang akan datang, jangan difikirkan. Nanti bila sampai masa tidakkunjung tiba kita kecewa. Yang baik terimalah dan redhalah apa yang ada di depan kita, hati kitaakan senang sepanjang masa.

    Ketenangan akan datang dalam diri bilamana dapat dirasakan, segala yang datang itu hakikatnya

    dari Allah jua.

    Kejayaan sewaktu perjuangan kebenaran itu, hanya akan tercapai, bilamana anggota-anggotanyaterhindar daripada dosa. Berhikmah dalam bertindak dan ada melakukan khidmat masyarakat.

    Kemudaan akan hilang. Kecantikan akan pudar. Kekuatan akan lemah. Tua akan datang.Kematian pun datang tiba-tiba. Jadi mengapa lupakan Tuhan?

    Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian.

    Kesusahan dan penderitaan itu selalunya membawa kepada kekecewaan dan putus asa, kecuali

    orang yang mukmin.Kesusahan adalah pengajaran dan didikan,kesenanagan adakalanya merosakkan iman.

    Kalau kita kuat apalah salahnya kita mengaku lemah,lebih-lebih lagi kalau kita lemah.Bukankahmengaku lemah itu sifat hamba? Mengekalkan sifat hamba itu kesukaan Allah.

    Kalau kita memberi nasihat tidak merubah jiwa orang, samada, kita yang bersalah atau para yangmendengar yang salah atau kedua-duanya yang bersalah. Di antara sebabnya kerana hati kitacinta dunia.

    Kalau kita jemu makan makanan yang selalu dimakan, tidak mengapa.Tapi jangan jemu membuat kebaikan kerana selalu melakukannya.

    Kejahatan-kejahatan yang lahir di tengah masyarakat atau kehidupan ini bermula daripadakejahatan hati. Oleh itu di samping memikirkan kejahatan lahir jangan lupa memikirkankejahatan hati.

    Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kitadengan Allah, ini adalah hakNya pula.

    Lupakanlah nikmat dunia yang sudah luput, jangan susahkan hati dengan nikmat yang belum

    ada, gunakanlah nikmat dunia yang dalam tangan untuk kebajikan, agar hati tenang.

    Letakkan dunia itu di tangan, Akhirat di hati, supaya dunia itu senang dibagi-bagi dan akhiratdibawa mati.

    Memikirkan kebaikan lebih mudah daripada membuat kebaikan. Membuat dan menjiwaikebaikan lebih susah lagi daripada itu.

  • 8/13/2019 Madah Abuya

    7/7

    7

    Mengetahui itu dengan akal, dan mengenal itu dengan hati, sebab itu orang yang kenal Allahakan takut Allah, orang yang tahu dengan Allah dia tidak rasa takut dengan Allah.

    Merintihlah atas dosa, kerana itu lebih baik daripada bertasbih kepada Allah.

    Orang mukmin kalau dia dihina orang, dia tetap dapat menahan kemarahannya kerana dia merasamemang dia adalah hamba yang hina dan tidak ada harga, patutlah dihina.

    Orang mukmin tidak terlonjak-lonjak dengan nikmat. Tidak menderita jiwanya dengankesusahan. Tidak hilang pertimbangannya dengan lawan. Sentiasa senang, tenang dan dalamkebenaran.

    Orang yang belajar dengan kehidupan mendapat pengalaman, orang yang belajar dengan bukudan guru mendapat ilmu.

    Orang yang berakal tanpa agama adalah sesat, orang yang beragama tanpa akal adalah beku.

    Kahwinkanlah antara akal dan agama, maka akan lahirlah hikmah.

    Orang yang ego atau sombong dengan tujuan hendak jaga wibawa, padahal dia telahmenjatuhkan wibawa diri, menjadikan orang bertambah benci dan menjauhkan diri.

    Orang yang halus perasaannya, orang lain yang bersalah dia yang rasa bersalah, orang lain yang buat dosa dia yang merasa berdosa, ada orang mati kelaparan, dia yang merasa bersalah.Betapalah kalau dia sendiri yang bersalah atau buat dosa, terseksa jiwanya sepanjang masa.

    Orang yang jiwanya rasa kehambaan sangat tajam, atau rasa bertuhannya sangat tebal, apa sahajayang berlaku pada dirinya, sama ada yang dia lihat, dengar, rasa, tahu semuanya menjadi

    pengajaran kepadanya.

    Orang yang jiwanya rosak, jika berkumpul padanya harta dan kuasa, ia akan banyak merosakkanorang lain.

    Orang yang mementingkan diri, hakikatnya ia mempertuhankan dan menyembah diri sendiri,tapi ia tidak sedari.

    Rasakanlah diri kita sentiasa berdosa, sekalipun kita tidak nampak dosa kita, apatah lagi jikanampak, agar kita dapat mengekalkan sifat kehambaan yang kita ini memang hamba.

    Tawaduk bukanlah bererti lemah. Tegas bukan bererti kasar. Beralah bukan bererti kalah. Kalah bukan bererti salah. Menang bukan bererti benar.