8
SULIT 3755/2 LATIHAN MASA CUTI SET 1 (BAB 1 Tingkatan 4) Arahan: Jawab semua soalan di bahagian ini. 1(a) i. Apakah Sistem Barter? ( 2 markah) ii.Nyatakan dua syarat sistem barter boleh berlaku? (2 markah) (b) Terangkan lima kelemahan sistem barter (10 markah) (c) Pernayatan berikut merupakan contoh dua jenis barang. Gambar A Gambar B Jelaskan perbezaan antara barang Gambar A dengan barang pada Gambar B (9 markah) 2(a) Terangkan maksud pengeluaran. (4 markah) (b) Aktiviti pengeluaran akan menghasilkan nilai faedah keatas barang yang dihasilkan. Berikan maksud nilai faedah. (2 markah) (c) Huraikan 3 jenis nilai faedah dalam pengeluaran dengan contoh yang sesuai. (9 markah) (d) Maklumat yang berikut berkaitan dengan jenis pengeluaran. 3755/2 @ 2010 Hak Cipta Terpelihara [LIHAT SEBELAH SULIT - Kereta BMW - Telefon Blackberry - Melancong Ke Australia -Pakaian -Makanan asas -Rumah Pak Ali menanam sayur di belakang rumahnya untuk kegunaan sendiri

LATIHAN MASA CUTI 1.doc

Embed Size (px)

Citation preview

Kertas 2

SULIT

3755/2

LATIHAN MASA CUTI SET 1 (BAB 1 Tingkatan 4)Arahan: Jawab semua soalan di bahagian ini.

1(a) i. Apakah Sistem Barter?

( 2 markah)

ii.Nyatakan dua syarat sistem barter boleh berlaku?

(2 markah)

(b) Terangkan lima kelemahan sistem barter

(10 markah)

(c) Pernayatan berikut merupakan contoh dua jenis barang.

Gambar A

Gambar B

Jelaskan perbezaan antara barang Gambar A dengan barang pada Gambar B (9 markah)

2(a) Terangkan maksud pengeluaran.

(4 markah)

(b) Aktiviti pengeluaran akan menghasilkan nilai faedah keatas barang yang dihasilkan.

Berikan maksud nilai faedah.

(2 markah)

(c) Huraikan 3 jenis nilai faedah dalam pengeluaran dengan contoh yang sesuai.

(9 markah)

(d) Maklumat yang berikut berkaitan dengan jenis pengeluaran.

SITUASI 1

SITUASI 2(i) Nyatakan jenis pengeluaran yang diusahakan oleh Pak Ali dan Pak Abu.(2 markah)(ii)Terangkan kedua-dua jenis jenis pegeluaran yang diusahakan oleh Pak Ali dan Pak Abu.

(8 markah)

3 (a) Terangkan faktor-faktor pengeluaran yang dilibatkan dalam aktiviti pengeluaran.

(8 markah)

(b) Usahawan dan Peniaga adalah dua individu yang berbeza. Setujukah anda dengan

pernyataan tersebut. Berikan alasan anda.

(7 markah)

(c) Jelaskan sifat-sifat seorang Usahawan.

(8 markah)

(d) Huraikan sumbangan usahawan kepada masyarakat dan Negara.(8 markah)

LATIHAN MASA CUTI SET 2 (BAB 2 Tingkatan 4)Arahan: Jawab semua soalan di bahagian ini.

Baca Petikan Di bawah dan jawab soalan berikutnya.

Seman merupakan seorang usahawan berjaya di Limbang Sarawak. Beliau memulakan perusaan dengan modal sebanyak 20 000 sahaja kini beliau memiliki kilang perusahaan sabut kelapa, kilang perusahaan kuih asli dan beberapa buah kedai runcit dan gudang. Beliau juga memiliki beberapa buah lori untuk kegunaan perusahaan dan disewakan kepada pihak lain. Sungguhpun beliau sudah berjaya namun beliau berhasrat untuk memperluaskan skop perniagaan untuk menembusi pasaran antarabangsa. Justeru itu beliau telah meminjam sejumlah wang untuk dijadikan modal tambahan untuk menembusi pasaran antarabangsa. Keuntungan tahunan beliau sekitar 1 juta sahaja.Beliau kini memiliki 150 orang pekerja sepenuh masa dan 50 pekerja sambilan. Beliau turut risau tentang aspek kebajikan dan keselamatan pekerjanya dan kilang serta gudang miliknya. Beliau juga kerap menghubungi rakan niaganya di bahagian lain serta menghubungi pembekal bahan mentah yang berada diseluruh Sarawak. Disamping itu juga beliau berhasrat mengadakan pameran besar-besaran berkaitan produk kelurannya di Limbang sempena cuti sekolah. Di samping menjual sendiri hasil keluarannya beliau juga turut menghantar hasil keluarannya kesemua kedai runcit di seluruh Limbang dan Miri.1(a) Nyatakan maksud Perdagangan?

