9
NAMA: NUR FAIQAH BINTI MOHD YASIN i. Saya berjaya mendapatkan dua masa seminggu untuk mengajar kelas linus di sekolah saya. Di dalam kelas saya ada seramai 29 murid. 6 murid perempuan dan selebihnya adalah murid lelaki. Setiap kali mengajar, saya dapati murid mengambil masa yang terlalu lama untuk menulis sesuatu perkataan. Ada murid yang mengambil masa 30 minit untuk menulis satu perkataan. Apabila ditegur mengapa lambat menulis murid ini akan menangis. Saya mula membuat pemerhatian selama 30 minit terhadap cara murid menulis, apa yang mereka buat ketika menulis, mengapa satu patah perkataan pun tidak disalin ke dalam buku, dan macam-macam lagi. Segala aktiviti murid ketika itu saya tidak ganggu. Maka banyaklah jawapan dan kemungkinan yang saya peroleh dalam tempoh 30 minit itu. Ada murid boleh menulis, tetapi disebabkan hilang fokus kerana asyik berbual daripada menulis menyebabkan kerja yang hendak disalin dalam buku tidak menjadi. Ada pula murid berangan, berkhayal dan bermain dengan pemadam, pembaris. Bila ditegur, satu-satu abjad disalin. Apabila dibiar,

Literasi Bahasa Individu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jhliujbhgugoi

Citation preview

Page 1: Literasi Bahasa Individu

NAMA: NUR FAIQAH BINTI MOHD YASIN

i. Saya berjaya mendapatkan dua masa seminggu untuk mengajar kelas linus di

sekolah saya. Di dalam kelas saya ada seramai 29 murid. 6 murid perempuan

dan selebihnya adalah murid lelaki. Setiap kali mengajar, saya dapati murid

mengambil masa yang terlalu lama untuk menulis sesuatu perkataan. Ada murid

yang mengambil masa 30 minit untuk menulis satu perkataan. Apabila ditegur

mengapa lambat menulis murid ini akan menangis.

Saya mula membuat pemerhatian selama 30 minit terhadap cara murid menulis,

apa yang mereka buat ketika menulis, mengapa satu patah perkataan pun tidak

disalin ke dalam buku, dan macam-macam lagi. Segala aktiviti murid ketika itu

saya tidak ganggu. Maka banyaklah jawapan dan kemungkinan yang saya

peroleh dalam tempoh 30 minit itu.

Ada murid boleh menulis, tetapi disebabkan hilang fokus kerana asyik berbual

daripada menulis menyebabkan kerja yang hendak disalin dalam buku tidak

menjadi. Ada pula murid berangan, berkhayal dan bermain dengan pemadam,

pembaris. Bila ditegur, satu-satu abjad disalin. Apabila dibiar, mereka akan

bermain semula dengan pemadam, botol air dan sebagainya.

Dalam 29 murid saya ini, cuma 4 orang sahaja yang saya dapati memang

mereka betul-betul tidak boleh menulis kerana tiada asas menulis. Jadi, saya

tidak boleh mendesak mereka untuk menyiapkan kerja yang diberi. Melihat

kepada cara mereka berempat ini memegang pensel yang tidak betul, arah

menulis yang salah, postur badan tidak betul semasa menulis, maka saya harus

perbetulkan semua itu.

Oleh yang demikian, langkah yang saya ambil adalah melakukan aktiviti

membuat kolaj huruf bersama mereka bagi menarik perhatian mereka.

Page 2: Literasi Bahasa Individu

Tujuannya untuk membiasakan murid mengenal bentuk huruf. Tujuan lain juga

adalah untuk melembutkan tangan murid ketika memegang pensel agar tidak

terlalu kaku. Latihan ini dapat memperbetul koordinasi mata dan tangan. Selain

itu, postur duduk murid dibetulkan supaya mereka tidak salah semasa menulis.

Saya memantau meraka semasa membuat aktiviti agar mereka duduk

menggunakan postur yang betul. Saya sentiasa berada di sisi murid setiap 10

minit untuk memastikan mengikut arahan.

