lompat kangkang

  • Upload
    cik-mie

  • View
    86

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

lompat kangkangAktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lompat Kangkang

Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran berdasarkan Rancangan Mengajar Tahun 5 di bawah Tunjang Gimnastik Artistik memfokuskan kepada Pola Pergerakan seperti gerak edar dan putaran. Gerak edar bermaksud pergerakan badan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Putaran pula bermaksud pergerakan memusingkan keseluruhan anggota badan. Dalam kemahiran Gerak edar terdapat 3 bahagian gerakan badan iaitu lompat tegak ke hadapan , gelongsor kaki ke sisi bersilang dan lompat kangkang.

Dalam Gimnastik Artistik pola pergerakan Gerak edar di bawah tajuk kemahiran Lompat Kangkang , pelajar-pelajar di dedahkah dengan pendedahan aktiviti berikut :- Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi- Langkah kaki kanan ke hadapan- Rapat kaki kiri pada kaki kanan- Lompat sambil mengangkangkan kedua-dua belah kaki.- Cuba sentuh hujung kaki semasa melakukan layangan.- Mendarat dengan kedua-dua belah kaki.- Berdiri tegak dengan mendepangkan kedua-dua belah tangan ke atas.

3.1 Kemahiran berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi.

Sebelum memulakan larian untuk Pola Gerak Edar Lompat Kangkang pelajar-pelajar perlu memahirkan diri dengan kemahiran berdiri tegak ini supaya mereka dapat memfokuskan penumpuan dan keseimbangan terhadap kemahiran Lompat Kangkang ini.

3.2 Kemahiran Langkah kaki kanan ke hadapanLangkah kaki kanan ke hadapan untuk memulakan Pola Gerak Edar kemahiran Lompat Kangkang memberikan momentum dan kuasa pergerakan kepada pelajar-pelajar supaya mereka dapat melakukan kekuatan gerakan otot dan kuasa hayunan untuk kemahiran Lompat Kangkang ini.

3.3 Kemahiran aktiviti Rapat kaki kiri pada kaki kananPelajar perlu memahirkan diri untuk menguasai kemahiran ini supaya tumpuan otot- otot utama yang terlibat contohnya Gasteriod dan Quadreceps dapat memberikan hayunan tenaga untuk membuat lompat kangkang.

3.4 Kemahiran Lompat sambil mengangkangkan kedua-dua belah kaki.

3.5 Cuba sentuh hujung kaki semasa melakukan layangan.3.6 Mendarat dengan kedua-dua belah kaki.3.7 Berdiri tegak dengan mendepangkan kedua-dua belah tangan ke atas.4.0 Ansur Maju aktiviti Lompat Kangkang

Ansur Maju amat penting sebelum aktiviti kemahiran dijalankan untuk memberikan keyakinan kepada pelajar-pelajar supaya kemahiran yang diajar dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

4.1 Ansur maju melalui aktiviti lompat ke hadapan dengan pendaratanSebelah Kaki- Berdiri tegak ,kedua-dua tangan di sisi.- Lompat sambil mengangkangkan kedua-dua belah kaki melepasi gulungan tilam.- Angkat sebelah kaki. Tangan yang bertentangan dengan kaki yang di angkat,di ayun tinggi ke atas.- Lonjak kedua-dua belah kaki ke atas- Aktiviti dilakukan dengan mendarat dengan sebelah kaki.

4.2 Ansur maju melalui aktiviti lompat ke hadapan dengan pendaratanDua belah kakiBerdiri tegak ,kedua-dua tangan di sisi.- Lompat sambil mengangkangkan kedua-dua belah kaki melepasi gulungan tilam.- Angkat sebelah kaki. Tangan yang bertentangan dengan kaki yang di angkat,di ayun tinggi ke atas.- Lonjak kedua-dua belah kaki ke atas- Aktiviti dilakukan dengan mendarat dengan dua belah kaki4.2 Ansur Maju Fasa Layangan dan Fasa Pendaratan

- Secara berpasangan , pelajar akan cuba melompat kangkang melepasirakannya yang membongkok dan cuba sentuh hujung kaki semasamelakukan layangan.- Hayun kaki bebas dengan pantas- Paha pada posisi horizontal dan kekalkan posisi- Fasa lonjakan kaki bebas dibawa ke hadapan- Badan dinaikkan kehadapan- Kaki lonjak dibawa ke hadapan menyertai kaki bebas- Tangan dihayun ke atas cuba sentuh hujung kaki semasa melakukan layangan.- Semasa menghala ke kawasan mendarat, tangan dihayun ke hadapan dan menghala ke bawah untuk bantu sasaran kaki- Kedua kaki dibawa ke hadapan dan diluruskan untuk mendarat- Berdiri tegak dengan mendepangkan kedua-dua belah tangan ke atas.- Mata pandang ke hadapan

5.0 RINGKASAN MENGAJAR TAHUN 5 2007

Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Seberang PerakTarikh : 22 Oktober 2007Hari : SelasaMasa : 07:45-08.15 ( 30 minit )Tahun : 5Bilangan Murid : Lelaki =15 Perempuan =16Umur : + 11 Tahun

Tunjang pembelajaran : Kemahiran Gimnastik ArtistikTajuk : Gimnastik ArtistikKemahiran : 6.1 Pergerakan dalam Gimnastik ArtistikKemahiran yang diajar : Lompat KangkangPengetahuan sedia ada1. Murid pernah melakukan lompat tegak ke hadapan dan gelongsor kaki ke sisi bersilangdengan teknik yang betul semasa pembelajaran terdahulu.2. Murid pernah melakukan pergerakan gerak edar , lompat tegak ke hadapan dangelongsor kaki ke sisi bersilang dengan tema dan fasa yang betul3. Murid pernah melakukan pergerakan gerak edar, lompat tegak ke hadapan dangelongsor kaki ke sisi bersilang dengan teknik yang betul.

