Upload
others
View
20
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
LIVING HERITAGE VILLAGE LIVING HERITAGE VILLAGE LIVING HERITAGE VILLAGE LIVING HERITAGE VILLAGE
Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 Jabatan Muzium Sabah akan
menganjurkan satu program khusus yang akan memberi peluang kepada para
pelawat untuk berinteraksi dan mempelajari pelbagai adat-istiadat kehidupan
pelbagai etnik di Sabah di rumah-rumah warisan yang terdapat di Kampung Warisan
Muzium Sabah. Di antara lain tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan
dan pengalaman kepada para pengunjung tempatan dan luar negara untuk merasai
suasana dan kehidupan masyarakat di kampung. Generasi masa kini tidak berpeluang
untuk merasai suasana kehidupan di kampung satu ketika dahulu. Rumah-rumah
replika yang terdapat di kompleks Muzium Sabah adalah sangat unik di mana ianya
dibina berdasarkan rekabentuk dan struktur asal pelbagai etnik di Sabah dengan
mengambil kira sumber-sumber semulajadi yang terdapat di alam sekitar mereka
untuk tujuan koleksi dan pendokumentasian Jabatan Muzium Sabah.
Pameran dan program khusus berkonsepkan amalan dan kepercayaan etnik-etnik ini
juga dapat memberikan peluang kepada generasi muda dan para pelawat untuk
melihat dan menghargai keunikan suasana kehidupan serta amalan budaya
peninggalan nenek moyang suatu ketika dahulu. Secara tidak langsung program ini
juga dapat memupuk semangat saling hormat menghormati dan perpaduan di
kalangan masyarakat majmuk yang terdapat di Sabah khasnya dan Malaysia amnya.
Program ini akan diadakan di Rumah Panjang Rungus, Rumah Bambu Tambunan dan
acara kemuncak akan diadakan di Rumah Panjang Murut iaitu perkahwinan yang
dipanggil Tinauh. Acara ini adalah untuk memaparkan salah satu daripada adat-
istiadat yang sangat unik dan masih lagi diamalkan sehingga kini. Tinauh bermaksud
pembayaran hantaran berian yang tertunda atau pun terakhir apabila si suami dan
keluarganya telah bersepakat dan mempunyai cukup dana untuk melangsungkan
acara kemuncak perkahwinan yang kebiasaannya diadakan secara beramai-ramai
setelah sekian lama tertunda. Lazimnya acara Tinauh ini diadakan di rumah keluarga
pengantin perempuan. Kadangkala acara ini berlangsung apabila kedua-dua suami
isteri telahpun berkahwin lebih daripada 10 ataupun 20 tahun kerana tidak mampu
membayar beriannya. Lazimnya acara ini dilangsungkan dengan penuh adat istiadat
dengan meriah selama lima hari.
NIGHT SAFARI ATNIGHT SAFARI ATNIGHT SAFARI ATNIGHT SAFARI AT THE SABAH MUSEUMTHE SABAH MUSEUMTHE SABAH MUSEUMTHE SABAH MUSEUM
“Night safari” di Muzium Sabah adalah satu program khusus yang disediakan bagi
memberi peluang kepada orang ramai, terutama remaja (dalam lingkungan umur 13
hingga 17 tahun), melalui pengalaman hidup yang biasa dialami oleh remaja-remaja
suatu ketika dulu. Pemodenan yang kita lalui masa kini membawa kepada bentuk
kehidupan serba mewah. Pelbagai alat dan kelengkapan hidup senang diperolehi dan
remaja-remaja masa kini tidak pernah tahu bagaimana agaknya kehidupan remaja
terdahulu. Sebelum pembangunan menyerlah, khasnya bekalan tenaga elektrik
dengan kemudahan televesyen, kawasan perkampungan biasanya dalam keadaan gelap
dan sunyi pada waktu malam dan kadangkala hanya bergantung kepada cahaya bulan.
Perjalananan ke rumah jiran pada waktu malam gelap gulita, contohnya, memberi
seribu satu macam pengalaman yang sangat mencabar. Kadang kala melalui tanah
perkuburan dan kawasan hutan dengan hanya ada lampu suluh yang kecil. Melalui
program ini juga, orang ramai, terutama remaja masa kini, berpeluang untuk merasai
pengalaman tidur di rumah-rumah tradisi yang biasanya hanya diterangi oleh cahaya
bulan dan bintang melalui celah-celah dinding. Suasana malam lebih ketara dirasai
apabila hendak ke tandas yang terletak jauh di luar rumah.
Tarikh dan masa:
27 – 28 Mac 2014 (Khamis - Jumaat)
Jam 3.00 petang hingga jam 9.00 pagi
Program:
Bagi mempelbagaikan pengalaman dan untuk menjadikan program ini menyeronokkan,
acara dikendalikan dalam bentuk “Mencari Harta Karun” (Treasure Hunt) dalam
kumpulan kecil (3 orang).
Acara 1:
Melawat ke galeri-galeri pameran terpilih d Bangunan Utama. Berpandukan
pembayang-pembayang yang diberi, peserta boleh mendapatkan jawapan terhadap
soalan-soalan yang diajukan di galeri-galeri yang dilawati.
Acara 2:
Trail tracking ke Taman Etnobotani melalui trail yang ditetapkan. Dengan
berbekalkan lampu suluh dan pembayang-pembayang, peserta boleh mendapatkan
jawapan terhadap soalan-soalan yang diajukan di sepanjang trail. Mendengar bunyi
binatang atau terserempak dengan binatang liar atau binatang buas, atau melalui
kawasan perkuburan adalah sesuatu yang mencabar.
Acara 3:
Tidur di rumah-rumah tradisional dalam suasana gelap, tanpa tilam dengan tandas
terletak di luar bangunan, pastinya menjanjikan pengalaman unik yang tersendiri.
Majlis perasmian Living Heritage Village & Night Safari At The Sabah Museum akan
diadakan pada 27 Mac 2014 (Khamis), jam 4.30 petang bertempat di Kampung
Warisan Fasa I, Kompleks Muzium Sabah yang akan disempurnakan oleh YB. Datuk
Kamarlin Hj. Ombi, Pembantu Menteri, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan &
Alam Sekitar Sabah. Program ini akan berakhir pada 28 Mac 2014 (Jumaat).
Orang ramai dijemput hadir.