Saya mula mendapat hasil bagi dua orang murid yang dapat memahami konsep

menulis. Mereka mula menunjukkan peningkatan dalam aspek menulis.

Walaupun masih ada kesalahan, tetapi saya benarkan dua orang murid ini

memadam kesalahan dan memperbetulkannya kerana mereka sudah tahu

bagaimana hendak menulis abjad mengikut bentuk dan arah.

Dua orang murid lagi masih ketara kelemahan dilihat dalam menulis. Kadang-

kadang mengambil masa satu jam untuk menulis empat abjad. Perkara ini tidak

merisaukan saya kerana saya faham mereka tiada asas pendidikan diterima

sebelum ke tahun satu. Oleh yang demikian, saya perlukan masa yang panjang

untuk memperbaiki segala kelemahan yang dikesan. Tetapi apakan daya tempoh

praktikum hanyalah selama dua bulan. Saya cuma berharap di masa hadapan

mereka akan berjaya.

Page 3: Literasi Bahasa Individu

NAMA: NUR FAIQAH BINTI MOHD YASIN

ii. Pendidikan diharap akan melahirkan insan yang mengongsi dan mengamalkan

Falsafah Pendidikan Negara yang merangkumi Jasmani, Emosi, Rohani dan

Intelek. Ringkasnya pendidikan ingin melahirkan manusia yang celik huruf dan

ber ilmu pengetahuan. Sebaliknya realiti yang ditemui di sekolah-sekolah hari ini

menunjukkan adasekitar 10% murid masih tidak menguasi 3M.

Kecemerlangan Pendidikan merupakan arus perdana dan menjadi impian sama

ada murid, ibubapa, guru, masyarakat dan negara. Fokus, tumpuan dan

komitmen banyak tertumpu untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan

terutama keputusan peperiksaan. Apa akan terjadi dengan murid yang tergolong

dalam 10% itu. Haruskah dibiarkan dan terpinggir begitu sahaja kerana ia bukan

arus perdana?

LINUS cuba menjawab persoalan itu. Ia adalah sebahagian dari transformasi

pendidikan di samping KSSR dan PBS. Saringan demi saringan dibuat, guru-

guru bersama fasilinus mencuba dan memperkenalkan pelbagai modul supaya

tidak ada murid yang tergolong dalam kategori LINUS. Setelah melalui saringan

ada murid yang melepasi, ada murid LINUS dan ada juga murid LINUS tegar di

samping murid berkeperluan khas. Program LINUS masih menjadi

tanggungjawab segolongan pendidik sahaja dalam sesebuah sekolah, ada

sebilangan kecil pendidik di sekolah yang sama mungkin tidak ambil endah

program ini, sedangkan dalam jangka masa panjang, murid yang tidak

menguasai 3M ini akan sampai juga kepangkuan mereka untuk dididik.

Page 4: Literasi Bahasa Individu

Jika di kalangan guru pun komitmen masih belum meluas, bagaimana pula

dengan ibubapa, masyarakat dan komuniti. Semua pihak harus terlibat, yakin

dan percaya LINUS adalah program yang baik bagi membolehkan semua murid

menguasai 3M setelah menamatkan tahap satu sekolah rendah. Untuk

meyakinkan semua pihak langkah pertama yang harus dimulakan ialah proses

buy in.

Kita hendaklah mula berfikir di luar kotak. Ibu bapa dan komuniti mestilah

bersedia menerima bahawa kegagalan anak-anak melepasi saringan adalah satu

isu yang serius yang perlu ditangani.

Strategi penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam program LINUS hendaklah

dalam bentuk lengkap melengkapi, ada unsure nilai tambah dan dalam situasi

menang-menang.Tidak ada unsur pertandingan, menuding jari apatah lagi

merendahkan mana-mana pihak. Bolehkah ibu bapa dan komuniti menyambut

dayung yang dihulurkan oleh sekolah dan guru. Sumbangan ibu bapa dan

komuniti mungkin berupa komitmen, kepakaran dan sumber dana.

