Upload
ah-san
View
228
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
852
Citation preview
Linguistik 2
TAJUK 4 LINGUISTIK KONTEKSTUAL
4.1 Linguistik Kontekstual
Menurut J. Lyons, 1968 ;
Linguistik adalah satu bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik
Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005);
Linguistik ialah
1. Kajian saintifik tentang bahasa.
2. Berkaitan dengan bahasa.
Kamus Dwibahasa (1981) menjelaskan bahawa linguistik ialah pengajian ilmu bahasa.
Menurut John Lyons (1968);
Linguistik adalah suatu ilmu pengkajian bahasa yang dilakukan secara saintifik.
Definisi kontekstual:
Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005);
Kontekstual ialah berkaitan dengan atau menurut konteks:penyelidikan sastera dari segi dapat merencanakan perkembangan sastera.
Kontekstual membawa pengertian:
1. Yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitanlangsung, mengikut konteks.
2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).
Linguistik kontekstual ialah bidang yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.