9
Membuat apresiasi secara membanding beza hasil dua karya berlainan budaya yang dipilih menggunakan Pendekatan Teori Feldman. Rajah 1 : Pendekatan Feldman Berdasarkan rajah 1 di atas, itu merupakan satu yang dikenali sebagai pendekatan Feldman. Pendekatan Feldman merupakan satu pendekatan yang bertujuan untuk membuat apresiasi atau kritikan kepada sesuatu karya seni. Namun, ia bukan untuk menmburuk-burukkan atau menjatuhkan pelukis namun sebagai satu cara untuk meningkatkan mutu sesebuah karya. Pendekatan Feldman ini menjelaskan tentang satu proses penelitian secara sistematik berdasarkan empat pendekatan berturutan untuk membantu memahami dan meneliti unsur formalistik ( aspek luaran karya) dan unsur ikonografi ( mesej dan makna) sesuatu hasil karya. Unsur formalistik bermaksud penilaian terhadap sifat-sifat tampak yang dapat dilihat pada karya seni itu sendiri. Unsur ikonografi pula ialah suatu aspek penilaian yang mengesan makna Menggamba r (Describe ) Analisis (Analyse) Tafsiran (Interpre t) Penilaian (Evaluati on) PSV 3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Latar Belakang Claude Monet

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Latar Belakang Claude Monet

Membuat apresiasi secara membanding beza hasil dua karya berlainan budaya yang

dipilih menggunakan Pendekatan Teori Feldman.

Rajah 1 : Pendekatan Feldman

Berdasarkan rajah 1 di atas, itu merupakan satu yang dikenali sebagai

pendekatan Feldman. Pendekatan Feldman merupakan satu pendekatan yang

bertujuan untuk membuat apresiasi atau kritikan kepada sesuatu karya seni. Namun, ia

bukan untuk menmburuk-burukkan atau menjatuhkan pelukis namun sebagai satu cara

untuk meningkatkan mutu sesebuah karya. Pendekatan Feldman ini menjelaskan

tentang satu proses penelitian secara sistematik berdasarkan empat pendekatan

berturutan untuk membantu memahami dan meneliti unsur formalistik ( aspek luaran

karya) dan unsur ikonografi ( mesej dan makna) sesuatu hasil karya.

Unsur formalistik bermaksud penilaian terhadap sifat-sifat tampak yang dapat

dilihat pada karya seni itu sendiri. Unsur ikonografi pula ialah suatu aspek penilaian

yang mengesan makna dan mesej yang ingin disampaikan oleh pelukis melalui

karyanya. Pendekatan Feldman terbahagi kepada 4 pendekatan yang berturutan iaitu

menggambar, menganalisis, mentafsir dan membuat penilaian.

Menggambar(Describe)

Analisis(Analyse)

Tafsiran(Interpret)

Penilaian(Evaluation)

PSV 3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Page 2: Latar Belakang Claude Monet

CLAUDE MONET

Kami telah memilih tokoh bernama Claude Monet untuk dijadikan subjek kajian

kami untuk tokoh barat. Claude Monet atau lebih dikenali sebagai Monet merupakan

seorang karyawan yang terkenal dan agung. Beliau dilahirkan pada 14 November 1840

di Paris dan membesar di Le Harve di pantai Perancis. Pada usia mudanya, beliau mula

berjinak dengan dunia seni lukis. Lukisan beliau pernah dipamerkan di kedai milik

seorang pelukis bernama Eugene Boudin. Setelah melihat bakat yang mendalam yang

ada pada Monet, Boudin mula mengajar dan menjadi mentor kepada beliau. Pada

tahun 1859, beliau menyertai Atelier Suisse di Paris. Di sana beliau mula berkawan

dengan seorang pelukis bernama Pissaro yang kemudiannya harinya dokenali sebagai

slaah seorang pelukis kontemporari terulung. Pissaro banyak mempengaruhi kerja

Monet. Setelah dua tahun mengikuti pasukan tentera beliau kembali ke Paris dan

terskan pengajiannya tentang seni.

Pada tahun 1869, perubahan besar berlaku terhadap karya Monet dan rakan

Renior setelah mereka berjaya menghasilkan La Grenouillere yang merupakan sebuah

restoran terapung di Bougival. Selain itu, Monet telah berkahwin dengan modelnya

sendiri iaitu Camille Doncleux dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Beliau adalah

antara pemimpin pergerakan Impresionisme Perancis yang terkenal sekitar tahun 1870

an sehingga 1880 an. Beliau menolak kaedah traditional iaitu menghasilkan karya seni

di dalam studio. Hal ini kerana beliau lebih gemar melukis di kawasan yang terbuka dan

selesa. Tambahan pula, beliau gemar melawat kawasan hutan-hutan dan banyak

PSV 3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Page 3: Latar Belakang Claude Monet

belajar tentang lukisan lanskap daripada mentornya Boudin. Walaupun beliau sering

diejek oleh rakan-rakannya kerana karyanya berbeza dengan lukisan yang lain di

zaman itu. Namun, minat yang mendalam beliau pada lukisan lanskap terbukti dengan

penghasilan karyanya Women in the Garden.