Antara beberapa strategi yang mungkin boleh diamalkan ialah back to basic,

kesukarelaan, penglibatan berjadual, hukuman dan ganjaran, perkongsian pintar,

sumbangan swasta, pemerkasaan teknologi dan kepimpinan melalui teladan.

Strategi tersebut mestilah difahami, diterima dengan hati terbuka dan sentiasa

memberi saranan positif untuk memperbaikinya.

Kesukarelaan melibatkan kesanggupan ibu bapa member perhatian kepada

anak-anak LINUS apatah lagi jika anak mereka sendiri. Komuniti pula

memikirkan bagaimana anggotanya boleh membantu mengatasi masalah ini

melalui kelas-kelas pemulihan, kepakaran mereka dan sumber kewangan. Anak-

Page 5: Literasi Bahasa Individu

anak LINUS boleh diberikan motivasi berjadual atau kalau perlu back to basic

menggunakan kaedah prasekolah seperti apa yang diamalkan oleh tadika Little

Caliph, Smart Reader. Kumon dan yang seumpamanya.

PIBG boleh melaksanakan kaedah ganjaran dan hukuman kepada anak-anak

LINUS yang menghadapi masalah disiplin atau ponteng sekolah. Bagaimana

memenangi hati ibu bapa supaya mereka lebih prihatin terhadap prestasi

pembelajaran anak-anak. Perkongsian pintar boleh dicuba misalnya mendapat

pandangan dan khidmat nasihat kaedah pembelajaran yang popular di tadika.

Kita mendapat tahu ada kanak-kanak berusia 4 tahun sudah boleh membaca. Ibu

bapa juga harus menerima apabila anak mereka dikehendaki mengikuti kelas

pemulihan dan belajar semula asas membaca dan menulis walaupun sudah

berada di tahun 3. Mereka juga bersedia jika anak mereka diperlukan untuk

pemeriksaan doctor sekiranya diperlukan.

Teknologi iPad atau tablet masa kini boleh dicuba. Banyak perisian kaedah

membaca permulaan yang mungkin sesuai dengan anak mereka.Jika anak-anak

seronok melayari facebookdan internet, gunakan kesempatan ini memupuk

kefahaman terhadap abjad, suku kata, perkataan dan ayat. Kaedah interaktif

biasanya lebih berkesan. Persoalannya bagaimana gadget itu boleh dimiliki atau

digunakan oleh anak-anak LINUS.

Ibu bapa dan Komuniti juga perlu melaksanakan Kepimpinan Melalui Teladan.

Jika dirumah ibubapa menghadap TV LCD 42 inci melayari pelbagai program,

sedangkan anak-anak disuruh mengulangkaji atau menyiapkan kerja rumah,

tentulah tidak sesuai. Ibu bapa perlu menunjukkan tabiat membaca sekalipun

sekadar akhbar sahaja. Komuniti pula menyediakan kemudahan mendapatkan

Page 6: Literasi Bahasa Individu

bahan bacaan dan memupuk sikap positif dengan pelbagai program santai yang

disukai oleh anak-anak.

Pihak sekolah dan guru-guru tidak mempunyai apa-apa autoriti untuk memaksa

penglibatan ibu bapa dan komuniti. Sebaliknya ibu bapa dan komuniti yang

dinamik akan melihat sudut-sudut tertentu dimana mereka boleh memainkan

peranan dalam pendidikan di samping membantu sekolah.

Strategi yang berkesan boleh membantu program LINUS dijayakan oleh pihak

sekolah dan mencapai tahap LINUS sifar. Tiada lagi anak-anak yang tidak boleh

membaca dan mengira apabila melangkah tahun 4. Melepasi saringan LINUS

dengan latih tubi yang intensif tidak membolehkan anak-anak menguasai 3M

dalam jangka panjang.Saringan LINUS bukanlah ujian atau peperiksaan

sebaliknya satu instrumen untukmengetahui tahap atau standard prestasi anak-

anak di sekolah.

Kejayaan LINUS sangat bergantung kepada keikhlasan guru, kepimpinan

sekolah serta penglibatan ibu bapa dan komuniti.