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :

PSIKOMOTOR :Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

Melakukan aktiviti pergerakan Lompat Kangkang dengan menggunakan keseluruhan anggota badan pada tahap kemampuan diri pelajar tersebut serta melakukan 3 percubaan Lompat Kangkang dengan teknik yang betul sekurang- kurangnya 3 kali

KOGNITIF :Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

Menyatakan dengan betul tiga dari empat soalan-soalan yang berkaitan dengan Lompat Kangkang

AFEKTIF :Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

Mendisiplinkan diri ketika melakukan aktiviti penilaian kendiri dan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap kumpulan ketika melakukan aktiviti berkumpulan.

Pengabung jalinan :Bahasa Melayu dan Matematik

Nilai-nilai Murni : Keberanian , Keyakinan dan Kerjasama

ABM / BBM : Carta Bergambar Lompat KangkangSkital . Gulungan tilam alas dan tali

LANGKAH FOKUS PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN CATATANSet Induksi3 minit1.1 Memanaskan badan :a. slow jogb. Lari skip

1.2 Regangan dankelonggaran1.2.1 Quadriceps stretch1.2.2 Adductor stretch1.2.3 Lateral flexor stretch( berpasangan )- Lari perlahan dalam kawasan yang di tetapkan.

- Lari lutut tinggi sambil hayun tangan tinggi.

1.2.1 Tarik kaki dari belakang. Cuba luruskan kaki tersebut, lakukan 6 10 saat. Kurangkan ketegangan, kemudian tarik kaki berkenaan sekali lagi dengan lebih kuat. Lakukan prosedur untuk kedua-dua belah kaki.

1.2.2 Luruskan kaki ke sisi badan dan paksakan ke arah lantai dan kekalkan 6 10 saat. Kurangkan tekanan dan tekan kaki berkenaan dengan kuat dan ulang untuk kaki berikutnya.

Tolak menentang daya rakan;iaitu cuba menegakkan badan, lakukan 6-10 saat.Lari mengelilingi kawasan 20m x 20m

Dalam formasi bulatan

1.2.11.2.21.2.3

LANGKAH FOKUS PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN CATATANPerkembanganLangkah 1( 10 minit )

Memperkenalkan Lompat KangkangMelalui penggunaan Carta.

Ansur majuLompat ke hadapan

a. Sebelah Kakib. Dua belah kaki

Guru memperkenalkan Lompat Kangkang kepada pelajar dengan menggunakan carta berkenaan teknik lompatan dan otot-otot yang terlibat.

1. Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi2. Langkah kaki kanan ke hadapan3. Rapat kaki kiri pada kaki kanan4. Lompat sambil mengangkangkan kedua-dua belah kaki.- Berdiri tegak ,kedua-dua tangan di sisi.- Kedudukan kepada menghala ke hadapan. Dagu tinggi- Angkat sebelah kaki. Tangan yang bertentangan dengan kaki yang di angkat,di ayun tinggi ke atas.- Lonjak kedua-dua belah kaki ke atas- Mendarat dengan sebelah kaki- Mendarat dengan dua belah kaki

Carta Gambar teknikLompat KangkangGulungan Tilam

LANGKAH FOKUS PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN CATATANPerkembanganLangkah 2

10 minit

Ansur Maju :

c. Fasa layangand. Fasa Pendaratan5. Cuba sentuh hujung kaki semasamelakukan layangan.6. Mendarat dengan kedua-dua belah kaki.

- Hayun kaki bebas dengan pantas- Paha pada posisi horizontal dan kekalkanposisi- Fasa lonjakan kaki bebas dibawa kehadapan- Badan dinaikkan kehadapan- Kaki lonjak dibawa ke hadapan menyertaikaki bebas- Tangan dihayun ke atas cuba sentuh hujungkaki semasa melakukan layangan.- Semasa menghala ke kawasan mendarat,tangan dihayun ke hadapan dan menghalake bawah untuk bantu sasaran kaki- Kedua kaki dibawa ke hadapan dandiluruskan untuk mendarat- Berdiri tegak dengan mendepangkankedua-dua belah tangan ke atas.- Mata pandang ke hadapanOtot utama yang terlibat :i. Gasteriodii. Hamstring group & rektus femorisiii. Quadreceps

LANGKAH FOKUS PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN CATATANPerkembanganLangkah 3

4 minitPertandinganLompat Kangkang( dengan 2 belah kaki )Dua kumpulan A dan B

Lompatan Kangkang-Pemenang kumpulan dinilai melaluiPendaratan dua belah kaki, berdiri tegak dengan mendepangkan ke dua belah tangan berdasarkan jumlah kejayaan ahli kumpulanPenutup

3 minitMenyejukkan badan

1.2.4 Quadricepsstretch1.2.5 Adductor stretch1.2.6 Lateral flexorstretch( berpasangan) - Tarik kaki dari belakang. Cuba luruskankaki tersebut, lakukan 6 10 saat.

- Kurangkan ketegangan, kemudian tarikkaki berkenaan sekali lagi dengan lebihkuat.Lakukan prosedur untuk kedua-dua belahkaki.

- Luruskan kaki ke sisi badan danpaksakan ke arah lantai dan kekalkan6 10 saat. Kurangkan tekanan dantekan kaki berkenaan dengan kuatdan ulang untuk kaki berikutnya.

- Tolak menentang daya rakan;iaitu cubamenegakkan badan, lakukan 6-10 saat.

http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/lompat-kangkang.htmlMonday, May 25, 2009