Sekitar tahun 1874, beliau dan sekumpulan pelukis lain telah menubuhkan

sebuah persatuan dan telah menganjurkan satu pameran awam dimana mereka

mempamerkan karya mereka sendiri. Monet tidak ketinggalan untuk mempamerkan

hasil karya beliau yang diberi nama “Sunrise”. Walaupun pameran mereka gagal

mencapai tujuan, mereka tidak berputus asa.

Disebabkan Monet minat kepada lanskap alam, maka beliau banyak memberi

tumpuan kepada melukis subjek-subjek yang sama namun berlainan masa untuk

mendapatkan kesan cahaya yang berbeza. Berdasarkan karya beliau yang bertajuk

Haystack, Snoweffects, End of the Summer, Morning dan Haystack at the Sunset near

Giverny banyak menampakkan beliau sangat gemar menggunakan rumput kering,

jerami kering, dan gereja Rouen Cathedral sebagai subjek lukisannya. Namun, ia

berubah sejak beliau banyak menjelajah dan sering ke London, Venice dan Norway.

Beliau mula menjadikan bunga liliy sebagai subjek utama dalam karyanya. Misalnya

seperti The White Water Lilies, Water Lilies dan The Japanese Bridge.

Sehubungan itu, Monet merupakan pelukis terkenal dalam aliran impressionisme

kerana beliau banyak menghasilkan karya lanskap bertemakan alam semula jadi. Karya

aliran impressionisme oleh Monet banyak menangkap situasi sebenar secara terus

untuk mendapatkan kesan cahaya dari luar. Hal ini kerana, tumpuan utama dalam

sesebuah karya beliau ialah penekanan terhadap cahaya dan warna sahaja. Karya

yang kami pilih ialah :

PSV 3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Page 4: Latar Belakang Claude Monet

Tajuk : Corner of the Garden at Montgeron

Karya: Claude Monet

Tahun : 1876-1877

Alat/media : Painting - Oil on Canvas

Saiz: 175x194 cm

Lokasi: State Hermitage Museum in Saint Petersburg, Russia.

Aliran: Impressionisme

Karya Monet yang bertajuk “Corner of the Garden at Montgeron” di atas

dihasilkan antara tahun pada 1876 dengan 1877. Dalam catan Monet, beliau

menggunakan cat minyak yang dikerjakan di atas kanvas berukuran 175x194 cm.

Karya ini dihasilkan sekitar tahun 1876 hingga 1877.

Saya mengagumi karya ini kerana secara aspek formalistiknya beliau

menggunakan unsur-unsur seni dan prinsip rekaan yang sangat kreatif dan ideal. Jika

kita lihat dari aspek menggambar berdasarkan pendekatan Feldman, dari segi warna,

beliau menggunakan warna yang harmoni untuk menimbulkan suasana yang harmoni

menarik.Beliau menggunakan kesan berus berbeza untuk mengasingkan warna dan

memurnikan lukisan tersebut yang mana ia meliputi suasana pada waktu siang hari

seperti warna putih, biru, dan kuning di langit dalam karya tersebut .

PSV 3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Page 5: Latar Belakang Claude Monet

Susunan dan reka letak objek-objek di dalam karya ini berjaya menimbulkan

kesan ruang ilusi yang baik. Sebagai contoh beliau menggunakan warna gelap dan

warna putih untuk menimbulkan kesan ruang iaitu perbezaan antara ruang hadapan

ruang belakang. Selain itu, gambaran pada langit di bahagian langit catan juga

menampakkan ruang ilusi kerana mempunyai ruang yang jelas dan tidak mampu

disentuh. Kesan warna dan arah cahaya juga menampakkan cahaya yang baru hendak

meninggi. Tambahan juga, beliau menggunakan warna sejuk untuk memberi suasana

yang tenang dan nyaman.

Seterusnya, unsur jalinan tampak dapat dilihat dalam bentuk 2 dimensi pada

karya Claude Monet. Secara keseluruhan karya ia hanya menimbulkan jalinan tampak

sahaja. Sebagai contoh, jalinan pada bahagian langit telah menimbulknan jalinan

tampak kerana tidak dapat dirasa menggunakan tangan namun ia menimbulkan kesan

yang menarik dan realistik .Dalam unsur-unsur seni juga, garisan merupakan unsur

paling penting dalam setiap karya kerana ia dapat mencipta rupa, jalinan dan corak.

Pelukis secara keseluruhannya mengaplikasikan kesan garisan di dalam karyanya.

