M3 TUGASAN.docx

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/10/2019 M3 TUGASAN.docx

    1/4

    1

    KERJA KURSUS

    KURSUS : MATEMATIK ASAS

    KRM3013KUMP : SEMESTER 4

    TARIKH MULA : 6 OKTOBER 2012 TARIKH HANTAR : 2 DECEMBER 2012

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir kursus ini, anda diharap dapat:

    1. Mempelajari corak-corak nombor, pemfaktoran dan gandaan, segi empat sama

    dan nombor-nombor negatif

    2. Mempelajari dan mengguna pecahan, perpuluhan dan peratusan secara

    berkesan di dalam situasi berkaitan

    3. Menghargai penggunaan nisbah di dalam kehidupan seharian

    OBJEKTIF KERJA KURSUS

    Di akhir kerja kursus ini, adalah diharapkan pelajar-pelajar dapat :

    1. Mengenalpasti pola nombor dan menghayati penggunaannya dalam komunikasi

    formal dan tidak formal bagi pengiraan asas dan dalam membuat anggaran.2. Membuat pertimbangan dan inferens yang rasional dan bermakna berdasarkan

    pengetahuan tentang nombor, pecahan, perpuluhan, peratusan, nisbah dan

    wang secara keseluruhan.

    3. Merancang satu pelan simpanan bagi mendapatkan penjimatan yang maksimum

    daripada wang deposit yang dibuat melalui pengalaman pembelajaran

    4. Membuat refleksi pengalaman pembelajaran secara individu.

  • 8/10/2019 M3 TUGASAN.docx

    2/4

    2

    TUGASAN KERJA KURSUS ( 60% )

    Kandungan kursus matematik asas bertujuan menimbulkan kesedaran dan penghayatan

    nilai-nilai matematik di dalam kehidupan seharian. Pelajar-pelajar sewajarnya boleh

    membuat keputusan yang bijak dan tepat dengan menggunakan pengetahuan dankemahiran asas matematik yang diperolehi dalam kursus ini.

    TUGASAN

    Berdasarkan pengetahuan dan kemahiran asas matematik yang telah dipelajari, anda

    dikehendaki merancang dan menyediakan satu rancangan pelan penyimpanan wang

    deposit tetap untuk tabungan simpanan pendidikan anak. Wang yang diberi dan

    diperuntukkan untuk disimpan dan dilabur di dalam bank atau institusi kewangan yang

    diiktiraf adalah sebanyak RM100,000 (Satu ratus Ribu sahaja).

    Seterusnya anda dikehendaki menggunakan peruntukan ini untuk membuat

    perancangan pembiayaan pendidikan tinggi dua orang anak anda selepas mereka

    meninggalkan sekolah menengah. Anda juga perlu bijak merancang dan menggunakan

    peruntukan secara optimum dalam menyediakan keperluan yang sesuai dan berfaedah

    untuk keselesaan anak-anak anda semasa pengajian mereka.

    Untuk penjimatan dan keuntungan yang maksimum, anda dinasihatkan untuk membuat

    tinjauan perbandingan antara beberapa buah bank atau institusi kewangan yang diiktirafdi sekitar tempat anda yang memberi tawaran kadar yang terbaik.

    ARAHAN

    1. Dalam kumpulan 6/5 orang ahli sediakan laporan berkaitan dengan perancangan

    dan pengurusan pelan tersebut.

    2. Laporan hendaklah mengandungi :

    2.1 Perbandingan pelan pinjaman dan faedah yang ditawarkan oleh pihakbank atau institusi kewangan

    2.2 Senaraikan keistimewaan dan faedah yang ditawarkan oleh pihak bank

    atau institusi kewangan bagi menarik pelabur atau penyimpan ke dalam

    skim penyimpanan yang tersebut.

    2.3 Kirakan anggaran perbandingan jumlah wang yang diperolehi selepas

    tempoh matang daripada pelaburan atau penyimpanan tersebut.

    3. Laporan juga hendaklah menunjukkan aplikasi penggunaan pengiraan dan

    operasi matematik yang mungkin melibatkan pengetahuan tentang nombor,

    pecahan, perpuluhan, peratusan, nisbah, perkadaran dan wang secara

    keseluruhan.

  • 8/10/2019 M3 TUGASAN.docx

    3/4

    3

    4. Kepilkan dokumen atau iklan tawaran pinjaman daripada bank-bank atau institusi

    kewangan sebagai bukti tinjauan perbandingan kadar yang telah anda buat

    5. Tulis satu refleksi (dalam 200 perkataan) mengenai pengalaman anda semasa

    menyediakan tugasan ini secara individu.

    KEPERLUAN TUGASAN

    1. Laporan tugasan dan refleksi individu hendaklah disediakan mengguna MS Word,

    Arial font 12 , 1 langkau, kertas putih bersaiz A4.

    2. Semua maklumat, data dan pengiraan yang berkaitan perlu ditunjukkan dengan

    jelas dan kemas.

    3. Plagiarism atau meniru kerja orang lain adalah dilarang.

    4. Berkongsi tugasan dengan kumpulan lain adalah tidak dibenarkan sama sekali.

    5. Refleksi individu hendaklah dikepilkan bersama dengan laporan tugasan

    kumpulan dan dibukukan bersama.

    6. Kulit laporan tugasan kumpulan hendaklah menggunakan kertas berwarnayang

    mengandungi maklumat seperti di bawah.

    7. Tugasan hendaklah diserahkan pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan melalui

    wakil dengan menandatangani borang serahan tugasan kerja kursus.

    8. Tugasan yang lewat diserah akan ditolak markah.

    TUGASAN KERJA KURSUS MATEMATIKPERANCANGAN PELAN PENYIMPANAN WANG

    DEPOSIT TETAP UNTUK TABUNGAN

    Nama ahli :

    1. ____________ (No.KP : ___ )2. _____________ (No.KP : ___ )3. _____________ (No.KP : ___ )

    M/Pelajaran : MATEMATIK ASAS (KRM 3013)Kumpulan :Pensyarah :Tarikh serah : 2 December 2012

  • 8/10/2019 M3 TUGASAN.docx

    4/4

    4

    CIRI-CIRI TUGASAN YANG BAIK

    1. Mempunyai kandungan dan konsep matematik yang betul, lengkap, padat dan

    kemas.

    2. Menggunakan laras bahasa akademik dan perkataan yang sesuai dalammenyediakan laporan.

    3. Menunjukkan bukti berbentuk rujukan, dokumen, flyers, brosur, atau bahan-bahan

    lain untuk menyokong tugasan.

    4. Mempamerkan hasil kerja yang menarik dan menunjukkan kefahaman yang

    mendalam serta perbincangan yang kritis dan releven dalam menyempurnakan

    tugasan.

    KRITERIA PEMBERIAN MARKAH

    Tugasan diberi markah berpandukan ciri-ciri/ kriteria yang telah ditetapkan untuk kursus

    ini.

    Kriteria Penilaian Markah

    Kandungan tugasan 40

    Perbincangan kritis dan reflektif 30

    Bahasa dan Persembahan 20

    Bahan sokongan dan rujukan 10JUMLAH 100

    TEMPOH TUGASAN

    TARIKH MULA : 6 OKTOBER 2012 TARIKH HANTAR : 2 DECEMBER 2012