(2 markah)

(b) Nyatakan maksud Perniagaan?

(2 markah)

(c) Nyatakan maksud Pengeluaran?

(2 markah)

(d) Nyatakan maksud Bantuan Perniagaan?

(2 markah)

2(a) Nyatakan bantuan-bantuan perniagaan yang Encik Seman gunakan. (6 markah)

(b) Jelaskan peranan kesemua bantuan perniagaan di atas kepada Encik Seman.

(12 markah)

(c)Jelaskan perkaitan antaraPengeluaran, Perdagangan dan Perniagaan. (10 markah)

3(a) Apakah jenis perusahaan yang diceburi oleh Encik Seman? Berikan alasan anda.

(6 markah)

(b) Apakah sumbangan beliau kepada masyarakat.

(6 markah)

(c) Apakah sumbangan beliau kepada Negara.

(6 markah)

(d)Apakah kelebihan beliau memperluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa.

(6 markah)

LATIHAN MASA CUTI SET 3 (BAB 1 Tingkatan 5)Arahan: Jawab semua soalan di bahagian ini.

1(a) Tuliskan nota ringkas mengenai:i. Pinjaman

(5 markah)

ii. Overdraf

(4 markah)

iii. Akaun semasa

(4 markah)

iv. Akaun tetap

(4 markah)

(b) Dua jenis pembiayaan yang ditawarkan oleh bank Perdagangan iaitu Pinjaman dan overdraf. Terangkan perbezaan antara pinjaman dan overdraf.(8 markah)

2(a) Tuliskan nota ringkas mengenai:

i. Syarikat Pemfaktoran

(5 markah)

ii. Syarikat Jaminan Kredit

(5 markah)

iii. Bank Saudagar

(5 markah)

iv. Syarikat Pajakan

(5 markah)

(b) Jelaskan perbezaan antara sistem bank konvensional dan sistem bank Islam.

(8 markah)

(c) Jelaskan perbezaan antara cek berpalang dan cek terbuka.(6 markah)

3(a) Tuliskan maksud bagi cek-cek dibawah:

i. Cek Bertanda

(2 markah)

ii. Cek Mati

(2 markah)

iii. Cek Kosong

(2 markah)

iv. Cek Bertarikh Hadapan

(2 markah)

v. Cek Dalaman

(2 markah)

(b) Terangkan kelemahan menggunakan cek sebagai alat pembayaran.(8 markah)(c) Terangkan kebaikan menggunakan cek sebagai alat pembayaran(8 markah)

LATIHAN MASA CUTI SET 4 ( BAB 7 Tingkatan 4 Dan Aspek Pengiraan Dalam Perdagangan)

1(a) Jelaskan maksud Pelaburan.

(5 markah)

(b) Terangkan perbezaan antara Pelabur dan Spekulator.

(8 markah) (c) Terdapat 3 jenis spekulator. Tuliskan cirri-ciri setiap jenis speculator berikut:

i. Penelah naik (Bull)

(3 markah)

ii. Penelah turun (Bear)

(3 markah)

iii. Stag

(3 markah)

2 (a) Terangkan perbezaan antara saham dan syer

(6 markah)

(b) Dua jenis syer iaitu syer biasa dan syer keutamaan. Terangkan perbezaan antara syer biasa dan syer keutamaan.

(8 markah)

(c) Huraikan 5 faktor yang mempengaruhi harga saham.

(10 markah)

(d) Nyatakan 3 kepentingan pasaran saham kepadapihak berikut:

i. Pelabur

ii. Negara

iii. Syarikat Berhad

3 (a) Terangkan peranan yang dimainkan oleh BSKL.(8 markah)(b) Huraikan panduan asas sebelum membuat sesuatu pelaburan.(8 markah)

Tunjukkan cara pengiraan bagi semua soalan dibawah.

4.Ahmad membeli sebuah rumah berharga RM 120 000 pada tahun 2008. Beliau meyewakan rumah tersebut dengan kadar RM 500 sebulan. Pada tahun januari 2010 belaiu jual rumah tersebut dengan harga RM 200 000.

Hitungkan:

i.Pendapatan Modal Ahmad ii.Pendapatan semasa Ahmad iii. Jumlah Hasil Pelaburan

5.Ami membeli sebuah rumah berharga RM200 000 pada tahun 2008. Beliau meyewakan rumah tersebut dengan kadar RM6500 setahun. Pada tahun januari 2010 belaiu jual rumah tersebut dengan harga RM 350 000.

Hitungkan:

i.Pendapatan Modal Ami ii.Pendapatan semasa Ami iii. Jumlah Hasil Pelaburan

6.Abi membeli sebuah rumah berharga RM180 000 pada tahun 2008. Beliau meyewakan rumah tersebut dengan kadar RM450 sebulan. Pada tahun januari 2010 belaiu jual rumah tersebut dengan harga RM 230 000.

Hitungkan:

i.Pendapatan Modal Abi ii.Pendapatan semasa Abi iii. Jumlah Hasil Pelaburan

7. Kira pendapatan pelaburan Ali jika beliau telah melabur di sebuah Koperasi. Lebihan koperasi tersebut bernilai RM 80000 dan akan menyimapan 25% dari lebihan sebagai rezab.Beliau memiliki syer dan simpanan seperti berikut. Jumlah belian pada tahun tersebut ialah RM 100 000. Pada tahun tersebut Koperasi mengistiharkan 10% atas syer biasa.

i.Hitungkan pendapatan Ali:

8000 syer keutamaan 9% RM 2.50 sesyer.

10000 syer biasa bernilai RM 3.50 sesyer.

RM40000 akaun simpanan tetap 6% setahun.

ii. Kira Rezab Koperasi tersebut.

iii. Berapakah nilai Rebat atas belian Ali.

iv. Jika Ali membeli sebanyak RM10000 pada tahun tersebut berapakah rebat atas belian yang diperolehi beliau.

8.Kira pendapatan pelaburan Ani jika beliau telah melabur di sebuah Koperasi. Lebihan koperasi tersebut bernilai RM 60000 dan akan menyimapan 15% dari lebihan sebagai rezab.Beliau memiliki syer dan simpanan seperti berikut. Jumlah belian pada tahun tersebut ialah RM 200 000. Pada tahun tersebut Koperasi mengistiharkan 8% atas syer biasa.

i.Hitungkan pendapatan Ani:

10000 syer keutamaan 9% RM 2.50 sesyer.

60000 syer biasa bernilai RM 1.50 sesyer.

Debentur RM 20000 5% setahun

ii. Kira Rezab Koperasi tersebut.

iii. Berapakah nilai Rebat atas belian Ali.

iv. Jika Ali membeli sebanyak RM5000 pada tahun tersebut berapakah rebat atas belian yang diperolehi beliau.

9.Harga Tunai RM 5000. Lola membayar secara ansuran selama 2 tahun dengan kadar RM 230 sebulan. Pendahuluan sebanyak RM 500. Kirai. Jumlah Faedah dikenakan

ii.Peratus faedah dikenakan

iii.Berapakah jumlah harga yang dibayar oleh Lola.10.Harga Tunai RM 6000. Lili membayar secara ansuran selama 2 tahun dengan kadar RM 290 sebulan. Pendahuluan sebanyak RM 600. Kira

i. Jumlah Faedah dikenakan

ii.Peratus faedah dikenakan

iii.Berapakah jumlah harga yang dibayar oleh Lili.Kereta BMW

Telefon Blackberry

Melancong Ke Australia

-Pakaian

-Makanan asas

-Rumah

Pak Ali menanam sayur di belakang rumahnya untuk kegunaan sendiri

Pak Abu menternak ikan air tawar untuk dijual di pasar.

3755/2 @ 2010 Hak Cipta Terpelihara [LIHAT SEBELAH

SULIT