Contohnya, garisan melintang pada air. Ia dapat menggambarkan ketenangan dan

ketenteraman.

Selain itu, dalam karya Monet juga, objek-objek tersebut menonjolkan prinsip

rekaan. Terutamanya unsur pergerakkan. Contoh pada gambaran sungai di bahagian

kanan catan. Kesan garisan mendatar pada sungai menampakkan keadaan sungai

tersebut tenang bergerak mungkin disebabkan kesan angin dan sebagainya. Selain itu,

bayangan pokok di permukaan sungai itu juga menunjukkan suasana pada siang hari.

Contoh lain seperti langit yang biru dan warna kuning cair menampak awan sedang

bergerak. Oleh yang demikian, Claude Monet berjaya menunjukkan karya yang

bernyawa-nyawa dalam seni tampak 2 dimensi.

Tambahan pula, kesan kontra juga dikesan pada karya Monet di atas.

Contohnya penggunaan warna seperti kuning dengan hitam di karya tersebut.

Penegasan juga tidak ketinggalan beliau aplikasikan dimana beliau menggunakan

warna yang cerah pada stuktur kelopak bunga dan gelap pada bahagian daun dan

pokok bunga. Dengan cara ini beliau sengaja menegaskan kesan warna pada kelopak

PSV 3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Page 6: Latar Belakang Claude Monet

bunga lebih menonjol dan menarik minat orang melihat karya tersebut. Sejajar dengan

itu, karya ini juga mewujudkan kesan kepelbagaian. Dari segi warna pelukis sengaja

menggabungkan pelbagai warna ke atas subjek-subjek penting seperti bunga-bungaan

dalam karya yang bersudut di hadapan. Contohnya warna kuning, merah, putih dan

sebagainya. Selain daripada kepelbagaian warna, ia juga menimbulkan kesan

kepelbagaian bentuk, garisan, dan ruang. Contohnya, bentuk bunga, bentuk daun

pokok, kesan garisan biji-biji pada subjek bunga dan ruang yang berbeza pada langit

dan bumi .

Dari aspek analisis pula, beliau menggunakan teknik impastor untuk

menghasilkan kesan pokok-pokok dalam karya seperti dalam karya yang bersudut di

kanan. Karya tersebut dapat memberi tugasan yang baru kepada Claude Monet untuk

melukis empat panel hiasan untuk interior rumah grand baru, Chateau de Rottembourg

di Montgeron. Beliau menggunakan musim panas di sana untuk mecari motif

berdasarkan landscaped grounds dan melukis di luar bilik dengan menggunakan warna

yang terang. Dari aspek hal benda pula, karya ‘Corner of the Garden at Montgeron’ ini

menampilkan gubahan objek-objek semula jadi iaitu bunga dan pokok-pokok. Setiap

objek tersebut ditampilkan secara impressionisme dengan kadar suasana sama ada

dari segi bentuk, komposisi, dan aspek mewarna sangat dititikberatkan. Perkarya

membuat perincian yang teliti bagi menonjolkan sifat tenang terhadap objek tersebut.

Dari aspek tafsiran pendekatan Feldman, Claude Monet ingin menyampaikan

mesej tentang keindahan alam di sekitar tempat yang pernah beliau lalui. Berdasarkan

kepada catan di atas, berkemungkinan beliau cuba untuk menyatakan suasana

ketenangan yang beliau rasakan pada ketika itu dan perasaan selesa dan tenang

berikutan dengan kejernihan air yang bersih pada waktu tersebut. Unsur-unsur seni

yang digunakan banyak menampakkan kehebatan pelukis mengaplikasikan unsur seni

dan rekaan corak dalam karyanya bagi menampakkan nilai seni yang diagungkan pada

era itu.

Pada padangan saya juga, jika dilihat dari aspek penilaian menurut pendekatan

Feldman karya yang dihasilkan oleh Monet ini, adalah bertujuan untuk menyampaikan

mesej tentang indahnya suasana di waktu siang dan jika kita saksikan pada setiap hari

PSV 3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Page 7: Latar Belakang Claude Monet

mampu menenangkan jiwa. Contohnya, ketenangan warna yang diaplikasikan iaitu

kebanyakkan menggunakan warna hijau dan lukisan air yang tenang di sebelah kanan

catan menampakkan begitu tenangnya suasana pada ketika itu. Lukisan ini telah

berjaya menarik perhatian saya untuk mencintai seni ini kerana ia mampu

menenangkan hati.

Secara konklusinya, karya yang dilukis oleh Claude Monet memang menarik

perhatian setiap orang terutamanya mereka yang mencintai seni impressionisme.

Beliau memang seorang artis yang baik kerana dalam karya tersebut memberi

perasaan yang tenang dan selesa kepada saya dalam keindahan dan kecantikan

suasana tersebut.

PSV 3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI